PeNgiKuT sEtiA..

Wednesday, December 25, 2013

Mummy Nashwa vs Papa (Cerpen)


Mummy Nashwa vs Papa (Cerpen)

Oleh : Hana Efryna

Hafiy memandang wajah papanya dengan senyuman terukir di bibir. Kaki dijingkit perlahan-lahan sebelum bibir milik Hafiy tunduk mencium wajah lelaki tampan berstatus duda yang jelas nampak lena itu. Cup! Serentak dengan itu juga Harraz Rizqi terjaga dari lena. Seketika, wajahnya melebar dengan senyuman tatkala anak matanya singgah pada wajah kecil yang baru berusia lima tahun itu.

   “ Papa..” jerit si anak nampak ceria. Tangan kecil itu seakan menyorokkan sesuatu di belakang badannya. Kening Harraz spontan naik sebelah. Senyumannya pula mati dengan sendiri.

   “ Apa tu, Afiy?” soal Harraz cuba hendak menggapai anak lelakinya. Satu-satu anak yang dia punya bersama bekas isteri, Luna Maya. Hafiy mengelak dengan ketawa mengekek-ngekek. Bagaikan sedang digeletek saja lagaknya. Harraz bangkit dari bersandar pada bahu sofa. Tali leher yang sudah sedia longgar dia tarik lalu diletakkan di atas sofa. Entah kenapa, hatinya bagaikan bisa menebak.

   “ Cuba papa teka apa Afiy bawa balik kali ni?” Hafiy bersuara nakal lalu dia duduk di atas sofa yang agak jauh dari papanya. Tangan masih disilang ke belakang memegang sesuatu. Harraz bangkit dari duduk. Bergerak ke arah Hafiy.

   “ Not again, huh?” soal Harraz cuak. Hafiy sengih lalu..

   “ Tadaa..” jerit kanak-kanak itu lalu menghulurkan sekuntum bunga tulip yang cantik siap diikat reben. Serta-merta juga Harraz terbersin kuat. Oh god! “ Dari mummy Awa.. Awa said, mummy dia suruh bagi papa. Sweetnya..” Hafiy yang bijak itu masih berkeletah. Harraz ketap bibir. Bunga itu dirampas sebelum dia campak ke lantai.

   “ Afiy! Kan papa dah cakap, I hate flowers. Papa alergik tahu tak?” Geram Harraz dengan sikap Hafiy. Hafiy sengih nakal.

   “ Eh, bukan salah Afiy tau? Salah mummy Awalah sebab suruh Afiy bagi dekat papa..” Hafiy bijak mencari helah. Harraz ketap bibir. Serta-merta sebaris nama itu meniti di benaknya. Nayla Ailyn .. kau memang nak kena! Hatinya bengkak. Urgh!!!

********************

Harraz turun dari kereta mewahnya. Dia melangkah ke pintu sebelah pemandu. Pintu kereta dibuka dan Hafiy sudah pun melompat keluar dari kereta. Harraz menggeleng kepalanya. Entah perangai hyperactive siapalah si Hafiy ni menurun.. hatinya berdetik kecil.

   “ Afiy.. kenapa gopoh sangat ni? Beg ni macam mana? Bekal.. tak nak ke?” soal Harraz terjerit sedikit. Hafiy menoleh sambil menggaru-garu kepalanya. Sengihan nakal terbit dari bibir merah miliknya. Harraz melangkah dekat. Berdiri saja di hadapan si anak, Harraz cubit pipi itu perlahan.

   “ Salam papa pun tak.. Afiy ni nakal sangatlah..” omel Harraz lagi. Beg sekolah bercorak   Ben-10 itu disangkut ke bahu Afiy. Botol air bercorak sama juga dihulur pada Afiy. Baru dia nak bersuara lanjut, hidung dia sudah kembang-kempis menahan sesuatu. Dan tanpa sempat ditahan-tahan.. hachum!!

   Harraz terbersin kuat beberapa kali.

   “ Hai, Encik Harraz..” teguran seseorang membawa Harraz berpaling ke sisi. Dia sudah agak. Kalau hidung dia tiba-tiba terbersin tanpa isyarat, tak lain dan tak bukan, mesti janda bunga ni yang terpacak dekat sebelah. Harraz ketap bibir. Geram.

   What again, old lady?? Boleh tak jauhkan sikit bunga tu dari I? I alergik dengan bunga tahu tak?” Sinis suara Harraz. Serta-merta bibir menggoda yang sedang tersenyum nipis itu memuncung. Old lady?? Gila tak ada perasaan duda hot ni! Hati Ailyn menggerutu sebal. Namun, bunga tulip sekuntum itu tetap dibawa menjauh.

   “ Mummy, Awa masuk dalam dulu dengan Afiy..” Nahwa tiba-tiba bersuara sebelum si kecil comel itu menarik tangan Afiy lalu mereka berdua berlarian memasuki tadika.

   “ Afiy.. salam papa belum lagi tu..” jerit Harraz disahut Ailyn juga.

   “ Awa, bertuah punya anak. Tak salam mummy ke?” Ailyn turut menjerit sebelum kedua-dua susuk tubuh itu berpandangan sesame sendiri.

   What?” soal Harraz tatkala nampak Ailyn tersengih-sengih sambil pandang dia.

   “ Bunga ni..” Hulur Ailyn namun tak sempat sampai ke hadapan wajah tampan itu bila..

   Hachum!!” Harraz bersin lagi dan lagi.

   Opss.. sorry Encik Harraz..” Kalut Ailyn. Tak semena, bunga tulip di tangan dia campak ke atas jalan. Melihat wajah Harraz memerah, Ailyn senyum kelat.

   “ You ni.. memang jenis degil kan?” Tersekat-sekat suara Harraz dek geram.

   “ I degil dengan orang yang I suka aje..” sahut Ailyn mudah. Harraz mendengus.

   I tak suka perempuan..” bentak Harraz.

   Gay?”

   “ Nayla Ailyn!!” jerkah Harraz geram bila bibir itu selamba mengutuk dirinya.

   “ Habis tu?” soal Aily polos. Ailyn langsung tak mengalah. Harraz dah picit pelipisnya.

   “ Gila betullah..” omel dia sebelum dia mendekatkan wajah pada Ailyn dengan mendadak. Ailyn mula berdebar sakan. Yelah.. wajah idaman sudah berada tak sampai satu inci dari wajahnya. Mahu tak berdebar kan?

   I’m not a gay! I cuma tak suka perempuan yang bernama isteri! Take note, please..” jelas dan tegas nada itu sebelum Harraz melangkah laju menuju ke arah kereta mewahnya. Ailyn yang baru hendak membuka mulut terkedu dengan sendiri. Melihat kereta itu meluncur meninggalkannya, dia menceber meluat. Nasib baik Lyn nakkan Raz.. hatinya mengomel sendiri.

*******************

Harraz mencampakkan fail ke atas meja. Mengingatkan insiden di Tadika Cahaya Qaseh pagi tadi, hatinya mendongkol geram. Ada juga spesies tak faham bahasa macam tu. Sakit pula hati Harraz. Duduk dilabuh kasar ke atas sofa sebelum telefonnya berdering lantang minta diangkat.

   “ Harraz Rizqi speaking.. siapa tu?” soal Harraz malas. Duduk disantai-santaikan di atas kerusi miliknya.

  “ Encik Harraz.. ni Ai..”

   Oh, damn it! You??” Tegak terus duduk yang santai. Suara yang lemau juga bertukar volume. Harraz pandang telefonnya berkali-kali. Rasa tak percaya muncul di ruangan hati. Mana dia cekau nombor telefon aku ni? Harraz dah berdecit perlahan.

   “ Err.. janganlah jerit. I belum pekak lagi, Encik Harraz..” Ailyn bersuara tanpa riak bersalah. Seperti selalu, tenang cuma.

   Where did you get my phone number, huh?” Tak turun langsung volume Harraz. Masih sama. Terdengar nafas dihela dihujung sana.

   “ I ambil dari Lissa. Dia kan pemilik tadika tu, tentu dia ada semua data periba..”

   What??” Melengking suara Harraz tanda terkejut. “ Lissa bagi number I dekat you? Hei.. macam mana dia boleh senang-senang aje..”

   “ I pujuk. Lissa kawan I. Tentu Encik Harraz tak lupa kan? Don’t you? So, jangan salahkan Lissa sebab I yang memaksa..” cantas Ailyn buru-buru. Tidak mahu lahar marah itu merebak kepada Merlissa pula.

   “ You ni memanglah. I tak faham, you nak apa sebenarnya daripada I?” Harraz nyaris nak baling pasu yang berada di atas mejanya.

   “ I nak Harraz Rizqi dalam hidup I.”

   Bullshit!” maki Harraz. Geram sangat!

  “ Tak baik maki hamun orang..”

   Like I care?”

   “ Allah kisah. Malaikat tengah catat tu..”

   “ Nayla Ailyn..” Harraz bersuara lembut yang jelas dibuat-buat.

   Hmm..” sahut Ailyn turut lembut bersama sengihan di bibir. Kan elok cakap baik-baik macam tu? Hati Ailyn bagaikan dilambung ombak. Berdebar-debar dengan suara macho itu.

   “ Tolong jangan ganggu I!!” Serentak dengan itu, panggilan dimatikan. Ailyn mengeluh kecewa. Kenapa susah benar nak lenturkan hati duda hot ni??

***********************

Harraz yang sibuk menyediakan juadah makan malam dia dan Hafiy tersentak bila kaki tegapnya tiba-tiba dipeluk Hafiy dari belakang. Harraz senyum segaris. Tubuh Hafiy diangkat lalu diletak di atas kabinet.

   “ Afiy lapar, papa..” rengek Hafiy manja. Bibir itu tercebik-cebik comel. Harras memasukkan polisterina yang sudah disalin isinya ke dalam pinggan ke dalam tong sampah berdekatan.

   “ Papa tahu, sayang. Kejap, Hafiy. Kan papa baru balik kerja ni, sayang..” pujuk Harraz penuh sikap penyayang. Hafiy mencemik.

  Begitulah rutin Harraz. Usai saja menjemput Hafiy dari tadika, kanak-kanak itu akan dihantar ke rumah ibunya pula sehinggalah dia pulang daripada kerja, baru Hafiy akan dibawa pulang ke rumah. Penat memang penat. Tapi, dia memilih untuk begini.

   “ Afiy suruh papa kahwin dengan mama Awa tak nak..” bebel kanak-kanak itu menyebabkan wajah Harraz berubah riak. Tegang tanpa diundang. Hafiy pantas menekup bibirnya.

   “ Afiy jangan berangan nak ada mummy baru. Papa takkan kahwin untuk sekali lagi..” Tegas suara Harraz. Hafiy dah berwajah masam.

   “ Papa cakap mummy Awa degil. Tapi, papa lagi degil..” bebel Hafiy lagi langsung membuatkan Harraz rasa darahnya mendidih. Dia mencerlung geram pada Hafiy. Tapi, tak pula dia sanggup untuk meninggikan suara. Sedaya-upaya dia cuba mencari kembali moodnya.

   “ Pa.. turunkan Afiy..” pinta kanak-kanak itu seakan merajuk.  Harraz akur. Tubuh itu diturunkan dari kabinet. Tak tunggu lama, Hafiy menonong hendak meninggalkan ruangan dapur itu.

   “ Afiy.. nak ke mana tu? Papa dah hidang ni..” laung Harraz terkejut. Hafiy menoleh dengan wajah sedih.

   “ Afiy tak nak makan. Afiy nak naik atas, tunggu Isyak. Papa makanlah..” Dan terus kanak-kanak itu hilang pada pandangan mata Harraz. Harraz lepas nafas panjang. Silap dia lagikah?

************************

Harraz meneliti telefon bimbitnya. Kepalanya mula berserabut tika ini. Apatah lagi pabila memikirkan Hafiy yang berkurung dari tadi. Puas dia ketuk pintu bilik itu, tapi Hafiy sudah menguncinya dari dalam.

   Baru dia nak meletakkan gajet mewah miliknya di atas meja kecil itu, bunyi deringan telefon bimbit menyapa halwa telinga. Harraz menjenguk nama pemanggil. Dia lagi?Harraz ketap gigi tanda geram.

   What again, Nayla Ailyn?” sergah Harraz tanpa salam.

   “ Hafiy okey ke? Dia dekat mana?” soal Ailyn jelas nampak risau. Harraz terkejut. Dah kenapa telefon dia semata-mata tanya pasal Hafiy ni?

   Why?” Sepatah dia soal.

   “ Afiy call I tadi. Nangis-nangis. You pukul dia ke? Dia buat salah apa?” Bertalu-talu Ailyn menyoal. Harraz kaget. Anak tunggal dia call Ailyn? Harraz terdiam sejenak. Pasti Hafiy menelefon Ailyn menggunakan telefon rumahnya. Tapi, waktu bila kanak-kanak itu menyelinap keluar? Harraz sudah sakit kepala dengan keletah Hafiy.

   “ I jentik dia pun tak pernah..” sahut Harraz dengan tegasnya.

   Then, kenapa dia menangis tadi?”

   Harraz mendengus. Tidak suka hal keluarganya dicampuri oleh Ailyn.

   “ You siapa nak selidik I pasal anak I? Anak I, tahulah I nak uruskan. You uruskan saja Awa tu..” Bengkeng suara Harraz. Ailyn ketap bibir di hujung sana.

   “ Salah ke I tanya ni?”

   “ Memang salah!”

   “ Suka hati youlah.” Tak tunggu lama, Ailyn terus matikan panggilan. Lama-lama dia bercakap dengan duda hot itu, boleh makan hati berulam jantung.

  Harraz pandang telefon bimbitnya dengan riak sinis. Tahu pun nak letak.. dengus dia dalam hati sebelum satu pesanan ringkas masuk ke dalam gajet miliknya. Berkerut-kerut dahinya saat membaca pesanan ringkas itu.

Ailyn- I ada bawa Afiy makan waktu dia dkt rumah ibu you. Tp, I yakin Afiy tentu sedang mogok lapar dgn you. Make sure Afiy mkn malam ni kalau you xnk anak you sakit.

   Harraz terngadah. Ya Allah, sampai ke rumah ibu? Memang mummy Awa ni superb tahap dewa. Hatinya menggerutu.

*********************

Harraz pantas membontoti Hafiy yang baru turun dari keretanya. Menonong saja Hafiy tanpa memandang wajahnya. Harraz mengeluh lemah.

   “ Hafiy, salamlah papa dulu..” tegur Harraz sedikit lembut. Hafiy menoleh dengan wajah sugul. Tangan kekar itu diraih lalu dia kucup hangat. Harraz sengih.

   “ Afiy!!” Suara ceria Nashwa kedengaran dari jauh. Harraz dah buat muka. Di mana ada Nashwa, pasti akan ada Nayla Ailyn!

   Harraz menoleh lambat-lambat. Wajah comel Nashwa menjamah mata diikuti wajah ayu Ailyn yang bertudung litup. Ailyn kelihatan menyorokkan sesuatu di belakang badannya sambil tersenyum nipis padanya.

   “ Hai, Encik Harraz..” sapa Ailyn pula. Baru Ailyn nak hulurkan tangannya pada Harraz, Harraz sudah elok terbersin. Berkerut dahi Ailyn. Eh?

   “ Hari ni I tak bawa bunga tulip, Encik Harraz. I bawa bekal untuk you. Takkanlah itu pun you bersin juga. Apa you alergik dengan makanan ke?” sindir Ailyn langsung membuatkan pipi Harraz terasa pijar. Bukan dia tidak tahu, Harraz Rizqi bukannya alergik dengan bunga. Tetapi, lelaki itu sebenarnya sedang cuba menjauhi sebuah hakikat.

   Harraz cepat-cepat mengalih topik.

   “ Papa pergi kerja dulu, Afiy..” Kelam-kabut Harraz bersuara sebelum suara Ailyn menghalang dia daripada melangkah pergi.

   “ Bekal ni, Encik Harraz?” Ailyn angkat bungkusan di tangan separa dada. Harraz mencemik.

   “ I tak nak. Bagi pada orang lain..” Sombong saja nada Harraz. Nashwa dan Hafiy kelihatan berbisik sesama sendiri. Sekejapan, Harraz rasa kemeja berwarna kuning cairnya bagaikan ditarik seseorang. Harraz menunduk. Wajah Hafiy yang cemberut menjamah mata.

   “ Afiy nak apa, sayang?” soal Harraz lalu duduk bertinggun. Hafiy dekatkan bibir dia pada telinga Harraz. Usai berbisik sesuatu, Harraz sudah kelihatan terlopong.

   “ Kalau papa tak nak Afiy merajuk dengan papa..” ugut Hafiy sambil berpeluk tubuh. Harraz jeling wajah Ailyn yang seakan-akan ingin mencari tahu apa yang Hafiy bisikkan padanya.

   “ Afiy ugut papa?” soal Harraz sedikit geram. Hafiy geleng.

   “ Afiy tak ugut. Cuma, Cikgu Lissa cakap tak baik menolak rezeki..” Bersahaja suara Hafiy. Harraz termati kata. Anak siapalah yang pandai sangat ni?? Dia menyoal sakit hati.

   Kaki dihala pada Ailyn yang jelas nampak terpinga-pinga. Tangan diseluk ke dalam poket slack sebelah manakala sebelah tangan elok ditadah di hadapan Ailyn.

   “ Mana?” soal Harraz bongkak. Ailyn garu hujung dahinya.

   “ Apa?”

   Harraz mendengus.

   “ You cakap nak bagi I bekal tadi kan..” Meleret suara Harraz. Tidak suka bercakap banyak dengan Ailyn. Hafiy di sebelah sudah gores senyuman secara sembunyi. Manakala Ailyn.. simpan senyum sindirnya.

   Nampak sangat Harraz sayangkan si Hafiy.. hatinya membuat konklusi.

************************

Siaran televisyen langsung tidak mampu menarik perhatian Harraz. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini.. lidahnya bagaikan terpanggil-panggil untuk terus merasai air tangan dari Ailyn. Masih dia ingat betapa sedapnya bekal yang dititipkan Ailyn buatnya.

  Ringkas. Hanya roti sardin yang ditambah dengan mayonis dan lada hitam di atasnya. Tapi, rasanya benar-benar sudah memikat hati Harraz. Harraz menghela nafas panjang. Apa kena dengan dia ni? Takkanlah Ailyn guna-gunakan dia pula. Cepat-cepat Harraz beristighfar daripada memikirkan tanggapan buruk itu. Mustahillah!

   “ Pa..” Hafiy sudah meloncat naik ke riba papanya. Cepat saja tubuh kecil itu Harraz peluk erat.

   “ Anak papa tak tidur lagi?” Harraz menyoal sambil menggesel-geselkan pipinya pada pipi Hafiy. Tergelak kanak-kanak comel itu dibuatnya.

   “ Tak.. Afiy baru sudah berborak dengan Awa tadi..” tutur kanak-kanak itu polos. Mendengarkan nama Nashwa, pantas ingatan Harraz melayang pada Ailyn.

   Hmm.. Awa nak apa?” soal Harraz mendatar. Walhal, hatinya lebih berlumba-lumba hendak tahu perihal Ailyn. Hafiy mengeluh seketika. Sekaligus menarik perhatian Harraz.

   What’s wrong, Afiy?” soal Harraz sembari membalikkan tubuh Hafiy menghadapnya. Hafiy menongkat dagu. Wajahnya mula suram.

   “ Awa cakap..”

   “ Cakap apa?” potong Harraz siap-siap. Tak tahu kenapa, hati dia jadi tidak sedap.

   “ Afiy nak cakaplah ni, pa. Sabar..” Hafiy menegur. “ Awa dengan mummy Awa nak pindah..” Terus tegak tubuh Harraz. Pindah? Jantung dia mula berdebar-debar.

   “ Pindah mana?” Sedaya upaya dia kawal riak wajahnya. Hafiy buat muka bertambah sedih.

   “ Terengganu..”

   What?” jerit Harraz. Kuala Lumpur dan Terengganu, memanglah jauh. Oh, Harraz Rizqi.. yang kau cuak sangat kenapa?

   “ Bila?” Harraz soal lagi dan lagi.

   “ Minggu depan. Tapi..”

   “ Tapi?” Kening Harraz terjungkit. Anak dia pun dah pandai buat saspens ke? Hafiy pandang wajah Harraz dengan pandangan bersinar-sinar.

   “ Tapi.. kalau papa kahwin dengan mummy Awa, mummy Awa dan Awa takkan pindah sana..”

   Harraz terkedu. Apasal pula macam tu? Harraz pandang wajah polos Hafiy dengan pandangan kosong.

****************************

Harraz menilik jam di tangan. Dah hampir pukul 7.50 pagi. Kenapa Ailyn masih belum muncul juga? Nashwa tak ke tadika ke hari ini? Hafiy dah lama masuk ke kelas. Tapi, kelibat Nissan Almera milik Ailyn tetap tidak kelihatan. Harraz mengeluh kecil.

   Malas hendak menunggu sesuatu yang tak pasti, Harraz berlalu ke pintu kereta Honda City miliknya. Tatkala tangan hendak menguak daun pintu, kedengaran suara seseorang menyapa dia.

   “ Assalamualaikum, Encik Harraz..”

   Pantas Harraz berpaling. Untuk seketika, dia mengawal bibirnya dari tayang riak teruja. Nayla Ailyn? Detik hatinya mulai berbunga. Dengan tiba-tiba!

   “ Waalaikumussalam.. lewat hari..” Tak sempat Harraz nak habiskan bicara, tubuh Ailyn sudah berlalu ke pintu pagar. Menghantar kepergian Nashwa. Harraz terpempan sendirian.

   Eh, dia menonong aje? Tak ada apa-apa ke untuk aku hari ni? Hati Harraz tertanya-tanya. Dari sisi keretanya, dia memerhatikan Ailyn yang sempat mengucup pipi Nashwa sebelum kanak-kanak itu berlalu masuk ke dalam tadika. Tampak penyayang!

   “ Kenapa lewat hari ni?” soal Harraz tanpa sempat dikawal. Melihat Ailyn bagaikan ingin berlalu tanpa menegurnya, dia pula spontan membuka mulut. Langkah Ailyn terhenti.

   “ Bercakap dengan I ke?” Sekali dengar, seperti sarkastik pula nadanya. Harraz telan liur sekali. Lambat-lambat dia jatuhkan kepala mengakuinya. Ailyn senyum segaris. Tak pasti senyuman sinis atau ikhlas.

   “ Terlewat bangun. Semalam penat uruskan perpindahan I dengan Awa ke Terengganu..”

   “ Jadi, betullah you nak pindah?” Tergesa-gesa Harraz menyoal. Ailyn angguk tenang.

   “ Kenapa?”

   “ I kena transfer ke sana..” sahut Ailyn mudah. “ I pergi dululah, dah lewat nak masuk mengajar nanti..” ujar Ailyn lalu dia berpamitan meninggalkan Harraz yang nampak terpinga-pinga.

   Harraz tunggu jugalah kot-kot hari ni Ailyn bakal beri dia sebarang bekal. Tapi, hampa bila mana kereta berwarna putih milik Ailyn selamba saja meluncur sehingga hilang dari pandangan. Harraz mengeluh. Apa kena dengan kau, Harraz Rizqi?

***********************

“ Afiy, papa nak tanya..” Harraz mengambil tempat di sisi Hafiy yang sibuk dengan playstation miliknya. Hafiy menoleh.

   “ Apa, pa?” soal Afiy lalu kembali fokus pada kaca televisyen.

   “ Afiy memang nak mummy baru ke?” Soalan yang benar-benar menarik perhatian Hafiy. Pantas, Hafiy melompat ke riba papanya.

   “ Papa nak bagi Afiy mummy baru?” soal Hafiy girang. Harraz kemam bibir lama.

   “ Afiy suka macam tu? Mummy baru kebanyakannya jahat tau? Macam dalam cerita bawang putih, bawang merah tu..” hasut Harraz sedikit. Wajahnya tayang riak bersungguh-sungguh.

   “ Itu dongenglah, pa. Mummy Awa mesti baik punya..” Yakin saja Hafiy menyebut gerangan yang sudah merunsingkan fikiran Harraz kebelakangan ini.

   “ Afiy nak mummy Awa jadi mummy Afiy juga?” Berhati-hati Harraz soal.

   “ Nak.. nak!” jerit Hafiy lantang dengan wajah ceria. Harraz pegang kepala. Betulkah apa yang dia fikirkan ni? Dia keliru dengan mainan hati dan perasaan.

********************

“ I nak cakap dengan you kejap, boleh?” pinta Harraz bila mana Ailyn sudah hendak menerobos masuk ke dalam kereta. Ailyn keluarkan kembali tubuh dia dari balik pintu kereta itu. Lantas, dia bersandar pada sisi kereta. Menatap ketampanan Harraz yang berada dalam pakaian pejabat itu.

   Perfect! Puji hatinya lagi.

   “ Apa yang penting sangat tu?” Ailyn menyoal serius. “ I kena mengajar pula ni. Kelas I pukul 10 pagi..” Sambung Ailyn lagi.

   Mengajar? Dia ni cikgu ke apa? Hati Harraz tertanya-tanya. Tapi, untuk menyoal terus daripada Ailyn.. dia takkan buat.

   “ Afiy suka you..” Tiba-tiba itu yang dimuntahkan.

   So?” Ailyn pintas awal-awal. Harraz mengetap bibir. Geram. Tak suka bicaranya dipotong dahulu sebelum dia sempat untuk noktahkan.

   “ Afiy suka you. Dia lagi suka kalau you jadi mummy dia..” jelas Harraz dengan pipi yang merona merah. Terjungkit kening Ailyn tika ini.

   So?”

   “ Eh, you boleh tak berhenti cakap so-so? Bosanlah I..” bentak Harraz mula tidak mampu mengawal marah. Wajah tampan itu semakin macho bila marah sebegitu.

   “ Jadi?” Ailyn guna pula ayat lain. Harraz dah buat muka geram tahap cipan. Geramnya aku hanya Allah yang tahu.. desis Harraz dalam hati.

   “ I nak kahwin dengan you!”

   “ Kahwin?? Bukan ke you tak suka perempuan bernama isteri??” Ailyn dah jegil biji mata. Terkejut. Harraz termakan sumpah sendiri.

   “ Kalau kita kahwin, you tak jadi pindah kan?” soal Harraz lain cerita pula. Ailyn kecilkan biji mata.

   “ Siapa cakap?” soal Ailyn masih lagi dengan wajah sinikal.

   “ Afiy cakap mummy Awa yang cakap dekat Awa macam tu. Suruh Awa bagitahu Afiy. Then, Afiy bagitahu I..” jelas Harraz satu-persatu. “ Betul ke?” soal Harraz untuk kepastian. Ailyn bangkit dari bersandar lalu mula menguak daun pintu keretanya kembali.

   “ You tak jawab I lagi..” marah Harraz. Ailyn menoleh lalu tersenyum nipis.

   “ Betullah tu sebab budak-budak tak pandai menipu. Okeylah Encik Harraz Rizqi.. I dah lewat.” Terus tubuh Ailyn menghilang ke dalam kereta.

*********************

Harraz menapak masuk ke dalam kamar. Beg milik Ailyn dia letak di hujung sudut katil. Tubuh direbahkan seketika. Kahwin untuk kali kedua. Memanglah tak semeriah perkahwinan kali pertamanya bersama Luna Maya. Cuma, penat itu tetap ada bila keluarga Ailyn beria-ia hendak membuat kenduri kecil-kecilan juga.

    “ Papa..” Terjengul wajah Nashwa di balik muka pintu. Harraz bangun dari katil. Sejak dia bergelar suami kepada Nayla Ailyn, Nashwa sendiri sudah membahasakan dia dengan gelaran papa.

   “ Ada apa, Awa?” soal Harraz lalu menguak daun pintu agar terbuka luas sedikit. Nashwa sengih.

   “ Mummy suruh tanya papa, bilik Awa dekat mana?” soal kanak-kanak itu polos. Kening Harraz terjungkit naik. “ Selalu Awa tidur dengan mummy. Tapi, mummy cakap Awa kena tidur bilik sendiri macam Afiy sebab mummy kena tidur dengan papa. Is it true, papa?” soal Nashwa yang pintar berbahasa inggeris itu. Harraz tersedak liurnya sendiri.

   Tanpa menjawab soalan Nashwa, tubuh kecil itu dia pimpin menuju ke kamar bersebelahan kamar Hafiy.

   “ Ini bilik Awa..” Pintu dikuak dan seketika telinga Harraz sudah bingit dengan pekikan kanak-kanak comel itu.

   “ Cantiknya, papa. Warna pink, semua pink. Awa suka!! Thanks, papa!!” Nashwa sudah melompat sakan. Harraz senyum. Nasib baik dia sempat menghias kamar untuk puteri si Nayla Ailyn itu.

******************

“ I nak mandi, tuala dekat mana?” soal Ailyn yang berdiri di hadapan Harraz yang sibuk menonton televisyen di kamar mereka. Harraz menoleh dengan wajah beku.

   “ You tak bawa tuala sendiri ke?” soal Harraz mendatar.

   “ Kalau dah I tanya, maknanya I tak bawalah tu..”

   “ Carilah sendiri. Kalau jumpa, pakai aje..” sahut Harraz malas. Ailyn mencemik. Sombong gila duda hot ni! Gerutu hatinya sedikit. Dia menapak ke arah almari pakaian. Namun, sebaik matanya tertancap pada tuala berwarna biru lembut yang disidai kemas, bibir melorek senyum.

   “ I pakai yang ni ye?” jerit Ailyn. Harraz yang malas hendak berpaling hanya sekadar mengizinkan.

   “ Suka hati youlah..” sahut Harraz endah tak endah. Ailyn dah ukir senyuman nakal.

  Lima belas minit menghilang di dalam kamar mandi, Ailyn keluar hanya dengan bertuala hingga ke paras paha.

   “ Lamanya you mandi.. I nak guna toil.. Hei, siapa suruh you guna towel I ni” jerit Harraz naik angin.

   “ Laa.. kan ke tadi you yang cakap suka hati I..” Ailyn bidas balik. Wajahnya selamba.

   “ Memanglah. Tapi, tak termasuk tuala I ni sekali..” pangkas Harraz pula.

   “ Manalah I tahu..” Ailyn tak mengalah. Harraz bergerak hampir.

   “ You tanggalkan towel I sekarang. I said, now!!” jerkah Harraz berang. Ailyn kecilkan biji mata.

   “ Tanggalkan? Are you sure?” soal Ailyn dengan riak tak percaya. Harraz angguk dengan pandanga tajam.

   “ Okey, I tanggalkan..” Mudah Ailyn jawab. Saat ini, barulah Harraz sedar yang isterinya langsung tidak memakai apa-apa di balik tuala berwarna biru lembut itu.

   “ Eh, wait!” Tak sempat Harraz nak larang bila mana tuala itu sudah terlucut ke bawah. Ailyn sengih dan Harraz pejam mata rapat.  Oh, god! Pemandangan yang indahkah? Hatinya bermonolog gabra.

*******************

Terkekeh-kekeh Ailyn menahan ketawa yang terhambur. Melihat Harraz memejam rapat matanya itu sekaligus menimbulkan rasa lucu dihatinya. Takkan dia gila sampai macam tu. Sepanjang hidup dia, mana pernah dia berkeadaan sebegitu di hadapan mana-mana lelaki.

   Mendengarkan tawa Ailyn, perlahan-lahan Harraz cuba membuka matanya. Sedikit demi sedikit dan..

   “ You kenakan I?” Harraz bercekak pinggang. Ailyn kenyit mata. Short pant berwarna hitam paras paha dan tube top yang menutupi dada hingga ke pinggul itu dipandang sebelum dia mengutip tuala milik Harraz.

   “ You yang gabra sangat macam tak pernah tengok perempuan macam ni kan? Poyo aje..” cabar Ailyn sedikit. Harraz rasa pipinya ditampar.

   “ You ni tak malu ke bergurau macam ni?” bidas Harraz nak tutup malu dia.

   Why should I? You tu husband I tau?” lawan Ailyn balik. Harraz terdiam.

   “ Ke you ni dah tak normal semenjak bercerai dengan ex-wife you dulu?” Tiba-tiba Ailyn keluarkan ayat itu. Harraz mendongak dengan wajah geram.

   “ You jangan nak menuduh eh?” Bengkak hati Harraz. Dia bergerak hampir pada Ailyn.

   “ I tak menuduh sebab dulu you sendiri cakap..” Ailyn jeda seketika. “ I tak suka perempuan yang bernama isteri. Don’t you?” Ailyn ungkit balik ayat yang memakan diri Harraz.

   “ Eh, you ni kenapa?” Harraz tinggikan suara. Ailyn letak jemarinya di bibir.

   Shh.. nanti Afiy dan Awa ingat kita bergaduh pula..”

   “ Memang kita tengah bergaduh,” ujar Harraz dengan nada tertahan.

   “ A’ahlah kan? Kita memang bakal bergaduh. Tapi, kejap lagi kot. Bergaduh atas katil tu kan?” sakat Ailyn lalu ketawa kecil. Matanya melirik pada katil bersaiz king. Melihat wajah pucat Harraz, dia sengih kelat.

   “ Bergurau ajelah. I tak rasa you nak sentuh I pun kan? Paling tak, kahwin macam dalam novel tu. Lagi satu, you kan nampak malu-malu ta..”

   “ Siapa cakap I malu?” pangkas Harraz rasa tercabar. Ailyn jungkitkan kening.

   “ Eh, tak ke?” soal Ailyn polos. Langsung tiada niat hendak mencabar. Sekelip mata, Harraz dah tarik tubuh Ailyn lalu dia kendong ke dalam dukungan. Terpinga-pinga Ailyn dibuatnya. Dah kenapa? Hati dia membisik gundah.

   “ I tak malu, okey? Dan kita bukannya kahwin kontrak..” ujar Harraz yang sudah lain macam itu. Ailyn pula yang naik malu dan berdebar-debar. Tapi, lambat-lambat dia lilit juga tangannya ke leher Harraz. Memang ini yang dia inginkan. Lagipun, dia dah lama jatuh cinta pada Harraz Rizqi. Harraz aje yang jual mahal!

*****************

“ Lyn.. apa maksud semua ni??” soal Harraz bengang saat dia lihat ada kesan yang terpalit pada cadar. Ailyn berdiri saja di sudut hujung katil. Entah sejak bila Harraz pandai panggil nama dia macam tu, dia sendiri tak tahu.

   Ailyn bergerak laju lalu hujung cadar yang jelas terkesan dengan darah merah itu dia capai dengan rakus. Malu!

   “ Itu.. itu..” Ailyn tergagap-gagap. Dia menggaru-garu belakang kepalanya. Macam mana dia nak jelaskan ye?

   “ Siapa Awa?” jerkah Harraz naik angin. “ Dan dekat tangan you tu.. apa maksudnya? You masih dara waktu I sentuh you??” Bertalu-talu Harraz menyoal.

   “ Lyn.. I’m talking to you!” Harraz naikkan sedikit suaranya bila Ailyn sekadar membatu dengan wajah pucat.

   “ I.. I tak tahu macam mana nak cakap..” Pertama kali Ailyn rasa gerun berhadapan dengan Harraz. Harraz mendengus kuat.

   “ Bagitahu I, siapa Awa? Siapa Nashwa Azzalea kalau bukan you mummy dia? You tak pernah kahwin?” sergah Harraz lagi. Semakin tinggi nadanya.

   “ Okey-okey.. I mengaku. Awa bukan anak I dan I tak pernah kahwin..”

  Dum! Tumbukan kuat sudah bergema menyapa halwa telinga Ailyn. Ailyn pejam mata.

   “ You perbodohkan I ke?? Damn!!” Semakin berang Harraz tika ini. Tak tunggu lama, Harraz berlalu meninggalkan Ailyn. Ailyn pula terpaku sendiri. Bukan dia tidak pernah kena marah dek Harraz. Cuma, kali ni situasi dia berbeza. Nampaknya Harraz tak pernah nak berubah!

********************

“ Afiy?” Harraz tegakkan tubuh bila suara Hafiy sudah menerobos ke corong telefon bimbitnya.

   “Afiy ikut mummy dan Awa..” Mendatar saja nada si anak. Harraz berkerut kening.

   “ Ke mana?” soal Harraz pelik.

   “ Mummy suruh cakap ke mana-mana aje. Mummy nangis..” Serentak dengan itu, Hafiy dah putuskan talian.

   “ Afiy.. Afiy!” jerit Harraz tapi panggilan sudah sepi tanpa sebarang suara Hafiy. Harraz menghentak kuat stereng kereta. Tak bertangguh, kunci kereta dipulas lalu dia mula memandu pulang dengan hati yang libang-libur.

**************************

Berkali-kali Harraz mendail nombor telefon milik Ailyn. Masuk kali ke empat belas, baru panggilannya berjawab. Harraz lepaskan nafas lega.

   “ You kenapa baru nak angkat? Penat tangan I nilah!!” sergah Harraz tanpa salam.

   “ Ni Afiy, bukan mummy..” sahut Hafiy. Harraz terdiam sejenak. Lalu, dia betul-betulkan suaranya agar semakin terkawal. Nada marah cuba dikurangkan.

   “ Mana mummy?” soal Harraz.

   “ Ada..” Malas saja nada Hafiy.

  “ Panggilkan mummy kejap..” suruh Harraz pula. Suasana sepi seketika sebelum suara Hafiy kembali kedengaran.

   “ Mummy tengah tidurkan Awa. Papa nak apa? Nanti Afiy sampaikan..”

   “ Tanya mummy, mummy dekat mana sekarang?” soal Harraz laju. Jelas nadanya semakin bimbang.

   “ Hotel..” Hafiy jawab siap-siap.

   “ Hotel mana? Tanya mummy, nama hotel..” suruh Harraz lagi. Suasana sepi lagi sebelum..

   “ Esok I bawa balik anak you. Dengan selamat!” Sesaat, panggilan sudah dimatikan. Harraz cuba nak mendail, tapi Ailyn sudah matikan telefon bimbit pula. Harraz pegang dahi. Ailyn merajukkah? Tapi, aku berhak marah kot. Siapa suruh dia tipu aku??

*******************

“ Suka-suka hati you aje larikan anak I kan?” serbu Harraz dengan soalan peluru berpandu. Ailyn yang jelas nampak letih hanya berpaling seketika.

   “ Maaf..” Sepatah yang dijawab Ailyn. Harraz mendengus kuat.

   “ Kalau jadi apa-apa pada Afiy, I takkan maafkan you..” bentak suara itu menyebabkan Ailyn mendadak hentikan langkah kakinya.

   “ Afiy I bawa pulang dengan selamat kan?” Sinikal saja suara Ailyn. Harraz terkelu. Memang betul pun. Elok saja kondisi anak tunggalnya itu.

   “ I cakap, kalau..” Harraz tak nak mengalah.

   “ Kalau tu tak wujud dah sebab Afiy depan mata you sekarang. Dahlah, I dah lewat..” Ailyn nak melangkah tapi tangan Harraz dah sambar lengan dia.

   “ You nak ke mana pula? Hari ni cuti kan?” soal Harraz aneh.

   “ Nak balik rumah mak I..” Jelas nada merajuk. Harraz berdecit kecil.

   “ Saja nak mak you fikir bukan-bukan pasal I kan?” tuduh Harraz geram. Ailyn hempas tas tangannya ke lantai. Dah tak boleh nak bersabar dah!

   “ Apa lagi, Encik Harraz Rizqi?” Nada Ailyn naik satu oktaf. Harraz terdiam. Pertama kali Ailyn tinggikan suara. “ You nak tuduh I apa kali ni?”

   “ Bila I tuduh you ni? You yang tipu I.”

   “ Semalam you tuduh I perbodohkan you kan? I ke yang perbodohkan you bila you sendiri yang tak pernah nak tanya I, siapa Awa? I ni betul ke janda? You tak pernah tanya, Harraz Rizqi. Then, why should I yang bagitahu you dari awal? You yang ajak I kahwin. Memang. Memang I sukakan you. Tapi, tu tak bermakna you nak sambil lewa dengan diri I..” Penuh emosi suara Ailyn. Terus termati diksi Harraz dibuatnya.

   “ Jadi, you nak cakap I lah yang salah?” duga Harraz. Wajah Harraz juga nampak memerah sedang mengepung marah.

   “ I tak cakap. Tapi, I dah penat nak hadap lelaki perasan bagus macam you ni. Jangan sebab seorang perempuan, you nak samakan I dengan ex-wife you.”

   “ Jangan sentuh pasal dia!” Harraz bagi amaran. Serius!

   “ Kenapa? Sebab cara dia tinggalkan you? Come on Encik Harraz Rizqi, life must go on..” sindir Ailyn sedas.

   “ You jangan nak mengajar I, Lyn!” Bergetar suara Harraz. Tak sangka perbualan suam-suam kuku bakal menjadi hangat sebegini.

   “ I tak mengajar you, cuma nak sedarkan you. Jangan kerana seorang, you samakan semua perempuan..” Ailyn pertahankan hujahnya. Harraz membuntang biji mata.

   Its none of your business!! Berapa kali I nak cakap, jangan sentuh pasal dia??” Hilang sabar Harraz dibuatnya. Bahu Ailyn terangkat sedikit. Dia senyum kelat.

   “ Istimewa sangat dia di hati you sampaikan apa sekalipun dia buat, you tetap lebihkan dia pada I. Tak apalah, I cuma balik untuk jelaskan perihal semalam sebab I tak sempat bila you dah lari tinggalkan I macam tu aje..” Ailyn tarik nafas panjang.

   “ I memang belum kahwin..”

   Told you.. you memang perbodohkan I.”

   “ Cuba dengar dulu Encik Harraz Rizqi..” Ailyn mencelah. Harraz senyum sinis. “ Ya, memang I tak bagitahu you I belum kahwin sebab I tak rasa you anggap semua tentang I tu penting. You nak kahwin dengan I sebab Afiy aje kan? You yang tak pernah cari tahu pasal I. Bukan I tak pernah nak buat baik, tapi berapa kali you tolak I?” soal Ailyn sekaligus membuatkan bibir Harraz terkunci.

   “ You tak dapat jawab kan? You tak dapat jawab sebab berkali-kali you tolak I sampai I rasa malu sangat-sangat. Pertama kali I nampak you dekat Tadika Cahaya Qaseh, I memang dah jatuh cinta. Mungkin pelik, tapi untuk jatuh cinta tak perlukan sebarang sebab.”

   “ Tak ada kena-mengena semua tu..”

   “ Ada. Sebab I nak you tahu, bukan I yang tak cuba untuk bagitahu you tapi you yang tak pernah berminat nak tahu pasal I. Kalau you nak tahu, Awa anak saudara I. Anak arwah kakak I..”

   Harraz terlopong.

   “ Arwah kakak you?” Harraz menyoal dungu.

  “ Arwah kakak I. Kakak I meninggal sebab kena dera mental dan fizikal dengan bekas suami dia. Dan Awa tu anak mereka. I yang asuh Awa semenjak kakak I meninggal. Abang ipar I dijatuhkan hukuman penjara tapi sebulan dia ditahan dipenjara, dia disahkan meninggal akibat serangan jantung. Kalau kata you nak samakan semua perempuan, I pun boleh kata.. semua lelaki bergelar suami kejam..”

   “ Tapi, I tak cetekkan fikiran I sebab bagi I hati manusia lain-lain. Kita jangan nak menjatuhkan hukum tanpa usul periksa. Selepas kakak I meninggal, I yang ambil alih asuh Awa. Masa tu umur Awa baru setahun..” jelas Ailyn lagi. Harraz sudah terhenyak.

   “ Dan ternyata semalam bukti yang I masih suci. I memang tak pernah berkahwin macam yang you sangkakan. I jaga Awa sebab sebuah amanah. Amanah arwah kakak I dan I tak sanggup nak kata Awa tu bukan anak I..” sahut Ailyn lagi. Kali ni, air mata Ailyn mengalir lesu. Harraz rasa hatinya tersiat pedih. Pertama kali dia melihat wajah itu menangis. Sungguh menyentuh hati!

   “ I bukan tak nak bagitahu you. Tapi, I tunggu you yang tanya I. I dah penat jadi perigi cari timba, Harraz. Tapi, akhirnya I juga yang bagitahu semua ni tanpa you bertanya. Itu pun sebab peristiwa semalam kan? I tak sangka juga you akan sentuh I..” tangis Ailyn sendu. Harraz hendak memujuk. Tapi, lidahnya membeku dengan sendiri.

   Ailyn kutip tas tangannya yang terjatuh.

   “ Kalau I tanya you, apa pekerjaan isteri you ni pun..mesti you tak dapat jawab dengan yakin kan? Cuma yang you tahu I mengajar. Betul tak, Encik Harraz Rizqi??” Soalan yang ringkas. Tapi, bisa membunuh jiwa Harraz. Terkunci terus bibir Harraz untuk mencelah.

   “ Untuk pengetahuan you, isteri you ni seorang pensyarah..” sindir Ailyn dengan sisa air mata lalu terus melangkah pergi sambil mengheret tangan Nashwa.

******************

Harraz termenung di ruangan beranda. Bagaikan ternampak-nampak wajah Ailyn yang sedang menangis lewat petang tadi. Hati dia merusuh rawan. Dalam dia tidak sedar, dia rindukan wajah itu. Salah dia ke sebenarnya? Ah, dia sendiri keliru!

   Ketukan di muka pintu membawa Harraz berpaling ke belakang. Wajah sugul Hafiy disapa dengan anak mata seketika.

   “ Afiy nak mummy..” rungut anak itu sedikit. Harraz tersentak tatkala mendengar rintihan itu. Dia melepaskan keluhan panjang.

   “ Mummy balik rumah tok umi dulu. Biarlah mummy dengan Awa dekat sana..” pujuk Harraz tiada mood. Hafiy mendengus kecil.

   “ Mummy balik sana sebab papa marah mummy..” Tak sedar, kanak-kanak itu naikkan sedikit nada suaranya.

   “ Afiy.. jangan guna nada macam tu dengan papa. Papa tak suka..” tegur Harraz sedikit.

   “ Bawalah mummy Afiy balik, pa..” Hafiy sudah mahu menangis. “ Tok umi cakap dekat Afiy, mummy jatuh tangga..” adu suara itu lagi. “ Afiy nak tengok mummy..”

   Spontan Harraz berpaling. Ailyn jatuh tangga?? Hatinya mula cemas!

********************

“ Lyn mana, mak?” soal Harraz bila tubuh dia labuhkan di hadapan Puan Massuri. Hafiy sudah menghilang bersama Nashwa. Bermain di halaman barangkali.

   “ Dekat dalam tu. Tak boleh nak lasak sangat..” jelas ibu mertuanya. Harraz anggukkan kepalanya.

   “ Teruk ke kakinya? Macam mana boleh jatuh, mak?” soal Harraz lagi. Jelas nampak prihatin.

   “ Entah apalah diangankan Lyn tu sampai anak tangga pun tak nampak. Boleh tahan bengkaknya. Pergilah jenguk..” suruh Puan Massuri penuh hemat.

   “ Raz jenguk Lyn dulu..” pamit Harraz lalu berlalu ke kamar Ailyn.

   Lama Harraz berdiri di muka pintu yang jelas tertulis nama ‘Nayla Ailyn’ itu sebelum tangannya mengigil-gigil hendak mengetuk.

   “ Masuklah, mak..” Terdengar suara Ailyn dari dalam. Mungkin Ailyn menyangka Puan Massuri yang mengetuk pintu tadi.

   Pantas Harraz menguak daun pintu. Tika ini, pandangan mereka bersabung tepat. Ailyn terkedu dan Harraz berdebar-debar.

   Lambat-lambat Harraz jejakkan kakinya menapak hingga ke katil yang menempatkan Ailyn. Anak matanya jatuh pada kaki Ailyn yang berbalut.

   “ Kaki you okey?” soal Harraz masih berdiri bagaikan tugu. Ailyn tersentak. Kaki yang berlunjur dia alihkan.

   “ Duduklah..” pelawa Ailyn sopan. Harraz akur.

   “ Kaki you macam mana? Sakit lagi?” soal Harraz lemah-lembut. Untuk pertama kalinya kedengaran ikhlas.

   “ Kurang sikit daripada semalam..” tukas Ailyn ringkas. Harraz diam seketika.

   “ I minta maaf..” Tiba-tiba. Ailyn panggung kepala.

   “ Untuk?”

   “ Sebab salah I selama ni. I yang tak pernah tanya you..” ujar Harraz. Ailyn hanya sekadar mengangguk.

   “ I dah maafkan. Marah I sekejap aje..” Ailyn senyum yang jelas nampak hambar. Tubuh itu mula hendak bangkit.

   “ You nak ke mana?” soal Harraz risau. Ailyn hanya diam sambil terkial-kial untuk bangun.

   “ I nak turun bawah. Tengok Afiy, rindu dekat anak you tu..” ujar Ailyn senada.

   “ Lyn, kan kaki you sakit tu..” Tak sedar, tangan sudah elok memegang lengan Ailyn. Bagaikan ada arus yang mengalir, sekali lagi masing-masing terpaku. Lama!

   “ Lyn..” seru Harraz lembut. Lengan Ailyn masih dipegang hangat sebelum tubuh kecil isterinya dibawa mendekat. Tanpa disangka, tangan kekar itu naik membelai rambut ikal milik Ailyn.  “ I tak tahu bila rasa ni hadir. Tapi, I rasa I memang dah lama sukakan you..” Sebaris ayat yang bisa membuatkan jantung Ailyn luruh.

   Bila pandangan Ailyn menjamah matanya, Harraz angguk supaya Ailyn yakin dengan kata-katanya.

   “ Maafkan I sebab I tak pernah cari tahu pasal you. Tapi, I akan pastikan selepas ni.. setiap perihal you ada dalam genggaman I..” pujuk Harraz lagi. Dagu milik Ailyn dia paut.

  “ Sebab kata-kata I ke buat you rasa terpaksa atau sebab you dah sentuh I?” soal Ailyn polos. Mata itu bergenang sayu.

   “You pernah cakap pada I, cinta tak perlukan sebarang sebab. Tapi, cinta I pada you memang bersebab, Lyn. Sebab you berbeza dengan Luna. You tak sama dengan dia. Dari cara you layan Afiy, I yakin you yang terbaik untuk I. I nampak satu rasa kasih yang berbeza pada diri you. Kasih seorang ibu. Luna sendiri tak pernah sayangkan Afiy sebanyak tu. Dan I nampak kesetiaan you tiap kali you hadirkan diri untuk rebut hati I..” Penuh romantis kata-kata Harraz.

“ Betul kata you, I tak boleh samakan seorang perempuan tu hanya kerana kenangan silam. I yang biarkan hati I tertutup. Padahal kalaulah you tahu waktu I rasa air tangan you, I seolah-olah dah gila bayang. Dan waktu Afiy cakap you bakal pindah, hati I tak tenteram. Jadi, I kahwin dengan you bukan sebab Afiy, sayang. Tapi, I yakin waktu tu sebab hati I yang minta. Hati I minta untuk I tak lepaskan perempuan sebaik Nayla Ailyn..” Serentak dengan itu, dahi Ailyn dikucup hangat.

   “ You masih cintakan I kan, Lyn? Walaupun selama ni I banyak pulaukan you?” soal Harraz dengan pandangan redup. Ailyn kemam bibirnya.

   “ Lyn, jawab soalan I..” desak Harraz gundah bila bibir itu masih membeku.

   “ I tetap cintakan you, Raz. Dulu, kini dan dengan izin-Nya.. selama-lamanya..”

  Jawapan yang membuatkan bibir Harraz mengoyak senyuman lebar. Sekejapan tubuh itu Harraz dakap erat.

   “ I pun cintakan you, Lyn. Selagi I mampu hirup udara dekat bumi Allah ni, I tetap akan cintakan you..”

****************************

“ Mummy Awa!” jerit Harraz dari tingkat bawah. Ailyn yang sedang menyisir rambut pantas tersenyum lebar. Saja aje dia ni tau! Hati Ailyn mengomel manja.

   “ Kejap papanya..” sahut Ailyn pula turut mengusik. Harraz tersengih lucu bila mengingatkan kenangan lama.

   “ Makanan dah siap ni. Sayang larat tak nak turun tu?” Harraz masih menggunakan nada yang sama. Ailyn tidak menyahut.

   Harraz mula leka menghidangkan juadah makan malam mereka. Seketika, terasa pinggangnya sudah dipeluk dari belakang. Harraz tersengih lagi.

   “ Wanginya mummy Awa abang ni..” sakat Harraz nakal. Tubuh dipusing dan seketika dia sudah menghadap wajah memerah milik Ailyn.

   “ Bukan mummy Awa lagi tau, papa..” Suara seseorang mencelah di antara mereka. Harraz meninjau. Siapa lagi kalau bukan Hafiy. Di sisinya pula jelas kelihatan Nashwa yang sedang melorek senyum nakal.

   “ Kenapa bukan mummy Awa pula?” soal Ailyn kepelikan. Jangan cakap mereka nak pisahkan Nashwa darinya. Memang Nashwa bukan anaknya. Tapi, dia yang mengasuh Nashwa sehingga kanak-kanak itu sudah berusia enam tahun kini. Ah, dia tidak sanggup. Dada bidang Harraz disentuh.

   “ Abang nak pisahkan Awa dari Lyn? Kenapa cakap Lyn bukan mummy Awa lagi?” soal bibir itu sudah tercebik. Harraz kecilkan biji mata. Melihat wajah Hafiy yang jelas memberi isyarat dari belakang, pantas Harraz kenyitkan mata pada dua pengarang jantungnya itu.

   “ Sebab..” Harraz tunggu putera dan puterinya bersiap-sedia. Satu, dua.. tiga!

   “ Sebab mummy adalah mummy Afiy, Awa dan baby yang bakal lahir ni!” jerit ketiga-tiga itu serentak. Harraz lekapkan tangannya pada perut Ailyn yang sudah sarat itu. Ailyn terkedu. Nampak gayanya dia terkena kali ni.

   “ Nakalnya anak-anak mummy ni. Meh sini peluk mummy cepat..” Ailyn sengaja jegilkan biji mata. Tak tunggu lama, Hafiy dan Nashwa sudah berlari anak menuju ke arah Ailyn. Sesaat tubuh Ailyn sudah diapit oleh kedua-dua buah hatinya itu. Harraz pula sengaja memberi ruang.

   “ Afiy sayang mummy..” ujar Hafiy.

  “ Awa pun sayang mummy..” Giliran Nashwa pula.

   “ Dan papa sangat-sangat sayangkan mummy Awa ni..”

   “ Papa..” Kedua-dua suara putera dan puterinya kedengaran. “ Bukan mummy Awa. Tapi, mummy Afiy, Awa dan..”

   “ Dan mummy kepada semua anak-anak papa yang bakal lahir..” sambung Harraz melengkapkan ayat Hafiy dan Nashwa. Ailyn pula hanya sekadar tersenyum senang.

   Harraz dekatkan bibir dia rapat pada telinga Ailyn bila Hafiy dan Nashwa sudah membawa diri ke sudut meja.

  “ Abang maksudkan apa abang cakap. Sayang bukan saja mummy kepada dua jantung hati abang tu. Tapi, sayang mummy kepada baby ni..” Tangan dilekapkan pada perut Ailyn lalu perut yang sarat itu diusap halus. “ Dan baby-baby yang bakal menyusul selepas ni..” sambung Harraz  lagi. Nakal!

   “ Abang..” Ailyn tepuk dada bidang suaminya manja. Harraz senyum.

   I love you, Nayla Ailyn..” ujar Harraz tatkala dahinya dan dahi Ailyn bertemu. Ailyn tayang wajah bahagia.

   Me too.. Harraz Rizqi..” balas Ailyn kedengaran menggumam. Harraz sengih lalu pipi mulus Ailyn disapu dengan bibirnya.

   “ Ehem-ehem..” Suara nakal Hafiy. Spontan dua tubuh yang melekap rapat itu direnggangkan. Harraz tepuk dahi dan Ailyn garu hujung dahinya. Macam manalah dia boleh terlupa ada Hafiy dan Nashwa yang memerhati. Masing-masing malu sendiri. Aduhai..

 

~Tamat~

  

 

  

  

19 comments:

  1. Replies
    1. hahahahaha akak. bce jgk cerpen hana? hehehe.. thanks sis.. muah sikitlah.. :P

      Delete
  2. Bezt, xpernah menghampakan cerpem hana. Tp kan agak susah sikit bila masing2 besar. Awa dgn harraz. Afiy ok kot sbb anak harraz. Tu je pendapat sy.. apapon sweet sgt.. hehe luna maya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. kalau ade smbungan,boleh jg cite mcm mana kan? thanks anony.. Alhamdulillah kalau suka.. :)

      Delete
  3. memang besttt.... Lyn seorg wanita yg tabah dan Hazzra pula seorg yg merasa semua org perempuan tu sama ja... nasib baik dapat pensyarah yg baik hati tau....

    ReplyDelete
  4. bestnye.... thumbsup... storyhana x pernah mngecewakn sy....luv u...

    ReplyDelete
  5. sweet sangat cerita ni. memang best sgt! :)

    ReplyDelete
  6. Best...sweet sgt2..

    ReplyDelete
  7. best suka sangat2 dah bnyk kli bce cerpen ni pun x bosan....swett:)

    ReplyDelete
  8. superb....best sgt jalan cternya..

    ReplyDelete
  9. Menarik jalan cerita nie. Best jaa rasa dia. ��

    ReplyDelete