PeNgiKuT sEtiA..

Friday, December 13, 2013

Cinta Si Mamat Sotong (Part 7)

Part 7



“ Raisya ada kejutan untuk abang..” ujar Raisya ceria sambil membelit leher tegap milik Zhildan. Zhildan dah buat muka. Wajahnya berkerut-kerut mencerna makna kata-kata yang terbit dari bibir mongel itu.

   “ Kejutan apa?” soal Zhildan perlahan. Tangannya naik menyebak rambut Raisya yang menutupi sebahagian pipi mulus itu. Raisya sengih. Kenyit mata dan sekilas dia kucup pipi Zhildan tanpa memberi sebarang jawapan. Dah nama pun kejutan, mana boleh cakap sekarang.

   “ Yang.. kejutan apa tu? Kita nak tahulah..” rengek Zhildan manja. Raisya dah tahan gelak. Ikutkan hati, kalau tengok wajah cemberut Zhildan.. nak aje dia gelak gelung-guling. Tapi, tak sampai hatilah pula.

   “ Kejutan maknanya abang akan terkejut bila dapat tahu. Kalau dah Raisya bagitahu sekarang.. bukan namanya kejutan lagi kan? Lagipun, tunggu sampai dulu..”

   “ Sampai?” soal Zhildan dengan sebelah kening terjungkit. Raisya sengih dan angguk.

   “ Sabar sikit, abang..” pujuk Raisya lalu pegang kedua-dua belah pipi Zhildan sambil pipi encik suami dia goyang-goyang lembut.

   “ Okey, kita tunggu..” putus Zhildan bersama rasa teruja.

******************

 “ Itu ke kejutan yang awak nak bagi dekat kita?” soal Zhildan sambil memuncungkan mulutnya pada satu arah. Raisya angguk.

   “ Suka tak?” Raisya dah jungkit-jungkit kening. Zhildan menggeleng dengan wajah hambar.

   “ Laa.. kenapa tak suka? Penat Raisya aturkan nak buat surprise..” rengek Raisya seakan berjauh hati.

   “ Sebab hati kita kata tak suka..” Mudah jawapan Zhildan. Terus berubah wajah Raisya.

   “ Betul ni tak suka?” Raisya soal untuk kepastian. Zhildan angguk laju.

   “ Memang tak suka.”

   Hmm.. tak suka tak apalah..” Putus asa Raisya dibuatnya. Langkah mula hendak dihala menjauh. Tapi, tak sempat bila Zhildan dah paut kemas pinggangnya.

   “ Merajuk?” soal Zhildan. Raisya diam. Wajah dia palingkan ke arah lain. Rasa macam air mata nak menitis pun ada. “ Merajuk dengan kita ke ni?” soal Zhildan lagi. Kali ni Raisya dah panggung kepala lalu angguk mengiyakan. Zhildan sengih.

   “ Kita main-main ajelah. Kita suka..” Zhildan dah mula sesi memujuk. Raisya tetap diamkan diri. “ Sayang.. awak betul-betul marahkan kita ke ni?” Zhildan pegang sebelah pipi milik Raisya. Raisya menceber. Wajah dia sembamkan pada dada bidang Zhildan. Mengelak dari lelaki itu mencari riak wajahnya yang suram.

   “ Penat Raisya buat kejutan, abang cakap tak suka. Kecil hati Raisya tau..” adu Raisya serak. Zhildan dah panik. Takkanlah isteri dia nak menangis kot? Hati gundah-gulana tatkala ini.

   “ Okey.. kita minta maaf. Kita jujur ni.. kita memang tak suka sebenarnya..”

   “ Tengok.. abang memang tak suka kan? Dahlah..” Raisya tolak dada bidang itu geram. Melihat Raisya hendak melarikan diri, pantas jemari itu dia sambar.

   “ Tak baik berkasar macam tu dengan kita, sayang kan seorang isteri?” pujuk Zhildan romantis. Raisya dah terdiam bisu.

   Hmm.. maaf..”

  “ Kita maafkan sebab kita nak awak sama-sama dengan kita dekat Jannah nanti..” Zhildan balas dengan hati yang ikhlas. Memang itu niatnya.

   “ Tapi.. betul ke abang tak suka?” soal Raisya berharap benar suaminya menarik balik kata-kata tadi.Zhildan tetap dengan pendiriannya. Dia geleng. Tanda tak suka. Raisya mengeluh lemah.

   “ Kita tak suka menipu hanya untuk nak jaga hati awak.”

   “ Zhil!” Geram saja Raisya sampaikan bahasa pun dah tertukar. Dipandang geram wajah kacak suaminya.

   Shh.. dengarlah dulu..” cantas Zhildan sambil tangan dah belai rambut si isteri. “ Kita memang tak suka menipu. Kita ada sebab kenapa kita tak suka kejutan awak ni..” Jeda. Raisya dah berpeluk tubuh.

   “ Sayang.. jangan buat muka. Berdosa..” tegur Zhildan untuk seketika. Pipi Raisya dia cubit perlahan.

   “ Suka hati abanglah..” Raisya dah malas nak berdebat. Sungguh dia terasa hati.

   “ Tanyalah kita balik kenapa kita tak suka..” desak Zhildan tiba-tiba. Raisya dah pincingkan mata.

   “ Abang boleh jawab tanpa Raisya tanya kan?”

   “ Marah kita lagi tu..” Zhildan muncungkan bibirnya. “ Tak elok macam ni, sayang. Okeylah, kita tak nak buat awak marah. Nanti anak ni menurun muka mama dia yang masam kelat ni..” sakat Zhildan sambil jemari singgah pada perut Raisya lama.

   “ Geramlah Raisya macam ni..” Raisya dah mengeluh kecil. Nak mendengus kuat-kuat, bertambah pula dosanya. Zhildan tarik tubuh itu mendekat. Tapi, disebabkan perut Raisya yang dah membusung.. ada batas di antara mereka.

   “ Kenapa perlu jemput mereka?” soal Zhildan memulakan bicara. Direnung dalam anak mata milik Raisya. Raisya terpempan.

   “ Abang tak suka mereka datang?” Raisya pandang wajah Mirza dan Selvarani yang sedang lahap melantak di ruang tamu. Seketika, mata dialihkan kembali pada wajah Zhildan.

   “ Bukan tak suka. Tapi, niat sayang tu..” Zhildan memperbetulkan ayat isterinya.

   “ Tak faham..”

   “ Raisya ajak mereka untuk tolong kita kan?”

   “ Ya..”

   “ Kita tak nak..”

  “ Tapi, kenapa? Kan abang yang nak minta tolong Raisya ubah abang..” Raisya dah merungut. Zhildan mengeluh dalam.

   “ Cukup ada awak aje untuk ubah kita. Kita tak nak orang lain. Lagipun, Selvarani tu perempuan.. buatnya dia make over kita.. dia sentuh-sentuh kita, kan haram tu sayang?” ujar Zhildan lagi. “ Kalau awak nak sentuh kita, tak apa sebab hubungan kita dan awak halal..” Raisya diam mencerna. Seketika, akalnya mula menyokong tindakan Zhildan.

   “ Selva dah janji nak ubah abang..”

   “ Awak masih tak dapat terima suami awak ni mamat sotong?” selar Zhildan memancing. Dia tahu hati Raisya yang sebenar. Buru-buru Raisya menggeleng cemas. Zhildan simpan senyum.

   “ Habis tu?” Zhildan sekadar menduga.

   “ Abang yang minta tolong Raisya.. Raisya cuma nak tolong abang..” bangkang Raisya mempertahankan diri.

   “ Okeylah.. tapi kita tak suruh awak minta pertolongan Selva kan? Awak rasa Mirza tu boleh ke tolong kita? Dia sendiri pun terlebih sotong pada kita tau..” Sengaja Zhildan bergurau. Raisya sengih sedikit. Lucu dengan kata-kata Zhildan.

   “ Awak..” seru Zhildan lembut. Kedua-dua belah pipi Raisya dipegang untuk menatap wajahnya. “ Kita cuma perlukan awak untuk ubah kita. Kalau kata kita perlukan Selva, dah lama kita ajak Selva kahwin. Tapi, masalahnya sekarang kita tahu hati kita kata cuma awak boleh tolong kita. Memang sukar, memang payah sebab ini semulajadinya diri kita. Allah dah ciptakan kita macam ni..” Zhildan jeda.

   “ Tapi, tak mustahil untuk kita berubah kan? Perlahan-lahan..” tambah Zhildan lagi dan lagi.

   “ Abang.. abang tak perlu berubah untuk Raisya..” selar Raisya bimbang akan penerimaan Zhildan.

    “ Kita yang memilih untuk berubah. Walaupun kita yakin kalau kata kita berubah, kita mungkin tak segagah lelaki lain, tak setegap lelaki lain.. dan tak sehebat lelaki lain. Sekurang-kurangnya kita cuba kan? Selebihnya kita harap awak terima kita apa adanya.. boleh?” telus kata-kata itu meresap ke hati Raisya.

   “ Raisya sayang abang. Kalau kata abang akan jadi mamat sotong untuk selama-lamanya pun Raisya tetap nak abang sebab abang dah pegang hati Raisya..” Raisya dah mula nak menangis. Barangkali terharu benar dengan kata-kata Zhildan.

   “ Tak naklah nangis, sayang..” pujuk suaminya lembut. “ InsyaAllah.. dengan izin Allah.. kita nak jadi yang terbaik untuk awak. Paling penting, kita nak jadi lelaki yang boleh melindungi awak. Takkanlah selama-lamanya kita nak macam ni kan? Lagipun, siapa yang boleh ubah kita kalau bukan diri kita sendiri nak berubah..”

   “ Ni mesti nak imbau kenangan lama kan?” Raisya meneka. Kenangan pertemuan kali pertama mereka. Kisah yang menemukan mereka. Zhildan sengih.

   “ Teruk kan kita waktu tu? Boleh jadi kita tinggal awak dengan Jidin dan sekufunya tu..” Zhildan dah gelak halus. Raisya turut sengih. “ Sebab tu kita nak berubah, sayang. Sekurang-kurangnya kita boleh jadi pelindung, awak. Buatnya perkara dulu tu berulang dan awak dalam keadaan macam ni.. takkan kita sekali lagi nak ulang kesalahan sama? Tinggalkan awak sebab tak reti nak bertumbuk. Buat malu ajelah..” Zhildan dah merungut bersama wajah menceber.

   “ Nanti Raisya ajar abang macam mana nak mempertahankan diri..” usul Raisya dengan mata bersinar-sinar. Zhildan dah buat muka terkejut. Biar betul Raisya ni.. kan tengah mengandung tu?

   “ Hish.. bukan sekaranglah. Lepas bersalin nanti..” Cepat-cepat Raisya betulkan prasangka encik suami. Zhildan dah urut dadanya tanda lega.

   “ Nasib baik.. kita ingat kan sekarang ni. Kang niaya aje kalau sayang terberanak dekat sini..” Dan terus ketawa galak terhambur dari bibir Zhildan. Raisya cubit perut suaminya manja.

   “ Ehem-ehem.. kau ni, nyah. Nak buat drama tak toleh kiri kanan ye?” Mirza datang sambil membawa jug yang kosong. “ Zhil.. tambahkan air. Dah habis..” Selamba saja riak Mirza. Jug dihulur rapat pada dada Zhildan. Tidak dapat tidak, Zhildan capai juga. Dalam hati, dah menggeleng-geleng dengan tingkah Mirza yang selamba badak itu.

   “ Kejap lagi kita bawa ke depan. Mirza dan Selva duduklah dulu..” laung Zhildan sedikit. Mirza yang melenggang itu toleh ke belakang sambil mengangguk selamba.

   “ Biar Raisya tambahkan air tu..” Raisya dah hulur tangan meminta jug kosong yang dipegang Zhildan. Zhildan geleng.

   “ Sayang pergi duduk depan.. biar kita buatkan. Bukan payah pun.. duduk depan ye?” Zhildan bersuara lembut.

   “ Dari tadi asyik abang aje dekat dapur..” rungut Raisya sedikit. “ Raisya pun teringin nak masuk dapur tau?”

   “ Tunggu lepas awak bersalin. Waktu tu semua kerja seorang isteri, kita serahkan pada awak. Manalah tahu kan?” Zhildan bersuara penuh makna. Sekilas matanya dikenyitkan pada Raisya sebelum tubuh itu menghilang ke ruangan dapur.

**************

“ Sayang..” laungan Zhildan dari ruang tamu. Garau suara itu bergema memenuhi pelosok rumah mereka. Raisya menjengah di balik dapur.

   Why?” soal Raisya sepatah. Zhildan tarik senyum dan angkat si kecil sedikit.

   “ Dah basah..” adu Zhildan sambil muncungkan bibir pada pahanya yang dilapisi seluar khaki itu. Raisya berkerut kening.

    Kaki Raisya bergerak mendekati suami. Dan seketika.. bibirnya melorek senyum senget. “ Sian papa.. dah penuh sangat kot pampers dia tu..” ujar Raisya seraya meyambut si kecil dari tangan Zhildan. Zhildan hanya sengih tenang. Dah si kecil bukannya tahu apa-apa pun, takkan dia nak marah kan?

   “ Masuk bilik dulu, nak tukar seluar then nak solat asar.. tunggu ye?”sahut Zhildan. Sempat lagi dia cium pipi tembam milik bayi mereka sebelum dahi Raisya turut menerima habuan. Raisya tergelak senang. Suka dengan cara Zhildan tonjolkan kasih sayang dia.

7 comments: