PeNgiKuT sEtiA..

Friday, November 15, 2013

Cinta Si Mamat Sotong (Part 3)

PART 3

Raisya pandang wajah mamat sotong depan mata. Dari tadi duk tersengih-sengih apa hal mamat ni? Monolog Raisya yang dah elok siap sarung baju tidur corak Hello Kitty separas lutut tanpa lengan. Tampak comel dan keanakan.

   “ Yang kau sengih-sengih kenapa?” sergah Raisya kurang senang. Zhildan senyum herot. Dia pandang Raisya bagaikan kucing yang sedang tengok ikan mentah depan mata.

   “ Awak nampak cantik.. kita suka.” Berhenti sekejap sambil sengih-sengih nipis. “ Tu.. hello kitty tu comel macam awaklah..” balas Zhildan menyambung seraya tuding jemari kasarnya tepat pada baju tidur yang dipakai Raisya.

    Raisya dah terbeliak biji mata. Pantas dia tunduk pandang pakaian yang tersarung pada tubuhnya. Okey, dia lupa! Baju yang dia pakai ni bukan sopan sangat. Cepat-cepat Raisya bersembunyi di balik langsir. Zhildan dah terkesima. Eh?

   “ Awak.. kenap..”

   “ Jangan dekat!” teriak Raisya panik. Zhildan dah mula termati kata. Langkah dia terhenti. Kepala yang tak gatal, dia garu perlahan. Kenapa dengan Raisya ni?

   “ Kenapa kita tak boleh dekat?” soal Zhildan polos. Raisya mendengus. Muka dah cuak semacam.

   “ Aku kata jangan dekat, jangan dekatlah!” marah Raisya geram. Zhildan dah rasa rahang dia jatuh. Aku?

   “ Awak.. kita dah kahwin. Remember?” selar Zhildan berubah nada. Raisya julingkan mata.

   “ Aku tahulah aku dengan kau dah kahwin. Tapi, aku tak suka kau dekat-dekat dengan aku. Gelilah..” Raisya buat muka dengan aksi geli-geleman. Zhildan terhenyak. Amboi.. sesedap pisang goreng dalam novel Syah Shah tu aje dia cakap geli dengan aku eh? Hati Zhildan dah mengomel geram.

   “ Kenapa?” selar Zhildan hendak tahu. Dia garu hujung hidungnya sedikit.

   “ Kau keluar sekarang.” Raisya beri arahan. Zhildan mengeluh kecil.

   “ Kita takkan keluar selagi awak tak keluar dari langsir tu..” Tegas Zhildan. Raisya dah ketap gigi.

   “ Kau ni degil kan? Pandai melawan..” marah Raisya dengan mata melotot bulat.

   “ Kita kan suami awak! Memanglah degil pun macam awak!” marah Zhildan balik. Wajah dah memerah. Rahang dah mula bergerak ganas. Eh, jangan ingat mamat sotong tak reti marah eh? Ekekeke.

   “ Hee.. aku jerit karang..” ugut Raisya dengan kesabaran yang menipis. Zhildan ketawa kecil. Lucu dengan ugutan si isteri. Bagi dia, Raisya takkan berani hendak menjerit sebegitu. Dia yakin sangat.

    Dan untuk pertama kalinya.. Raisya bagaikan terpaku dengan tawa garau lelaki itu. Melopong mulutnya dengan mata tajam memandang Zhildan yang masih ketawa. Ah, gila kau Raisya. Takkan dah terpikat dekat mamat sotong kot?

   “ Awak..” Raisya pantas mencari arah suara itu. Dekat dan terasa nafas seseorang bagaikan berhembus lembut di pipinya. Dan bila dia menoleh..

   “ Mak!!!” jerit Raisya sebelum mulutnya dipekup oleh Zhildan. Terkebil-kebil mata Raisya memandang mamat sotong depan mata. Eh.. sejak bila mamat ni ada dekat sini? Bukan tadi..

   Shh.. awak jerit kenapa? Kita bukan nak buat apa punlah..” marah Zhildan kecil. Wajah Raisya dah berubah pucat. Terkial-kial dia cuba nak leraikan tangan yang masih pekup mulut dia tu. “ Okey.. kita lepas. Tapi, janji dengan kita awak takkan jerit macam tadi? Nanti papa dengan mama kita fikir lain pula..” ujar Zhildan memahami.

   Segera Raisya jatuhkan kepalanya tanda akur. Zhildan sengih lalu tangan itu dia jatuhkan daripada menyentuh bibir si isteri. Dibawa tangan kekarnya ke belakang. Menyorokkan tangan yang mula menggeletar halus sebaik saja dia tanpa sedar dah sentuh mulut comel milik Raisya.

   “ Se.. sejak bila kau ada dekat sini?” soal Raisya gugup. Zhildan kemam bibir dan buat muka.

   “ Sejak awak pandang kita tak berkelip tadi..” sindir Zhildan bersama senyum herot. Terus berubah wajah Raisya. Dia berdehem-dehem seketika sembari melarikan anak mata. Choi.. kantoi rupanya.

   “ Perasanlah kau ni..” Perlahan suara Raisya. Zhildan sembunyi senyum. Dia tahu isterinya malu tertangkap ketika ralit tengok dia tadi.

   “ Perasan pun perasanlah asalkan awak keluar dari situ,” sahut Zhildan nakal. Dia pandang sisi wajah Raisya yang jelas nampak gelisah. “ Awak.. sampai bila awak nak menyorok balik langsir tu? Tak nak bagi kita tengok ke?” Terkesima Raisya dengan soalan yang tak terduga itu. Mata Raisya kembali memanah wajah tampan yang masih buat muka tak bersalah depan dia ni.

   “ Gatal kau eh?” Raisya dah kecilkan mata.

   “ Apa yang gatalnya?” sangkal Zhildan dengan dahi berlapis.

   Yelah.. kau nak tengok aku dengan baju ni. Tak gatal ke?” sergah Raisya bengang. Zhildan dah juihkan bibir.

   “ Bila pulak kita nak tengok awak? Kita cuma kesian dekat awak sebab terpaksa menyorok macam pencuri tu. Kalau awak, dulu-dulu kita dah selalu tengok kan? Awak aje yang tak tahu..” sanggah Zhildan lagi langsung membuatkan Raisya tergeliat lidah. Zhildan dah bawa tubuhnya menapak ke birai katil. Duduk dilabuhkan di situ.

   “ Zhil.. kau keluar dululah..” Tiba-tiba nada si isteri bagaikan merayu. Zhildan dah tongkatkan tangan dia ke tilam. Memerhati Raisya yang masih tidak berganjak dari balik langsir.

   “ Bagi tiga sebab kenapa kita kena keluar..” Mudah Zhildan membalas. Raisya dah ketap gigi. Ada juga yang makan kaki kejap lagi.

   “ Jangan main-mainlah!” bentak Raisya. Zhildan jeling dia sekilas.

   “ Nampak macam main-main ke?” Eh? Raisya dah bulatkan mata. Sejak bila mamat ni pandai melawan dia?

   “ Okey-okey.. sebab pertama, baju aku ni seksi untuk kau tatap. Sebab kedua, aku segan. Dan sebab ketiga.. aku tak nak kau nampak aku dengan baju ni. Cukup?” Geram Raisya dibuatnya. Zhildan terdiam lama. Tiba-tiba susuk tubuh itu bangkit dari katil. Menapak kembali ke arah Raisya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Raisya dah kembali cuak.

   Tak sempat dia nak menahan, susuk tubuh tegap itu dah berada tepat di hadapannya. Menikam anak matanya dengan mata redup menggoda. Raisya telan liur.

   “ Awak ingat kita ni tak normal ke?” Pantas Raisya panggung kepala. Pelik dengan kata-kata lelaki itu. “ Kita tahulah kita lembut. Tapi, kita belum songsang lagi awak..” sambung suara itu mengeluh.

   “ Kau cakap apa ni? Bila aku cakap kau songsang pulak?” sergah Raisya bengkak. Lain orang cakap, lain dia luah. Hailah..

   “ Itulah yang kita nak cakap ni. Cuba awak diam kejap..” Sekali lagi Zhildan bersuara keras. “ Untuk ketiga-tiga sebab yang awak beri dekat kita tu. Kita tak dapat terima..” Jeda. Raisya dah pandang suami dia atas bawah, bawah atas dah.

   “ Kenapa?” Dia rajinkan juga mulut bertanya. Zhildan hela nafas panjang. Pipi isterinya dipegang dengan sedikit teragak-agak. Bukan dia tak nampak Raisya seakan terkejut. Tapi, dia buat tak endah saja.

   “ Sebab pertama, kita suami awak. Sebab kedua, suami memang boleh tengok apa saja milik isteri dia. sebab ketiga.. kita tak kahwini awak untuk awak dengan cara awak, kita dengan cara kita. Bukan ke kita kena saling melengkapi? Lagipun, awak kena tolong kita buktikan dekat papa kita yang kita tak songsang..” Dalam satu nafas, suara itu bertutur lembut. Raisya dah pening-pening lalat.

   “ Maksud kau?” soal Raisya perlahan. Tak dapat nak faham makna kata-kata si suami.

   “ Bukan ke awak kena tolong kita dapat anak..” Selamba dan tenang jawapan Zhildan. Terbeliak luas mata Raisya dibuatnya.

   “ Kau..”

   “ Kan kita dah setuju hari tu awak kahwin dengan kita sebab nak tolong kita..” Zhildan mula mengingati Raisya kembali. Seketika, Raisya dah terdiam bisu. Kata-kata nasihat Prof Raiqal berulang tayang di benaknya. Memang dia berkahwin dengan Zhildan untuk membantu lelaki itu. Tapi, perlu ke dia berkorban sejauh ini?

   “ Tapi.. aku..”

   “ Kita suka awak..” cantas Zhildan menyebabkan Raisya dah termati aksi. Bibirnya lumpuh hendak berbicara. “ Dah lama.. sejak awak tolong kita masa kita kena buli dulu..” sambung Zhildan lagi meyakinkan. Dia tahu Raisya terkejut. Tapi, itulah hakikatnya.

   “ Mungkin awak nampak kita tak sempurna sebab diri kita yang serba-serbi lembut ni. Tapi, hati kita memang pada awak. Kita tak tipu. Waktu kita suka awak.. kita rasa syukur sangat sebab kita tahu kita tak pernah songsang. Selama ni, kita tak pernah suka perempuan. Awak yang pertama. Sebab tu kita berani minta awak tolong kita..” luah Zhildan lagi. Sedikit beremosi. Diusap-usap rambut milik Raisya.

   “ Awak percaya tak kita cakap ni?” soal Zhildan bila dia lihat Raisya bagaikan sedang berada di dimensi lain. “ Awak.. kita cakap dengan awak ni..” sergah Zhildan sedikit kuat.

   “ Hah?” Raisya dah terpinga-pinga.

   “ Kita cakap dengan awak ni..” ulang Zhildan lagi. Raisya angguk-angguk kepala dia kalut.

   “ Tahu kau cakap dengan aku sebab memang aku sorang aje dekat dalam bilik ni..” Lurus jawapan Raisya. Zhildan sengih.

   “ Habis tu, awak percaya tak?” Zhildan dah jongketkan keningnya sebelah.

   “ Manalah aku tahu, Zhil. Tu hati kau. Kau tanyalah hati kau sendiri sama ada kau nak percaya ke tak. Bukan hati aku pun..” Raisya dah merapu. Dia jeling wajah tampan milik si suami. Zhildan mengeluh.

   “ Sebab ni hati kitalah, kita nak awak tahu yang kita memang suka awak. Kalau kita sorang aje yang tahu, sama macam awak tak tahu apa yang kita rasa. Kita nak awak tahu kita kahwin dengan awak bukan sebab nak buktikan dekat papa kita aje. Tapi.. sebab kita memang suka awak. Jadi, sekarang awak dah tahu kan?” Panjang lebar omongan Zhildan. Tangan Raisya dipegang takut-takut.

   “ Aku tak tahu..” Raisya sengaja buat-buat tak faham. Wajah dilarikan kembali ke sisi. Segan!

   “ Kita tahu awak tahu. Jadi, kira bolehlah ni eh?” Zhildan dah sengih nipis waktu ini.

   “ Apa yang boleh ni?” Berkerut kening Raisya langsung tak memahami.

   “ Penatlah kita macam ni..” sungut Zhildan sedikit dengan wajah masam mencuka. “ Maksud kita, kira bolehlah awak tolong kita dapatkan anak eh? Kita nak tunjuk dekat papa, dekat semua orang yang tuduh kita songsang tu. Kita tak pernah lupa agama kita. Kita masih berada dekat landasan yang betul.. boleh kan awak tolong kita?” Zhildan dah penat nak ulang ayat sama.

   Raisya dah pening kepala. Gila direct permintaan si suami ni. Ah, macam mana ye? Raisya dah kusut kepala dibuatnya. Melihat Zhildan masih menanti jawapan, lagilah dia rasa nak pitamkan diri untuk dua, tiga minit

Dua bulan berlalu..

Raisya termenung melihat betapa tangkasnya Zhildan mengendalikan ruangan dapur itu. Sekejap lelaki itu menapak ke arah kabinet untuk memotong sayur, sekejap pula lelaki itu sibuk memegang senduk. Pening dia dibuatnya. Cekap gila Zhil uruskan dapur.. hati mula memuji dan kagum.

   “ Awak.. sup ayam ni lambat sikit nak siap. Awak tunggu kita kat depan dululah. Nanti kita bawa ke sana..” Teguran Zhildan mematikan lamunan Raisya. Raisya bawa bebola matanya singgah pada susuk tubuh tegap yang menyarung apron itu.

   “ Tak apalah, aku nak tengok kau masak. Cekapnya kau..” ulas Raisya sempat menyelit sebuah pujian untuk si suami. Zhildan dah senyum bangga.

   “ Awak untung tau dapat kita jadi suami awak. Tapi, kita lagi untunglah..” Jeda seketika. Kening Raisya terjungkit.

   “ Kenapa kau lagi untung pula?” soal Raisya kurang mengerti. Zhildan sandarkan badan ke kabinet sambil pegang senduk.

   “ Sebab kalau bukan awak kahwin dengan kita, kita tak rasa ada perempuan lain nakkan kita. Satu lagi.. kita tak mungkin boleh jadi papa macam sekarang ni..” Zhildan dah senyum melebar. Raisya terdiam. Begitulah Zhildan sejak dia disahkan hamil lima minggu.

   “ Bakal papa..” Raisya betulkan kenyataan Zhildan. Zhildan gelak halus.

   “ Bakal pun bakalllah. Yang penting nanti kita jadi papa juga. Kita seronok sangat awak..” balas encik suami tak dapat nak sembunyikan rasa terujanya. “ Eh kejap.. kita lupa nak cakap dengan baby hari ni. Lupa nak cakap dekat baby yang kita sayang dia macam kita sayang awak..”

   Zhildan sengih senget untuk sejenak. Kaki tegap itu sudah melangkah pada Raisya. Seketika, tubuh itu sudah menunduk. Bawa kepala dia rapat pada perut kempis Raisya lalu tangan kekar itu mengusap lembut perut kempis Raisya. Raisya dah buat muka geli-geleman. Dalam hati dah berdetik, betul ke aku bakal lahirkan anak si mamat sotong ni? Urghh!!

   “ Assalamualaikum anak papa..” seru Zhildan lembut lalu mengucup perlahan perut milik Raisya. “ Papa cuma nak cakap dekat dia. Papa sayang dia tau. Besar nanti jangan jadi lembik macam papa ye? Okeylah, papa nak sambung masak untuk mama. Dia tidur elok-elok eh?” bisik Zhildan lagi. Erk. Sempat lagi Zhildan pesan macam tu pada kandungan Raisya. Gila sengal. Zhildan jarakkan kembali kepala. Dia sengih pada Raisya lalu sambung buat kerja dia balik.

   Seketika sempat juga Raisya lepaskan nafas lega bila dengar cara Zhildan bahasakan diri. Kalaulah si suami tu guna bahasa kita juga dengan anak mereka, mahu dia pitam untuk jangka masa setahun. Tak pernah dibuat orang.

   “ Zhil..” Tiba-tiba Raisya dah seru nama si suami. Zhildan toleh lalu jungkit kening. Raisya terkesima. Aksi si suami tanpa sedar dah menggetarkan hati dia. Nampak selamba tapi masih mampu memikat hati. Tambah-tambah bila kening tebal itu terjungkit begitu.

  “ Kenapa, awak?” soal Zhildan bila dia lihat wajah terkejut Raisya. Pantas dia bergerak hampir pada Raisya. Senduk di tangan di letak di atas meja. Raisya menggeleng pantas.

   “ Awak mual lagi ke?” Zhildan dah nampak cemas.

   “ Tak.. aku okey. Kau janganlah risau sangat..” sangkal Raisya seraya memalingkan wajah. Cuba menyembunyikan riak debar yang hadir di wajah manisnya. Zhildan dah kerut kening. Kerusi ditarik lalu dia labuhkan duduk pada kerusi itu. Berhadapan dengan Raisya. Lagilah berdebar dan gelabah Raisya dibuatnya.

   “ Awak okey ke tak ni? Awak berpeluhlah..” ujar Zhildan lalu peluh di dahi Raisya dia seka dengan hujung jarinya. Kemudian dia sengih pandang wajah Raisya yang memerah itu.

   “ Awak malu dengan kita eh? Bukan kita tak pakai baju pun awak.” Dalam menyoal sempat lagi Zhildan menyakat bila dia perasan isterinya seakan gelisah tatkala berhadapan dengannya. Secepat kilat juga Raisya menoleh pandang wajah tampan itu sebelum dia bangkit dengan tergesa-gesa. Kalau dia berlama nanti, dia yakin hati dia mahu tunggang terbalik menatap senyuman milik encik suami.

   “ Awak nak ke mana?” soal Zhildan bila si isteri sudah bangkit hendak berlalu pergi.

   “ Err.. aku tunggu kau dekat depanlah. Panas pula dekat dapur ni..” sahut Raisya sedikit kelam-kabut lalu mula hendak menyambung langkah.

   “ Kita mungkin tak seromantis suami orang lain. Tapi..” Zap! Jantung Raisya sudah berdentam-dentum bila tubuh tegap itu hampir di belakangnya. Menyekatnya dari terus melangkah bersama pelukan kejap dari belakang. Oh Tuhan.. “ Tapi, kita nak awak tahu.. setiap detik, setiap saat kita cuma nak tengok awak aje depan mata kita. Kita sayang awak tau. Terima kasih sebab lengkapkan kita..” sambung Zhildan lagi sebelum dia mula menjauh kembali.

   “ Awak.. sup ayam dah siap ni..” Raisya tersentak bila suara itu menggamit halwa telinganya.

   “ Hah.. oh dah siap eh? Okey-okey.. kejap aku bawakan mangkuk..” Raisya sudah mulai kalut kembali. Kaki pula sudah mula gelabah tidah tahu hendak ke mana. Zhildan simpan senyum.

   “ Awak tak payahlah nak gelabah sangat..” sahut Zhildan sedikit mengusik. Raisya terhenti. Kepala digaru-garu kecil.

   “ Err..”

   “ Awak duduk dulu. Kita bawakan sup ni dekat awak..” Dipimpin tangan Raisya lalu dia dudukkan di meja makan kembali. Raisya hanya menurut tanpa kata.

   “ Awak..” Suara Zhildan kedengaran sambil mencedok sup ayam. Raisya mendongak dengan wajah malu-malu. “ Esok kita ingat nak buat makan sikit dekat rumah.. nanti awak jemput kawan-kawan awak dekat kolej eh? Kita jemput Mirza sekali..” ujar Zhildan lalu menapak bersama mangkuk sup di tangan.

   Mendengarkan kata-kata si suami, terus mata Raisya terbuntang.

   “ Untuk apa jamuan tu?” selar Raisya sedikit cuak. Kawan-kawan kolej dia tak ada yang tahu perkahwinan dia dan Zhildan. Mereka sengaja tak besarkan. Zhildan senyum segaris.

   “ Saja je sambil hebahkan yang kita dengan awak dah kahwin. Awak jangan lupa tau..” ingat Zhildan sekali lagi. Raisya sudah tergeliat lidah.

   “ Tengoklah macam mana nanti..” Kata-kata Raisya menarik perhatian Zhildan. Cepat Zhildan mencari raut wajah itu. Keluhan dilepaskan.

   “ Awak.. kalau kita tanya, awak jangan salah faham boleh?” selar Zhildan tiba-tiba.

   “ Kau nak tanya apa?” Sesudu sup ayam dibawa ke mulut. Hmm.. sedap! Puji hatinya sedikit. Zhildan buka apron di tubuhnya lalu mengambil tempat berhadapan dengan Raisya.

   “ Awak ikhlas tak dengan kita? Awak ikhlas tak mengandungkan anak kita?” Dan soalan Zhildan buat Raisya rasa nak tumbang. “ Sebab kadang-kadang kita dapat rasa awak terpaksa..” Suara itu menyambung lagi. Seakan bernada rajuk.

   “ Kau cakap apa ni?” selar Raisya tidak selesa. Zhildan hulur senyum.

   “ Terima kasih awak. Terima kasih sebab terima kita walaupun kita tahu awak tak suka kita..” Zhildan pusing ayat dia. Tubuh itu mula bangkit. “ Awak makanlah dulu. Kita nak naik mandi. Melekit dah tubuh kita ni..” ujar Zhildan hendak meminta diri. Raisya tahunlelaki itu kecil hati dengan cara endah tak endah dia. Kepala diangguk tanda mengizinkan.

   Baru beberapa tapak Zhildan melangkah, tubuh itu kembali berhenti dan tanpa diduga.. cup! Dahi Raisya sudah disapu lembut dengan bibir sensual itu.

   “ Kita tak perlukan sebarang sebab untuk suka awak. Sebab bila hati kita kata kita nak awak, hanya awaklah yang kita nak sampai bila-bila. Maaf kalau kita terlalu memaksa. Awak makan kenyang-kenyang. Ingat.. awak makan untuk dua orang. Kita sayang sangat dekat awak. Kita naik dulu..” Seketika, tubuh itu sudah menghilang. Raisya raba dahinya yang masih terasa hangat. Perlahan-lahan tubuh disandar ke bahu kerusi. Cinta ke aku pada dia? Monolog dalaman Raisya sudah beralun perlahan.

*********

Zhildan masih sibuk melayani tetamu yang hadir. Boleh tahan juga yang datang berkunjung. Tak cukup tangan dia dibuatnya. Apatah lagi, dari tadi kelibat Raisya bagaikan tidak kelihatan. Pantas, Zhildan melipat lengan baju melayu yang dipakai seraya langkah diatur untuk mencari isterinya.

   “ Zhil..” teguran seseorang membawa langkah Zhildan mati. Zhildan menoleh. Serta-merta juga bibirnya mengoyak senyuman. Mirza? Ahmad Mirza?

   “ Mirza.. lamanya kita tak jumpa awak..” ujar Zhildan separuh terjerit. Mirza sudah berlenggang-lenggok menghampiri teman karibnya itu. Bahu Zhildan ditunjal sedikit.

   “ Kahwin tak bagitahu kita kan?” sahut Mirza dengan suara menggeletis. Zhildan ketawa halus.

   “ Kita memang rahsiakan dululah, Mirza. Sebab tu hari ni kita buat jamuan, nak hebahkan perkahwinan kitalah ni. Eh, Mirza dah makan?” soal Zhildan tampak ceria.

   “ Kelas kau, nyah. Dapat isteri cantik macam tu. Kita dah makan.. sedap..” puji Mirza sambil bawa ibu jari ke bibir. Zhildan dah senyum bangga.

   “ Kita yang masak tau..” balas Zhildan lalu sengih. Mata Mirza dah membulat.

   “ Awak yang masak? Kita ingat isteri awak yang masak..” ujar Mirza sedikit kagum.

   “ Kita tak bagi dia masak sebab dia mengandung..” balas Mirza walhal dia tahu hakikatnya. Raisya tu mana hendak memasak. Jauh sekali nak rasa air tangan si isteri.

   “ Mirza.. awak duduk dulu eh? Kita nak cari isteri kita. Tak cukup tangan kita nak layan tetamu ni..” Zhildan mula minta diri. Mirza angguk saja. Kaki sudah mula menyambung langkah kembali.

   Mana isteri kita ni? Hati Zhildan dah bermonolog. Mata diliarkan ke kiri dan kanan sebelum anak matanya tertancap pada tiga susuk tubuh yang sedang berada di meja nun jauh di sudut hujung kolam renang. Zhildan sengih lalu kaki dibawa melangkah mendapatkan Raisya.

   “ Raisya.. macam manalah kau boleh kahwin dengan mamat sotong macam tu? Kalau aku, memang gelilah wei..” Tanpa sedar, kaki Zhildan sudah terpasak ke bumi. Mamat sotong? Kita ke? Hati sudah tertanya-tanya.

    “ Betullah wei. Memanglah mamat tu handsome. Tapi, kau tak rasa geli ke bila dengan dia? Ni.. siap dah mengandung dua bulan. Hebat juga mamat sotong tu kan? Sungguh aku tak sangka..” Lagi seorang teman Raisya sudah gelak menyindir. Perlahan-lahan kaki Zhildan sudah berundur, menyorok di balik tiang sambil mencuri dengar. Dia dapat lihat dengan jelas wajah cemberut Raisya. Hati mula hendak tahu apa balasan si isteri pada teman-temannya itu.

   “ Raisya, aku cakap dengan kau ni..” bentak si kawan pertama. Raisya angkat muka. Tercabar sungguh dia bila kawan-kawan dia memperlekehkannya.

   “ Kau nak aku jawab apa lagi? Kau fikir aku suka ke kahwin dengan lelaki lembik macam tu?? Aku pun terpaksalah!” bidas Raisya tanpa menyedari ada sepasang mata yang memerhatikan mereka. Zap! Tersiat hati lelaki Zhildan. Perlahan-lahan wajah Zhildan sudah berubah suram.

   “ Habis tu, kenapa kau tak bangkang?” hasut si teman seorang lagi.

   “ Dah nama pun terpaksa kan? Aku malaslah nak berdebat dengan abang long aku. Kalau diberi pilihan, memang mamat sotong tu bukan pilihan aku. Walau lelaki dalam dunia ni pupus sekalipun, aku takkan pilih dia..” bohong Raisya lagi. Sengaja hendak menutup rasa malu. Kedua-dua teman Raisya sudah mengangguk-anggukkan kepalanya. Zhildan sudah menyandar pada balik tiang. Sampai hati awak cakap kita macam tu. Kita tak minta pun kita lembik macam ni.

   Zhildan sudah tidak sanggup nak dengar lagi. Kaki mula gontai hendak berlalu pergi tanpa sedar dia sudah tersepak pasu kecil yang diletakkan ditepi tiang itu. Pap! Bunyi sesuatu dilanggar membawa mata Raisyamencari arah punca bunyi itu. Seketika..

   “ Zhil?” seru Raisya dengan muka serba-salah. Zhildan toleh ke belakang. Wajah cuba diriakkan selamba. Senyuman hambar dia hadiahkan sebelum tangan mencapai pasu itu lalu diletak pada tempat asal. Tanpa kata, Zhildan hayun langkahnya menjauh. Kedua-dua teman Raisya sudah pucat lesi. Mereka yakin Zhildan sudah dengar perbualan mereka.

   “ Zhil..” Raisya cuba memanggil lagi. Sepanjang perkahwinan mereka, tak pernah dia lihat wajah Zhildan tampak terluka. Ya Allah.. rasa bersalah mula menusuk ke hati.

   “ Kau orang duduk dulu, aku nak pergi tengok Zhil..” ujar Raisya resah. Kaki terus diatur menjejaki Zhildan.

   Puas dia intai, puas dia cari.. akhirnya dia nampak sesusuk tubuh tegap itu sedang berdiri membelakanginya di taman yang terletak di belakang banglo mereka. Jauh dari keramaian. Jauh dari kebisingan. Dalam hati Raisya, dia tahu lelaki itu sedang merajuk.

   “ Zhil..” Raisya cuba pegang bahu yang dah membelakanginya itu. Zhildan nampak tersentak sebelum mengelak. Bahunya dilarikan dairpada disentuh. Sungguh hati dia terasa. Sungguh hati dia terluka.

   “ Zhil.. aku.. aku minta maaf..” pinta Raisya sarat dengan rasa bersalah. Zhildan hela nafas lemah sebelum buka mulut.

   “ Sampai hati awak cakap macam tu pasal kita..” Lirih dan sedikit serak suara Zhildan. Seketika, Raisya mula perasan sesuatu pada suara itu. Buru-buru dia menapak ke hadapan. Mencari raut tampan itu. Elok saja wajah itu ditatap, Zhildan cepat palingkan wajah sedangkan Raisya sudah terlopong.

   “ Zhil.. are you crying?” soal Raisya dah separuh terkejut. Wajah si suami masih menunduk. Zhildan hela nafas perlahan sebelum panggung kembali wajahnya. Kali ni benar tebakan Raisya. Lelaki itu.. menangis! Ya Allah.. apa kau dah buat ni Raisya?

   “ Kita tak nak menangis. Tapi, kenapa kita menangis jugak? Kita ni memang lembik kan? Betullah awak dan kawan-kawan awak cakap..” sahut suara itu gontai. Raisya mula terkesan.

   “ Zhil..” Raisya cuba memujuk. Tapi, Zhildan terlebih dahulu menggeleng perlahan.

   “ Tak apa, kita faham. Cuma kita nak tahu, kita ni memang tak layak ke untuk awak? Kita tak layak ke jadi suami kepada Raisya Humaira? Betul-betul tak layak ke? Kalaulah kita tahu dari awal kita memang tak layak.. ” Zhildan senyum hambar tanpa menghabiskan ayatnya. Kali ni, degupan jantung Raisya seakan berhenti berdenyut. Apatah lagi bila langkah kaki tegap itu sudah menjauh usai saja meluahkan kata sendu tadi. Oh god, apa kau dah buat Raisya??

   Belum sempat Zhildan hendak menapak jauh, Raisya dah capai tangan kekar itu. Terus terhenti langkah Zhildan.

   “ Aku minta maaf, Zhil. Aku tak ada niat..” Semakin perlahan suara Raisya. Zhildan sapu air matanya sedikit. Tangan Raisya ditolak perlahan.

   “ Kalau awak betul-betul tak suka kita.. awak tolong lahirkan anak kita dulu. Lepas tu, baru kita bincang balik macam mana. Kita nak ke depan. Tetamu ramai..” pamit Zhildan sekali lagi. Raisya sudah tersentak hebat.

   “ Kau cakap apa ni??” marah Raisya sedikit terkejut dengan bicara si suami. Zhildan pusing. Wajah manis itu dia tatap.

   “ Kita cuma nak sedarkan diri kita ni yang kita tak cukup sempurna untuk awak..” balas Zhildan lagi.

   “ Zhil, kan aku dah cakap aku tak sengaja cakap macam tu..” Resah suara Raisya. Tanga kekar itu cuba diraih. Zhildan hela nafas panjang. Tangannya naik mengusap kepala Raisya.

   “ Jangan risau.. kita tak marah awak. Terima kasih sedarkan kita,” Zhildan pula yang memujuk. “ Macam kita cakap, kita tak perlukan sebarang sebab untuk suka awak. Bukan sebab awak cantik, bukan sebab awak nampak sempurna.. tapi hanya cukup bila hati kita kata, kita nak awak. Jadi, segala kekurangan awak, kita dah tak nampak. Kita ingat awak pun macam tu. Tapi, kita salah. Maafkan kita ye? Kita kena ke depan ni..” Melihat langkah kaki itu, bibir Raisya mula kelu. Tak tahu bagaimana hendak membalas.  Ya Allah.. begitu terlukakah suaminya? Sungguh dia rasa berdosa tika ini.

7 comments:

  1. best tapi cedih...xnak zhill dan isteri dia berpisah....cepatla sambung...

    ReplyDelete
  2. cepat lah smbung,kta nk tau kesudahan crta ni,besttttttt sangat

    ReplyDelete
  3. sambung la lagii .. hihihik terbaikkk

    ReplyDelete