PeNgiKuT sEtiA..

Tuesday, October 1, 2013

Cinta Si Mamat Sotong (Cerpen) Part 2

Part 2

Raisya tersentak. Cepat-cepat dia angkat wajahnya mendongak pandang ke atas. Seketika, dia terpempan. Elok sejambak bunga mawar menjamah ruangan mata. Raisya cuba intai wajah yang menunduk itu, tapi terhalang oleh bunga besar gedabak ni pula. Dah siapa meroyan nak bagi aku bunga ni? Raisya berdialog sendirian. Kepala digaru tanpa tujuan.

   “ Untuk awak..” Aduhai.. gemalai sungguh suara yang bersuara. Raisya dah bangun. Terhendap-hendap dia cuba intai wajah si dia yang makin menunduk tu. Aku intai, dia makin tundukkan wajah. Dah kenapa mamat ni? Raisya pelik. Kuku digigit-gigit halus.

   “ Kenapa bagi saya bunga?” soal Raisya lurus. Dia masih berusaha nak cam wajah empunya tubuh yang sedang elok berdiri menghadap dia tu. Tiba-tiba..

   “ Awak??” soal Raisya terjerit sedikit bila mamat tu dah mula berani angkat muka. Zhildan tarik senyum serba-salah. Nampak canggung. Raisya dah buntang biji mata.

   “ Err.. sayalah ni..” balas Zhildan takut-takut. Raisya mencebik. Mamat nilah hari tu sedap-sedap aje tinggalkan aku sendirian menghadap tiga makhluk perosak tu kan? Nasib baik abang long datang. Kalau tak..

   “ Kita minta maaf sebab kita tinggalkan awak hari tu. Sebenarnya.. sebenarnya kita nampak driver kita dah tunggu dekat luar pagar. Tu yang kita terus pergi..” ujar Zhildan masih dalam intonasi gugup. Raisya buat ‘derk’. Duduk kembali dilabuhkan di atas kerusi kafeteria itu. Kehadiran Zhildan dia buat bagai tak wujud. Zhildan dah mula gigit bibir. Dia marah ke? Soal hati Zhildan.

   “ Awak, tak nak bunga ni?” soal Zhildan setelah hampir lima minit dia berdiri bagaikan tugu Negara. Raisya toleh sekejap. Seketika, dia jungkit kening.

   “ Perlu ke?” soal Raisya sarkastik. Zhildan nampak tergamam. Lambat-lambat dia angguk mengiyakan.

   “ Kenapa?” soal Raisya polos. Zhildan senyum panjang. Eh, senyum pulak? Bisik hati Raisya aneh akan sikap si mamat sotong.

   “ Sebab kalau awak terima bunga ni, maknanya awak dah maafkan kita pasal hari tu dan awak dengan kita.. kawan?” ujar Zhildan ceria. Raisya dah tarik muka. Kawan?

   “ Awak? Saya? Kawan? Err..” Raisya dah mati kata. Wajah ceria Zhildan dah bertukar muram bila Raisya soal dia macam tu. Nampak sangat Raisya tak sudi nak berkawan dengan dia. Dia hela nafas panjang. Yelah.. siapalah nak berkawan dengan dia yang serba-serbi lembut ni. Dia sedar diri. Bunga mawar diletak di atas meja perlahan-lahan. Raisya hanya memandang. Touchinglah tu.. dengus hati Raisya mengandaikan.

   “ Tak apalah, awak. Kita faham. Awak ambil bunga tu, dan awak tak perlu nak terima kita jadi kawan awak pun. Tapi, terima tahu? Sebab tu tandanya awak maafkan kita. Kita pergi dulu, kejap lagi ada kuliah. Assalamualaikum..” Bagaikan sayu suara si mamat sotong buat hati Raisya tangkap leleh. Segera dia menahan.

   “ Mamat sotong!” panggil Raisya kuat. Zhildan tetap melangkah. Yelah, dah memang bukan nama dia mamat sotong. Raisya gigit bibir. Sekali lagi dia jerit.

   “ Hei.. awak yang pakai baju hitam!” jerit Raisya kuat. Zhildan tersentak. Pantas dia toleh pandang warna baju dia. Hitam. Okey, baju dia warna hitam. Jadi, dia panggil kita ke? Hati Zhildan menyoal. Dia menoleh lambat-lambat.

   “ Kita?” soal Zhildan agak jauh sambil tuding jari pada diri sendiri. Raisya terkedu. Tapi, kepala tetap diangguk mengiyakan. Seketika, bibir Zhildan melebar dengan senyum.

   “ Kenapa?” soal Zhildan bila tubuh dia dah terpacak di hadapan Raisya semula. Raisya senyum kelat. Nampak teragak-agak pun betul juga.

   “ Kawan?” ulang Raisya pula. semakin lebar senyuman Zhildan. Pantas, dia angguk laju.

   “ Kawan!” putus Zhildan seronok tak ingat dunia. Melihat wajah mamat sotong ceria, entah kenapa hati Raisya turut sama gembira. Hailah..

***************

Beberapa bulan kemudian..

Zhildan pekakkan telinganya mendengar bebelan Datuk Zakir. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langsung tak berbekas sebab dia dah biasa sangat dengan bebelan serupa itu. Kenapa semua tak faham dia?? Kenapa semua nak persoalkan tentang ‘kelembutan’ dia ni? Bukan dia pinta. Tapi, memang semulajadinya dia macam ni. Tapi, sumpah dia katakan. Nalurinya masih sama seperti seorang lelaki. Masih punya rasa pada seorang wanita. Ya, hanya pada seorang wanita dan wanita itu semestinya Raisya Humaira.

   Bibir Zhildan dah senget dengan senyuman. Mekar secara tiba-tiba. Datuk Zakir yang sakan membebel mula naik geram. Dicapai bantal kecil yang berada di atas sofa lalu.. buk! Tepat mengenai kepala Zhildan. Zhildan dah menoleh dengan muka masam. Mulut dimuncungkan tanda merajuk.

   “ Papa cakap ni, Zhil dengar tak? Duk sengih-sengih macam sotong menggeliat tu apa hal?” marah Datuk Zakir geram. Zhildan mendengus. Dia dah pandang wajah mamanya, Datin Norish.

   “ Ma.. tengok papa ni. Sakit kepala Zhil tau..” adu si anak tunggal lelaki mengada-ngada. Datin Norish menggeleng-geleng memandang suaminya. Dah tahu si anak naluri lembut macam kapas, boleh pula dia bermain kasar macam tu. Pantas, Datin Norish bangkit. Menuju ke arah Zhildan yang masih memuncung ganas. Senyuman dia hulurkan.

   “ Zhil, sayang.. janganlah macam ni. Papa tak sengaja tu..” pujuk Datin Norish lembut. Kepala anak teruna yang berusia 24 tahun itu diusap penuh kasih.

   Agaknya salah dialah kot. Waktu mengandungkan Emir Zhildan, dia terlalu inginkan anak perempuan. Dipakainya Zhildan baju perempuan. Diasuhnya Zhildan bagaikan mengasuh seorang anak perempuan sehinggalah Zhiyra Amanda lahir ke dunia. Barulah perhatiannya kurang sikit buat si anak lelaki tunggal itu. Tapi, ke sudah Zhildan tak berubah. Tetap manja dan berlagak bagaikan seorang ‘puteri’ walhal dia sebagai ibu tahu si anak masih mempunyai sifat kelelakian. Akhirnya.. inilah yang dia dapat. Menyesal tak sudah dia dibuatnya.

   “ Awak ni, mamanya.. salah awak semua ni!” marah Datuk Zakir berpindah pada si isteri. Datin Norish angkat muka.

   “ Kenapa mama pula??” soal Datin Norish. Bingung. Sedangkan dia tahu pokok pangkal ceritanya. Memang salah dia pun. Wajah membahang Datuk Zakir dia pandang. Kepala Zhildan dah elok terlentok pada bahu dia. Manja!

   “ Awaklah manjakan dia sangat. Tengok sekarang ni, apa dah jadi? Mengalahkan Zhiyra! Agaknya nama anak teruna awak ni kita kena tukar jadi Emira Zhildani!” dengus Datuk Zakir geram. Terbelalak mata Datin Norish dan Zhildan tiba-tiba. Mamat sotong tu dah siap duduk tegak. Pandang wajah papa dia dengan riak terkejut.

   “ Papa!” Suara Zhildan dah naik sedikit. Tapi, lemah gemalai tu tetap ada. Alah, macam pondan menjerit macam manalah sangat kan? Tergamak papa nak tukar nama dia senang-senang macam tu aje. Huh!

   “ Papa.. papa..” ejek Datuk Zakir. Zhildan dah ketap gigi. Geram. Rasa diperlekehkan.

   “ Papa.. tak baik buat anak macam tu..” tegur Datin Norish meredakan keadaan. Datuk Zakir dah mendengus keras. Asyik nak bela si anak saja isteri dia ni. Sampai bila Zhildan nak jadi ‘jantan’ kalau dimanjakan sangat? Ya Allah.. malu sungguh kalau orang tanya. Anak teruna siapa yang terliuk lentok tu? Oh.. anak Datuk Zakir. Pemilik Tiara Purnama.. resort yang tersohor di Malaysia. Mana dia nak letak muka ni? Mana??

   “ Asyik papa ajelah yang salah kan, mama? Semuanya papa. Zhildan tak serupa orang pun sebab papa. Papa, papa, papa!!” marah Datuk Zakir balik. Datin Norish terdiam. Nampaknya si suami benar-benar meradang ni. Perlahan-lahan dia bangkit. Mendapatkan si suami. Kena cuba cara lembut pula nak memujuk ni.

   “ Papa..” seru Datin Norish lembut. Diusap-usap bahu si suami. Meredakan kemarahan. Zhildan dah mencebik di atas kerusi. “ Kenapa marah sangat ni?” soal Datin Norish menyambung. Seketika, dengusan kasar menyapa telinga. Datuk Zakir hempas kasar tubuhnya ke sofa. Memandang Zhildan dan si isteri bersilih ganti.

   “ Awak tak faham, mamanya. Saya ni penat nak tadah telinga orang jaja cerita pasa Zhil. Sampai ke syarikat ada aja cerita baru pasal Zhil! Bernanah telinga saya ni suatu hari nanti.” Meledak marah suara orang tua itu. Datin Norish dan Zhildan dah kerut kening.

   “ Maksud papa?” soal Zhildan menyampuk. Datuk Zakir pandang tajam wajah si anak.

   “ Siapa Mirza?” soal Datuk Zakir tegas. Mencerlung matanya.

   “ Kawan istimewa Zhil..” jawab Zhildan ceria. Ya, memang Mirza kawan istimewa dia sebab bersama Mirza dia luahkan perasaan. Sahabatnya itu punya naluri yang sama seperi dia. Personaliti seperti perempuan, tapi naluri adalah lebih kepada lelaki. Lebih tepat, kekeliruan identiti. Cuma, mekap-mekap memang tak adalah. Gila, nabi tak mengaku umat tahu?

   “ Istimewa?” gelak Datuk Zakir jelas menyakitkan hati. Dia menggeleng-geleng kecewa. Tak sangka sungguh!

   “ Maksud apa papa ni?” Membentak sedikit suara si anak. Zhildan dah buat muka.

   “ Pasal kawan Zhil tu.. Ahmad Mirza..” Mendengarkan nama Mirza disebut, lebar senyumannya menguntum kembali. Melihatkan senyuman mekar Zhildan, wajah Datuk Zakir semakin membahang. Jadi, betullah kan??

   “ Jadi, betullah??” soal Datuk Zakir sinis menyentakkan sedikit Zhildan yang sibuk tersengih.

   “ Betul apa, papanya?” sampuk Datin Norish. Turut dapat menyebak maksud si suami.

   “ Betullah buah mulut orang yang anak teruna awak ni.. pencinta kaum sejenis. PKS!!” jerit Datuk Zakir sebelum diikuti jeritan suara lain pula.

   Wh.. what??” Terlantang sudah suara Zhildan. Siap dengan mata juling ke atas lagi. Dia yang terkejut langsung berdiri bercekak pinggang. Gay? Oh, Tuhan..

*******************

Dua hari berlalu..

Zhildan merenung rumput yang menghijau. Jam tangan Tag Heuer itu dikerling sekilas. Lambatnya Raisya.. dengus hatinya. Sudah dua hari dia tidak menghadap wajah manis gadis lepas laku itu. Rasa rindu usah dicakap. Coklat di tangan direnung seketika. Senyuman kecil terbit. Rasanya sudah dua hari dia memikirkan cabaran papa, dan kini dia nak sahut cabaran tu. Dia yakin.
   Ya, yakin! Zhildan angguk kepalanya sekali.

   “ Zhil..” teguran suara halus membawa kepala Zhildan berpusing ke belakang. Melihat gerangan yang ditunggu, merekah senyuman di bibirnya. Raisya Humaira.. hatinya berdetik.

   “ Raisya..” seru si mamat sotong pula. Raisya tarik sengih. Sampai saja dekat Zhildan, ditepuk bahu itu lembut. Mata dikenyit sebelah. Saja nak bergurau. Zhildan pula dah tersipu-sipu malu.

   “ Lama tunggu aku?” soal Raisya lalu ambil tempat di sebelah Zhildan. Zhildan toleh seketika pandang wajah yang ayu bertudung itu. Manisnya.. gumam hati Zhildan.

   “ Tak adalah lama sangat, kita tunggu awak dalam 20 minit kot..” Lembut suara Zhildan menyentuh gegendang telinga Raisya. Raisya ralit memandang ke hadapan. Zhildan pula masih asyik tenung sisi wajah Raisya. Bila Raisya rasa dirinya sedang diperhati, dia pantas menoleh. Namun, secepat itu pula Zhildan buang pandang ke arah lain. Cover line!

   “ Er.. kau kenapa nak jumpa aku ni?” soal Raisya menutup rasa pelik di hati. Mamat sotong ni dah kenapa pandang aku semacam aje? Bisik Raisya tidak senang. Zhildan ketawa halus. Hampir lupa dengan tujuan dia. Coklat yang diletak di tepi dicapai lantas dia sua pada Raisya. Tahu Raisya hantu coklat!

   “ Untuk aku?” soal Raisya mencari kepastian. Zhildan angguk dengan senyum tipis.

   Thanks.. Zhil!” ucap Raisya ceria. Pantas dia capai kotak coklat itu lantas dibuka rakus. Sekeping coklat disua masuk ke dalam mulut. Urmm.. nikmat.. detik hati Raisya.

   “ Sedap ke awak?” soal Zhildan lagi. Masih dengan suara sotongnya. Raisya toleh sekejap dengan mata terpejam merasai keenakan coklat itu.

   Shedapp..” Dek mulut yang penuh, langsung lari sebutan ‘sedap’ itu. Zhildan sengih lagi. Kelakar!

   “ Zhil..”

   Hmm?” Zhildan toleh. Wajah ayu itu dijamahnya.

   “ Kau tak cakap lagi tujuan kau jnak umpa aku..” ujar Raisya membuatkan Zhildan mula tak senang duduk. Erk! Dia lupa pula pasal tu. Tangan dia dah tergaru-garu kecil rambut yang disisir rapi itu.

   “ Err.. err..” Hilang kosa kata. Raisya tajamkan mata. Mamat sotong ni nak cakap apa?

   “ Apa?” soal Raisya dengan kening terjungkit sebelah.

   “ Raisya.. kita kenal dah berapa lama?” soal Zhildan sudahnya. Raisya gelak nipis.

   “ Kita? Maksud kau, kita tu.. kau ke? Kita tu.. kau dan aku?” Sengaja Raisya kenakan mamat sotong. Mamat sotong senyum sumbing.

   “ Kita.. maksudnya Raisya dengan kitalah.. kita, kita..” tudung jari Zhildan pada dada bidangnya bila menyebut perkataan ‘kita’. Merujuk dirinya sendiri. Raisya senyum lagi. Comel sungguh si mamat sotong ni.

   Hmm.. dua bulan?” teka Raisya. Zhildan angguk laju. Ya, memang dua bulan. Semenjak insiden Raisya selamatkan dia daripada makhluk perosak dulu.

   So?” soal Raisya bila dia lihat wajah teruja Zhildan. Zhildan terkedu. So? Er.. perlu ke dia jelaskan semua eh? Wajah Zhildan dah murum bila mengenangkan tuduhan berat pada dia dua hari lepas. Wajah kecewa papa berlegar-legar di ruang mata.

   “ Kau kenapa, Zhil?” soal Raisya siap tunduk intai wajah mamat sotong di sebelah. Kalau diikutkan perkiraan dia, Zhildan memang kacak. Cuma, rambut dia agak panjang sikit dan tingkahnya yang gemalai itu menutup segala kemachoan yang dia miliki. Baju pun fit-fit dengan tubuh. Macam perempuan. Nasib tak ada mekap aje.

   “ Kita ada masalah..” Lemah suara itu menutur. Raisya dah tegakkan duduk. Kotak coklat dialih ke tepi. Wajah lelaki itu yang muram dipandang.

   “ Masalah apa? Kau nak share tak?” ulas Raisya prihatin.

   “ Memang kita nak share dengan awaklah. Kalau tak, kita tak ajak awak jumpa. Lepas tu kan.. lepas tu kita nak minta tolong awak bersihkan nama baik kita..” ujar Zhildan sedikit perlahan. Part belakang tu makin perlahan. Takut nak meminta tolong.

   “ Kau nak aku tolong apa? Dan apa masalah kau tu?” Kalut suara Raisya.

   “ Ada orang sebar pasal kita.. kita dengan Mirza..” Tersangkut-sangkut suara Zhildan. Malu nak sebut.

   “ Kau dengan Mirza? Dah kenapa?”

   “ Papa mengamuk dua hari lepas. Dia cakap kita dengan Mirza.. gay!” Dum! Berpinar-pinar mata Raisya seketika. Hampir dia nak rebah dari bangku yang dia duduki. Gay?

   “ Jadi, betul ke?” soal Raisya musykil. Secepat kilat Zhildang geleng.

   No, never. Awak tahu kan kita dengan Mirza tu kawan baik? Dia kan dah ada Ruby..” sela Zhildan cemas. Sedikit kelam-kabut mamat sotong seketika. Raisya hela nafas lega. Nasib baik..

   “ Habis tu?” Raisya soal lagi.

   “ Itulah.. mungkin sebab perangai kita ni.. lembut. Sebab tu orang cakap kita dengan Mirza gay. Lagipun, kita dengan Mirza kan rapat? Kenalan papa ada buat cerita. Papa malu. Jadi, papa ada cabar kita hari tu. Kita pun secara tak sengaja dah sahut cabaran papa.. macam mana ni, Raisya?” Sayu suara Zhildan. Raisya jungkit kening. Menyoal melalui bahasa isyarat.

   “ Apa yang papa cabar kau? Cuba kau cerita dulu dekat aku..” pujuk Raisya. Wajah lelaki itu dia pandang lagi.

   “ Papa.. papa suruh kita kahwin dan buktikan yang kita memang anak jantan.” Senafas ayat itu meluncur. Mata Raisya dah membulat.

   “ Maksud kau, papa nak kau kahwin lepas tu..” Tak tergamak Raisya nak sebut. Huh, malu! Zhildan angguk. Dia tahu apa yang Raisya nak cakap.

   “ Ya.. papa nak kita ada baby dalam masa setahun, dengan izin Allah..” Okey, kali ni Raisya dah terkelu.

   “ Kita tak ada masalah pasal tu. Tapi, kita cuma nak tahu.. ada ke orang nak mengandungkan anak kita?” soal Zhildan bagaikan menyoal pada Raisya. Raisya dah buat muka kerut-kerut. Erk.. ada ke yang nak dekat si mamat sotong ni eh? Dia sendiri buntu.

   “ Ada kot..” Jawapan cuba nak sedapkan hati mamat sotong. Zhildan senyum sumbing.

   “ Kita tahu takkan ada perempuan yang nak pandang kita. Sebab tu.. sebab tu..” Terputus-putus suara Zhildan.

   “ Sebab tu apa?” soal Raisya cemas.

   “ Sebab tu kita nak Raisya yang tolong kita..” Terbuntang biji mata Raisya. Oh, tidak. Apakah maksudnya itu?

  “ Raisya kahwin dengan kita eh? Tolong ubah kita. Kita nak jadi lelaki!” Penuh keyakinan Zhildan bersuara sebelum..

   “ Adoi..” Zhildan dah pegang muka dia yang dibaling kotak coklat itu. Raisya terkaku. Erk.. tindakan spontan. Itulah.. cakap mengarut lagi.

   Sorry.. aku.. aku balik dulu!” Berdesup Raisya angkat kaki. Seram sejuk dia dengan permintaan Zhildan tadi. Zhildan ditinggalkan terkebil-kebil sudahnya. Aduhai.. gila sungguh mamat sotong ni.

*************************

“ Apa ni, bang long?” soal Raisya tak puas hati. Wajah Prof Raiqal dia pandang dengan muncung sedepa. Prof Raiqal hanya nampak tenang. Tok Mahmud yang sibuk gulung daun tembakar buat tak tahu saja. Kalau dia rasa dia perlu menyampuk, baru dia menyampuk.

   “ Setuju ajelah, Raisya. Abang long tak rasa semua tu salah..” pujuk Prof Raiqal. Raisya dah mendengus sebal. Berani sungguh si mamat sotong ni. Argh!!

  “ Abang long, dia tu sotong! Macam mana seorang lelaki yang lembut gemalai tu nak bimbing Raisya? Nak jadi pelindung Raisya?” soal Raisya tak puas hati. Ada ke patut mamat sotong nak disuruh jadi laki aku? Huh.. selisih malaikat empat puluh empatlah. Aku tak nak! Titik!

   “ Raisya.. sikap melindungi seorang lelaki bukan letaknya pada kekuatan. Tapi, pada kasihnya dia pada kita. Kalau setakat kekuatan, macam Sazali apa tu.. yang badan ketul-ketul tu.. ah, abang long lupa. Haa.. kalau macam Sazali tu.. dia tak sayang Raisya sebab dia tak kenal Raisya pun. Jadi, ada guna ke dia lindung Raisya?” soal Prof Raiqal dah belit-beli cerita. Raisya terdiam. Maksudnya? Dia blur.

   “ Okey, macam ni. Andaikan Raisya kena tawan dengan penyamun, tapi ada seorang lelaki ni dia memang nampak macam gagah tapi dia tak sayang Raisya. Penyamun tu ada pistol dan lelaki ni cuma ada boxing dia tu aje. Jadi, bila dia nampak Raisya dalam kesusahan macam tu.. Raisya rasa dia nak ke lindung Raisya yang kena pegang dengan penjenayah yang bersenjata?” soalan psiko Prof  Raiqal dah mula dah. Raisya terdiam lama. Kalau tak sayang, tiba-tiba nak gadai nyawa. Logik ke? Err.. Raisya tak dapat jawapan tu.

   “ Err.. tak kot, abang long..” Prof Raiqal senyum. Betul jawapan adik dia tu. Jarang ada orang macam tu.

   “ Jadi, situasi kedua. Raisya kena tahan dengan penyamun tadi.. dan ada seorang lelaki yang sangat kasihkan Raisya, ikhlas.. tapi, dia tak pandai berlawan. Tak pandai apa-apa, dia cuma sekadar mamat sotong yang lembik. Tapi, hati dia ikhlas sayangkan Raisya. Raisya rasa apa dia akan buat bila dia nampak semua tu?” Psiko lagi.

   “ Tentulah dia akan halang Raisya daripada cedera. Mungkin.. halang dengan tubuh dia?” teka Raisya pantas. Soalan mudah aje pun. Prof Raiqal senyum panjang.

   “ Jadi, Raisya faham kan maksud abang long?” soal Prof Raiqal. Lurus. Raisya terdiam lama.

   Hmm.. maknanya sikap melindungi tu bukan pada kekuatan, tapi pada hati. Kalau dia kasihkan kita, dia akan sedaya upaya lindungi kita meskipun diri sendiri lemah. Macam tu, abang long?” Raisya bagi jawapan. Prof Raiqal angguk dalam senyuman. Tok Mahmud pun angguk. Bijak juga cucu sulung dia mengauta. Kagum!

   “ Jadi, Raisya sudi tak tolong Zhil? Bersihkan nama baik dia dan cuba bantu dia untuk cari identiti dia..” ulang Prof Raiqal menyoal. Raisya dah tersandar lemah.

   “ Macam mustahil aje dia nak jadi lelaki, bang long..” sungut Raisya.

   “ Apa yang mustahilnya? Dia memang lelaki. Cuma, perwatakannya saja. Dan tak ada apa yang mustahil kalau Allah dah kata.. kun fayakun..” Tiba-tiba Tok Mahmud menyampuk. Raisya dah senyap. Prof Raiqal hantar senyuman. Thanks tok.. tolong Raiqal. Tok Mahmud kenyit mata.

   “ Tapi, bang long..” Raisya masih nak berdalih.

   “ Okey.. Raisya ada dua pilihan kan? Pilihan pertama, lepas Raisya tolong dia.. andai kata tak ada rasa cinta antara Raisya dan Zhil.. Raisya dan Zhil akan bercerai. Dan pilihan kedua, kalau sama-sama dah jatuh cinta.. teruskan. Jadi, waktu tu Raisya tetapkan sendiri. Ini soal fitnah, soal aib.. kita kena tolong Zhil, sayang. Lagipun.. dia memang pelajar abang long yang paling abang long berkenan perangainya. Abang long yakin Raisya takkan menyesal..” celah Prof Raiqal lagi. Penuh keyakinan nadanya. Raisya dah tak tahu nak bereaksi macam-mana.

   Hmm.. Raisya fikirkan dulu, bang long.. tok. Bagi Raisya masa..” Akhirnya! Prof Raiqal dan Tok Mahmud angguk setuju. Raisya hela nafas lemah. Ah, beratnya!

14 comments:

  1. best jugak ye. hihihu. ade berapa part ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon, hana xsure. maybe sama mcm misi mencari cik ikhlas tu. thanks sudi bce.. :)

      Delete
  2. Haha trima je raisya... Hehe
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
  3. Tk sabarnya tunggu sambungan dia ♡♡ Haha. Best lah cerpen2 akak ni baca byk2 kali pun tetap best. Terbaik ! Hehe xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. afifah.. wah, thanks ni. *lap air mata kejap. sob3.. terharu dik. hehe.. thanks sudi bce n jenguk. jgn lupa beli first novel akak. :)

      Delete
  4. Wah! Mmg terbaik.x sabar nk tunggu next entry.agak2nya bile yea

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. nnti hana smbung ye? sedg siapkan manuskrip kedua.. maaf.. :)

      Delete
  6. kak hana !!! cpt la smbung x sbar niii.. terbaikk kak (Y)

    ReplyDelete
  7. sambung lagi... :) _yana

    ReplyDelete