PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, September 22, 2013

Suami Klon (Cerpen) Part 4

Part 4

Afya mundar-mandir di hadapan kamar milik dia dan Ashraf. Tangan dia ramas satu sama lain. Serba-salah sama ada mahu masuk ke tidak. Sekejap-sekejap dia gigit kuku, seketika dia garu kepala yang dilapisi tudung pula.

   ‘ Nak masuk ke tak? Masuk.. tak.. masuk?’ Monolog Afya kegelisahan.

   “ Fya..” teguran seseorang membawa langkah Afya mati sebelum dia berpaling ke belakang. Wajah Tok Kamil yang menatang dulang dipandang.

   “ Err.. tok..” Gugup suara Afya. Dia dah senyum sumbang. Tok Kamil tayang muka pelik.

   “ Yang duk ke hulu, ke hilir kenapa?” soal Tok Kamil lagi. Jelas nadanya kepelikkan dengan tingkah cucu menantunya itu. Afya garu dahinya pula. Nampak sangat dia sedang ketandusan idea hendak membalas.

   “ Err.. tak ada apa-apa. Tadi, Fya nampak lipas. Tu yang duk ke hulu, ke hilir tu. Duk halau lipas, tok. Haish.. susah sungguh. Fya kejar sini, dia ke sana. Aduhai.. penatnya Fya..” dalih Afya kurang bijak. Dia dah tersengih-sengih nipis. “ Tok pula buat apa dengan dulang tu?” soal Afya bila dia pandang tangan tua yang elok menatang dulang itu tadi. Tok Kamil dah jegil biji mata.

   “ Untuk laki kamulah.” Tok Kamil jawab mudah. Afya dah pelik. Ni dah kenapa sampai makan pun nak hantar sampai ke bilik?

   “ Kenapa Ash tak makan dekat dapur aje, tok? Fya baru nak panggil Ash makan ni..” ujar Afya lurus. Suaranya kedengaran naif.

   “ Fya-Fya, kamu tahu tak suami kamu tu tak sihat? Demam teruk dekat dalam? Kamu tak tahu ke, Fya? Ya Allah! Tok tak tahu nak cakap apalah dengan kamu berdua ni..” Seketika, mata Afya dah membulat. De.. demam? Tanpa banyak soal, terus dia rempuh pintu bilik itu laju. Rasa bimbang dah mula merajai hati. Tok Kamil dah tercengang. Eh, budak bertuah ni!

   Bunyi derapan tapak kaki seseorang membuatkan Ashraf mendengus geram. Ini mesti kes nak suruh dia makan nasi lepas tu paksa dia makan ubat. Huh, memang tak kuasa sungguhlah! Macam budak-budak. Ashraf mula berbaring mengiring. Membelakangi orang yang disangkanya Tok Kamil itu.  Tok Kamil pula masih setia di muka pintu sebelum dia mula menapak masuk sedikit.

   Ashraf tarik muka bila ada tangan yang dah menyapa dahinya. Dia merengus tidak selesa. Ditepis lembut tangan itu bersama mata yang terpejam.

   “ Tok, Ash tak demamlah. Ash tak nak makan ubat, tak nak makan nasi. Apa nak jadi, jadilah.. tok..” ujar Ashraf dalam tidak sedarnya. Afya dah ketap gigi. Amboi-amboi, enaknya dia tepis-tepis tangan orang.

   Afya goncang perlahan tubuh Ashraf. Tanda dia nak Ashraf bangun. Ashraf dah menggeliat-geliat untuk mengelak. Dia betul-betul malas nak bangun kali ni. Tubuh dia lesu. Dahlah selera makan tercampak ke laut. Tenaga pun berkurangan sudah.

   Tambah-tambah lagi, tak ada orang kisah kalau dia sakit. Tu.. orang yang merajuk tak habis-habis. Mana ada jenguk dia hari ini. Entahkan tahu ke tidak dia demam. Gara-gara air pantai semalamlah ni. Tak pernah-pernah macam ni. Nak bermanja aje lebih! Omel Ashraf dalam hati. Rasa macam nak bawa diri aje sebab kecil hati dengan isteri tercinta.

   “ Apa ni, tok? Ash penatlah, Ash nak tidur..” rungut Ashraf lalu dia tarik comforter menutupi keseluruhan wajahnya. Afya dah mula naik geram. Amboi.. makin enak dia berbungkus eh?

   Sekali lagi, tangan Afya goncang bahu si suami. Masuk kali kedua tubuh Ashraf kena goncang, Ashraf dah mula rasa geram.

   “ Apa ni, tok? Janganlah paksa, orang tak ada mood ni..” Afya tak hiraukan omelan si suami, tetap dia cuit-cuit bahu Ashraf sehinggalkah suatu tahap..

   “ Orang tak nak bangun selagi isteri orang tak jenguk orang!! Orang kecil hati ni, tok!” marah Ashraf mulai geram dengan sikap degil Tok Kamil. Wajah masih terselindung di bawah comforter.

   “ Bangun.. ni ‘isteri orang’ dah datang ni.” Suara Afya berbaur keras. Mendengarkan suara itu, bingkas Ashraf tolak comforter yang membalut wajah lalu dengan mata terkebil-kebil dia pandang wajah Afya dengan riak tak percaya. Seketika, dia toleh pula pada wajah Tok Kamil yang dah gelak-gelak kecil di belakang Afya.

   Maknanya.. tadi yang sibuk raba dahi aku, sentuh-sentuh tubuh aku tu.. Hanin Afya ke? Aduh.. macam mana aku tak boleh beza tangan berkedut tok dengan tangan mulus-pulus si isteri ni? Hati Ashraf bermonolog sambil mata sibuk meratah wajah comel di hadapan mata.

   “ Sayang..” Pandang lama muka Afya, rasa nak bermanja pantas menyerbu memenuhi ruang hati. Dia pamer wajah simpati. Afya pula selamba tenung wajah si suami. Kalau ikut tangan dia yang meraba dahi Ashraf tadi, memang panas sungguh suhu suami dia ni. Ah, risau pulak!

   “ Sayang, abang demam ni..” adu Ashraf bila Afya masih diam tanpa kata. Afya tarik nafas. Kasihan pula nak biarkan si suami mengadu sorang-sorang.

   “ Ya, saya tahu..” Akhirnya bibir Afya meluncur jua sebaris ayat itu. Ashraf dah makin mengada-ngada. Dia hulur tangan pada Afya. Afya dah pelik.

   “ Nak apa?” soal Afya bingung.

   “ Abang demam..” ulang Ashraf lagi. Afya dah toleh pada Tok Kamil. Apa kaitan demam dengan minta tangan dia? Tak faham..

   “ Dia nak kamu jaga dialah tu, Fya..” jelas Tok Kamil dalam senyum herot. Seketika, Afya toleh pandang wajah si suami pula. Betul ke apa Tok Kamil cakap? Dia nampak Ashraf dah angguk-angguk dengan muka sakit dia tu. Alahai.. comel!

   “ Oh.. err, kejap. Fya ambil dulang ni dengan tok..” balas Afya tergagap-gagap. Dia kena akur. Lagipun, memang tugas seorang isteri jaga makan pakai, dan sakit demam seorang suami. Syurga dia kan bawah tapak kaki lelaki bernama Arian Ashraf.

   “ Lepas bagi dia makan bubur, jangan lupa paksa makan ubat ni. Ash tu macam budak-budak. Kalau bab ubat, mengelat lebih..” pesan Tok Kamil sebelum dulang bertukar tangan. Afya angguk. Hilang saja kelibat Tok Kamil, Afya berpaling. Tergeleng kepala dia bila dia lihat si suami dah enak berbaring bersama comforter di tubuh. Dulang Afya letakkan di atas meja kecil di sisi katil.

   “ Awak..” panggil Afya lembut. Bagaikan berbisik. Gugup sebenarnya.

   Hmm..” sahut Ashraf lemah.

   “ Makan bubur sikit..” suruh Afya. Ashraf buka sebelah mata dia, lama dia pandang wajah Afya sebelum bibir dia bersuara.

   “ Fya suap?” soal Ashraf lurus. Afya dah terkedu. Mata dia mula duk pandang wajah mengharap Ashraf diselang-seli dengan bubur yang masih berasap tipis itu.

   “ Abang tak lapar..” Si suami dah mula nak merajuk. Lama sungguh Afya ambil masa nak fikirkan jawapan untuk soalan dia tadi. Benda senang aje pun. Suapkan dia makan, tang mana yang susahnya? Kalau dia tanya dekat perempuan luar sana siapa yang sudi suapkan dia, rasanya ramai yang angkat tangan. Siap dengan kaki-kaki sekali nak diangkat sama. Tapi, yang pelik si isteri ni berbeza sungguh. Hailah.. beranak songsang agaknya. Hehe..

    Nampaknya Afya tak ada pilihan. Dia pantas bergerak pada Ashraf. Sekali lagi, dahi si suami diraba. Terserlah riak bimbang dan ambil berat pada wajah itu.

   “ Panasnya dahi awak. Dah, bangun makan bubur. Lepas tu, makan ubat. Nanti saya nak letak tuala lembap dekat dahi..” Afya dah berlagak macam nurse. Ashraf cebik bibir.

   “ Fya suap?” Dalam muka tercebik-cebik merajuk, Ashraf soal lagi sekali. Afya tarik nafas lama. Serba-salah.

   “ Ya, saya suaaapppppp. Bangunlahhhhh..” Panjang harakat jawapan Afya. Terpaksa juga akhirnya dia akur. Tubuh sasa si suami dibantu untuk bangkit menyandar pada katil. Ashraf simpan senyum.

   Thanks..” ujar Ashraf bila dia dah usai menelan bubur yang dimasak Tok Kamil. Walaupun tak semua dia habiskan, sekurang-kurangnya perut dia nak juga makan. Afya angguk kecil. Dua biji pil dihulur ke arah Ashraf. Nampak saja pil itu, Ashraf dah buat muka bermacam jenis. Kelat, seram, tak suka.. euww.. semua ada!

   “ Takut ubat?” soal Afya bagaikan mencabar. Mendengarkan soalan si isteri, dia rasakan ego dia merudum sedikit. Secepat itu juga dia menafi.

   “ Eh, mana ada..” Dan terus Ashraf sambar dua biji pil itu sebelum dia sumbat rakus ke dalam mulut. Seketika, dia terlupa nak minta air pula. Ternganga-nganga mulut dia sambil minta air dekat si isteri.

   “ Air.. air, air mana?” Ashraf kelam-kabut. Cepat saja Afya hulur air suam pada Ashraf. Sebaik saja ubat itu melepasi kerongkong, Ashraf perasan senyuman lucu melatari bibir si isteri. Bila dia pandang, Afya matikan senyum. Erk!

   “ Awak nak apa-apa lagi ke tak?” soal Afya cuba menutup gugup. Ashraf geleng kecil. Dia dah mula berbaring. Afya pula terus bawa dulang ke bawah. Belum sempat dia nak keluar bilik, suara Ashraf dah panggil nama dia.

   “ Fya, nanti datang balik ye? Abang tunggu.” Permintaan si suami kedengaran sangat polos. Afya terpaku. Seketika, dia hanya mampu angguk. Lagipun, memang dia perlu naik untuk letak tuala basah dekat kepala Ashraf. Ashraf lega dengan kepatuhan si isteri. Nasib baik mood dia okey.. bisik Ashraf.

   Tak sampai lima minit, kelibat Afya dah kembali semula ke kamar tempat Ashraf beradu. Wajah Ashraf yang dah lena sedikit memberi ketenangan pada Afya. Perlahan-lahan Afya mendekat. Besen kecil dan tuala di tangan di letak di atas meja. Dia ambil tempat di birai katil. Wajah tampan yang sedikit pucat itu dia tatap lama. Bibir Afya dah mula mengorak senyum.

   Tangan halus Afya dah mula bekerja. Tuala itu direndam sebelum diperah lalu dia lekapkan pada dahi Ashraf. Rambut si suami yang berjuntai, dia kuak ke belakang sehingga tanpa sedar dia bagaikan membelai rambut Ashraf.

   Menyedari keterlanjuran diri, Afya pantas nak larikan tangan dia sebelum..

   “ Arghh..” Tak sempat dia nak jerit nyaring bila si suami dah siap pekup mulut dia. Sebelah tangan yang bermain dengan rambut Ashraf tadi elok berada dalam genggaman sasa itu. Ciskek.. tak tidur rupanya.

   “ Kenapa nak buat secara curi-curi sedangkan waktu terang abang tak pernah marah Fya belai abang?” soal Ashraf buat lidah Afya terpasung. Mata dia dah menjegil. Mamat ni, straight tak ada bengkok-bengkok dah. Afya mula rasa tak selesa. Dia nak bangkit, tapi tangan si suami pula dah kunci pinggang dia. Cepat anak mata dia melotot singgah pada tangan yang membelit pinggang ramping dia.

   “ Nak buat apa ni?” soal Afya buat-buat berani. Ashraf diam. Cuma anak mata dia yang mainkan peranan. Dia jelajah seluruh wajah Afya. Subhanallah.. cantiknya isteri dia. Secantik nama yang diberi.. Hanin Afya. Hati Ashraf memuji penuh ikhlas. Rambut Afya yang berjuntai dia selitkan ke tepi telinga. Kali ni, Afya dah tak boleh nak buat berani dah sebab dia dah mula rasa takut.

   “ Abang cintakan Fya, bukan niat abang nak jadi suami klon. Tapi, keadaan yang buat abang tersepit. Abang.. tak pandai bermadah pujangga. Malah, sejak sekolah hingga sekarang abang sering terpinggir sebab abang kekok nak layan perempuan. Waktu keluarga abang buang abang.. umur abang..” Air mata Ashraf dah mula bergenang. Cepat sungguh emosi si suami berubah. Mesti penangan tidak sihat ni. Mama ada cakap, emosi seseorang mudah tersentuh bila ditimpa sakit. Agaknya betullah tu kot.

   Afya mula rasa serba-salah. Belum sempat si suami nak bercerita, dia dah luruskan jari telunjuk dia pada bibir Ashraf. Spontan!

   “ Shh.. jangan banyak bercakap. Awak tak sihat..” pujuk Afya. Dalam dia merajuk, semenjak mendengarkan kata-kata Ammar dan Tok Kamil.. buat dia ingin lapangkan hati dia untuk Ashraf. Dia nak jadi seseorang yang boleh Ashraf mengadu, menumpang kasih dan merasai belaian seorang perempuan. Terpaku lama dua pasang mata itu. Ashraf tolak sedikit jari milik Afya sebelum dia kucup lembut jari mulus itu. Lalu, dia bawa ke dada. Bibir dah bersedia nak bermadah pujangga.

   “ Fya..” panggil Ashraf. Suaranya kedengaran memukau kalbu. Garau dan sedikit serak menampan telinga.

   “ Fya, sayang..” Sekali lagi si suami memanggil. Afya yang terleka pantas menyahut.

   “ Hah? Err.. ya..” Kelam-kabut Afya nampaknya. Ashraf senyum. Gelagat si isteri benar-benar menambat hati. Kalau boleh, dia nak peluk Afya seumur hidup dia. Tapi, semua tu mustahil kot.

   “ Dengar betul-betul, sayang. Abang, Arian Ashraf sangat-sangat mencintai Hanin Afya. Sangat mencintai wanita pertama yang berjaya cuit hati abang. Sangat-sangat, sayang! Dan kalau abang tahu sampai macam ni Fya terasa hati dengan abang, abang takkan sesekali ambil Ammar untuk klon abang. Abang akan berjumpa dengan Fya sendiri dan hadapi Fya sendiri. Tapi, abang pengecut kan.. sayang? Abang tak buat. Abang dah bu..” Suara yang tadi bersungguh-sungguh mengendur di penghujung ayat. Rasa menyesal berkepuk-kepuk datang memarahi dirinya sendiri. Pengecut. Kenapa kau pengecut dulu, Arian Ashraf? Arghh!

   “ Abang dah buat sayang hilang kepercayaan pada abang. Abang macam tak ikhlas dengan sayang. Tapi, sumpah sayang. Mencintai sayang, tak pernah wujud di hati abang walau sekelumit untuk permainkan hati sayang. Semuanya ikhlas. Cuma, abang terlalu pengecut tika itu. Pengecut untuk berhadapan sendi..” Suara Ashraf dah semakin sebak. Afya mula rasa simpati. Demi untuk membuat si suami diam, dia tanpa sedar dah lekapkan bibir dia pada bibir si suami. Ashraf dah terbuntang biji mata. Erk!

   Seminit kemudian...

   “ Ya Allah.. tak nampak, serius aku tak nampak!” Suara kalut seseorang membuatkan ciuman mesra Ashraf pada si isteri terlepas laju. Serentak kedua-duanya menoleh pada gerangan suara tadi. Ammar? Arian Ammar?

   “ Ash, aku tak nampak. Sumpah aku tak nampak!” Kalut suara Ammar dengan tangan diangkat separa dada. Ashraf dan Afya dah rasa muka mereka masing-masing berbahang. Ashraf simpan rasa curiga. Rasa juga nak hambur si kembar, tapi salah isteri dia juga sebab tak tutup pintu.

   “ Err.. kalau tak nampak, kenapa kau kalut?” soal Ashraf lurus. Ammar terkedu.

   “ Err.. yang tu.. yang tu? Apa, tok? Oh.. kejap-kejap. Am datang ni, tok.” Tiba-tiba Ammar melencong. Dia pandang wajah Ashraf sekejap. “ Tok panggil.. blah dulu, bro.” Terus Ammar melesapkan diri tanpa sempat si abang nak cakap apa-apa.

   Ashraf kerut kening. Tak dengar pun tok panggil? Detik hati Ashraf aneh. Seketika, dia pandang wajah Afya yang dah tunduk malu tu. Senyuman nakal tersungging di bibir. beraninya Hanin Afya abang.. hati Ashraf berbunga-bunga.

23 comments:

  1. hak hak hak.. xnampak tapi bleh ckap camtu, nmpak sngt kelentong..

    ReplyDelete
  2. Haha sweetnye.... Lwak tul x nmpk tpi dok kalut pasai apa hahaha.... Kantoi sudh... Bestla hana
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. sweet eh? bygkn sweetheart dekat position ainul.. kih3.. thanks btw

      Delete
  3. haha..lurus bendul betul si abang blh dia tnya si kembar apa yg si kembar nampak.. btw romantik sangat si Ashraf..hehehe..cair hati bila dia luah perasaan kat isteri dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. thanks sudi bce. meleleh x cair tu? :p

      Delete
  4. "Bangun.. ni ‘isteri orang’ dah datang ni." -- Hahahahahaha. Lawak gila part ni. Asal baca balik je mesti tergelak. Hahaha. Comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. lwk eh? mmg comel dua org makhluk ni. hehe.. thanks sudi jenguk.. :)

      Delete
  5. sambung lg lh kak..

    ReplyDelete
  6. kak sambung please #matekelipkelip hikhikhik
    ammar comel je mase ckp
    "ya Allah.. tak nampak serius aku tak nampak"

    ReplyDelete
  7. kak cepat sambung.....comel je dorg ni...

    ReplyDelete
  8. wwannurr

    bile nak sambung ni ???,, winduuu

    ReplyDelete
  9. Hana....sambunglaa lagi.... so sweet~~~♥

    ReplyDelete
  10. best sangat dan harapan sye ade
    sambungan ag cerita die sweet sangat
    &kelakar........... :)

    ReplyDelete
  11. Sangat berharap ad smbungn...

    ReplyDelete
  12. nk smbungan pliiiss miss writer *puppy eyes*

    ReplyDelete
  13. best lah kak..dri part 1 lgi mmg best..daebakk lah kak hana...tapi........ bila nak sambung dah lebih 2 tahun tapi x ada smbungan lgi...plissss sambungggg........... XD

    ReplyDelete
  14. Akak writer sambunglah lagi smpai end...hehehee..please..

    ReplyDelete
  15. Kak smbunglh pleaseee x sbr dh ni sweet sngt

    ReplyDelete