PeNgiKuT sEtiA..

Monday, September 16, 2013

Suami Klon (Cerpen) Part 3

Part 3

Ashraf  tersenyum panjang memandang gelagat Ammar yang sibuk menyakat Tok Kamil. Dilihatnya Tok Kamil seakan membebel panjang dengan gelagat cucu bongsunya itu. Dia tahu jauh di sudut hati Tok Kamil, dia dah dapat terima segala kekurangan Ammar.

   25 tahun membesar bersama Tok Kamil menjadikan dia sudah masak dengan isi hati orang tua itu. Mulut saja yang nampak berbisa, tapi hati tua itu sangat mulia. Kalau tak.. takkan dia sanggup kerah tulang empat kerat dia tu untuk besarkan aku.. detik hati Ashraf mulai sendu. Ingatan terhadap orang tuanya bagaikan tidak dapat diusir pergi.

   “ Apa ni, tok? Main ngelatlah..” Seakan terdengar suara tidak puas hati Ammar. Ashraf pantas bangkit dari pangkin. Bergerak untuk mengintai apa yang menjadi pertengakaran kecil dua insan itu.

   “ Eh, kamu yang tak pandai.. nak salahkan tok pulak?” Tok Kamil tak mahu mengalah. Wajahnya seakan terselit senyuman lucu melihat wajah cemberut Ammar. Ammar masih buat muka kelat.

   Sampai saja di hadapan kedua-dua insan itu, Ashraf tepuk dahi dia laju-laju. Laa.. main ni ke yang sampai adik aku ni nak tarik muka bagai? Aduhai.. parahnya kalau dapat atuk yang perasan muda ni. Ashraf tergelak kecil. Serentak Tok Kamil menoleh padanya.

   “ Yang kamu gelak kenapa?” soal Tok Kamil aneh. Wajahnya jelas berubah mendengar tawa si cucu kesayangan. Ashraf sudah matikan tawa. Cuma, senyuman aje yang masih menghiasi wajah tampannya.

   “ Tak ada apalah, tok..” balas Ashraf bimbang andai lelaki tua tu berkecil hati. Tok Kamil mencebik.

   “ Eleh, ingat tok tak tahu kamu gelakkan tok sebab main dam ular ni kan?” tebak Tok Kamil bijak. Ashraf hanya tersengih-sengih dengan wajah tidak bersalah.

   “ Ash nak join, boleh? Bosanlah,” soal si lelaki tiba-tiba.

   “ Kau pun nak main ke, Ash? Baik jangan, tok main ngelat. Asal aku toleh ke lain, cepat saja buah dia pintas aku..” Ammar sengaja cari pasal. Tok Kamil dah bulatkan biji mata. Hakikatnya memang itu pun. Yelah, asal lempar dadu.. mesti nasib tak sebelahkan dia. Hukaloh!

   “ Amboi cucu aku sorang ni, sedapnya mulut..” leret suara Tok Kamil. Ammar jongket bahu.

   “ Hakikatnya kan, tok..” Ammar tak mahu mengalah. Ashraf dah tergeleng-geleng. Tok Kamil pula dah ketap gigi.

   “ Dahlah, main dam ular aje pun. Tepi sikit, aku nak join sama ni. Okey, bak buah warna hijau tu..” ujar Ashraf riang sambil tangannya menuding pada benda yang berbentuk seperti tugu kecil itu. Cuba menceriakan suasana. Ammar dah bergerak menjauh sedikit. Memberi ruang pada si abang untuk duduk.

   “ Fya mana?” Sempat Tok Kamil menyoal cucunya. Ashraf yang baru saja nak lempar dadu dah mula menunduk. Tok Kamil intai wajah tampan itu. Alahai.. kesiannya kalau bini merajuk lama ni. Diri sendiri juga yang rugi. Ujar Tok Kamil dalam hati.

   “ A’ah.. mana bini kau, Ash?” soal Ammar pula. Hendak cari tahu.

   “ Dekat dalam..” Lemah suara Ashraf sebelum dia mula melempar dadu. Seketika..

   “ Tok.. minum. Am, minum.. err..” Suara seseorang mengejutkan mereka bertiga. Pantas, ketiga-tiga susuk itu menoleh. Panjang umur, detik hati tua Tok Kamil. Lelaki itu mengangguk sedikit. Ammar pula dah tarik senyum. Sedangkan Ashraf dah berjauh hati. Haih.. aku suami dia, dia tak pelawa pun.. kecewa sungguh hati Ashraf. Lantas, dia hanya tunduk membisu di situ.

   “ Pelawa kami berdua aje? Tu.. Ash tak ajak sama?” Suara Tok Kamil kedengaran. Afya terkulat-kulat. Direnung wajah Tok Kamil tanpa sebarang jawapan.

   “ Tak apalah, tok. Ash tak dahaga..” Lemah suara itu. Walhal, dalam hati siapa aje tak mahu merasa air tangan isteri. Dikerling dulang yang ditatang Afya. Okey, memang ada dua cawan aje kat situ. Tanda isterinya memang tiada hati untuk mempelawa dia. Ah.. lukanya hati. Ashraf pantas bangkit.

   “ Nak ke mana, Ash?” soal Ammar tak sempat nak disoal Tok Kamil. Tok Kamil yang baru nak buka mulut pantas tutup mulut kembali. Ashraf menoleh sebentar. Wajah Afya langsung tak dijamah. Terasa hati!

   “ Ash nak keluar sekejap, tok. Ambil angin, tenangkan hati. Am.. aku tak jadilah nak main sama. Kau temankan tok. Assalamulaikum..” pamit Ashraf lalu kereta Subaru BRZ miliknya dituju. Afya mula diserang rasa bersalah. Melalui wajah lelaki itu, dia tahu si suami merajuk. Ah, banyaknya dosa dia.

   “ Fya.. tunggu apa lagi?” sergah Tok Kamil tiba-tiba. Afya tercengang. Tunggu apa, apa? Dia pantas letakkan dulang di atas meja kecil itu. Lantas, kepala yang dilapisi tudung digaru kecil.

   “ Tak tunggu apa-apa pun, tok..” balas Afya bendul. Ammar dah gelak halus. Aduhai..naifnya bini abang dia ni. Comel!

   “ Hish kamu ni, itu pun susah nak tangkap. Tu.. nampak muka suami kamu tu?” soal Tok Kamil. Afya angguk saja. Nampak.. handsome aje macam biasa. Kenapa? Hati kecilnya berbisik dungu.

   “ Habis tu, tak tahu ke kamu dah lukakan hati dia?” soal Tok Kamil lagi. Afya mula gigit bibir.  Oh, tu ke maksud Tok Kamil? Sebenarnya, dia tahu itu. Tapi, sengaja dia buat-buat tak tahu.

   “ Fya.. sepatutnya kamu dahulukan dia sebagai suami. Kalau tok jadi Ash, memang tok terasa hati. Sampai bila korang nak begini? Kalaulah Fya kenal Ash.. Fya takkan sanggup buat dia macam ni..” keluh Tok Kamil mula berubah sendu. Dia juga turut bangkit sudahnya. Berlalu meninggalkan Afya dengan seribu tanda tanya. Ammar masih setia di situ. Milo panas yang dihidangkan diteguk sedikit sebelum dia mula bersuara.

   “ Hidup Ash tak macam orang lain. 25 tahun dia menderita, 25 tahun dia menagih kasih sayang dan bila dia dah dapat.. dia tetap seperti 25 tahun yang dulu. Pergilah.. dia perlukan Fya..” tutur Ammar memujuk.

   Wajah lelaki itu jelas nampak penuh keikhlasan. Afya buntu dengan kata-kata Ammar. Lama dia termangu sebelum dia tersedar bila enjin kereta si suami sudah dihidupkan. Dia menoleh ke arah kereta mewah itu sebelum pandangan dialih kembali ke arah Ammar. Ammar senyum.

   “ Pergilah..” Ulang Ammar lagi. Dalam memujuk, ada tegas di dalam intonasinya.

   Entah kenapa, kali ini cepat pula kaki Afya mendekat pada kereta itu. Laju. Belum sempat Ashraf nak undur kereta, Afya dah laju buka pintu lalu menyelinap masuk. Terkesima Ashraf dibuatnya.

   “ Err.. Fya kenapa?” soal si suami pelik. Dia menoleh ke sisi. Afya yang tak menjangka tindakan sendiri hanya gigit bawah bibirnya. Dia sendiri tak faham. Cuma, lepas dengar nasihat kedua-dua tadi, hatinya jadi tak tenang dan sebab itu tingkahnya mendahului segalanya.

   “ Fya.. Fya nak ikut awak..” balas suara itu gugup. Ashraf kerut kening. Betul ke apa yang dia dengar? Lama dia perhatikan wajah si isteri, namun bila melihat wajah itu terus menunduk sambil bermain dengan jemari sendiri, Ashraf hanya biarkan saja. Keretanya pantas keluar dari halaman rumah Tok Kamil. Destinasinya hanya satu. Pantai! Hanya tempat itu yang bisa membawa ketenangan pada dirinya. Sejak kecil!

Sampai saja di destinasi, Ashraf matikan enjin kereta. Dia menoleh seketika pada Afya yang sedari tadi membisu. Dalam tidak sedar, dia mengeluh. Buat apa ikut dia kalau akhirnya mereka membisu jua. Ingatkan bila Afya ikut tadi, adalah sebarang perubahan. Ini sama aje, langsung tak rasa dia ada peneman di sebelah. Mahal sungguh suara isterinya itu. Rasa kecewa semakin menggunung.

   “ Abang nak ke sana.. Fya nak ikut?” soal Ashraf cuba berdiplomasi. Deruan ombak mula mengetuk gegendang telinga. Afya mendongak. Seketika, dia terpana. Anak matanya tepat memanah anak mata berwarna hazel itu. Kacak! Hatinya memuji. Pakaian suaminya cukup santai dengan seluar pendek bawah lutut dan t-shirt berwarna biru gelap.

   “ Errr.. errr..” Afya hilang punca. Ashraf mula tarik nafas untuk bersabar.

   “ Kalau tak nak turun, Fya tunggu Abang kejap. Kejap aje, nanti kita balik..” Perlahan suara itu meniti. Afya hanya diam. Setelah pintu kereta ditutup Ashraf, barulah Afya mampu bernafas laju. Ah, kenapa hati dia bergetar semacam tadi? Afya melurut dadanya sendiri. Mata dipejam. Dia menyoroti langkah si suami dari dalam kereta.

   Sempat matanya memerhati beberapa pasang mata milik anak dara yang duduk bersantai di tepian pantai itu mencuri pandang ke arah si suami. Tiba-tiba dadanya menjadi sempit. Ah, dia cemburu! Logiklah kalau si suami punya ramai peminat, kerana figura itu benar-benar mampu menggoyah kuat iman seorang wanita. Dan dia juga tergolong sama. Cuma, menyedari si Arian Ashraf adalah suami klon.. hatinya mula menafi. Geram ditipu!

   Ashraf mengambil tempat di atas batu. Wajah diraup kasar. Dia tertekan. Sampai bila harus begini? Hatinya merintih. Deruan ombak dipandang dengan rasa yang bercampur aduk. Melihat alunan ombak itu, hatinya mulai tenang sedikit.

   Sempat dia mengerling ke arah seorang wanita yang asyik memandang ke arahnya. Rasa tidak selesa jadinya. Tapi, dia buat-buat tidak tahu. Lagipun, dia sedar status dia sebagai suami kepada Hanin Afya. Rasa tidak selesa semakin menjadi-jadi bila si gadis dah mula tunjuk berani, kaki itu mendekat padanya.

   “ Hai..” soal si gadis. Ashraf yang memang sudah menjangka langsung tidak terkejut. Dia cuma tersenyum kecil. Afya yang menjadi pemerhati sudah duduk tegak. Melotot anak matanya memandang drama sebabak itu.

   “ Hai..” balas Ashraf. Buat-buat ramah!

   “ Sorang aje? Saya, Nita..” soal si gadis lagi. Ashraf melirik seketika ke arah keretanya. Menyedari ada insan di situ, dia menggeleng.

   “ Arian Ashraf. Panggil Ash aje and actually nope. I berdua,” balas Ashraf jujur. Si gadis dah kerut kening. Berdua? Nak perli dia ke apa?

   Nice name, Ash. But, berdua?” soal si gadis menggeletis dan sedikit pelik. Setahu dia, dia nampak Ashraf sorang-sorang aje. Ashraf angguk.

   “ Eh.. mana lagi sorang?” soal si gadis mula menyibuk. Ashraf dah bosan. Tanpa kata, dia tuding jari ke arah keretanya. Si gadis ikut pandang.

   “ Kat dalam kereta I. Maaf, I nak pergi dekat sana kejap. Seronok pula tengok budak-budak main air..” ujar Ashraf hendak menamatkan perbualan pendek itu. Lagipun, dia rimas dengan sikap soal-selidik si gadis. Lega hati dia bila si gadis tak mengekori dah. Cuma, wajah itu bagaikan tidak puas hati dengan layanan dinginnya.

   Ah, lantaklah. Kesah pula dia kalau si Nita tu nak sentap? Tu.. hati yang dah berminggu-minggu tersentap dengan dia tak terpujuk-pujuk lagi. Inikan pula dia nak kisah pasal hati perempuan yang tak ada kaitan dengan dia.

   Afya yang memerhati sedari tadi ketap gigi bersama tangan yang dikepal. Perempuan tu mesti nak goda suami aku. Geram mula mengambil tempat. Namun, seketika mulut dia terlopong!

   What?? Ohmai.. such that nonsense!!” jerit dia tanpa sedar lalu dia mula berlari keluar lalu meluru pada susuk tubuh yang dah buat hati dia berdebar bagai nak gila tika ini.

   Ashraf masih lagi dengan keasyikannya. Saat pertama kakinya menjejak air yang dingin itu, rasa berserabut mula beransur pergi. Dia tersenyum panjang. Ah.. tak sangka air pantai ni boleh mengubati hati dia. Tanpa sedar, kaki terus melangkah dan terus melangkah sehingga air pantai itu sudah mencapai lebih paras dadanya.

   Seronoknya kalau dia boleh berenang-renang di sini. Kaki mula berhenti melangkah. Kang kalau dia semakin mara, bimbang lupa diri pula ada insan yang menunggu. Dia kalau dengan air pantai, memang tak boleh berpisah. Masa kecil-kecil dulu selalu juga dia bermain di gigi air. Bila dah besar ni, semakin majulah. Nama pun dah pandai berenang kan? Tapi.. ajal maut tak kira tuan kot. Sempat Ashraf berfikir tang situ..

   “ Ah.. nikmatnya..” ujar Ashraf kegirangan sebelum.. bushhhhh!! Tubuh dia dah tersembam ke dalam air pantai itu. Dia kaget.

   Dan yang bertambah-tambah kagetlah adalah susuk tubuh yang sedang memeluk erat pinggang dia tika ini. Ashraf menyapu wajahnya yang terpercik air pantai itu. Dia menoleh mencari susuk tubuh yang dah meluru padanya. Af.. Afya?? Hati dia terkejut bukan kepalang. Ni mimpi apa tiba-tiba nak main air pantai dengan dia ni? So sweet..

   “ Awak buat apa ni??” jerkah suara itu menggigil marah. Ashraf terkedu. Namun, melihat si isteri mula tenggelam timbul meskipun air hanyalah cetek.. dia memaut pinggang itu erat. Kini, wajah mereka setentang.

   “ Abang buat apa?” soal Ashraf balik. Pelik!

   “ Awak nak bunuh diri sebab saya? Hanya sebab saya dingin dengan awak? Kat mana awak letak otak awak, Arian Ashraf??” Kuat suara itu bersama mata yang memerah. Eh.. Fya menangis? Kenapa? Ashraf semakin berkerut kening.

   “ Abang.. abang..” Ashraf hilang diksi. Yelah.. tiba-tiba aje dia dituduh hendak menamatkan riwayat sendiri. Gila ke apa? Dia masih waraslah. Lagipun, berdosa besar kalau bunuh diri. Tak tercium bau syurga. Astaghfirullahalazim..

   “ Awak tak boleh macam ni..” Tiba-tiba suara Afya dah teresak kecil. Cemas sudah Ashraf tika ini. Wajah yang lencun dek air mata itu dipandang. Kenapa dengan Afya?

   “ Fya, kenapa ni? Bila masa abang nak bunuh diri?” Afya terus mencelah. Tak hiraukan dah bait kata si suami. Tak melekat langsung kata-kata itu di benaknya. Apa yang penting dia rasa takut, takut andai Ashraf tinggalkan dia sendirian.

   “ Awak tak boleh bunuh diri. Awak tak boleh tinggalkan saya. Kalau awak tak ada, saya jadi balu. Saya tak nak.. saya tak nak jadi balu.” Afya dah mula merepek-repek. Ashraf mula rasa sesuatu. Fya risaukan abang ke? Detik hati dia berbunga-bunga.

   “ Hei.. sayang.. bila masa abang nak bunuh diri ni? Abang cuma main air ni aje. Dah lama tak berendam..” ujar Ashraf kuat mengatasi deruan ombak. Ashraf dah pegang pipi si isteri dengan sebelah tangan masih kejap memeluk pinggang Afya. Bimbang si isteri terlepas biarpun tangan kecil itu juga erat melingkar di pinggangnya. Tiba-tiba Afya terkedu.

   “ Hah?” jerit suara itu sedikit. Dia salam dengar ke apa? Takkanlah.. monolog hati Afya. Ashraf senyum kecil sembari mengangguk.

   “ Abang orang Islam, abang tahu hukum agama. Membunuh diri tu berdosa besar, takkan abang nak buat..” Sambung Ashraf lagi. Kedua-dua tangannya sudah berada di pipi Afya. Mengesat mutiara jernih yang mengalir. Afya telan liur.

   “ Habis, yang awak masuk tengah-tengah laut..”

   Ye, sayang.. abang cuma main air aje. Tak ada niat pun nak bunuh diri. Sayang risaukan abang?” soal Ashraf romantik. Dan saat ini, mulalah Afya rasa dialah perempuan paling senget dalam dunia. Aduhai.. malu sungguh. Pelukan dilepas tanpa sedar. Seketika.. dia dah tercungap-cungap.

   “ Sayang!!” jerit Ashraf lantas pinggang si isteri diraih laju. Dia tahu Afya tidak pandai berenang. Dan walaupun air itu cetek, namun dengan ketinggian si isteri.. memang akan tenggelam jugalah.

   “ Fya jangan lepaskan abang, abang tahu Fya tak pandai berenang. Jom, kita naik..” ujar si suami lantas dia mula bergerak ke tepian. Afya yang masih diburu rasa malu hanya diam membisu. Wajahnya sudah terlindung oleh dada bidang si suami.

   Okey, dia tersilap percaturan kali ini. Wajahnya semakin kelat dek rasa malu. Sedangkan di laman wajah Arian Ashraf, terselit seribu satu riak yang menggambarkan kegembiraan. Dia tersengih panjang.

20 comments:

  1. best3!!!
    cpat2 la smbung ek,,hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ain.. Alhamdulillah awk suka. :) insyaAllah

      Delete
  2. terbaik , teruskan berkarya .

    - Mr.SweetHeart

    ReplyDelete
    Replies
    1. mr ni lelaki eh? selalu jugak komen karya hana kn? wah.. terharu. thanks.. :)

      Delete
    2. Sweet nya cpatlah smbung lagi. ......saya suka 3x. ..

      Delete
    3. Thanks anon.. nnti hana smbung ye?

      Delete
  3. best.....cepatlah sambung lagi tq.

    ReplyDelete
  4. Fuuuh,lama dah tunggu kluo jugak cite niy .. Thanks my dear

    ReplyDelete
  5. Hehe cute la... Ayfa2 mrh ckit2. Sudahla cian en.hubby...
    Sweetheart87 ngn mr sweetheart x sama la hana... Hehe... Im a lady... Hehe... Thumbsup hana...
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa.. hana ingtkan org yg sama. heee.. sorry2. thanks sudi jenguk blog hana.. :)

      Delete
  6. bila nak sambung ? lama dah tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sorry sebab hana sibuk sikit.. :)

      Delete
    2. Hahaha... Ego btl isteri diatu... Kesian si suami

      Delete
  7. sweet sangat dan best ............... :)

    ReplyDelete