PeNgiKuT sEtiA..

Wednesday, September 18, 2013

Nur Kasih versi Cerpen (Part1)


Nur Kasih versi Cerpen

Oleh : Hana Efryna
 
Part 1

 “ Aku terima nikahnya, Qaireen Hanania binti Faris dengan mas kahwin sebanyak RM80 ringgit tunai..” Saat lafaz termeterai, kini status Qaireen berubah seratus-peratus. Dia bukan lagi tanggungjawab Datin Mona dan juga Datuk Faris. Tapi, kini dia milik Nasrul Haq bin Tan Sri Hakeem, dia kini tanggungjawab lelaki itu. Sepenuhnya!

  Qaireen tersenyum manis pada sanak-saudara yang mengusiknya. Ah, siapa tidak bangga bersuamikan lelaki hebat seperti Haq? Walaupun tiada cinta di hati, tapi dia ‘sudi’ dengan perkahwinan ini. Bagi dia, ada apa pada perkahwinan?

   Kata orang, perkahwinan itu menyatukan dua hati? Tapi, betul ke? Sebab dia tengok kehidupan mama dan papa dia pun tak seindah mana. Yang seorang ke hulu, dan yang seorang lagi ke hilir. Tapi, tak dinafikan ada kala pasangan itu kelihatan intim dan mesra. Cuma, dalam hati.. dia memang ambil mudah soal perkahwinan.

   Lagipun, perkahwinan ini aturan kedua-dua belah keluarga. Cuma, bagi dia apa yang penting dia mendapat seorang lelaki yang memenuhi citarasa dia. Kacak, berkerjaya dan juga bijak. Hanya itu, sehingga dia lupa akan ciri-ciri penting untuk seorang khalifah keluarga. Iman! Ya, Iman yang membezakan kita dengan yang lain. Ah, mudah sungguh cara Qaireen berfikir.

   “ You..” bisik suara seseorang jelas membawa Qaireen ke alam nyata. Dia menoleh ke sisi. Wajah si suami dipandang. Dia jungkit kening menyoal.

   “ Kenapa?” soal Qaireen lembut. Tika ini, mereka sedang menjamu selera di meja VIP yang disediakan.

   “ Tolong lap bibir I kejap.. I rasa macam comot aje. Tisu tu jauh pula,” pinta Haq tiba-tiba. Qaireen tersentak. Namun, tanpa banyak soal.. dia capai jua tisu yang berada di hadapannya lalu dia lap bibir si suami penuh cermat. Haq tarik senyum.

   Thanks, dear..” Si suami bermanis mulut. Ah, mulut seorang kasanova memang begitu agaknya. Qaireen langsung buat tidak tahu sebelum kembali menyambung suapan yang terhenti.

***********

Seminggu kemudian..

Haq bangkit dari peraduannya. Wajah Qaireen yang sedang tidur pulas di atas lengan sasanya dipandang. Seketika, satu ciuman dihadiahkan pada pipi itu. Walau dalam hati tiada rasa cinta, tapi melihat wajah cantik itu.. hatinya mencair. Untungnya dia memiliki Qaireen Hanania sebagai isteri. Haq tersenyum panjang.

   “ You.. bangunlah, I nak bersiap ni. Nak pergi kerja..” Si suami mula berbisik lembut. Sesekali dia meniup cuping telinga Qaireen. Melihat Qaireen bagaikan mengelak kecil, dia tergelak lucu sehingga menampakkan dagunya yang terbelah.

   “ Pukul berapa ni? Awal lagi ni..” soal Qaireen mula membuka mata. Pemandangan dari luar jendela jelas menunjukkan hari sudah pagi. Jam dikerling, dah pukul 6.44 pagi. Hoi, awal apa ke bendanya? Hailah.. agaknya beginilah kalau dah tak tahu nak cukupkan solat. Orang lain, kalau pukul 6.44 pagi tu dah kelam-kabut nak pergi solat. Tapi, Qaireen boleh jadi cakap awal. Tak tahu hukum agama sungguhlah. Main aci redah aje. Inilah generasi sekarang! Leka, hanyut!

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban)

 

 “ Hei, mana nak awalnya? You tu kena mandi ‘lama’ sikit kali ni. Kita masuk pejabat pun dah pukul 8.00 pagi. Bangunlah.. nanti lambat. Daddy I membebel pula..” ujar Haq mula membelai-belai wajah si isteri. Qaireen tersengih. Lambat-lambat dia bangkit. Comforter ditarik menutupi dada. Melihat reaksi si isteri, Haq tersengih miang.

   “ I dah nampak semua..” usik si suami lantas hujung hidung si isteri dicuit manja. Qaireen gelak halus. Langsung tak rasa malu dengan usikan si suami. Seketika, anak matanya singgah pada sepapan pil yang terdampar di sudut kanan meja kecil itu.

   “ Haq, you rasa pil ni boleh membantu ke? I tak nak anak.. umur I baru 23 tahun dan you pun baru 24..” soal Qaireen mulai bimbang. Haq menoleh. Kali ini, dia sudah lengkap memakai tuala. Bersedia untuk membersihkan diri.

   “ Mungkin sebab kawan I cakap, pil tu 99 peratus berkesan. You jangan bimbanglah. As long as you makan pil tu bila kita ‘bersama’.. I yakin you dengan I takkan jadi mummy dan daddy segera..” balas Haq mudah bersama senyuman senget. Qaireen terdiam seketika. Menimbang-nimbang kata-kata si suami. Akhirnya, bibir tersungging senyuman lebar. Mungkin ada benarnya, 99 peratus itu satu angka yang sangat tinggi dan dia yakin dengan keberkesanan pil perancang itu.

   “ Okey. Eh, you mandi cepat sikit tau sebab I pun nak mandi ni..” ujar Qaireen mula mengubah topik. Pil di tangan diletak kembali ke tempat asal. Haq yang baru hendak melangkah mula menoleh ke belakang. Bibir mula bergayut senyuman lebar.

   “ Tak nak mandi sekali ke?” Haq dah mula menyakat. Kening dijongket-jongket nakal. Kali ini, Qaireen dah gelak panjang tengok memek muka si suami. Dia bangkit dengan comforter di tubuh.

   Why not?” Si isteri pantang dipelawa. Mudah saja. Tapi, dalam hati dia bergurau aje. Iman Haq yang senipis kulit bawang tu jangan diuji. Nanti pejabat ke mana, mereka ke mana. Haq tersengih panjang cuma. Dia tahu Qaireen menyakat.

   “ You jangan nak ngada-ngada, dear.. nanti I melencong lain jadinya. Okeylah, I mandi dulu.” Haq kembali melangkah. Sempat dia layangkan flying kiss pada si isteri yang dah gelak-gelak kecil itu.

*****************

Dua bulan berlalu..

Qaireen memicit pelipisnya yang mula berdenyut sakan. Kepalanya benar-benar rasa memberat dengan berita yang baru diterima dua jam yang lalu. Qaireen duduk bersandar pada sofa. Hari ini, dia mengambil emergency leave dek rasa tubuh yang lesu.

   Bila kaki mula melangkah ke klinik, satu-satunya berita yang dia dan Haq cuba elak, kini bagaikan menjadi sumpah yang memakan diri. Qaireen buntu. Mata dipejam rapat sebelum dia mula terasa ada seseorang yang melangkah masuk ke banglo milik dia dan Haq.

   “ Reen, you okay ke? Papa bagitahu I, you tak sihat. Kenapa, dear?” soal Haq kelam kabut sedikit. Itulah Nasrul Haq. Walaupun hubungan mereka tidak seperti pasangan lain, tapi sikap ambil berat, romantik pada lelaki itu bagaikan membeli sedikit hati Qaireen. Qaireen buka matanya.

   “ I okay, Haq..” Lemah suara Qaireen. Ah, macam mana dia nak khabarkan berita ni pada Haq? Agak-agak mengamuk tak Haq ye? Qaireen khuatir.

   “ You serius tak nampak okay, Reen. Hei, what is wrong with you? Demam?” Pantas tangan sasa itu meraba dahi Qaireen. Qaireen pantas capai tangan Haq yang melekap di dahinya. Dia pandang wajah Haq dengan riak serba-salah. Haq pun tenung balik. Dia bagaikan dapat menebak sesuatu yang aneh di situ.

   “ Haq.. I ada sesuatu nak cakap. I harap you takkan marah I.” Qaireen mula bersuara. Sedikit perlahan. Debar sudah menggila.

   “ Reen, I have told you before.. walaupun kita kahwin tak macam orang lain, but I nak you jaga maruah I sebagai suami. So, what have you done, Reen? Kalau you ada affair dekat luar, as long as you pandai cover.. I tak kisah!” Bagaikan memberi ugutan suara Haq beralun. Qaireen cepat menggeleng. Mana mungkin dia punya masa melayan lelaki lain! Sedangkan dalam kamus hidup dia, dia tak pernah anggap kehadiran seorang lelaki itu penting.

   No.. bukan macam tu. Hal ni.. hal ni lagi rumit, Haq!” tegas suara Qaireen. Duduk Haq mula tidak senang.

   Too serious, Reen?” soal Haq berdebar-debar. Sedikit-sebanyak dia bagaikan dapat menebak. Qaireen angguk lesu.

   Yes. Haq, I.. I mengandung Haq. Its already 2 weeks!” Akhirnya terluah jua kata-kata itu. Biji mata Haq membulat. Pantas, dia berdiri tegak. Wajah diraup kasar. Sesekali, tangannya meramas rambutnya sendiri dengan sebelah dicekak ke pinggang.

   But, how? I dah suruh you ambil pil tu. Reen, you tak ambil ke??” soal Haq bergetar dengan seribu satu rasa. Qaireen menunduk. Hanya sekali dia terlupa untuk mengambil pil itu. Tapi, takkan sebegitu cepat nyawa ini bertandang? Ah, Qaireen lupa barangkali pada kuasaNya. Anak itu rezeki daripada Tuhan.

   “ Cuma sekali, Haq. Cuma sekali aje I..”

   “ Reen, you make us in trouble, now!!” tengking Haq benar-benar naik angin. Tali leher dilonggar kasar. Dia lantas hempas punggung ke sofa. Jauh daripada Qaireen. Qaireen dah senyap tanpa kata.

   “ I minta maaf, Haq..” Sayu suara Qaireen. Dia berjauh hati sedikit dengan tingkah si suami.

   “ Kalau dengan maaf you, anak dalam perut tu boleh ghaib..” Sinis suara Haq. Qaireen langsung kunci mulut. Malas nak bertekak. Dia sendiri runsing.

   “ Haq.. biar I lahirkan baby ni..” Tiba-tiba Qaireen bersuara. Haq tersentak.

   “ What??” jerit dia kuat.

   “ Habis, you nak I buat apa?? Parents I dan parents you pun nak cucu kan?” herdik Qaireen balik. Haq dah ketap bibir.

   “ itu bukan alasannya. We are too young. I baru 24, Reen. I tak bersedia.” Tegas Haq bengis. Qaireen mula serabut. Dia tersepit.

   “ Habis tu, cuba you cakap I perlu buat apa? I tak tahu, Haq! You jangan nak salahkan i. kalau bukan sebab you, anak ni takkan wujud. So, ni salah kita!” Qaireen bengang. Haq lambakkan salah pada dia seorang aje. Tak adil sungguh!

   “ I nak you gugurkan baby tu! That’s my final decision and I takkan terima jawapan ‘no’..”  ujar Haq lantas mula bangkit hendak beredar. Qaireen terkesima. Abortion?? Damn crazy!

   “ You gila ke, Haq?” soal Qaireen kuat.

   Nope. I tak gila. Tapi, I fikirkan masa depan I. Kalau baby tu lahir, macam mana I nak tumpu pada carier I? I tak bersedia untuk tanggungjawap ‘papa’. So, I nak you gugurkan. Think, Qaireen Hanania. Sama ada you pilih perkahwinan ni atau baby tu!” ujar Haq lantas dia terus berlalu meninggalkan Qaireen sendirian.

************************

Lima tahun kemudian..

Qaireen termenung sendiri di dalam kereta. Lama dia menekup wajah pada stereng kereta. Menangis semahunya. Kali ini, sudah masuk kali ke enam dia ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Dan keputusannya tetap mengecewakan.

   “ Saya mengandung ke, doktor?” soal Qaireen teruja. Berharap ada berita yang bakal menggembirakan hati si suami yang dah mula dia sayangi. Wajah doktor muda di hadapannya direnung dengan riak ceria.

   “ Puan Qaireen, maaf. Saya bersimpati, tapi mungkin kali ini juga masih belum ada rezeki awak. Berdasarkan ujian tadi, awak negatif. Bermakna, awak tidak mengandung.” Kata-kata Doktor Ana mematikan sinar ceria yang terlakar sebentar tadi. Dahi dia berkerut.

   “ Tapi, saya dah dua minggu tak datang haid dan saya ada muntah-muntah, doktor. Tak mungkin..” Qaireen menggeleng-geleng..

   “ Maaf Puan, tapi keputusan kami takkan silap. Mungkin faktor kitaran haid lambat itu dipengaruhi oleh perubahan emosi dan punca puan muntah boleh disebabkan salah pengambilan makanan atau banyak kemungkinan lain..” jelas Doktor Ana. Qaireen terhenyak ke sofa. Wajah diraup lemah. Semenjak empat tahun lalu, sudah lima kali dia gagal. Dan kali ini.. dia masih lagi gagal! Ya Tuhan.. apa yang sedang Engkau tunjukkan?

    Bunyi deringan telefon bimbit mematikan segala lakaran yang berlaku dua jam tadi. Qaireen pandang telefonnya dengan mata berkaca. Haq!

   “ Reen, macam mana ujian tadi?” Tanpa salam, si suami bagaikan tidak sabar untuk cari tahu. Qaireen terdiam. Ah, macam mana dia nak khabarkan?

   “ Reen..” Si suami mula menyeru namanya kembali bila dia hanya diam tanpa kata. Qaireen tarik nafas panjang.

   “ I.. I tak mengandung, Haq..” Tersekat-sekat bicara itu meluncur keluar dari bibirnya. Terdengar keluhan kecewa dari bibir si suami.

   “ Mummy dah desak-desak I, dia nak cucu dan I pun dah bersedia nak ada anak. Umur I dah 30 tahun, Reen. Empat tahun kita menanti.Tak sangka kali ni pun kita gagal..” luah Haq kecewa.

   “ Maafkan I, Haq..” pinta Qaireen dengan suara bergetar halus.

   “ Tak apalah, salah kita juga. Dulu tak tahu menghargai, dua kali kita tolak rezeki DIA. I tunggu you dekat rumah. Mummy baru aje balik tadi. I pun dah tak tahu nak jawab apa dengan mummy.. see you at home.” Talian dimatikan. Qaireen pantas mengamburkan kembali air matanya. Ya, inilah balasan kerana dua kali dia membuang nyawa yang tidak berdosa. Ya Allah!

   Laungan azan dari masjid berdekatan membawa Qaireen terpaku ke rumah Allah itu. Lama dia merenung sayu ke dalam masjid yang sudah penuh dengan umat Islam. Hatinya bagaikan mendesak untuk ke sana. Mencari sedikit ketenangan. Sudah lama dia leka dengan nikmat dunia.

   Reen, kenapa kau macam ni? Pergilah.. ikut kata hati. Mengadu pada DIA.. nescaya kalau DIA dengar doa kau, DIA akan perkenankan. Suara hati bermonolog. Lantas, tanpa bertangguh.. Qaireen melangkah keluar dengan rasa rendah diri. Menapak masuk ke rumah Allah yang tidak pernah dia jejaki itu. Sungguh lama dia mensia-siakan hidupnya. Sangat lama!

*********************

Wajah berserabut Haq dipandang dengan riak simpati. Dia tahu Haq mendapat tekanan daripada Datin Rozy. Ini semua gara-gara ibu mertuanya itu mendesak inginkan cucu. Qaireen mula bangkit. Bergerak ke arah suami. Dia duduk bersimpuh di sisi Haq.

   Wajah Haq yang dengan mata terpejam itu dipandang. Perlahan-lahan tangan dia naik memegang tangan sasa yang elok terletak pada paha lelaki itu. Diramas lembut tangan itu bagaikan memberi sedikit ketenangan. Haq buka mata dia.

   “ I minta maaf..” Lirih suara Qaireen. Bergetar nadanya. Haq diam membisu.

   “ I buntu, Reen..” luah Haq seakan mengalah. Dia sendiri penat berusaha.

   “ Dah bermacam cara kita cuba, kenapa tak berhasil juga? I tak tahu nak buat apa. Tekana daripada mummy. Naluri I sendiri..” Haq mengeluh untuk kali yang kesekiannya. Qaireen jatuhkan wajah dia pada tangan Haq yang masih digenggam.

   “ Haq.. I rasa kita dah gagal. Mungkin ni balasan untuk dosa semalam kita..” bicara Qaireen menarik perhatian Haq. Haq menoleh pandang. Dia angguk wajahnya. Ya, dia pun berfikiran sama.

   “ I tahu..” Lemah suara itu. Wajah Haq nampak sugul.

   “ Kalau I izinkan you kahwin, you sanggup tak.. Haq?” soal Qaireen perlahan. Malah, akalu tidak didengari jelas, mungkin Haq gagal mengecam butir bicara itu.

   “ I tak dengar, Reen..” ujar Haq. Dia tegakkan tubuhnya sedikit. Qaireen genggam tangan Haq lebih kuat. Mata dipejam seketika. Ada air jernih yang bertakung.

   “ I dah mengalah. Mummy pun dah dingin dengan I. I rasa elok you tunaikan permintaan mummy. You kahwinlah, Haq.. I sudi bermadu..” Bicara Qaireen buat biji mata Haq membulat. Lantas, Haq berdiri tegak.

   What the nonsense, Reen? Apa yang you cuba sampaikan??” soal dia kuat. Qaireen tersentak. Wajah diraup resah. Hanya itu yang dia mampu untuk usir rasa tidak tenang di hati.

   “ You cuma perlu kahwin untuk dapatkan anak, Haq..” ujar Qaireen lagi. Haq tersenyum nipis.

   “ Kalau I nak anak bukan dengan you, I boleh ambil anak angkat.. Reen!” tukas dia membidas.

   “ Tapi, I dah gagal..” Sarat dengan rasa kecewa suara itu dilontar. Haq menggeleng kesal.

   “ I tak nak.. cukuplah dengan satu perkahwinan aje..”

   “ Tapi, mummy nak cucu. You sanggup tengok mummy bermasam muka dengan I? You pun nak anak kan, Haq? Zuriat you sendiri. kalau ambil anak angkat, anak tu bukan benih you. Tak sama!” sergah Qaireen penuh emosi. Haq mula rasa kepala dia pusing. Mendengarkan perkataan mummy dari bibir Qaireen, Haq terdiam bisu. Dia sendiri sudah letih dengan karenah mummy.

   I just don’t know, Reen. Give me some space..” ujar Haq lantas dia berlalu ke tingkat atas. Meninggalkan Qaireen tanpa kata putus. Qaireen menunduk. Air mata menitis perlahan.

 

17 comments:

  1. (Y) so takda sambunganlah ya... At least ada part two.. Bagus ceritanya..

    ReplyDelete
  2. Sowi... Datin rozy tak nampak yg ni part one..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha.. kelakarlah akak ni.. aduhai.. buat hana gelak aje

      Delete
  3. Best la hana..tk sabar nk tggu smbungannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah nnti hana smbung. hana final exam skrg. thanks sis sudi bce.. :)

      Delete
  4. cite yg menarik. tp tny sikit... klu Qaireen Hanania binti Qasrul, so Datuk Faris tu sape? bukan ayah Qaireen Hanania ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohmai.. nasib baik anon sedarkan hana.. :) thanks

      Delete
  5. cerita yang best..nanti suami dia kawen 2 ekk??..
    huhu..tak sanggup terima...

    ReplyDelete
  6. Kak hana plis smbung . X sbr nk thu smbngannya

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. blum thu lg, dear.. busy dengan novel lain. :)

      Delete
  8. xsaba nk tau smbugn dye.....best sgt crite ni....

    ReplyDelete
  9. bila nak sambung tolong ye

    ReplyDelete