PeNgiKuT sEtiA..

Tuesday, September 10, 2013

Cinta Suci Part 7

Part 7

Ainul menoleh ke sisi bila suara halus seorang kanak-kanak perempuan menyeru namanya. Pantas dia menombak anak mata Suria, murid tahun empat di sekolah yang dia mengajar. Ainul tersenyum melihat wajah mengah Suria. Dia pantas mendekat.

   “ Kenapa, Su?” soal Ainul lembut kerana itulah perwatakan azalinya. Suria melepaskan lelah seketika. Wajah ustazah kesayangannya dipandang.

   “ Ustazah.. ada.. aduh, penatnya Su..” Dalam mengah, sempat lagi si Suria mengeluh kecil. Ainul senyum nipis. Suria nampak comel pada pandangannya.

   “ Okey, Su tarik nafas dulu. Lepas dah okey, cuba cakap pelan-pelan dengan ustazah..” Lembut suara Ainul menujah gegendang Suria. Suria mendongak sambil bersedia untuk menarik nafas panjang. Bibirnya sedikit tersenyum herot. Setelah pasti dirinya kembali normal, dia mula membuka mulut.

   “ Ada orang nak jumpa ustazah. Cikgu Karmila suruh Su panggilkan ustazah. Dia cari ustazah sampai ke bilik guru..” jelas Suria senafas. Kening Ainul mula terjongket. Ada orang nak jumpa dia? Siapa? Hati mula panasaran.

   “ Siapa, Su?” soal Ainul ingin tahu. Suria jungkit bahu.

   “ Su tak tahu, ustazah. Tapi, Cikgu Karmila cakap.. dia bakal suami ustazah. Ustazah Ainul betul ke nak kahwin?” soal Suria naif. Mendengarkan penjelasan maut Suria, hampir tersembul keluar biji mata dia. Siapa yang memandai reka cerita ni? Ya Allah.. Ainul mula rasa sebal dengan fitnah yang dibawa oleh ‘orang’ itu.

   “ Kat mana dia sekarang, Su?” soal Ainul tanpa bertangguh. Wajahnya mula cemas. Rasa ingin tahu semakin kuat menghunjam. Belum sempat Suria nak buka mulut, sudah ada satu suara yang dia amat kenal menyapa dari belakang.

   “ Dekat belakang Ain aje..” balas si suara misteri. Ainul tergamam. Suria yang memandang si empunya suara sudah tunduk hormat. Ainul perlahan-lahan hendak memusingkan badannya. Dan saat pandangannya menyapa si jejaka, dia rasa nak pitam. Eh, biar betul? Mak cakap..

   “ Su balik dulu, ustazah. Assalamualaikum..” Usai saja Suria mencium tangan Ainul, Ainul mula menuntaskan pandangannya pada si jejaka yang sudah tersenyum nipis. Senyuman yang jelas hendak mentertawakan dirinya. Ainul jegilkan biji mata. Si jejaka pula dah angkat-angkat kening. Dan akhirnya tawa yang disimpan kedua-duanya terhambur keluar jua.

   “ Awak!” marah Ainul geram. Si jejaka mula mendekat dengan sisa tawa yang masih bergayutan. Seketika, tangan diangkat tinggi tanda mengalah.

   “ Kenapa cakap macam tu dekat Karmila? Merepek aje tahu. Nanti tak pasal-pasal heboh satu sekolah Ain nak kahwin. Lagi satu, tak takut ke kalau si ‘dia’ juga dapat tahu berita mengarut ni? Dia nilah..” marah Ainul manja. Wajah tampan di hadapannya dipandang geram.

   Okey-okey, my fault. So, Ustazah Ainul Farahin.. sebagai denda saya dah merepek yang bukan-bukan.. lepas ni saya belanja Ain makan ye? Lagipun, saya dah jelaskan perkara sebenar pada Karmila tadi. Pasal si ‘dia’.. insyaAllah tak ada apa-apa kot,” ujar si jejaka dengan wajah yang dikelip-kelip comel. Ainul sudah tergelak lucu. Hampagas betul.

   “ Okey, kalau awak belanja. Ain tak kisah..” Cepat Ainul menyahut. Si jejaka sudah tayang senyum lega. Mujur Ainul tak marah lama-lama. Kalau tak, susah pula dia nak minta tolong Ain aturkan suatu pertemuan buatnya. Ah, rindunya pada si dia begitu mencengkam sanubari.

   “ Okey, shall we?” ujar si jejaka mengusik dengan gaya ala-ala gentleman itu. Ainul tahu sangat perangai suka menyakat si jejaka. Lantas, dia hanya mampu menggeleng-geleng sebelum meneruskan langkah. Seketika, Ainul berhenti mendadak.

   “ Kejap..” ujar Ainul.

   “ Kenapa?” sahut si jejaka dengan riak pelik. Ainul buat-buat berfikir.

   “ Ain nak naik kereta mana ni? Asing-asing ke? Tapi, Ain rasa Ain nak test naik kereta tulah. Aduh, ruginya. Kereta baru tu kan, Ustaz Ammar?” soal Ainul nakal. Seketika, si jejaka sudah mula bercekak pinggang.

   “ Budak nilah.. merepek. Macam ni, Ain tinggal je kereta dekat sini. Lepas makan nanti, saya hantar Ain ke sini semula. Boleh macam tu?” soal Ammar Fauqi. Wajah dimaniskan. Ainul mula menimbang-nimbang. Seketika, bibir melorek senyum nakal.

   “ Eleh, Ain tahulah tu kereta baru. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Takkan pinjam kereta kawan kot? Amboi, lepas balik Mesir.. terus beli kereta baru ye? Kejap.. pasal cadangan awak tadi tu, Ain setuju. Tapi, nanti jangan kompelin pula kalau minyak kereta habis pusing sana, pusing sini sebab Ain.” Ainul gelak halus. Ammar buat-buat nak ketuk kepala Ainul. Tapi, sempat Ainul elak. Ammar tahu dia tak boleh kurang ajar sebab Ainul tu.. seseorang dalam hidup dia!

   Anything for you, Ain sayang. Asalkan ada upah nanti. Berbaloi-baloi..” Ammar terus gelak lantang sebelum menggamit Ainul ke keretanya. Baru Ainul nak masuk ke dalam, dia dapat rasa tangannya direntap dari belakang. Kasar! Terdorong Ainul dibuatnya. Hampir tercabut jantung Ainul. Ammar yang melihat membuntang biji mata.

   “ Saudara, apa ni berkasar dengan perempuan? Lepaskan Ain,” tegur Ammar mula mendekat pada dua susuk tubuh. Susuk tubuh Ainul yang jelas terlopong dan susuk tubuh si lelaki segak berkemeja yang jelas memerah. Tegang semacam.

   “ Ain buat apa ni?” soal Fiyrul tertahan-tahan. Wajahnya membahang. Dari tadi dia memerhatikan adegan kedua susuk tubuh itu sehinggakan dia sudah tidak mampu bersabar lagi. lengan Ainul yang berlapik masih dicengkam kuat. berkerut-kerut wajah Ainul.

   “ Encik.. sss sakit. Apa ni, encik?” Ainul sudah tersekat-sekat. Ammar mula panas hati. Tanpa kata, dia bergerak ke arah Fiyrul lalu dilerai kasar tangan sasa itu dari mencengkam tangan Ainul.

   “ Kau apa hal, bro??” marah Fiyrul bengang. Tangannya sudah dikepal kuat. Bersedia nak hentam muka lelaki bajet bagus depan dia ni. Ammar senyum herot.

   “ Saudara tu yang kenapa?” marah Ammar balik. Fiyrul mula naik geram.

   “ Apa hak kau nak tanya aku macam tu?” herdik Fiyrul balik. Ainul yang memerhati mula naik pusing. Apa ke benda lah dua lelaki ni? Aduh!!

   “ Dan apa hak saudara nak berkasar dengan kakak saya??” marah si Ammar balik dan kali ni kenyataan Ammar buat Fiyrul terlopong luas. Ka.. kakak?? Oh, Tuhan. Ammar sudah buat muka garang. Fiyrul pula terkulat-kulat pandang Ainul dan Ammar bersilih ganti. Dia tersilap percaturankah?

   “ Ni adik Ain, Ammar Fauqi. Kenalkan, ni kawan saya.. Daryan Fiyrul..” tukas Ainul. Namun, melihat cara percakapan Ainul, hati Fiyrul curiga. Mana ada orang bahasakan adik sendiri, saya awak. Kenapa tak panggil nama dan bahasakan diri dia kakak?

   “ Ain.. are you lying to me?” soal Fiyrul curiga. Dan belum sempat Ainul nak buka mulut.. pap! Melekat sesuatu yang berbentuk segi empat pada dada bidang Fiyrul. Fiyrul tunduk memandang sebelum mencapai.

   “ Saudara, buat pengetahun saudara.. nama kakak saya, Ainul Farahin bin Anuar. Dan nama saya jelas dekat situ. Nampak kan??” sindir Ammar geram. Fiyrul membaca perlahan sebaris nama itu. Ammar Fauqi bin Ahmad..

   “ Cakap adik-beradik, kenapa nama ayah tak sama??” soal Fiyrul musykil. Wajahnya nampak comel dengan mata terkelip-kelip menanti jawapan. Sedangkan Ainul sudah jadi patung tegak di situ.

   “ Memanglah tak sama sebab dia kakak sepupu saya, dan saya adik sepupu dia. Yang adik-beradiknya ayah dia dan ayah saya.” Penuh geram Ammar bersuara. banyak songeh betullah mamat ni. Getus hati Ammar.

   “ Tapi..” Fiyrul bagaikan hendak berkata sesuatu. Namun, tersekat di celah kerongkong.

   “ Ya, memang bahasa kami pelik dan cara kami pun nampak macam ada something sebab tu kadang-kadang orang salah faham. Dan saudara pun tak terkecuali kan? Tapi, hakikatnya dia kakak sepupu saya dan saya adik sepupu dia. Ada masalah ke, saudara?” ujar Ammar sinis bagaikan dapat menebak arah fikiran Fiyrul. Akhirnya, Fiyrul termati aksi sendiri.

   “ Tapi, siapa dia ni.. Ain?” soal Ammar mula hendak tahu. Ainul ketap bibir rapat-rapat. Kalau dia cakap, mesti Ammar akan tarik balik segala kata-kata sinikal dia tadi. Ainul gerakkan bibir dia tanpa suara.

   Tasha’s brother..” Perlahan suara Ainul hanya mampu didengari Ammar. Dan kali ni, Fiyrul mula terjengah-jengah hendak mencuri dengar. Amboi.. bisik tak ajak orang. Dengus Fiyrul. Entah kenapa dia bagaikan dapat menebak dialah topik perbualan kedua makhluk di depannya ini.

   What??” Sedikit terjerit suara Ammar. “ But, how..” Tak sempat Ammar nak habiskan kata bila Ainul dah mencelah.

   “ Nanti Ain cerita..” pintas Ainul. Ammar angguk laju. Seketika, wajah dialih kepada Fiyrul.

   “ Err.. maaf berkasar, Abang Fiyrul..” Dan secara tiba-tiba Ammar berubah laku siap tunduk cium tangan Fiyrul lagi. Berkerut-kerut kening Fiyrul dibuatnya. Eh mamat ni.. dah kenapa? Ainul tepuk dahinya sendiri. Wahai Ustaz Ammar Fauqi.. kenapalah awak juga yang jadi adik sepupu kita? Aduhai.. Ainul mengomel sendiri.

2 comments: