PeNgiKuT sEtiA..

Monday, September 23, 2013

Cinta Suci (Cerpen) Part 7

Part 7

“ Err.. Abang Fiyrul nak minum apa?” soal Ammar tersengih-sengih. Fiyrul dah mula buat muka pelik. Yang mamat ni duk sengih-sengih tayang gigi dari tadi apa hal? Tak faham betul aku. Fiyrul garu sedikit belakang kepala dia sambil mengomel dalam hati.

   “ Err.. Ain minum air apa?” Tiba-tiba aje Fiyrul soal si Ainul. Ainul yang sibuk belek menu dah terkedu habis. Dia pandang wajah tampan Fiyrul. Terkulat-kulat dia pandang wajah mamat tu. Geram pada Ammar mula menyinggah. Salah adik sepupu dialah ni memandai ajak Fiyrul ikut sama. Huh!

   “ Milo ais..” Perlahan Ainul jawab lantas dia kembali kalih wajah pada menu di tangan. Fiyrul senyum segaris. Dia pandang wajah Ammar sebelum bersuara.

   “ Milo ais juga satu, sama macam Ain. Makan pun sama macam Ain,” tutur Fiyrul dengan senyuman panjang. Ammar dah buat muka. Mamat ni dalam sesi mengurat kakak sepupu aku ke apa? Ainul pula dah buat muka tak selesa. Apa kes nak minum air sama dengan orang ni?

   Usai saja membuat pesanan, Fiyrul duduk bersandar pada kerusi. Wajah Ammar dia pandang. Namun, dalam diam dia turut mencuri pandang wajah Ainul yang dari tadi membisu. Pandang wajah si gadis buat hati dia tenang. Penampilan Ainul yang menutup aurat benar-benar menyejukkan hatinya. Untunglah siapa yang jadi suami Ainul nanti, bisik Fiyrul sebelum dia mula perasan sendiri.

    Eh, yang untung tu aku jugalah kan? Fiyrul bermonolog lagi sehingga tanpa sedar dia dah ketawa kecil. Erk! Ainul dan Ammar dah pandang tajam wajah si Fiyrul. Bila sedar dia dah terlebih aksi, Fiyrul lantas tayang wajah kelat. Aduhai.. malunya!

   “ Apa yang lucu tu, Abang Fiyrul?” soal Ammar pelik. Fiyrul sengih panjang. Tak tahu nak jawab apa. Takkan nak jawab.. hee, abang berangan jadi suami Ain. Huh, memang taklah dia nak jawab macam tu. Mahu kerusi ni nanti melekat dekat kepala. Ainul tu bukan boleh tebak anginnya macam mana. Nampak aje lembut.
   Setengah jam berlalu..

   Baru Ammar nak menapak untuk membayar harga makanan, Fiyrul potong dia awal-awal.

   “ Tak apa, biar abang belanja,” ujar Fiyrul dalam senyuman. Seketika, langkah Fiyrul mati bila kedengaran suara Ainul memanggil dari belakang. Fiyrul menoleh.

   “ Kenapa?” soal Fiyrul lembut. Ainul mula hulur sesuatu. Fiyrul toleh pandang dan bila dia amati betul-betul, dahi dia berkerut seribu.

   “ Nak buat apa dengan duit tu?” soal Fiyrul bingung. Ainul ketap bibir dan tanpa sedar perbuatan Ainul tu dah mengocak naluri Fiyrul. Haih.. tak boleh jadi ni! Fiyrul geleng-geleng kepala dia.

   “ Kenapa geleng?” soal Ainul lurus. Fiyrul tersentak. Eh?

   “ Tak, tak ada apa-apa. Kejap, you nak I buat apa dengan duit tu, Ain?” soal Fiyrul lurus bersama senyuman manis. Tangan dituding pada duit yang elok ada atas tapak tangan Ainul.

   “ Duit untuk bahagian saya, Encik Fiyrul belanja Ammar ajelah. Ain tak nak terhutang budi..” Okey, kali ni senyuman Fiyrul dah mula mati dengan sendiri. Wajah mula berubah serius. Ainul tak sudi ke kalau dia belanja?

   “ You tak sudi I belanja? Hina sangat ke kalau I yang keluarkan duit?” soal Fiyrul mulai lirih. Ainul termati kata. Dah ke situ pula.. aduhai!

   “ Bukan.. bukan macam tu. Err.. Ain memang tak suka hutang budi. Encik Fiyrul ambillah duit ni..” Ainul asak terus Fiyrul agar mengambil duit yang masih terhulur itu. Fiyrul mengeluh. Lantas, tanpa kata dia capai jua duit itu lalu dia menonong pergi. Muka tak usah cakaplah, cemberut semacam aje.

“ Ain, awak balik dengan Abang Fiyrul boleh tak sebab saya ada hal pula ni. Tak dapat elak..” Tiba-tiba Ammar bersuara. Ainul dah terbuntang biji mata. What? Balik dengan Encik Fiyrul? Oh, memanglah tak bernas cadangan itu wahai Ustaz Ammar! Ainul dah mula rasa geram. Kalau tahu tadi, dia pandu kereta dia aje.

   “ Tapi..” Ainul baru nak menjawab, Fiyrul dah terlebih dulu memotong. Terus terbeliak biji mata Ainul.

   “ Tak apa, Am pergilah. Nanti abang hantar Ain..” Ammar dah sengih lega.

   “ Terima kasih, Abang Fiyrul. Err.. Ain, saya balik dulu ye? Kirim salam dekat mak Ain..” Usai saja memberi salam, kelibat Ammar dah menghilang. Ainul mula teragak-agak. Kereta mewah milik Fiyrul dia pandang dengan rasa tak selesa. Naik kereta tu? Aduhai..

   “ Nak jadi tugu dekat sini ke?” bidas Fiyrul keras bila dia lihat Ainul bagaikan mengeras di situ.

   “ Hah?” soal Ainul terkulat-kulat.

   “ I tunggu you dekat kereta, cepat sikit. I banyak kerja lagi nak buat ni..” bentak Fiyrul kasar. Geram dek keengganan Ainul tadi. Ainul dah mula rasa bersalah sebab terpaksa susahkan Fiyrul.

   “ Kalau macam tu, Ain balik dengan teksi ajelah..” Perlahan dan lembut suara Ainul. Fiyrul yang baru melangkah dua tapak kembali menoleh. Tajam dia pandang wajah Ainul. Bagai nak ditelan hidup-hidup saja.

   “ Ada I kisah ke you nak balik dengan apa? Apa yang I tahu you amanah I. Am dah suruh I hantar you, maknanya I yang akan hantar. Bukan pak cik teksi ke apa. Get in!!” marah Fiyrul seraya menyuruh Ainul masuk ke dalam kereta miliknya. Dek terlalu geram, dia langsung lupa yang dia dah marah-marah anak orang. Susah sungguh dia nak dapatkan perempuan spesies Ainul ni.

   “ Ain.. you dengar ke tak I cakap? I cakap, masuk kereta. Sekarang!!” ulang Fiyrul bila Ainul masih statik. Ainul dah uji kesabaran dia betul. Ainul mula rasa gerun melihat wajah tampan itu yang dah mula memerah. Secepat kilat, dia menapak laju ke arah kereta mewah berwarna hitam itu.

   Fiyrul cuba tarik nafas untuk bertenang. Relaks Rul, kenapa nak marah-marah ni? Terasa? Hei, not melah kalau terasa-terasa bagai ni! Fiyrul tenangkan diri sendiri. Setelah yakin dia menemui dengan benda yang bernama ‘ketenangan’ itu, dia pantas mendapatkan keretanya.

   “ Yang duk menunduk dari tadi kenapa? Buruk sangat muka I ni sampai you meluat macam tu sekali?” Sinis suara Fiyrul. Fiyrul dah mula angkat handbrake sebelum menekan gear. Kereta diundur keluar dari kotak parkir sebelum dia mula memandu.

   “ You dengar tak I bercakap dengan you ni?” sela Fiyrul lagi. Namun, Ainul tetap membisu. Dek terlampau geram dengan kebisuan Ainul, Fiyrul tambahkan lagi kelajuan kereta dia.

   Ainul dah resah semacam. Kejap dia pegang hujung baju kurung yang membalut tubuhnya. Encik Fiyrul ni kenapa? Ya Allah, selamatkanlah aku.. doa Ainul tidak putus-putus.

   “ En.. encik, perlahanlah sikit. Ain takut ni encik..” Takut-takut suara Ainul menegur. Mendengarkan suara Ainul, Fiyrul pantas menekan brek secara mengejut. Disebabkan tidak bersedia, Ainul teranjak ke depan. Elok pula dia tidak memakai tali pinggang kaledar. Apa lagi, terus.. dum! Kepala Ainul dah terhantuk pada dashboard. Fiyrul yang melihat dah terlopong. Ohmai..

   “ Aduh..” Ainul pegang dahi dia. Seketika, dia mula rasa nak menangis. Benjolan kecil di dahinya diraba. Gila sakit!

   “ Ya Allah, apa I buat ni? Ain, sorry. I’m really sorry. Mari sini I tengok dahi you..” Fiyrul cuba alihkan tangan kecil Ainul dari dahi mulus itu. Dia dah kelam-kabut, tak senang duduk dibuatnya. Risau, cemas melihat Ainul yang mengaduh kecil itu.

    Ainul yang tidak suka dirinya disentuh sesuka hati dah mula naik angin. Tambah lagi dengan rasa sakit di dahi ni. Berdenyut-denyut!

   Don’t.. please, don’t touch me, Encik Fiyrul!” Keras suara Ainul melantun keluar. Matanya melotot garang bersama linangan air mata. Fiyrul terkedu. Err.. dia menangis?

   “ Ain..”

   Enough, Encik Fiyrul. Kalau sebab Ain tak nak encik belanja Ain makan, encik sampai nak bunuh Ain, Ain balik naik teksi. Maaf menyusahkan encik.. Assalamualaikum..” pintas Ainul laju. Terus Ainul keluar dari kereta mewah itu sebelum dia berlari anak hendak menahan teksi.

   “ Ain, wait!!” Fiyrul tak tunggu lama. Pantas dia kejar sesusuk tubuh itu. Peluh dah merenik. Melihat Ainul masih sibuk menahan kereta, dia semakin cemas. Bila dia dah mendekat, ada sebuah kereta BMW X5 berhenti di hadapan Ainul. Ainul bagaikan hendak menapak masuk ke dalam kereta itu. Tapi, dia tak tunggu lama. Segera dia rentap pinggang Ainul daripada melangkah pergi.

   “ You nak buktikan apa dekat I sekarang??” jerkah Fiyrul bengang. Tubuh Ainul dilepas kasar. Pemandu BMW itu sudah mula menjengah wajahnya.

   “ Err.. nak tumpang ke tak ni?” soal wanita anggun yang lengkap dengan kaca mata hitam itu. Fiyrul menoleh.

   Yes, kakak..” jawab Ainul yakin.

   Nope. I said no.” Fiyrul pandang muka Ainul tajam. “Thanks, sister. By the way, she is my wife. Biasalah, bergaduh sikit tadi..” balas Fiyrul selamba. Si wanita anggun tadi sudah kulum senyum sebelum dia angguk sedikit. Kemudian, kereta itu dah menderu laju meninggalkan dua susuk tubuh itu.

   “ Maafkan I..” pinta Fiyrul sudahnya. Ainul angkat wajah. Rasa benci pada lelaki itu semakin membuak-buak. Dah berapa kali lelaki itu sentuh dia dan kali ni dia tak mampu sabar dah. Pang!

   “ Ini sebab Encik Fiyrul berani-berani sentuh Ain! Ain bukan barang!” jerkah Ainul geram. Fiyrul terkedu. Pipi yang baru menerima habuan dia usap perlahan. Aduh, sakit!

   “ You tampar I, Ain?” soal Fiyrul perlahan. Masih terkejut. Ainul pula yang tergamam dengan soalan itu. Apakah?

   “ Okey, I memang layak dapat tamparan ni. So, you dah puas belum? Kalau belum, I sanggup terima kalau you nak tampar I berpuluh kali pun..” Usai saja dia muntahkan kata itu, dia pejam mata. Bagaikan sudah bersedia menerima tamparan seterusnya daripada Ainul. Ainul dah rasa nak pitam. Eh?

   “ Ain nak balik..” Lama menunggu, Fiyrul tak rasa Ainul akan ulang balik perbuatan dia. Lantas, dia angguk mendengarkan permintaan Ainul.

   “ I hantar..” Lemah tutur kata Fiyrul. Tanpa kata, Ainul melangkah dahulu dibontoti Fiyrul dari belakang.

   “ I bawa you ke klinik dulu. Dahi you lebam..” Fiyrul bersuara dengan payahnya ketika dia mula memandu kembali. Ainul yang berpaling ke luar tingkap berpaling.

   “ Tak apa, Ain balik sapu ubat. Ain minta maaf.. Ain tak ada niat nak berkasar. Tapi, Ain minta sangat pada Encik Fiyrul.. tolong hormat Ain. Ain tak suka orang sentuh Ain sesuka hati..” Bagaikan merayu Ainul bersuara. Fiyrul tarik nafas panjang.

   “ I minta maaf.. I akan cuba, I janji. Dan kalau Ain tak suka tengok muka I, I takkan munculkan diri depan Ain lagi.” Fiyrul membuat janji. Wajah masih pandang ke depan. Tak sanggup nak pandang wajah Ainul sebab rasa malu kena lempang masih bersisa. Bila Ainul kembali membisu, dia pun dah malas nak bercakap sorang-sorang. Sudahnya mereka diam saja sehingga Ainul sampai ke sekolahnya kembali. Keretanya kan ditinggalkan di situ.

************

Dua minggu berlalu..

Ainul pandang wajah Natasha dengan riak resah. Entah kenapa, Fiyrul bagaikan mengotakan janjinya. Semenjak insiden hari tu, dah dua minggu Fiyrul tak menampakkan bayang. Dalam dia mengusir pergi seraut wajah itu, semakin dekat dia rasakan kehadiran Fiyrul.

   “ Sha..” seru Ainul perlahan. Natasha yang sedang enak berbaring sambil menonton televisyen pantas bangkit. Sudah dua hari Natasha berkampung di rumahnya. Saja mereka menghabiskan masa bersama ketika hujung minggu ini.

   “ Kenapa, Ain?” soal Natasha prihatin. Riak temannya yang nampak teragak-agak itu dipandang.

   “ Ab.. ab..”

   “ Apa yang kau duk ab-ab ni?” soal Natasha kepelikkan. Ainul ketap bibir. Aduh, macam mana nk tanya ni?

   “ Err.. abang.. abang kau sihat?” soal dia sudahnya bila dah mendapat keberanian sedikit. Natasha terkedu namun lambat-lambat dia tayang sengihan nakal.

   “ Kenapa, kau rindu dia ke?” soal Natasha mengusik. Ainul terpempan. Err.. rindu ke? Tak kot.. dia dan Fiyrul bukannya bercinta pun. Ainul geleng kepala.

   “ Habis tu, kenapa kau tanya?” soal Natasha sambil tangan dah capai jajan Pringles atas meja. Elok saja dia kunyah sambil tunggu jawapan dari Ainul.

   “ Err.. saja aje. Tak apalah, Sha. Aku nak masuk tidur dulu..” Ainul pantas bangkit.

   “ Abang aku kemalangan minggu lepas..” Tindakan refleks, Ainul pantas berpaling dengan muka pucat tidak berdarah. Kemalangan?

   “ Ke.. kemalangan? Teruk ke, Sha?” soal Ainul gugup. Natasha diam. Lama dia diam hendak menguji hati Ainul.

   “ A’ah..” Ringkas jawapan Natasha. Ainul mula rasa tak senang duduk. Dia kembali menapak ke arah Natasha. Duduk dilabuhkan di sebelah teman karibnya itu.

   “ Macam mana dia sekarang?” soal Ainul tanpa bertangguh. Natasha jungkit kening.

   “ Patah tangan, kaki kena simen. Hmm.. tu aje kot..” ujar Natasha. Ainul mula tarik nafas lega.

   “ Tadi, kau cakap dia teruk?” soal Ainul tak puas hati. Wajah dah cemberut.

   “ Eh, teruklah tu.. Ain. Tak boleh berjalan pun.” Natasha jawab laju soalan kawannya itu. Ainul mula rasa pening dengan jawapan si teman.

   “ Tak boleh berjalan?” soal Ainul lagi. Natasha angguk. Seketika, Natasha dah mula berubah sayu.

   “ Abang aku teruk sekarang..” luah Natasha tanpa diduga. Ainul rasa jantung dia dah berdebar sakan tika ini.

   “ Maksud kau?” soal Ainul buru-buru.

   “ Tubuh dia dah susut, rambut tak macam rambut orang. Jambang tak usah cakap, kalah monyet atas pokok. Dia dah tak bercakap sangat. Kerja pun tak pergi. Entahlah, Ain. Abang aku tu macam patah hati. Siapalah yang buat dia macam tu agaknya..” Natasha mengeluh. Ainul dah tersentak. Hah, teruk sampai macam tu ke? Hati dia gelisah tiba-tiba.

   “ Dia.. tak bercakap langsung ke dengan kau?” soal Ainul masih hendak tahu. Natasha simpan senyum.

   “ Bukan dengan aku aje, dengan papa dan mama sekali. Teruk benar dah tu.. aku takut nanti dia buat kerja gila pula. Bunuh di..”

   “ Sha, astaghfirullahalazim. Jangan doakan macam tu, Sha!” marah Ainul sikit. Namun, suaranya masih terkawal. Natasha buat-buat terkejut.

   “ Tak betul ke apa aku cakap ni, Ain?” soal Natasha lirih. Dia dah mula berdrama.

   “ Sha, esok temankan aku jenguk abang kau..” Tanpa disangka, itu luahan terakhir Ainul sebelum si gadis dah menghilangkan diri ke dalam bilik. Tika ini, Natasha dah ketawa halus. Dalam otak dia, dia dah rencanakan sesuatu untuk Fiyrul.

***********************

What? Sha gila ke? Apa semua ni?” soal Fiyrul lalu matanya singgah pada rambut palsu yang mencecah bahu dia, jambang palsu dan juga tongkat yang dibawa Natasha itu.

   “ Sha nak tolong abang aje..” balas Natasha bersama sengihannya. Fiyrul menggeleng.

   “ Tak nak, abang. Kalau dia tahu, makin dia benci dekat abang nanti. Dia tu mana suka abang. Takkan Sha nak tambahkan kebencian dia pada abang?” soal Fiyrul. Ya, memang betul dia kemalangan. Tapi, setakat langgar bontot kereta orang aje. Tak ada cederanya pun. Yang cedera cuma kereta dia aje. Teruk jugalah!

   “ Habis tu, cuba cakap dekat Sha.. macam mana abang nak tawan si Ainul tu?” soal Natasha geram. Fiyrul tunduk.

   “ Dia nak jenguk abang petang nanti. Abang pilihlah sama ada nak ikut rancangan Sha ke tak..” ugut Natasha pula. Kali ni, dia nampak Fiyrul macam dah tertekan dah. Tak tahu nak buat keputusan gamaknya.

   “ Sha.. rasanya abang tak ada pilihan kan? Abang betul-betul jatuh cinta dengan kawan Sha tu..” luah Fiyrul sedih. Natasha senyum. Ya, dia tahu itu. Sebab tulah dia nak tolong!

******************

Ainul sakit hati, geram dan rasa nak meraung aje cakap pada semua orang betapa bodohnya dia sebab percayakan Natasha dan Daryan Fiyrul. Kononnya sakitlah kan? Seminggu dia tertipu. Alih-alih pagi tadi elok saja dia terserempak Fiyrul sedang bergelak ketawa dekat kafeteria di ibu kota bersama Natasha. Tika itu, dia bersama Ammar.

   “ Sampai hati kau, Sha. Sampai hati kau tipu aku..” luah Ainul bersama lelehan air mata. Dia kecil hati.

   “ Ain.. aku minta maaf..”

   “ Dahlah, Sha. Macam ni kau kan? Kawan sanggup tipu kawan baik sendiri. Aku tak sangka..” luah Ainul lirih. Tanpa kata, dia berlari anak keluar dari kafeteria itu. Fiyrul dah tersentak hebat. Liur yang ditelan memang terasa payau. Tanpa kata, dia mengejar langkah Ainul.

   “ Ain.. tunggu!” jerit Fiyrul kuat. Habis semua mata dah pandang ke arah mereka. Ainul hentikan langkahnya. Dia berpaling.

   “ Encik Fiyrul nak apa lagi? Dah puas perbodohkan Ain?” sela Ainul emosi. Fiyrul terkedu. Ya, salah dia. Dia akur akan kebenaran itu. Tapi, dia buat semua tu sebab dia nak Ain tahu dia betul-betul perlukan Ain dalam hidup dia.

   “ Ain.. I minta maaf, I tak ada niat. I betul-betul sukan you sampai I boleh fikir dengan cara ni I boleh tawan hati you..” luah Fiyrul merayu simpati. Ainul menggeleng. Dia dah muak kena tipu. Nasib baiklah setakat seminggu. Kalau sebulan, setahun? Tak tahu reaksi apa dia nak tunjuk.

   “ Ain tak nak tengok muka encik lagi!” Tegas Ainul kecewa. Dia berpaling untuk melangkah pergi.

   “ Ain, tunggu!” Ain tidak hiraukan suara yang memanggil lalu dia mula menyeberangi jalan sebelum.. strettt!! Bum!! Ainul mula terpasak ke bumi. Hati sudah mula berlagu tidak enak. Ya Allah!!

    Perlahan-lahan Ainul berpaling dan seketika, mata dia mula terjojol keluar. Fiyrul?? Ya Tuhan.. tubuh Ainul melorot jatuh. Akhirnya, semua yang baru dia katakan sebagai penipuan telah menjadi kenyataan. Ainul mula menangis tersedu-sedan. Segala kenangan bersama dia dan Fiyrul mula terlayar satu persatu. Akhirnya, dia duduk melutut di situ bersama wajah yang menunduk.

   “ Ain, I minta maaf..” Sayup-sayup suara itu kedengaran. Ainul tambah sebak. Terngiang-ngiang kata-kata itu menampan telinganya. Ya Tuhan, kalaulah dia tak berdegil tadi, semuanya takkan berlaku.

   “ Ain.. I cakap dengan you ni..” Suara itu bergema lagi. Ainul mula pekup telinga dia. Dia tahu semua itu halusinasi semata-mata.

   “ Ain, you nak I berdiri berapa lama ni??” Suara itu semakin kuat dan tiba-tiba Ainul mula rasa pelik. Dia mendongak.

   “ Mak!!” jerit Ainul terkejut. Takkan baru aje kemalangan, roh dah merayau-rayau? Tidak! Ainul panik. Namun, tatkala mata dilarikan semula pada arah kereta yang kemalangan tadi, mulutnya melopong. Eh?

   “ Bukan I yang kena langgar. Kereta tu kena sondol belakang, macam I hari tu..” Penjelasan Fiyrul buat Ainul rasa nak lenyapkan diri buat seketika. Apatah lagi, pada bibir lelaki itu dah siap bergayut senyuman lucu. Erk!

8 comments:

  1. Yuhuuu .. My dear this story so sweet n the best lah.. Sengih2 sorang i bace .. Lama lagi ke nak siap .. Naik pinar i u dah up new story lain.. Apapun ,penulisan u makin baik.. B-)

    ReplyDelete
  2. Dup dap dup dap.... Alahai ain.... Cuak yr... Hehe...

    ReplyDelete
  3. Huiiiii suspen tul. Tp mmg kelakar la.dah kantoi hihihi

    ReplyDelete
  4. bile nak continue please ...

    ReplyDelete
  5. Bila nak sambung?? Best gilerr cite ni..♥♥♥

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. nnti yer?busy dgn manuskrip lain.. :)

      Delete