PeNgiKuT sEtiA..

Thursday, September 19, 2013

Cinta Si Mamat Sotong (Cerpen) Part 1


Cinta Si Mamat Sotong! (CERPEN)

Oleh : Hana Efryna


Raisya menapak laju ke arah tiga susuk tubuh yang sedang galak ketawa. Melotot mata Raisya bila pandangannya singgah pada sesusuk tubuh yang jelas meliuk-lentok bagaikan merayu agar dirinya tidak di ‘kacau-bilau’kan oleh tiga makhluk perosak tadi.

   Memang pantang keturunan Tok Mahmud kalau nampak orang dianiaya, tapi tidak dibantu. Sebab tu juga Raisya beranikan diri berhadapan dengan tiga makhluk perosak itu. Apa nak jadi, jadilah kali ni. Namun, seketika langkah Raisya terhenti bila dia mula mendengar suara lembut lelaki yang sedang dicekak kolar bajunya itu.

   “ Janganlah buat kita macam ni, kita tak ada duitlah. Kan kita dah bagi dekat awak-awak dan awak semua semalam. Kasihanlah dekat kita. Papa kita tak ada dekat sini. Kalau papa kita ada dekat sini, kita dah bagi duit dekat awak.” Suara lemah gemalai seseorang mencuit deria pendengaran Raisya. Kita? Lelaki bercakap bahasakan diri dia, kita? Ya Allah, spesies lelaki apalah ni? Hati Raisya mengomel sedikit. Tahi telinga dia dah menggelegak dengar suara lembut gemalai itu.

   “ Kita tak ada duit, papa kita outstation.. bla-bla-bla..” Suara salah seorang pemuda itu mula mengejek dengan memek muka yang menyebalkan diikuti tawa oleh dua lagi makhluk perosak itu. Raisya ketap bibir. Pengecut punya jantan-kantan ni. Buli kaum yang lemah! Eh, kaum yang lemah ke? Bukan ke kaum yang lemah tu biasanya merujuk pada perempuan? Habis tu, spesies depan mata dia ni spesies apa pulak? Pondan? Tak nampak mekap bagai pun. Sotong? Agaknyalah sebab dari tadi duk meliuk-lentok

   “ Woi Zhil, kitorang tak kira. Kalau kau tak bagi duit, aku buat ‘adik’ kau ni patah. Kau nak mandul? Kang nanti tak dapat zuriat naya aje kau. Oppss.. lelaki lembik auw-auw macam kau ni boleh ke nak dapat anak??” Raisya pandang wajah Jidin, salah seorang si makhluk perosak itu dengan mata yang dikecilkan. Cis, budak jalanan ni rupanya. Patutlah.. hati Raisya bermonolog geram.

   “ Janganlah, kita nak kahwin nanti. Kita bukan macam Jidin cakap. Kita lelaki normal..” Si sotong dah mula bersuara. Bibir dah nampak macam tercebik-cebik nak menangis dah gayanya. Jidin ketawa sambil pegang perut.

   “ Wei, korang dengar tak? Lelaki normal wei!!” gelak Jidin bagai nak gila. Kawan seangkatan pun tumpang gelak sama.

   “ Jidin, cuba kau cek dekat dalam tu ada ke tak?” Suara si teman sakat pula menyokong. Jidin menoleh. Seketika, keningnya terjongket nakal. Wajah takut mamat sotong dipandang dengan penuh makna.

   “ Zhil..” Meleret-leret suara Jidin sambil dia acah-acah nak buka seluar si mamat sotong. Mata Raisya dah terjojol nak keluar dah. Hah?? Biar betik Jidin ni?

   “ Jangan buat kita. Tolonglah, kita ‘ada’ macam Jidin juga. Jidin tengok Jidin punya ajelah. Jangalah buat kita.. kita tak nak..” Mamat sotong dah merayu-rayu sambil pegang zip seluarnya. Jidin gelak. Raisya pula dah tepuk dahi. Ada ke patut dia cakap macam tu? Aduhlah.. merah dah pipi gebu aku ni. Isu sensitif betullah..

   “ Woi Kicap, kau pegang tangan dia!” arah Jidin langsung tak hirau rayuan si mamat sotong. Kicap? Raisya pandang sekejap mahkluk yang dipanggil kicap itu. Laa.. patutlah nama kicap. Warna kulit pun dah macam warna kicap! Hahaha..

   “ Cap.. jangan Cap. Jangan Jidin, kita bagi awak jam tangan kita ni. Tolonglah lepaskan kita..” Si mamat sotong mula nak buka jam tangan dia.

    “ Jam tangan ni? Woi, dekat pasar malam berlambak. Tiga, RM10 kan? Kau jangan banyak cakap. Kicap, pegang mamat sotong ni!” Jidin bersuara lantang sebelum dia ketawa jahat. Mamat sotong dah mula panik. Dia nak lari ke kiri, Jidin ke kiri. Dia nak lari ke kanan, Kicap ke kanan. Dia ke depan, seekor lagi dah siap kerumun dia.

   “ Tolonglah, jam kita ni harga ribu-ribu. Bukan murah, tolonglah kita..” Mamat sotong mula menanggalkan jam yang dipakai. Raisya kerut kening memerhati. Jidin dah capai jam tangan milik mamat sotong sebelum jam itu diperhatikan. Seketika..

   “ Jam tangan macam ni kau kata ribu-ribu? Wei, aku tak bodoh macam kaulah, Zhil! Memang jam tangan ni nampak mahal, tapi aku tahu harga dia mesti tak cecah RM20 kan? Aku pernah beli jam tangan macam ni dekat atuk aku dululah. Silap oranglah kau nak tipu, Zhil..” Terus Jidin baling jam tangan milik mamat sotong yng dianggap tak bernilai itu. Jidin-Jidin, pasal apalah kuno sangat?

   Elok pula jam itu disambut oleh Raisya yang berdiri tidak jauh. Raisya tersentak. Nasib baik jam tangan itu landing dekat tangan, kalau landing dekat dahi dia.. memang dia debik-debik dah Jidin Lorat tu. Raisya belek-belek jam tangan itu lama dan seketika, mata dia hampir tersembul.

   What? Biar betul mamat sotong ni?? Tag Heuer? Kalau tak silap dia, harga untuk jam jenama terkemuka ni cecah belas ribu juga. Perghh.. cayalah! Raisya kagum sekejap. Jam tangan itu diacu-acu pada tangan comelnya.

   “ Jam kita..” Lirih suara mamat sotong itu.

   “ Kicap, pegang dia! Zack, kau rakam guna telefon aku ni. Kalau dia tak bagi duit, tengoklah video ‘adik’ dia ni aku sebar dekat kolej..” Jidin terus gelak lantang. Mamat sotong dah menggeletar. Kicap dan Zack dah mula main peranan.

   “ Jangan.. tolong, jangan..” Mamat sotong kepit kedua-dua belah paha dia. Baru tangan Jidin nak capai zip seluar si mamat sotong, suara Raisya dah bergema di balik bangunan itu.

   “ Woi!!” jerkah Raisya garang. Jidin dan angkatan lanunnya menoleh.

   “ Kau apa hal?” jerkah Jidin balik. Dia pandang tajam wajah Raisya yang nampak menyinga.

   “ Kau tu yang apa hal? Asal kau buli dia? Lepaskan dia..” marah Raisya lagi. Jidin gelak sinis.

   “ Kenapa aku perlu dnegar cakap kau??”

   “ Aku cakap lepas, lepaslah! Pekak ke kicap cap kipas udang??” marah Raisya beralih pada si Kicap. Mendengarkan nama dia dipermainkan, Kicap mula lepas tangan mamat sotong secara mendadak. Lantas, dia ke depan dengan lengan baju digulung-gulung. Wajah si kicap dah bertukar biru dek rasa marahnya. Kesempatan itu diambil mamat sotong. Mamat sotong pantas berlari kea rah Raisya. Dia duduk bersembunyi di belakang gadis itu.

   “ Kau panggil aku, apa?” soal Kicap bengang. Raisya senyum sinis.

   “ Kicap cap kipas udang, hmm enak dimakan dengan begitu saja..” perli Raisya pedas siap dengan alunan merdu lagi. Kicap mula naik angin. Gigi diketap geram.

   “ Kau lempang aje minah bajet bagus ni, Kicap!” hasut Zack, teman seangkatan lanun.

   “ Kurang ajar!!” Baru Kicap nak bagi penampar sulung dekat Raisya, dah ada suara yang sergah mereka dari belakang. Jidin, Kicap dan Zack pantas menoleh sebelum ketiga-tiganya terkaku dengan sendiri. Alamak! Prof Raiqal!

   “ Korang bertiga buat apa ni??” Suara garau itu menyoal.

   “ Abang long!!” jerit Raisya kuat. Prof Raiqal pantas mendekat. Kicap dan tentera lanunnya dah terlopong. Abang long? Adik prof ke? Habislah dorang..

   “ Kenapa, Raisya?” soal Prof Raiqal serius. Raisya dah peluk manja lengan abang longnya.

   “ Kicap cap kipas udang ni nak lempang Raisya, bang long. Tadi, dia buli mamat sotong ni, eh mana pulak mamat tu??” ujar Raisya lantas dia melilau-lilau mencari mamat sotong yang dah lesap. Waktu bila pula mamat tu angkat kaki? Cis, dasar sotong. Boleh pula dia tinggalkan aku macam tu aje. Gumam Raisya geram.

   “ Zhil ke?” soal Prof Raiqal. Seketika, matanya tunak pada wajah Kicap. Kicap telan liur pandang wajah pensyarah muda itu.

   “ Err.. prof, maaf.. saya tak sengaja tadi. Kitorang balik dululah prof, tak solat asar lagi ni. Kalau tak sempat, prof pula kena tanggung dosa kami..” dalih Kicap tersekat-sekat. Jidin dan Zack angguk menyokong. Raisya dah juihkan bibir. Eleh, kecutlah tu! Tak menunggu jawapan Prof Raiqal, ketiga-tiga lanun tu dah berdesup pergi.

   “ Bang long, Zhil tu siapa?” soal Raisya bila ketiga-tiga lanun tu dah hilang dari pandangan mata dia. Prof Raiqal toleh pandang wajah adik bongsunya.

   “ Emir Zhildan, pelajar abang long. Baik budaknya.. Cuma dia tu terlalu naif.” Prof Raiqal jawab dengan riak bersahaja.

   “ Naif? Bukan sotong ke, abang long?” soal Raisya comel. Prof Raiqal gelak. Kepalanya tergeleng-geleng.

   “ Dah-dah.. jangan nak judge orang. Jom, balik. By the way, balik nanti jangan lupa cerita dekat abang long apa jadi tadi. Kalau abang long sampai lambat, tentu berbirat pipi comel adik abng long ni. Kalau betul Kicap salah, kita kena hukum..” Prof Raiqal bersuara. Raisya dah sengih senget.

   “ Dekat rumah Raisya cerita. Tapi, biarlah bang long. Dia tak sempat buat pun. Abang long, KFC jom? Raisya tengok ada menu baru dekat tv..” ujar Raisya dengan mata dikelip-kelip comel.

   “ Ada aje, Raisya ni. Dah, jom balik. Nanti tok tunggu lama dekat rumah..” ajak Prof Raiqal lagi. Raisya tarik muka.

   “ KFC?” soal dia polos. Prof Raiqal gelak lucu.

  “ Ya, sebelum balik rumah tok.. kita singgah.” Prof Raiqal mengalah. Raisya dah terlompat-lompat. Baru dia nak mengekor jejak si abang, tiba-tiba dia mula teringat akan sesuatu.

   “ Alamak!” jerit Raisya.

   “ Kenapa, Raisya?” soal si abang.

  “ Jam tangan mamat sotong tu..” keluh Raisya. Seketika, anak matanya singgah pada wajah abang longnya. Memandang penuh harapan.

   “ Dia, pelajar abang long kan? Abang long bagi dekat dia semula, boleh?” soal Raisya lantas jam itu dihulur. Prof Raiqal sambut. Seketika, dia menggeleng-geleng.

   “ Tak naklah bang long. Jam mahal tu, kalau hilang niaya aje. Lagipun, jam tu ada pada Rasiya.. jadi amanah Raisya untuk pulangkan balik. Dan esok pun Zhil tak ada kuliah dengan abang long. Abang long nak cari dia pun tak sempat untuk pulangkan sebab esok kuliah abang long padat. Then, you need to see him and pulangkan balik jam tu. Okeylah, abang long tunggu dekat kereta. Cepat, sayang..” ujar Prof Raiqal. Raisya mengeluh hampa. Bibir dicebik sedikit. Aduh, satu kerja nak cari mamat sotong tu pulak! Ujar Raisya dalam hati bersama langkah longlai menbontoti si abang.

10 comments:

  1. Daebak!!! Best sgt2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anony.. agak2 apa jd lepas ni eh? :)

      Delete
    2. Susah la nk jangka..hana nie mmg sgt2 berbakat.bermcm 2 idea mencurah dlm berkarya.sya doakn yg terbaik untuk hana dlm bidang penulisan.

      Delete
    3. anony : terlampau memuji tu. hana biasa2 aje sis. bersyukur kalau sis suka dengan cara hana berkarya. thanks.. :)

      Delete
  2. Yuhuuu.. B-) sowwi my dear.. aru sempat bace cite niy .. Ahaaakszz .. Sengih sengih i bace ,haah lah apa kes klu kene kat dahi dia tentu2 dah bertelur ayam kat situ.. Xixixi .. Apapun best.. U makin kreatif my dear.. Yg lain sambong jugak eh.. I nak giy arround2 kat dunia maya niy.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheheehe.. thanks kak juni. nantikan.. ehem.. insyaAllah lepas 8 okt akan smbung. :)

      Delete
  3. assalamualaikum... k.hana best nyerrr... ;) nak lagiiii *kelip-kelip mata*

    ReplyDelete