PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, August 31, 2013

Suami Klon (Cerpen) Part 2




ARIAN ASHRAF


Part 2

Puan Ramlah hanya mampu simpan senyum melihat wajah cemberut Ashraf. Mahu tidaknya, fikir dia si Afya pulang ke rumah atas urusan penting. Rupa-rupanya hanya untuk mengambil pakaian tidur yang lebih selamat. Nampak sangat dia memang merajuk panjang dengan Ashraf, menantu yang memang berjaya menambat hatinya itu.

   “ Mama, Ash balik dululah..” Ashraf meminta diri. Wajah cuba diriakkan manis. Isteri di sebelah dipandang dengan ekor mata. Seketika, anak matanyan jatuh pada beg kecil yang dibimbit oleh Afya. Keluhan panjang dia lepaskan dalam hati. Fya-Fya.. kenapalah sampai macam tu sekali? Abang juga yang rugi, sayang. Tak apalah, memang salah abang pun. Detik hati Ashraf  lemah.

   Yelah, hati-hati. Ini mama nak pesan, jangan bergusti pula nanti. Gusti manja-manja tak apalah, Ash. Jangan esok lusa mama tengok kamu patah tengkuk ke, patah kaki ke.. kan susah pulak nanti kalau masuk surat khabar..” sakat Puan Ramlah lucu.

   Ashraf tersenyum kelat sambil takut-takut mengerling ke arah Afya. Sedangkan Afya sudah tarik muka mencuka. Mama ni.. bukan nak sebelahkan aku. Mentang-mentanglah Ash dah berterus-terang dengan dia terlebih dulu. Tapi, aku pelik juga ni. Yang nak kahwin dengan dia, mama ke aku? Habis, yang dia terus-terang dekat mama dah kenapa? Arian Ashraf bin Ahmad Aqil ni benar-benar buat aku naik seballah!

   “ InsyaAllah, tak kot mama. Doakan yang baik-baik saja ye?” balas Ashraf perlahan. Dalam hati, gusar juga dengan usikan mak mertuanya. Afya sempat menghantar satu jelingan tajam.

   “ Ma.. Fya balik dululah. Barang pun dah ambil. Nanti Tok Kamil tertunggu-tunggu pulak kitorang lambat balik..” Giliran Afya pula bersuara. Bukan apa, berat telinganya nak dengar usikan mama yang bertalu-talu melancarkan serangan. Ashraf toleh seketika. Namun bila si isteri dah jegil biji mata, cepat-cepat dia kalih pandang.

   Yelah-yelah.. mama faham orang baru kahwin ni. Tak sabar-sabar..” Puan Ramlah tersengih-sengih dengan usikannya sendiri. Kalau Tuan Rahim ada ni, mahu dia dibebelkan si suami sebab mengusik anak kesayangan mereka. Nasib baiklah si suami masih di surau kampung, katanya ada makan-makan di surau malam ini.

   “ Hish mama ni. Mengarut aje..” bebel Afya lembut. Terus saja dia capai tangan mamanya lalu disalami sebelum dia mula melangkah. Kalau boleh, dia tak nak berlama-lama sebab kalau  dia terus ada dekat situ memang merah macam badutlah pipi dia, mama kerjakan. Asyik menyakat aje kerjanya.

   “ Ash gerak dulu, ma. Tu.. tuan puteri dah tayang muka ketat dia, ma. Nanti tak pasal-pasal Ash bawak kereta bukan ke depan, tapi mengundur ke belakang. Bukan boleh kira hati orang tengah marah..” Ashraf sempat berlawak dengan Puan Ramlah. Tergelak sesaat orang tua itu sebelum perbualan mereka tamat di situ saja.

   Ashraf yang mula mengatur langkah keluar dari rumah kayu dua tingkat itu pantas hendak menyaingi langkah si isteri. Dicapai beg yang dipegang Afya. Niatnya hendak membantu meskipun dia tahu apalah sangat berat beg itu. Setakat dua, tiga baju tidur yang memang bertutup habis.

   “ Meh abang tolong bawak, Fya..” Lembut katanya menutur. Afya hentikan langkah. Spontan dia berpaling. Tangan kemudian dicekak ke pinggang sebelah dengan sebelah tangan lagi masih sibuk merebut balik beg yang cuba dicapai oleh Ashraf. Wajahnya diriakkan garang. Telan liur Ashraf dibuatnya. Tapi, wajah tenang cuba ditayang. Mana boleh tayang wajah takut-takut, nanti hilang macho seorang yang bernama Arian Ashraf!

   “ Le..pas!!” gertak Afya keras. Satu persatu bibir itu berbicara. Ashraf tetap berdegil. Kalau dia tak mulakan sesi berbaik-baik ini, bimbang merajuk makin lama pula si comel jantung hati ni.

   “ Biarlah abang tolong..”

   “ Fya cakap lepas, lepaslah. Kalau tak..”

   “ Kalau tak, apa Fya?” soal Ashraf kalut. Hendak juga dia cari tahu apa nasib yang dia bakal terima andai beg kecil itu tidak dilepaskan.

   “ Kalau tak, Fya tidur rumah mama. Awak balik sorang rumah Tok Kamil. Fya kira sampai tiga aje,” ugut Afya geram. Terbeliak biji mata Ashraf. Gila nak buat macam tu? Mahu gegak-gempita rumah Tok Kamil nanti. Tahu-tahu sajalah Tok Kamil tu orang macam mana.

   “ Janganlah, sayang. Abang nak tolong aje ni..” Ashraf memujuk. Wajah dah mengendur sambil hulur wajah simpati.

   “ Satu..” Afya sudah mula mengira. Ashraf gelabah. Afya jongket kening sebelah. Bagi amaran bahawa dia tak main-main. Ashraf masih memegang hujung beg, dan Afya juga masih memegang di sebelah hujung sana.

   “ Dua..” Ashraf panik. Wajah dah berpeluh-peluh.

   “ Sayang.. abang nak tolong aje..” pujuk Ashraf lagi.

   “ Ti..”

   “ Okey-okey, abang lepas sekarang juga..” putus Ashraf mengalah lalu pegangan pada hujung beg plastik itu dilonggarkan geram. Namun, sesaat bibirnya melopong bila..

   “ Aduh!!” jeritan kecil seseorang membawa Ashraf bergegas mendapatkan tubuh yang dah elok terhumban ke belakang. Wajah Afya yang menunduk sambil menggosok-gosok siku yang terhentak dipandang gusar.

   “ Sayang.. okey ke? Ya Allah, abang tak senga..” Tak sempat Ashraf nak habiskan kata, dia dah terkedu di situ bila wajah Afya mendongak. Okey, Afya menangis.

   “ Fya..” seru Ashraf lembut. Direnung wajah Afya yang mula teresak-esak kecil sambil menilik siku yang dah mula kelihatan lebam. Ashraf hela nafas lemah. Tanpa kata, dia dah mula menjatuhkan kedua-dua belah lututnya sebelum tubuh si isteri dicempung. Afya yang masih menangis hanya membiarkan. Sungguh, siku dia benar-benar rasa sakit. Dah teresak-esak kecil dia dalam kendongan si suami.

   “ Abang minta maaf..” Sempat Ashraf menghulur kata maaf. Perlahan suara itu menggumam sebelum langkah kembali di atur ke muka pintu ibu mertuanya.

   Afya tersentak. Dia cepat-cepat menoleh. Wajah si suami yang nampak sedih dipandang. Mungkin rasa bersalah dah sebabkan dia jatuh sampai menangis kecil macam ni. Bukan salah suami dia, tapi salah dia. Dia yang beria-ia suruh si suami lepaskan pegangan. Inilah orang kata balasan tunai sebab dah bentak-bentak dengan suami sendiri.

   “ Ya Allah.. kenapa ni, Ash??” Suara ibu mertuanya dah kedengaran cemas. Cepat tubuh itu meluru pada dia yang masih tegak mencempung tubuh si isteri.

   “ Fya jatuh, ma..” tutur Ashraf perlahan. Tubuh Afya dah direbahkan pada sofa panjang.

   “ Jatuh? Macam mana boleh jatuh ni, Ash? Fya.. cuba cerita dekat mama!” Puan Ramlah dah bersuara gusar. Wajah Afya yang masih menangis kecil direnung tajam. Dia tahu mesti ada sesuatu yang tak kena. Kalau bukan sebab perangai kepala batu si anak, tentu tak jadi macam ni.

   “ Salah Ash, mama. Ash sibuk sangat berebut nak pegang beg plastik tu. Kalau bukan sebab Ash, Fya tak jatuh. Maafkan abang ye, Fya?” Potong Ashraf laju bila dia lihat bibir si isteri mula hendak membuka kata. Dia tak mahu Afya kena bebel dengan Puan Ramlah. Jadi, biarlah dia saja yang tadah telinga. Afya terus terdiam. Wajah si suami yang jelas nampak serius dipandang.

   “ Ma.. ada minyak gamat tak? Ash nak sapu dekat siku Fya. Kalau sakit juga, Ash bawa Fya ke klinik aje..” Ashraf mula menukar topik. Dia sudah mula ambil tempat di sisi Afya yang elok terbaring di atas sofa. Tangan dah mula selak baju lengan panjang si isteri ke atas.

   “ Kejap, mama ambilkan..” Puan Ramlah berlalu tanpa banyak kata. Melihat wajah anak perempuannya, dia tahu Afya benar-benar sakit. Kalau tak, takkan si anak sampai dah menangis-nangis.

   Ashraf mula menilik siku Afya. Cermat saja tingkahnya.

   “ Sakit?” soal Ashraf sambil panggung kepala. Seketika, jantungnya berdegup laju. Afya juga sibuk memandangnya dengan pandangan berkaca. Sedaya-upaya Ashraf kawal naluri hati yang mula memberontak. This is not the right time, Ash. Ashraf ingatkan dirinya sendiri. Dia berdehem-dehem beberapa kali.

   “ Sakit tak, sayang?” Ulang Ashraf sekali lagi. Afya yang masih ralit merenungnya dipandang aneh. Dah kenapa pula bini aku ni? Ashraf jongket keningnya sebelah.

   “ Sayang..” tegur Ashraf lembut. Afya mula tersentak. Pantas saja dia angguk. Gila tak sakit. Dah jatuh terhentak macam tu, memanglah sakitnya yang teramat. Lagipun, kalau tak sakit.. tak ada maknanya dia nak nangis bagai.

   “ Maafkan abang, Fya. Abang sapu minyak dulu. Kalau tak okey juga, kita ke klinik ye? Atau Fya nak terus ke klinik?” soal Ashraf prihatin.  Afya diam agak lama.

   “ Nah, ni minyaknya.. Ash.” Puan Ramalah yang bersuara terus membantutkan perbualan Ashraf dan Afya. Afya pantas pejam mata bila melihat tangan kekar suami sudah bersedia melumur minyak ke sikunya. Ya Allah, risaunya dia kalau-kalau minyak tu tambah memedihkan. Siku dia dah melecet sikit ni.

   “ Tahan sikit, sayang..” ujar Ashraf sebelum minyak itu dilumur penuh cermat. Mendengarkan bicara si suami, cepat saja tangan halusnya menggenggam lengan si suami. Terkejut Ashraf dibuatnya.

   “ Fya takut..” Dan buat pertama kalinya Ashraf rasa itulah nada paling lembut yang isterinya gunakan. Ashraf hulur senyum. Tangan kecil si isteri yang hinggap di lengannya diusap kecil. Puan Ramlah hanya jadi pemerhati.

   Don’t worry, dear. Abang ada..” sahut si suami. Perlahan. Malah, suaranya kedengaran sangat seksi melantun di gegendang telinga Afya. Akhirnya, Afya hanya terdiam bisu.

Puan Ramlah dah menatang dulang berwarna perak menuju ke ruang tamu. Wajah anak menantunya dipandang satu-persatu.

   “ Ash.. nak balik juga ke?” soal Tuan Rahim memulakan bicara. Ashraf menoleh. Isterinya yang sudah elok terlentok di atas sofa dikerling sekilas. Comelnya Fya tidur.. desis hatinya memuji.

   “ Ash ingat Ash tidur rumah papa ajelah. Lagipun, Fya dah terlena tu. Boleh tak, pa?” ujar Ashraf. Tuan Rahim tersenyum kecil dengan kepala tergeleng-geleng.

   “ Apa pula tak boleh? Ash menantu papa. Ni kan rumah Ash juga. Mama, nanti kemas sikit bilik Fya. Ash tidur sini. Anak awak tu pantang sakit sikit. Manjanya tak habis-habis..” ujar Tuan Rahim pula. Puan Ramlah mencebik.

   “ Itu juga anak yang awak sayang kan?” soal Puan Ramlah sinis. Tuan Rahim tergelak. Wajah puterinya yang polos direnung penuh kasih.

   “ Mana tak sayang, mama. Tu sorang aje anak kita..” balas si suami tak nak mengalah. Puan Ramlah diam sudahnya. Kata-kata si suami ada benarnya. Anak mata dilarikan pada menantu yang sibuk mengurai rambut Afya. Senyuman meniti di bibir tuanya. Perilaku Ashraf jelas menunjukkan lelaki itu benar-benar sayangkan Afya. Puan Ramlah bangkit dari duduk. Hajatnya hendak menydiakan bilik buat anak menantunya itu.

   “ Mama siapkan bilik korang dulu. Ash minum-minum dulu dengan papa,” kata Puan Ramlah sebelum dia pamit meninggalkan ruang tamu. Ashraf angguk sopan.

   “ Fya marah Ash lagi ke?” Sebaris ayat yang meluncur dari bibir bapa mertuanya membawa anak mata Ashraf tunak ke situ. Perlahan-lahan nafas dihembus lemah. Dia duduk bersandar pada sofa.

   “ Marah sangat, pa. Dah berapa hari Ash jadi suami dia, masih tak surut lagi marah dia pada Ash.” Lemah dan gontai suara Ashraf melantun keluar. Tuan Rahim terdiam seketika.

   “ Jangan risau, Ash. Papa kenal anak papa. Mulut aje cakap marah, hati dia tak sama. Lagipun, dia merajuk manja sebenarnya. Ash dah tipu dia kan? Sebab tu dia marah. Nanti okeylah tu anak papa.” Tuan Rahim cuba menenangkan hati menantunya yang jelas nampak celaru. Ashraf senyum nipis.

   “ Ash tak ada niat nak tipu dia, pa..” Suara Ashraf bagaikan merintih. Menyesali khilaf sebelum ini.

   “ Tak apa, papa faham situasi kami. Jelaskan perlahan-lahan, insyaAllah nanti Fya faham. Cuba kamu tengok wajah dia..” suruh Tuan Rahim tiba-tiba. Ashraf jongket kening. Namun, permintaan Tuan Rahim dituruti jua. Dia menoleh.

   “ Polos kan anak papa? Kamu rasa wajah ni mampu ke nak marah kamu lama-lama? Dia tahu dosa-pahala, Ash. Kamu tu suami dia. Afya yang papa kenal bukan seorang yang pemarah. Cuma, hati dia tengah merajuk. Ash pujuk baik-baik ye? Janji juga dengan papa, jangan sakitkan hati wajah yang Ash sedang pandang ni sebab 22 tahun papa tatang dia bagai minyak yang penuh..” Lembut kata-kata Tuan Rahim menusuk ke gegendeng telinga Ashraf.

   Ashraf tersentuh. Kalaulah dia bisa merasa kasih sayang seperti ini juga. Ah, untungnya Afya. Hati Ashraf  bergelodak seribu satu rasa. Tuan Rahim perasan akan hal itu.

   “ Ash.. hal lama jangan kenang, Ash. Lagipun, daddy dan mummy kamu masih hidup. Kalau bukan dia yang cari kamu, kenapa tak kamu aje yang cari dia? Ingat Ash, sejahat mana pun mereka.. mereka tetap orang tua kamu.” Nasihat Tuan Rahim menamper gegendang telinga Ashraf. Ashraf tertunduk lesu. Ada air hangat yang mula bertakung. Tapi, dia kuatkan semangat. Dia tak boleh nampak lemah.

   “ Ash ditinggalkan, pa. Dua puluh dua tahun.. kalau bukan sebab mereka, Ash takkan pilih jalan untuk menipu Fya. Ash tak pernah kenal kasih sayang seorang wanita.. pa. Sehinggakan Ash jadi takut dengan bayangan tu semua.” Luhur kata-kata itu sedikit sebanyak menyentuh hati Tuan Rahim. Dipandang wajah menantunya itu. Kacak.. sempat hati tuanya memuji.

   “ Ash.. papa faham. Jadi, papa takkan desak kamu. Kalau kamu resah, ambil wuduk, tadah tangan padaNya, minta petunjuk.. insyaAllah semua akan semakin pulih. Papa doakan yang terbaik untuk Ash. Papa masuk tidur dulu, dah lewat. Jangan lupa kejutkan Fya masuk tidur sekali.” Sekali lagi, Tuan Rahim menghulur nasihat. Sebelum dia bangkit, sempat dia tepuk perlahan bahu si menantu. Memberikan sedikit semangat melalui tingkahnya.

   Lama Ashraf diam memikirkan kata-kata bapa mertuanya sebelum lamunannya terhenti.

   “ Ash.. kejut Fya. Mama dah siapkan bilik untuk korang. Mama masuk tidur dulu, Asslamualaikum..” Suara Puan Ramlah kedengaran. Ashraf angguk sekilas sebelum bibir menjawab salam itu. Seketika, dia menoleh semula pada wajah lembut si isteri. Boleh ke abang tumpang kasih pada Fya? Abang dahagakan kasih sayang seorang wanita, Fya.. rintih hati Ashraf sayu. Tubuh si isteri lantas dicempung menuju ke kamar mereka.

   Baru saja dia nak rebahkan kepala Afya pada bantal, lengannya dipegang. Tergamam Ashraf dibuatnya. Spontan matanya jatuh pada tangan kecil yang memegang lengannya.

   “ Fya sakit?” soal Ashraf parau. Afya diam sambil merenungnya lama. Sebenarnya, dia dengar segala perbualan Ashraf dan papa. Hatinya sedikit sebanyak jatuh kasihan pada Ashraf. Simpatinya tumpah buat si suami. Wajah redup si suami ditatap dalam. Tanpa sedar, tangannya sudah mengelus lembut lengan kekar itu.

   “ Fya.. kenapa ni? Sakit lagi ke siku tu? Kita ke klinik, jom..” luah Ashraf sedikit pelik. Siku Afya yang sudah ditampal plaster dibelek seketika.

   “ Tak.. siku saya dah tak sakit. A.. awak, terima kasih..” Akhirnya bibir Afya sudi juga untuk berbicara. Ashraf lega. Fikirnya siku si isteri semakin sakit tadi. Ashraf tersenyum.

   “ Sama-sama. Tapi, Fya kena tahu dah memang tugas abang untuk jaga Fya. Abang kan suami Fya. Dah, Fya tidurlah..” balas si suami lantas kepala si isteri diusap lembut. Baru Ashraf hendak melangkah, sekali lagi tingkahnya dihalang.

   “ Kenapa, sayang?” soal Ashraf perlahan. Afya telan liur. Ah, macam mana nak cakap ni? Detik hatinya resah. Dahi sudah berpeluh-peluh.

   “ A.. awak nak ke mana?” soal Afya sudahnya. Terjungkit kening si suami. Pantas jemari Ashraf laju menunjuk ke arah sofa.

   “ Abang tidur atas sofa sana, Fya tidur sini ye? Abang janji tak usik Fya. Fya perca..”

   “ Awak tidur jelah sebelah saya. Katil ni luas. Lagipun, saya tak nak makin berdosa pula sebab halau suami tidur dekat lain.” Tak sempat Ashraf nak habiskan kata bila si isteri sudah mencelah. Usai berbicara, Afya pantas pejam mata. Malu juga dia kerana membuat tawaran.

   Bibir Ashraf sudah tersungging senyuman lebar. Lambat-lambat dia panjat katil yang diduduki si isteri. Perlahan tubuh direbahkan. Sekilas, Ashraf menjenguk wajah Afya yang dalam mata terpejam itu. Betul kata papa, Afya masih kenal dosa pahal meskipun si isteri ada juga terleka. Cuma, waktu sekarang tak mengizinkan Afya untuk patuh segala arahannya dan dia akan beri Afya masa.

   “ Abang janji tak usik, sayang. Selamat malam, Hanin Afya. Abang sayang isteri abang ni..” tutur Ashraf lalu dengan teragak-agak sebuah ciuman dihadiahkan pada pipi Afya. Sebelum matanya terkatup, sempat dia melirik pada beg plastik di sudut hujung bilik yang menjadi punca Afya terjatuh tadi. Bibir mula tersengih lucu.

   Afya terkejut. Namun, untuk mencelikkan mata memang dia takkan buat. Segannya dia nak tengok wajah encik suami. Tentu Ashraf fikir dia dah tak marah. Eh, siapa cakap? Dia masih marah. Cuma, perbualan Ashraf tadi buat hatinya tersentuh sedikit. Sebab itu dia membuat penawaran. Harap si suami hilang sedikit sedihnya. Harap-haraplah..

4 comments: