PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, August 3, 2013

Please, Love Me Back (Part 2)


Rutin hariannya seperti biasa, menyediakan makan malam buat Raqeem. Walaupun penat dengan kuliah, dia tetap gagahkah diri untuk si suami. Ingin Raqeem sentiasa dialasi perutnya dengan air tangannya sendiri. Apa guna ada isteri kalau makan dekat luar kan? Detik hatinya lagi.

   Usai menghidangkan semua juadah di atas meja, Fateha memanjat anak tangga menuju ke bilik peraduan dia dan Raqeem. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat ditolak. Seketika, bibirnya mengukir senyum lucu. Raqeem sudah tersadai lena di atas katil empuk bersaiz king itu. Songkok di kepala juga masih belum dibuka. Tanda si suami baru usai menunaikan solat maghrib. Fateha mendekat.

   “ Awak..” kejut Fateha lembut diikuti cuitan kecil pada bahu si suami. Raqeem nampak bergerak-gerak sebelum lena kembali. Fateha senyum lagi. Hai.. comelnya dia tidur.. puji Fateha angau. Fateha mencuba nasib lagi.

   “ Awak.. bangunlah, makanan.. aaaaa..” Tak sempat dia nak sudahkan bicara bila mana dia sudah elok tersembam pada dada bidang si Raqeem. Seketika, terdengar tawa galak Raqeem. Fateha terkebil-kebil.

   “ Awak tak tidur?” soal Fateha curiga. Raqeem menggeleng sambil tangan sasanya kejap memeluk pinggang si isteri. Bibir masih setia dengan senyuman nakal. Fateha lemas bercampur malu. Dia cuba bangkit.

   “ Awak.. jomlah. Makanan dah siap hidang tu..” pujuk Fateha lagi seraya terkial-kial hendak meloloskan diri. Namun, semakin kejap pula pautan di pinggangnya. Raqeem menggeleng-geleng dengan bibir yang dilapisi senyum. Aduhai.. cakap tak nak, duk main bahasa isyarat pula dah.. omel Fateha geram.

   “ Kalau tak nak, lepas Teha dululah..” saran Fateha lagi. Raqeem masih menggeleng-geleng juga. Fateha berdecit. Akhirnya, dia senyap membisu.

   Stay macam ni kejap. Lima minit, then I’ll let you go..” bisik Raqeem romantis tiba-tiba. Entah bila si suami dekatkan bibir pada telinganya pun dia tak sedar. Huh.. meremang. Namun, jauh di sudut hati.. Fateha gembira.

   “ Teha gembira hidup dengan saya?” soal Raqeem kemudiannya. Fateha pantas menuntas anak mata milik Raqeem. Rasa cinta disalurkan di situ. Raqeem tersenyum lagi. Senyuman yang mencairkan hati mana-mana wanita yang memandang.

   “ Alhamdulillah.. selagi awak tak pernah sakitkan hati saya, kasari saya.. selagi tu saya bahagia.” Kedengaran jujur sekali bicara Fateha. Senyuman turut dihulurkan buat Raqeem, meyakinkan lagi bahawa dia memaksudkan apa yang dia ucapkan.

   “ Walaupun hati saya bukan milik awak?” soal Raqeem perlahan. Bimbang tutur itu mengguris hati Fateha. Fateha terdiam sejenak.

   “ Tipulah kalau saya kata saya tak kisah pasal tu. Sedikit sebanyak saya memang kisah dan terkilan, tapi hati manusia bukan boleh dipaksa-paksa. Jadi, saya tunggu rasa itu hadir untuk saya. Awak janganlah risau, kan saya pernah cakap tempoh itu tak ada tarikh luput?” ingat Fatehan semula akan kata-katanya suatu ketika dahulu. Seketika, Raqeem membebaskan si isteri dari pelukannya. Fateha terpinga-pinga.

   “ Dah cukup lima minit..” sahut Raqeem menjelaskan tingkahnya. Fateha mula tayang senyum.

   “ Awak kira?” soal Fateha ingin tahu. Raqeem angguk, kemudian geleng. Fateha pening. Yang mana satu?

   “ Yang mana satu?” soal Fateha dengan dahi berlapis.

   “ Mula-mula kira, masuk minit kedua.. saya dah tak kira..” balas Raqeem bersahaja. Wajahnya sesekali nampak seperti sedang menyembunyikan senyuman.

   “ Kenapa?”

   “ Sebab saya peluk isteri saya, tempoh lima minit tu mana cukup..”

   “ Kalau tak cukup, kenapa lepas?” soal Fateha kalut. Sedar akan keterlanjuran kata, dia menekup mulut. Raqeem sudah tersengih gatal.

   Hmm.. nampaknya ada orang suka kena peluk dengan saya ni.” Raqeem gelak dengan kata-katanya. Fateha sudah menunduk. Segan dengan omongan Raqeem yang jelas mengenakan dirinya.

   “ Saya laparlah, sayang. Lepas kita makan, kita sambung main peluk-peluk ye?” Sambung Raqeem mengusik lalu seperti biasa.. mata dikenyit nakal. Fateha terkesima. Aduhai.. menyesal dia tanya tadi, akhirnya dia sendiri yang malu. Mulut nilah.. bebel hatinya.

   “ Awak..” Baru beberapa tapak langkah kaki Raqeem, Fateha sudah memanggilnya.

   “ Apa?” soal Raqeem dengan tangan disilangkan ke dada.

   Please, love me back..” ucap Fateha perlahan lalu dia kembali menekur lantai. Dalam beraninya, masih ada rasa segan terselit sama. Raqeem simpan senyum. Polosnya sikap Fateha membuatkan rasa sayang itu semakin bercambah dalam hatinya.

   “ InsyaAllah.. soon, sayang. Jom, makan..” ujar Raqeem membalas. Tangan dihulurkan pada Fateha. Fateha angguk sekilas sebelum dia mula menyambut huluran tangan sasa itu. Mereka berpamitan menuju ke ruangan makan.

*********************

Raqeem merenung dada komputer yang terpasang. Rasa penat membelenggu dirinya. Ah, seharian menghadap komputer untuk mengubahsuai kembali pelan bangunan yang direka. Mujur juga hanya menggunakan autocad, kalau guna tangan seperti dulu-dulu.. memang dia rasa boleh terkehel tangan dia tika ini. Menggunakan perisian ini, kerjanya menjadi sedikit mudah.

   Raqeem bersandar malas pada kerusi miliknya. Jam sudah genap menunjukkan angka 9.00 malam. Kerusi yang diduduki diputar menghadap ke arah luar bangunan megah itu. Jelas terpampang pemandangan indah di luar sana. Bintang-bintang turut sama menghiasi dada langit itu.

   Lama dia memerhatikan ciptaan Tuhan yang Maha Agung itu sebelum tubuh sasanya tersentak. Cepat-cepat dia menggagau mencari Iphone 5 miliknya. Ah, dia lupa hendak mengkhabarkan si isteri bahawa dia akan pulang lewat hari ini. Jelas di situ ada lima panggilan yang tak dijawab. Ah, macam mana dia tak sedar ni? Mungkin Fateha menelefon sewaktu dia sedang menunaikan solat barangkali. Mesej daripada Fateha dibuka.

   Teha tunggu awak.. awak kat mana? Teha telefon, tak angkat. Teha risau. 

   Mesej pertama Fateha. Dibuka lagi mesej kedua Fateha.

   Awak, awak kat mana? Kenapa tak balik lagi ni? Dah lewat..

   Usai saja membaca mesej kedua Fateha, dia sudah tidak teragak-agak lagi untuk menelefon gadis itu.

   Beberapa kali dia mendail nombor telefon Fateha, namun tidak berjawab. Tika ini, rasa bimbang mula menular. Lantas tanpa berfikir panjang, dia terus mengemaskan barang-barang miliknya sebelum langkah diatur gopoh.

   Pemanduannya kini mencuri perhatian pemandu-pemandu lain. Mahu tidak.. dia memandu bagaikan pelesit. Entah kenapa dia begitu risaukan Fateha. Mungkinkah rasa cinta itu sudah ada? Ataupun masih sama seperti dulu? Tapi, dia yakin rasa itu semakin bercambah. Ya, itu memang tidak dapat disangkal lagi.

   Sampai saja di hadapan banglo dua tingkat miliknya, Raqeem buru-buru menapak masuk ke dalam. Cepat tangannya membuka pintu dengan kunci pendua miliknya. Dan sebaik saja pintu terbuka, dia melepaskan nafas kelegaan. Fateha tampak tenang beradu di atas sofa yang berada di ruang tamu mereka.

   Raqeem mendekat. Briefcase di tangan diletak di atas meja.

   “ Teha.. bangun..” Raqeem mengejutkan si isteri. Mudah sungguh Fateha terjaga. Hanya dengan sekali nama itu diseru, kelihatan Fateha sudah terpisat-pisat bangun.

   “ Awak..” Fateha terkejut. Tanpa dipinta, matanya melirik ke arah jam.

   “ Dah lewat, dah pukul 10.30 malam. Kenapa tidur dekat sini?” soal Raqeem mengiyakan apa yang bermain di benak Fateha.

   “ Teha tunggu awak. Teha risau..” Fateha memang jenis jujur orangnya. Raqeem simpan senyum. Dia bangkit. Tangan dihulur untuk membantu si isteri bangun. Namun, belum sempat Fateha hendak mencapai tangan suaminya, dia terduduk kembali. Perutnya sebu dan rasa mual membuak-buak menghunjam anak tekak. Raqeem panik. Cepat saja dia kembali melabuhkan duduk di sisi Fateha.

   “ Kenapa ni?” soal Raqeem bila mana dia melihat Fateha sudah menggosok-gosok kepalanya sendiri. Tanpa disuruh, Raqeem mengambil alih tangan itu.

   “ Err.. masuk angin kot..” Perlahan Fateha menjawab. Perbuatan Raqeem terhenti. Dia memandang lama wajah manis itu. Nampak sedikit pucat kali ini.

   “ Masuk angin? Tak makan ke?” soal Raqeem pelik. Fateha menggeleng dalam posisi wajah yang masih menunduk. Tangan sibuk memegang perutnya.

   “ Kenapa?” soal Raqeem mulai tegas.

   “ Teha.. Teha tunggu awak..” balas Fateha. Raqeem mendengus.

   “ Teha.. kalau ya pun awak sukakan saya, cintakan saya, jangan sampai menyeksa diri. Jangan terlalu baik dengan saya, Teha. Nanti saya rasa bersalah. Lagipun, awak tak boleh buat macam ni. Dari pukul berapa tak makan ni?” soal Raqeem masih lagi serius. Wajahnya mencuka. Fateha telan liur kesat.

   “ Err.. Teha tak sempat makan tengahari..”

   What?? Means.. Teha tak makan sejak tengahari? Habis, petang tadi??” soal Raqeem bertalu-talu. Fateha terkujat sedikit.

   “ Petang tadi, Teha penat. Teha tertidur. Teha bangun masak dekat dengan waktu maghrib, tunggu awak. Tapi, awak tak balik-balik.” Fateha menjawab lagi pertanyaan suaminya. Nadanya kedengaran takut-takut. Yelah.. ini kali pertama mungkin Raqeem berwajah serius. Raqeem mengeluh lebih kuat.

   Can you please stop thinking about me? Just one second, please thinking about yourself too, Mariyah Fateha.” Raqeem geram dengan sikap Fateha. Fateha mendongak pandang. Wajah putihnya memerah tiba-tiba. Nak kata malu, tak ada apa sebab yang nak dimalukan. Sah, Fateha sedang membendung tangis.

   “ Teha..” Raqeem mula serba-salah melihat wajah itu. Tangannya menggagau mencari tangan si isteri. Sejuk. Kali ini, nafas kesal dihela. Wajah Fateha yang menunduk diangkat dengan hujung jarinya. Dia tahu Fateha bersedih.

   “ Hei, look at me. Okey, sorry..” ucap Raqeem tulus. Pipi Fateha diusap-usap penuh kasih.

   “ Saya cuma bimbangkan awak. Lepas ni, kalau saya lambat.. jangan tunggu saya. Awak makan dulu..” Sambung Raqeem lagi. Namun, Fateha masih senyap kaku. Hanya jemarinya bermain sesama sendiri.

   “ Teha, awak dengar tak saya cakap ni?” soal Raqeem lagi. Kali ini, lebih lembut dan seakan merayu saja nadanya. Fateha panggung kepala sebelum dia angguk kecil.

   “ Dengar..” sahut Fateha persis kanak-kanak. Raqeem senyum. Comel.. detik hatinya. Rambut si isteri diusap-usap. Sekilas, ciuman dilabuhkan di situ.

   That’s my girl, Mariyah Fateha. Okey, come.. kita pergi makan. Saya pun dah lapar ni. Teha, sorry ye sebab tak pick up awak call tadi. Saya busy. Lepas ni, I’ll make it sure yang saya takkan pernah ulang benda sama macam tu lagi..” ujar Raqeem bersemangat. Fateha senyum nipis.

   “ Tak apa.. saya pergi panaskan lauk kejap.”

   “ Eh-eh, tak payah. Awak, duduk sini. Biar saya yang panaskan.” Raqeem menghalang. Fateha buat muka.

   “ Awak kan baru sampai? Mandi pun belum..” protes Fateha sedikit. Raqeem jungkit bahu lalu menapak ke ruangan dapur. Tidak dihiraukan bebelan si isteri. Fateha mengeluh. Degilnya dia..

  Sepuluh minit berlalu, Fateha mula menjenguk ruangan dapur. Takkan panaskan lauk pun ambil masa kot? Detik hatinya aneh. Dia mula menapak ke arah dapur. Mengintai susuk tubuh si suami. Buat seketika, tawanya bagaikan hendak terburai saat itu juga.

   Dari sudut belakang, dia dapat melihat dengan jelas susuk tubuh Raqeem yang sekejap tergelek ke kiri, sekejap ke kanan. Dah tu pulak, siap tangan diletakkan ke dahi lagi. Macam orang berhadapan dengan masalah besar saja. Fateha semakin mendekat.

   “ Awak buat apa tu?” soal Fateha. Raqeem tersentak. Pantas dia menyorokkan sesuatu di belakang badannya. Dia tersengih-sengih memandang Fateha.

   “ Tu.. sorok apa?” Fateha menyoal. Walhal, dia sudah nampak segalanya. Alahai.. comelnya Raqeem pada pandangannya.

   “ Err.. tak.. tak ada apa-apa..” Raqeem seboleh daya hendak berhelah. Malu kot andai Fateha tahu apa yang dia sorokkan ini.

   Ye ke? Tipu.. bak sini nak tengok. Macam kreatif aje..” usik Fateha lalu ketawanya pecah. Raqeem terpinga-pinga. Dalam itu, kesempatan diambil Fateha. Terus dia menggapai pinggan di belakang badan Raqeem.

   “ Teha, janganlah tengok..” Raqeem sudah merengek kecil. Fateha yang baru hendak berhenti ketawa langsung ketawa berdekah-dekah. Hilang sudah rasa sakit yang singgah diganti dengan rasa geli hati melihat apa yang terhidang di hadapan mata kini. Raqeem tarik muka.

   “ Hah.. gelaklah puas-puas. Dah.. tak nak makan, tak ada selera.” Raqeem merajuk. Saja hendak menduga Fateha. Fateha senyum herot.

   “ Kreatifnya encik arkitek kita potong buah..” Fateha mengusik sebelum buah epal yang dipotong sedikit pelik itu diangkat. Raqeem ketap gigi. Geram.

   “ Teha, saya kreatif untuk pelan bangunan aje. Bukan kreatif ptoong buah. Tu dua skop yang berbeza tau..” balas Raqeem sedikit merungut dengan usikan Fateha. Rasa malu usah dikatalah.

   “ Amboi.. marah nampak.” Fateha masih mengusik lagi.

   “ Tak marah, merajuk aje.” Si Raqeem turut membalas. Saat itu, Fateha terus kunci mulut. Melihat wajah masam si suami, dia rasa bersalah pula. Bagaikan dia sudah memperlekehkan kemampuan si suami sedangkan niat si suami cumalah hendak membantu. Lagipun, bentuk apa sekalipun buah itu, tetap masuk dalam perut juga kan?

   “ Awak..” Fateha memegang lembut lengan si suami. Raqeem bawa diri. Duduk dilabuhkan di kerusi. Fateha membontoti dengan resah di hati.

   “ Betul ke awak merajuk?” soal Fateha lurus. Soalan Fateha mncuit hati Raqeem. Namun, Raqeem sengaja hendak mengenakan kembali si isteri.

   “ Ada ke orang merajuk main-main?” soal Raqeem balik. Suara dan nada yang langsung tak ada perasaan. Fateha gigit bibir.

   “ Tapi, awak lelaki. Lelaki tak mera..”

  “ Siapa cakap, lelaki tak boleh merajuk?” Pintas Raqeem cepat. Fateha tergamam. Dia mula rasa berdosa. Baru Fateha nak melangkah dekat, tiba-tiba tawa Raqeem meletus kuat. Fateha terkebil-kebil.

   “ Tahu cuak..” gertak si suami. Dan saat ini, tahulah Fateha dia dikenakan hidup-hidup oleh Ahmad Raqeem Darwish. Geramnya… desis hati Fateha. Sesaat, dia juga ikut ketawa memikirkan kembali bentuk potongan buah yang begitu unik tadi. Hailah.. Encik Arkitek tersayang ni..

*********************

Raqeem menyudahkan kerjanya. Begitulah rutinnya sebagai seorang arkitek. Sering saja berjaga malam untuk menyiapkan tugasan yang belum selesai. Penat duduk, Raqeem membawa tubuhnya ke sofa yang memang diletakkan di bilik kerjanya itu. Baru dia nak lelapkan mata, terdengar pintu dibuka seseorang. Siapa lagi kalau bukan si isteri..

   Raqeem membuka seketika matanya. Senyuman dihulurkan buat Fateha sebelum mata kembali dipejam dengan tangan yang diletakkan ke dahi.

   “ Penat?” soal Fateha prihatin. Raqeem membuka matanya seketika lalu anggukan kecil menjawab pertanyaan Fateha.

   “ Nak Teha urutkan?” soal Fateha lagi. Seakan berbisik nadanya. Spontan, kedua-dua mata Raqeem terbuka luas. Hmm.. tawaran yang menarik.

   “ Boleh ke? Esok Teha tak ada kuliah ke? Bukan ke esok hari selasa? Kuliah Teha selasa dengan khamis kan?” soal Raqeem bertalu-talu.

   “ Kuliah Teha batal esok. Jadi, Teha tak ada kuliah. Awak nak Teha urut dekat mana? Bahu?” soal Fateha lagi. Raqeem angguk.

   “Kalau boleh. Tapi, wait. Rasanya dekat bilik lagi selesa. Kejap, saya pergi off laptop dulu.” Raqeem bangun pantas. Fateha hanya akur.

   “ Okey, done. Jom..” Terus tangan si isteri dipimpin.

  Raqeem merenung si isteri yang sudah terlentok manja di sisinya. Mungkin penat mengurut dia agaknya sampaikan begitu lena si isteri beradu. Bibirnya spontan melorek senyum. Pantas, Raqeem betulkan posisi isterinya agar lebih selesa. Kepala Fateha diangkat sebelum diletakkan ke atas bantal dengan penuh berhati-hati. Rambut yang menutupi sebahagian wajah itu dikuak lalu diselit di celah telinga.

   “ Teha sangat cantik..” puji Raqeem dalam sedarnya. Tangannya mengelus-elus pipi gebu Fateha. Lama mereka begitu sebelum Raqeem mula bangkit. Lampu di sisi katil dimalapkan lalu dia turut mengambil tempat di sisi isterinya.
  
   “ Saya yakin, hati saya dah sedikit sebanyak tertulis nama awak. Awak cuma perlu bersabar agar saya benar-benar yakin, Teha. Saya.. sayang awak..” bisik Raqeem. Pipi Fateha dikucup lama. Sejenak, dia juga turut lena diulit mimpi.

   Fateha yang sudah terjaga, tersenyum nipis. Wajah suami dengan mata terpejam ditatap lama. Pipi Raqeem dipegang lembut. Dalam menentang anak mata itu, ada anganan yang disalur pergi. Awak.. please, love me back. I need you as my truly husband.

   Kali ini, Fateha pula yang mengalun harapan.  Semoga cinta Raqeem tetap buat dia.. 

12 comments: