PeNgiKuT sEtiA..

Monday, August 5, 2013

Please, Love Me Back (End)


Raqeem menayang sengihannya tatkala potret Fateha yang elok terletak pada bingkai gambar itu menyapa ruangan mata. Diusap-usap penuh kasih potret itu dengan rasa rindu yang membuak-buak. Sudah dua hari dia dan si isteri berjauhan dan kini dia yakin, dia benar-benar rindukan bidadari yang bernama Mariyah Fateha.

   Tidur Raqeem benar-benar tidak lena semenjak dia ditugaskan ke luar Negara atas urusan kerja. Bumi Australia menjadi saksi kerinduan yang menggebu di sanubarinya.

    Kerap kali dia terjaga pada waktu malam sehinggalah dia membuat keputusan untuk bangkit dan membuat solat isthikarah. Meminta petunjuk dari yang Maha Esa. Benarkah hatinya sudah kekal memahat nama Mariyah Fateha? Dan kini dia yakin, memang nama itu yang dia dambakan. Memang raut itu yang dia gila bayang. Memang hangat tubuh itu yang dia kangan untuk didakap erat. Hanya nama itu, hanya empunya tubuh itu. Isterinya, Mariyah Fateha.

   Teha.. saya rasa saya dah cintakan awak. Malah, sangat-sangat cintakan awak. Detik hati Raqeem sarat dengan bebunga kasih yang bertaburan membanjiri sudut hatinya.

Fateha tersentak. Jantungnya berdetak deras. Dia melilau ke sekeliling. Bagaikan ada suara yang menyeru namanya. Namun, kosong. Seketika, Fateha meraup wajahnya berkali-kali. Ah, dia sakit rindu ni. Hinggakan terbawa-bawa suara garau milik Raqeem menyeru namanya. Mana mungkin si suami sudi untuk merindui dirinya. Kalaupun logik, tapi dia yakin bukan waktu dan detik ini kerana tiada cinta di hati si suami. Ah Fateha, benar-benar yakinkah engkau? Suara hati membisik lembut.

    Rasa kantuknya sudah bertebaran pergi. Dia menguap untuk kesekian kali sebelum tangan mula mencapai tuala berdekatan. Baik dia mandi. Sekejap lagi dah nak subuh. Fikir Fateha. Rambutnya dikusut-kusutkan dengan jemari lalu langkah diatur ke kamar mandi.

   Keluar saja dari kamar mandi, telefon bimbitnya berdering nyaring. Dahi Fateha berkerut seribu satu. Siapa yang telefon pagi-pagi buta ni? Aneh..

    Dijengah nama yang tertera, dan kali ini semakin bertambah kerutan di dahi licinnya. Hubby? Raqeem? Eh, biar betul ni. Fateha jentik jarinya sendiri. Auchh.. sakit. Maknanya dia tidak bermimpi. Baru saja dia nak tekan button berwarna hijau itu, nada yang tadi galak langsung sepi. Tahulah Fateha dia telah mengambil masa yang lama. Puas ditunggu panggilan kedua, namun hampa. Akhirnya Fateha membawa diri ke tikar sembahyang. Azan pun dah berkumandang.

********************

Fateha melilaukan pandangan ke sekeliling. Ruangan ketibaan KLIA itu penuh dengan orang ramai. Dia menyelit untuk mara ke hadapan, mencari kelibat si Raqeem. Entah apa mimpi si suami menyuruh dia juga ikut sama dengan Zidan untuk menjemput. Zidan, teman baik merangkap salah seorang pekerja di Delima Architects. Perusahaan yang diusahakan oleh arwah moyang Raqeem.

   “ Teha.. tu Aqeem..” tuding Zidan pada susuk tubuh yang jelas sedang menapak ke arah mereka dengan langkah segak. Fateha menoleh ke depan. Dan sekelip mata, dia rasa hendak pitam. Dia.. sedang berada dalam pelukan Raqeem? Ah, gilalah! Terkebil-kebil mata Fateha memandang wajah tampan itu. Raqeem tersenyum kacak. Tubuh Fateha ditarik ke sisi sebelum bahu itu dipeluk erat. 

   Thanks bro sudi jemput Teha dulu. Haa.. ada kau usik tak bini aku ni sepanjang nak datang sini?” sakat Raqeem seraya menumbuk mesra bahu si teman. Zidan tergelak kecil lalu dengan selamba dia mengangguk. Langsung membuntang biji mata Raqeem. Tajam renungannya. Ada??

   Wowowo.. aku gurau aje, bro. Takkanlah aku nak sapu bini kawan aku pulak. Tak percaya, tanya Teha. Kan Teha kan?” Zidan menyerah kalah. Mahu tidak, pandangan Raqeem menggerunkan. Kang tidak pasal-pasal ada yang balik jalan guna tangan. Raqeem ni bukan boleh dijangka hatinya. Bisik Zidan lagi. Fateha terpinga-pinga.

   “ Aaa.. apa?” Fateha tidak dapat tangkap makna kata-kata Zidan. Zidan tepuk dahi. Aduhai..

   “ Berangan?” sela Raqeem lagi. Dia tersenyum. Fateha menggeleng beria-ia.

   “ Mana ada, awak.” Terus Raqeem cuit hujung hidung Fateha. Comelnya dia..

   “ Bini kau ni kalau kau nak tahu.. sejak dalam kereta lagi berangan. Mesti dalam otak dia tengah rangka-rangka nak buat apa waktu nampak kau dekat sini agaknya..” Zidan mengusik pantas. Memerah wajah Fateha dibuatnya. Seketika, Zidan dapat rasakan pandangan milik Raqeem mengarah padanya. Dia jungkit kening.

   “ Apa?” soal Zidan sepatah. Raqeem kecilkan biji matanya. Fateha ikut pandang. Eh, encik arkitek ni kenapa eh?

   “ Kau..” Meleret-leret suara Raqeem. Zidan mula buat muka. Bukan dia tak tahu Raqeem sedang memprovoknya.

   “ Aqeem, kau dah kenapa?” Zidan menyoal.

   “ Kau.. kau tenung bini aku eh? Cungkil biji mata tu karang..” Dan terus bergabung tawa kedua sahabat itu. Senget punya Raqeem. Tengok pun tak boleh ke? Aduhai..

   “ Malanglah awak, Teha. Dapat suami jenis protective macam ni. Tengok pun tak boleh.. cuit lagilah tak boleh gamaknya. Kalau cuit jugak, mahu nanti orang tu patah sebatang dua gigi.” Fateha tergelak mendengar omongan Zidan. Raqeem menoleh. Wajah yang jelas sedang ketawa itu menggetarkan sukmanya. Dia telan liur. Tanpa sedar, Zidan turut memerhatikannya.

   “ Hailah.. ada orang dah tak sabar nampak. Meh ler kita gerak ye Teha. Aqeem, balik nanti sambung..” tegur Zidan. Fateha terpinga-pinga lalu menoleh ke arah si suami yang enak membelit bahunya kemas. Raqeem pula spontan buang pandang ke arah lain. Mangkuk punya Zidan, kantoikan aku. Choi..

   “ Rindu saya tak?” soal Raqeem bila Zidan sudah jauh ke hadapan. Fateha terkesima. Soalan apakah? Betul ke si tukang tanya ni Ahmad Raqeem Darwish?

   “ Hah?” Fateha buat-buat tak dengar. Manalah tahu dia memang betul-betul salah dengar ke tadi. Malu tak bersebab. Pipi tersua-sua. Dari bahu, tangan dijatuhkan memeluk pinggang si isteri. Mengeras tubuh Fateha seketika.

   “ Saya tanya rindu saya tak?”soal Raqeem mengulang. Fateha tayang muka pelik. Lambat-lambat dia angguk.

   “ Angguk tu maksudnya tak jelaslah. Jadi, untuk pastikan awak dengar soalan saya. Saya nak dengar awak jawab. Guna suara, bukan bahasa isyarat. Saya tak ambil kelas untuk orang-orang bisulah.” Tegas Raqeem bersama sengihan di bibir.

   “ Err.. rindu..” Perlahan suara Fateha. Bagaikan membisik. Raqeem senyum segaris. Dia dekatkan bibirnya pada telinga Fateha.

   “ Saya pun rindukan awak..” Dan saat ini, kepala Fateha terdongak tepat pada wajah si suami. Dia langsung tak percaya. Tapi, itulah yang Raqeem sebut tadi.

    “ Ya.. saya rindu. Rindu sangat..” Ulang Raqeem meyakinkan. Serta-merta melebar senyuman Fateha. Ya Allah, dia benar-benar terbuai dengan ungkapan itu. Sangat!

*************************

Fateha menepuk-nepuk bantalnya sebelum tubuh direbahkan di atas katil bersaiz King itu. Spontan kenangan malam semalam terimbau di ruangan mata. Dia dan Raqeem.. dah pun menjadi pasangan suami isteri dalam erti kata yang sebenar. Tugas sebagi seorang isteri telah pun terlunas.

   Walaupun tiada kata-kata cinta dari bibir lelaki itu, tapi dia bersyukur kerana Raqeem sudi menyentuhnya. Jauh di sudut hati, dia tahu Raqeem sudah dapat menerimanya sedikit.

   Terima kasih awak untuk kenangan yang terindah semalam.. bisik hati Fateha sebelum dia membetul-betulkan selimut di tubuhnya. Sejenak, tangannya terhenti pada perut kempisnya. Fateha terdiam seketika sebelum bibirnya mengoyak senyuman bahagia. Perutnya diusap-usap kasih. Tak mustahil di sini bakal ada nyawa yang menumpang. Desis hati Fateha.

   “ Dah tak sabar ke?” soal satu suara yang tiba-tiba menyapa. Fateha menoleh. Susuk tubuh si suami jelas di pandangan mata. Fateha bangkit. Raqeem sudah tersenyum lalu menapak kea rah si isteri. Dia tahu apa yang bermain di benak Fateha. Dia pun sudah bersedia ke arah itu. Punya anak dengan Fateha memang membahagiakan dan melengkapkan dia. Cuma, hingga ke saat ini dia masih tidak berterus-terang soal perasaan. Kenapa? Dia punya alasan tersendiri. Hanya sedikit masa lagi, sayang.. detik hati Raqeem bersulam indah.

   “ Awak..” Gemersik suara Fateha. Raqeem sengih. Dia ambil tempat di sisi Fateha. Matanya tunak jatuh pada wajah manis itu sebelum melurut pada perut si isteri. Perlahan-lahan tangan naik menyentuh bahagian itu. Fateha bergerak tidak selesa. Namun, bila tangan Raqeem sudah menangkap jemarinya, dia kaku. Sebelah lagi tangan lelaki itu setia mengusap perutnya.

   “ Kat sini..” ujar Raqeem lalu dia pandang wajah Fateha dalam-dalam. Fateha gementar.

   “ Err..”

   Shh.. jangan cakap apa-apa. Sebab saya cuma nak awak dengar apa yang saya nak cakap ni..” Raqeem memintas laju. Kelu bibir Fateha.

   “ Kat sini.. InsyaAllah akan ada nyawa yang menumpang. Dan waktu tu, sayalah orang paling bahagia..” ucap Raqeem manyambung bicaranya yang terputus. Dia berkias. Sekilas, Raqeem tunduk mencium dahi Fateha. Pegun Fateha di tempatnya sehinggalah dia tersedar tatkala Raqeem sudah pun meninggalkan ruangan bilik mereka. Pasti suaminya ada kerja yang nak dilunasi. Jadi, buat apa masuk ke bilik tadi? Hati Fateha menyoal. Buntu dengan tingkah Raqeem.

*******************

Hati Fateha rasa tidak sedap. Entah kenapa, duduknya serba tidak kena. Dia jadi canggung dengan sendiri. Mendapat panggilan daripada si suami agar dia ke Delima Architects memanglah suatu yang mengujakan. Namun, langkahnya bagaikan pincang. Bagaikan tergam kemas pada lantai rumah. Menghalang terus dia untuk ke sana. Ah, kenapa dengan aku ni? Detik hati Fateha.

   Seketika, bunyi mesej masuk membuatkan Fateha tersentak.

  Teha, jangan tak datang. Hari ni hari penting buat kita. Pakai cantik-cantik.- RAQEEM

  Mesej daripada Raqeem. Fateha pegang dahi. Dibuang jauh-jauh rasa tidak enak yang membelit tangkai hatinya.  Apa yang penting sangat ni?

   Kalau tak datang?- FATEHA

  Tanpa sedar, tangan Fateha sudah laju membalas. Eh? Dia terkejut.

   Kalau tak datang, saya akan fikir Teha tak anggap saya penting dalam hidup Teha. - RAQEEM

   Okey, ayat mengugut. Fateha mengeluh seketika. Tanpa kata, dia bangkit sebelum menuju ke tingkat atas. Bersiap.

******************

Raqeem spontan berdiri tegak. Susuk tubuh di hadapannya dipandang dengan rasa tidak percaya. Subhanallah.. dia meraup wajah berkali-kali. Dia baru saja teruja untuk membuka pintu pejabatnya. Namun, wajah yang menyapa langsung membantut senyumannya. Fikirnya Fateha sudah sampai tadi. Dia pejam mata sekali. Berharap semuanya mimpi. Dan malang pabila susuk tubuh itu tetap ada di depan mata. Nadra??

   “ Nad.. Nadra?” soal Raqeem putus-putus. Sekelip mata, tubuhnya sudah dipeluk si gadis. Raqeem tergamam.

   “ Kenapa abang buat Nad macam ni? Kenapa, abang? Kenapa tak tunggu Nad?” soal si gadis sudah mula mengongoi. Mendengarkan suara itu, Raqeem cepat-cepat tersedar. Dia menolak tubuh itu menjauh.

   “ Nad..” Raqeem bagaikan memujuk. Dia hilang punca. Ah, dia nak buat apa ni?

   “ Kenapa abang kahwin dengan dia? Nad pergi belajar, abang. Dulu abang cakap abang akan tunggu, Nad. Kenapa abang buat macam ni?” Si gadis sudah memukul-mukul bahu Raqeem. Raqeem tahan sakit. Dia tahu gadis itu terluka. Namun, dia tidak boleh berbuat apa. Ya, menunggu Nadra bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Dua tahun Nadra melanjutkan pelajaran dan dua tahun itu jugalah dia terkontang-kanting sendirian tanpa khabar si gadis.

   Dia penat menjadi penunggu setia. Memang, Nadra memang cinta pertamanya. Tapi, tempoh menunggu itu satu tempoh yang maha perit buatnya. Dia setia menjadi penunggu. Bukan setahun, bukan dua tahun.. malah bertahun-tahun. Semenjak mereka berdua sama-sama melanjutkan pelajaran ke universiti. Dan rasa itu menjadi semakin perit semenjak Nadra menyambung Phd di luar Negara, membiarkan dia kesunyian.

   Nadra tidak pernah memberi kata putus. Hanya membiarkan dia berangan kosong. Kini.. gadis itu.. ah, dia tak faham! Apa mahumu, Nadra??

   “ Nadra.. listen here..” Raqeem menangkap pergelangan tangan kecil itu.

   “ Nad ingat abang tunggu Nad. Nad dah cakap Nad akan bagi kata putus. Abang tipu Nad!!” jerit Nadra emosi. Nadra masih di luar kawalan. Terus dia meronta-ronta. Tahulah Raqeem dia perlu menenangkan Nadra. Pantas tubuh itu ditarik rapat lalu dipeluk kejap. Masih terdengar tangisan Nadra di sebalik dada bidangnya.

   Dan tanpa disedari Raqeem, ada mata yang memandang. Ada mata yang menangis melihat dua perlakuan itu. Ya Tuhan.. remuknya hati insan itu. Fateha menangis di balik pintu. Dia sudah punya jawapan. Patutlah langkah kakinya bagaikan pincang, rupa-rupanya ini sajian yang menjadi balasan. Fateha sendu.

   “ Nad, abang minta maaf. Abang minta maaf, sayang..” rintih Raqeem pilu. Hilang sudah bayangan Fateha. Sekali lagi, Fateha ingin tumbang ke bumi. Pedihnya jiwa Teha, awak..

   “ Nad benci abang..” ngongoi Nadra lagi. Raqeem pejam mata. Tuhan, beri aku kekuatan. Pinta nalurinya penuh harapan. Dia merenggangkan pelukan. Wajah Nadra ditatap. Disapu bersih pipi itu. Namun, masih ada mutiara yang mengotori wajah mulus yang pernah bertamu di hatinya.

   “ Abang sayang Nad..” Ya, walaupun dia menjadi penunggu setia tanpa jawapan, dia tak pernah bencikan Nadra. Malah, sayangnya pada gadis yang muda dua tahun dari usianya masih berbekas.

   “ Abang tipu. Kalau abang sayang, abang akan tunggu Nad bagi jawapan. Nad dah ada jawapan, abang. Nad cin.. cintakan abang!” Dum! Bagaikan halilintar membelah bumi, Fateha rasakan kepalanya berdengung. Ya Allah, adakah aku telah memisahkan dua insan? Fateha ingin berlalu, tapi kakinya berat. Dia bagaikan teruja hendak menunggu balasan si suami atas kata cinta gadis manis itu. Andai jawapannya bisa meremukkan hati, dia pasrah kerana.. ungkapan Please, Love Me Back tak pernah singgah di hati Raqeem. Mungkin tak pernah langsung menyentuh di sudut hati Raqeem. Lirihnya Fateha.

   Raqeem pejam mata. Terlambatkah ungkapan itu atau dia bisa membalasnya kembali? Bisik hati Raqeem walang. Seketika, dia menggeleng. Tak.. aku tak boleh menipu pada hati aku. Memang dia yang aku nak. Hanya dia!

   “ Nadra..” Lembut suara yang menyeru semakin mencincang lumat hati Fateha. Fateha genggam tangannya sendiri. Kuatlah, Fateha.. kau pasti boleh harungi semua ni. Suara hati memujuk jiwa yang luka parah.

   “ Abang minta maaf.”

   “ Nad tak nak maafkan abang selagi abang masih milik dia. Abang, Nad dah ada jawapan. Dan Nad nak abang masih cintakan Nad macam dulu. Abang cintakan Nad kan?” Diselangi esak kecil, Nadra menyoal. Raqeem pejam mata lama. Ada cecair jernih mengalir lewat mata itu. Maafkan saya, awak.. dia tujukan kata-kata itu buat Fateha.

   Fateha tahu susuk tubuh itu dilema. Dengan penuh kerelaan, dia ikhlaskan hatinya. Walau apa sekalipun keputusan awak, saya maafkan sebab saya betul-betul tak mampu nak bencikan awak. Seperti mendengar bisik hati Raqeem, Fateha membalas. Dia mula berpaling mahu pergi. Namun, langkahnya pegun di situ bila mana Raqeem mula berkata sesuatu yang meluluhkan hatinya.

   “ Ya, abang cintakan Nad..” Terus longlai tubuh Fateha. Dia berpaut pada dinding pejabat si suami. Mata-mata pekerja Delima Architects sudah tidak dihiraukan. Tangan naik memegang dadanya yang sempit.

   Ya Allah, berdosanya aku. Memisahkan dua jiwa. Teha minta maaf, awak. Teha betul-betul minta maaf. Teha akan pergi. Bisik Fateha sekali bersama renungan hiba akan panorama indah itu. Seketika, dia terus menghayun langkah. Pergi tanpa niat untuk berpaling. Namun, siapalah dia hendak menduga. Kepala yang pusing membantutkan niat. Mematikan keinginan. Sekelip mata..

   “ Teha!!” jerit satu suara. Fateha tersenyum hambar sebelum matanya mula terkatup rapat. Dunianya gelap semata. Dia berharap suara itu milik Raqeem. Namun, hampa. Dia tahu suara itu milik Zidan. Ya, dan dia hanyalah bermimpi di siang hari. Maafkan Teha, awak.

******************

“ Woi Aqeem!!” Zidan sudah merempuh pintu bilik Raqeem. Matanya hampir tersembul melihat dua susuk yang sedang berpelukan itu. Astaghfirullahalazim.. detik hatinya. Yakinlah dia Fateha sudah melihat segalanya. Kesian, Fateha. Zidan bersimpati. Dalam masa yang sama, hati Zidan turut rapuh tak terkira melihat adegan mesra itu.

   “ Apa hal, bro?” Raqeem buru-buru melepaskan pelukan kejap itu. Nadra nampaknya sudah tenang. Alhamdulillah.. hati Raqeem berbisik perlahan.

   “ Bi.. bini kau!” Kembali cemas suara Zidan membuatkan hati Raqeem beralun kencang. Bini? Ya Allah.. dia terlupa akan Fateha. Sudah tibakah si isteri??

   “ Teha dah sampai?” soal Raqeem dengan senyuman ceria. Melihat mimik muka Zidan yang cemas, senyumannya mati. Ada apa sebenarnya?

   “ Teha.. dah lama sampai. Dia.. dia pengsan!” jelas Zidan sekali lagi. Nadra sudah terjojol biji mata.

   What??” terjerit kuat suara Raqeem sebelum pintu dirempuh kuat. Dia meluru hendak mendapatkan tubuh si isteri. Sebaik saja tubuh yang dikerumuni ramai itu menjengah, dia meminta laluan.

   All of you, please move on..” ucap Raqeem kalut. Tak sampai seminit, dia sudah mencempung tubuh kecil itu. Riaknya cemas. Mahu tidak, isteri tersayang pengsan. Memanglah dia risau.

   “ Zidan.. tolong aku. Ambil kunci kereta aku. Aku tunggu kat bawah..” Kalut Raqeem berlari anak. Zidan hanya angguk saja. Suasana kalut.

***********************

Fateha membuka matanya perlahan-lahan. Suasana sekeliling membuatkan dahi Fateha berkerut. Dia bangkit. Matanya masih lagi kabur. Seketika dia terasa dahinya disapa sesuatu. Hangat dan selesa. Dia menoleh. Terjegil biji matanya saat ini. Wajah tampan Raqeem yang tersenyum.

   “ Awak..” Bergetar suara Fateha. Tahulah dia Raqeem yang mencium dahinya tadi.

   “ Ya, saya. Teha dah okey?” soal Raqeem lalu mengelus-elus lembut tangan si isteri. Fateha menolak. Raqeem simpan senyum. Dia tahu Fateha merajuk dan jauh hati. Dari apa yang Zidan cerita, dia yakin Fateha dengar apa yang berlaku antara dia dan Nadra. Tapi, tak semuanya! Ya, dia yakin itu kerana jika Fateha dengar semuanya.. Fateha takkan lari.

    “ Teha tak sakit..” sahut suara itu jelas menjauh. Raqeem senyum lalu tanpa kata dia keluar dari kamar itu. Fateha terkedu. Lelaki itu tampak selamba. Ah, dia memang tak cintakan kau.. Fateha. Sedarlah. Baru Fateha nak hamburkan tangisan, pintu terkuak kembali. Muncul wajah seseorang yang menuntut hati Fateha agar terus bersabar. Nadra!

   “ Teha, kenalkan.. ni..”

   “ Nadra..” Nadra sendiri yang memperkenalkan diri.  Fateha angguk tanda perkenalan.

   “ Saya Fateha. Panggil Teha aje.” Perlahan tutur kata itu kedengaran. Fateha menunduk.

   “ Saya minta maaf..” Kata-kata itu bisa membawa Fateha kembali mendongak. Dahinya berlapis.

   “ Apa maksud awak?”

   “ Untuk apa yang awak dengar tadi. Abang, boleh abang tinggalkan kami sebentar?” soal Nadra. Raqeem angguk lalu dia menapak keluar dengan senang hati. Dia tahu Nadra akan memperjelaskan segalanya.

   “ Boleh saya duduk?” soal Nadra teragak-agak. Fateha angguk.

   “ Dia.. cintakan awak.” Tenang suara Nadra menyebut kalimah itu. Sebagai wakil diri.. Raqeem??

   “ Apa? Saya tak faham..” Fateha nampak kurang yakin dengan kata-kata Nadra. Dia bingung.

   “ Raqeem cintakan awak..” ulang Nadra kali ini. Fateha tergelak nipis. Kepalanya menggeleng-geleng. Air mata mengalir lesu. Tangan Nadra dicapai.

   “ Tak mungkin, Nadra. Saya dengar dia cakap dia cintakan awak. Nadra.. saya pasrah andai saya terpaksa lepaskan dia untuk awak.” Nadra pula yang menggeleng. Pegangan pada tangannya dibalas.

   “ Ya, awak memang dengar. Tapi, tak semua.” Tekan Nadra bersungguh. Fateha terkelu. Tak semua? Habis.. nak biarkan dia menangis air mata darah di situ? Dia tak sanggup nak tadah telingannya mendengar suami sendiri mengungkapkan kata cinta untuk wanita lain. Ah, dia tak sanggup dan takkan pernah sanggup.

   “ Saya dengar, Nadra. Saya dengar..” Esak tangis Fateha sudah mula kuat kedengaran.

   “ Sayang.. kenapa ni??” Raqeem mula terjongol tiba-tiba. Fateha menoleh. Nadra jegilkan biji mata.

   “ Kenapa masuk balik?” soal Nadra geram. Raqeem terkulat-kulat.

   “ Abang dengar dia nangis.. abang masuklah. Err.. abang rasa biar abang yang jelaskan. Nad pergi luar temankan Zidan. Kesian dia..” ujar Raqeem. Nadra mengeluh. Namun, mendengarkan nama Zidan Akil.. dia melorek senyuman dalam hati.

   “ Hish.. risau sangat. Nad tak buli bini abanglah..” sela Nadra lalu melangkah pergi. Raqeem senyum herot. Dia mendekat pada isteri.

   “ Isteri saya menangis?” soal Raqeem persis memujuk. Fateha sapu air matanya.

   “ Teha tak nangis. Mata masuk habuk.” Raqeem tergelak. Fateha geram.

   “ Kenapa gelak?” soal Fateha tanpa dipinta.

   “ Sebab alasan Teha lapuklah, sayang. Kalau ye nak menipu, cakaplah alasan lain yang lebih logik.”

   “ Teha tak ada masa nak menipu. Awak yang menipu..” Perlahan ayat belakang itu kedengaran.

   “ Apa yang saya tipu?”

   “ Awka cintakan orang lain!” Tekan Fateha. Raqeem nampak tenang.

   Ye ke? Dan kalau ye, kenapa? Saya pun tak pernah cakap yang saya cintakan awak..” Raqeem sengaja. Fateha terkesima. Luluhnya hati.. dia berpaling. Tak sanggup hendak menatap wajah itu lebih lama. Nescaya dia juga yang merana.

   “ Awak keluarlah..” Lembut suara Fateha. Sesaat, dia sudah menangkap pintu terkuak sebelum ditutup kembali. Ah, dia benar-benar keluar. Hati Fateha kecewa. Air mata menderu-deru laju. Dia masih tidak berpaling. Biarlah dia merawat sendiri lukanya.

   “ Tapi, saya tak tipu kalau saya cakap saya cintakan awak..” Fateha terpempan. Satu ciuman yang melekap di pipinya bersama ayat itu melumpuhkan dirinya. Eh, bukan ke dah keluar? Tiba-tiba dia dapat rasa bahunya ditarik. Ni mesti kes buat-buat buka pintu, lepas tu tutup balik. Hailah..

   “ Pandang saya sekejap..” pinta Raqeem perlahan. Fateha mengeraskan badan. Raqeem mengeluh. Akhirnya dia yang bertukar posisi. Bergerak menuju ke arah Fateha. Fateha ingin berkalih lagi. Namun, pautan tangan pada lengan halusnya yang menghalang. Raqeem senyum. Air mata di pipi Fateha disapu.

   “ Menangis kan?” usik Raqeem. Tika ini, Fateha malas hendak berdalih. Dia angguk kecil saja. Persis kanak-kanak.

   “ Kenapa?” soal Raqeem. Fateha pandang lama wajahnya.

   “ Sebab awak tak pernah balas permintaan saya..”

   “ Permintaan apa?” Raqeem bermain tarik tali.

   Please, love me back..” ucap Fateha perlahan. Sangat perlahan.

   So, yes. I do really love you. And you, please love me forever.” Pintas Raqeem laju sebelum bibir Fateha dikucup lama.  Terjegil biji mata Fateha. Ah, bermimpikah dia?

   “ A.. awak..” Fateha hilang butir bicara. Raqeem senyum nakal. Bibir yang basah itu sudah dijamah lama tadi. Tapi, rasanya bagaikan tidak puas. Cepat-cepat Raqeem ingatkan diri. Hei, sekarang bukan masa nak berasmara okey?? Kejap lagi lepas semua selesai, kau sambung balik. Satu suara membisik.

   “ Kenapa? Tak percaya? Nak saya ulang? Tapi, scene yang ‘tadi’ tu pun kena ulang jugaklah sebab pakej.” Raqeem tergelak. Fateha membisu. Mati kata!

   “ Saya tak percaya. Saya dengar..”

   “ Ya, Teha memang dengar. Tapi, tak semua. Teha tak dengar sampai habis apa saya cakap pada Nad.”

   “ Maksud awak?” Raqeem membetul-betulkan suaranya. Seketika, Fateha nampak Raqeem seakan-akan melakonkan kembali panorama tadi. Berkerut dahinya.

    “ Ya, abang cintakan Nad. Tapi, itu dulu. Sebelum abang kenal Mariyah Fateha. Sekarang, abang dah cintakan dia. Dan abang tahu Nad sebenarnya keliru. Cuba fikir hati Nad untuk siapa?”

   “ Abang cakap apa?” Tiba-tiba ada satu suara yang turut menghuni wad itu. Fateha berpaling. Nadra angkat jarinya pada bibir. Raqeem senyum. Tahu Nadra membantunya melakonkan kembali. Raqeem mara ke arah Nadra. Raqeem terdiam. Bagaikan mengingati kembali ayat yang dia lontarkan pada Nadra di Delima Architects.

   “ Hati Nad bukan untuk abang.”

   “ Nad.. Nad tak faham.” Nadra masih lagi berlakon. Siap dengan memek muka. Fateha bertambah-tambah bingung.

   “ Hati Nad untuk Zidan. Abang tahu itu. Zidan undur diri sebab dia tahu abang sukakan Nad. Dia tak nak persahabatan kami musnah. Dan abang tahu Nad juga sukakan Zidan. Tapi, sebab abang sering desak Nad.. Nad pun tak sanggup lukakan hati abang, bukan?”

   “ Nad.. abang.. Nad cintakan abang.”

   “ Tipu, Nad. Abang tahu semuanya.”

   “ Macam mana abang tahu? Nad tak pernah bagitahu sesiapa.”

   “ Melalui diari Nad. Abang terbaca sewaktu abang ke rumah mak long.”

   “ Awak.. Teha tak faham..” Fateha tiba-tiba mencelah. Terus terhenti lakonan mereka. Berdecit Raqeem dibuatnya.

   “ Hish.. Teha ni kacaulah orang tengah berlakon.” Raqeem marah-marah manja. Nadra gelak halus. Raqeem-Raqeem.. masih macam dulu. Suka menyakat..

   “ Teha.. Nad sebenarnya sepupu abang. Jadi, apa yang kami lakonkan tadi.. Nad harap Teha faham. Nad dah ada Zidan. Terima kasih pada suami Teha sebab sedarkan Nad. Nad keluar dulu. Rasanya dah cukup pertolongan Nad untuk jelaskan semula kan?” soal Nadra bersama senyuman. Seketika, tubuh itu menghilang lagi.

   “ Jadi, sayang dah faham?” soal Raqeem. Lama Fateha cuba mencerna. Akhirnya dia angguk. Namun, masih nampak ragu-ragu.

   “ Saya cintakan Teha. Ya, dulu cinta saya memang untuk Nad. Tapi, semenjak saya ke Australia hari tu, saya dah mula yakin Teha dah berjaya rampas hati yang dulunya milik Nadra.”

   “ Tapi, awak tak pernah cakap pun awak..”

   “ Sebab saya tunggu hari ini..” sela Raqeem menongkah ayat Fateha. Bibirnya tersenyum.

   “ Kenapa?”  Fateha ingin tahu.

   “ Sebab hari ni genap setahun usia perkahwinan kita. Dan saya nak luahkan cinta saya pada Teha pada hari ni supaya tarikh ni benar-benar penting buat kita. Di mana teha dah berjaya dapatkan cinta saya dan saya nak Teha tahu.. saya benar-benar maksudkannya,” jelas Raqeem penuh romantis. Fateha kelu. Dia rasakan bagai dia sedang bermimpi.

   Please, say something. Teha percayakan saya kan?” Raqeem sudah meraih dagu si isteri. Anak matanya menombak anak mata berwarna hitam milik Fateha.

   “ Teha tak percaya. Awak pergilah pada dia..” putus Fateha tiba-tiba. Raqeem mengeluh kecewa. Tapi, dia tahu di sebalik kata-kata itu bagaikan ada sesuatu. Raqeem sengih nakal namun tidak dibiarkan nampak pada pandangan mata Fateha.

   “ Kalau dah itu jawapan Fateha, saya pergi..” Raqeem sengaja hendak menduga. Fateha mula panas punggung.

   “ Awak!” panggil Fateha spontan. Raqeem terhenti. Dia sengih jahat lagi.

   Please, love me forever!!” Serentak kedua-duanya berkata. Sesaat, tawa mereka bergabung. Raqeem mendekat kembali dengan rasa berbunga.

   “ Jadi, awak percaya?” soal Raqeem. Fateha angguk. Senyum malu-malu. Raqeem tersengih. Ciuman dihadiahkan pada ubun si isteri. Tubuh Fateha tenggelam dalam dakapan Raqeem. Fateha bahagia. Sangat bahagia.

   “ Teha, boleh saya tanya sesuatu?” Tiba-tiba Raqeem menyoal.

   “ Apa?” soal Fateha kembali.

   “ Kenapa please, love me forever? Bukan please, love me back?” usik Raqeem nakal. Fateha tergelak kecil. Tangan sasa itu dicapai.

   “ Sebab Teha tahu cinta Teha dah berbalas..” balas Fateha malu-malu.

   “ Anda yakin?” usik Raqeem lagi. Dia angkat-angkat keningnya nakal.

   “ Sangat yakin!” Fateha gelak. Raqeem senyum herot.

   “ Amboi.. yakinnya dia. Tapi, memang wajar pun Teha yakin sebab lepas ni saya memang tak boleh tinggal Teha dah.”

   “ Kenapa?”

   “ Sebab saya nak bagi Teha baby kedua, ketiga, keempat, kelima..” Fateha terbuntang biji mata.

   “ Kejap-kejap.. Teha tak faham.” Fateha buat muka pelik. Terus dia halang Raqeem dari terus membilang.

   “ Awak mengandung, sayang. Dah dua minggu.” Sengih si suami. Fateha tampar kuat lengan si Raqeem. Hei, baru sekarang nak cakap? Hish encik arkitek ni. Bukannya nak share awal-awal. Fateha naik geram.

   “ Awak! Kenapa tak bagitahu awal-awal?” marah Fateha lagi. Dia jegilkan biji matanya. Comel!

   “ Dah Teha tak tanya. Sibuk nak jauh hati..” balas Raqeem selamba. Tubuh Fateha kembali dipeluk erat. Fateha senyum panjang.

   “ Terima kasih, awak.”

   “ Sama-sama kasih. Dan kasih awak saya terima. Tapi, dengan syarat.. jaga baby dan diri awak untuk saya. Selamanya, sebab saya nak hidup dengan awak hingga akhir nafas saya. So, boleh awak janji dengan saya?” ucap Raqeem romantis. Dia pandang penuh redup anak mata isterinya.

    Fateha senyum. Pipi si suami diusap manja. Dalam senyuman, dia angguk. Ya Tuhan, rasa bahagia ini terlalu indah. Terima kasih Ahmad Raqeem Darwish sebab sudi membalas balik permintaan saya. Please, love me back and forever until the end of my life.

~Tamat~

12 comments:

  1. Best cik hana .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anony.. :) jgnlah paggil cik.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. thanks baby.. selalu nampak baby komen.. :)

      Delete
  3. best!taniah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih anon.. hana hargai sebab sudi baca karya yg xseberapa ni.. :)

      Delete
  4. best ceritanya.. suka baca.. lebih2x lagi permulaan cerita ni..best!!

    ReplyDelete
  5. Bestnya nnti buat lgi tau cerpen yg sweet mcm ni heeeeeee

    ReplyDelete
  6. besttt lah kak hana.....five starrrr...buat lh lgi cerpen trbhruuu lgiii

    ReplyDelete