PeNgiKuT sEtiA..

Friday, July 5, 2013

Cinta Suci (Cerpen) Part 5

PART 5



Ainul melangkah keluar dari keretanya. Wajahnya berkerut-kerut menimbang keputusannya kali ini. Betul ke apa yang dia buat ni? Ainul spontan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia teragak-agak hendak melangkah masuk ke dalam perkarangan banglo mewah itu. Dengan lafaz bismillah, kaki kanan diatur melepasi pintu pagar automatik itu.

   Tenang, Ain.. kau datang dengan tujuan untuk menyampaikan dakwah. Membantu orang seagama yang mungkin khilaf. Tenang.. Ainul menyedapkan hatinya sendiri. Nafas ditarik berkali-kali. Cool, Ain..

   Setelah yakin dirinya benar-benar bersedia, dia melangkah dengan lagak bersahaja. Sempat juga tudungnya dibetul-betulkan sedikit. Tiba-tiba..

   “ Ain?? Thanks god you datang..” tegur satu suara dari arah belakang hampir membuatkan jantung Ainul tercampak keluar. Serta-merta dia menoleh.

   “ Aaaaaa..” Ainul menjerit kuat tiba-tiba. Fiyrul terkedu. Dia baru saja siap memanjakan diri dalam swimming pool yang terletak di sudut kiri taman mini milik uminya. Dah kenapa pula jerit-jerit ni? Fiyrul bersoal sendiri. Ainul dilihatnya berkelakuan aneh dengan kedua-dua belah tapak tangannya menutupi wajah. Handbag si gadis sudah melorot jatuh ke lantai.

   “ Ain..” Suara Fiyrul bagaikan seinci saja dari wajahnya. Jantung Ainul mula berlari laju. Badannya spontan menggigil. Dia gementar. Resah dan gelisah. Entah kenapa. Berada dekat dengan Fiyrul, hatinya jadi tidak keruan. Mungkin aura ‘nakal’ Fiyrul itu kuat sehinggakan Ainul begitu takut untuk berada dekat.

   “ En.. encik.. apa ni?? Jauh sikit.” Suara Ainul meninggi dengan sendirinya. Wajahnya masih terlindung dek tapak tangan. Terjongket tinggi sebelah kening tebal milik Fiyrul. Dia semakin keanehan.

   “ I tak faham, you ni kenapa macam nampak hantu aje?” soal Fiyrul sambil pipinya digaru terpinga-pinga. Ya, memang nampak hantu. Hantu jantan versi seksi habis. Uih.. juling mata mak.. bebel Ainul perlahan.

   “ Tuuuuu.. saya tak patut tengok tuuuuu...” Meleret panjang jawapan Ain di sebalik suara tenggelam-timbulnya itu.

   What? You have lost me, Ain..” Suara itu beriak senada. Masih blur.

   “ Err.. its okay, Encik Fiyrul. Saya tunggu dekat dalam.” Ainul menjawab kalut sebelum mula hendak menapak masuk. Malu untuk dia berterus-terang. Dia mengundur ke belakang sedikit demi sedikit. Tanpa sedar, kakinya sudah mula hilang imbangan bila dia mula hendak tersadung karpet yang jelas tertulis perkataan ‘WELCOME’ berwarna hijau itu.

   Fiyrul cemas sendiri. Dia mara ke hadapan sedikit.

   “ Ain.. careful..” tegur Fiyrul dengan suara garaunya. Namun tak sempat bila..

   “ Auch!!” Tak sempat Fiyrul nak menghalang, Ainul sudah pun terjelopok jatuh. Sekaligus tapak tangannya teralih. Spontan. Matanya kemudian mendongak ke atas. Menatap bening wajah si jejaka. Seketika, dia terlongo. Cepat-cepat dia menunduk semula sambil menelan liur.

   Ya Allah mamat ni, yang separuh bogel depan aku tu kenapa? Ada tuala bukan nak lilit dekat tubuh. Buat perhiasan dekat bahu pula. Rambut tu.. tak reti nak lap kering dulu ke? Ah.. tak fahamlah! Ainul membebel dalam hati sambil mengusap-usap pergelangan kakinya. Sakit.. matanya sudah berkaca-kaca.

   “ Ain, are you okay?” soal Fiyrul mula duduk bertinggun. Wajahnya mengintai sedikit wajah Ainul. Seketika, dia terpempan. Okay?? Nampak macam okay sangat ke jatuh macam durian gugur ke tanah?? Okay sungguhlah ni.. sinis hati Ainul berbisik.

   “ Ain.. did you cry?” soal Fiyrul cuak. Ainul makin tundukkan wajah. Lagi mau tanya ke? Sakit tahu? Bebel Ainul geram. Air mata disapu kasar. Huh, malu aje menangis depan mamat poyo ni. Getus hatinya geram.

   “ Ya Allah.. Ain.. kau buat apa ni duduk dekat lantai?? Kalau ye pun nak hilangkan lenguh, tu sofa ada.” Suara seseorang membuatkan Ainul berkalih ke balakang. Amboi statement.. ingat dia tak ada akal ke nak duduk depan pintu rumah dengan menghadap makhluk Tuhan paling seksi ni? Nak aje dia cepuk kepala Tasha ni. Sahabatnya sudah mula mencangkung. Fiyrul simpan senyum mendengar kenyataan adiknya. Seketika, dia perasan mata Tasha mencerun pada wajahnya. Fiyrul angkat muka. Wajahnya jelas selamba. Sesekali dia mengelap rambutnya yang basah dengan tuala di bahu.

   What?” Dia menyoal pelik adiknya. Tone suaranya kosong dan hambar. Tasha masih memerhatikan wajah abangnya dengan pandangan helang. Pandangan curiga lebih tepat.

   I’m asking you, Sha. Don’t stare to me like that. Sha fikir apa?” Ulang Fiyrul bagaikan dapat menebak curiga si adik.

   “ Abang.. tolak Ain??” soal Tasha sepatah-sepatah. Terlopong Fiyrul dibuatnya. Terhenti perbuatannya mengelap rambut basahnya. Giginya diketap rapat. Tuduhan tak berasas!

   “ Atau abang cuba buat yang bukan-bukan, Ain nak lari.. then..”

   Enough, Sha!!” Marah Fiyrul geram. Dia bangkit berdiri. Berpaling ke belakang lalu mencapai handbag Ainul yang melerot jatuh tadi. Terus dia unjukkan pada Ainul. Ainul mencapai dengan wajah teragak-agak.

   “ Abang takkan buat Ain macam tu. No reasons here. Apatah lagi, dia perempuan yang abang suka dan mungkin cinta..” sambung Fiyrul lagi. Namun, ayat di belakang bagaikan menggumam. Tasha kecilkan mata. Apa abang cakap? Part last tu. Alah, kurang jelas pula. Ainul pula hanya terteleng-teleng memerhatikan dua susuk tubuh di hadapannya itu. Drama apakah? Dia sendiri kurang jelas dengan ayat di belakang yang dituturkan oleh jejaka tampan itu.

   “ Apa abang cakap?” soal Tasha serius. Fiyrul buat muka.

   Nothing at all. Just cakap abang takkan buat macam tu, apatah lagi Ain orang yang sukarela nak tolong dan bantu abang.” Langsung memesong kenyataan Fiyrul. Sengaja! Tasha angguk meskipun dia kurang yakin dengan ayat itu. Bagaikan lain saja kedengaran. Ah, lantaklah. Fikir dia.

   Sha.. boleh tak tolong angkat aku?” soal Ainul mula mencelah. Selagi dua makhluk ni bertegang urat di sini, selagi tulah dia akan menunduk. Mungkin seumur hidup andai Fiyrul masih lagi berkeadaan seksi sebegitu. Tasha mula tersedar. Cepat-cepat dia membantu rakannya untuk berdiri hingga terlupa Ainul yang cedera.

   “ Aduh..” Ainul mengaduh panjang. Fiyrul mula bergerak dekat. Wajahnya berubah cemas.

   “ Sakit sangat ke? Come, biar I cempung you. Sha.. lupa ke Ain jatuh tadi? Hee.. main aci redah jelah. Ain, I dukung you ye?” Tindakan Fiyrul yang hendak mencempung Ainul terbantut bila Ainul dengan lajunya berjalan terjingkit-jingkit menyorok di belakang Tasha. Sedikit berkerut dahi Fiyrul tika ini. Dah main hide and seek pula? Dia menepuk dahi.

   “ Abang.. did you lost your memory? Who is Ain to you, and who you are to Ain? Korang bukan muhrim. Belum halal. Come, Ain.. aku minta maaf. Jom aku bawa kau masuk dalam.” Tajam kata-kata Tasha menujah gegendang telinga Fiyrul. Fiyrul mengetap bibir bawahnya. Ainul mengangguk setuju dengan kata-kata Tasha. Cepat tangannya berlabuh pada bahu Tasha. Mengimbangi badannya.

   So, let make it HALAL!!” Kuat suara Fiyrul. Terus terhenti perjalanan kedua-dua susuk tubuh itu. Tasha berpaling. Ainul masih tegak memandang ke hadapan. Lamarankah?? Untuk kali kedua?? Dia telan liur sendiri. Gulp!!

   Are you out of your mind? Ingat balik apa babah cakaplah.” Tasha memarahi si abang. Fiyrul jongket bahu. Dengan wajah bersahaja, dia mencapai kembali handbag di tangan Ainul.

   “ I tolong you bawa handbag ni. Sha, bawak Ain masuk. Ain, nanti I siap pakai baju, I turun. Tunggu I..” Fiyrul bergerak pantas hendak naik ke tingkat atas. Ainul pula hanya terdiam kelu. Dia jadi pendiam bila berhadapan dengan lelaki ini. Sampai di anak tangga pertama, Fiyrul berpaling. Wajahnya nakal tiba-tiba.

   “ Ain..” seru Fiyrul dengan suara garaunya. Cair! Ya, serius cair. Ainul yang baru hendak mendekat pada set sofa putih itu mendongak. Memandang wajah Fiyrul yang sudah tersengih-sengih di anak tangga. Ni dah kenapa sengih-sengih? Ingat comel ke? Bentak Ain.

   “ You jatuh sebab malu tengok I ke?” soal Fiyrul sambil melirik pada tubuh tegaknya sendiri. Jelas kelihatan six pax pada dada bidang itu. Terjongket kening Ainul dengan mata membulat besar. Wajahnya memerah tiba-tiba. Tasha mendengus. Abangnya saja hendak mengusik.

   “ Dah-dah.. jangan layan dia, Ain.” Tasha menyibuk. Wajah Tasha masam mencuka. Bagaikan jeruk mangga muda saja. Fiyrul juihkan bibir. suka mendengkilah budak ni! Hish…

   But, don’t worry.. nanti you kena tengok lebih dari ni juga. When we make it HALAL. Soon, Ain.. very soon.” Dum!! Ainul rasa nak pitam.

   “ Abang!!” jerit Tasha kegeraman. Fiyrul ketawa lepas. Berlari anak dia ke tingkat atas. Malas hendak mendegar leteran si adik yang boleh tahan dahsyatnya itu. Ainul Farahin, one day you will be mine.. sempat lagi hati Daryan Fiyrul beralun anganan indah. Bibirnya melorek senyuman yang jelas menampakkan lesung pipit. Ah, cair!!

Fiyrul menapak perlahan-lahan ke tingkat bawah bersama handbag Ainul di tangan kirinya. Sesekali, mulutnya bersiul-siul kecil. Lagak orang baru mendapat gelaran ‘papa’ aje. Muka pula usah dicakap.. memang serius berseri-seri. Ainul masih duduk di sofa. Sedikitpun dia tidak mengangkat muka. Hanya Tasha yang berkalih pandang. Seketika..

   Ohmai..” Tasha menutup mulutnya yang jelas menahan tawa. Fiyrul melangkah dekat bersama kerutan di dahi.

   “ Kenapa?” soal Fiyrul dengan bendulnya. Tangan Tasha tergawang-gawang ke arah tubuh abangnya. Fiyrul pandang tubuhnya sendiri. Apa yang tak kena? Handsome aje macam biasa. Fiyrul naik sampan dayung sendiri. Seketika, gamat suara ruang tamu itu dengan tawa yang galak.

   Tercengang-cengang Fiyrul dibuatnya. Ainul yang masih menunduk mula rasa perhatiannya dicuri. Apa yang kelakar sangat? Sedikit dia mengintai dan saat itu nyaris tawanya hendak terhambur sama. Semakin mencuka wajah si jejaka tampan itu. Persis kanak-kanak.

   “ Ya Allah.. buruknya..” komen Tasha menyebabkan hati Fiyrul menggelegak geram. Cepat-cepat dia bergerak pantas ke arah cermin yang setinggi parasnya tergantung di sudut hujung dinding. Mengamati tubuhnya sendiri yang terbias. Sesekali, dia bergerak-gerak bagaikan model di hadapan cermin itu. Tawa Tasha mengganggu dirinya. Dan pada masa yang sama, dia nampak ada senyuman yang cuba disembunyikan Ainul.

   What so funny, huh?” Garang suara itu melantun. Spontan, urat senyum Ainul mengendur. Err.. takut seh! Lebih takut bagaikan soalan Fiyrul ditujukan kepadanya. Mahu tidak.. bebola mata hitam pekat itu setia tearah tajam padanya. Tasha bangun dengan sisa tawanya.

   “ Abang, siapa pakaikan kain pelikat ni?” soal Tasha geli hati. Fiyrul juihkan bibir.

   “ Abang sendiri. Why?” soalnya tanpa perasaan. Sekali lagi, tawa Tasha terhambur kuat. Serius Fiyrul nampak macam Wak Joko dengan kain pelikat yang bagaikan diikat gerah dengan songkok yang sudah senget kedudukannya. T-shirt yang dipakai pula nasib baik boleh juga menutupi sedikit kecacatan penampilan seorang CEO itu. Itulah.. jarang sangat pakai kain pelikat. Sekali pakai.. macam Wak Joko daaa.. gelak Tasha dalam hati.

   Looks like Wak Joko..” kutuk Tasha lalu kembali pada Ainul yang berada di sofa putih itu. Fiyrul membontoti.

   “ You senyum kenapa, Ain?” Ainul terus kaku. Err.. dia perasankah? Ainul tergaru-garu pipi gebunya.

   “ Err.. err…” Ainul hilang kata-kata.

   “ Senyum geli hati tengok abanglah. Dah, naik atas sana. Suruh umi betulkan..” arah Tasha menghalau. Fiyrul tetap statik di situ.

   “ Buruk ke?” soal Fiyrul tegas. Tajam matanya menikam anak mata Ainul. Ainul semakin gugup. Dah kenapa tanya dia pula? Tanyalah Tasha!

   “ I tanya, buruk ke I pakai ni? Jujur..” soal dia lebih tegas kali ni. Ainul terkulat-kulat.

   Answer me, Ain. Jangan duk buat muka sangat..” Dek terkejut dengan sergahan Fiyrul, spontan Ainul mengangguk laju. Fiyrul tayang muka ketat. Namun, tak lama bila senyum lebar bergayut pada wajahnya. Ainul terpaku dengan lesung pipit milik lelaki itu. Namun, cepat-cepat dia mengusir pergi rasa itu.

   Ini semua hasutan syaitan, Ain. Ingat, syaitan takkan pernah berhenti menyesatkan kaum Adam dan Hawa. Dia mengingatkan diri sendiri.

   “ Okey, then.. but..” Meleret-leret tutur bicara Fiyrul. Dia menjongketkan nakal keningnya.

   “ Lepas ni, umi dah tak tolong betulkan dah. Maybe 6 months later, you yang akan buat..” Usai berkata-kata, terus Fiyrul tinggalkan Ainul dan Tasha terlopong di situ. Amboi.. selambanya dia.

   “ Ain.. tunggu, nak suruh umi betulkan kejap,” laung Fiyrul sayup-sayup dari tingkat atas. Tasha yang melopong akhirnya tarik senyum.

   Ain.. abang aku angau.. desis hatinya lucu. Wajah malu-malu Ainul direnung. Dalam hati, dia mendoakan sesuatu. Ya, hanya itu yang dia doakan untuk seseorang yang dia sayang. Amat sayang! Semoga jodoh itu milik mereka..

12 comments:

  1. Replies
    1. thanks girl..teruskan sokong hana.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. thanks baby mio.. baby mio ni sape ye?

      Delete
  3. Ni dh jadi cerpan! Best!! Sambung...sambung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe..sorry akak.. hana pun rse dah jdi cerpan..

      Delete
  4. Yeeee sila sambung..... cerpen arrrr bukan novel kannnnn..... hahahaha punyala nak cepat habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. hana nk bt cerpen. tpi, xthulah kalau tiba2 jadi mini.. :)

      Delete
  5. Ok wat... kate hmbar.tp bez je bca ni.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?? wah.. terima kasih ye anony.. :)

      Delete