PeNgiKuT sEtiA..

Tuesday, June 25, 2013

Eh, Saya Sayang Awaklah! Epilog


EPILOG

Hampir empat tahun berlalu..

Ulfah sibuk menyediakan hidangan makan tengahari di rumah sambil sesekali kedengaran suaranya menyanyi kecil. Ulfah tersenyum sendiri. Semenjak pulang dari UK sebulan yang lepas, kehidupannya semakin ceria. Yelah.. berada di negara sendiri sudah tentu seronok berbanding berada di negara orang lain. Fikir Ulfah sambil membawa mangkuk yang berisi nasi ke meja makan. Jam di dinding dikerling. Hmm.. lagi setengah jam sampailah si suami tu.

   Belum sempat kakinya hendak melangkah ke meja makan, Ulfah kaku sendiri. Prang!! Bunyi mangkuk terhempas ke lantai menyebabkan Ulfah pegun di situ. Terkejut barangkali! Sepantas kilat Ulfah mencari susuk tubuh yang sudah melanggarnya tadi. Di situ kelihatan seorang kanak-kanak lelaki. Manakala, di belakang muncul si kakak pula yang tercegat berdiri di sisi adiknya dengan memegang teddy bear dan colouring book. Wajah masing-masing jelas ketakutan.

   Ulfah tunduk memandang lantai yang sudah habis bertaburan dengan nasi. Kali ini, rasa marahnya meluap-luap. Baru tadi dia menyanyi kecil menandakan hatinya yang bergembira, kali ini rasa itu ditukar dengan rasa marah. Ulfah mula bercekak pinggang. Matanya dijegilkan pada kedua-dua anaknya. Mulalah si adik menangis lantang. Hailah.. belum buat apa-apa lagi dah menangis. Ulfah semakin naik angin. Entah kenapa, moodnya benar-benar berubah dikerjakan pasangan kembar itu.

   “ Mama, don’t hit Khail. That was my fault, mama.” Suara si kakak kedengaran menggeletar. Memujuk mamanya. Tiara mendekati adiknya. Bahu si adik dipegang lalu ditepuk-tepuk kecil. Persis memujuk. Mikhail mendongak dengan linangan air mata. Tangisannya masih kuat. Si kecil takut andai mamanya memukul mereka walaupun itu bukan kebiasan Ulfah.

   “ Along want to say sorry, Khail. Lain kali, Along won’t do that. Here.. your colouring book,” ujar Tiara dengan lenggok Englishnya yang pelat. Kalau dah lahir di UK, memang begitulah jawabnya. Namun, Ulfah masih menerapkan dan mendidik supaya anaknya lebih berbahasa Melayu. Tiara menghulurkan buku warna milik Mikhail. Tiara Amanda binti Aqmal Zarief dan Mikhail Amyrul bin Aqmal Zarief, permata hati tanda cinta dia dan suami tersayang. Melihat si kakak mengaku kesalahan, hati Ulfah langsung tidak terubat. Dia pantas mencari hanger di bilik. Seketika, dia muncul kembali.

   “ Siapa yang mulakan dulu??” soal Ulfah bagaikan petir. Tersentak Tiara dibuatnya. Anak mata jernih itu mula memandang wajah Mikhail. Memang salahnya. Kalau bukan kerana dia mengusik menyorokkan buku warna milik si adik sampai menangis, Mikhail tentu takkan ke dapur dengan tergesa-gesa hanya untuk mengadu. Mikhail hanya diam tanpa menjawab. Masih menangis lagi.

   Dengan tangan terketar-ketar, si kakak mengangkat tangannya sedikit. Air mata mula bertakung.

   “ Along..” Suara itu jelas kedengaran perlahan. Tanpa kata, Ulfah terus melibas hanger itu pada punggung Tiara. Tiara hanya menangis teresak-esak. Namun, tangisannya dikawal agar tidak terlalu kuat kedengaran. Dia bimbang kalau tangisannya bakal membuatkan mama semakin marah. Dia mengerling pada Mikhail yang semakin kuat menangis.

   “ Khail, don’t cry. Its not hurting me..” Tipu si kakak pabila melihat Mikhail sudah mula menarik-narik lengan baju mamanya. Menyuruh mamanya agar melepaskan si kakak. Begitulah karenah mereka berdua. Tidak pernah sanggup melihat kembarnya dipukul mahupun menangis. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri turut merasa pedih.

   Belum sempat Ulfah hendak melibas untuk kali kedua, suara seseorang kedengaran. Bergema.

   “ Fah.. stop it!!” Kuat Aqmal menghalang. Pantas tubuh sasa itu meluru pada ketiga-tiga insan. Ulfah tergamam. Hanger terus dicampak kasar ke lantai. Mata Aqmal melotot pada si isteri.

   “ Kenapa pukul anak sampai macam ni??” sela Aqmal sedikit lantang. Terkejut Ulfah dibuatnya. Pantas dia hendak bersuara.

   “ Fah..”

   “ Apa pun alasannya, abang tak suka Fah pukul anak-anak kita sampai macam ni. Tak kasihan ke? Tak sayang anak-anak dah?” hambur Aqmal terus memintas. Tali lehernya dilonggarkan. Ulfah terdiam. Sedikit sebanyak hatinya terluka. Siapa yang tak sayangkan anak? Dia cuma hendak mengajar. Lagipun, dia tak pukul sekuat hati. Cuma sekadar member pengajaran. Tapi, kenapa dia pula yang dipersalahkan? Dia yang lahirkan si kembar dengan susah-payah, masih tegarkah kata-kata Aqmal itu padanya? Ulfah sebak.

   Come, babies..” ucap Aqmal lalu mendukung kedua-duanya serentak. Pipi Mikhail dan anak daranya dikucup bertalu-talu.

   “ Papa, jangan marah mama. It was my fault. Ara took Khail’s colouring book. Ara degil, pa.. sorry..” Tiara bertutur dalam esak tangisnya. Tersekat-sekat. Meruntun hati Aqmal dibuatnya. Pantas, dia berpaling pada Ulfah yang pegun di hadapan.

   See that? Ara said sorry. So, kenapa Fah beria-ia nak marah ni?” tegur Aqmal mulai tenang sedikit. Melihat wajah si kembar, hatinya bagaikan dilambung gembira. Serius!

  “ Fah cuma nak beri pengajaran..”

   As I  already told you.. this is not the way. Cuba cakap dan nasihat je tak boleh? Perlu ke..” Tak sempat Aqmal nak sudahkan ayat, Ulfah sudah memintas.

   “ Mama minta maaf.. Ara, Khail. Abang, Fah memang tak pandai jaga anak-anak. Maaf..” Terus Ulfah atur kakinya hendak ke tingkat atas. Tanpa sedar, kakinya sudah terpijak kaca yang terhempas ke lantai. Namun, pedih di hati langsung tidak menyedarkan dirinya yang sudah terpijak kaca. Terbuntang biji mata Aqmal melihat setiap langkah itu meninggalkan kesan darah merah. Terus Aqmal menoleh. Matanya dikecilkan. Jadi, ini sebab Ulfah marah? Seketika, anak matanya menangkap pula pada atas meja yang sudah terhidang pelbagai jenis lauk. Dia menghela nafas perlahan.

   “ Ara, tell me.. mama marah sebab ni ke?” soal Aqmal pada Tiara. Tiara angguk dengan wajah sugulnya. Aqmal mula rasa diserbu dengan perasaan bersalah.

   Sorry, pa. I just..” Aqmal menggeleng pada si kecil. Fahamlah Tiara bahawa papanya kalau boleh tidak terlalu suka Tiara seringkali menggunakan English language. Memang elok, namun kalau terlalu kerap anaknya menggunakan bahasa itu, bimbang pula Tiara dan Mikhail tidak fasih bertutur dalam bahasa melayu. Nama pun anak melayu, jadi seharunya bahasa itu menjadi kebanggaan. Kalau sesekali itu tak apalah.

   “ Okey-okey.. Ara sorok adik buku warna..” ujar Tiara dengan bahasa tunggang terbaliknya. Aqmal terdiam lama sebelum cuba memahami tutur kata itu. Adik buku warna?? Terkebil-kebil Aqmal dibuatnya.

   Means.. Ara sorokkan buku warna adik, so bila adik menangis.. adik terus berlari ke dapur nak mengadu. Then, terlanggar mama yang bawa mangkuk ni?” soal Aqmal menebak. Lama Tiara diam. Cuba untuk memahami. Seketika, dia angguk laju. Bersungguh-sungguh.

   “ Khail mama langgar. Jatuh..” Mikhail menyampuk pula. Juga dengan bahasa tunggang terbaliknya. Si kecil mengelap pipinya yang basah. Aqmal tersenyum.

   “ Khail langgar mama. Not Khail mama langgar..” tegur Aqmal lalu mencium kedua-dua belah pipi kembarnya.

   “ Sakit tak?” soal Aqmal pada Tiara. Tiara merenung wajah Aqmal lama. Seketika, tubir mata si kecil sudah bergenang. Aqmal tahu jawapannya. Sudah tentu sakit juga kan? Kulit budak, apalah sangat.

   “ Shhh.. don’t cry, my dear. Masuk bilik, nanti papa datang sapu ubat. Duduk diam-diam dengan Khail. Boleh dengar cakap papa tak?” soal Aqmal lembut. Dia melangkah ke ruang tamu. Kedua-dua tubuh itu diturunkan. Serentak kedua-duanya mengangguk. Mata Tiara mula terpandangkan darah yang melekat pada lantai. Tercebik-cebik bibir itu dibuatnya. Dia takut melihat darah mamanya tadi. Semakin takut kerana dia faham dia puncanya.

   “ Pa.. darah..” Tuding Tiara pada lantai itu. Aqmal menepuk dahi. Hampir dia terlupa. Terus dia tergesa-gesa mendaki anak tangga. Tentu Ulfah merajuk dengannya. Ya Allah.. kenapa dia boleh lambakkan kesalahan pada Ulfah ni? Jam di tangan dikerling. Alamak.. dah dekat pukul 1.30 tengahari, bermakna waktu lunch hournya makin tamat. Ah, kena pontenglah jawabnya kali ini. Anak bini lagi penting. Desis Aqmal lalu terus mendaki anak tangga.

   “ Ara, Khail.. tunggu papa dekat bilik. Nanti papa datang. Then, kita lunch sama-sama..” jerit Aqmal dari anak tangga. Hampir semput nafasnya dek langkah yang laju.

Pintu dikuak perlahan. Aqmal menjengukkan kepalanya dahulu sebelum dia mula memboloskan diri masuk ke dalam kamar yang agak luas itu. Matanya liar mencari kelibat si isteri. Kosong! Aqmal mengerutkan dahi. Pintu ditutup rapat sebaik saja dia sudah menapak masuk bersama kotak first aid. Hampir segenap ruang dijelajahnya tanpa hala. Mana Fah ni? Bisik Aqmal bimbang.

   Ada titisan darah yang melekat pada lantai berkilat berwarna putih itu. Semakin cemas Aqmal dibuatnya. Seketika, dia terpandang sliding door yang terbuka luas itu. Aqmal mendekat. Tika ini, dia sudah terdengar tangisan kecil si isteri. Hatinya dihimpit rasa bersalah yang menebal.

   “ Fah..” seru Aqmal tatkala terlihat si isteri yang sedang menangis sambil memeluk lutut di ruang beranda itu. Wajah Ulfah disorok pada kedua-dua belah lututnya. Ulfah langsung tak mengangkat muka. Tangisannya juga cuba disembunyikan. Namun, bahu yang jelas terhinjut-hinjut itu menceritakan segalanya. Dia tahu Ulfah masih lagi menangis. Perlahan-lahan Aqmal duduk mengambil tempat di sebelah isterinya.

   “ Menangis lagi? Mari sini, abang ubatkan kaki tu..” ujar Aqmal lembut. Memujuk. Ulfah gelengkan kepalanya yang masih tersembunyi di sebalik celah lututnya itu. Tampak keanakan meskipun dia sudah menjadi seorang mama.

    Aqmal memegang lembut pipi Ulfah lalu mengangkat kepala itu mendongak padanya. Ulfah pejam mata rapat-rapat. Tika ini, dia tak nak melihat wajah Aqmal sekalipun. Hatinya terasa dengan tuduhan melulu Aqmal. Sangat-sangat terasa.

   “ Sayang, pandanglah abang..” Aqmal bagaikan merayu. Ulfah tetap pejam mata. Seketika, ada kucupan lembut hinggap pada kedua-dua belah matanya menyebabkan Ulfah spontan membuka matanya. Terkebil-kebil dia memandang wajah Aqmal yang tersengih bagaikan kerang busuk.

   “ Marah lagi?” tanya Aqmal tatkala pandangan mereka beradu. Pertanyaan Aqmal membuatkan hati Ulfah semakin sebak. Dia menggeleng bersama cebikan di bibir.

   “ Fah tak marah, Fah cuma terasa hati. Betul ke Fah tak reti jaga anak-anak? Didik anak-anak?” soal Ulfah mula teresak. Aqmal terpempan. Dia mengeluh kecil.

  “ Abang minta maaf, abang tak ada niat nak..”

   Ulfah bangun sebelum sempat Aqmal menjelaskan lebih lanjut. Aqmal mendongak pandang sebelum dia mula turut bangkit.

   “ Fah..” panggil Aqmal bila Ulfah sudah menonong masuk bersama tangisan yang belum surut. Ulfah bergerak ke arah laci meja. Alat ujian kehamilan ditarik keluar sebelum dia mula melangkah pada Aqmal. Tangan Aqmal dicapai lalu alat itu diletakkan pada telapak tangan kasar itu. Aqmal tersentak. Terus anak matanya singgah pada telapak tangannya.

   “ Fah mengandung. Fah tahu mungkin Fah tak sabar-sabar. Tapi, Fah betul-betul nak kongsi berita gembira ni dengan abang. Sebab tu Fah masak banyak lauk hari ni. Fah sedar Fah tak sepatutnya marah Ara macam tu. Tapi, Fah tak boleh kawal emosi tadi. Selama ni, Fah jarang pukul mereka. Paling tidak pun Fah cuma pukul Ara dan Khail lembut aje. Niat Fah cuma satu, untuk mengajar mereka supaya tak besar kepala. Abang terlalu manjakan mereka. Dan Fah mengaku mungkin Fah bukan mama yang terbaik untuk mereka. Anak ni juga..” Tangan Ulfah melekap pada perutnya. Lama dia memandang perutnya itu.

   “ Mungkin malang sebab dapat..”

   “ Shhh.. abang tak nak dengar apa-apa, sayang..” pintas Aqmal lalu meletakkan jemarinya lembut pada bibir Ulfah. Ulfah menahan sebak. Jemari itu dialih.

   “ Fah gagal jadi isteri abang dan mama kepada anak-anak abang ke?” soal Ulfah pula. Sungguh perlahan. Langsung soalan yang tak terduga oleh akal Aqmal. Kali ini, tangisan Ulfah semakin lebat. Tanpa kata, Aqmal membawa Ulfah ke dalam pelukan. Erat dia memeluk tubuh itu. Diusap belakang Ulfah lembut.

   Ya, dia faham kini. Mungkin tadi Ulfah benar-benar tidak dapat mengawal emosinya. Mungkin kerana faktor kandungannya ini. Mungkin juga mood gembira Ulfah rosak atau merudum dek apa yang berlaku tadi. Selama ni pun, Ulfah tidak pernah memukul teruk. Hanya Aqmal saja yang cerewet. Langsung tidak boleh tengok hatta puteri dan puteranya dijentik sedikit pun. Kasih Aqmal pada Ara dan Khail kadang-kala melalaikan isterinya sendiri. Aqmal khilaf. Ubun Ulfah dikucup lembut.

   “ Abang minta maaf, sayang. Abang yang terlalu manjakan mereka. Padahal, sayang Cuma nak mengajar dan mendidik. Abang yang melulu tuduh sayang. Maafkan abang, sayang. Walhal, abang nampak pukulan sayang tak sekuat mana pun,” pujuk Aqmal lalu mengucup pipi Ulfah bertalu-talu. Ulfah teresak-esak lagi. dia tidak kisah semua itu. Namun, apa yang dia kisah bila Aqmal tegar mengucapkan sebaris ayat yang cukup meremukkan hatinya sebagai seorang mama.

   “ Fah maafkan abang. Tapi, kata-kata abang..” Ulfah tersekat-sekat. Aqmal pegang lembut pipi isterinya.

   “ Abang tahu. Abang tak patut pertikaikan kasih sayang Fah pada anak-anak kita. Kejam kan, abang? Sepatutnya abang tahu kasih Fah pada mereka lebih daripada kasih abang pada mereka sebab Fah yang bersusah payah lahirkan mereka. Kenapalah abang khilaf sangat tadi..” rintih Aqmal kesal. Ulfah mendongak. Wajah muram suaminya ditatap. Dia tahu Aqmal tidak sengaja. Malahan, dia kagum dengan kasih sayang Aqmal pada Ara dan Khail. Tapi, terlampau memanjakan tidak elok juga. Sesekali harus bertegas.

   “ Fah sayang abang. Ara dan Khail, lagi Fah sayang sebab tu bukti kasih kita. Lepas ni, jangan pertikaikan kasih sayang Fah pada mereka sebab selagi Fah bernafas, Fah akan tetap sayang mereka dan suami Fah ni. Takkan pernah ada pengganti.” Tulus suara Ulfah berbisik. Pipi Aqmal dielus-elus lembut. Aqmal mencapai tangan isterinya di pipi lalu mengucupnya lama. Ulfah Jannah, mana pernah merajuk lama-lama. Ulfah payah hendak membuatkan dia terasa hati. Tingkah lakunya sebagai seorang isteri sering terjaga. Cukup menenangkan Aqmal.

   “ Abang takkan ulang lagi salah abang..” Aqmal bagaikan berjanji. Air mata di wajah isterinya disapu lembut dengan senyuman mekar. Tubuh Ulfah kembali diraih ke dalam pelukan. Seketika, Aqmal mula tersedar sesuatu. Dia membawa Ulfah duduk di birai katil. Kemudian dia melutut di hadapan Ulfah. Ulfah sedikit terpinga-pinga.

   “ Sayang.. baby kita dah berapa bulan?” soal Aqmal sambil mengusap-usap perut isterinya. Ulfah tersenyum. Sisa air mata kembali di sapu. Menyebut soal kandungan, hatinya berbunga ceria.

   “ Hampir satu bulan, abang..” jawab Ulfah teruja. Aqmal tersenyum. Wajah si isteri dipandang lama sebelum Ulfah mula berdecit kecil. Wajah cantik itu berkerut-kerut.

   “ Kenapa ni? Baby tendang? Sakit ke? Kat mana? Sini ke sini?” soal Aqmal kalut. Perut kempis Ulfah dipegang merata. Resah! Ulfah tergelak kecil. Cepat saja moodnya berubah kali ini.

   “ Baby belum cukup sifat, abang. Mengarut aje abang ni. Abang, tadi Fah nampak abang bawak kotak first aid kan?” soal Ulfah berpura-pura. Aqmal terdiam lama. Agak nampak dia blur di situ. Selang beberapa minit, kuat dia menepuk dahinya. Terlupa pulak!

   “ Abang lupa, sayang. Kejap, abang cucikan luka tu..” Aqmal pantas berlari ke beranda lalu mencapai kotak first aid. Dia kemudian kembali pada si isterinya semula.

   “ Meh sini kaki tu, abang ubatkan..” ujar Aqmal lembut sambil menarik kaki Ulfah. Ulfah tersenyum kecil. Jelas wajah suaminya yang menunduk tekun membersihkan lukanya itu dipandang damai. Sarat dengan rasa kasih.

   “ Aduh..” Ulfah mengaduh pabila lukanya sedikit pedih terkena kapas. Aqmal pantas mendongak.

   “ Sakit?” soal Aqmal cemas. Ulfah menggeleng bersama senyuman.

   “ Tak, sedap. Rasa macam makan cheese cake,” gurau Ulfah. Aqmal ketawa kecil.

   “ Lain kali, hati-hati sikit.. sayang. Kalau sayang hati-hati tadi, tak adanya terpijak kaca ni. Abang kalau boleh tak nak sedikipun luka ada dekat tubuh sayang. Abang tak tahu bagaimana nak gambarkan kasih abang ni. Kalau boleh, biarlah luka ni berpindah pada abang. Tengok sayang berkerut-kerut sakit macam tu, hati abang rasa macam pedih sangat.” Romantis ayat Aqmal kedengaran. Ulfah terbuai. Tanpa sedar, dia memandang terus suaminya.

   “ Fah.. dengar tak, sayang?” soal Aqmal. Lama dia menunggu respons dari Ulfah, namun senyap pula. Dia mendongak. Tika itu, hampir tawanya terhambur keluar melihat anak mata Ulfah tunak pada wajah tampannya sambil tersenyum-senyum kecil. Hailah.. tengok muka aku sampai tak sedar aku tengah tengok dia balik. Ni mesti kes berangan ni.. detik Aqmal lucu.

   “ Sayang..” Gemersik suara Aqmal yang dekat dengan telingannya menyedarkan Ulfah. Ulfah menoleh ke sisi dan tiba-tiba cup!! Ulfah terbuntang biji mata.

   “ Errr..” Ulfah hilang kata-kata.

   “ Fah pandang bibir seksi abang tadi kan? Abang tahu Fah geram. So, abang dengan berbesar hatinya bagi ciuman tadi. Nak lagi?” usik Aqmal menyebabkan wajah Ulfah memerah.

   “ Mana ada Fah pandang bibir abang. Tak ingin..” balas Ulfah segan-segan. Dia mula memanjat katil. Kepala disandarkan pada katil. Aqmal turut mengekor.

   “ Sayang, dah hampir empat tahun kita jadi suami isteri, sayang tak jemu ke dengan abang?” soal Aqmal tatkala dia sudah berbaring di sisi isterinya. Kepala Ulfah elok melentok pada dada bidangnya. Ulfah mendongak. Dada si suami diusap-usap kecil.

   “ Tak pernah dan tak akan jemu meskipun waktu tu kita dah tiga puluh tahun kahwin. Kasih sayang Fah pada abang tetap sama. Malahan, akan semakin bercambah. Abang cinta pertama Fah.” Ulfah membalas syahdu. Aqmal tersenyum. Benar-benar lega dengan jawapan isterinya. Dia tunduk mengucup ubun si isteri. Satu tabiat yang dia suka buat.

   “ Abang harap cinta kita takkan pernah pudar, sayang. Abang nak hidup bersama sayang hingga nafas abang yang terakhir. Nak tengok anak-anak kita membesar. Cucu-cucu kita.. lepas tu, kalau Tuhan nak ambil abang, abang dah boleh pergi dengan tenang.” Aqmal pula yang bersuara. Ulfah pantas menegakkan tubuhnya.

   “ Jangan cakap macam tu. Fah tak suka. Biarlah masa aje yang tentukan segalanya. Fah redha. Tapi, kalau boleh biar Fah pergi dulu. Fah tak sanggup hidup tanpa abang. Hatta sesaat sekalipun.. Fah rindu.” Ayat belakang kedengaran hampir berbisik. Aqmal tersenyum lebar. Niat mengusik mula timbul.

   “ Rindu? Betul ni?” soal Aqmal nakal. Ulfah teragak-agak hendak menjawab. Akhirnya dia angguk juga. Wajahnya terus menunduk.

   “ Kalau rindu, peluk abang dan jom..” ujar Aqmal nakal. Ulfah kerut kening. Jom apa?

   “ Jom?” Ulfah kurang faham.

   “ Jom ehem-ehem. Alah, buat tak faham sayang ni. Cepatlah..” Sengaja Aqmal mengusik. Bukan betul-betul pun. Terjegil biji mata Ulfah. Dia menepuk lembut dada suaminya.

   “ Abang nak kena ke office kan?” marah Ulfah manja. Aqmal tergelak lantang. Tubuh Ulfah diraih ke dalam pelukan lagi.

Cancel.. abang nak duduk rumah habiskan masa dengan sayang dan anak-anak kita,” ujar Aqmal lalu dia mula melekapkan bibirnya pada bibir Ulfah. Lama sehingga..

   “ Papa, pa kiss mama. Khail, don’t look..” Suara kanak-kanak kecil sudah menjerit di muka pintu. Terus Aqmal lepaskan bibir isterinya. Kantoi sudah! Wajah kedua-duanya memerah. Ulfah pantas mengesat bibirnya yang basah.

   Mikhail tidak menghiraukan teguran kakaknya. Terus dia menonong laju ke arah katil. Wajahnya cemberut.

   “ Papa, pa tipu Khail. Nak masuk bilik tadi.. tunggu tahu? Penat..” Mikhail bercakap dengan pelatnya. Mulut Mikhail muncung sedepa ketika bercakap. Comel! Aqmal tergaru-garu kecil kepalanya. Tidak tahu hendak menjawab apa. Bibirnya tergeliat. Dia meminta pertolongan daripada si isteri. Ulfah jongketkan bahu.

   “ Khail, don’t say like that to papa. Not kind, huh?” tegur Tiara yang masih tercegat di muka pintu. Anak kecil itu nampak teragak-agak hendak masuk. Mungkin masih takutkan mamanya. Ulfah memandang wajah Tiara. Tiara mula menunduk. Takut! Ulfah bangun.

   Come anak mama..” panggil Ulfah pada Tiara. Tiara mendongak. Seketika, anak matanya jatuh pada kaki mamanya yang berbalut.

   “ Mama.. Ara want to say sorry. Ara luka mama..” tutur kanak-kanak itu hampir menangis. Ulfah menggeleng lembut. Terus tubuh si kecil dikendong lalu dibawa ke katil. Mikhail sudah sibuk menggeletek papanya. Terkekek-kekek keduanya ketawa. Sengaja Aqmal biarkan Ulfah memujuk anak daranya sendiri.

   “ Mama yang nak minta maaf. Mari sini mama tengok punggung Ara, sakit lagi?” soal Ulfah lembut. Tiara menolak. Dia menggeleng lembut.

   “ Ara dah sapu. Kat sini, ubat tadi adik ambil..” Ulfah terdiam lama. Cuba mencerna kata-kata Tiara. Seketika, dia mengerutkan dahi.

   “ Ara sapu sendiri ubat?” soal Ulfah terkejut. Tiara angguk. Tika ini, Ulfah rasa hendak mengetuk tangannya yang sudah melibas punggung si anak tadi. Dia menoleh pada Aqmal. Aqmal berpura-pura memandang ke arah lain.

   “ Teruk luka anak mama?” soal Ulfah lagi. Sebak.

   “ Sikit, ma..” balas Tiara.

   “ Macam mana Ara tengok?” soal Ulfah aneh. Yelah.. luka itu di punggung. Macam mana Ara boleh tengok pulak? Dia pelik.

   Mirror.. Ara stand in front of mirror. Ara tengok, sikit saja. Not too much, mama. Now, dah tak sakit. Ara tengok, Khail tutup mata. Ara malu..” Mendengarkan ayat yang terakhir.. tanpa dapat ditahan-tahan Ulfah dan Aqmal ketawa kuat. Kelakar sungguh anak daranya. Mikhail dan Tiara terpinga-pinga.

   “ Papa.. mama, ghost?” soal Mikhail lagi. Wajahnya serius. Aqmal terkelu. Ghost??

   Ghost??” soal Ulfah pula. Tiara pantas mengambil tempat di sisi mamanya.

   “ Mama and papa macam ghost. Ghost ketawa kuat.. scary. Like this.. hahahahaahahahahahaha…” Ara tolong jawab siap buat demo lagi. Mikhail hanya angguk mengiyakan. Sekali lagi, tawa Aqmal dan Ulfah bergabung. Hailah.. lucunya permata hati mereka ini.

   Come, babies..” gamit Aqmal pada Ara dan Khail. Kedua-duanya berebut mahu tidur di samping papanya. Ulfah tarik muka. Semua nak lekat dengan Aqmal. Aqmal senyum.

   “ Khail, come to papa. Ara, you go to mama. Sayang.. meh baring sama-sama..” ajak Aqmal di samping memberikan arahan pada anak-anaknya. Masing-masing menurut. Elok saja Aqmal berbaring dengan di sisinya Mikhail. Manakala Ulfah berbaring di sebelah Aqmal dengan di sampingya Ara yang manja berbaring berbantalkan lengannya. Lagak keluarga bahagia saja. Aqmal mengulum senyum bahagia.

   “ Khail, Ara.. papa nak tanya. Suka tak kalau dapat baby? New baby?” soal Aqmal sedikit ceria. Ara dan Mikhail serentak menoleh pada wajah orang tuanya.

   Baby? Like us?” soal Ara bijak.

   “ Ya, sayang papa..” Aqmal iakan. Tiba-tiba, Ara dan Mikhail menjerit sakan.

   “ Nak mama, papa. Now, give us baby. Like Aunty Sufi and Uncle Aril.” Tiara menjerit seronok. Ulfah gelak. Tiba-tiba saja dia teringatkan Sufi yang baru saja bersalin anak keduanya. Perempuan, cantik macam mamanya. Sofea Raihana..

   “ Tak boleh sekarang, sayang. Almost 8 months baru Ara dan Khail dapat baby.” Aqmal menjelaskan. Tiba-tiba wajahnya kedua-duanya hambar. Namun, tak lama bila Ara dan Mikhail mula bertepuk tangan sekali lagi.

   “ 8? Not too long. 1, 2, 3,4, 5, 6, 7, and 8. Ahaa.. sikit je. Okey, we will wait.” Sekali lagi Tiara bersuara. Mikhail hanya menjadi tukang tepuk tangan. Seronok sangat.

   “ Okey.. disebabkan mama dan papa nak bagi baby, cepat cium kami..” Ulfah mula menyampuk. Tidak menunggu lama, serentak pipi mereka dicium oleh Tiara dan Mikhail.

   Done..” ujar Tiara. “ Done too..” sahut si adik pula. Ulfah dan Aqmal tersenyum bahagia.

   “ Terima kasih, sayang..” ujar Aqmal separuh berbisik. Ulfah hanya senyum. Tanpa mereka sedar, kedua-dua pasang mata itu tekun memandang mereka.

   “ Ma.. hungry..” Suara si adik kedengaran. Aqmal tersentak. Dia menoleh. Seketika, dia tersenyum.

   “ Okey.. kalau nak makan. Cuba pandang depan kejap. You too, Ara..” ujar Aqmal. Tiara dan Mikhail hanya angguk setuju. Mereka terus memandang ke hadapan. Dan dalam sekelip mata, Aqmal terus menarik Ulfah rapat sebelum bibir itu dicium sepintas lalu.

   “ Ahaa.. again. Pa kiss ma..” Serentak kedua-duanya menjerit. Hampir tersedak Aqmal dibuatnya. Uhuk-uhuk.. kacau plan betullah budak-budak ni.

   Nolah.. papa tak kiss mama. Papa cuma tengok mata mama masuk habuk tadi. Ara silap tengok tu. Err.. jom makan..” Aqmal berdalih. Ulfah simpan senyum. Itulah.. tak menyempat sangat. Namun dalam hati, Ulfah mengucap dan memanjatkan seribu kesyukuran. Terima kasih untuk keluarga yang melengkapkan hidup ini. Terima kasih Ya Allah.. desis Ulfah sebelum setitis mutiara kegembiraan mengalir.

   Pelukan di pinggangnya membuatkan Ulfah berpaling. Wajah tampan Aqmal ditatap. Dia tersenyum kecil.

   Thanks, Aqmal Zarief for being my husband..” ucap Ulfah lembut. Aqmal tersenyum kacak.

   Thanks to you too for being my wife. Will love you forever and ever..” balas Aqmal pula. Ciuman dihadiahkan pada dahi si isteri. Ulfah pejam mata. Rasa bahagia tak dapat diungkap lagi. Dalam hati kecilnya dia berkata.. eh, saya sayang awaklah. Sayang sangat-sangat!

Tamat!

18 comments: