PeNgiKuT sEtiA..

Monday, June 17, 2013

Eh, Saya Sayang Awaklah! (BAB 11)


BAB 11

Aqmal menunggu penuh sabar kepulangan isterinya. Jam sudah menginjak ke angka 8.00 malam. Hatinya mula resah. Puas sudah nombor telefon bimbit isterinya didail, namun tak ada pun yang bersambut. Aqmal merengus geram. Telefon bimbitnya dicampak kasar ke arah sofa. Rambutnya diraup kasar. Tertekan bercampur bimbang.

   Mana Fah ni, sayang? Kenapa buat abang bimbang? Kenapa tak angkat telefon? Rintih hati Aqmal buntu. Kepala disandarkan pada sofa. Seketika, bunyi pintu dikuak membawa Aqmal menegakkan kembali tubuhnya. Separuh hatinya lega. Dia yakin itu Ulfah Jannah!

   Tanpa bertangguh, dia terus meluru pada susuk tubuh si isteri. Wajah itu ditilik hingga ke hujung kaki. Panik sungguh lagaknya. Ulfah buat muka pelik.

   “ Kenapa ni, bang? Panik semacam aje.” Ulfah bertanya selamba. Aqmal terpempan. Wajah dipanggung dengan dahi berkerut. Dia tak silap dengarkah? Isterinya kah yang bertanya tadi? Ya Allah.. selamba cucur badak ajelah dia soal macam tu. Orang separuh sasau risaukan dia. Tak tengok jam ke? Omel Aqmal geram.

   “ Sayang.. jam rosak ke?” soal Aqmal tiba-tiba. Ulfah bingung. Terus jam di tangannya ditilik. Lama sebelum dia kembali memandang wajah tampan yang lengkap dengan kain pelikat dan t-shirt biru gelap itu. Ulfah geleng bersahaja.

   “ Mana ada rosak. Elok aje ni. Sekarang pukul 8.10 malam. Haa.. sama aje dengan jam dekat dinding tu..” ulas Ulfah bendul sambil tangan menuding ke arah jam di dinding. Aqmal menggeleng kesal.

   “ Fah.. kenapa buat abang macam ni?” Sekali lagi Aqmal menyoal soalan pelik. Wajah tampan itu nampak serius dengan nafas masih belum beralun stabil. Ulfah bertambah bingung.

   “ Buat apa ni, bang? Fah tak ada buat apa-apa punlah,” soal Ulfah balik. Kepalanya digaru-garu kecil. Tanpa kata dia mengheret tangan si suami menuju ke sofa. Aqmal menurut. Tubuh direbahkan di situ sebelum dengan manja dia merebahkan kepalanya pada bahu Aqmal.

   “ Sayang, sayang tahu tak abang bimbang sayang balik lambat. Abang call tak angkat. Kenapa?” soal Aqmal masih tak puas hati. Namun, nadanya lembut saja. Ulfah angkat kepalanya. Wajah si suami direnung. Seketika, dia tersenyum manja. Leher Aqmal dirangkul erat. Wajah masam Aqmal benar-benar mencuit hatinya. Laa.. sebab tu ke suaminya beria-ia tanya ‘kenapa buat abang macam ni?’. Ulfah tersengih sendiri.

   “ Alah.. Fah lupa nak cakap dekat abang tadi. Fah temankan Sufi tadi. Pergi ambil kek yang dia tempah. Tak sangka pula masa kami sampai tu, kek tak siap lagi. Terpaksalah tunggu sekejap. Then, telefon Fah tertinggal dekat dalam kereta. Fah malas nak patah balik sebab waktu tu  kami pergi solat dekat surau berdekatan. Eh, abang tahu tak hari ni birthday Aril?” soal Ulfah teruja. Aqmal menghela nafas panjang. Tangan Ulfah dicapai sebelum pandangannya singgah pada perut yang kini sarat lima bulan.

   “ Okey.. alasan Fah tu abang terima. But sayang, lain kali tolonglah bawa selalu telefon bimbit tu dengan sayang. Senang abang nak call. Kalau jadi apa-apa pada sayang macam mana? Sayang sekarang mengandung. Do you remember that? Abang betul-betul risau tadi. Tak senang duduk dibuatnya.” Aqmal membebel sendiri. Ulfah senyum lagi. Kali ni, senyuman yang lebih menawan.

   “ Haa.. tengok tu. Abang cakap, dia senyum pulak..” dengus Aqmal perlahan. Wajahnya dimasamkan sedikit. Ala-ala manja gitu.

   “ Fah senyum sebab abang bila marah dan serius macam ni, nampak macho sangat. Sumpah Fah tak tipu ni..” usik Ulfah nakal. Tangannya sudah bermain-main dengan bibir si suami. Mula-mula Aqmal tahan juga senyumannya daripada terlakar. Namun, Ulfah bijak memainkan peranan. Seketika, bibir Aqmal lebar dengan senyuman sebelum jemari yang masih mengusap lembut bibirnya dicapai lalu dikucup lembut. Ulfah senyum.

   “ Janganlah sentuh bibir seksi abang ni.. saje je kan nak goda abang?” Aqmal bersuara romantis.

   “ Eh, tak kuasa tau Fah nak goda abang. Selalunya abang yang goda Fah kan? Eleh..” Ulfah membalas dalam nada mengusik. Aqmal ketawa halus.

   Yelah-yelah.. abang admit. Tapi sayang.. promise me. Jangan buat abang risau macam tu lagi. Boleh?” Aqmal masih dengan topik asal mereka. Ulfah dekatkan wajahnya. Sekilas pipi Aqmal dikucup laju sebelum dia bangkit lalu menapak menuju ke tingkat atas. Soalan Aqmal dibiarkan tanpa jawapan. Sengaja dia hendak mendera perasaan Aqmal. Rasa seronok pula. Aqmal terkedu. Terus juga dia membontoti si isteri.

   “ Sayang..” Aqmal sudah mula merengek manja. Tangan si isteri dipegang. Ulfah berpaling. Wajahnya diriakkan selamba.

   “ Kenapa tak jawab abang tanya?” soal Aqmal lagi. Masih merengek.

   “ Nanti Fah jawab, boleh? Fah nak naik mandi..” Manja suara itu bertutur. Aqmal mula rasa lain macam.

   “ Jawablah du..” Terus terkelu bibir Aqmal bila Ulfah sudah memimpinnya mendaki anak tangga. Penuh kelembutan dengan redup pandangan memukau. Aqmal terdiam tanpa kata. Hatinya mula tunggang terbalik.

   “ Nak pergi mana, sayang?” Aqmal menyoal dengan suara garaunya.

   “ Fah ada benda nak tunjuk pada abang. Jom, ikut Fah dulu. Teman Fah mandi. Lepas tu, Fah akan tunjuk sesuatu yang istimewa pada abang.” Ulfah menjelaskan bersama kenyitan mata.

Aqmal masih menunggu isterinya selesai mandi. Duduknya sudah serba tidak kena di birai katil itu. Seketika, matanya terpaku pada susuk tubuh Ulfah yang sudah lengkap dengan pakaian tidurnya. Wajah itu nampak segar-bugar.

   “ Hai, abang..” tegur Ulfah riang bersama lenggoknya. Ulfah terus menuju ke meja solek. Krim malam dioles pada wajah. Aqmal hanya memerhati. Keningnya berkerut juga melihat riak ceria pada wajah itu. Nampak riang gembira aje Ulfah malam ni. Kenapa? Aqmal pelik. Perlahan-lahan dia bangkit mendekati Ulfah.

   Dari biasan cermin, Ulfah tahu gerak langkah tegap itu menuju ke arahnya. Senyuman dilemparkan melalui cermin di hadapan. Seketika, tubuhnya sudah hilang ke dalam pelukan Aqmal. Erat suaminya membelit tubuhnya dari belakang. Wajah Aqmal seakan menikmati haruman tubuhnya dengan mata terpejam.

   “ Wanginya sayang..” gumam Aqmal dengan suara tenggelam-timbulnya melawan gelodak hati. Ulfah senyum segaris. Dia kemudian meletakkan krim malam ke atas meja solek sebelum dia bertindak memusingkan badan. Berdiri menghadap si suami sebelum tangannya mula membelit leher tegap itu. Aqmal hanya tersenyum nipis. Baru dia nak mendekatkan wajah, Ulfah menggeleng sebelum menjarakkan wajahnya ke belakang sedikit. Aqmal tayang wajah hampa.

   “ Kenapa, sayang? Tak suka?” soal Aqmal dalam nada merajuk. Ulfah tergelak lucu. Dia mula meleraikan pelukan sebelum bergerak ke satu sudut. Tas tangan dicapai sebelum tangan mula mencapai sesuatu. Namun, belum sempat Aqmal hendak menjengah, Ulfah sudah menyorokkan benda itu di belakang. Aqmal mengeluh lagi. Wajah menunduk dengan riak rajuk yang ketara. Ulfah tahan senyum. Manja sungguh! Detik hati Ulfah lucu.

   “ Merajuklah tu..” usik Ulfah. Aqmal angkat wajah.

   “ Abang nak tengok tuuuuu…” Panjang rengekan Aqmal sambil mulutnya memuncung pada tangan Ulfah yang masih tersembunyi di belakang.

   “ Tutup mata dulu then will show ‘it’ to you.” Sengih Ulfah melebar. Saja hendak mendera hati si suami. Aqmal kerutkan wajah.

   “ Okey.” Mudah dia memberikan kata setuju. Ulfah mendekat sedikit. Wajah suami dengan mata terpejam itu benar-benar nampak comel. Ulfah merenung lama tanpa sedar. Terleka dengan keindahan ciptaan Tuhan. Aqmal berkerut kening. Lamanya kena tutup. Dia pelik.

   “ Sayang.. lama lagi ke nak kena tutup mata ni?” teguran Aqmal mengembalikan Ulfah. Ulfah tersentak sedikit. Kalut dia menstabilkan denyutan jantung yang sudah lari temponya. Aqmal mencelik sedikit matanya. Cuba mengintai wajah Ulfah secara curi-curi. Dia sudah dapat menebak. Pasti Ulfah terleka merenung wajahnya tadi. Bila Ulfah mula memandang wajahnya, cepat-cepat Aqmal katup rapat matanya. Dia tergelak dalam hati.

   “ Err.. kejap-kejap..” Ulfah kalut seketika. Nafas ditarik perlahan sebelum dia menghembusnya lembut. Terasa hembusan itu menampar wajah Aqmal.

   “ Sayang nak tunjuk apa ni? Apa yang istimewa sayang cakap pada abang tadi?” soal Aqmal bertalu-talu dengan mata terpejam.

   Something yang abang impikan selama ni. Hmm.. now tadah tangan tu.” Ulfah bersuara teruja. Dia yang nak bagi surprise, dia sendiri yang teruja. Pelik betul!

   Aqmal akur. Tangan kekarnya perlahan-lahan ditadah. Lama dia menunggu sebelum dia mula terasa tapak tangannya disapa sesuatu. Keningnya berkerut seribu. Apa eh? Macam ringan je. Detik hati Aqmal tertanya-tanya.

   “ Abang dah boleh buka mata ke sayang?” soal Aqmal lagi. Ulfah tersenyum lebar. Dia pasti suaminya tentu terharu dan gembira dengan ‘hadiah’ yang tak seberapa ini.

   “ Dah..” Ulfah menjawab pendek. Wajahnya masih setia dengan senyuman. Tidak sabar hendak menanti reaksi si suami.

    Saat Aqmal membuka matanya, dahinya bertambah-tambah lapisnya. Pelik dengan dua sampul yang berada di atas telapak tangannya. Dia spontan memandang wajah ceria si isteri. Menyoal melalui isyarat mata. Ulfah hanya membalas melalui gerakan mulutnya. ‘Bukalah’.. bahasa isyarat yang dihantar oleh si isteri.

   Tangan Aqmal mengoyak perlahan sampul putih yang pertama dan saat itu matanya hampir terjojol keluar. Ya Allah.. apakah maksud ini? Gambar imbasan bayi terletak elok dalam sampul itu.

   “ Ya Allah.. Fah..” Aqmal kelu. Matanya bersinar-sinar bahagia. Namun, lidahnya tergeliat. Speechless katakan. Benar-benar dia terkejut dengan berita ini.

   “ Fah baru pergi scan tadi. Itu pun sebab Sufi yang bersemangat sangat. Dia cakap perut Fah even baru lima bulan, tapi dah nampak macam tujuh bulan.” Ulfah tergelak sesaat. Wajah tergamam suaminya ditatap manja.

   “ Fah sendiri tak percaya. We are gonna have twins, abang,” sambung Ulfah dengan riak gembira. Aqmal yang masih kelu langsung membawa Ulfah ke dalam pelukan. Kejap tubuhnya dan tubuh Ulfah bersatu.

   “ A.. abang gembira sangat, sayang. Terima kasih untuk ‘hadiah’ yang amat bermakna ni. Sangat-sangat istimewa sehinggakan abang tak tahu macam mana nak zahirkan perasaan abang sekarang. Fah, boleh abang peluk Fah lama lagi?” soal Aqmal. Ulfah angguk dengan gelak kecil.

   “ Fah tahu. Fah pun sama.” Ulfah membalas pelukan. Pinggang si suami dipeluk erat. Lama mereka begitu. Terasa damai meresap ke sanubari.

   “ Syukur.. kita akan dapat sepasang. But, siapa yang keluar dulu Fah tak tahu..” ulas Ulfah menambah dengan gelak manja sebelum dia renggangkan pelukan. Lantas, hujung hidung suaminya dicuit lembut. Aqmal tergelak. Seketika, dahinya berkerut pula.

   “ Kenapa ni? Tiba-tiba buat muka,” tegur Ulfah sesaat kemudian. Mata Aqmal terarah pada perut membusung milik si isteri. Perlahan-lahan tangan naik melekap di situ.

   “ Mimpi hari tu..” Patah kata Aqmal cepat saja dipintas Ulfah.

   “ Mimpi tak selalunya benar, bang. Tapi, nama Annur Mardhiah tetap akan kita guna untuk baby girl. Dan kali ni.. nama baby boy, Fah serahkan pada abang.” Aqmal tersenyum mendengar penjelasan isterinya. Mengingatkan ada satu lagi sampul yang belum dibuka, Aqmal menepuk dahi. Ulfah turut sedar.

   Itulah.. seronok sangat dengan berita pertama, langsung sampul kedua diabaikan. Mujur ingat juga. Desis hati Ulfah. Anak matanya memerhatikan tangan si suami yang sibuk membuka sampul surat kedua itu. Sedikit rakus dan nampak tidak sabar-sabar.

   Dan saat berita kedua disajikan, hampir menitis air matanya. Tak sangka Ulfah menurut permintaannya itu. Tanpa kata, dia memeluk kejap tubuh si isteri. Ubun-ubun itu dikucup lama. Sukar dia hendak gambarkan perasaan bahagianya tatkala ini.

   Menerima dua berita baik dalam masa yang sama. Suami mana yang tidak gembira? Kalau boleh, dia rasa macam nak lambung-lambung Ulfah ke awan. Tapi, bila difikirkan.. kang terberanak pula bini dia karang. Lagipun, macamlah dia larat nak kendong tubuh Ulfah yang macam tong deram itu. Aqmal gelak dalam hati.

   Thanks, sayang sebab ikut cakap abang. Abang tahu Fah memang isteri yang mendengar kata,” tutur Aqmal lembut. Sinarnya jelas menampakkan cahaya kegembiraan. Ulfah senyum segaris.

   “ Fah buat sebab our babies. Nanti siapa nak jaga anak-anak Fah? Dua orang tahu? Kalau seorang, tak apalah juga. Lagipun, memang dah lama Fah tergerak hati nak tunaikan permintaan abang tu. Rupa-rupanya petanda kita nak dapat kembar. Jadi, abang kena kerja keras untuk kami. Fah dah jadi suri rumah lepas ni. Jaga abang dan anak-anak secukupnya.” Ulfah menjawab senang hati. Aqmal sudah mula menjongketkan kening. Rasanya Ulfah macam tertinggal sesuatu aje.

   “ Dan ‘layan’ abang tiap-tiap malam..” bisik Aqmal lembut sekaligus membuatkan Ulfah terbeliak biji mata. Tiap-tiap malam? Ohmai.. alamatnya dapat anak setahun seoranglah macam tu. Ulfah gelak kuat diikuti gelak garau si suami.

   “ Tapi..” Aqmal sekali lagi menunduk sedih. Ulfah pelik. Dah kenapa pula ni? Ulfah mendekat. Wajah si suami didongak sebelum dahi Aqmal dikucup lama. Berpindah pula pada kedua-dua belah kening Aqmal. Amboi.. berani semacam aje Ulfah kali ni.

   “ Fah ikut abang..” jelas Ulfah tanpa dipinta. Aqmal spontan mendongak.

   “ Serius? Sayang dah tahu?” Aqmal kaget. Ulfah angguk.

   “ Fah tahu abang serba-salah nak cakap pada Fah kan? Fah ada terdengar perbualan abang dengan papa semalam. Err.. sorry Fah curi dengar.” Sedikit rasa bersalah Ulfah berkata-kata. Bimbang sikapnya yang mencuri dengar perbualan si suami dianggap kurang wajar.

   “ Hei.. lagi senang kalau Fah dah tahu. Tak adalah abang susah payah nak susun ayat pujuk Fah pergi sana. Manalah tahu, sesetengah perempuan bersalin.. kebanyakannya nak bersalin dekat rumah sendiri,” duga Aqmal dengan kening terangkat.

   “ Jadi.. anak-anak kita nanti made in UK lah ye, bang?” canda Ulfah. Dan tika ini.. tawa Ulfah dan Aqmal bergabung. Aqmal mula tersengih nakal. Wajahnya didekatkan pada si isteri. Okey.. Aqmal dah mula buat muka ulat bulu. Serius seram!

   No.. made by Aqmal Zarief. Original..” Ulfah terpempan. Wajahnya berona merah. Terus dicubit kuat perut si suami. Mengaduh Aqmal dibuatnya. Berkerut-kerut wajah tampan itu.

   Darling.. its hurt,” rengek si suami sambil menggosok-gosok perutnya. Wajah tampan itu sudah memerah menahan perit barangkali. Ulfah yang baru hendak menjauh, mula rasa bersalah. Lambat-lambat dia berpaling.

   “ Err.. sakit sangat ke?” tanya Ulfah dengan memek muka bersalah. Aqmal angguk dengan wajah sedih.

   “ Tengok..” Ulfah terus hendak menyelak t-shirt yang dipakai Aqmal. Dan saat dia terpandangkan kesan merah yang berbekas di situ, spontan tangannya menggosok-gosok tempat yang dicubit tadi. Aqmal simpul senyum.

   “ Dah okey?” soal Ulfah. Aqmal geleng. Sengaja. Ulfah mula menggigit bibir.

   “ Habis, nak buat macam mana? Ahaa.. sapu ubat. Wait here..” Ulfah kelam-kabut. Amboi.. tak boleh si suami sakit sikit ye?

   No need, darling..” panggil Aqmal menghalang. Ulfah terhenti. Wajah Aqmal yang tersengih macho dipandang pelik.

   It just will be fine if you kiss me here..” Jari Aqmal sudah menunjuk pada bibir seksinya itu. Ulfah buat muka.

   “ Abang.. yang sakitnya perut, bukan your lips tu.” Ulfah menolak. Malu sebenarnya.

   “ Tak apa.. nanti penawar tu akan bluetooth and transfer kat perut abang juga. Hurry up, I’m waiting.. sayang,” ujar Aqmal dengan ulasan mengarutnya. Ulfah sudah mengetap bibir. Hish Aqmal ni.. siap pejam mata lagi tu. Amboi.. comelnya dia!

    Lama dia menunggu, namun langsung tiada tanda-tanda Ulfah akan menciumnya di situ. Baru dia nak membuka mata.. tiba-tiba cup!! Satu ciuman melekat pantas. Tapi.. Aqmal mula rasa perutnya yang tegap sudah geli disapa sesuatu yang lembap.

   “ Sayang.. not here..” Aqmal sudah memprotes manja. Ulfah menonong ke katil lalu merebahkan tubuhnya. Wajahnya diriakkan selamba dengan bibir tersungging senyuman lucu.

   “ Yang merahnya perut, bukan lips seksi abang tu. Jadi, Fah kiss kat situlah. Cuba tengok.. mesti dah hilang merah tu kan?” sela Ulfah lucu. Aqmal tiba-tiba jadi bendul. Terus dia selak t-shirtnya kembali. Eh.. yelah. Dah tak ada tanda merah tu lagi. Aqmal mendekat pada si isteri. Duduk dilabuhkan sebelah. Rapat!

   “ Sayang..” Meleret Aqmal memanggil. Ulfah menoleh.

   Hmm..” Manja suara Ulfah.

   “ Lepas ni, kalau nak cubit abang.. jangan cubit perut boleh? Cubit kat sini..” Terus Aqmal tunjuk bibir seksinya. Ulfah terpempan. Eh?

   “ Err.. but, why?” soal Ulfah pelik.

   “ Sebab yang sakitnya lips abang. So, penawarnya tentu dekat sini jugak kan?” Saat itu Ulfah baru tersedar. Aqmal mengenakannnya. Tak sempat dia nak bersuara, bibirnya sudah dicuri si suami. Lama!

   Ulfah terkapa-kapai mencari oksigen. Oh, mengelat eh? Aqmal gelak kecil. Serius nampak macho dengan mata sepet yang seakan-akan turut senyum itu. Bak kata orang.. ‘eye smile’.

   “ Main aci redah aje kan?” sela Ulfah bernada tegas. Namun, lembut kedengaran. Tangan Ulfah dicapai Aqmal.

   “ Abang kiss isteri abang jugak. Takkan abang nak kiss kucing dekat rumah nenek pula. Hee.. bau ikan kembong.” Aqmal menjawab bernas. Terus mati kata Ulfah dibuatnya. Tak dapat dia bayangkan andai Aqmal berbuat begitu. Kiss kucing? Oh, sangatlah tidak sesuai. Lagipun, dia akan jealous tahap superman dengan kucing yang dapat merasa bibir seksi Aqmal itu.

   “ Fah.. betul ke Fah sanggup ikut abang pergi UK?” soal Aqmal tiba-tiba mengubah topik. Wajahnya serius. Ulfah pandang wajah Aqmal itu. Pandangan yang menenangkan jiwa Aqmal.

   “ Habis tu, takkan abang nak tinggal Fah dekat sini? Fah tak nak, okey? Fah nak lahirkan anak-anak abang jugak. Kalau abang tak ada dekat Fah, sebelah Fah masa bersalin, Fah tak nak bersalin. Serius.” Okey, dia memang mengugut sekarang. Tapi, sekadar biasan bibir saja. Terbuntang biji mata Aqmal. Takkan sampai macam tu?

   “ Sayang.. takkan sampai macam tu?” cuak muka Aqmal. Ulfah gelak kuat sudahnya. Wajah si suami mencuit hati.

   “ Okey-okey.. kidding. But, kalau boleh Fah nak dekat dengan abang even masa Fah bersalin tu abang tak ada. Tak naklah sorang duduk Malaysia, sorang lagi duduk UK. Lagipun kalau Fah tak nak pergi, abang pun mesti nak heret Fah sama. Betul tak?” duga Ulfah bijak. Aqmal senyum simpul. Yes, tekaan yang tepat. Sepuluh markah untuk Ulfah Jannah.

   Totally right, dear. And will make sure, abang akan ada sebelah sayang masa sayang bersalin. Two babies at the same time. Memang tak senang, bukan?” ujar Aqmal pantas.

   Strike! So.. berapa lama kita kat sana? And why abang kena take over company dekat sana?” soal Ulfah lagi. Serius sebab topik mereka sekarang pun bukan calang-calang.

   Maybe two years. Not really sure.. will deal with papa later. But, as papa said.. almost two years. Company papa dekat UK ada bit problem. So, abang kena take over kejap. Papa cakap lepas tender yang 2 billions tu settle, then we will back to Malaysia.” Aqmal menjelaskan. Ulfah berkira-kira sendiri.

   “ Okey then. Abang anak lelaki papa kan? For sure papa harapkan abang untuk selesaikan masalah company tu. Fah akan support abang dari belakang. Cepat pusing depan..” suruh Ulfah tiba-tiba. Aqmal pelik. Pabila tubuhnya ditolak menghadap ke hadapan, dia hanya menurut. Dan seketika, tawanya terhambur kuat.

   Go-go, Aqmal Zarief. Go-go.. aja-aja huwaiting!” Ulfah menepuk-nepuk belakang suaminya. Mentang-mentang.. cakap support dari belakang, terus macam ni ragamnya eh? Ulfah Jannah, semakin lama semakin nakal. Sejurus, Ulfah sudah memeluk tubuh si suami dari belakang. Dek perut yang sudah ke depan, ianya menjadi sukar. Aqmal berkalih. Kali ini, dia pula yang memeluk tubuh Ulfah dari belakang. Erat sambil tangan melingkar lembut di perut si isteri. Peluk kuat-kuat kan, babies sakit pula. Mama babies pun sakit. Detik hatinya prihatin.

   “ Sayang.. thanks for everythings. Kalau boleh abang tunjukkan kasih sayang abang, seluas bumi ni pun belum tentu mampu nak gambarkan betapa abang sayangkan Fah. Sangat..” jelas Aqmal lalu ciuman dilabuhkan pada bahu kanan Ulfah. Ulfah tersenyum bahagia. Kepala si suami diusap lembut.

   “ Terima kasih untuk abang juga sebab dah ubah seorang Ulfah Jannah versi pemalu kepada versi baru. Hmm.. versi apa eh?”

   “ Versi nakal dan menggoda.” Cepat Aqmal memintas. Ulfah terjerit kecil. Seketika, tawa mereka bergabung. Masing-masing melayan perasaan.

   Aqmal Zarief, knowing you is the best part in my life. Ulfah Jannah yang ketandusan kasih sayang semenjak kematian mak dan babah, akhirnya rasa lengkap hanya dengan tiga insan. Nek Zaharah, Kak Nawrah dan seorang suami yang bernama Aqmal Zarief. Cukup sempurna dimatanya! Sayang awaklah, encik husband!

   Ulfah Jannah, mengenali isteri abang ini membuatkan hidup abang bagaikan selalu ditemani bintang-bintang berkerlipan. Hilanglah sayang, bermakna hilanglah satu cahaya bintang yang menerangi hidup ini. Will love you forever, Ulfah Jannah. Please always stay by my side! Forever!


   
  


  
                   

10 comments: