PeNgiKuT sEtiA..

Friday, June 7, 2013

Eh, Saya Sayang Awaklah! Bab 10


BAB 10

Ulfah tarik muka. Aqmal pula hanya mampu berdiri tegak sambil menghulurkan tangan. Tangan yang hampir lima belas minit tidak bersambut.

   Semenjak Ulfah dikhabarkan mengandung dua minggu dan semenjak Ulfah Jannah bukan lagi isteri yang pemalu seperti dulu, Aqmal pula yang selalu makan hati. Ada saja yang tak kena pada dirinya. Aqmal buntu. Sesekali, teringin pula dia sekiranya Ulfah berbalik kepada perangai lama. Yang penting, isi hati Ulfah dia dah tahu.

   “ Sayang..” Gemersik suara Aqmal tidak mampu memujuk hati Ulfah. Ulfah tetap diam membatu. Mulutnya memuncung. Matanya sudah siap menjeling si suami lagi. Tangan diramas sesama sendiri menunjukkan betapa dia geram dengan lelaki bernama Aqmal Zarief.

   “ Jom masuk.. sejuk kat luar ni,” pujuk Aqmal pada isteri yang masih duduk atas pangkin di luar rumah Nek Zaharah. Kalau siang, tak apalah juga. Ni dah malam. Dah pukul 9.00 malam. Ulfah memang buat kerja gila. Ulfah menggeleng laju.

   Aqmal mengeluh. Lantas, duduk turut dilabuhkan di sebelah si isteri. Ulfah mengengsot. Namun, perbuatannya terhenti pabila tangan sasa itu sudah memaut erat pinggangnya. Ulfah berdecit geram dalam hati.

   “ Kenapa nak jauh dari abang ni? Tak sayang abang dah?” Lembut suara itu berpuput di tepi telinga Ulfah yang lengkap bertudung Ariani. Ulfah bungkam. Mana pernah dalam sehari dia berhenti menyayangi suami dia ni. Malah.. diikutkan sayangnya pada Aqmal semakin hari semakin berganda.

   “ Diam ni.. maknanya betullah tak sayang abang kan?” Aqmal masih mencuba untuk memancing si isteri berbicara. Ulfah tetap diam. Cuma wajahnya sudah tidak masam seperti awal tadi. Sudah kurang tegangnya.

   “ Sayang.” Perlahan suara itu berbisik akhirnya. Aqmal baru nak senyum. Tapi, senyumannya tak jadi melebar bila..

   “ Tapi, tak bermakna Fah dah tak merajuk.” Terus sumbang senyuman Aqmal. Keluhan dilepaskan. Pelukan di pinggang Ulfah dieratkan sebelum dia memegang pipi Ulfah lalu memusingkan wajah itu menghadapnya.

   “ Pandang abang..” suruh Aqmal lembut. Ulfah yang tadi mengeraskan badan akur jua mendengar permintaan si suami. Kalah dengan lenggok bahasa Aqmal. Ah, cair dia dengan perlakuan Aqmal yang jelas hendak memujuk dirinya.

   “ Kenapa marah sangat ni? Pasal nama baby je pun. Okey, kalau tak suka nama abang cadangkan tu.. kita guna nama yang sayang cakap tadi.” Aqmal mula berbicara. Ulfah diam. Hanya wajah itu sudah mula berpaling sisi.

   “ Tapi..” Ulfah hendak memprotes. Matanya mula berkaca-kaca. Aqmal gamam. Ah, sudah. Takkan sampai macam ni sekali. Panik Aqmal dibuatnya. Serba tak kena duduk dia sekarang.

   “ Hei.. kenapa ni, sayang? Please look at me. What is wrong with you, dear?” tegur Aqmal kalut. Tangan Ulfah dicapai dan digenggam. Wajahnya benar-benar bertentangan dengan Ulfah kini.

   “ Abang..” seru suara si isteri. Penuh sayu. Aqmal kerutkan kening. Kenapa Fah nampak sedih sangat ni? Hatinya berbisik. Rasa sedih turut menyelubunginya. Memang pantang dia melihat raut wajah cantik itu menjadi muram.

   “ Ya, sayang. Kenapa ni?” soal Aqmal lagi. Seakan mendesak Ulfah untuk bercerita.

   “ Perangai Fah buruk kan?” soal Ulfah tiba-tiba. Memang tiba-tiba sehingga membuat Aqmal terlopong sesaat.

   “ Mana ada. Isteri abang dah cukup sempurna pada mata abang. Kenapa cakap macam tu, sayang? Tell me.. share with me,” ujar Aqmal lagi. Pipi si isteri diusap lembut. Tangan Ulfah turut singgah pada belakang tapak tangan si suami yang enak membelai pipinya.

   “ Fah.. Fah..” Ulfah sebak.

   “ Pasal nama baby ke? Abang tak kisah. Kita ikut cadangan sayang. Lagipun, baby lambat lagi nak keluar, kan?” cantas Aqmal menebak. Ulfah menggeleng lemah.

   “ Fah mimpi arwah umi dan babah.” Sebaris ayat yang meluncur dari bibir Ulfah menyebabkan Aqmal tersentak. Terus kaku dia dibuatnya. Ulfah tarik nafas panjang.

   “ Bukan Fah nak buat perangai. Tapi.. nama yang Fah sebut tadi muncul dalam mimpi Fah. Arwah umi datang dalam mimpi Fah. Dia cakap.. dia cakap.. dia teringin sangat nak pangku anak Fah yang bakal lahir ni. Tapi, dia tak sempat.” Terus kedengaran esakan kecil Ulfah. Aqmal makin panik. Tanpa kata, dia menarik si isteri ke dalam pelukan. Rapat kepala itu dibawa ke dadanya. Jadi, itulah punca Ulfah benar-benar mempertahankan nama yang dia sarankan tadi?

   “ Shh.. abang ada.. abang ada. Jangan sedih-sedih, sayang.” Pujuk Aqmal bagaikan memujuk kanak-kanak kecil. Kepala yang bertutup itu diusap penuh kasih.

   “ Arwah umi ca.. cakap pada Fah.  Anak Fah nanti letak nama Annur Mardhiah,” ujar Ulfah dalam esak kecilnya. Aqmal tersentak. Kenapa macam ada maksud lain melalui mimpi tu?

   “ Arwah umi cakap macam tu?” soal Aqmal kurang percaya. Dapat dia rasa Ulfah mengangguk kecil di dadanya.

   “ Nama baby lelaki?” soal Aqmal tiba-tiba. Spontan kepala Ulfah terangkat. Dahinya berkerut seribu.

   “ Arwah umi tak cakap apa-apa lepas tu. Bila Fah angguk setuju, terus datang wajah arwah babah tersenyum. Lepas tu, Fah dah tak ingat apa-apa.” Sambung Ulfah lagi. Wajah suaminya ditentang pelik. Aqmal terdiam beberapa saat.

   “ Abang fikir benda sama ke dengan Fah?” Ulfah bersoal curiga. Matanya dikecilkan memandang Aqmal.

   “ Fah fikir apa?” soal Aqmal balik.

   “ Err.. kita nak dapat anak perempuan. Maybe?” sela Ulfah ragu-ragu. Aqmal terangguk-angguk penuh teruja. Memang itu keinginan Aqmal. Kalau boleh anak sulungnya dia lebih suka anak perempuan.

   “ Tapi..” Ulfah mencelah lagi.

   “ Kenapa, sayang?” soal Aqmal. Sudah hilang nampaknya riak merajuk pada laman wajah si isteri.

   “ Kita tak boleh percaya seratus-peratus. Mimpi kan mainan tidur? Kalau orang-orang tua cakap.. mimpi yang betul kebanyakannya pabila kita tidur dalam air sembahyang.” Ulfah berjeda.

   “ Abang tahu tu. Tapi, mungkin juga betul kan?” selar Aqmal masih beriak teruja. Ulfah pelik.

   “ Boleh Fah tanya?” soal Ulfah. Aqmal angguk perlahan.

   “ Tapi.. sebelum tu biar abang dulu yang tanya. Hmm.. Fah dah tak merajuk ke?” celah Aqmal lagi. Ulfah tersenyum. Kemudian, dia menggeleng. Aqmal lega.

   “ Tak merajuk dah. Dapat peluk abang, hati Fah dah surut sikit.” Suara itu kedengaran malu-malu. Aqmal simpan senyum.

   “ Okey.. sekarang Fah tanya pula.”

   “ Err.. kenapa abang beria-ia nak anak perempuan untuk our first baby?” soal Ulfah. Aqmal tersengih senang.

   “ Banyak sebabnya. Kalau bagi abang.. anak sulung perempuan is more better.”

   Why?”

   “ Sebab anak sulung perempuan kebanyakannya bertanggungjawab. Penuh dengan sifat kasih sayang. Even kalau diorang dah berkahwin, rasa tanggungjawab pada adik-adik tetap ada andai mak ayah dah meninggal. Perempuan ni lebih lembut. Kalau mendidik adik-adik, banyak menggunakan kelembutan berbanding lelaki yang banyak gunakan kuasa vetonya sebagai abang. Abang tak nak anak-anak kita nanti dididik dengan cara kasar. Kalau boleh, biar dengan kelembutan. Kalau kita berkasar sekali pun, mereka akan lebih memberontak sebenarnya.” Aqmal berhujah penjang lebar mengenai pandangannya.

   “ Haa.. tapi tak bermaksud abang nak pinggirkan dan cakap anak sulung lelaki ni tak elok. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Itu cuma pendapat abang. Andai kita dah tak ada nanti.. anak sulung perempuan ni mesti lebih care pasal adik-adik dia. Dan sebab yang terakhir..” Aqmal leretkan percakapannya. Ulfah jadi tidak sabar. Okey.. sedikit-sebanyak pandangan Aqmal boleh diterima akal. Tapi, bagi Ulfah anak sulung lelaki lagi elok. Lebih tegas.

   “ Dan apa, abang?” Ulfah menyoal kurang sabar.

   “ Baju-baju untuk baby girl banyak cantik-cantik. Macam-macam fesyen.. abang suka. Ada reben, ada scarf berbunga.. comel!” Dan Ulfah hampir hendak tergelak kuat mendengar kata-kata Aqmal. Itu pun boleh jadi sebab ke?

   “ Kenapa senyum ni?” Aqmal menyoal bila dia melihat bibir Ulfah seakan-akan tersungging dengan senyuman. Pipi Ulfah kembali diusap sayang.

   “ Tak ada apa-apa. Cuma jawapan abang untuk sebab yang terakhir tu kelakar.” Ulfah tergelak kecil. Aqmal kerut kening.

   “ Apa yang kelakar ni? Abang rasa biasa je.”

   “ Tak ada apa-apalah. Tapi, kan abang.. mana-mana pun Fah tak kisah. Anak lelaki ke, perempuan ke.. yang penting baby sihat. Itu aje.” Ulfah mula menukar topik. Aqmal angguk.

   “ Ya, abang setuju. Yang penting baby kat dalam ni sihat tu pun dah cukup.” Aqmal mengusap perut kempis Ulfah. Ulfah hanya membiarkan.

   “ Abang..” panggil Ulfah lembut. Aqmal memeluk Ulfah dari belakang. Tangannya dilingkarkan pada perut si isteri. Kepalanya dijatuhkan pada bahu kanan Ulfah.

   Hmm..” gumam Aqmal perlahan. Bau haruman terbit dari celahan rambut Ulfah meskipun makhota itu bertutup elok dengan hijab.

   “ Boleh kan kita guna nama Annur Mardhiah tu?” Nah.. Aqmal ingat soal nama baby dah tutup cerita tadi. Aqmal tergelak kecil. Dia bangkit dari pangkin. Berdiri di hadapan Ulfah. Ulfah terpinga-pinga. Seketika, Aqmal menunduk dekat pada perut Ulfah. Tangan dilekapkan di situ.

   “ Assalamulaikum anak papa.. bangun kejap.” Aqmal mula berbicara dengan kandungan di dalam perut si isteri. Ulfah tahan senyum. Hanya memerhatikan tingkah Aqmal. Aqmal dekatkan wajah dia pada perut Ulfah sebelum telinganya dilekapkan di situ. Ulfah terdiam. Tangannya naik mengusap kepala si suami yang utuh melekap pada dinding perutnya. Rambut Aqmal diusap penuh kasih bersama senyuman menguntum di bibir.

    “ Mama cakap nak letak nama baby, Annur Mardhiah. Baby suka tak? Kalau baby suka.. papa setuju je dengan cadangan mama. Jadi, nama Maisarah Qadeeja tu kita drop ajelah.” Aqmal berbicara lagaknya kandungan yang baru berusia dua minggu itu benar-benar ada di hadapannya.

   “ Apa? Oh.. baby setuju eh? Alololo.. baiknya anak papa. Nah.. papa kasi hadiah.” Dan secepat itu singgah ciuman pada perut Ulfah. Lama sehingga Ulfah mula rasa ciuman itu sudah meliar. Pantas dia menolak kepala si suami dengan lembut.

   “ Apa ni tolak kepala abang?” soal Aqmal sudah mula tarik muka.

   “ Abang tulah..” Ulfah malu hendak berterus-terang. Dekat luar rumah ni kot? Kan kalau ada yang menghendap macam mana? Aqmal ni.. nakal tak bertempat. Omel Ulfah.

   “ Abang bagi baby hadiah je, sayang. Tu pun nak dengki.” Membuntang biji mata Ulfah. Seketika, Aqmal sudah ketawa terbahak-bahak. Tangan diangkat ke sisi kedua-duanya.

   “ Okey-okey.. abang minta maaf. Yelah.. manalah abang tahu mulut ni dah gatal pergi kat lain. Sorry eh?” Aqmal mulai mengaku kesilapannya. Ulfah menjeling. Gatal.

   “ Nasib baik tak ada orang nampak tahu? Gatal aje abang ni..” omel Ulfah geram. Aqmal tarik senyum.

   “ Laa.. sayang bimbang takut orang nampak rupanya. Ingatkan malas nak layan karenah abang nak bermanja,” tutur Aqmal buat-buat teruja. Wajah Ulfah sudah merona merah.

   “ Jom..” Tiba-tiba Aqmal bersuara. Ulfah terpinga-pinga. Kerlingan anak mata suaminya jelas nampak nakal.

   “ Nak pergi mana?” Lurus Ulfah menyoal. Mulut Aqmal muncungkan ke arah bilik mereka sepanjang berada di rumah Nek Zaharah. Ulfah mulai faham.

   “ Tak naklah..” dalih Ulfah malu-malu. Aqmal sudah mula menarik-narik lengan si isteri.

   “ Jomlah, sayang..” rengek Aqmal. Seketika, Ulfah sudah mula gelisah. Dia menarik tangan dia semula.

   “ Eh, sayang. Apa tu??” Tiba-tiba Aqmal bersuara panik. Ulfah tersentak. Matanya mula difokuskan pada wajah Aqmal.

   “ Kenapa, bang?”

   “ Abang.. abang nampak ada sesuatulah dekat belakang sayang tadi. Tu.. dekat bawah pokok rambutan tu.” Aqmal bersuara dengan wajah penuh ketakutan. Ulfah mula panik. Bulu romanya meremang. Tegak dia duduk tanpa mahu memandang ke belakang. Takut dan seram.

   “ Abang jangan takutkan Fah..” Suara itu sudah bergetar halus. Aqmal seriuskan wajah.

   “ Betul, abang tak tipu ni..”

   “ Bang.. Fah takut. Nak masuk..” Ulfah sudah mula hendak menangis.

   “ Shh.. jangan takut. Abang ada. Jom kita masuk bilik ye? Eh.. ada lagilah benda tu,” ajak Aqmal di samping momokan cerita bohongnya. Dalam hati sudah gelak sakan. Yes.. berjaya juga perangkapnya. Ulfah kelam-kabut. Sedikitpun Ulfah tidak menoleh ke belakang.

   Ulfah dilihatnya sudah  bersedia hendak turun dari pangkin sebelum bibir itu terjerit kecil.

   “ Aduh.. abang..” Ulfah mengaduh.

   “ Kenapa ni?” soal Aqmal yang mula mendekat rapat. Wjah Ulfah yang memegang kakinya dipandang. Jelas Ulfah nampak takut.

   “ Kaki Fah.. kena semut-semut. Abang dukung.. Fah nak masuk. Fah takut..” Ulfah mula merengek. Leher suaminya sudah dipeluk kejap. Badan si isteri menggigil kecil. Mulalah Aqmal rasa bersalah. Namun, hendak menceritakan perkara sebenar memang takkan dia buat. Kang merajuk lagi bini dia ni.

   “ Okey.. meh sini abang dukung.” Segera tubuh Ulfah dicempung. Ulfah yang sudah berada dalam dukungan itu pantas menyembunyikan wajahnya pada dada bidang si suami. Takut juga tiba-tiba ‘benda’ itu memunculkan diri. Huh, dia tak cukup kuat kot?

   “ Bang.. lajulah sikit jalan tu.” Suara Ulfah kedengaran. Aqmal tahan gelak. Macam betul je benda tu ada. Mana ada hantulah, Fah. Kalau ada pun, abang dah siap karate dah. Aqmal bersuara bongkak.

   Dan tiba-tiba prak.. bunyi sesuatu dipijak dari arah pokok rambutan menyebabkan Aqmal terpaku sesaat. Wajahnya berubah pucat. Peluhnya merenik.

   “ Bang.. kenapa berhenti ni?” Teguran Ulfah mengejutkan Aqmal.

   “ Han.. hantu..” ujar Aqmal cuak. Serta-merta dia menghayunkan laju langkahnya. Ah, sudah!
   Dalam hati tidak henti-henti dia membaca ayat suci Al-Quran. Ya Allah.. betul-betul ada ke kat belakang tu?? Hati Aqmal semakin seram. Namun, setelah melepasi pintu utama rumah Nek Zaharah.. Aqmal berdecit kecil tatkala pandangannya singgah pada bawah pokok rambutan. Ceh.. ayam nenek rupanya. Bikin ketar lutut saja. Omel hatinya sebal.

   Tapi.. dia dapat pengajaran. Pengajarannya adalah jangan suka bercakap besar. Kalau Allah nak tunjuk, kejap aje. Take note, Aqmal Zarief.

   Okey, faham tang itu. Cuma sekarang, apa yang penting aku berjaya juga buat Fah masuk bilik. Dan Aqmal gelak gatal dalam hati kemudiannya.
   

5 comments: