PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, June 29, 2013

Cinta Suci (Cerpen) Part 4


PART 4

“ Mama nak Rul kahwin dengan Ain. Walaupun kita mampu bayar denda, mama nak Rul kahwin dengan Ain.” Sebaris ayat yang cukup menggentarkan jiwa Ainul Farahin. Tidak berkelip matanya memandang wajah Puan Sri Huda yang masih tampak anggun meskipun usia sudah mencecah ke angka 50-an. Seketika pandangannya dialih pada wajah Tasha yang diam tunduk dengan wajah bersalah.

   “ Mama, are you serious??” soal Fiyrul dengan kening berkerut. Puan Sri Huda pandang wajah anak terunanya. Sebelum sempat Puan Sri Huda membuka mulut, Tan Sri Darius sudah mencelah laju.

   “ Papa tak setuju,” bangkang Tan Sri Darius. Masing-masing tercengang.

   “ Bang.. ni soal maruah, bang..” celah Puan Sri Huda memintas. Tan Sri Darius angkat tangan kanannya. Meminta ruang untuk berbicara. Masing-masing terdiam.

   “ Huda.. faham situasi sekarang. Awak kenal macam mana anak teruna awak kan? Soal agama, memang out. Kalau saya jadi bapa Ain, reject terus nak buat menantu. Macam mana kita nak kahwinkan dia selagi dia tak boleh nak pegang tanggungjawab sebagai seorang suami? Bukan mudah nak jadi suami, Huda. Dia kena bimbing Ain. Bukan, sebaliknya. Abang tak nak anak abang semakin terbeban dengan dosa. Cukuplah apa yang dia dah buat sekarang.” Panjang lebar penerangan Tan Sri Darius sambil sesekali lirikan mata itu tajam singgah pada Fiyrul.

   Fiyrul merah muka. Kata-kata papanya benar-benar memetir wajahnya. Bagaikan kulit mukanya sudah rentung kini. Ah, malunya. Apatah lagi, dia dimalukan di hadapan Ainul Farahin.

   “ Ain..” panggil Tan Sri Darius. Ainul yang menunduk sedari tadi mendongak. Wajah itu nampak muram.

   Uncle nak minta maaf dengan Ain tentang apa yang Rul dah buat. Ain tak patut terlibat dalam hal macam ni. Maafkan uncle dan keluarga. Pasal kahwin, Ain tak perlu risau sebab uncle takkan paksa. Soal denda, uncle akan uruskan. Kes ni serahkan pada uncle, uncle akan selesaikan macam mana nanti.” Bicara Tan Sri Darius menujah gegendang telinga Ainul. Ainul terdiam lama.

   Meskipun maruahnya sudah tercalar sedikit, namun dia lega. Mengahwini lelaki yang buruk laku seperti Daryan Fiyrul bakal menyusahkan lagi hidupnya kelak. Jadi, butir bicara Tan Sri Darius sudah melegakan apa yang dia fikir sedari tadi.

   “ Pa..” Fiyrul hendak mencelah. Dia bangkit. Tangan diselukkan ke dalam poket seluar bermudanya. Wajah Fiyrul tegang.

   You care about Ain, but macam mana dengan nama baik Rul?? Ain tu bukannya orang kenal sangat. Budak biasa je pun. Rul ni CEO company, pa..” sambung Fiyrul tidak puas hati. Ainul tersentak. Gila penting diri lelaki ni. Habis, nak aku kahwin dengan diakah?? Huh, memang taklah.

   “ Encik Fiyrul!!” Ainul mula bengang. Kini, dia juga turut bangkit berdiri. Wajahnya bertentang dengan wajah tampan lelaki itu. Selfish!

   What?” Fiyrul bertanya tenang. Wajahnya selamba dengan reaksi minta penampar sedas-dua.

   “ Awak maksudkan apa tadi?? Awak nak cakap mentang-mentang saya orang biasa, maruah saya tak penting. Macam tu? Mudahnya..” sinis suara Ainul. Fiyrul tetap tenangkan wajahnya.

   “ I tak cakap, you yang pandai-pandai belitkan apa yang I cakap.” Ringkas jawapan Fiyrul. Tan Sri Darius dan Puan Sri Huda saling berpandangan. Masing-masing mengeluh.

   “ Abang.. you better watch your mouth..” Tasha mencelah keras. Fiyrul menoleh. Berubah terus mukanya ditegur si adik.

   And you better shut up! Kalau bukan sebab Tasha menyibuk hal abang, hantar kawan baik Tasha ni kononnya.. abang takkan kena macam ni. Tasha diam kalau tak nak abang naik angin..” tengking Fiyrul siap dengan jari telunjuk lagi. Tan Sri Darius berang.

   Enough!!” tempik lelaki tua itu. Wajahnya membahang.

   And you, Daryan Fiyrul.. what do you want now?? Make it simple, please..” soal Tan Sri Darius bengkeng. Matanya melotot garang. Mulalah Ainul menikus. Takut!

   I want to marry her!” Lurus jari telunjuk Fiyrul menuding wajah cantik milik Ainul. Ainul terlopong. Dia menggeleng-geleng beberapa kali. Lidahnya kelu! Tak.. aku tak nak. Desis hati Ainul gelabah. Tasha juga turut terkejut. Hanya Tan Sri Darius dan isteri masih beriak selamba.

    Its not simple as that, son..” keluh Tan Sri Darius sedikit kecewa. Fiyrul menoleh. Wajahnya tayang seribu persoalan.

   But, why?” soal Fiyrul dalam nada tidak puas hati. Tan Sri Darius tersenyum sinis. Fiyrul langsung tidak faham makna senyuman itu.

   Only one question, Rul. Boleh ke Rul jadi imam Ain lepas kahwin nanti?” soal Tan Sri Darius. Cukup tenang dan kedengaran hambar soalannya itu. Gulp! Liur ditelan kesat. Lidah Fiyrul bagaikan tergeliat kini. Wajahnya terus berubah. Ainul membuang pandang ke arah lain. Dia bingung. Baru aje kenal tidak sampai dua hari, sudah namanya naik untuk menjadi calon kahwin paksa. Ah, ini Ainul Farahin. Tak ada sesiapa boleh paksa dia. Nekad Ainul dalam hati.

   “ Errr.. I will try, pa. I will..” balas Fiyrul agak kurang yakin. Tergagap-gagap.

   So, Rul tak layak.” Mudah kesimpulan yang dibuat Tan Sri Darius. Puan Sri Huda tayang muka pelik. Apa yang suami dia nak sampaikan? Fiyrul buat muka.

   “ Maksud papa? Rul tak faham di sini.” Fiyrul bertanya direct. Benaknya sudah letih dengan hentaman daripada Tan Sri Darius.

   I said.. Rul tak layak. Tak layak untuk jadi suami Ain. Malahan, tak layak untuk jadi suami sesiapa pun.” Dum! Fiyrul rasa sahamnya jatuh merudum. Kata-kata papanya penuh bisa. Tak layak jadi suami sesiapa pun? Gila kejam ayat tu! Fiyrul pandang wajah Ainul. Ingin melihat reaksi gadis itu. Namun, Ainul nampaknya berada dalam dunianya sendiri.

   How could you, pa? I’m your son!” tegas Fiyrul tercabar. “ Ma.. apa papa cuba cakap pada Rul ni?” adu Fiyrul bagaikan anak manja.

   “ Mama tak nak masuk campur.” Awal-awal lagi Puan Sri Huda tarik diri. Dia hanya memerhati saja. Apa yang suami dia cakap, mungkin itulah yang terbaik. Wajah kelat Fiyrul dijamah dengan mata tuanya. Dia tahu anaknya itu rasa tergugat dengan kata-kata Tan Sri Darius.

   Because you are my son, papa ada hak cakap macam tu. Tell me now, macam mana nak dirikan sebuah masjid kalau Rul sendiri tak ada keyakinan? Baru aje nak jadi imam, Rul dah tak yakin. Belum lagi Rul nak pikul tanggungjawab lain. Misalnya, tegur Ain bila dia buat salah. Bimbing Ain andai dia tergelincir. Diri sendiri pun tak betul, macam mana Rul nak bentuk dia? Jujur papa cakap, papa kecewa. Mana ilmu agama yang papa ajar selama ni?” sebak suara Tan Sri Darius.

   Perlahan-lahan wajah tampan Fiyrul menunduk. Dia malu. Benar kata-kata papanya. Dia tidak boleh menyangkal lagi. Tiga tahun dia alpa. Tiga tahun itu sudah cukup pelbagai dosa dia lakukan.   

   What should I do, pa?” soal Fiyrul akhirnya. Perlahan. Ainul mula angkat wajah. Dari nada itu, jelas terkandung baur kekesalan. Tapi, mungkinkah? Wajah tampan itu diamati lama. Tanpa diduga, Fiyrul berkalih pandang. Tepat memandang wajah Ainul. Dan seseketika, dahi Fiyrul bagaikan terfikir sesuatu. Ainul mula gugup. Dah kenapa pandang orang macam tu? Detik hati Ainul tidak selesa.

   “ Ain.. you?” Ainul kurang jelas dengan cara Fiyrul bercakap. You? You apa?

   Me?” Ainul soal dirinya sendiri. Fiyrul angguk laju. Wajahnya serius. Tasha dan dua susuk tubuh tua itu turut pelik. Apa yang Fiyrul nak sampaikan ni? Masing-masing berteka-teki.

   “ You kerja apa, Ain?” soal Fiyrul langsung lari daripada topik. Eh mamat ni, ingat sedang ice breaking ke apa ni? Huh! Ainul mengomel geram.

   “ Errr…” Ainul tergagap-gagap. Wajahnya berkerut seribu.

   “ Lambat!” komen Fiyrul sepatah. Ainul mendengus kecil.

   “ Tasha, Ain kerja apa?” Soalan dialihkan pada si adik. Tasha tersentak. Tapi, dia jawab jua soalan abangnya itu lambat-lambat.

   “ Ustazah..” Dan seketika.. wajah tampan itu berseri-seri.

   Bingo!!” tempik Fiyrul keriangan. Semua mata terarah padanya.

   “ Apa ni, Rul?” celah Puan Sri Huda. Pelik!

   “ Ma.. lepas ni boleh tak adakan kelas fardhu ain dekat rumah kita?” Ohmai.. soalan apakah ini? Masing-masing terlopong tanpa kata. Fiyrulkah yang menyoal?? Serius??

   “ Apa maksud abang?” Tasha menyoal kurang senang. Bagaikan dia dapat tebak apa yang berlegar di minda itu. Fiyrul pandang wajah adiknya. Dia tersenyum nipis.

   You know what have in my mind, right?” sinis soalan si abang. Tasha terlongo. Mamat ni biar betul? Tasha hampir rasa nak pitam.

   Are you serious, abang?” soal Tasha bersungguh-sungguh. Fiyrul angguk yakin.

   Damn serious!”

   Oh my god!” Komen Tasha sepatah. Ainul kerut kening. Apa yang dua beradik ni borakkan? Dia tak faham. You have lost me, Tasha.. omel Ainul sendirian.

   “ Rul, papa dan mama tak faham. Apa maksud Rul ni?” soal Tan Sri Darius. Fiyrul sudah mula berwajah serius.

   “ Pa.. kali ni Rul nak minta satu dengan papa. Okey, fine tak nak kahwinkan Rul dengan Ain. But, Rul nak sahut cabaran papa. Rul bukan tak layak untuk jadi suami sesiapa. Tapi, Rul mungkin alpa dulu. But, now Rul sedar. Tak selamanya duniawi ini indah. Rul nak berubah, pa. Mungkin tak logik, tapi itu yang Rul rasa sekarang. Rul nak berubah. Sebab tu Rul minta izin dekat rumah ni buat kelas agama untuk Rul,” jelas Fiyrul berwajah serius. Namun, terbias juga laman sedih di wajah tampan itu.

   “ Rul betul-betul ke, nak?” soal Puan Sri Huda dengan mata berkaca. Ibu mana yang tidak gembira andai anaknya bertekad hendak kembali ke pangkal jalan.

   “ Rul ikhlas nak kembali pada Daryan Fiyrul yang pernah papa dan mama sanjung dulu..” Sedih suara Fiyrul.

   “ Papa akan tunaikan permintaan Rul. Papa akan carikan seorang ustaz untuk Rul.” Tan Sri Darius membuat keputusan.

   “ Rul tak nak ustaz, pa. Rul dah ada seseorang untuk ajar Rul tentang agama Islam.” Bicara Rul memeranjatkan Tan Sri Darius dan Puan Sri Huda. Hanya Tasha yang diam. Dia tahu siapa yang dimaksudkan abangnya. Ainul masih lagi kebingungan. Okey.. dia bukan ahli keluarga ini. Jadi, dia tak perlu masuk campur.

   “ Siapa?” Serentak Tan Sri Darius dan Puan Sri Huda menyoal.

   “ Ain.” Dan sebaris nama itu membuatkan kepala Ainul berpusing 360 darjah. Dia??

   “ Awak jangan nak merepek, Encik Fiyrul,” marah Ainul. Kenapa dia pula? Tasha pandang wajah temannya. Dia rasa bersalah. Bagaikan dialah punca segalanya.

   “ Tolonglah Ain.. ini semua demi nama baik keluarga I. Alang-alang you dah tahu kisah hitam hidup I. I nak you aje yang ajar I tentang Islam,” rayu Fiyrul. Sebolehnya itulah yang dia fikirkan. Memang sepatutnya tiada istilah malu untuk mempelajari sesuatu yang amat bernilai harganya. Namun, dia tidak mahu malukan papa dan mama. Alang-alang Ainul sudah tahu bukan. Namun, ada sebab lain yang dia sendiri kurang pasti. Hanya samar-samar.

   “ Tapi, tak manis..”

   “ Siapa cakap? Dekat rumah ni ada bibik, ada mama.. kita takkan duduk berdua-duaan. You ajar I waktu minggu sahaja. Boleh kan? I akan bayar you. RM 3000 sebulan, macam mana?” Gulp! Ainul telan liur. RM 3000? Mamat ni mereng agaknya. Gaji dia pun tak mencecah ke angka itu.

   “ Ini bukan soal bayaran. Kalau kita nak ajar seseorang, apatah lagi mengenai Islam.. semuanya kena ikhlas, Encik Fiyrul..”

   “ Jadi, ikhlaskan hati you.. Ain.” Sekali lagi Fiyrul mencelah. Ainul terkelu. Dia nilah.. suka aje potong-potong orang cakap.

   “ Ain.. boleh ke Ain anggap tu permintaan uncle?” soal Tan Sri Darius mula menyampuk. Ainul tergamam. Dia lemah betullah kalau macam ni. Hukaloh!

   “ Ya.. juga permintaan auntie.” Puan Sri Huda menyokong. Kini, Ainul tersepit. Mata beralih pada Tasha. Dia buntu.

   “ Ain.. bantu abang aku..” pinta Tasha pula. Ainul terhenyak. Semua menyokong permintaan Fiyrul. Dia nak jawab apa?

   “ You setuju kan?” soal Fiyrul lagi. Naif. Ainul diam, lama! Satu-persatu wajah di hadapannya dipandang.

   “ Kalau saya tolong awak, saya tak perlu kahwin dengan awak kan?” soal Ainul melencong. Fiyrul nampak terkejut. Namun, dia kawal reaksinya. Dia angguk kecil. Perlahan.

   “ Baiklah.. setiap hari sabtu dan ahad, saya akan datang sini. Dua jam sehari, cukup?” soal Ainul polos. Fiyrul sudah tersenyum lebar. Masing-masing mengucap syukur.

   “ I rasa itu dah cukup. Terima kasih, Ain..” balas Fiyrul lega. Ainul hanya diam. Tidak tahu hendak berkata apa.

   “ Tapi, Ain.. kalau dalam tempoh itu, I berjaya buktikan diri I layak untuk jadi seorang suami.. sudi ke you terima I jadi suami you?” Sekali lagi soalan tidak terduga terluah dari bibir sensual itu. Ainul terbuntang biji mata. Manakala, tiga susuk tubuh yang turut menghuni ruang tamu itu saling berpandangan sesama sendiri. Lamarankah itu??

   “ Errr.. Ain.. Ain..” Entah kenapa, Ainul mula gagap. Dia benar-benar tidak menduga akan soalan pelik itu. Langsung tiada sebarang jawapan yang dihantar pada otaknya. Kepalanya digaru-garu kecil. Fiyrul tersenyum nipis.

   So, I guess the answer is yes,” putus Fiyrul selamba. Ainul ternganga. Hei.. dia tak cakap apa-apa pun. Memandai jelah mamat ni. Argghhhh!!



---- kisah benar, kisah ni benar-benar terjadi. :) (bersambung dan plis komen)

7 comments:

  1. Really kisah benar? Wow .... really interesting :). Nak lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kura kun ke ni??kak kura??ada kaitan..but,digubah sedikit...

      Delete
  2. great...want more
    asap kalo boleh ... if this is a true story then really great ^^

    ReplyDelete
  3. Bez..sok or lusa I wish new part wil b there.asap..

    ReplyDelete