PeNgiKuT sEtiA..

Friday, June 21, 2013

Cinta Suci (Cerpen) Part 3


Tan Sri Darius memandang tajam wajah anaknya yang enak terbaring di atas tilam empuk di bilik mewahnya itu. Memang memalukan keturunan betullah si Daryan ni. Tan Sri Darius berjalan ke hulur ke hilir menantikan si anak sedar. Kusut kepalanya tika ini. Dengan suara mendayu-dayu milik gadis yang langsung dia tak kenal lagi dari arah ruang tamu, benar-benar membuatkan dia hampir kena serangan jantung.

   Wajah diraup berkali-kali. Kecewa, sedih, marah bercampur baul menjadi satu sebatian yang cukup menyesakkan. Tan Sri Darius bergerak ke arah sofa. Duduk dilabuhkan di situ sambil matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh sasa milik Daryan Fiyrul.

   Kenapa buat babah macam ni, Rul? Kenapa? Tak cukup lagi ke ilmu agama yang babah ajar pada Rul dan Tasha? Malunya babah hanya Allah yang tahu. Tapi, babah lebih malu kepadaNya sebab babah gagal didik anak babah dengan sempurna. Memang salah babah ke Rul sebab terlalu percayakan Rul? Subhanallah.. rintih hati Tan Sri Darius sambil menangis teresak-esak.

   “ Abang..” Suara serak milik Puan Sri Huda melantun di tepi telinganya. Dia mendongak. Jelas, mata itu turut sembap. Ya, dia tahu Puan Sri Huda lagi bertambah sedih. Mahu tidak.. Daryan Fiyrul tu anak yang dia kandung selama sembilan bulan sepuluh hari sanggup memalukan dia sebegini rupa. Ibu mana yang tidak terluka? Kelukaan itu memang dalam dan mungkin sukar untuk diubati.

   “ Budak tu macam mana?” soal Tan Sri Darius seraya menyandarkan tubuh pada sofa. Mata dipejam. Terdengar helaan nafas lemah milik Puan Sri Huda. Puan Sri Huda melabuhkan duduk di sebelah si suami. Namun, sempat lagi matanya melirik pada si anak yang enak berbungkus dalam comforter. Setitis, dua titis air matanya gugur lagi. Kecewanya umi, Rul.. desis Puan Sri Huda walang.

   “ Tasha sedang tenangkan dia. Huda tak tahu nak buat apa sekarang ni, abang..” Sayu suara Puan Sri Huda. Tan Sri Darius mendengus tiba-tiba. Tubuh ditegakkan.

   “ Apa lagi, kahwinkan ajelah. Dah gatal sangat peluk cium anak dara orang. Berani buat, berani tanggung. Entah kat mana yang merenyam sangat, nak aje abang sental dengan berus besi. Sakit hati abang ni, Huda!” Tan Sri Darius emosi. Wajahnya memerah. Tambah-tambah lagi Tan Sri Darius memiliki rona warna yang putih melepak pada wajah tuanya itu. Puan Sri Huda menyentuh lembut tangan suaminya. Wajahnya digelengkan.

   “ Jangan ikutkan perasaan. Abang tak bolek tertekan, kan nanti penyakit abang tu menyerang pula,” nasihat Puan Sri Huda lembut.

   “ Baik abang mati aje daripada perlu terima hakikat anak abang buat maksiat, memalukan keluarga. Abang memang salah kan, Huda? Salah abang sebab percaya bahawa Daryan Fiyrul yang dulu cukup terjaga agamanya akan kekal dengan pendiriannya. Tapi, tak sangka anak kita pun macam sesetengah anak orang lain. Tergelincir juga daripada landasannya bila diuji sedikit..” Tan Sri Darius ketawa kecil. Ketawa yang jelas dibuat-buat untuk meredakan hati. Puan Sri Huda meramas lembut bahu si suami. Harap dapat menenangkan hati tua itu.

   “ Sabarlah, abang. Huda tahu perasaan abang. Tapi, kita kena kuat. Kita tunggu Rul sedar dan dengar penjelasan dia..” pintas Puan Sri Huda lemah. Lama juga Tan Sri Darius mencerna kata-kata isterinya sebelum akhirnya dia turut mengangguk dengan perasaan libang-libur.

****************

“ Umi.. Umi!!” Suara seseorang yang sedang menjerit nyaring dari tingkat atas membawa Puan Sri Huda pantas mendaki anak tangga. Bilik anak terunanya suatu ketika dahulu dituju.

   “ Apa ni Rul jerit-jerit? Pagi buta ni tahu tak? Baru pukul 5.00 pagi je pun,” soal Puan Sri Huda sebaik pintu bilik anaknya dikuak. Wajah Fiyrul yang jelas nampak berserabut dengan rambutnya yang kusut-masai itu dipandang geram. Mulalah hatinya panas mengenangkan apa yang anak teruna dia dah buat.

   “ Ma.. macam mana Rul boleh ada kat rumah??” soal Fiyrul kalut. Dia mula hendak bangkit dari katil. Dengan seluar pendek berwarna hitam jenama Camel dan t-shirt biru gelap elok tersarung pada tubuh sasanya.

   “ Tanya diri sendiri, Rul. Umi rasa Rul ada jawapan tu. Nyaris babah nak kena serangan jantung dengan perbuatan Rul. Tak sangka selama ni Rul buruk laku. Depan umi dan babah, pijak semut pun tak mati. Seronok sangat ke dengan dunia sekarang, Rul? Rasa macam ‘syurga’ ke? Syurga duniawi tak kekal, Rul..” Panjang lebar Puan Sri Huda merintih. Fiyrul terhenyak. Pantas dia melabuhkan duduk di birai katil dengan wajah menunduk.

   “ Jadi, umi dan babah dah tahulah?” soal Fiyrul pendek. Cukup perlahan. Puan Sri Huda menggeleng kesal.

   “ Macam mana umi dan babah tak tahu kalau Rul sendiri kena hantar balik dalam keadaan mabuk macam tu. Siap kena tangkap khalwat lagi. Apa ni, Rul? Tak tahu hukam agama ke??” soal Puan Sri Huda lagi. Cukup berjaya membuatkan Fiyrul hampir tergolek ke bawah. Matanya membuntang. Tangkap khalwat???

   What?? Tangkap khalwat? Dengan siapa, umi??” Spontan Fiyrul berdiri tegak. Riaknya benar-benar terkejut. Sekali lagi Puan Sri Huda menggeleng sebelum dia berlalu tanpa kata. Wajah tua itu benar-benar nampak kecewa.

   “ ‘Dia’ ada kat bawah..” Perlahan tapi cukup bermakna jawapan Puan Sri Huda. Fiyrul tergamam.

*******************

Fiyrul berjalan pantas menuruni anak tangga. Cuaca yang sejuk dek hujan di luar sana membuatkan dia berjalan sambil berpeluk tubuh. Siapa ‘dia’ yang umi maksudkan? Setahu dia, semalam dia hanya bersama Catherina saja. Ah, masaklah kalau kena tangkap dengan si Cate tu. Gedik yang teramat. Huh, kus semangat jelah! Omel Fiyrul berlagak bagus dan suci.

   Dia mula mengintai-intai di segenap pelosok banglo mewah milik keluarganya. Lama juga matanya menjengah ke segenap ruang sebelum dia ternampak dua susuk tubuh sedang elok berada di ruang tamu kedua banglo itu. Fiyrul mendekat sedikit. Seketika, matanya membuntang. Ni perempuan mana pulak ni? Gila cantiklah perempuan ni. Semakin dekat langkah kakinya diatur.

   Wajah yang pulas tidur itu diamati lama. Phew.. serius cantik. Tak berkelip mata Fiyrul memandang si gadis yang elok tidur di atas sofa dengan lengkap bertudung. Seketika, matanya jatuh pula pada wajah Tasha yang elok tidur dalam keadaan duduk sambil kepalanya dilentokkan pada sofa yang diduduki gadis itu.

   Takkan dia ni kot yang kena tangkap dengan aku? Tapi, perempuan ni nampak baik-baik aje. Takkan jejakkan juga kaki kat Zouk tu? Lagi satu, kenapa dia dengan Sha nampak macam rapat semacam aje? Eh, musykil ni. Fikir Fiyrul berkali-kali sambil mengurut tengkuknya yang sengal itu.

   Tanpa kata, Fiyrul mendekat lagi dan lagi hingga tanpa sedar kakinya sudah tersadung kaki si adik yang duduk berlunjur itu. Apa lagi..

   Pap! Terus tubuh sasanya jatuh menghempap si gadis sehingga hidungnya menyentuh hujung hidung milik Ain. Hampir saja bibir mereka bertemu. Tapi, nasib baik masih ‘selamat’. Kalau tak, meroyan lagilah si Ain dek bibir mungilnya sudah dicuri lelaki yang belum sah menjadi suami. Dan pada waktu yang sama..

   “ Ya Allah.. Rul!!!!” jerkah satu suara. Bergema ibarat hendak roboh aje dinding batu banglo mewah itu. Fiyrul telan liur. Gulp!! Lambat-lambat dia berpaling. Namun, sekali lagi dia terkejut bila mana tubuhnya bagaikan melayang jatuh ke bawah.

   “ Awak nak buat apa ni??” jerkah satu lagi suara. Fiyrul berpaling sambil menggosok tulang pinggulnya. Pagi ni memang acara jeritan sedunia ke? Fikirnya merepek namun tidak lama bila panahan mata yang nampak berkaca itu menjengah penglihatannya. Erk!

   So.. sorry, saya tak sengaja. Kaki Sha yang sekat laluan saya..” Tergagap-gagap Fiyrul hendak menjelaskan. Tasha pula sudah bergerak-gerak sedikit. Ain tidak menunggu lama. Sekejapan, dia sudah mencapai tas tangannya lalu tanpa sengaja tas tangan itu kuat terhayun pada wajah Fiyrul. Berdecit geram Fiyrul dibuatnya. Mahu tidak, dia sudah terteleng sehinggakan kepalanya terhantuk pada bucu meja. Paling tak boleh blah.. ada sedikit luka di situ. Hah, darah?? Fiyrul rasa macam berapi-api tika ini.

    Ain sudah pun berlari keluar. Dia perlu lari dari rumah ini. Rumah ni tak selamat selagi si makhluk miang tu ada. Tanpa memikirkan hujan lebat di luar sana, Ain teruskan juga langkah kakinya sambil teresak-esak menangis. Mengingatkan denda yang diperkatakan oleh pegawai itu, Ain rasa terhenyak sendiri. Tiga ribu.. mana dia nak cekau? Gaji bulan ni belum masuk lagi. Kalau gagal, dia akan dipenjarakan. Ya Allah..

   Mengikut Seksyen 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.   

   Tan Sri Darius panik. Begitu juga dengan Tasha. Melihat kawannya berlari tanpa arah tujuan menyebabkan dia hampir nak pitam. Segera dia menarik tubuh si abangnya bangkit.

   “ Abang, bangunlah! Tolong Sha kejar Ain..” pinta Tasha kalut. Tidak dihiraukan dah luka si abang. Apa yang penting adalah Ainul Farahin. Dia bimbang sahabatnya berbuat perkara-perkara bodoh pula. Fiyrul merungut sebal. Dahinya dipekup dengan tangan.

   “ Ain mana ni?? Abang luka ni Sha..” tegur si abang kurang senang dengan wajah dinginnya. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Tasha mendengus geram.

   “ Kalau bukan sebab perangai buruk abang, semuanya takkan jadi macam ni. Ain takkan kena tangkap khalwat dengan abang. Dan salah Sha sebab minta tolong dia jemput abang dekat Zouk!! Kalau Ain bunuh diri, macam mana??” tempik Tasha emosional. Mendengarkan perkataan bunuh diri, jantung Fiyrul berdegup laju. Tanpa isyarat, dia sudah berdesup mengejar langkah kaki itu. Namun, sempat lagi dia mencapai sweater yang tergantung di kerusi berhampiran. Tasha terlopong.

***************

Fiyrul cemas. Sudah lencun badannya disimbahi hujan. Luka di dahi juga sudah rasa semakin pedih ditimpa hujan yang lebat itu. Kelibat si gadis masih lagi tidak kelihatan. Langkah terus diatur.

   “ Ain.. Ain, you dekat mana ni?? I datang ni nak minta maaf,” laung Fiyrul bagaikan mengenali Ain sudah lama. Riaknya resah. Wajah yang lencun diraup berkali-kali. Semakin rambang kakinya diatur. Seketika, Fiyrul terpasak ke jalan raya. Bunyi tangisan seseorang membuatkan dahi Fiyrul berkerut-kerut. Dia melilau mata ke sekeliling. Dan seketika..

   Maigad..” ujar Fiyrul lalu berlari anak ke arah susuk tubuh yang sudah duduk melutut di birai jalan berhampiran dengan pondok menunggu bas.

   “ You buat apa kat sini?” tegur Fiyrul sambil turut duduk bertinggun di sisi Ain. Ain mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Dia malu. Pakaiannya kini sudah jarang menampakkan lekuk-lekuk tubuh. Sebab tu, dia terpaksa berhenti dan duduk dalam keadaan begitu. Sumpah dia rasa hidupnya tunggang-langgang kini. Ya Allah.. kalimah indah itu diucap berkali-kali tanpa jemu.

   “ Jom balik..” ajak Fiyrul lagi. Ain semakin kuat mengetap bibir. Dia takut. Memang takut terpaksa duduk di situ sorang-sorang tadi. Dalam hati, dia berdoa moga-moga Allah menghantar seseorang untuk menemani dan membantunya. Tapi, kenapa lelaki ini yang muncul? Lelaki yang sudah membuatkan hidupnya huru-hara.

   “ Saya tak boleh..” balas Ain perlahan. Cukup hiba. Kening Fiyrul terjongket sedikit.

   But, why? You nak duduk kat sini? Cepatlah.. sejuk ni. Dah lencun satu badan I dibuat you.” Fiyrul membebel selamba. Dia sudah bangkit dari duduk bertinggun. Duduk hampir dengan Ain hanya membuatkan jantungnya berdenyut semput. Bimbang juga kalau sedar-sedar dia sudah heret Ain ke dalam belukar sana. Huh, minta simpang!

   “ Saya betul-betul tak boleh..” ujar Ain sambil menunduk memandang pakaiannya yang berwarna putih itu. Entah kenapalah, dalam banyak-banyak hari, semalam juga dia nak pakai blaus putih ni? Ain menyesal. Fiyrul merengus sedikit.

   “ I nak balik, can you please stop talking ‘saya tak boleh’?? marah Fiyrul mula naik angin sedikit. Namun, suaranya tetap terkawal. Biasalah.. Daryan Fiyrul yang gentleman takkan herdik-herdik perempuan tanpa sebab kukuh selagi kesabarannya ada. Ain mula sebal.

   “ Saya cakap saya tak boleh, maknanya saya tak bolehlah!!” jerkah Ain geram. Fiyrul mula rasa tercabar. Okey, kali ni no more gentleman. Tak  boleh kan? Haa.. fine! Duduk sini sorang-sorang. Pukul 6.00 pagi buat drama tepi jalan, apa hal?? Getus hatinya meluat.

   “ Okey, fine. I balik..” Terus Fiyrul atur langkah kakinya. Seketika..

   Please, don’t. Baju saya basah, semua nampak..” Kata-kata Ain membuatkan Fiyrul kembali memasakkan kakinya ke jalan. Perlahan-lahan dia berpaling. Wajah sendu Ain yang menatapnya lama direnung. Terbit pula rasa kasihan. Hampir dia terlupa dengan warna baju Ain, kalau ditimpa hujan, tentu akan menayangkan sesuatu yang tidak patut.

   Sorry, my fault. Lain kali cakap awal-awal..” tukas Fiyrul lantas membuka sweater hitam yang membalut tubuh sasanya. Ain hanya memerhati. Ya, memang dia benci dengan lelaki ini. Tapi, dalam masa yang sama dia memerlukan bantuan lelaki itu.

   “ Guna ni..” ujar Fiyrul lagi lantas menyua sweater miliknya. Namun, Ain nampak teragak-agak hendak menyambut huluran itu. Fiyrul menggeleng sebelum dia kembali duduk lalu dengan pantas sweater itu disarung pada tubuh Ain. Kemudian, dia kembali berdiri.

   “ Dah tutup kan? So, jom ikut I balik. Subuh dah masuk. Tentu you nak solat dulu. Come..” Ain terpempan. Adakah dia silap dengar? Lelaki macam Fiyrul bercakap mengenai solat? Betulkah?

   “ I admit I jahat, but jujur I cakap.. tak salah rasanya I ingatkan you pasal solat kan?” Fiyrul menjawab bagaikan mengerti makna pandangan itu. Sekali lagi dia menggamit.

   “ Jomlah, I sejuk ni. You pakai sweater I, I pakai t-shirt ni je. Please..” pujuk Fiyrul. Lambat-lambat Ain mengikut jua langkah kaki itu. Fiyrul simpan senyum. Perempuan ni dengar kata juga eh? Bisik hatinya. Seketika, rambutnya dilurut ke belakang sebelum dia mula terjerit kecil.

   Auch!!” jerit Fiyrul sedikit. Ain menjengah.

   “ Ke.. kenapa?” soal Ain agak canggung. Fiyrul menoleh. Senyuman dihadiahkan buat Ain. Seketika, Ain terpempan. Ada lesung pipit! Kacaknya..

   “ Dahi I ni kena libas dengan handbag you tadi. So, I guess pipi I ni pun you yang buat kan?” ujar Fiyrul lantas dia kembali menghayun langkah. Agak perlahan kerana dia bimbang Ain yang masih di belakang. Ain terkelu. Eh, dia ke yang buat? Tak perasan pulak!

   “ Ain.. boleh tak you jalan depan?” soal Fiyrul tiba-tiba. Ain jongketkan kening. Curiga. Fiyrul cepat-cepat angkat kedua-dua tangannya.

   “ Serius, I bukan nak pandang apa pun dekat belakang ni. Just nak pantau you. Kan sedap-sedap I jalan, pusing belakang tengok you dah tak ada kena culik dengan hantu raya. Better you jalan depan. I akan protect you dari belakang if ada apa-apa. Boleh?” soal Fiyrul. Tanpa kata, Ain hanya menurut. Seram juga dia dengan kata-kata Fiyrul.

   Fiyrul mengggaru-garu keningnya. Payahnya perempuan ni nak bukak mulut! Desis hatinya sedikit. Seketika, lebar pula senyumannya menampakkan lesung pipit yang dalam itu. Gila cair!


p/s : hope korg suka. komen plis.. :) thanks..

9 comments:

  1. Ok ..... lain kali buat baik berpada pada

    ReplyDelete
  2. best sangat2! rasa meroyan jap kak hana.. XD cepat2 la sambung eh.. :DDD

    #i'm waiting..

    ReplyDelete
  3. hehe...dh angau kot fiyrul nih...best dek nk g sambung yer dek hana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. mungkin. thanks sis sudi baca karya hana. :)

      Delete