PeNgiKuT sEtiA..

Friday, June 21, 2013

Cinta Suci (Cerpen) Part 2


PART 2

Ain menarik nafas berkali-kali. Semput dadanya terpaksa memapah si jejaka yang masih tidak sedarkan diri. Hampir dia hilang oksigen dibuatnya. Mahu tidak.. tengoklah tubuh si Fiyrul ni. Dengan tinggi hampir 180 cm dan tubuh yang sangat sasa itu kalau nak dibandingkan dengan ketinggiannya yang hanya 164 cm, tersangatlah ketara.

   Dalam dia sibuk memapah si jejaka memasuki lif, entah macam mana si Fiyrul ni boleh tersedar dari pengsan pula. Ain automatik mengeras di dalam lif. Namun, tubuh yang masih dipapah itu tidak pula dilepaskan. Entah berapa kepuk dosa dah tergalas di bahunya dek bersentuhan dengan lelaki ini. Dia hanya mampu berserah dan memohon ampun berkali-kali daripada yang Maha Esa.

   Tubuh Fiyrul mula bergerak-gerak. Dada Ain sudah mula berdebar-debar. Sedarnya Fiyrul dari pengsan bagaikan memberi petanda tidak elok. Hatinya kuat berkata sebegitu.

   “ Cate.. auch!!” Suara yang baru ingin merengek manja itu tiba-tiba menjerit sakit sambil memegang pipinya. Wajah tampan itu berkerut-kerut. Fiyrul masih tidak sedar dia kini sedang berada dengan siapa. Digosok-gosok lembut pipinya yang sengal dan kebas itu.

   Seketika, dia mula tersedar yang dia kini masih berpegang pada tubuh seseorang. Spontan dia berkalih. Entah apa silapnya, pada masa yang sama Ain turut mengalih wajahnya ke tepi. Apa lagi.. terus tersentuh hujung hidung Ain pada dagu si jejaka. Dek tubuh Ain yang agak rendah itu, Fiyrul terpaksa menundukkan wajahnya. Matanya dipincingkan untuk mengamati wajah itu. Namun, tidak jelas pula kerana mindanya masih di bawah pengaruh sedar.

   Ain pula sekali lagi melakukan silap. Boleh pula dia mendongak wajah. Pandangan mereka berlaga tepat. Sebaik saja terpandangkan wajah si gadis, Fiyrul tanpa sedar terus menolak tubuh Ain hingga terhentak pada dinding lif. Perghh.. sengal betul belakang Ain dibuatnya. Berkerut-kerut wajah cantik Ain sambil mengusap-usap belakangnya. Okey.. kira adillah ni. Tadi, dia dah tumbuk wajah tampan di depannya ini. Sekarang.. dia pula kena hentak ke dinding. So.. kosong-kosong! Ain merungut kecil di dalam hati.

   Mata Fiyrul mencerung melihat gadis di hadapannya. Serius cantik! Hampir gelodak nafsu Fiyrul membuak-buak. Namun, dia tak boleh cepat terperangkap. Manalah tahu si gadis ini pencuri ke, perompak ke yang hendak mengambil harta bendanya dalam keadaan dia tidak sedar. Mungkin juga! Desis hati Fiyrul negatif.

   Who you are???” Suara Fiyrul sedikit kuat kedengaran di dalam lif itu. Ain terkejut. Terus dia pandang wajah tampan itu lama. Sedikit terkulat-kulat dia kini. Mahu tidak.. berdua-duaan dengan seorang lelaki tampan di dalam lif. Tak pernah dibuat dalam hidupnya selama 25 tahun ini.

   “ Err.. saya kawan Tasha. Tasha adik awak kan?” soal Ain gugup. Mata Fiyrul masih tajam memandangnya. Lelaki itu mula mengurut-ngurut tengkuknya. Lambat-lambat si lelaki angguk dengan wajah masam. Sekali lagi dia nak bersuara, namun kesakitan di pipinya membantutkan segalanya.

   “ You.. auch!!” Fiyrul mengusap-usap pipinya. Wajahnya memerah menahan sengal. Ain mula rasa bersalah. Tangan diramas satu sama lain. Dia teragak-agak hendak menyoal.

   “ Ss.. sakit sangat ke?” soal Ain akhirnya. Fiyrul yang masih sibuk menggosok-gosok pipinya mula memfokuskan pandangan pada Ain. Dia mula tebak sesuatu.

   “ You ke yang buat ni?” soal Fiyrul tegas sambil menuding pada pipinya yang mungkin sudah bengkak itu. Ain tersentak. Lidahnya mula tergeliat. Pandangan Fiyrul semakin menggerunkan bila Ain masih tidak menjawab pertanyaannya. Ain semakin gelisah. Ya Allah.. aku nak jawab apa ni?? Sha.. tolong-tolong, aku takut dengan abang kau ni! Ain panik. Fiyrul mendekat tiba-tiba. Memerangkap Ain yang kini sudah tersandar rapat pada dinding.

   Fiyrul angkat tangannya. Tika ini, jantung Ain bagaikan ingin tercampak keluar. Mamat ni nak tumbuk dia balik ke? Sumpah dia tak bersedia tika ini. Janganlah wahai Encik Daryan Fiyrul bin Darius, saya ni kaum yang lemah. Ain menggelabah sendiri. Tangan sasa itu hampir menyentuh wajahnya. Ain menghadang dengan tangan kirinya.

   “ En.. encik janganlah tumbuk saya. Saya tak senga..”

   You are so beautiful. Damn beautiful!” Dum! Ain rasa nak pitam sekali lagi. Tak sempat dia nak habiskan ayat. Elok saja mamat sengal ni landing atas tubuhnya yang tersandar pada dinding itu. Siap tangan sasa itu melekap kemas pada pipinya bagaikan membelai. Terbuntang biji mata Ain. Ya Allah.. sekali lagi dia berdosa!

   “ Encik! Bangunlah.. Ya Allah, beratnya..” Ain menolak-nolak tubuh itu. Namun, langsung tiada reaksi dari si jejaka. Hanya kedengaran suara Fiyrul meracau-racau saja. Dia buat balik dah.. desis hati Ain geram.
   Elok saja Ain nak bersuara lanjut, pintu lif terbuka. Di situ, dia lihat ada beberapa orang lelaki yang memakai baju yang bercop….

   Ohmai! Pegawai pejabat agama! Ketiga-tiga pasang mata itu melekat kemas pada wajah Ain dan Fiyrul yang mula bertindak gila memeluk pinggang Ain. Dek rasa terkejut, Ain langsung tidak sedar. Di sisi ketiga-tiga pegawai itu kelihatan sepasang pasangan kekasih. Mungkin pasangan yang baru saja dicekup. Ain menutup mulutnya dengan tapak tangan. Mata dipejam rapat. Mimpi ni.. mimpi! Ujar hatinya. Namun, bila dia membuka mata, wajah-wajah itu masih setia memandangnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

   “ MasyaAllah.. dalam lif pun jadi ye? Apa nak jadi dengan umat akhir zaman ni!!” Salah seorang bersuara. Ain rasa nak rebah! Ya Tuhan.. Fiyrul tiba-tiba angkat wajahnya memandang ke luar lif lalu dengan selamba dia mengheret tubuh Ain yang sudah lembik itu.

   What the heck? Please.. I nak lalu ni. Come.. Cate..” Fiyrul bercakap bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Mulalah salah seorang pegawai yang memakai tag nama Nizam itu rasa nak hempuk kepala Fiyrul.

   “ Encik!!” Tegas Suara Ustaz Nizam bergema. Fiyrul yang baru hendak melangkah berpaling. Wajahnya menayang seribu kerut. Ain di sebelah dipandang. Catherina! Hanya nama itu di benaknya. Payah sungguh kalau dah mabuk ni. Semua tak sedar! Itulah.. minum lagi air syaitan tu. Huh!!

   Ain masih lagi tergamam. Langsung tiada sepatah kata keluar dari bibir itu. Hanya nampak ketara sekali bibirnya bagaikan terketar-ketar halus.

   Did you talking to me?” soal Fiyrul dengan lenggok suara mabuknya. Ustaz Nizam mendekat. Lengan sasa Fiyrul dipegang kemas. Fiyrul jeling tajam tangannya yang dipegang itu. Apa hal nak pegang-pegang ni?? Grr..

   “ Encik dan cik yang bertudung ala-ala ustazah ni.. sila ikut saya ke balai..” Sedikit menyindir suara Ustaz Nizam di situ. Ain hampir tumbang. Namun, Fiyrul cepat menampung tubuh itu.

   “ Cate.. what is wrong with you, dear?” Suara Fiyrul menerjah ke gegendang telinga Ain. Ain mula rasa berdengung! Lelaki ni dah menyusahkan dia. Dia spontan merentap tangannya kuat.

   I’m not Cate! Chaty, Catherina.. and what so ever Cate! I’m Ainul Farahin! Did you understand that??” jerit Ain geram! Seketika, dia melorot jatuh sambil menangis tersedu-sedan. Dia sudah nampak masa depannya seakan musnah. Ya Allah.. Ain meraup wajahnya. Fiyrul masih lagi pelik. Langsung dia tidak faham apa-apa di sini. Dia menggaru-garu kepalanya. What happened here? Desis hati Fiyrul sebal. Sejurus, tubuhnya pula yang melorot jatuh di sisi Ain.

p/s : thanks sudi baca. pendek sikit. wait for the next part of CINTA SUCI! :) 

8 comments:

  1. best dek...cian kat ain tk semena musibah yg menanti bile kuar dr lif...mmg rase nk putus nyawa nih...smbg dek akk nk lg...

    ReplyDelete
  2. nak lagi.. kna tangkap basah la depa..hehe

    ReplyDelete
  3. Best2! Fyrul tu bengong sikit... Kesian dekat ain,x pasal2 dia yg kena.. Cepat sambung eh kak! :DDD

    ReplyDelete
  4. Best nk lgi..
    -RHAZ

    ReplyDelete
  5. malang btol nasib ain ni. xpasal2 kena tangkap dgn si fyrul ni

    ReplyDelete