PeNgiKuT sEtiA..

Wednesday, June 19, 2013

Cinta Suci (Cerpen) Part 1


Cinta Suci
Oleh : Hana Efryna (Cerpen)

PART 1

Malam semakin merangkak pergi. Kota metropolitan itu bagaikan sesak dengan kenderaan yang bersusun turut mengharungi kesesakan lalu lintas. Jam dikerling. Alamak, sudah pukul 11.00 malam. Esok kena pergi mengajar lagi.

   Sudahlah kelas agamanya dengan murid tahun lima itu seawal jam lapan pagi. Mana boleh lewat langsung. Apatah lagi dia baru saja menjawat jawatan sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah itu. Uih.. kena tunjuk contoh yang baiklah. Bukannya datang lewat. Nanti kena cop besar kepala pula!

   Kepala yang dilapisi tudung digaru-garu kecil. Dahinya berkerut-kerut seribu memikirkan dia kini masih lagi terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Pandangan dibuang ke luar tingkap. Ya Allah.. gilalah. Bersusun kereta bagaikan semut-semut kecil di matanya. Memang teruk macam ni. Getus hati si gadis dengan wajah sedih.

   “ Cate.. baby..” Suara rengekan seseorang membawa Ainul Farahin ke alam nyata. Seketika, dia menepuk laju dahinya. Subhanallah.. hampir dia terlupa dengan siapa dia berada sekarang. Melihat jejaka yang dia langsung tidak kenal itu seakan ingin menerkam padanya, pantas Ain menjarakkan tubuhnya rapat ke sisi pintu. Wajah manisnya berubah cuak.

   “ Encik.. encik jangan macam ni! Nanti saya cakap pada Tasha kalau encik macam-macam dengan saya!” Kalut suara Ain melarang. Namun, si jejaka masih lagi di bawah pengaruh alkohol. Wajah itu tersenyum-senyum di bawah separa sedar. Wajahnya didekatkan pada Ain.

   Catherina! Hanya nama itu dan wajah itu yang dia nampak kini. Wanita yang sentiasa menggoncang nalurinya. Wanita yang bukan seorang isteri kepada Daryan Fiyrul, tetapi cuma sekadar wanita yang dipergunakan untuk melepaskan nafsu serakah. Wanita yang belum halal atau lebih tepat adalah perempuan simpanan.

“ Cate.. why you macam ni, darling? Biasanya you tak pernah menolak. Come, baby. Give me a kiss? Just one kiss, here..” Fiyrul masih lagi lagi merepek-repek sambil bermain-main dengan bibirnya sendiri. Wajahnya memerah. Mungkin penangan minuman keras itu. Bau mulut usah dikata. Hampir hendak pengsan Ain dibuatnya. Gila busuk! Ain semakin panik. Tangan si jejaka sudah mula menyentuh pipinya.

   Ya Allah.. Ain berulang kali menyebut kalimah itu. Berdosanya aku. Bersentuhan dengan bukan muhrim. Sedaya-upaya dia menepis sentuhan itu. Menyesal sungguh dia berbuat baik kepada lelaki ini dan mengikut kata sahabatnya.

   “ Cate.. I miss you, sayang. Stay with me tonight..” Fiyrul masih lagi meracau kecil. Seketika, tawa garau itu terhambur menampar gegendang telinga Ain. Gila ke apa sekejap bercakap, sekejap gelak? Ain menggerutu lagi.

   “ Cate..” Tangan si jejaka sudah mula hendak meraba pahanya. Ain menepis kuat dengan wajah geram. Giginya diketap kuat.

   “ Encik jangan sampai saya tumbuk encik!!” jerit Ain panik sebelum tanpa sedar dia sudah melepaskan satu tumbukan kuat di wajah tampan itu. Dush!! Terbelalak mata Ain memandang tangan kecilnya. Serius ke dia tumbuk anak orang? Serius ke??

   Ya Allah.. dia panik. Wajah si lelaki sudah menjauh dengan mata terpejam rapat. Ain intai sedikit. Kali ni dia rasa nak pitam. Pengsan?? Kuat sangat ke?? Sha.. aku nak buat apa ni?? Ain merintih sambil menghantuk-hantukkan kepalanya pada stereng. Sempat lagi dia mengerling wajah yang sudah tidak sedarkan diri itu. Pipi lelaki itu nampak lebam.

   Tak sangka kuat jugak tangan aku ni. Ain menilik tangannya lama sebelum kepala kembali dihantuk-hantuk perlahan ke stereng.

*************

Imbas kembali.. ( Satu jam sebelumnya)

   Tadi.. sewaktu dia sedang duduk senang-lenang di rumah sewa, sahabat baiknya menelefon. Meminta pertolongannya. Katanya, si abang mabuk di sebuah kelab malam. Nasib baik sewaktu dia sampai, si mabuk ni dah siap bertenggek kat luar kelab tu dengan dipapah seorang wanita yang memang seksi habis. Uih.. juling biji mata!

   “ Ain.. tolong aku, please..” Suara yang sudah serak-serak bagaikan sedang menangis di hujung sana. Ain pantas menegakkan tubuh yang santai menonton televisyen. Jantungnya berdebar-berdebar.

   “ Kenapa kau ni, Sha?” soal Ain kalut. Seketika, suara si Tasha sudah beralun sendu. Teresak-esak sedih sehingga membuatkan Ain juga bagaikan mahu menangis. Dia memang pantang kalau orang menangis, pasti dia juga akan turut hendak menangis. Satu tabiat peliknya.

   “ Abang aku, mabuk lagi. Ain, aku betul-betul perlukan pertolongan kau. Kau tahu aku tak ada kat Kuala Lumpur sekarang ni kan?” Soalan Tasha dijawab Ain tanpa rasa ragu. Abang dia mabuk, dia telefon aku kenapa? Namun, sempat lagi Ain berfikir aneh.

   “ Tahu..”

   “ Kau boleh tolong aku?” soal suara yang masih menangis itu. Ain berkerut kening. Tolong apa?

   “ Tolong? Tolong apa ni, Sha?” soal Ain mula tidak senang duduk.

   Pick up my brother at Zouk.” Dum!! Ain rasa macam nak tumbang ke lantai. Zouk? Err.. bukan ke tu kelab malam tersohor di kota besar ini? Tasha ni gila ke apa? Dia tak pernah jejak kaki kat situ kot.

   “ Sha! Kau ni demam ke apa? Kau sedar tak apa kau cakap ni?” Ain gelabah. Suaranya naik satu oktaf. Tasha diam agak lama. Hanya suara tangisannya masih kedengaran.

   “ Aku sedar, Ain. But, I have no choice. Abang aku mabuk teruk kat Zouk. Aku tak ada kat Kuala Lumpur. Biasanya kalau dia mabuk, aku yang akan bawak dia balik apartment dia. Aku tak nak babah dan umi tahu perangai abang aku macam tu kat luar. Please, Ain..” rayu Tasha bersama penjelasan panjang lebarnya. Ain terhenyak.

   “ Dia.. dia pergi ke sana dengan siapa?” soal Ain tergagap-gagap.

   “ Dengan salah seorang perempuan simpanan dia. Maybe Cate. Sebab dia yang call aku,” balas Tasha sebak.

   Entah kenapa abangnya itu boleh tergelincir jauh dari landasan agama. Semenjak Daryan Fiyrul pulang dari England tiga tahun lepas, perangainya berubah sama sekali. Kaki pemabuk, kaki perempuan. Cukup pakej! Mungkin abangnya itu terkena kejutan budaya. Apatah lagi usianya tika itu hanya 23 tahun.

   “ Habis, suruhlah si ‘kucing’ tu bawak balik abang kau. Kenapa aku?” soal Ain tidak puas hati. Si cat manalah abang Tasha angkut ni. Pelik juga ada orang nama cat. Unik sungguh! Ain sudah mula dengan bendulnya. Terdengar helaan nafas di hujung sana.

   “ Catherina, Ain. Bukan cat yang stand for kucing tu..” Perlahan suara Tasha memperjelaskan. Oh.. tu ke? Ain mula faham. Sempat dia beristighfar kerana memperlekehkan nama orang tadi.

   “ Ain.. tak semudah tu nak benarkan Cate bawak balik abang aku. Satu hal dah mabuk, nanti ditambah lagi dengan dosa berzina. Aku tak nak abang aku menyimpang jauh, Ain. Kalau dah mabuk ni, kau faham-faham jelah. Si Cate tu pula jenis miang keladi jugak.” Suara Tasha kedengaran lagi. Ain semakin buntu. Eh, pelik. Nak pula si Cate tu call Tasha semata-mata nak bagitahu si kekasih hati sedang mabuk. Okey.. sungguh dia tak faham di sini.

   “ Sha, aku nak tanya ni. Cate tu call kau bagitahu abang kau mabuk? Macam tak logik aje,” soal Ain pelik. Dahinya digaru kecil.

   “ Apa yang tak logik, Ain kalau aku dah sogokkan wang pada dia? Nak suruh dia tinggalkan abang, mahu aku kena hamun dek abang aku tu. Jadi, aku cuma mampu deal dengan Cate macam tu aje. Dia boleh teruskan hubungan dengan abang aku selagi aku belum mampu ubah abang aku. Tapi, aku takkan benarkan dia usung abang aku ke bilik dan tambah lagi satu dosa besar. Kalau bab minum arak tu, aku tak tahu macam mana nak nasihatkan abang. Dia macam dah ketagih, Ain.”

   Sedih dan sebak suara Tasha mengadu. Mulalah Ain rasa simpati. Ya Allah.. teruknya perangai abang si Tasha ni. Tak sangka! Tasha bukan main bertutup sana-sini. Tapi, abang? Huh, wallahualam. Malas nak kutuk-kutuk ni! Nauzubillahiminzalik! Ain mengomel sendirian.

   “ Sabarlah, Sha. Nak buat macam mana.. dia belum dapat hidayah lagi tu.” Ain bercakap bagaikan dia mengenali makhluk Allah yang bernama Daryan Fiyrul itu.

   So, kau boleh tolong aku ke tak, Ain?” Masih lagi menagih jawapan dari si teman. Berharap jawapannya positif. Ain mula rasa serba-salah. Hampir dia terlupa dengan permintaan temannya itu.

   “ Sha.. aku rasa aku tak bolehlah..” Akhirnya Ain memberi kata putus. Tasha mengeluh hampa.

   “ Tak apalah, Ain. Maaf ganggu kau malam-malam ni. Nanti aku cuba ikhtiar cara lain. Assalamualaikum..” Terus temannya memutuskan talian. Dia tahu Tasha kecewa. Tapi.. dia tak pernah jejakkan kaki ke tempat sebegitu. Ain termenung sendirian. Lama dia berfikir-fikir.

   Kalau aku tolong Tasha, bermakna aku mungkin dah kurangkan dosa abang Tasha daripada melakukan zina. Sebagai seorang yang tahu agama, aku sepatutnya bantu Tasha. Bantu Tasha untuk elakkan abangnya dari melakukan zina. Melakukan satu lagi dosa besar yang dimurkai Allah. Bukankah itu juga tanggungjawab sesama Islam? Membantu dan menghalang saudara Islam dari terus melakukan dosa.

   Ya Allah.. apa yang patut aku lakukan? Ain buntu. Seketika, dia mula mencapai kembali telefon bimbitnya. Mungkin ini lebih tepat.

   “ Assalamualaikum..” Ain memberi salam. Panggilan sudah pun bersambung tidak sampai satu minit.

   “ Waalaikumussalam, Ain..” jawab Tasha masih dengan suara sedihnya. Ain tarik nafas perlahan. Cuba untuk bertenang.

   “ Zouk tu kat mana?” soal Ain terus sekaligus menyebabkan Tasha sedikit terjerit.

   “ Ain, kau sanggup tolong aku??” Tasya menyoal penuh teruja. Riaknya benar-benar menunjukkan dia kelegaan. Ain terdiam seketika sebelum bersuara kembali.

   “ Aku tak tahu Zouk tu kat mana. Kau bagitahulah..” Jawapan Ain sekaligus membuatkan Tasha mengucapkan syukur. Sungguh, dia tak sangka Ain setuju dengan permintaan gilanya itu. Syukur Ya Allah.. ucap Tasha berkali-kali.

2 comments: