PeNgiKuT sEtiA..

Monday, June 3, 2013

Benci Berganti Cinta (Cerpen) Part1



Benci Berganti Cinta
Cerpen : Hana Efryna

Part 1

Hujan turun dengan renyai-renyai membasahi bangku yang diduduki oleh seorang perempuan. Bagaikan leka dengan dunia sendiri, susuk tubuh itu langsung beku tanpa niat untuk mengelakkan diri daripada disimbahi rintik-rintik hujan. Masih pegun dengan genangan anak mata sayu. Jauh merenung ke hadapan.

   “ Kat sini rupanya kau??” Teguran keras seseorang memaksa susuk tubuh itu berpaling sejenak. Memandang gerangan yang menegurnya di bawah teduhan payung itu. Sejurus dia kembali berpaling ke posisi asalnya. Sekadar menganggap insan yang menegurnya bagaikan angin lalu. Jelas menunjukkan riak bosan. Harap-harap si dia faham.
   “ Wei.. kau dengar tak? Aku cakap dengan kau ni!!” Suara itu membentak lagi. Si gadis berang. Dengan rakus, sisa air mata disapu sebelum dia bangkit berdiri dengan pakaian yang sudah lencun. Menampakkan lekuk-lekuk di tubuh. Langsung lupa insan di hadapan adalah seorang lelaki. Okey, diulang.. lelaki!

   “ Aku dengar dan sekarang aku nak kau pula yang dengar. Kau, tolong balik. Cakap dekat mama, jangan buat-buat risau dengan hal aku.” Si gadis membentak kasar.

   “ Yang kau degil sangat ni kenapa? Hei, kalau bukan sebab umi long yang suruh aku jenguk kau kat sini, tak ada maknanya aku nak susahkan diri tahu tak?? Beragak sikit!!” Si Teruna turut tak mahu mengalah. Terhela dengusan nafas kasar dari bibir itu. Dadanya berombak ganas.

   “ Zachry Arfan bin Datuk Zaquan!!!” Melengking kuat suara si gadis. Merah padam wajahnya membendung marah. Si teruna buat muka tak ada perasaan.

   “ Kau tak payah nak tunjuk garang sangatlah. Sikit aku tak gentar. Siap sebut nama penuh aku konon. Wei, kau nak balik ke tak nak ni atau kau nak aku seret kau??” hambur Arfan berang. Sepupunya itu sudah dilihat kecil macam semut saja. Nak aja dia pijak-pijak sampai lumat.

   Ini semua umi punya kerja. Dah tahu dia dan perempuan bernama Dayang Annur Mardhiah ni tak sekufu. Nak juga arahkan dia yang pergi cari malaun ni. Nasib baik aku fikir pasal umi long aje. Kalau tak.. memang sampai tahun 2020 aku takkan jejak kaki kat sini. Huh!!

   “ Aku tak nak balik!!” dengus Mardhiah kuat sebelum dia mula melangkah
meninggalkan Arfan tercegat bagaikan tugu.

   Arfan naik angin. Rasa suhu dah mencanak naik. Tangan dikepal kuat. Sekelip mata Arfan terkebil-kebil melihat susuk tubuh yang sudah mendesah sakit itu. Jatuh tersembam bagaikan nangka busuk. Sungguh, dia langsung tak sedar kalau tolakan di bahu gadis itu terlalu kuat sehingga menyebabkan Mardhiah tersungkur menghempap batu-batu kecil. Ah, tenaga seorang lelaki memang tak dapat disangkal. Spontan payung yang dipegang terlepas ke tanah. Arfan bergegas menuju ke arah Mardhiah.

   “ Dhiah.. kau okey??” soal Arfan gelabah. Mardhiah menoleh dengan pandangan berkaca. Telapak tangannya sudah melecet. Tanpa menjawab soalan Arfan, Mardhiah bangkit. Sejenak dia menentang tajam renungan pemuda kacak itu sebelum dia berlari anak meninggalkan Arfan.

   “ Dhiah!!” jerit Arfan panik. Dah ke mana pula minah tu nak pergi? Dahlah hujan ni, baju aku pun dah basah. Arfan mendengus bengang. Menyusahkan betullah!!

Zachry Arfan masih lagi mencari-cari kelibat Mardhiah.  Habis lencun bajunya ditimpa hujan. Payung melayang ke mana pun dia dah tak ambil kisah. Terngiang-ngiang suara tangisan umi long tadi membuatkan dia merasa sudah menjadi tanggungjawab dia untuk membawa pulang gadis keras kepala bernama Dayang Annur Mardhiah.

   Mana minah ni pergi ni? Kalau tak menyusahkan orang sekeliling dalam masa sehari tak sah gamaknya. Desis hati Arfan sambil mengibas-ngibas rambutnya yang basah. Wajahnya bekerut-kerut menahan marah. Kaki dihalakan meliar. Bebola mata pula bergolek ke sana ke mari mengesan si gadis keras kepala. 

   Seketika, anak matanya tertancap ada sesusuk tubuh yang sedang duduk bertinggun bawah pokok rendang yang terdapat di taman itu. Kaki diatur rakus. Mardhiah masih leka sehingga tidak sedar kehadiran Arfan. Sesekali tangan si gadis naik menyeka sisa air mata.

   “ Hoi.. dari tadi aku ca..” sergah Arfan sebelum dia terkaku dengan sendirinya. Mardhiah panggung wajah bersama genangan air mata. Mata Arfan jatuh pada tangan si gadis yang dah mula menitiskan darah merah. Renungan anak mata si gadis bagaikan menyampaikan maksud bahawa dia dalam kesakitan. 

   Arfan mula rasa kakinya seakan lembik. Ah.. susahnya kalau tak boleh tengok darah ni. Kepala mula berpinar-pinar. Tangan digenggam kuat untuk mencari kekuatan. Kenapalah lelaki semacho dia mempunyai kelemahan sebegitu? Arfan mula berpaut pada batang pokok. Ya Allah.. Ya Allah.. dia menyebut kalimah indah itu berkali-kali. Berharap dia diberi sedikit kekuatan untuk bertahan.

   Masakan dia mahu pengsan tertonggeng dekat sini. Habis, siapa yang bertanggungjawab nak bawa minah ni balik?? Tak, aku tak boleh pengsan dulu. Kalau nak pengsan, pengsan dekat rumah umi long. Lepas minah ni dah selamat smpai kat rumah dia. Tak boleh pengsan sekarang. Memang tak boleh! Hati Arfan membisik penuh semangat. Perlahan-lahan kakinya melangkah. Cuba untuk bertahan meskipun pening semakin bergayut. Kaki dah lembik macam agar-agar dah. Ah!!! Tahan, Arfan. Kau boleh. Darah je pun?

   “ Ba.. bangun..” Suara Arfan sudah teketar-ketar dek rasa gerun melihat telapak tangan yang masih dilapisi darah merah pekat itu. Mardhiah  pekakkan telinga. Hanya sesekali esakan kecil kedengaran berlawan dengan bunyi hujan yang merintik keras.

   “ Ba.. bangun, Dhiah. Kau dengar tak aku cakap ni??” Suara Arfan naik satu oktaf. Oh, janganlah uji tahap kesabaran dia yang semakin tipis ini. Mardhiah masih dengan degilnya. Membiarkan Arfan terusan bercakap bagaikan orang hilang akal. Dia bukannya tak tahu kelemahan lelaki itu. Dia tahu sangat. Malah, arif. Tapi, bukan dia sengaja nak pergi lukakan tangan sendiri sampai berdarah? Dah mamat tu yang tolak dia tadi! Lagipun, dia tak suruh pun Encik Zachry Arfan ni cari dia sampai ke sini. Huh!

   “ Aku tak nak. Kau balik. Nanti kau pengsan dekat sini, satu kerja pula aku nak golek-golek kau sampai rumah umi su. Kau baliklah!!” marah Mardhiah sebal. Malah semakin sebal bila lelaki itu langsung tak meminta maaf kerana menolaknya sehingga luka tadi. Dasar monyet hutan! Tak ada perasaan. Gerutu Mardhiah penuh amarah.

   “ Eh, apa hal pula kau nak golek-golek aku macam sampah ni??” jerit Arfan kerana bimbang suaranya tidak didengari Mardhiah. Maklumlah, kan tengah hujan menggila ni. Hanya orang gila macam dia dan Mardhiah aje yang duduk tengah-tengah alam di bawah payungan hujan ini.

   “ Sebab kau tu berat. Nak angkat, memang taklah. Dahlah, kau sana. Balik!!” herdik Mardhiah berang diselangi tangisan kecil yang tak surut lagi. Gadis yang berusia 24 tahun itu nampak saja comel dan tenang. Padahal, garang mengalahkan mak gorilla. 

   “ Dhiah, kau nak dengar cakap aku tak?? Tu.. tengok tangan kau tu.. Aduh! Fan.. kuat. Kuat, Zachry Arfan. Kau lelaki!!” Tiba-tiba Arfan rasakan kepalanya berdenyut sakan tatkala anak matanya singgah pada tangan yang melecet milik Mardhiah. Mata dipejam berkali-kali. Sempat lagi dia menyuruh dirinya kuat. 

   Tarik nafas, hembus. Okey.. kau dah tenang sikit kan? Ya, kau boleh.. Fan! Bisik suara hati menyambung pula.

   “ Tu.. tengok tangan kau tu.. dah ber.. berdarah dah. Kau tak rasa pedih ke bila tangan yang luka macam tu kena hujan ni lagi?? Nak seksa diri??” marah Arfan. Menyebut perkataan ‘berdarah’ pun dadanya bergempita seram. Mardhiah kerling tangannya sendiri sebelum dia kembali memandang wajah Arfan, sepupu yang tua tiga tahun dari usianya.

   “ Yang ni ke??” soal Mardhiah keras sambil mengunjukkan sedikit telapak tangan kirinya yang jelas berdarah itu. Sengaja! 

   Teruk juga melecet. Arfan terbuntang biji mata. Ah, aku nak pengsan. Aku nak pengsan. No-no.. tak boleh. Tarik nafas.. hembus. Okey.. tarik lagi.. hembus!! Arfan panik. Wajah yang lencun ditimpa hujan diseka pantas. Jantung berdetak bagaikan sedang bermarathon.

   Si sengal ni dah tahu kelemahan aku, boleh pula dia tadahkan tangan dia macam tu. Memang nak minta penendang sulung sungguhlah minah ni! Grrrr..

   “ Tu.. turunkan tangan kau. A.. aku pening ni. Kau ni kenapa? Dah tahu tu kelemahan aku. Nak juga kau sua-sua tangan kau macam tu. Arhhhh!!!” jerkah Arfan kelam-kabut. Mardhiah cebikkan bibir lantas tangan djatuhkan kembali. Malas dia nak kenakan si lelaki lama-lama. Kalau pengsan, dia juga yang bakal disusahkan oleh Zachry Arfan ni a.k.a monyet hutan. Okey.. nama baru. Monyet hutan, macam sepadan je nama tu dengan tuan dia. Omel Mardhiah dalam hati.

    Dia melihat Arfan memicit-micit kepalanya sendiri. Peninglah tu! Dasar lembik.. dengan darah pun berkira. Penakut! Kutuk hati Mardhiah lagi.

   Arfan menarik nafas lega pabila Mardhiah kembali menjatuhkan tangannya. Nasib baik kali ni kau dengar cakap aku. Kalau tak.. aku tanam tangan kau siap pakej dengan kau sekali hidup-hidup kat sini.

   “ Dhiah.. sekali lagi aku cakap. Kau nak balik ke tak??” soal Arfan setelah mulai bertenang kembali. Matanya sedaya boleh tidak dibiarkan singgah pada tangan Mardhiah itu. Mardhiah geleng dengan rakus. Tak nak balik!!

   “ Betul tak nak balik??” soal Arfan seakan menduga. Sekali lagi, Mardhiah geleng. Kali ni lebih yakin.

   “ Kau datang naik teksi kan?” soal Arfan langsung melencong. Mardhiah terpempan. Namun, dia angguk juga akhirnya. Matanya terkebil-kebil memandang Arfan.

   “ Okey, then. Aku nak balik dah. Habis basah aku sekarang. Eh, by the way.. kalau kau nak tahu. Hari tu ada masuk surat khabar tahu? Ada penunggu dekat sini. Memang biasanya dia keluar time-time hujan aje. Mangsa dia pun memang perempuan. Boleh dikatakan macam orang minyaklah juga. Kau tahu kan apa orang minyak suka buat pada perempuan?” Arfan mula mereka cerita. Wajahnya Nampak bersungguh. Mardhiah tercengang. Eh, ada ke berita macam tu kat surat khabar? Tak ada terbaca pun. Soal hati Mardhiah pelik. Ah, ni mesti kes nak kelentong aku ni. Desis hatinya pula.

   “ Tak pernah dengar pun. Eh, dahlah. Ingat aku tak tahu taktik kau? Dah, pergi balik sana. Macam budak-budak main ugut orang macam tu. Tell to mama.. aku takkan balik selagi dia tak setuju dengan permintaan aku tu.” Mardhiah bersuara lantang. Arfan genggam tangan. Tak menjadi pula ugutannya. Ah, lantak kaulah! Aku dah malas. 

   “ Okey.. aku balik. Duduklah kau macam tugu negara dekat sini! Dasar keras kepala,” dengus Arfan naik angin dan sedikit tercbar sebelum dia mula berpaling dan menapak pergi.

   Mardhiah terdiam. Sedikit sebanyak momokan cerita Arfan berlegar-legar di mindanya. Bulu tengkuknya bagaikan meremang. Rambutnya yang basah disebak ke belakang sebelum dengan tiba-tiba guruh berdentum hebat. Siap dengan pakej, ranting pokok yang dia duduki jatuh betul-betul tepat di hadapannya. Membuntang biji mata Mardhiah sebelum dia bangun dengan kasar.

   “ Mak kau orang minyak!!” latah Mardhiah lalu dia berlari laju mengejar tubuh sasa yang sudah beberapa tapak di hadapannya itu. Dek terlalu takut, Mardhiah sudah kembali teresak.

   Arfan tersentak di tengah-tengah alam itu. Anak mata turun menunduk perlahan-lahan mencari ‘benda’ yang sedang membelit pinggangnya. Seketika, dia bagaikan hendak pengsan pabila t’shirt yang dipakai sudah tercalit sedikit kesan darah di samping sepasang tangan yang kejap memeluk dirinya.

    Ah, takkan orang minyak betul-betul muncul ni siap nak tunjuk segala dia baru baham orang tadi. Tapi, setahu aku yang sukakan darah cuma Pontianak je. Ya Allah!!

   “ Lepaskan aku, Pontianak!!” Dan sekali lagi tubuh itu ditolak kasar sehingga menyembah bumi. Berdecit sakit Mardhiah dibuatnya. Tambah-tambah tangannya yang melecet itu kembali menghempap tanah. Semakin lebat air matanya. Sayu anak matanya memandang wajah terkejut Arfan. 

   Laaa.. dia ni ke yang peluk aku dari belakang tadi? Arfan menepuk dahinya.

   “ Kenapa tolak aku? Sakit..” Bagaikan merengek suara itu bertutur sambil merenung tangannya sendiri. Mardhiah mula rasa sebak. Dia duduk lalu kaki dicantum rapat sebelum kepalanya jatuh di celah-celah kedua-dua lutut itu. Arfan terpempan. Sekali lagi dia jadi tak siuman bila duduk di tengah-tengah hujan macam ni. Nasib baik hujan dah reda sikit.

   “ Manalah aku tahu tadi tu kau. Tak pernah-pernah kau peluk aku.” Arfan berdebat sakan. Mardhiah masih lagi teresak-esak.

  “ Orang takutlah! Tadi, ada orang minyak jatuh dari pokok.” Selamba bibir itu berkata sekaligus membuatkan Arfan nyaris nak pitam. Segera matanya dilarikan pada bawah pokok tempat Mardhih duduk tadi. Sepintas, bibirnya mula hendak mengukir senyum.

   “ Betul.. orang tak tipu. Memang ada orang minyak tadi!” Suara itu menambah. Arfan bergerak dekat. Kepala si gadis dipegang. Ah, sudah! Dia nak buat apa ni? Mardhiah gelabah.

   “ Adoi!!” Seketika, Mardhiah mengaduh pula pabila kepalanya ditolak kuat memandang satu arah. Arfan mencebik sinis. Mata yang hampir singgah pada tangan Mardhiah segera dialih. 

   “ Tu.. orang minyak yang disumpah kau menjadi ranting pokok. Nampak tak? Dengan ranting pokok pun nak takut.” Arfan menyindir sebelum dia bangkit hendak berlalu. Mardhiah sudah rasa tebal berinci-inci wajahnya sekarang. Ah, malu. Menyedari akan sesuatu, Mardhiah mula bangkit hendak berdiri. 

   “ Fan, tunggu aku!!” jerit Mardhiah. Arfan buat tak dengar. Nak aku, bangun sendiri datang kat aku. Nak suruh aku patah balik, memang dalam mimpi. Desis Arfan penuh ego. 

   Tangan yang luka, tanpa sedar diampu untuk menampung tubuh agar bangun.

   “ Aduh, mama.. sakit..” rintih Mardhiah sekali lagi. Untuk kesekian kalinya, langkah Arfan terhenti. Dia mengeluh keras. Ingatkan layanan Mardhiah yang tak jenuh-jenuh menghalaunya balik tadi, tak ada makna dia nak patah balik. Tapi, memikirkan umi long.. dia perlu beralah. 

   “ Menyusahkah aku betullah!” dengus Arfan lalu dia membantu Mardhiah bangun. Dipimpin tangan Mardhiah hingga ke kereta. Sampai saja di hadapan sebuah kereta Lotus Evora berwarna hitam, tubuh Mardhiah didorong kasar.

   “ Duduk diam-diam!” Keras suara Arfan. Mardhiah diam. Dah namanya menumpang, dia tak boleh melawan. Arfan berkalih ke tempat pemandu. Masuk saja dalam kereta, dia mengerling ke sisi. Tangan yang masih berdarah itu mengganggu konsentrasinya. Bau hanyir mula semerbak. Arfan mula rasakan kepalanya pusing. Pantas, dia memusingkan tubuhnya ke tempat bahagian belakang. Dicapai apa saja yang dia fikir mampu membantunya. Sehelai sapu tangan berwarna putih dicapai. Entah macam mana sapu tangan tu boleh tersesat situ pun dia musykil. Ah, tak penting. Hatinya menyahut pula.

   “ Nah.. balut tangan kau.” Arfan mencampak sapu tangan itu pada Mardhiah. Mardhiah terkebil-kebil.

   “ Aku bukan ambil berat. Tapi, bau dia hanyir. Aku nak muntah sama macam tiap kali aku tengok muka kau,” bidas Arfan lagi lalu enjin kereta dihidupkan. Mardhiah perlahan-lahan mengambil tuala kecil itu. Sabar Dhiah.. kau naik kereta dia ni! Kalau tak.. Mardhiah ketap bibir. Geram! Bukannya nak minta maaf buat tangan aku luka. Tak apa, nanti aku ngadu dengan umi su. Bentak hati Mardhiah.

6 comments: