PeNgiKuT sEtiA..

Thursday, June 6, 2013

Benci Berganti Cinta (Cerpen) Part 4


Part 4

Langkah diatur gontai menuju ke balai berlepas. Riak wajah masing-masing kelihatan sendu, terutama Dayang Naimah. Mahu tidak.. dia tak pernah berpisah dengan anak gadisnya itu sehingga jauh beribu batu macam ni. Air mata yang menitis diseka dengan hujung jari.

   “ Dhiah..” seru Dayang Naimah perlahan. Mardhiah juga sudah nampak berkaca-kaca matanya. Mendengarkan nama dia diseru lembut oleh mamanya, meluru dia ke dalam pelukan Dayang Naimah. Berpelukan erat dua beranak itu.

   “ Mama..” Giliran Mardhiah pula merengek. Sudah kedengaran esakan kecil milik Mardhiah bergabung dengan tangisan Dayang Naimah.

   “ Jaga diri dekat sana, Dhiah. Mama jauh ni, tak dapat nak pantau Dhiah selalu. Tapi.. suami Dhiah ada kan? Jadi.. mama serahkan Dhiah pada dia,” tutur Dayang Naimah lembut. Seketika, matanya mencari susuk tubuh menantu yang baru dua hari menikahi puterinya. Wajah tampan tanpa perasaan itu dipandang.
 
   “ Fan..” seru Dayang Naimah pada Arfan pula. Arfan mendongak. Tidak tahu mahu khabarkan bagaimana perasaannya tika ini. Berkahwin dengan musuh nombor satu. Seorang perempuan yang langsung dia tak suka. Tapi.. itu juga keputusannya. Keputusan yang dia sudah pilih. Jadi, tak elok menyesal. Bagaikan tidak redha dengan ketentuanNya pula.

   “ Ya, umi long..” sahut Arfan sopan. Dayang Naimah menggamit Arfan. Teragak-agak juga Arfan hendak merapati. Tambahan pula si minah keras kepala masih utuh dalam pelukan umi longnya.

   “ Bukan umi long, mama.. cuba biasakan ye? Lagi satu, mama nak pesan. Kahwin kamu ni tak ada istilah tak jalankan tanggungjawab,okey? Maksud mama, tanggungjawab zahir dan batin..” Gulpp!! Arfan dan Mardhiah telan liur. Bab zahir bolehlah diterima. Kalau masuk bab batin.. huihh.. lemah!

   “ Ya.. umi sokong kata-kata mama kamu tu. Takkan ada istilah tak jalankan tanggungjawab. Lebih-lebih lagi bab batin. Ingat tu.. bukan umi tak tahu tipikal pasangan kahwin paksa sekarang. Selalu jadikan alasan tak cinta untuk elak tanggungjawab batin tu. Jadi, umi tak nak kamu dengan Dhiah macam tu. Faham?” Dayang Norseha menyampuk. Lagilah budak berdua tu terbelit lidah hendak menyangkal. Akhirnya terluah juga sebuah jawapan..

   “ Fan mesti ‘bagi’ punya, umi..” Erk!! Arfan sendiri yang melopong dengan jawapannya. Adoi Zachry Arfan.. kau jawab apa macam tu?? Marah dia pada diri sendiri. Mardhiah sudah terkebil-kebil. Sedangkan empat susuk tubuh lain menghela nafas lega. Baguslah kalau macam tu.. bisik hati masing-masing.

   “ Hah, elok sangat macam tu. Dhiah pun sama. Dengar cakap suami..” nasihat Encik Mutalib pula. Mardhiah angguk lambat-lambat dengan wajah berkerut tidak selesa. Tidak selesa dengan jawapan si monyet hutan tadi.

   Sekali lagi bunyi pengumumam untuk penerbangan ke Paris melalui MH020 sudah diumumkan. Mardhiah mula rasa semakin sayu. Waktu perpisahan mereka sekeluarga semakin tiba. Ah, sayunya hati.. detik Mardhiah sendirian sambil merenung wajah mamanya.

   “ Tu.. dah umum sekali lagi. Masuk cepat..” suruh Datuk Zaquan. Mardhiah dan Arfan angguk saja. Selesai berpelukan dan bersalaman, pasangan suami isteri itu bergerak memasuki balai berlepas. Kedua-duanya nampak muram. Arfan lebih-lebih lagi. Cukup perisa. Muram, mencuka, tegang.. semua ada. Mardhiah buat tak faham.. apa yang ada di benaknya cuma satu.

   Paris.. here we come!! Jeritnya dalam hati..
*******
Hampir tiga belas jam berada dalam perut pesawat MH020, akhirnya Mardhiah dan suami selamat mendarat di  Charles de Gaulle Airport. Tika ini, Mardhiah sudah menggigil. Ya Allah.. sejuk gila kota Paris ni. Bisik hati Mardhiah sambil memejamkan mata menghirup udara segar.
 
   “ Wei.. kita nak ke mana ni?” Soalan daripada bibir Arfan menyebabkan mata Mardhiah automatik terbuka. Dipandang terus wajah suaminya. Okey.. terkelip-kelip matanya memandang Arfan.  Seketika, matanya sudah membuntang. Arfan kerut kening. Dia seakan sudah dapat mengagak cara pandangan itu.

   “ Kau jangan cakap kau lupa nak booking hotel awal-awal?” gertak Arfan dengan suara tertahan-tahan. Mardhiah sudah senyum kelat. Memang itu yang dia nak cakap sebenarnya. Aduh.. kalut sangat nak berangkat ke Paris.. perkara sepenting itu dia boleh lupa. Walhal, dia dah cakap pada encik suami, itu tugas dia. Macam mana sekarang ni? Nampaknya monyet hutan dah mula tumbuh tanduk.

   Sorry..” ucap Mardhiah sepatah. Wajahnya terus menunduk. Mata dijeling-jeling memandang wajah tampan yang dah mula memerah itu.

   “ Kau tahu tak apa yang aku rasa sekarang?” soal Arfan dengan gigi diketap. Mardhiah spontan panggung kepala. Dahinya berkerut seribu mendengar soalan aneh itu.

   “ Err.. rasa apa?” soal Mardhiah takut-takut. Bukan takut sebenarnya, tapi gerun. Eh, macam sama aje maknanya. Erk!
  
   “ Aku rasa macam nak suruh kau tendang aku sampai Malaysia je. Haa.. memang tu yang aku rasa sekarang ni.” Dan saat ini Mardhiah rasa nak tertonggeng kejap. Apa ke hal suruh tendang dia pula? Biasanya orang kalau tengah marah.. kaki duk sibuk nak tendang orang. Ni kes encik suami dah pelik. Minta aku pula tendang dia. Memang tersangat pelik.

   “ Hah??” Mardhiah sudah terjerit kecil. Arfan jeling maut. Tanpa kata, dia terus tinggalkan Mardhiah terkebil-kebil di situ. Namun, kakinya tidak diatur jauh. Beberapa tapak melangkah dengan beg beroda di tangan.. Arfan berpusing kembali. Menapak semula ke arah Mardhiah lalu menggenggam tangan kecil itu. Tersentak Mardhiah dibuatnya.

   Nasib baik dia sempat teringat pesan Dayang Norseha sebelum mereka berlepas ke Paris.  
‘ Tanggungjawab along besar sekarang. Jaga keselamatan Dhiah kat Paris. Jangan tinggalkan dia merata. Kang hilang, susah nak jumpa balik. Paris tu luas, sibuk pula tu. Ingat!’

   “ Jom..” tutur suara dingin itu sepatah. Mardhiah terpinga-pinga. Jom nak ke mana? jangan cakap dia nak ronda-ronda Paris pula. Hotel pun tak booking lagi. Takkan nak merempat tepi jalan. Huh, memang taklah.

   “ Nak ke mana ni??” soal Mardhiah sedikit keras. Arfan buat tak layan. Terus diseret tangan isterinya. Namun tak sempat dia nak melangkah jauh, Mardhiah sudah merentap kuat tangannya.

   “ Kau kenapa??” Sedikit membentak suara Arfan. Mardhiah masamkan wajah.

   “ Saya penat.”

   So??” Penuh berlagak Arfan menyoal.

   “ Nak rehat.” Sepatah dibalas Mardhiah. Turut berlagak. Kalau ikutkan hati writer, rasa macam nak bagi tapak kaki aje kat dua makhluk ni. Yelah.. boleh diaorang bergaduh depan khalayak. Dekat airport pula tu. Tak ke sengal namanya??

   So??” Tanya Arfan dingin.

   “ Nak rehat, maknanya kena cari bilik hotel. Yang awak sibuk heret saya nak pergi jalan-jalan tu apa kes? Nak melawat Eiffel Towerlah tu.” Mardhiah bertutur laju. Arfan tepuk dahi. Minah nilah!!

   “ Ada aku cakap macam tu ke? Wei minah.. kalau tenuk pun tahu penat, aku yang manusia kudrat tak seberapa ni pun tahu penat. Aku nak ajak kau balik hotellah ni,” bentak Arfan geram. Mardhiah sudah tergaru-garu kepalanya. Oh.. macam tu ke? Tapi.. hotel kan tak booking lagi?

   “ Tapi..” Baru Mardhiah nak mencelah, Arfan dah memotong laju.

   “ Aku dah booking siap-siap. Hyatt Hotel. Tak jauh, cuma 3.1 kilometer nak sampai kalau dari airport kita sekarang. Lebih kurang lima minit. Dah, jom!” Cepat Arfan memberi jawapan. Mardhiah terlopong.

   “ Habis, kalau awak dah booking awal-awal.. yang awak nak emo tadi kenapa??” Geram Mardhiah dibuatnya. Arfan mencebik.

   “ Tak ada apa-apa. Saja nak tunjuk kat kau yang suami kau ni lagi cekap daripada kau. Dahlah.. aku penat. Kalau kau tak nak merempat dekat sini, kau jangan banyak soal.” Arfan menggertak. Tangan si isteri dipimpin semula. Kali ini, tidak sempat menghalang bila mana Arfan sudah menjegilkan biji matanya. Okey.. serius takut tengok mata Arfan macam tu. Akui hati Mardhiah.
********
Arfan merebahkan tubuhnya. Hotel bertaraf empat bintang itu cukup memuaskannya. Semua kelengkapan kelihatan canggih dan ada kelebihan Wifi. Arfan tersenyum puas. Tak silap pilihannya kali ini.

   “ Pandai kau pilih hotel.. selesa..” gumam Mardhiah perlahan sambil berjalan keluar menuju ke baranda. Udara nyaman disedut sepuasnya. Huh.. sudah malam rupanya di sini. Maknanya di Malaysia sekarang pukul berapa eh? Mardhiah mencongak-congak sendirian.

   “ Tengok kakilah..” getus Arfan meninggi diri. Mardhiah menoleh sebelum bibirnya mencebik sinis.

   “ Pantang dipuji..” omelnya perlahan. Kesejukan kota Paris benar-benar membuatkan kedinginan bagaikan mengcengkam hingga ke tulang hitam. Namun, untuk masuk awal ke tempat beradu, sayanglah pula. Hatinya terpaut untuk kekal di situ. Paris nampak cantik dengan cahaya bergemerlapan sebegini. Dari situ dia bagaikan nampak bangunan Eiffel yang mendongak langit. Tambahan pula waktu malam. Bertambah cantik pemandangan di Paris ini. Hati Mardhiah jadi kagum.

   “ Dhiah.. masuk. Sejuk tu.. nanti kau demam pula sebab tak biasa lagi dengan cuaca kat sini.” Teguran Arfan yang tika itu sudah siap menyalin pakaian langsung tidak mengubah keinginan Mardhiah. Mardhiah tetap pegun di situ.

   “ Kejaplah.. aku nak tengok pemandangan kota Paris ni. Cantik..” balas Mardhiah dengan suara terujanya. Seketika, dia berlari masuk ke dalam bilik. Kamera DSLR dikeluarkan dengan niat hendak merakamkan pemandangan-pemandangan indah itu.

    Belum sempat kaki nak melangkah ke beranda, tangannya dipegang seseorang. Mardhiah menoleh dengan wajah terpingan-pinga.

   “ Aku tak benarkan kau keluar kat beranda tu. Sejuk.. nanti kau demam.” Tegas suara Arfan menyapa halwa telinga. Mardhiah mula tarik wajah masam.

   “ Alah.. kejap aje..” Mardhiah memujuk. Wajahnya dimimikkan simpati. Tapi, kalau difikirkan balik.. kenapa dia perlu dengar cakap monyet hutan ni eh? Ah.. tak faham.

   “ Tak boleh. Pergi salin baju, solat dan tidur.” Bagaikan menggunakan kuasa veto saja lagaknya.

   “ Tak kira… aku nak juga.. aduh!!!” jerit Mardhiah tiba-tiba pabila Arfan sudah menarik telinganya sebelum mengheret tubuh Mardhiah ke muka pintu bilik air. Kamera di tangan dirampas sebelum diletakkan di atas katil. Merah padam wajah Mardhiah tika ini.

   “ Woi apam!! Kau apa pasal tarik-tarik telinga aku ni??” Sekali.. Mardhiah sudah naik angin. Arfan jegilkan biji mata. Terperanjat dengan nama panggilan untuknya.

   What? Apam? How dare you..” Berdetak-detuk gigi Arfan berlaga. Matanya dikecilkan.

   “ Sakit.. tahu?” marah Mardhiah lagi. Arfan tarik nafas perlahan.

   “ Mandi cepat sikit. Aku malas nak gaduh dengan kau, penat. Jangan lupa solat..” pesan Arfan seraya melangkah pergi meninggalkan Mardhiah berdecit geram seorang diri. Beberapa tapak Arfan di hadapan, kedengaran pintu bilik air dihempas kasar. Dum!!!

   Terperanjat gorilla Arfan dibuatnya. Sikit lagi dia nak buka silat dek terlampau terkejut. Pintu yang tertutup rapat itu direnung sebal. Hailah.. sabar aje aku ni!! Omel Arfan lalu dia rebahkan tubuh di atas katil empuk itu. Ah… nikmatnya.
   

45 comments:

  1. Replies
    1. Akk best la cerita ni..bila nk sambung lg?? Tak sabar nk tahu ending..

      Delete
  2. bile nak sambung ni?? tak sabar nk taw ending neh.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. akakkkkkk,,, sambung cepat plissssssss *muka comel* best lah pulak :)

    ReplyDelete
  4. bila nak smbg ni ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti hana smbung ye sebab hana busy siapkan manuskrip ketiga.. insyaAllah anony.. thanks sudi jenguk..

      Delete
  5. X sabar nak th cerita seterusnya..

    ReplyDelete
  6. akak cepat la sambung da lama tunggu niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. sorry, nnti akak smbung dear. busy sikit skrg. dah nak final. :)

      Delete
  7. cepatla sambung asal bukak je tak de sambungan.dah bosan tengok benda yang sama.hish akak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi garangnya dia.. hehe.. nnti yer dear

      Delete
  8. sis,biler nk smbung part 5?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu,. akk pun xpasti lg, dear.. tunggu

      Delete
  9. x da smbngnnya ke....tngh tngh best ni.....gantung plak...sian kitorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry ya? sian akk... hee.. nnti hana cuba smbung..

      Delete
  10. Replies
    1. mmg nk habiskan. tpi, busy dengan manuskrip lain. nnti yer?

      Delete
  11. Cik Hana! Mana die sambungannya? Tak lena tido kalau macam ni....hu...hu....hu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. alorrr.. sian akk. nnti hana smbung yer? insyaAllah. tpi, xjnji bila.. hana ni busy mengalahkah ape je

      Delete
  12. Sambung please cerita ni best gila serious

    ReplyDelete
  13. Smbung lgi..best

    ReplyDelete
  14. BESTTT GILEEE KOTT, BILE NAK SMBUNG NII T_T tired of waiting

    ReplyDelete
  15. lame nye nk smbung.. just a little advice, siapkan satu cerpen dulu baru buat yang lain ok ? kesian peminat kne tnggu lame2. No offense okay? hehehe... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry buat sis tertunggu. bkn sbb xnk smbg, tpi sebb idea xde. kita xleh paksa idea tu dtg, nnti cerita pun jd cm pelik. mana cerpen bru tu mknenye idea bru. walaupun dua perenggan, still kena taip sebelum idea tu hilg.. n hana terlalu busy skrg. dgn tugas sebagai pljr lg. mmg xthu bila akan update lg. maaf ya

      Delete
  16. Sambung lagi..best cerita nie..da lama tunggu next part :)

    ReplyDelete
  17. Best sngt cerita ini...tak sabar saya nak tahu sambungannya..tlng sambung cerita nie Kak..tq..:-)

    ReplyDelete
  18. Bila nak sambung cerita ni sis?? Hehe..best2

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Sambung la lagi..but please make sure it will end up dgn sweet2 romantic gitu..

    ReplyDelete
  21. nak tau yang seterusnya...harap2 hana dikurniakan dgn idea yg melimpah ruah...lebih2 plak..hahaha

    ReplyDelete
  22. Sis bila nak smbunh?? Dying in curiousity­čśé

    ReplyDelete
  23. Sis bila nak smbunh?? Dying in curiousity­čśé

    ReplyDelete