PeNgiKuT sEtiA..

Monday, June 3, 2013

Benci Berganti Cinta (Cerpen) Part 3



Part 3
Zachry Arfan mengeluh untuk kali yang ke seribu. Sudah menjadi teman sejati antara dia dan sahabat bernama ‘keluh bin kesah’. Ah, sudah. Writer merepek pula kali ni. Lempang sedas! Okey.. back to normal.

   Wajah Mardhiah yang sibuk membelek telapak tangan yang sudah berbalut itu dipandang sebu. Rasa macam nak muntah pelangi aje sekarang ni tengok muka toya si minah keras kepala depan mata ni. Boleh jadi dia buat muka tak bersalah? Ewah-ewah.. desis hati Arfan.

   “ Hoi.. kau ni buang tabiat ke apa?” jerkah Arfan tanpa isyarat. Mujur tak tercampak keluar jantung comel milik Mardhiah. Mardhiah pandang wajah Arfan. Kening dijongketkan.

   “ Apa?” soal gadis itu selamba. Arfan ketap gigi. Dia berjalan menghampiri Mardhiah. Lengan gadis itu dicengkam. Wajah Mardhiah sudah berkerut-kerut menahan perit.

   “ Fan.. sakitlah. Cuba berlembut sikit dengan wife-to-be kau ni.” Mardhiah bersuara tersekat-sekat. Melotot mata Arfan mendengarnya. Wife-to-be??? Ohmai.. mereng budak ni!

   “ Dhiah, tadi tangan kau aje yang luka kan??” soal Arfan serius. Jelas urat dahinya timbul menunjukkan betapa marahnya dia sekarang ni. Mardhiah pelik. Lengan yang dicengkam Arfan sudah longgar. Cepat-cepat Mardhiah tarik lengannya itu.

   “ Rasanya macam tulah.. kenapa?” Mardhiah nampak blur. Arfan ketap gigi.

   “ Habis yang kau nampak macam orang hilang akal ni kenapa? Hei Dhiah, kau tahu tak definisi kahwin??” sergah Arfan lagi. Duduk dilabuhkan bertentangan Mardhiah. Dekat tanpa sebarang halangan. Mardhiah mencongak-congak sendiri. Lantas, dia angguk kecil.

   “ Tahu je..” Ringkas jawapan Mardhiah. Arfan betulkan duduk. Semakin bersemangat hendak menyoal.

   “ Okey.. terangkan aku definisi kahwin. Diulang, kahwin!” tekan Arfan serius. Mardhiah terdiam lama sambil jemarinya bergerak menggaru-garu dahinya sendiri. Nak jawab apa eh? Detik hati Mardhiah.

   Hmm.. kahwin tu macam mama dengan papa. Macam umi su dengan pak su. Kahwin tu untuk buat anak. Penyambung keturunan.” Jawapan Mardhiah membuatkan Arfan nyaris hendak tergolek dari kerusi. Ya Allah!! Teruknya jawapan dia!! Ahhhh… Arfan tertekan. Dahi dipicit-picit. Calm down, Zachry Arfan. Calm down.. hatinya memujuk. Nafas ditarik berkali-kali. Dada yang sempit bagaikan kekurangan oksigen saja.

   “ Dhiah.. kau tak faham sebab tu kau senang je terima cadangan umi aku. Kau boleh tak jangan nak pentingkan kerjaya kau aje?? Fikir aku ni sikit. Definisi kahwin pun kau tak ta..”

   “ Siapa cakap aku tak tahu???” celah Mardhiah senada. Arfan terpempan. Pulak dah??

   “ Kahwin tu dituntut dalam Islam. Untuk mengelakkan maksiat. Penyatuan dua hati, dua jiwa. Penyambung keturunan Nabi Adam dan Hawa. Mewujudkan khalifah yang bersih dalam ikatan suci untuk memakmurkan bumi sekaligus beribadat kepadaNya. Sunnah Nabi.. haa.. cukup tak jawapan aku tu??” Mardhiah tanpa nafas terus memberikan jawapan panjang lebar. Arfan terdiam lama.

   “ Okey.. tapi penyatuan dua jiwa tu.. kau rasa kita boleh ke??” sindir Arfan geram. Mardhiah ni dilihat kecil macam nyamuk saja. Nak aje dia kelepet-kelepet sampai penyek. Huh!

   “ Errr…” Hilang sudah keyakinan Mardhiah. Okey.. boleh tak kalau dia jawab.. no comment. Jawapan ala-ala retis gitu. Boleh ke tak eh?

   See.. kau pun tak dapat jawab kan??” Arfan bangkit hendak berdiri. Mardhiah panggung kepala tatkala melihat lelaki itu sudah menunjukkan tingkah ingin berlalu pergi.

   “ Kau nak pergi mana??” tahan Mardhiah dengan dahi berkerut. Arfan menoleh. Senyuman sini terlakar.

   “ Nak cakap dekat umi, aku takkan kahwin dengan kau. Kalau rumah banglo ni runtuh dengan jeritan umi sekalipun, aku takkan setuju!!” Nekad Arfan. Mardhiah panik.

   “ Fan.. Fan.. kejap-kejap..” Mardhiah mula mendepangkan tangannya menahan Arfan daripada terus melangkah. Arfan mengeluh keras. Apa lagilah minah ni nak?? Ya Allah, serabutnya aku ada sepupu gila macam ni.

   “ Apa lagi ni??” Penuh malas Arfan menyahut. Mardhiah nampak gelisah. Sekejap dia tergaru-garu kepalanya, sekejap dia tergaru-garu lengannya pula. 

   “ Kau nak cakap tak nak? Aku nak masuk ni..” Arfan mengingatkan. Mardhiah mula menggenggam tangannya satu sama lain.

   “ Fan.. kau.. kau sepupu aku kan?” Nah.. soalan pelik pula yang minah ni tanya. Alahai..

   Yelah.. sepupu kau. Apa kau ingat aku ni jiran sebelah rumah kau ke selama ni??” balas Arfan penuh sindiran. Mardhiah menggerutu dalam hati. Dasar monyet hutan! Berani dia main-mainkan aku. Kalau bukan sebab nak minta tolong, memang aku dah hamun balik dah. Desis hati Mardhiah sebal.

   “ Kalau sepupu tentu kau nak sepupu kau yang comel ni berjaya kan?” Mardhiah berteka-teki. Arfan buat muka menyampah. Bagaikan tangan ke bahu dan mata ke atas.

   “ Tak ada kena-mengena dengan aku. Kerjaya kau, kau punya pasallah.” Arfan membidas keras. Mardhiah senyum herot. Senyuman meredakan kemarahan yang semakin menggelegak. Okey.. sabar dulu Dhiah! Sabar.. hatinya mengingatkan.

   “ Alah cik abang handsome kita ni. Tak macholah marah-marah perem..”

   “ Hei Dhiah sengal.. kau nak apa sebenarnya ni??” herdik Arfan memang bosan tahap gaban. Gaban pun tak bosan macam tu sekali.

   “ Kau setuju cadangan umi su, boleh??” Spontan itu yang terluah. Mardhiah sudah cantumkan kedua-dua tangannya. Bagaikan merayu. Arfan pula sudah terbeliak biji mata.

   Wh.. what???” tempik suara itu benar-benar terkejut.

   “ Opocot what kau!!” latah Mardhiah kuat. Terkejut betul dia!

   “ Kau dah gila??” herdik suara itu lagi. Siap dengan mata terjegil dan bercekak pinggang lagi.

   “ Opocot kau gila!!” Dan sekali lagi Dhiah melatah. Adui.. hilang sifat ayunya. Arfan semakin buntang biji mata. Dia.. dia cakap aku gila?? Ah, ni aku rasa nak mengamuk ni! Arfan berang.

   “ Apa kau cakap ni, Dhiah?” Suara Arfan sudah mengendur. Namun, wajahnya masih tegang.

   “ Aku cakap.. err.. boleh tak kau terima cadangan umi su?” soal Mardhiah lagi.

   “ Kau cakap apa ni, Dhiah? Umi su tu nak kita kahwin, Dhiah. Kau sedar tak?” Mardhiah angguk.

   “ Sedar. Tapi, jalan tu aje yang aku ada. Aku betul-betul nak ke Paris, Fan. Itu cita-cita aku. Kau tolonglah. Bukan senang nama aku nak tersenarai dalam top ten tu.” Mardhiah mula menagih simpati.

   “ Susah, Dhiah. Kau dengan aku macam anjing dengan kucing. Macam mana nak hidup macam suami dan isteri??” soal Arfan mengeluh. 

   “ Kita cuba. Lagipun, macam umi su cakap. Untung-untung kita boleh ubah hubungan kita ni jadi lebih mesra. Kau tahu kan sejak kecil kita tak sekufu? Kau tak nak cuba ke? Aku pun kadang-kadang penat bertelagah dengan kau.” Mardhiah memujuk lagi. Ya Allah.. harap-haraplah Arfan setuju sebab dia benar-benar ingin mencapai cita-citanya. Bukan senang peluang nak datang bergolek macam ni. Arfan kembali menapak ke arah kerusi.

   “ Kalau kau nusyuz macam mana?” soal Arfan selamba. Mardhiah terpempan. Ah, beratnya soalan tu.

   “ Kau diam, kenapa? Kau sendiri tak yakin bukan?” selar Arfan lagi.

   “ Kalau kau rasa aku gagal jadi isteri kau dalam masa dua bulan tu, kau ceraikan aku. Aku akan tanggung risikonya.” Mardhiah bersuara tiba-tiba. Arfan terbangun dari duduk. Terkejut!

   “ Kau ni memang gilalah! Aku tak berkahwin untuk jadi duda pada usia 27 tahun. Kau pun sama kan??” ujar Arfan lagi. Berang dan penuh geram. Mardhiah terkulat-kulat.

   “ Habis tu?” soal Mardhiah balik. Wajahnya menunduk. Arfan jongket bahu.

   “ Tak apalah.. aku cuba cari lelaki lain untuk jadi suami aku,” lafaz Mardhiah mengalah lalu dia berlalu masuk. Arfan terhenyak. Aduhai.. sejak bila aku pandai kasihan dengan dia ni? Suara lirih itu tadi.. buat aku tak sampai hati nak menolak. Arfan mengeluh kasar. Rambutnya yang berjuntai di dahi dilurut ke belakang.

Dayang Norseha tersenyum lebar. Wajah anak sulungnya dipandang penuh riak teruja.

   “ Betul ke apa umi dengar ni?” soal Dayang Norseha masih lagi terasa bagaikan mimpi. Wajah Datuk Zaquan dipandang bersilih ganti dengan wajah anak sulungnya. 

   “ Betul, umi..” jawab Arfan lemah. Duduk dilabuhkan atas sofa empuk itu. Seketika, matanya mencanak singgah pada anak tangga. Kelihatan adik bongsunya yang berusia 11 tahun sedang menuruni anak tangga.

   “ Along..” seru kanak-kanak perempuan itu. Arfan tersengih. Dia menggamit si adik mendekat.

   “ Mari sini dekat along..” panggil Arfan lembut.

   “ Along dah nak kahwin?” soal si adik lagi. Wajahnya nampak sedih. Lambat-lambat Arfan angguk. Tentu adiknya sedih kalau dia kahwin. Nanti tak dapatlah dia nak bermanja dengan along dia ni. Okey.. dia faham perasaan kanak-kanak itu.

   “ Dengan Kak Dhiah kan?” soal kanak-kanak itu lagi. Arfan angguk juga. Dan seketika, kanak-kanak itu sudah melompat turun dari ribaan Arfan. Siap buat break dance lagi sambil bersorak gembira. Adoi.. ni dah kenapa pula adik aku ni?? Arfan garu kepala.
   “ Alyn, kenapa?” soal Datuk Zaquan pelik.
   “ Walid.. Alyn suka kalau along kahwin dengan Kak Dhiah. Kak Dhiah cantik, macam muka Nelydia Senrose. Alyn suka!!” teriak Zaidatul Alyna gembira. Arfan tercengang bagaikan sedang tercekik tulang dinosaur. Erk!
   “ Umi dah agak.. Alyn mesti suka sebab dia rapat dengan Kak Dhiah tu,” sampuk Dayang Norseha turut teruja.
   “ Along betul ke dah buat keputusan ni?” Datuk Zaquan nampaknya masih ragu-ragu.
   “ Dah itu aje pilihan yang along ada, walid. Tapi, along kesian dekat walid aje. Siapa nak uruskan company walid dekat sini sepanjang dua bulan ni?” ujar Arfan penuh riak bersalah. Datuk Zaquan tersenyum. Tahu hati budi anak sulungnya itu. Cuma, dengan Mardhiah saja selalu tak berlaga angin. Tak tahulah mana silapnya.
   “ Macam nilah, along. Masa along dekat Paris nanti.. along tak perlu nak turun site macam selalu. Cuma, along siapkan pelan untuk projek dekat USA tu je. Walid serahkan bulat-bulat pada along. Boleh macam tu?” cadang Datuk Zaquan. Arfan terdiam lama.
   “ Boleh, walid. Sekurang-kurangnya along dapat juga tolong walid walaupun jauh.” Arfan membalas. Datuk Zaquan terangguk-angguk.
   “ Kalau macam tu, nanti kita bincang balik dengan keluarga umi long.” Dayang Norseha pula bersuara. Jelas kedengaran gembira. Arfan menoleh sejenak sebelum mengangguk setuju. 
   Macam ni ke perjalanan hidupnya? Boleh ke dia dengan Mardhiah disatukan? Boleh ke dia dengan Mardhiah hidup sebumbung? Boleh ke kalau benci berganti cinta? Ah, berapa banyak boleh daa.. hati Arfan menggerutu lagi dan lagi.

6 comments: