PeNgiKuT sEtiA..

Monday, June 3, 2013

Benci Berganti Cinta (Cerpen) Part 2



Part 2 
Arfan melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat milik umi longnya, Dayang Naimah. Mardhiah pula dengan wajah mencuka membontoti langkah Arfan. Kalau tak memikirkan betapa garangnya lelaki itu mengherdiknya tadi, tak ada makna dia nak turun dari kereta. Tambah-tambah Arfan dah menyinga semacam aje. Kecik jantung Mardhiah dibuatnya.

   “ Kalau kau tak nak turun, jangan salahkan aku kalau kejap lagi aku seret kau turun dari kereta aku ni. Kereta aku tak benarkan kau menumpang lebih dari setengah jam. Kau nak turun ke nak aku seret?? Pilih cepat!” Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata Zachry Arfan padanya tadi. Huh, fikir aku heran sangat naik kereta dia ni?? Marah Mardhiah geram. Kaki dihentak-hentak ke lantai.

   “ Hah, kau dah kenapa? Nak berkawad siap hentak kaki segala??” Suara garau itu melantun keras. Mardhiah tersentak. Wajah semakin mencuka. Suka hati akulah nak berkawad ke apa?? Hish!

   “ Guna kaki kau ke??” sindir Mardhiah separa geram. Arfan mendengus.

   “ Menjawab-menjawab.. aku sumbat juga mulut kau dengan cili kejap lagi. Dah, masuk pergi jumpa mama kau. Anak jenis apalah kau ni buat umi long nangis teruk macam tu??” Arfan menggeleng-geleng kepalanya. Lagak bagaikan dialah anak mithali di dunia ini. Tiba-tiba tubuh Mardhiah mengeras. Ah, dia tak nak jumpa mama!!

   Arfan yang sudah menapak kembali menghentikan langkah. Langsung dia tak dengar sebarang bunyi tapak kaki yang membontotinya dari belakang. Spontan, dia berpusing. Tangan naik bercekak pinggang sebelum wajahnya diraup kasar. Tanpa kata, Arfan bergerak pantas ke arah Mardhiah. Lengan gadis itu direntap sebelum diseret menuju ke ruang tamu.

   “ Hoi.. apa ni?? Sakitlah!!” Terkial-kial Mardhiah cuba hendak lepaskan pegangan tangan sasa yang membelit lengan putihnya itu. Arfan mencebik sinis. Tahu usaha Mardhiah takkan berjaya. Tengoklah tangan berotot dia ni.

  “ Ikut ajelah!” marah Arfan balik.

   Sampai saja di hadapan umi long dan pak long, tubuh Mardhiah didorong kasar ke hadapan. Dayang Naimah dan Encik Mutalib berpaling sebelum masing-masing menerpa mendapatkan Mardhiah.

   “ Ya Allah, Dhiah. Dhiah pergi mana basah-basah kuyup ni?? Risau mama dengan papa kat rumah.” Dayang Naimah cemas. Tanpa sedar, tangan si anak dicapai namun pabila Mardhiah seakan mengaduh, dahinya berkerut.

   “ Kenapa dengan tangan tu, Dhiah?” Dayang Norseha, umi Arfan mula mencelah sebelum dia mendekati anak saudaranya itu. Mardhiah terdiam lama sebelum akalnya mengeluarkan mentol. Menandakan idea untuk mengenakan si monyet hutan sudah berlegar-legar di benak.

   “ Umi su..” rengek Mardhiah lalu tubuh tua itu dipeluk. Air mata lakonan merembes keluar. Dayang Norseha terpempan. Langsung tak menduga tubuhnya bakal dipeluk. Bukan tubuh kak longnya. Hai.. nampak lagi aura merajuk dekat situ.

   “ Kenapa ni, Dhiah? Tangan ni kenapa?” soal Dayang Norseha penuh sifat keibuan sebelum tangan anak saudaranya itu dibelek. Mardhiah masih lagi merebahkan kepalanya pada bahu umi sunya. Arfan yang melihat terasa jengkel. Bibir dicebik meluat. Hei, tu umi aku. Kau pergilah peluk mama kau. Hish.. suka dengki dengan akulah! Baik aku keluar daripada mata aku naik berbulu. Fikir Zachry Arfan.

   “ Umi su.. Dhiah bukan nak buruk-burukkan anak umi su. Tapi..” Bicara Mardhiah tergantung. Dayang Norseha kerutkan wajah. Dayang Naimah dan Encik Mutalib hanya pandang dengan wajah penuh minat.

   “ Anak umi su? Kenapa dengan Fan?” soal Dayang Norseha dengan dahi berkerut.

   “ Dia yang buat Dhiah, umi su. Dia.. dia tolak Dhiah. Dua kali!! Dan semuanya dengan sengaja. Sakit, umi su.” Lantang dan kuat Mardhiah bertutur sekaligus membantutkan langkah Arfan di muka pintu. Arfan berpaling pantas. Wajahnya menyinga. Telinganya berdesing kuat.

   What did you say??” jerkah Arfan naik angin. Langsung lupa ada susuk tubuh lain di situ. Seketika, Arfan tersedar pabila mata-mata lain semua memandang wajahnya penuh minat. Okey, terlebih sudah!

   “ Betul ke, along? Along buat Dhiah ke? Ya Allah anak umi ni.. umi dengan walid tak pernah ajar along berkasar dengan perempuan tahu??” marah Dayang Norseha pada anaknya. Wajah tua itu memerah. Arfan terkulat-kulat.

   “ A.. along.. along..” 

   “ Hah, gagap-gagap tu maknanya betullah kan??” sergah Dayang Norseha. Tanpa pamitan, dia bergerak ke arah anak sulungnya itu. Arfan mula berdebar sakan.

    “ Umi nak buat apa kat along ni?” soal Arfan cemas. Wajahnya merenik dengan peluh. Mardhiah memanjangkan leher memerhati tingkah umi sunya. Dalam hati menjerit seronok melihat wajah tampan itu terkebil-kebil kena marah. Padan muka!

   “ Tadah tangan cepat!” suruh Dayang Norseha penuh geram. Arfan semakin cuak. Jangan cakap umi nak lukakan tangan dia macam Mardhiah. Itu penderaan namanya. Lagipun, dia tak sengaja buat Mardhiah macam tu!

   “ Umi.. janganlah. Along tak sengaja..” rayu Arfan. Wajahnya menagih simpati.

   “ Umi tak kira. Tadah cepat!” sela Dayang Norseha lagi. Lambat-lambat Arfan akur. Tangan ditadah takut-takut. Dan tiba-tiba.. pap! Arfan terbuntang biji mata. Ceh.. itu je ke? Selar hatinya bagaikan mengejek Mardhiah.

   “ Jangan ingat itu aje. Tadah lagi..” Terus senyuman dalam hati yang diukir Arfan mati. Melihat jegilan mata uminya, tangan ditadah terus dengan rasa sebal. Dan akhirnya.. pap! Pap! Pap! Berkali-kali Dayang Norseha memukul tapak tangan Arfan.

   “ Tangan ni jangan cuba-cuba nak ajar berkasar atau pukul perempuan!” bebel suara itu terus dan selepas itu kedengaran suara jeritan Arfan pabila Dayang Norseha mencubit kuat tangannya. Aduh, merahnya! Arfan menggosok-gosok tempat yang dicubit. Benarlah kata orang, cubitan seorang wanita sangat berbisa. Rasa macam nak menangis pun ada ni. Mardhiah tersengih-sengih sorang diri. Sedaya-upaya tawanya disimpan. Bimbang terhambur keluar. Arfan merengus kecil melihat wajah penuh ejekan itu. Siap kau nanti, Dhiah! Siap!!

   “ Along bukan sengaja, umi. Sampai hati umi. Umi long.. tengoklah umi tak sayang Fan,” ujar Arfan langsung mengadu pada Dayang Naimah. Dayang Naimah mengeluh kecil. Drama apa ni? Detik hatinya sebabak.

   “ Dahlah, Seha. Budak berdua ni masing-masing salah. Rasanya abang long kenal anak kami ni macam mana. Sama aje naiknya.” Encik Mutalib mencelah. Wajah tua itu nampak kusut. Mardhiah merengus. Wajahnya mencuka. Papa sebelahkan monyet hutan ni??? Ah!!!

   “ Papa dengan mama memang tak sayang Dhiah kan?” sungut Mardhiah tiba-tiba. Spontan anak mata Encik Mutalib dan Dayang Naimah terarah pada susuk tubuh itu.

   “ Dhiah.. sebab sayanglah kami tak nak Dhiah pergi jauh,” Dayang Naimah memulakan sesi pujuk-memujuk.

  “ Tapi, itu cita-cita Dhiah, mama. Kenapa mama tak faham?” selar Mardhiah membantah. Bukan dia nak jadi anak derhaka. Tapi, memang itu cita-citanya. Kalau dilepaskan, peluang ini takkan datang lagi. Lagipun namanya tersenarai untuk ke sana.

   “ Dhiah.. umi su sokong kata-kata mama kamu tu. Paris bukannya dekat. Selama ni kamu tak pernah berenggang dengan keluarga. Macam mana nak survive kat sana nanti? Bukan sekejap. Dua bulan juga tu,” sampuk Dayang Norseha pula. Arfan sudah berlalu ke sofa. Duduk dilabuhkan di situ. Menjadi pemerhati.

   “ Papa tetap tak benarkan!” putus Encik Mutalib tegas. Mardhiah naik geram.

   “ Kenapa nak halang Dhiah?? Kenapa??” jerkah Mardhiah geram. Encik Mutalib kecilkan mata.

   “ Jangan kurang ajar, Dhiah. Sejak bila pandai tinggikan suara ni??” Encik Mutalib tengking balik.

   “ Sudah-sudah! Mama peninglah dengan perangai kamu dua beranak ni. Dhiah, kenapa tak nak dengar cakap kami? Kami buat untuk kebaikan Dhiah juga. Lupa ke waktu Dhiah pergi rombongan dekat Shah Alam hari tu. Dhiah kena rompak kan? Tu.. parut dekat lengan ada lagi. Kali ni lagi jauh, macam mana kami nak lepaskan Dhiah? Shah Alam tu kira dekat aje. Tapi, Dhiah tak boleh survive pun.” Panjang lebar suara Dayang Naimah kedengaran.

    Mardhiah  menunduk. Tapi, dia betul-betul nak pergi ke sana. Ada pertunjukan fesyen di sana. Dan dia tak nak lepaskan peluang. Alang-alang namanya mungkin akan mencanak naik nanti. Menjadi pereka fesyen terkenal memang angannya sejak kecil lagi.

   “ Ma.. Dhiah..”

   “ Dhiah dengarlah cakap kami..” Dayang Naimah bagaikan merayu.

   “ Ya.. dengar cakap papa dan mama. Kami risau Dhiah kat sana sorang-sorang. Lainlah kalau ada yang jaga Dhiah kat sana.” Encik Mutalib menambah. Mardhiah menunduk buntu. Wajah mama dan papanya dipandang. Mungkin dia perlu korbankan cita-citanya. Ya Allah.. sedihnya.

   “ Seha rasa Seha ada cadangan.” Tiba-tiba suara Dayang Norseha kedengaran. Penuh semangat sampaikan Arfan yang baru nak terlelap kembali lebarkan celahan matanya.

   “ Apa??” Serentak ketiga-tiganya menyoal.  Dayang Norseha tersenyum penuh makna.

   “ Abang long cakap.. kalau ada orang jaga Dhiah kat sana, abang long lepaskan Dhiah pergi ke?” soal Dayang Norseha penuh teka-teki. 

   “ Betul ke macam tu?” Dayang Norseha mengulang lagi. Lambat-lambat Encik Mutalib angguk.

   “ Betul, Seha..” jawab Encik Mutalib. Seketika, bibir Dayang Norseha tersungging senyuman lebar.

   “ Kalau macam tu, kahwinkan Dhiah. Nanti, suami dia akan ikut Dhiah ke sana. Kan dah ada orang jaga tu??” Dum! Masing-masing terkejut dengan cadangan Dayang Norseha. Mardhiah lebih-lebih lagi. Hampir dia rsa nak pitam. Ohmai..

   Cuma, seorang saja yang tak terkejut. Sebaliknya, menyokong pantas.

   “ Along setuju. Idea umi bernas. Bravo-bravo. Selesai masalah.. semua tak payah runsing,” Arfan bersuara penuh semangat siap tepuk tangan lagi. Masing-masing pandang Arfan pula. Terkejut!

   “ Tapi..” Arfan mula terfikirkan sesuatu. Begitu juga dengan umi longnya. Rasanya idea adiknya memang geliga juga.

   “ Siapa yang nak jadi suami segera Dhiah??” Spontan kedua-dua itu menyoal. Soalan itu ditujukan pada Dayang Norseha. Sepintas, bibir itu melorek senyuman.

   “ Zachry Arfan..” Bibir Dayang Norseha menyebut nama anaknya. Arfan angguk-angguk kepala dia. 

   “ Oh.. dia tu ke? Along kenal sangat budak tu. Baik orangnya. Nama pun sedap. Zach.. Zachry Arfan??? Umi.. tu nama along!!” Arfan mula tersedar. Dia panik tiba-tiba. Ah, takkan dia pula? No-no!!

Yelah.. memang nama anak umi pun. Zachry Arfan Datuk Zaquan. Anak umilah kan? Ke umi salah sebut tadi?” Dayang Norseha buat muka selamba. Mardhiah dah terlopong.

 “ Umi su.. takkan dia ni..” Mardhiah teragak-agak hendak bertutur. Dayang Norseha angguk yakin.

   “ Ya, bakal suami segera Dhiah. Dhiah suka tak?” soal Dayang Norseha. Mardhiah ternganga. Suka? A’ah.. suka sangatttttttttt, umi su. Memang suka. Suka diajak bergaduh. Bukan diajak jadi suami. Ah, tidak!

   “ Seha biar betul ni?” Suara Encik Mutalib ragu-ragu menyapa halwa telinga.

   “ Seha serius ni, bang long.. kak long. Elok juga kita nikahkan mereka. Seha dah sayang Dhiah macam anak sendiri.” 

   “ Umi.. along tak nak, umi. Carilah lelaki lain. Umi ni..”

   “ Dhiah.. Dhiah fikirlah kata-kata papa Dhiah. Kalau nak pergi, kena ada seseorang yang jaga Dhiah kat Paris. Jadi, macam mana?” Langsung dia tak hiraukan rengekan si anak. Sebaliknya dia bertanya pula pada Mardhiah.

   “ Umi su.. berat ni. Kejap Dhiah fikir..” Mardhiah mula duduk di birai katil. Menimbang baik buruknya cadangan umi sunya.

   “ Baiklah, Dhiah setuju dia jadi suami segera Dhiah. Dhiah nak kejar cita-cita Dhiah.” Tak sampai sepuluh minit, Mardhiah dah buat keputusan. Arfan rasa nak maki hamun orang aje. Amboi.. senangnya dia buat keputusan.

   “ Along tak setuju!” bangkang Arfan kuat.

   “ Ada umi tanya along setuju ke tak? Umi tanya Dhiah aje,” selar Dayang Norseha sekaligus membuatkan Arfan rasa leher dia bagaikan sedang dijerut kasar.

   “ Seha.. kejam macam tu. Kesian Fan..” bela umi longnya. Arfan hela nafs lega. Nasib baik ada umi long. Detik hatinya.

   “ Tak kejam pun, kak long. Untung-untung hubungan mereka yang macam anjing dengan kucing ni boleh jadi akrab nanti,” bidas Dayang Norseha dengan senyuman manis. Dayang Naimah terkelu.

   “ Umi.. you can’t do this to me..” Arfan mulai lemah.

   “ Along anak yang baik kan?” soal Dayang Norseha penuh muslihat. Arfan tersepit. Soalan uminya bagai memaksa Arfan untuk setuju saja. Arfan mengeluh.

   “ Nanti along fikir dulu. Bincang sekali dengan walid.” Lemah Arfan memberi kata putus lalu dia beransur keluar. Ni semua kau punya pasal, Dhiah!! Kau-kau!! Ah, geramya aku. Sibuk sangat nak jadi pereka fesyen kononnya. Macam dia seorang ada kerjaya. Aku pun ada kerjaya juga! Sebal hati Arfan kala ini.

7 comments:

  1. Replies
    1. hehe.. lajunya adik baca.. thanks sis.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. thanks anon. dan thanks juga sudi jenguk blog hana. dptkan novel pertama hana ye nnti

      Delete
  3. Hahaha... Nama sendiri disebut pun x sedar... Siap puji diri sendiri lagi

    ReplyDelete