PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, May 25, 2013

Eh, Saya Sayang Awaklah! Bab 8


BAB 8

Aqmal kerutkan keningnya tatkala wajah sendu Ulfah menyapa pandangannya. Isterinya itu melangkah longlai ke arahnya setelah dia selesai mengambil ubat di kaunter klinik. Wajah sendu dan nampak bergenang dengan air mata itu dipandang lagi.

   “ Siapa yang telefon tadi?” sela Aqmal prihatin sambil bingkas bangun dari kerusi yang disediakan di klinik tersebut. Ulfah diam sambil menunduk.

   “ Hei, saya tanya ni siapa yang telefon awak tadi? Kenapa tak jawab?” Aqmal mulai berang. Dengan keadaan dia yang sakit, Ulfah biarkan pula dia menyoal berkali-kali. Mahu tak geram?

   “ Kak Nawrah..” balas Ulfah pendek penuh berbisik. Aqmal mula rasa tidak enak. Terasa bersalah pula kerana memarahi Ulfah. Dia mendekat. Dagu itu dipaut dan jelas air mata sudah hampir menitis ke pipi mulus itu. Aqmal tersentak.

   “ Hei, kenapa awak nak nangis ni? Saya bukannya marah teruk pun. Dah-dah..” pujuk Aqmal tanpa diduga. Bahu isterinya diramas perlahan. Wajah Aqmal jelas nampak cemas melihat tingkah isterinya itu.

   “ Fah.. Fah nak nangis bukan sebab abang marah Fah..” Ulfah menjawab dengan nada tersekat-sekat. Aqmal tercengang. Terus anak mata milik Ulfah dicari.

   “ Habis tu?”

   “ Nenek jatuh tangga. Kak Nawrah call tadi bagitahu pasal tulah..” ujar Ulfah menjawab pertanyaan suaminya. Seketika, dia sudah hilang dalam pelukan Aqmal. Entah masa bila dia merebahkan tubuhnya ke dada bidang itu. Aqmal nampak teranjak sedikit dek rasa terkejut. Namun, tidak pula dia menolak tubuh Ulfah.

   “ Nenek jatuh tangga? Teruk ke?” soal Aqmal gugup. Sudah lama mereka tidak berkeadaan begini. Sesekali anak matanya mengerling pembantu klinik yang mencuri pandang ke arahnya. Aduh, Fah.. ni bukan kat rumah Fah.. detik hati Aqmal segan.

   “ Fah tak tahu, abang. Kak Nawrah cakap nenek okey. tapi, Fah tak percaya selagi Fah tak tengok..” ngongoi suara itu kecil. Pelukan di tubuh suaminya makin dieratkan. Aqmal dapat rasa bahunya basah dengan air mata isterinya itu. Aduhai..

   “ Dahlah.. malu dekat oranglah awak peluk saya kat sini. Dah-dah.. kita balik sambung peluk kat rumah pulak ye? Saya dah segan ni..” sela Aqmal sekali gus menyebabkan Ulfah rasa seperti tercekik tulang rusa. Erk! Spontan pelukan dileraikan lalu matanya singgah pada pembantu klinik yang jelas sudah tersenyum-senyum ke arah mereka. Alamak, macam mana dia lupa yang mereka berada di klinik tadi? Malunya!!

   “ Kenapa abang tak cakap dari tadi? Abang sengaja kan??” Ulfah menyoal geram. Wajahnya sudah membahang malu. Aqmal pula yang terpempan. Eh, kita pula yang dimarahnya?

   “ Ni kenapa nak marah saya pulak? Saya tengah sakit pun nak marah-marah. Hei, dahlah. Jom balik. Kemas barang kita balik kampung hari ni jugak.” Aqmal terus beredar pergi tanpa menunggu Ulfah. Ulfah garu dahi. Alahai.. silap marahlah pula. Nenek cakap.. orang sedang sakit mudah terasa dan sentap. Habislah aku.. fikir Ulfah resah.

   Tanpa kata, Ulfah terus mengejar langkah Aqmal yang nampak sedikit terhuyung-hayang itu. Lengan sasa itu dipaut untuk membantu.

   “ Marah ke?” soal Ulfah yang dah mula menyaingi langkah si suami. Aqmal menolah sebelum menjeling tajam. Soalan Ulfah tidak dijawab. Cukup dengan reaksi Aqmal. Dia tahu lelaki itu merajuk. Manja!

    “ Biar saya pandu..”  ujar Aqmal sebaik saja mereka sampai di kereta. Ulfah menggeleng laju. Kunci kereta yang dipegang disorok ke belakang tubuhnya. Aqmal pandang saja dengan wajah bersahaja.

   “ Kunci?” pinta Aqmal sambil menadah tangan. Sekali lagi, Ulfah menggeleng. Aqmal mengeluh.

   Yelah-yelah.. pandulah kalau nak sangat.” Aqmal pantas beredar ke seat sebelah pemandu. Ulfah pula hanya mengintai sedikit wajah tampan yang jelas memprotes dalam diam itu. Usai saja punggung Aqmal mencecah seat.. mata dipejam rapat. Peningnya mula terasa.

   “ Abang.. maaf. Fah tak ada niat pun nak buat abang marah. Fah tahu abang sakit sebab tu biar Fah pandu je. Kita tak payah balik kampung..”

   “ Kita tetap akan balik kampung!” putus Aqmal laju. Ulfah mengeluh.

   “ Abang..” Tangan suaminya dicapai dengan teragak-agak. Aqmal biarkan sebab malas nak bergaduh. Lagipun, tenaganya tak banyak tika ini.

   “ Abang kan sakit..” pujuk Ulfah lembut sambil tangan itu diramas perlahan.

   “ Habis, tak nak jenguk nenek tu? Lagipun, kalau saya sakit.. awak betul-betul kisah ke?” sindir Aqmal tajam. Ulfah terhenyak. Sampai hati abang cakap macam tu. Pilunya jiwa.

   “ Fah betul-betul kisah, abang. Fah isteri abang. Isteri mana yang akan buat tak kisah kalau suami dia sakit? Cuba abang jawab soalan Fah..” sela Ulfah mulai sebak.

   “ Isteri macam awak, Ulfah Jannah..” balas Aqmal laju sekaligus menyebabkan Ulfah terdiam kelu.

   “ Hanya kerana Fah tak pernah cakap pada abang tentang perasaan Fah ke? Hanya sebab tu abang nak tuduh Fah?” Ulfah emosi. Nafas ditarik panjang sebelum kekuatan dikumpul. Aku mesti luahkan kalau tak nak benda ni berpanjangan. Ya, mesti!

   “Abang.. jujur Fah cakap Fah memang sa..”

   “ Dahlah, saya penat. Nak tidur!” Aqmal menghalang pantas. Telinganya bingit dan dia tidak ada mood untuk mendengar apa-apa waktu ini. Badannya benar-benar lesu. Ulfah sekali lagi mengeluh. Kenapa Aqmal macam ni? Kenapa?? Jerit batinnya lantas dia mula membetulkan posisi.

    “ Dah sampai nanti, kejut saya.” Arahan Aqmal sebelum matanya dipejam kembali. Dia nak cakap apa eh tadi? Sa? Sa apa? Sakit hati sebab aku cakap macam tu? Sayang? Ah, tak mungkinlah. Bisik hati Aqmal mula tertanya-tanya.

   “ Nanti Fah kejut. Abang rehatlah dulu. Maaf sebab Fah buat abang marah..” Ulfah mula rasa sebak kembali. Aqmal diam tak menjawab. Ulfah mengerling seketika sebelum tubuhnya direndahkan pada Aqmal. Spontan mata Aqmal tercelik luas tatkala hangatnya tubuh Ulfah menjamah tubuhnya. Eh, dia nak buat apa ni??

   “ Awak nak buat apa ni?” Aqmal mula gugup. Jiwanya terbuai dengan haruman milik Ulfah. Wajah Ulfah dan dia begitu dekat. Ulfah lantas menarik tali pinggang kaledar sebelum tali pinggang itu dipasang. Dia juga tak dapat nafikan jantungnya benar-benar berdegup kencang menatap anak mata si suami. Ya Tuhan, tolong kuatkan hati aku.. pinta Ulfah.

   “ Fah nak tolong abang pakai ni..” balas Ulfah lembut. Aqmal membetulkan duduknya sedikit. Dia berdehem-dehem beberapa kali.

   “ Err.. oh, saya lupa nak pakai tadi. Err.. terima kasih.” Aqmal menjawab kalut. Ulfah tarik senyum sebelum kembali ke posisi asalnya.

   Seketika, enjin dihidupkan. Ulfah mula memandu pulang ditemani jantung yang masih tidak surut debarnya. Matanya melingas ke sebelah. Jelas wajah Aqmal sudah lena. Eh, cepatnya dia tidur? Bisik hati Ulfah. Wajah tampan itu ditatap sekilas sebelum dia mula fokus pada pemanduannya.

Sampai saja di rumah, Ulfah turun menuju ke arah suaminya yang masih lena di dalam kereta selepas membuka pintu rumah. Langsung tak sedar kereta sudah memasuki perkarangan rumah. Pintu kereta dibuka dari luar. Tali pinggan kaledar yang membelit tubuh suaminya dibuka perlahan. Wajah lena Aqmal diamati sebelum tangannya naik menyentuh pipi itu.

   Aqmal tersentak pabila terasa ada sesuatu merayap di wajahnya. Dia menoleh. Ulfah pula cepat-cepat jarakkan wajah.

   “ Dah sampai ke?” soal Aqmal sambil mengurut-urut kecil tengkuknya.

   “ Err.. dah-dah. Sampai dah. Sampai rumah kita dah..” jawab Ulfah cemas. Aqmal kerutkan wajah lagi. Kenapa nampak gelabah semacam je ni? Monolog hatinya.

   “ Yang awak nampak cemas ni kenapa? Awak cuba nak kiss pipi saya tadi eh?” soal Aqmal mula turun dari kereta. Mulut Ulfah terlongo dengan pertanyaan suaminya. Namun, cepat pula dia katup kembali.

   “ Eh.. mana ada. Fah.. Fah cuma nak kejutkan abang.” Ulfah berdalih walhal itulah arahan hatinya tadi. Aqmal naikkan keningnya sebelah. Tanpa kata, dia menonong masuk ke dalam rumah. Hilang saja kelibat Aqmal, Ulfah menghela nafas lega. Nasib baik mulut aku ni tak sempat cecah lagi pipi dia. Kalau tak.. buat malu je. Detik hati Ulfah sarat dengan rasa segan sambil bibirnya dipegang lembut.

   Disebalik daun pintu, Aqmal memerhatikan tingkah Ulfah. Dalam tidak sedar, ada senyuman nakal melatari bibir Aqmal. Kalau nak, cakap.. desis hatinya lalu langkah kembali diatur.

   “ Abang.. Fah naik atas dulu. Abang makan ubat ni. Lepas tu rehat ye?” ujar Ulfah yang tercegat di hadapan Aqmal. Tangan isterinya jelas memegang segelas air masak dan ubat yang dibawa balik dari klinik tadi. Lambat-lambat Aqmal menyambut huluran itu.

   “ Kemaskan baju saya sekali.” Suara Aqmal yang mula menyapa gegendang telinganya menyebabkan langkah Ulfah mati di muka anak tangga. Dia berpaling.

   “ Nak pergi mana?” soal Ulfah kurang mengerti. Aqmal merengus kecil.

   “ Kan dah cakap nak balik kampung, tengok nenek.” Aqmal membalas geram. Berapa kali nak cakap ni?

    “ Hah, abang biar betul ni? Abang kan tak sakit. Eh, salah. Maksud Fah, abang kan sakit.” Ulfah menjawab cemas. Aqmal pandang wajah Ulfah. Hampir dia tergelak mendengar jawapan kalut Ulfah tadi.

   “ Kalau saya sakit pun apa masalahnya, awak yang pandu kereta kan? Dekat kampung nanti, awak jagalah saya. Kalau tak nak, saya jaga diri sendiri.” Aqmal membidas lagi. Ulfah senyap.

   “ Abang betul ke nak balik kampung?” soal Ulfah sekali lagi untuk kepastian. Aqmal angguk dengan yakin sebelum dia mula merebahkan badannya ke sofa empuk itu.

   “ Saya nak balik jenguk nenek. Risau, biar pun dia bukan nenek kandung saya. Saya tetap cucu menantu dia.” Aqmal menjawab. Ulfah mengeluh kecil. Nampaknya Aqmal tak main-main ni.

   “ Baiklah.. Fah naik kemas baju dulu.” Ulfah mula mengatur langkah ke ruang atas. Aqmal dibiarkan berehat di sofa.

   Usai saja mengemas beg pakaian, Ulfah menapak turun ke bawah. Wajah Aqmal yang ralit merenung siling sambil memicit pelipis dipandang. Beg diletakkan ke bawah sebelum dia mula menerpa ke arah suaminya.

   “ Abang, abang okey tak? Pening lagi ke?” sela Ulfah lantas meraba dahi si suami. Aqmal berdesis kecil. Sakitnya kepala.. hatinya bermonolog.

   “ Sikit je ni. Jomlah kita gerak.. nanti lewat pula sampai.” Aqmal cuba bangkit dari pembaringan. Ulfah tidak lupa membantu. Badan itu dipaut.

   “ Abang.. kalau macam ni, kita balik nanti-nantilah. Tunggu abang sembuh dulu.” Ulfah bersuara risau.

   “ Kenapa degil sangat ni? Saya cakap nak balik tu, maknanya nak baliklah. Saya nak tengok nenek.” Aqmal mula geram sehingga langsung tak sedar dia sudah mula meninggikan suara. Mungkin bercampur dengan rasa sakit, dia mudah saja naik angin. Ulfah tersentak.

   “ Abang.. Fah cuma ambil berat. Kenapa abang selalu marah Fah sekarang?” Suara itu sudah berubah nada. Sebak dan sayu. Wajah Ulfah sudah menunduk ke bawah. Aqmal mengeluh kecil. Menangislah tu? Hatinya berdetik. Rasa bersalah mula merajai hati.

   “ Okey, saya minta maaf. Kita tetap akan balik hari ni. Tapi, lepas awak picit kepala saya ni. Boleh?” Aqmal memujuk. Tanpa kata, dia terus baringkan kepalanya pada riba si isteri. Ulfah pantas panggung kepala. Terkejut.

   “ Cepatlah.. pening ni..” adu Aqmal mulai bernada manja. Seakan-akan kedengaran merengek. Ulfah taln liur. Ni angin celah mana pula dah sapa suami aku ni? Ulfah pelik.

   “ Nak picit tak? Kalau tak nak, saya bangun..” Aqmal mengugut lalu cuba bangkit. Ulfah pantas menahan. Dada bidang suaminya ditekan agar kembali berbaring pada posisi sama. Tidak lama kemudian, tangan kecil itu mula menari lembut pada pelipis Aqmal. Aqmal lega dengan urutan itu.

   “ Terima kasih sebab sudi picitkan..” sela Aqmal sambil menikmati urutan lembut isterinya.

   “ Tak apa. Dah tanggungjawab Fah sebagai isteri, bang..” jawab Ulfah. Aqmal langsung diam. Dalam diam Aqmal itu, Ulfah mula gelisah. Dahi suaminya masih hangat. Ah, macam mana ni?? Risau betullah.
  
                   


4 comments: