PeNgiKuT sEtiA..

Tuesday, May 14, 2013

Eh, Saya Sayang Awaklah! Bab 7


BAB 7

Aqmal melangkah longlai menuju ke mejanya. Langsung tidak sedar tingkahnya sedang diperhatikan oleh sesusuk tubuh.  Sekejap dia mengeluh. Sekejap dia memicit kepala sendiri. Sungguh, dia lesu tika ini. Tubuh disandarkan pada kerusi. Seketika, bebola matanya seakan mendesak untuk menoleh ke kanan pabila terasa ada sepasang mata sedang merenungnya. Saat itu, mata Aqmal terbuntang. Eh, bila dia masuk ni? Macam mana dia masuk? Ah, boleh pula aku tak sedar.

   “ Kemas barang abang sekarang.” Penuh kelembutan suara itu bertutur. Tak sempat Aqmal nak menegur terlebih dahulu. Aqmal terpinga-pinga. Seketika, pintu bilik Aqmal terkuak. Muncul Datuk Akil yang segak dengan pakaian formalnya.Datuk Akil melangkah dengan senyuman.

    “ Hah, datang pun menantu papa.” Datuk Akil menegur Ulfah. Seketika, Ulfah tunduk mencium tangan tua itu.

   “ Dah papa suruh datang tadi,” balas Ulfah sopan. Wajahnya nampak takut-takut. Datuk Akil senyum segaris. Faham situasi kedua susuk tubuh di hadapannya. Dia sudah boleh tebak sebab dia pun pernah kahwin. Gaduh-gaduh manja tu biasalah. Adat resam orang kahwin.

   “ Mal.. maaf. Papa yang suruh Fah datang. Dari tadi papa perhatikan Mal macam ada yang tak kena. Muka pun pucat aje.” Sambung Datuk Akil ditujukan pada Aqmal.

   “ Err.. oh, tak ada apalah, pa. Mal okey.” Aqmal menjawab kekok. Terasa pandangan helang milik Ulfah sedang menelanjangi dirinya. Ah, gementar dan kekok.

   “ Tak apalah, Mal. Hari ni Mal kerja separuh hari aje. Papa benarkan Mal balik awal. Dah, ikut Fah balik. Rehat, tenangkan diri,” Datuk Akil mencelah laju. Aqmal kerutkan kening. Bibirnya ingin menongkah kata-kata Datuk Akil. “ Fah.. Fah pun EL kan?” sela Datuk Akil lagi. Aqmal menoleh pandang.

   “ A’ah.. Fah ambil emergency leave tadi,” akui Ulfah mudah. Yelah.. itu pun sebab budi baik Zairil yang lepaskan dia awal. Lainlah macam orang yang berpangkat seperti Aqmal, senang saja untuk ambil cuti kecemasan. Syarikat bapa sendiri juga. Bukan macam dia, setakat kuli cabuk. Kena minta keizinan dulu. Desis hati Ulfah. Datuk Akil terangguk-angguk mendengarkan jawapan Ulfah.

   “ Papa.. Mal rasa tak payah kot? Biar jelah Mal kerja macam waktu biasa. Mal okey, pa.” Aqmal mengelak. Dia tak nak memanjakan diri. Ulfah menjeling sedikit. Huh, degil. Dah sakit.. buat cara sakit. Bisik hatinya geram.

“ Dengar cakap papa, Mal. Badan kamu panas ni. Baliklah.. semalam main hujan sangat dekat site,” seloroh Datuk Akil. Aqmal mendengus kecil. Macamlah dia nak sangat berjemur tengah hujan. Dah hujan.. tak sempat dia nak cari tempat berlindung waktu itu. Bukannya dia sengaja. Papa saja je nak sakat dia ni. Ulfah perhatikan saja wajah mencuka Aqmal. Hmm.. comel juga. Desis hati Ulfah sedikit lucu dengan memek muka yang ditonjolkan Aqmal.

   “ Pa.. orang tak nak baliklah. Orang nak kerja. Dahlah Fah.. pergi balik tempat kerja awak.” Ulfah tersentak. Aqmal menghalaunya kah? Matanya terasa berat tiba-tiba. Seakan air mata ingin berteduh sama menghiasi mata cantik itu. Datuk Akil menggeleng. Apalah yang direbutkan budak berdua ni sampai bergaduh bagai. Hailah..

   “ Mal.. arahan papa ni. Go.. balik rumah. Take enough rest. Kalau tak, gaji tak ada bulan ni.” Terbuntang biji mata Aqmal. Papa mengugut diakah? Datuk Akil buat muka minta penampar.

   “ Apa tengok-tengok? Ada hutang ke?” Datuk Akil sembur lagi. Lalu, lelaki tua itu ketawa mengekek. Aqmal semakin mencuka. Pantas, dia bangkit. Badan pun dah lesu ni.

   Yelah.. Mal balik. Tapi, gaji bulan ni triple.” Amboi Aqmal.. mengada je lebih. Datuk Akil ketawa galak. Alah.. dengan anak tak ada maknanya dia nak berkira. Dia tahu Aqmal pun sekadar bergurau. Datuk Akil ketawa lagi. Ulfah pula hanya banyak menjadi pemerhati daripada bercakap.

   “ Fah.. jaga anak kesayangan papa ni. Seorang ni je anak lelaki, papa.” Datuk Akil berpesan. Mungkin kedengaran tidak serius. Tapi, dalam hati dia benar-benar memaksudkannya. Aqmal Zarief seorang saja anaknya selepas anak kedua dia dan Datin Naimah meninggal dunia ketika dalam kandungan.

   Ulfah mengangguk laju. Memang dia akan jaga suaminya sebab hanya dia dan Allah S.W.T saja yang tahu betapa pentingnya Aqmal Zarief dalam hidup seorang wanita bernama Ulfah Jannah.

   “ Mal balik dulu, pa. Tapi, kereta Mal macam mana?” soal Aqmal pula. Datuk Akil tepuk bahu Aqmal perlahan.

   “ Jangan risau, nanti papa suruh driver kita hantar ke rumah Mal.” Lelaki tua itu membalas. Aqmal angguk saja. Tak larat sangat nak membalas kata.

   “ Terima kasih, pa. Jangan potong gaji Mal sebab bukan Mal yang beria nak balik.” Sempat lagi Aqmal bergurau dalam keadaan lesu begitu.

   “ Alah.. papa tak potonglah. Fah, bawa kereta elok-elok.” Datuk Akil berpesan lagi. Wajah tua itu nampak tenang dalam berkata.

   “ Baik, pa. Fah balik dulu. Abang nampak pucat ni.” Ulfah segera menyalami tangan Datuk Akil. Seketika, dia berpamitan keluar dari pejabat mewah itu bersama suaminya.

  “ Lain kali jangan muncul depan pejabat saya kalau awak rasa diri awak tak ikhlas,” ujar Aqmal ketika mereka berdua sudah keluar dari pejabat mewah milik suaminya.

   “ Apa abang cakap ni? Tengah sakit pun nak bergaduh ke?” Ulfah berhenti melangkah. Suaranya jelas berbaur geram.

   “ Eh, bukan ke apa yang saya cakap tadi?” Aqmal masih hendak mendera.

   “ Bukan dan abang salah sama sekali. Tak ada apa yang boleh buat seorang isteri itu senang melainkan memastikan sendiri kesihatan suaminya terjaga.” Ulfah melawan kata. Namun, langsung tidak meninggikan suara.

   “ Sudahlah, Fah. Bercakap memang pandai. Tapi, seiring ke kata-kata itu dengan hati awak?” Aqmal masih tak nak mengalah. Ulfah mengeluh kecil. Dia tahu mengeluh itu tidak elok. Tapi, dalam situasi ini hanya itu yang dia mampu.

   “ Abang masih marahkan Fah?” soal Ulfah yang mula menyaingi langkah kaki Aqmal. Lengan sasa itu diraih lembut. Aqmal menoleh sejenak. Lalu, dia hanya jongketkan bahu sebelum dia mula menapak pergi. Langsung tak menghiraukan Ulfah. Sabar, Fah.. ini semua ragam dia sebab nakkan perhatian kau. Satu suara berbisik lembut cuba menenangkan hati Ulfah.

Ulfah menjeling penuh geram wajah Aqmal. Batuk lelaki itu semakin kuat kedengaran. Ulfah menguis kasar tangannya sendiri. Menunjukkan protes dalam diam. Orang nak bawak kereta.. dia sibuk nak tunjuk gentleman kononnya. Sekarang kan muka tu dah bertambah pucat. Hee.. geram betullah dengan orang degil macam ni. Ulfah membebel sendirian.

   Aqmal mula terasa tekaknya semakin perit. Nak telan air liur pun macam terseksa sangat. Dia yakin tekaknya dah luka sebab rasa bagaikan dia menelan darah yang bercampur dengan liur saja. Semakin tidak selesa dibuatnya. Mukanya sudah berkerut-kerut menahan sakit.

   “ Abang okey ke tak ni?” Ulfah menyoal sambil mengiringkan tubuhnya menghadap batang tubuh Aqmal yang sedang memandu. Aqmal tak dapat menjawab bila batuknya semakin kuat menyerang.

   Batuk Aqmal semakin menjadi-jadi. Kali ini lebih teruk, bila mana tangan yang memekup mulutnya sudah terpercik dengan darah merah. Aqmal rasa kepalanya sudah berpinar-pinar.

   “ Ya Allah.. abang, dah siap keluar darah ni. Teruk dah ni. Cepat belok kanan. Berhenti tepi jalan.. biar Fah ganti pandu kereta.” Suara Ulfah sudah berubah panik. Aqmal pejam matanya sesaat. Cuba mengusir rasa perit yang bergayut di anak tekaknya.

   “ Saya okey, awak jangan nak buat-buat ri.. risaulah,” ujar Aqmal dalam kepayahan. Tersentak Ulfah mendengar bicara itu. Buat-buat risau? Butakah Aqmal tika ini? Ulfah mula rasa tersinggung.

   “ Fah tak perlu nak ‘buat-buat’ risau sebab yang sakit tu suami Fah!” Tekan Ulfah sambil sedikit mengeraskan suara pabila menyentuh perkataan ‘buat-buat’. Aqmal berpaling sejenak. Dia tersenyum mengejek.

   “ Dahlah, saya tak larat nak bertekak dengan awak.” Aqmal mengambil jalan singkat. Menamatkan pergaduhan kecil mereka. Ulfah hela nafas panjang. Mulai bosan dengan situasi mereka.

   “ Berhenti kat tepi sana tu.” Penuh keras dia bersuara. Kalau bercakap guna bahasa lembut sekalipun, Aqmal tetap nak menduga hatinya. Jadi, baik dia berkeras dan bertegas. Demi kebaikan Aqmal juga.

   “ Yang awak degil sangat ni dah kenapa??” Sedikit menengking Aqmal menyoal. Ulfah tahan rasa. Apa yang penting.. dia yang akan memandu suaminya. Keadaan Aqmal tika ini tidak mengizinkan. Aqmal mengurut tekaknya yang terasa perit. Matanya terpejam setiap kali dia usai berbicara. Aqmal masih terus dengan pemanduannya diselangi batuk yang agak kuat kedengaran. Ulfah mula rasa hilang sabar. Wajah suaminya semakin pucat dan itu yang membuatkan sabarnya bertebaran pergi.

   “ Fah cakap berhenti atau abang nak Fah terjun dari kereta ni?? Fah buat betul-betul nanti!!” ugut Ulfah tanpa sedar. Terbuntang biji mata Aqmal. Mulalah jantungnya berdebar-debar. Bimbang isterinya benar-benar mengotakan kata, dia terus membelok ke kanan. Lagipun, memikirkan kudrat yang semakin berkurangan juga. Dia benar-benar lesu kali ini. Nak bersuara pun dah tak larat. Tapi, waktu ni jugalah dia dan Ulfah nak berdebat. Macam tak ada hari lain gamaknya.

   “ Awak perlu ke ugut saya macam tu?? Saya tengah sakit tahu?? Perlu ke buat hati saya ni bertambah sakit?? Perlu ke??” Aqmal menjeling kasar wajah Ulfah. Tangan yang dicemari darah dikesat pada sehelai tisu. Wajah Aqmal semakin kelat. Geram bercampur risau. Dia tak suka Ulfah membuat gurauan sebegitu. Ulfah diam membatu. Terlajak kata masakan boleh diundur?

   “ Fah tak ugut abang. Fah buat apa yang patut sebagai seorang isteri. Lain kali cuba dengar sikit cakap Fah. Kalau dah sakit, tolonglah jangan nak ego tak kena tempat.” Ulfah bersuara perlahan sambil membuka tali pinggang keledar yang membelit tubuh langsingnya. Aqmal mendengus lemah. Wajahnya semakin pucat. Sedar akan situasi suaminya.. Ulfah beristighfar. Ya Allah, dia tak patut marah-marah saat suaminya sedang sakit. Bingkas Ulfah keluar dari perut kereta.

  Cepat-cepat Ulfah berlari anak ke pintu sebelah pemandu. Riak wajahnya jelas cemas. Apatah lagi batuk Aqmal semakin kuat menghentam. Sampai saja di pintu sebelah pemandu, Ulfah segera menghulurkan bantuan.

   “ Mari sini biar Fah bantu..” Ulfah meletakkan tangan sasa suaminya di atas bahu. Sebelah tangannya sudah memaut pinggang Aqmal.

   “ Tak payahlah. Saya boleh jalan sendiri,” bidas Aqmal sedikit membentak. Tangan cuba dialihkan. Namun, Ulfah tidak mengalah. Dieratkan kembali tangan yang membelit pinggang si suami. Hanya Tuhan yang tahu betapa hatinya tersinggung.

   “ Fah cuma nak tolong. Tolong mudahkan kerja Fah.” Ulfah sengaja berkata begitu. Sedikit bergetar suaranya. Aqmal terdiam. Kali ini, Aqmal tak menolak. Dia yakin sekarang bukan masanya nak bertelagah.

   Perlahan-lahan tubuh sasa itu dipapah. Ulfah merebahkan tubuh Aqmal pada kerusi. Wajah suaminya yang berpeluh dikesat dengan hujung lengan baju kurungnya. Rambut Aqmal yang berjuntai di dahi disebak ke belakang. Hampir Ulfah rasa nak menangis bila matanya menangkap tapak tangan kasar itu yang tercalit sedikit tompokan merah. Aqmal bersandar lesu pada kerusi sambil memejamkan mata.

   “ Sakit..” Tanpa sedar, Aqmal bagaikan merengek. Ulfah terdiam. Dia tahu.. kalau orang yang sakit, tingkahnya akan berubah sangat manja.

   “ Fah tahu abang sakit. Fah minta maaf, bang. Abang bertahan kejap. Fah bawa ke klinik.” Ulfah sudah pun menangis kecil. Entah kenapa.. rasa bimbangnya melebihi segala. Dia berlari semula ke bahagian pemandu.

   Ulfah memandu menuju ke Klinik An-Nur. Sambil memandu, beberapa kali juga dia mengerling ke sebelah.. mencari wajah suaminya.

   Tangan sasa Aqmal sudah hilang dalam genggaman tangan kecilnya. Mula-mula Aqmal rasa ingin mengelak dari sentuhan itu. Namun, dalam rasa sakit hati.. dia tenang dan damai dengan setiap sentuhan hangat isterinya. Air mata pula ditahan kejap oleh Ulfah daripada terusan mengalir. Bimbang mengganggu konsentrasi pemanduannya pula. Namun, esakannya tetap kedengaran.

   Aqmal mengeluh dalam diam. Mendengar suara tangisan kecil itu, hatinya perit. Dia tahu Ulfah bimbang akan dirinya. Malahan, dia sendiri pelik. Dari cara Ulfah melayaninya jelas dia amat penting dalam hidup isterinya itu. Tapi, kenapa bibir Ulfah seringkali lumpuh pabila berbicara soal hati. Aqmal buntu sendiri. Dia teringin sangat untuk mendengar bibir itu berbicara.. Abang, Fah sayang abang. Hanya sekali sudah memadai.

   “ Dahlah.. jangan nangis. Saya tak suka,” tegur Aqmal dalam mata terpejam. Ulfah menoleh ke sisi. Segera pipinya yang basah disapu. Dia tahu suara tangisannya menganggu Aqmal.

   “ Maafkan Fah..” Sayu suara itu kedengaran menampar gegendang telinga Aqmal.

   “ Tolonglah, Fah. Saya tak sihat dan saya tak nak dengar apa-apa lagi. Kalau awak rasa nak bawa saya ke klinik, tolong cepat sikit sebelum suami awak ni mati tak sempat nak dengar luahan hati seorang isteri,” sindir Aqmal pedas lantas dia memalingkan wajah ke arah lain. Ulfah sedikit terpempan. Namun, dia cuba mengawal perasaan. Apa yang dia tahu, dia perlu cepat sampai ke klinik kerana batuk Aqmal mulai kedengaran kembali.

  Tanpa kata, Ulfah terus memecut kereta membelah kesibukan kota raya. Aqmal pula yang penat melayan perasaan, akhirnya terlelap jua bersama rasa sakit yang semakin berleluasa menumpang tubuhnya.

   Kenapa abang tak pernah faham? Fah sayang abang. Cintakan abang.. semua tu cukup terzahir dari perbuatan dan layanan Fah.. bisik hati Ulfah perih.

3 comments:

  1. law saya jadi watak ulfah da lama da saya balas dndam kat suami ego x btmpat.....hal kecik pon nak kecoh....merajuk ngalahkan pmpuan...geram tul ngan si watak akmal ni.....baik xyah kawin law ego x btempat....law perempuan tu boleh la diterima lagi law nak merajuk lama mana pon.. lelaki pon nak ikut sama merajuk cam pmpuan...aduyai...sakit je ati tgk watak akmal ni....jiwa skit je ngan watak akmal ni...ego x btmpat..isteri da minta maaf pon masih nak tnjuk ego...istri nak bantu pon tunjuk ego...maaflah hana law bhasa na ni trlalu kasar tp na memang emo baca nvel cinta ni....

    ReplyDelete
  2. Cinta tu kena luahkan..dan lelaki mng suka macamtu...my wife suka luahkan cintanya melalui tulisan kepada sya...but sya segan lak nak balas..tapi sya balas dgb perbuatanjelaa

    ReplyDelete