PeNgiKuT sEtiA..

Monday, April 15, 2013

Takdir Cinta (Cerpen)


Takdir Cinta (Cerpen)
Oleh : HANA EFRYNA


Haifa menunggu lama di hadapan laptop. Namun, ruangan rakan-rakan Facebook yang online langsung tidak menunjukkan gerangan si ‘dia’. Haifa mengeluh hampa. Seketika, dia bangkit mencapai diari merah miliknya. Pen dicapai sebelum tangannya mula menari di atas ruangan kosong itu.


Kata orang cinta itu buta,
Cinta tak kenal sesiapa,
Miskin, kaya bukan ukurannya,
Yang penting bila hati dah suka.

Cinta itu bagai angin yang menyapa,
Hadirnya tanpa dijangka,
Wujudnya tanpa dipinta,
Namun, inilah namanya TAKDIR CINTA.

Haifa tersenyum senget seketika. Dia duduk meniarap memandang siling. Diari dibawa rapat ke dada. Betul ke cinta itu buta? Tak membezakan miskin dan kaya? Habis tu.. boleh ke kalau aku yang pipit ni bergandingan dengan dia? Ah, boleh kot. Haifa berangan sudah.

   “ Aifa, turun makan,” laung Puan Hafiya dari ruangan dapur. Mendengarkan laungan kuat itu, segera Haifa menutup diarinya dan laptop yang sedia terpasang di hadapannya. Dia bangkit dari pembaringan. Tergopoh-gapah dia seketika. Yelah.. kalau lambat, nanti adalah yang dibebelnya oleh umi itu.

   “ Kejap, umi. Aifa nak sikat rambut.” Haifa turut menjerit kecil. Bimbang uminya tidak mendengar suaranya pula.

   “ Hah.. asal ajak makan, cepat aje kamu turun. Kalau minta tolong umi kat dapur, terus berdesup kamu lesap.” Puan Hafiya sudah melancarkan serangan hendap. Haifa tersengih kelat. Duduk dilabuhkan saja di kerusi.

   “ Umi ni macamlah tak kenal Aifa. Aifa kan suka online, umi. Waktu ni aje tahu nak online puas-puas, nanti dah masuk universiti balik.. langsung tak sempat.” Haifa membela diri. Puan Hafiya mencebik.

   “ Ada ajelah alasan kamu.Aifa, nanti ayah suruh kamu bersiap, temankan ayah ke pekan.” Arahan Puan Hafiya membawa Haifa menyedari bahawa ayahnya tidak menyertai mereka. Hmm.. mungkin ayah dah ke surau kot? Maklumlah, hari ni ada gotong-royong dekat surau di kampungnya. Haifa hanya angguk akur.

   “ Umi.. hari ni HA tak onlinelah. Aifa sedih betul ni.” adu Aifa dengan manja. Puan Hafiya kerut kening. HA apa ke benda tu?

   “ HA? Hantu air?” Puan Hafiya berlawak. Haifa mengekek ketawa. Mulutnya dipekup.

   “ Bukanlah, umi. HA tu maksud dia, Handsome Amat.” Haifa mengenakan pula Puan Hafiya. Puan Hafiya melirik tajam. Sudahnya, dia hanya diam saja. Nanti ada saja dikenakan si anak.

****************

Haifa segera membuka telekung yang dipakai seusai sahaja mengaminkan doa. Laptop yang terletak di atas meja dituju. Segera dia mencari nama akaun Hafiy Amsyar, hero alam mayanya.

   “ Minta-mintalah dia online malam ni. Amin..” Haifa meraup wajah. Dan seketika, bibirnya tersenyum lebar. Warna hijau berbentuk bulat kecil jelas kelihatan di ruangan chatting itu menandakan si ‘dia’ sedang online. Ligat dia menaip mesej di chat box.

 Haifa Najla ~ Hye.. lme awak xon9?

Haifa menunggu dengan sabar si dia membalas. Lenguh duduk bersila, dia bangkit membetulkan duduk bersandar pada kepala katil. Hei, lambatnya mamat ni nak balas. Haifa merungut sendiri. Matanya ralit memerhatikan ruangan chatting itu. Sejurus, kelihatan si HA sedang menaip mesej untuknya. Dia bertepuk tangan. Yes!

Hafiy Amsyar ~ I busy. Kenapa? U ada masalah ke?

Haifa membaca sepintas. Nak balas apa eh? Bisik hatinya.

Haifa Najla ~ Xdela. Cuma.. saya rindu nak chat dengan awak.

Haifa berterus-terang. Ah, lantaklah dia nak cakap apa. Yang penting aku memang dah suka pada dia. Detik Haifa dengan rasa berbunga.

Hafiy Amsyar ~ U ni beranilah. But, I suka. J

Haifa Najla ~ Saya berani dengan awak aje. Awak suka saya? J

Lama Haifa menunggu, namun langsung tiada mesej yang masuk di ruangan chatting itu. Lebih sepuluh minit dia menunggu, akhirnya dia kecewa apabila si HA offline. Hatinya mula berandaian, mungkin si HA tak suka dengan pertanyaannya. Haifa mencebik lagi.

************

Hafiy mendengus seketika. Wajahnya memerah. Entah apa-apa la si budak kampung tu, tanya yang bukan-bukan. Dasar tak malu betullah. Rungut hatinya. Sengaja dia tak nak membalas mesej Haifa tadi. Yelah, hampir dia nak termuntah membacanya. Lagipun, selama ni dia layan Haifa bukan sebab ikhlas sangat. Tapi, dia tak nak di‘cop’ sombong mentang-mentang dia ni berpangkat anak Tan Sri.

   Bro, apa hal?” Suara garau seseorang mengejutkannya dari membebel sendiri. dia mengangkat wajah. Jelas wajah temannya, Hazril Zafran menyapa wajah. Dia hanya diam tanpa menjawab pertanyaan Hazril.

   “ Apa hal kau ni? Ketat aje muka.” Hazril menegur sekali lagi. Hafiy mendengus.

   “ Aku tengan bengang dengan sorang perempuan ni, Zril. Boleh jadi dia tanya aku ni suka dia tak? Nak termuntah aku baca. Dahlah gambar DP, pakai baju kurung. Not my taste sungguhlah.” Hafiy mengutuk pedas. Hazril menggeleng kesal. Itulah sahabatnya, terlalu mementingkan kesempurnaan.

   “ Habis, yang kau layan tu kenapa?” soal Hazril turut geram. Kalau dah tak suka, kenapa nak bagi harapan? Mesti budak perempuan tu dah syok habis dekat Hafiy. Tiba-tiba Hazril rasa macam dia nak tengok aje wajah perempuan yang dah buat Hafiy geram.

   “ Hei, kau kenal aku kan, bro? Aku kalau dekat Facebook, memang aku tak sombong dengan siapa-siapa tahu?” Hafiy membela diri. Hazril mencebik. Hipokrit namanya kalau tak suka, tapi buat-buat suka. Dia mencebik bosan.

   “ Wei, aku nak tengok gambar dia.. boleh tak? Cuba kau cakap nama akaun Facebook dia. Aku nak search ni.” Tiba-tiba Hazril bersuara teruja. Hafiy menjungkit kening.

   “ Kau nak tengok? Tapi.. aku sure habislah kau takkan cakap dia cantik punya. Kolot gila. Asyik dengan baju kurung aje. Huh!” Hafiy mencemuh lagi.

   “ Dah-dah, aku minta nama akaun Facebook dia, bukan nak dengar kau kutuk dia. Biar aku je yang judge kejap lagi. Nama akaun Facebook dia apa?” Hazril menyoal pantas. Malas dia nak dengar sahabatnya itu buat dosa kering. Samsung Galaxy Note dibawa keluar. Sudah bersedia hendak melihat raut wajah gadis yang dimaksudkan Hafiy.

   “ Haifa Najla.” Hafiy menjawab bosan. Seketika, dia juga leka bermain dengan iphone 5 miliknya.

   Hazril terus sahaja menggodek akaun Facebook miliknya. Mencari empunya nama yang amat indah itu. Sedap didengar. Mesti tuan dia seayu namanya. Hazril sudah mula membayangkan. Tangannya laju menaip nama Haifa Najla di ruangan search, seketika.. muncul beberapa orang yang bernama sama. Hazril garu kepala. Yang mana satu?

   “ Fiy.. yang mana satu ni? Ada yang tinggal dekat KL, ada yang dekat Perak.” Hazril bingung. Hafiy angkat wajahnya. Ni satu hal.. yang beria-ia sangat dah kenapa?

   “ Dia duduk Melaka,” balas Hafiy penuh rasa bosan. Mendengarkan jawapan si teman, bibirnya tersenyum lebar. Yes, dah jumpa. Segera, dia mencari ruangan profile picture milik Haifa Najla. Dan buat seketika.. mulutnya terlopong luas.

   Oh my god! Fiy, she looks very ‘Perempuan Melayu’. Cantiknya!!” Hazril bersuara kagum. Mata hazelnya bersinar-sinar. Memang Haifa kelihatan cantik dengan berbaju kurung warna ungu lembut dan bertudung mengikut trend terkini. Gadis itu bertambah comel apabila dia membuat aksi ‘peace’ sambil tersenyum. Hafiy ni dah buta ke apa?

   Hafiy membulat biji mata.

   What? Cantik? Oh, please! Cemik hatinya.

***********

Hafiy menepuk dahi. Ya Allah, si Hazril ni dah angau ke apa? Dari tadi duk pujuk dia ajak pergi jumpa dengan si Haifa sengal tu. Tahulah Melaka dengan Selangor ni tak jauh sangat. Tapi, agak-agaklah. Bukan kenal pun. Dia bersungut.

   “ Fiy.. jomlah temankan aku. Aifa pun dah setuju nak jumpa. Tapi, dia cakap jumpa dekat kampung dia aje. Dekat Lendu. Dia tak boleh datang sini. Aku teruja ni nak tengok dia. Please..” pujuk Hazril bagaikan orang angau. Dia duduk di hadapan Hafiy dalam pejabat mewah milik Hafiy itu.

   “ Aku malaslah. Kau ni kenapa dah terlebih angau? Bila kau chat dengan dia pula?” soal Hafiy berkerut kening. Hazril sengih senget.

   “ Aku add dia semalam. Err.. kau marah ke?” Hazril bersuara teragak-agak. Manalah tahu, takut juga si Hafiy cakap dia potong line. Tapi.. Hafiy sendiri cakap dia tak suka kan? So, tak ada hal kot?

   “ Dah agak dah. Gatal juga kau eh?” Hafiy bersuara sinis sambil meneguk air kopi yang disediakan oleh setiausahanya tadi. Hazril sentap sekejap.

   “ Woi.. ni bukan gatal. Ini namanya nak cari calon isteri solehah. Aku tengok dia sejuk mata memandang. Tak salah kan? Aku pun umur dah nak masuk 27 tahun. Si Haifa sekarang ambil Master. Eloklah kalau kami kahwin.” Hazril bersuara geram.

   Burr.. terus tersembur air kopi yang diminum. Tersedak-sedak Hafiy tika ini. Dia terbatuk-batuk kecil. Wh.. what???

   Hazril terbangun. Mukanya panik. Kenapa sampai tersedak pula?

   Bro, kau okey? Kau ni dah kenapa?” soal Hazril. Wajah merah temannya dipandang.

   “ Kau nampak aku macam okey ke? Kaulah ni. Boleh jadi cakap pasal kahwin depan aku!!” marah Hafiy berpindah pada Hazril. Dia mengesat-ngesat hujung kemeja yang dipakainya. Nasib baik tempias sikit aje.

   “ Aku pulak? Eh, dahlah. Aku tak kira, memandangkan kau sahabat baik aku.. aku nak kau teman aku esok. Muktamad. Okeylah, aku gerak dulu. Ada meeting dengan Tan Sri Razman kejap lagi. Chow, bro.” Hazril melangkah keluar dengan segera. Kalau lambat-lambat, nanti si Hafiy ni ada je nak mengelak. Hafiy yang baru nak buka mulut, terus terhenyak ke kerusi empuknya. Dia mendengus kecil. Hee.. memaksa sungguhlah!

************

Hafiy mengeluh untuk kali ke berapa sudah. Dia berdecit geram. Wajahnya sudah membahang dengan rahang bergerak-gerak kecil. Tangan diselukkan ke dalam poket jeans hitamnya. Cermin mata Ray Ban melekat kemas di atas batang hidung mancung miliknya.

  “ Zril.. lagi sepuluh minit dia tak datang, aku blah. Kalau kau nak tunggu, kau tunggulah sorang-sorang kat mall ni.” Hafiy sudah mula rasa kesabarannya tercabar. Hazril cemas.

   “ Ala.. tunggulah kejap. Kejap aje.” Hazril cuba memujuk. Dia ligat memandang segenap ruang Mahkota Parade itu. Mana si Aifa ni? Dia berbisik gelisah.

   Sepuluh minit berlalu. Hafiy sudah mula rasa panas punggung. Dia bangkit dengan geram. Aku tak kira, aku nak balik juga.

   “ Aku nak balik!” Tegas suara Hafiy. Hazril sudah mula resah. Kawan dia ni pun.. tak menyempat langsung!

   “ Kejaplah..”

   “ Aku nak balik. Kalau kau tak nak balik naik bas, cepat sikit.” Hafiy sudah bergerak laju hendak keluar dari Mahkota Parade. Hazril berdecit geram. Bibir diketap. Segera, tidak dapat tidak dia mengejar langkah temannya. Menyesal aje bawa mamat ni teman. Heee!!!

   Dia menyaingi langkah Hafiy. Geram usah dikata. Baru dia melangkah beberapa tapak lagi, terasa namanya diseru satu suara lembut merdu.

   “ Assalamualaikum.. boleh tanya?” soal satu suara. Mendengarkan suara merdu itu, kedua-dua susuk tubuh itu terpasak ke bumi. Hafiy dengan debarnya. Manakala, Hazril dengan senyuman lebar. Dia yakin, suara itu milik Haifa.

   Perlahan-lahan, dia berpaling. Seketika, Hazril rasa dia bagaikan terawang-awang. Subhanallah.. indahnya ciptaan Tuhan. Gadis itu tertunduk malu.

   “ Awak, Haifa Najla?” soal Hazril sambil cuba mengintai wajah malu-malu itu. Eh, dalam Facebook bukan main rancaknya. Detik hati Hazril.

   “ Err.. awak, Encik Hazril Zafran?” soal Haifa pula. Dia cuba mengangkat wajah. Seketika, matanya mengintai sikit gerangan seorang lagi yang masih membelakanginya itu. Agaknya itu kot si HA. Ujarnya dalam hati dengan rasa debar yang menggila.

   Hafiy langsung kaku. Statik tubuhnya di situ. Entah kenapa, jantungnya berdenyut laju.

   “ Eh, panggil Zril aje. Oh ya, ni lupa pula nak kenalkan.” Hazril mula sedar akn sesuatu. Perlahan dia menggamit Hafiy.

   “ Fiy.. aku kenalkan. Aifa.. gadis yang kau selalu chatting tu. Aifa.. ni Hafiy Amsyar. Panggil dia, Fiy pun boleh.” Hazril memperkenalkan mereka berdua lagaknya dia yang sudah lama kenal dengan Haifa. Eh, dah terbalik pula?

   Perlahan-lahan Hafiy cuba untu berpaling. Sedikit demi sedikit dia berkalih. Dan semakin dia sudah hampir bertentang dengan susuk tubuh itu, hatinya semakin berpalu kencang. Seketika..

   Subhanallah.. cantiknya dia! Hafiy tanpa sedar telah terpuji gadis yang selama ini dicemuh. Matanya terbeliak memandang gadis yang ayu memakai jubah moden berwarna biru lembut dengan selendang yang dirapikan mengikut trend terkini. Mata gadis itu.. sungguh cantik dengan alis lentik. Hafiy telan liur. Gulpp!!

************

Enam bulan berlalu..

Hafiy merenung skrin laptopnya. Tangannya teragak-agak hendak menaip mesej buat Haifa. Sungguh, semenjak kali pertama dia bertemu dengan Haifa.. jantungnya sudah berpalu debar. Memalu nama Haifa Najla berkali-kali. Namun, dia terlewat. Kini, gadis itu semakin akrab dengan Hazril. Tambahan pula, Haifa sudah menamatkan pelajaran dalam bidang Master. Kini, gadis itu sedang mencair kerja.

   Tak disangka, kini gadis itu sedang menjawat jawatan sebagai kerani am di syarikat papa Hazril. Hafiy mendengus. Ni mesti nak selalu dekat dengan Haifa. Ah, mana boleh. Aku dulu yang kenal Haifa. Hazril ni kacau daunlah. Bentak hatinya tanpa sedar bahawa dialah yang sebenarnya tidak kisah akan kewujudan Haifa Najla dulu.

   Hafiy mengintai ruangan chatting. Eh, dia online? Bibir Hafiy tersengih lebar. Segera dia menaip mesej.
Hafiy Amsyar ~ Hye.. dah lama tak dengar cite. U apa khabr sekrg?

   Hafiy menunggu penuh sabar. Namun, langsung mesejnya tidak berbalas. Dia mulalah rasa geram. Seketika, naik pula notifications baru. Hafiy menekan pantas.

   Bibirnya terkumat-kamit menahan geram. Oh, chat aku tak nak balas. Boleh pula sibuk berkomen gambar, menge‘like’ gambar si tenuk Zril ni. Hafiy mula geram. Dek rasa sebal, dia segera menyibuk di ruangan comment sebelum menutup laptopnya. Arghhh!!!!

   Kau buat sombong dengan aku sekarang eh? Kau ni memanglah. Mentang-mentang si zril tu pun tak kurang kacaknya. Hee.. geramnya aku. Hafiy membebel lagi.

*************

Haifa tergelak sakan. Berguling-guling dia di atas katil. Tak dapat dibayangkan lagi wajah geram Hafiy ketika meninggalkan comment pada gambar Hazril tadi.

~ Comel apa?? Macam tenuk adalah!~

   Haifa tergelak lagi apabila mengingati comment Hafiy sebentar tadi. Padan muka, dulu aku tersua-sua. Dia jual mahal. Aku tanya suka aku tak? Terus lesap macam tu je. Bila dah tengok aku ni cantik, baru nak terhegeh-hegeh. Eh, cantik ke aku ni? Haifa tergelak lagi. Perasan juga aku ni.

   Dia merenung dada laptop. Jelas, ada beberapa mesej masuk lagi. Dan semuanya daripada si dia. Hafiy Amsyar. Haifa membaca satu-persatu.

Hafiy Amsyar~ Aifa.. kenapa xbls mesej Fiy?

Hafiy Amsyar~ Aifa marah Fiy ke?

   Haifa tersengih. Tak marah, cuma sentap aje. Bisik hatinya. Dia terus membaca mesej terakhir dari lelaki itu.

Hafiy Amsyar ~ Esok Fiy datang jemput Aifa lunch. Jangan menolak kalau tak nak Fiy buat kecoh.

Terus terduduk Haifa membaca mesej terakhir itu. Hah? Nak datang? Apa ke hal pula dia ni tiba-tiba bagi arahan macam tu? Haifa panggung kepala.

**************

  Hafiy terus saja menyerbu masuk ke pajabat milik Hazril. Wajahnya tegang. Geram bagaikan nak aje dia bagi penumbuk sedas-dua pada Hazril.

   Bro, apa hal kau tak bagi Aifa keluar lunch dengan aku? Apa masalah kau ni?” terjah Hafiy geram. Hazril yang sibuk membelek dokumen meletakkan pen di atas meja. Dia bersandar pada kerusi empuknya.

   “ Hei, suka hati akulah. Kau ni tak tahu ke buat-buat tak tahu?” sela Hazril berwajah serius. Hafiy kerut kening.  Tahu apa?

   “ Tahu apa?”

  “ Kalau kau nak tahu, Aifa dengan aku dah dua bulan bercinta. Jadi, takkan aku nak benarkan awek aku keluar dengan lelaki lain kot?” Hazril memuntahkan kata. Seketika, dunia Hafiy terasa sekaan berhenti berputar. Bercinta? Dadanya mula terasa pedih. Jiwanya tersiat. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang. Dan tanpa kata.. dia terus melangkah pergi. Sampai di ruangan depan pintu pejabat milik Hazril, dia terserempak dengan susuk tubuh Haifa.

   Haifa tersenyum manis. Sedangkan Hafiy hanya menjeling tajam sebelum langkah diatur kasar. Haifa tercengang. Datang bulanlah tu! Haifa merepek.

  Dia melangkah masuk ke pejabat Hazril. Tika itu, dia lihat Hazril sedang ketawa sampai terbongkok-bongkok. Haifa kerut kening.

   “ Abang Zril ni dah kenapa??” sela Haifa pelik. Wajah Hazril dipandang sekilas. Hazril tambah gelak apabila melihat wajah ketat Haifa.

   “ Tak ada apa-apa. Fiy buat lawak tadi. Dahlah, ada apa ni masuk jumpa abang?” soal Hazril. Tawanya tika itu masih bersisa.

   “ Ni.. pak long suruh bagi ni.” Haifa mengunjukkan sebuah dokumen. Hazril angguk bersama senyuman. Haifa pelik lagi. Tanpa sebarang kata, dia ambil tempat di depan Hazril. Menatap wajah abang sepupunya itu.

   “ Bang.. kenapa ni? Sharelah..” ujar Haifa merengek. Hazril duduk bertongkat siku. Wajah sepupunya itu dipandang.

   “ Aifa.. kalau nak tahu, rancangan kita dah semakin berjaya. Dia.. cemburu,” ujar Hazril lantas ketawa mengekek. Haifa tersentak.

   “ Macam mana boleh cemburu?”

   “ Abang cakap Aifa awek abang.” Terus terbelalak mata Haifa. Apa, cakap macam tu? Habislah! Habislah kalau Hafiy terus bolayan dia lepas ni. Abang Zril ni memanglah lanun! Lanun cap ayam! Grrr..

************

  Fiy.. kenapa ni?” soal Tan Sri Hafiz. Dahi anaknya yang terbaring lesu di atas sofa diraba. Ya Allah.. panasnya.

   “ Fiy demam ni.” Risau suara itu. “ Mama.. mama..” Tan Sri Hafiz terus melaung nama isterinya.

   “ Kenapa, bang?” Puan Sri Amnah menerjah masuk. Melihat anak terunanya yang sedang terbaring lesu di dalam bilik mewah itu, dia sudah dapat tebak ada sesuatu di sini.

   “ Fiy demam panas ni. Cepat telefon doktor peribadi kita. Lepas tu, cakap dekat Hazril.. malam ni tak jadi nak dinner rumah dia,” jelas Tan Sri Hafiz. Puan Sri Amnah angguk.

    “ Pa.. jangan bagi Zril datang rumah kita malam ni. Fiy tak nak tengok muka dia.” Tiba-tiba Hafiy bersuara. Tercengang Tan Sri Hafiz. Dah kenapa pula? Biasanya macam belangkas aje.

    “ Jangan tanya Fiy, kenapa? Cuma jawapan yang Fiy ada.. Fiy sakit hati sekarang.” Terus Hafiy bergerak ke arah katil lalu dia masuk berkelubung di bawah comforter. Tan Sri Hafiz terlopong. Tak sempat dia nak soal tadi.

***********

“ Fiy tak nak pergi klinik. Fiy tak nak, mama.” Hafiy sudah merengek bagaikan anak kecil. Sepatutnya, Dr. Ismail akan datang ke rumah. Tapi.. Dr. Ismail pula ada kerja luar daerah. Terpaksalah dia angkut Hafiy ke klinik juga. Masalahnya, Hafiy ni degil tak nak pergi.

   “ Fiy, dengar cakap mama. Panas ni..” bebel Puan Sri Amnah.

   “ Fiy tak nak. Fiy tak nak juga, mama..” Dia menutup mukanya dengan comforter.

   “ Hei bro, sejak bila kau mengada semacam ni?” Suara seseorang yang amat dikenali menyebabkan Hafiy mula bengkak. Lelaki nilah. Lelaki nilah yang dah rampas Haifa sampai aku demam-demam macam ni. Urghh.. dia membuka kasar comforter yang menutup wajahnya. Mataya melotot garang. Baru dia nak membuka mulut.. bibirnya terkunci apabila dia mula perasan susuk tubuh yang berdiri di belakang Hazril.

   “ Abang Zril.. Aifa duduk kat luar ajelah.” Haifa nampak tak selesa. Hafiy mula rasa nak menangis. Abang Zril? Amboi.. manjanya. Hafiy sudah mula rasa kepalanya semakin pening.

   “ Hei, tadi bukan main risau bila buah hati demam. Sekarang, nak pergi mana?” soal Hazril berbisik. Hafiy toleh ke arah lain. Tak sanggup kot nak tengok mereka berdrama.
   “ Aifa malulah.”

   “ Dah.. jangan nak ma..”

   “ Zril.. kau keluar. Kalau kau nak sakitkan hati aku, kau keluarlah.” Hafiy bersuara perlahan. Dia berbaring mengiring membelakangi dua susuk tubuh itu.

   “ Eh.. Zril bawa sepupu kamu ni ke depan. Minum-minum dulu.” Puan Sri Amnah bersuara ketika menapak masuk ke bilik Hafiy. Hafiy yang mendengar terus terbangun. Sepupu? Siapa?

   “ Kenapa, Fiy? Sakit kat mana pula?” Mamanya menyoal bimbang. Yelah.. dah tiba-tiba terpacak macam tugu tu kenapa?

   “ Sepupu? Siapa, ma?” soal Hafiy tanpa bertangguh. Hazril sudah tahan senyum.

   “ Laa.. tak tahu ke Aifa dengan Zril ni sepupu??” Mendengarkan pengakuan mamanya, kepala Hafiy mula rasa berdenyut sakan. Se.. sepupu? Dan tanpa menunggu lama.. dia sudah rebah ke tilam. Terbelalak biji mata Haifa melihat.

***********

Hafiy membuka matanya perlahan-lahan. Silau lampu menyukarkan pandangannya. Dia terkebil-kebil sendiri sebelum akalnya mula mencari tangan yang menari lembut di kepalanya. Dia mendongak. Mama?

   “ Ma.. Aifa mana, ma? Aifa?” soal Hafiy bingkas bangun. Seketika, dia berdesis sakit. Tubuhnya masih lemah.

   “ Ada kat luar. Kejap lagi dah nak balik dah. Oh.. patutlah demam. Cinta terhalang rupanya.” Puan Sri Amnah mengusik. Hafiy merah muka. Namun, dia dah tak kisah tika ini.

   “ Ma.. betul ke Aifa dengan Zril sepupu? Kenapa Fiy tak tahu?” soal Hafiy aneh. Baru Puan Sri Amnah nak menjawab.. ada suara lain yang dah menyampuk.

   “ Betullah, dia ni adik sepupu aku. Sepupu kesayangan aku pula tu. Haa.. padanlah muka kau kena dengan kami.”

   “ Kenapa kau tipu aku? Kenapa buat-buat macam tak kenal dengan Aifa dulu?” Hafiy menyoal. Sesekali, anak matanya melirik pada Haifa.

   Yelah.. dah orang tu duk sibuk kutuk sepupu aku. Kang kalau aku mengaku kata aku ni sepupu Haifa Najla, mahu tertonggeng kau masa tu. Jadi, aku sengajalah plan ni semua. Tak sangka pula kau boleh demam teruk macam ni bila terkena dengan kami. Ikutkan hati aku hari tu, nak aje aku sepak muka kau sebab kutuk adik sepupu aku yang comel ni.” Hazril berpura-pura marah. Hafiy telan liur kesat.

   “ Kau dengan dia tak bercinta?” soal Hafiy terus. Malas nak berdebat dengan Hazril. Lagipun, memang salah dia. Mulut tak beragak!

   “ Aku dengan dia ni adik beradik sesusuan pun ye juga. Tak, aku dengan Aifa macam adik dan abang dah. Lagipun, aku nak campak mana si Munirah aku tu.” Hazril menjelas. Hafiy lega. Seketika, dia kerut kening pula.

    “ Munirah?” soal Hafiy.

    “ Kekasih alam maya. Macam korang berdua.” Hazril senyum malu. Membayangkan wajah ayu Munirah ketika mereka bertentang mata buat pertama kali dua bulan lepas menerbitkan rasa rindu di hati.

   “ Jadi.. Aifa masih kosong?” soal Hafiy lagi.

   “ Eh, kau tanyalah tuannya.” Hazril lantas menolah tubuh Haifa ke depan. Haifa tersentak. Cis, tenuk betullah Abang Zril ni. Haifa kalut.

   “ Aifa.. aw.. awak dah ada yang punya?” soal Hafiy terus-terang. Dadanya berdebar menunggu jawapan. Haifa tercengang. Dengan wajah memalu, dia menggeleng. Hafiy sudah bersorak dalam hati. Dek perasaan terujanya hendak bangkit dari pembaringan, kepalanya pening kembali. Dia pantas memegang kepalanya. Haifa bimbang. Dia bergerak laju. Namun.. suara Hazril menghentikan langkahnya.

   “ Hah.. belum halal lagi tu.” Spontan, kaki Haifa terpasak ke lantai. Dia berundur ke belakang. Hafiy masih berkerut dahi. Seketika, dia memanggil mama dan papanya.

   “ Ma.. Pa.. kahwinkan Fiy dengan Aifa. Fiy nak Aifa jaga Fiy. Fiy tak nak orang lain. Ma.. nak kahwin.” Suara spontan dari bibir Hafiy membuatkan ramai yang terlopong.

   “ Hah? Kau nak kahwin bila?” soal Hazril terjerit kecil.

   “ Sekarang!” Fuh, sikit lagi Haifa nak tumbang. Nasib baik sempat dipaut oleh Hazril.

   “ Fiy.. tunggulah du..”

   “ Fiy nak kahwin, ma. Fiy nak kahwin sekarang, malam ni. Kalau tak, Fiy tak nak makan ubat. Biar Fiy sakit. Fiy nak kahwin. Aifa.. kahwin dengan Fiy eh?” Dan sekali lagi bicara Hafiy membuatkan masing-masing kelu. Erk!!

***********

Haifa tergelak kecil. Baru tiga jam dia menjadi suri di hati Hafiy. Inikah Takdir Cinta? Tak diduga, tak disangka.. akhirnya dia dah jadi isteri orang. Memang gilalah si Hafiy ni. Tak merancang apa-apa pun. Nasib baik ayahnya memang datang berkunjung ke rumah Datuk Hamidi, papa Hazril. Kalau tak, jenuh juga nak diangkutnya ayah dari Melaka ke Selangor ini.

   “ Sayang..” Suara seseorang merengek jelas kedengaran. Haifa tersentak. Pantas dia menoleh. Jam di dinding sudah menunjukkan angka 2.00 pagi. Dia bergerak ke arah katil suaminya dengan penuh debar.

   “ Ke.. kenapa?” Haifa tergagap-gagap. Tanpa kata, Hafiy menarik tangan kecil Haifa lalu dilekapkan ke atas dahinya. Haifa telan liur. Dia duduk di birai katil.

   “ Demam lagi tak?” soal Hafiy keanak-anakan. Haifa meraba dahi tersebut dengan debar yang menggila.

   “ Err.. dah kurang sikit.” Haifa menjawab perlahan.

   “ Betul ke? Habis tu, kenapa abang rasa pening ni?” Hafiy masih merengek. Kalau dilihat gayanya, dah tak ada macam umur 27 tahun. Dah macam budak umur 7 tahun adalah. Haifa telan liur. A.. abang? Dia seperti tercekik tulang ikan.

   “ Pening? Aifa urut ye? Tadi dah makan ubat kan? Kejap lagi mesti okey ni.” Haifa member tawaran. Hafiy menoleh pandang wajah isterinya dengan mata terkebil-kebil. Sejurus, dia angguk dengan senyum lebar.

   “ Aifa.. nanti abang akan uruskan majlis persandingan kita. Maaf sebab terburu-buru untuk akad nikah. Abang takut Aifa tinggalkan abang.” Hafiy memohon maaf. Haifa tersenyum kecil.

   “ Aifa tak kisah.. a.. abang.” Haifa membalas malu-malu.

   Haifa mula mengurut lembut kepala suaminya. Hafiy mula rasa lega dengan urutan tersebut. Matanya tak henti-henti memandang wajah Haifa. Tika ini.. dia mula sedar akan sesuatu. Eh, Aifa tak buka tudung lagi? Dia berdetik. Dia bangkit dari pembaringan.

   “ Kenapa?” Haifa menyoal lembut. Hafiy tak menjawab. Hanya tangannya saja ligat membuka pin tudung sebelum tudung milik isterinya dirungkai perlahan-lahan. Haifa rasa bagai nak pengsan. Seketika, Hafiy terkesima. Ya Allah, Maha Suci Allah.. indahnya ciptaanMU.

   Hafiy terpana melihat keindahan di depan mata. Rupa-rupanya yang bertututp itu lebih indah. Tangan spontan membuka ikatan yang menyanggul rambut cantik itu. beraluan rambut ikal itu apabila dilepaskan. Haruman terbit dari celahan rambut. Hafiy menyelit anak rambut yang berjuntai di celah telingan si isteri. Debar semakin menghimpit.

   Tanpa sedar, Hafiy sudah mula berubah lain macam. Bibirnya sudah mula mencari tempat sensitif milik Haifa. Haifa pejam mata.

   “ Abang.. abang kan sakit?” Haifa menolak lembut apabila tangan suaminya sudah menjalar liar. Hafiy tersengih. Dia tayang senyuman menggoda pula.

   “ Abang dah sihat.” Hafiy membalas sebelum tubuh isterinya direbah lembut ke tilam. Dan saat ini.. Haifa hanya menuruti. Dia tahu.. memenuhi kehendak suami itu pahala ganjarannya. Dan itulah keutamaannya menjadi isteri kepada Hafiy Amsyar. Dia ingin menjadi zaujah yang terbaik buat sang suami. InsyaAllah..

   Siapa kata pipit dan enggang tidak boleh bergandingan? Siapa kata miskin dan kaya ada bezanya? Sekalipun mereka berbeza, semuanya tetap sama di sisi Allah S.W.T. Jodoh itu tak kenal sesiapa kerana ianya milik Allah. Segala ketetapannya milik Allah.

    Dan jodoh aku dengan Hafiy Amsyar juga merupakan sebuah takdir. Takdir yang dah lama tertulis di Loh Mahfuz. Ya, inilah namanya Takdir Cinta. Tak kenal sesiapa, hanya cukup apabila Allah S.W.T berkata Kun Fayakun. Sungguh, indah benar percaturanMU. Haifa berbisik sendiri sebelum Hafiy mula mabawanya melayari alam rumahtangga yang sebenarnya. Bersama sepotong doa, Hafiy terus belayar jauh membawa Haifa dan dia menyelami dasar hati masing-masing.

~Tamat

21 comments:

  1. best, saya suka :D

    ReplyDelete
  2. kayar akak bestlah.

    ReplyDelete
  3. Sume best2..tp klu dipanjangkan lg, mst lg feeling..hihii

    ReplyDelete
  4. best...saya suka!!!

    ReplyDelete
  5. Best..Best..Best..Keep it up writer!

    ReplyDelete
  6. hebat karya akak......teruskan sgt menarik dan tidak bosan

    ReplyDelete
  7. Baca 10 kali pun tak bosan :D best!

    ReplyDelete
  8. Wow x sangka hebat btl Hazril dan Haifa tu belakon ....x sbr2 Hafiy tu...Hahaha

    ReplyDelete
  9. best dan terbaik tpi kelakar tk nk
    mkn ubt smt mta nk khwin tkt
    sngt haifa dikebas hahahahaha
    best sangat 1000000.............................

    ReplyDelete
  10. Best la karya kak hana..sy ska..tersngt mngada laa wtk si hafiy ni..kkadang ska,kkadang gli..haha

    ReplyDelete
  11. Dah baca beberapa kali citer ni , tapi masih bisa senyum2 sendiri, best lah citer ni,
    tahniah writer

    ReplyDelete
  12. Comellah hafiy -arilia-

    ReplyDelete