PeNgiKuT sEtiA..

Thursday, April 18, 2013

Mencari Damai Bahagia (Cerpen) Part 3


PART 3

Irfan rasa berdebar tiba-tiba. Entah kenapa, jantungnya bagaikan bekerja lebih masa. Tumpuannya untuk melakukan kerja-kerja di pejabat juga terbantut. Dia duduk menyandar pada kerusi empuknya sebelum keluhan berat dilepaskan. Seketika, dia sudah bangkit berdiri. Bersedia untuk pulang ke rumah. Jantungnya sering kali berdetak nama Aisyah. Ada apa-apakah adiknya itu? Hatinya gusar.

   “ Lily, batalkan meeting I hari ni, I ada urgent case. I kena balik.” Irfan bersuara tatkala kakinya sudah terpasak di hadapan meja Lily, setiausahanya. Lily mendongak seraya mengangguk bersama senyuman nipis.

   “ Okey, bos. Saya akan uruskan semuanya. Err.. hal apa eh, bos? Opss.. sorry. Saya menyibuk pula.” Lily menutup mulutnya dengan rasa bersalah. Irfan tersengih saja.

   Its okay.Tak tahulah, hati ni rasa berdebar aje. Saya balik dululah.” Irfan terus angkat kaki bersama briefcase di tangan. Lily hanya jungkit bahu.

Irfan kerutkan keningnya. Eh, kenapa pintu terbuka ni? Ecah ke mana pula? Hatinya menyoal aneh. Namun, tak dapat dinafikan debar di dada semakin menggila. Sebaik kaki menjejak lantai simen banglo miliknya, Irfan terkaku. Briefcase terlepas daripada tangan. Ya Allah!! Wajahnya pucat tidak berdarah.

    “ Ecah!!” jerit Irfan kuat lantas dia duduk melutut di sisi tubuh Aisyah yang sudah kaku. Wajah itu penuh dengan lebam. Sejurus, dia terasa bagaikan nyawanya melayang-layang. Darah??

    “ Ecah.. bangun, Ecah!! Ya Allah, apa dah jadi ni??” Tanpa bertangguh, Irfan lantas mencempung tubuh Aisyah. Di kepalanya hanya satu, Aisyah perlu diselamatkan. Tapi.. bayi Aisyah macam mana? Masihkah ada peluang untuk nyawa itu? Melihat kondisi Aisyah, dia tidak rasa bayi Aisyah bakal selamat. Tapi.. takdir Tuhan itu indah. Mungkin kedua-duanya bakal terselamat. Detik hatinya penuh harapan.

   Kereta dipecut laju membelah kesibukan jalan raya. Ya Allah, selamatkan adikku. Irfan sampai kini masih menganggap Aisyah sebagai adiknya semata. Irfan.. Aisyah tu isteri kau. Satu suara berbisik. Namun, Irfan pekakkan telinga, butakan hati.

Datin Imani menangis hiba di bahu Datuk Nasir. Hampir dia rebah ke lantai mendengar berita itu tadi. Kata doktor, bayi Aisyah tidak dapat diselamatkan. Perut Aisyah dipukul kuat sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak. Aisyah juga masih tidak sedarkan diri. Keadaan anak perempuannya itu amat teruk. Dengan wajah yang lebam sana-sini. Irfan duduk berteleku di sudut hospital. Kepalanya berserabut.

   “ Kenapa lelaki tu buat anak kita macam ni??” Datin Imani mengongoi lagi. Irfan menoleh. Seketika, dia menggeleng kesal. Sungguh kejam Hareez sehingga sanggup merenggut pergi nyawa seorang bayi yang tak bersalah. Tapi.. hati Irfan puas kerana Hareez sudah berjaya diberkas.

   “ Dahlah, Ani. Budak tu pun dah kena tangkap. Kita doakan Ecah sedar. Itu aje yang penting sekarang. Irfan..” panggil Datuk Nasir pada anak tunggalnya. Irfan menoleh.

   “ Dah uruskan urusan pengebumian anak Ecah?” soal Datuk Nasir. Luluh hatinya melihat janin yang masih belum sempurna bentuknya itu. Sungguh, dia sebak dengan apa yang menimpa. Kasihan, Ecah. Hidupnya sering diuji sejak kebelakangan ini. Lepas ni, apa lagi? Bisik hati tua Datuk Nasir. Irfan angguk saja dengan wajah sugul.

************

Dua minggu berlalu..

Aisyah sudah sedar daripada komanya. Kini, gadis itu dibawa pulang ke Villa Dahlia. Dek tubuh Aisyah yang masih lemah, Datin Imani sendiri menawarkan khidmat untuk menjaga Aisyah. Lagipun, Aisyah itu sudah dianggap bagaikan anak kandung.

   Aisyah terbaring lesu di atas katil. Dia menangis sedih. Rindunya dia pada nyawa yang tak sempat membesar itu. Sungguh, dia benar-benar sayangkan nyawa itu. Hareez, kenapa kau begitu kejam pada aku? Tidak cukupkah dengan hinaan yang kau taburkan sehingga anak aku pun kau nak rampas? Bahagia aku dah lama hilang. Kenapa sekarang kau perlu rampas dia dari aku? Aisyah menangis teresak-esak.

   “ Ecah..” Irfan memanggil. Dia mengeluh melihat keadaan Aisyah. Begitulah Aisyah, hampir saban hari menangis dan terus menangis.

   “ Ecah, jangan macam ni. Abang dah tak tahu lagi macam mana nak pujuk Ecah. Benda dah lepas janganlah dikenang.” Irfan duduk di birai katil. Lengan Aisyah diusap. Aisyah mendongak.

   “ Ecah rindukan anak Ecah. Kenapa abang? Kenapa semua ni berlaku pada Ecah? Ecah dah puas dihina. Kenapa kali ni sekali lagi Ecah diuji? Ecah nak anak Ecah, abang.” Aisyah menangis sendu. Irfan kelu hendak bermain kata. Dia perlahan-lahan menarik kepala Aisyah lalu dibawa rapat ke dada bidangnya. Ubun Aisyah diusap penuh kasih. Namun, dia yakin kasih itu hanyalah kasih untuk adik sahaja. Tidak lebih. Tapi, yakinkah Irfan?

   “ Shh.. abang tahu Ecah sedih. Abang ada. Ecah jangan sedih-sedih lagi ye? Abang sayang Ecah.” Tulus Irfan. Aisyah hanya senyap. Wajahnya kemas tersembam pada dada bidang itu. Perlahan-lahan tangannya turut melingkar di pinggang Irfan. Dia damai dalam pelukan itu. Dan pada waktu yang sama, dadanya bergetar sesuatu. Rasa itu hadir lagi.

   “ Ecah.. abang ada benda nak bincang dengan Ecah. Tapi, kita tunggu Ecah sembuh dulu ye?” Irfan tiba-tiba bersuara. Aisyah renggangkan pelukan. Air matanya dikesat. Dia memandang wajah Irfan penuh tanda tanya.

   “ Abang nak bincang apa?” soal Aisyah dalam suara seraknya.

   “ Nanti kita bincang ye? Dah.. tidur dulu.” Irfan tersenyum seraya menggosok lembut kepala Aisyah. Lantas, tubuh Aisyah dibaringkan. Dia menarik selimut menutupi tubuh itu. Dengan teragak-agak, ciuman hangat dihadiahkan pada dahi Aisyah. Lantas, langkah terus diatur keluar.

***************

Datin Imani memandang tajam wajah tampan Irfan. Dia kecewa dengan keputusan Irfan. Kenapa perlu tambahkan lagi beban Aisyah??

   “ Fan ni tak fikir panjang ke?” soal Datin Imani penuh rasa kecewa. Irfan senyap. Datuk Nasir juga diam tanpa kata.

   “ Umi tak sangka Fan anggap perkahwinan ni macam satu permainan. Bila nak, kahwin. bila tak nak, cerai. Fan tak fikir ke keadaan Ecah sekarang? Kenapa perlu tambahkan lagi?” soal Datin Imani penuh emosi. Irfan mengeluh.

   “ Fan kahwin dengan Ecah cuma sebab nak selamatkan maruah keluarga kita. Sekarang, anak Ecah dah gugur. Fan anggap tanggungjawab Fan dah selesai, umi. Lagipun, tak ada cinta di hati Fan untuk Ecah. Umi faham kan?” soal Irfan membalas kata-kata uminya.

   “ Fan.. tanggungjawab Fan tak pernah habis. Fan nak tahu tak? Lepas Fan dah lafaz akad, Ecah dah jadi tanggungjawab Fan sampai akhir hayat dia. Kenapa mudah sangat buat keputusan?” soal Datuk Nasir. Dia membetul-betulkan kopiah yang dipakai. Irfan rasa terbelenggu.

     Tanpa sedar, Aisyah memasang telinga di sebalik tangga. Ya Allah, remuknya hatinya. Benarkah Irfan ingin menceraikannya? Hati Aisyah sebak. Jujur dia katakan, rasa cinta sudah ada buat suaminya. Dia melorot di tepi tangga.

   “ Fan tak cintakan dia, baba. Fan cuma anggap dia adik je. Macam mana Fan nak buat Ecah bahagia kalau Fan tak boleh nak terima dia sebagai isteri? Baba tolonglah faham.” Irfan memujuk. Datuk Nasir menggeleng kecewa.

   Aisyah semakin terluka. Ya Tuhan, kenapa sekali lagi dia diuji? Tanpa kata, Aisyah bangun mengheret langkah gontainya. Dia tahu apa yang dia perlu buat. Tangisannya semakin lebat.

   “ Baba dah malas nak bercakap dengan kamu. Kamu dah besar. Fikirlah mana yang baik dan mana yang buruk.” Datuk Nasir bingkas bangun meninggalkan Irfan termangu sendirian. Datin Imani pula turut mengekor. Irfan terhenyak. Arghh!! Serabut betullah.

   Aisyah menarik sehelai pen dan kertas kosong. Dia akan pergi pagi esok. Dia akan pergi jauh daripada keluarga ini. Keluarga ini bukan miliknya. Dia tidak layak berada di sini. Lantas, tangannya mula mencoret sesuatu.

************

  Irfan jatuh melutut. Kertas putih bercoret kemas di tangan dipandang berkali-kali. Kenapa kalau tiada rasa cinta, hatinya perlu perit sebegini??

Abang..

Maafkan segala dosa Ecah pada abang, umi dan baba. Tempat Ecah bukan di sini. Ecah perlu pergi untuk mulakan kehidupan baru. Tolong jaga umi dan baba. Dan tentang niat abang untuk ceraikan Ecah, abang boleh failkan penceraian pada Ecah. Alamatnya Ecah belum pasti sebab Ecah sendiri tidak tahu hala tuju Ecah. Nanti Ecah maklumkan pada abang. Jaga diri abang. Ecah cintakan abang. Maafkan Ecah kerana rasa ini hadir tanpa dipinta.

Salam sayang,

Aisyah Qalesya.

   Irfan meraung. Tanpa kata, dia terus berlari turun ke bawah. Wajah umi dan baba dicari. Diterpa susuk tubuh itu.

   “ Umi..” Irfan menangis. Datin Imani kaget. Cepat-cepat dia mendekat pada Irfan.

   “ Kenapa, Fan?” soal Datin Imani. Wajahnya menjadi gusar melihat tingkah Irfan yang seperti hilang punca.

   “ Ecah.. Ecah dah tinggalkan Fan. Umi, baba.. Ecah dah pergi,” jelas Irfan sebelum tubuhnya jatuh melutut. Datin Imani dan Datuk Nasir terpempan.

   “ Ya Allah!!” jerit mereka serentak. Datin Imani meraung kuat. Keadaan Aisyah baru saja lepas keguguran. Tubuh itu masih lemah. Apa akan jadi pada Aisyah? Dia benar-benar khuatir.

****************

Tiga bulan berlalu..

Irfan semakin hari semakin tidak terurus. Makan pakainya sudah tidak terjaga. Sabar hari, potret milik Aisyah dipeluk cium. Datin Imani sudah hilang cara untuk memujuk Irfan supaya tidak terlalu mengikut perasaan.

   “ Fan.. kenapa macam ni?” soal Datin Imani sambil mengesat air mata. Irfan hanya duduk bersandar pada katil. Wajahnya bagaikan kosong. Pandangannya sayu.

   “ Ecah dah balik, umi?” soal Irfan bagaikan orang sasau. Datin Imani semakin kuat tangisannya. Dia menggeleng perlahan. Irfan tersenyum kelat.

   “ Dia dah dengar Fan cakap nak berpisah. Sebab tu dia bawa diri. Umi.. bila Ecah nak balik? Fan rindu sangat pada Ecah.” Irfan bersuara persis mengadu.

   “ Jangan ikutkan rasa hati, Fan. Sampai bila Fan nak jadi macam ni?” soal Datin Imani. Dia menggosok lembut paha anaknya.

   “ Fan nak Ecah, umi. Bawa dia pada Fan.”

   “ Fan.. kalau Fan nak Ecah, Fan kena kuat. Jangan asyik berkurung aje. Bangkit dan cuba cari dia. Duduk bersedih, meratap macam ni takkan ubah apa-apa.” Datin Imani bersuara. Irfan senyap tanpa kata. Perlahan-lahan nasihat umi meresap ke dalam sanubarinya.

****************

Irfan membasuh tangannya di sinki. Dek rasa perutnya yang lapar, dia terpaksa memberhentikan keretanya di pinggir jalan untuk mengisi perut. Bimbang diri diserang gastrik pula. Restoran beratapkan zink itu menjadi pilihan.

   “ Saya nak nasi ayam dengan milo ais ye?” Irfan membuat pesanan. Pelayan itu hanya mengangguk sebelum dia berlalu untuk menghantar pesanan. Irfan bersandar pada kerusi. Matanya dililaukan melihat keadaan restoran itu. Jujur, ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke restoran yang bukan bertaraf tiga bintang. Lagipun, perutnya dah lapar sangat dah.

   Keadaan restoran itu yang sunyi memberikan ketenangan pada Irfan. Dia berterima kasih pada umi. Kerana nasihat umi, dia kembali bersemangat untuk teruskan kehidupan. Dia perlu bangkit. Dia perlu jadi dirinya yang dulu untuk mencari Aisyah, isterinya. Bukan lagi adik seperti dahulu. Tapi, tempat Aisyah di hatinya adalah sebagai seorang isteri. Sebagai zaujah miliknya.

   Mata Irfan masih lagi meliar. Seketika, anak matanya jatuh pada sesusuk tubuh yang sedang mengelap tangan pada seluar yang dipakai. Tingkah gadis itu bagaikan dia bekerja di restoran ini. Irfan memincingkan mata. Aisyah? Hatinya berdetak. Seketika, dia menggeleng. Mana mungkin Aisyah. Ini pasti sebab dia terlalu merindui Aisyah sehinggakan orang lain disangkanya Aisyah. Dia mula hendak mengalihkan pandangan.

   Namun, tika ini anak matanya bagaikan hendak terjojol. Tanpa diduga, gadis itu berpaling menghadapnya. Seketika, anak mata mereka bertatapan. Spontan, Irfan bangun dari duduknya. Aisyah kelu. Bibirnya lumpuh. Irfan?

   Perlahan-lahan dia berundur. Kemudian, dia sudah laju berlari keluar dari restoran. Melihatkan keadaan Aisyah, dia yakin kini itulah gerangan yang dicari. Pantas dia mengejar langkah kaki itu.

   “ Ecah, tunggu!!” jerit Irfan lantang. Aisyah berdebar. Dia perlu larikan diri. Dia tak kuat untuk bertemu kembali dengan Irfan. Aisyah teruskan lariannya. 

   “ Ecah.. tunggulah!!” Irfan masih mengejar. Tubuhnya yang masih tidak menjamah apa-apa makanan menyebabkan staminanya berkurangan. Aisyah tetap berlari laju. Irfan sudah rasa senak di bahagian perutnya. Lariannya semakin lama semakin perlahan. Ya Allah, takkan tika ini juga gastriknya menyerang. Tubuh Irfan melorot jatuh. Dia terduduk melutut di atas jalan tar di belakang bangunan restoran itu.

   “ Ecah, tu.. tunggu. Arghh!!”

   Irfan sudah menggelupur di atas jalan. Rasa senaknya semakin mencengkam. Aisyah memperlahankan lariannya. Dia pelik kerana tiada lagi suara lelaki itu melaung namanya. Seketika, dia cuba untuk berpaling dengan penuh debar di dada. Dan saat ini.. jantungnya bagaikan direntap kasar.

   “ Abang!!” Aisyah menjerit penuh bimbang. Pantas, dia meluru pada susuk tubuh yang masih memegang perutnya. Dia panik.

   “ Abang, kenapa ni?” soal Aisyah gusar. Kepala Irfan ditarik sebelum diletakkan di atas ribanya. Melihat Aisyah di depan matanya, Irfan tarik nafas lega.

   “ Abang gastrik ni! Abang tak makan lagi ke? Kenapa tak makan?” soal Aisyah bertalu-talu smabil menangis kecil. Seketika, Irfan bangun bagaikan orang yang tidak sakit.

   “ Abang tunggu Ecah.” Irfan menjawab. Kerutan di dahinya sudah hilang. Lelaki itu nampak baik-baik sahaja. Aisyah pelik.

   “ Abang dah okey?” soal Aisyah. Irfan tersenyum.

  “ Abang tak sakit. Abang gimik aje. Ecah bimbangkan abang?” Irfan menyoal penuh syahdu. Mendengarkan kata-kata Irfan, Aisyah mendengus. Tangannya yang berada dalam genggaman Irfan direntap sebelum dia bangkit hendak pergi. Baru selangkah dia hendak melangkah, tubuhnya sudah dipeluk dari belakang.

   Please.. jangan tinggalkan abang. Abang.. abang tak boleh hidup tanpa Ecah. Abang cintakan Ecah. Abang betul-betul cintakan Ecah.” Irfan memeluk kemas tubuh itu dari belakang. Aisyah sesak nafas. Mulutnya terlopong tanpa kata.

***************

Enam bulan berlalu..

Aisyah tersenyum sambil menatap bintang di langit. Sungguh, dia bahagia kini. Pergi sudah segala derita. Yang ada kini cuma bahagia. Tangannya mengusap penuh kasih perutnya yang sudah sarat mengandung empat bulan. Hasil cinta dia dan Irfan.

   “ Sayang.. termenungkan apa tu?” soal Irfan lalu memeluk tubuh Aisyah dari belakang. Dagunya dilabuhkan pada bahu Aisyah. Tangannya mengusap perut yang sudah sarat itu. Aisyah tersenyum. Kepalanya disandarkan pada dada bidang Irfan.

   “ Ecah tak fikir apa-apa pun. Ecah cuma tengok bintang di langit.”

   “ Bintang tu cantik kan? Hmm.. cantik macam abang. Betul tak?” Irfan puji diri-sendiri. Aisyah menggeleng.

   “ Taklah. Abang tak cantik,” ujar Aisyah lalu mencuit hujung hidung Irfan. Irfan tarik muka.

   Yelah.. abang ni buruk.” Irfan merajuk. Aisyah pantas memusingkan tubuhnya. Tangan dilingkarkan pada leher suaminya. Irfan memalingkan wajah ke tepi.

   “ Suami Ecah tak cantik. Tapi, dia handsome, kacak dan bergaya. Abang.. cantik tu untuk perempuan aje tahu?” Ecah bersuara. Seketika, bibir Irfan lebar dengan senyuman.

   “ Pandai isteri abang bermain kata.” Irfan mengusik. Aisyah tersenyum. Irfan membalikkan semula tubuh isterinya. Dia selesa memeluk Aisyah dari belakang.

   “ Sayang.. sayang rasa anak kita ni handsome macam abang tak?” soal Irfan manja. Tangannya mengelus-elus perut Aisyah. Aisyah kerut kening.

   “ Kenapa abang cakap anak kita handsome? Kita tak scan pun tahu?”

   “ Abang tahulah yang dalam ni hero.” Irfan tersenyum manis.

   “ Macam mana abang tahu?” soal Aisyah pelik. Dahinya berkerut seribu.

   “ Sebab.. sebab mama dia ganas sangat. Tengok semalam tulah.. boleh jadi dia tertendang abang sampai jatuh bawah katil. Jadi, abang buat konklusi. Abang tak salahkan mamanya. Sebab ni mesti kerja hero kat dalam ni. Tak percaya, tunggu masa bersalin nanti. Memang confirm baby boy.” Irfan mengusik. Aisyah cubit perut suaminya.

  “ Oh.. mengata eh? Malam ni tidur luar.” Aisyah sengaja mengugut.

   “ Eh, mana boleh.. sayang. Malam-malam abang memang peluk bantal gebu ni baru boleh tidur. Tak boleh-tak boleh..” Irfan anggap gurauan Aisyah serius. Aisyah tergelak.

   “ Abang.. terima kasih sebab terima Ecah. Ecah tak sempurna. Ecah..”

   “ Hah, nak cakap apa lagi tu? Nak cakap Ecah anak sundal? Sayang ingat lagi apa umi dan baba cakap?” sela Irfan. Aisyah mula sedar. 

   Ya, dia yakin kini dia adalah anak yang sah. Meskipun benar ibunya seorang pelacur. Tapi, ayah adalah penyelamat. Dek rasa cinta pada ibunya, ayah mengahwini ibunya. Dan dia adalah bukti kasih mereka. Ayahnya yang mendidik ibunya agar bertaubat. Tapi, malang.. tidak lama mereka kecapi bahagia bila ayah dan ibu kemalangan ketika dia berumur dua tahun. Jadi, dia diserahkan pada umi dan baba memandangkan baba berkawan baik dengan Abdul Qaiyum, ayahnya. Ayah kandungnya. Aisyah mengucap syukur kerana dia wujud daripada ikatan yang sah.

   “ Ecah ingat, bang. Maafkan Ecah..” Aisyah pohon maaf. Irfan senyum nipis. Ciuman dilabuhkan pada belakang kepala isterinya.

   “ Sayang.. lepas ni jangan pernah anggap sayang ni asing dalam keluarga kita. Sebab sampai bila-bila sayang merupakan salah satu kebahagiaan kami. Lepas ni, abang takkan biarkan sayang sedih, berduka seorang diri. Abang ada. Abang akan bantu sayang untuk mencari bahagia. Bahagia buat kita. Abang terlalu cintakan sayang.” Irfan mengucap sayu. Aisyah terharu. Dia berpusing ke arah suaminya. Pipi Irfan dipegang.

   “ Kita sama-sama mencari bahagia ye, abang? Ecah tak nak bahagia ni berhenti sampai di sini. Kita akan terus cari dan ukirnya bersama. Janji dengan Ecah?” Aisyah menyoal dalam tangisan. Irfan angguk.  

   Ye.. kita sama-sama mencari bahagia. Untuk sayang, abang akan lakukan apa saja. Abang cintakan sayang sampai akhir nafas abang.”

   “ Ecah pun cintakan abang. Semoga bahagia ini kekal milik kita,” ucap Aisyah lantas dia terus memeluk tubuh suaminya.

   Pergilah derita.. pergilah jauh dari hidupku. Akan kuukir bahagia supaya hidupku lebih bermakna. Ibu.. ayah, tenanglah ibu dan ayah di ‘sana’. InsyaAllah, nanti kita akan berkumpul bersama. Buat anak mama, maafkan mama kerana gagal menjaga baby. Salam sayang dari mama. Desis hati Aisyah Qalesya. Tubuhnya damai berada dalam pelukan cinta Irfan Nazhan, zauj yang akan kekal membawanya ke Jannah.

TAMAT

5 comments:

  1. best.. :)
    tapi x puas.. pendek, haha.. smbng la, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. da tkehel tgn akq nk smbong. haha.. :)

      Delete
  2. Besttt! Seronok baca citer ni. Coz it happen in real life. Realiti kehidupan seorang manusia.good job kak hana! ^_^

    ReplyDelete
  3. Best sesangat... Sampai air mata ni asyik meleleh aje... Hehehe

    ReplyDelete