PeNgiKuT sEtiA..

Thursday, April 18, 2013

Mencari Damai Bahagia (Cerpen) Part 2


PART 2

Aisyah gelak lantang. Gelak yang jelas menyindir. Dia merenung tajam wajah Irfan. Sangkanya, kata-kata Irfan di hospital tempoh hari cuma sekadar gurauan. Rupa-rupanya lelaki itu serius.

   “ Kau nak kahwin dengan aku?” soal Aisyah sinis. Datin Imani dan Datuk Nasir terkejut. Kenapa bahasa Aisyah begitu kasar?

   “ Ecah, sedar tak dengan siapa Ecah sedang bercakap sekarang? Dia abang Ecah!!” soal Datin Imani lantang. Wajahnya jelas nampak marah.

   “ Tak, dia bukan abang Ecah. Dan umi dan baba juga bukan umi dan baba Ecah yang sebenarnya. Ecah sebatang kara. Ecah anak pelacur.” Aisyah melawan. Seketika, dia terdiam pabila suara garau Irfan kuat menjerkah.

   “ Ecah, jangan kurang ajar!!!” tengking Irfan siap dengan tangan tergawang tinggi. Namun, tak sempat nak sampai ke pipi mulus itu. Dia bagaikan tersedar sesuatu. Ya Allah.. dia mengucap kalimah indah itu. Tangan perlahan-lahan dijatuhkan kembali. Aisyah bangkit berdiri.

   “ Nak tampar, tamparlah! Tampar biar puas. Anak jalanan memang tak patut dapat kasih sayang. Tamparlah!!” Aisyah menarik-narik tangan Irfan agar menamparnya. Dia menangis kuat. Melihat Irfan hanya kaku, dia pantas melepas kasar tangan sasa itu sebelum dia bergegas ingin naik ke tingkat atas. Datin Imani dan Datuk Nasir hanya mampu menggeleng kesal. Ke mana hilangnya Aisyah Qalesya yang dulu? Bisik hati mereka sedih.

   “ Ecah, tunggu!! Abang cakap tunggu, berhenti kat situ!!” Sekali lagi suara Irfan bergema sekaligus mematahkan langkah Aisyah yang sudah sampai ke anak tangga kedua. Irfan menapak ke arah Aisyah.

   Tangan Aisyah ditarik kasar menuju ke arah umi dan baba mereka. Aisyah terkedek-kedek mengikuti langkah kasar Irfan.

   “ Kau nak buat apa ni??” soal Aisyah lantang sambil cuba melepaskan diri. Irfan menolak kasar tubuh itu ke depan. Seketika, dia sudah duduk melutut di hadapan Datin Imani dan Datuk Nasir. Datin Imani dan Datuk Nasir hanya tercengang saja dengan tingkah dua anaknya.

   “ Umi.. baba, Fan minta sangat dengan umi kali ni. Izinkan Fan kahwin dengan Ecah. Fan buat semua ni..”

   “ Hei, kau dah gila ke??” herdik Aisyah mencelah.

   “ Umi, baba.. Fan buat semua ni sebab Fan nak selamatkan maruah keluarga kita. Fan tak nak umi dan baba tanggung aib. Biar Fan berkorban, umi.. baba.” Irfan terus merayu. Datin Imani terhenyak ke sofa. Ya Allah..
   “ Kau dah gilalah, Irfan! Kau bukannya cintakan aku. Aku ni kotor, Irfan. Kalau kau rasa malu sangat dengan kehadiran aku, aku akan pergi dari Villa ni. Kau tak perlu nak buat baik kutip anak sundal macam aku.” Aisyah masih lagi dengan degilnya. Irfan menoleh pandang.

   “ Memang abang tak cintakan Ecah. Tapi, untuk lepaskan adik yang abang ada, abang takkan buat. Abang rela berkorban. Jadi, tolonglah jangan rumitkan keadaan. Ecah tolong jangan pentingkan diri sendiri. Kasihan pada umi dan baba.” Irfan marah balik. Aisyah cepat saja berdiri di sisi Irfan. Tubuh lelaki itu ditarik untuk bangun.

   “ Aku tak nak kahwin dengan kau! Kau faham tak? Umi, baba..” Kini perhatian Aisyah mula beralih pada Datin Imani dan Datuk Nasir.

   “ Halalkan makan minum Ecah selama ni. Ecah akan pergi jauh. Umi dan baba tak perlu nak malu dengan perbuatan Ecah. Ecah cuma gadis kotor yang akan cemarkan keturunan baik keluarga ni. Ecah takkan ambil apa-apa dari rumah ni sebab semuanya bukan milik Ecah. Maafkan Ecah.” Serentak Aisyah ingin berlalu ke muka pintu. Dia akan pergi. Pergi dengan sehelai sepinggang sebab semua yang dia nikmati selama ini bukan miliknya. Terngiang-ngiang kenangan lepas..

   “ Ecah.. kau terima aku, Ecah. Aku cintakan kau.” Hareez merayu. Tangannya cuba mencapai tangan mulus Aisyah. Aisyah yang selama ini terjaga akhlaknya pantas melarikan tangannya.

   “ Reez, apa ni? Ecah tak selesalah,” tolak Aisyah lembut. Baru dia nak melangkah jauh, tubuhnya sudah direntap kasar sebelum diseret ke arah belakang bangunan kampus. Mulutnya dipekup Hareez. Ya Allah.. Aisyah meminta pertolongan dariNya.

   “ Kau jangan nak jual mahal dengan aku, Ecah. Kau tu sepatutnya tak layak pun dapat cinta aku. Bila aku dah tergila-gilakan kau, kau nak berlagak suci pula!!” Hareez sudah menolak kasar tubuh Aisyah melekap ke dinding. Pinggang Aisyah ditarik rapat ke tubuhnya. Tika ini, sesi kuliah sudah berakhir. Jam pun dah menunjukkan angka 6.30 petang.

   “ Reez.. lepaskan Ecah.” Aisyah merayu. Hareez gelak sinis. Dia cuba membenamkan bibirnya pada leher Aisyah yang terlindung dengan hijab.

   “ Aku takkan lepaskan kau. Aku minta cara baik, kau jual mahal. Hei, tak luak kot kalau aku sentuh. Lagipun, kau ni kan anak sundal. Darah pelacur dalam tubuh kau takkan bersihkan diri kau yang memang asalnya kotor ni. Jadi.. lebih baik kau diam dan layan aku.” Hinaan Hareez benar-benar menyentap tangkai hatinya. Ya Allah, dari mana Hareez tahu??

   “ Reez… Reez, awak ta..” Aisyah kelu. Bibirnya terketar-ketar.

   Well, sayang. Kau mesti terfikir-fikir macam mana aku tahu kan? Daddy aku biasa pergi ke club yang mak kau kerja dulu. Kalau kau nak tahu, daddy aku pun pernah langgan tubuh mak kau. Dan ternyata, sekarang giliran aku pula untuk buat benda yang sama pada kau.” Hareez cuba mencumbui Aisyah usai sahaja mengeji Aisyah. Aisyah pula bertindak cepat walaupun bibirnya sudah sempat dikucup lelaki itu. Aisyah menangis. Dia cuba mengumpul kekuatan sebelum dia nekad menendang celah kangkang Hareez dengan kuat.

    “ Abang tak izinkan Ecah keluar rumah ni!!” Satu suara mematikan lamunan Aisyah. Aisyah tersentak tatkala tangannya sudah ditarik kasar untuk masuk semula ke dalam Villa mewah itu. Aisyah berdegil.

   “ Lepaskanlah!!”

   “ Jangan buat abang marah, Ecah. Dengar cakap abang kali ni je.” Irfan mengugut. Dia sudah bersedia andai Aisyah masih lagi dengan keras kepalanya.

   “ Aku tak kisahlah kau nak.. arghhhh..” Aisyah sudah terjerit kecil tatkala tubuhnya sudah dikendong di atas bahu sasa itu sebelum dia perasan Irfan sedang mendaki anak tangga ke tingkat atas.

   “ Fan.. kenapa buat adik macam tu?” Datin Imani menyoal gusar.

   “ Fan tahu Fan buat apa, umi. Umi jangan risau. Percaya pada Fan..” Irfan terus melangkah. Datin Imani hanya mampu terdiam sebelum dia ditenangkan oleh suaminya.

   Irfan merebahkan tubuh Aisyah di atas katil king milik gadis itu. Aisyah mendengus marah. Tangannya dikepal.

   “ Jangan pernah harap abang akan bagi Ecah keluar sampailah hari pernikahan kita minggu depan!!” tegas Irfan lalu dia segera berlalu. Pintu dihempas kasar. Berdentum bunyinya menyapa hingga ke tingkat bawah.

   Aisyah berlari ke arah pintu yang sudah berkunci itu.

   “ Buka pintu ni!! Buka!!” Aisyah menggoncang-goncang daun pintu. Namun, ternyata Irfan serius dengan kata-katanya. Aisyah puas mengetuk-ngetuk pintu itu sebelum tubuhnya melorot jatuh. Dia menangis hiba.

   Bukan ini yang Ecah nak, abang. Ecah dah tak kuat dengan cemuhan orang. Kenapa abang tak pernah faham perasaan Ecah? Ecah dah penat menderita. Semua orang hina Ecah. Ecah malu, abang. Sebab tu Ecah ambil jalan mudah macam ni. Aisyah merintih sendu. Lama dia menangis. Akhirnya, dia terlelap di situ bersama malam yang merangkak pergi.

**************

Irfan melangkah masuk ke dalam kamar milik Aisyah. Seketika dia tergamam. Jelas tubuh kecil milik Aisyah sedang mengerekot tidur di tepi pintu. Irfan meraup wajah. Kejam sangatkah aku? Detik hatinya. Lantas, dia terus mencempung tubuh itu sebelum tubuh Aisyah di bawa ke atas katil. Direbahkan tubuh itu di situ.

   Boleh ke abang mencintai Ecah sedangkan selama ni abang cuma anggap Ecah macam adik abang? Tapi, abang dah tak ada pilihan. Demi maruah keluarga kita, abang harap Ecah faham. Bisik hati Irfan lalu dia membetulkan selimut yang menyelimuti Aisyah.

   “ Ecah.. Ecah..” kejut Irfan memikirkan ada perkara yang perlu dia bincangkan dengan Aisyah. Aisyah segera bangkit dengan mata terpisat-pisat tatkala menyedari tubuh sasa Irfan sudah sedia duduk di birai katil.

   “ Kau nak apa?” soal Aisyah geram mengenangkan sikap memaksa lelaki itu.

   “ Abang cuma nak bagitahu, lusa kita akan ambil kursus kahwin. Jadi, Ecah bersiap-sedia jelah.”

   “ Aku tak nak kahwin.” Irfan segera bangun. Tidak ada guna bercakap baik-baik dengan Aisyah.

   No more excuses. Kalau tak nak susah, setuju saja. Bukan setakat kurung Ecah abang boleh buat. Kalau Ecah melawan lagi, abang takkan teragak-agak untuk guna kekasaran. Tolong fikirkan umi dan baba. Abang mohon. Fikirkan siapa umi dan baba pada Ecah. Ecah tak kasihan pada mereka? Siapa yang jaga Ecah dengan penuh kasih sayang selama ni?” ucap Irfan lantas keluar dari bilik itu. Aisyah terkesima. Kata-kata Irfan menusuk ke jantungnya. Dia menahan sebak.

  Umi.. baba, maafkan Ecah. Bukan ini yang Ecah pinta. Hati Aisyah merintih terus.

***********
Dua minggu berlalu..

Aisyah segera menghempas pintu biliknya dengan kasar. Menunggu Irfan balik memang seperti menunggu buah yang tak gugur. Kenapa nasibnya selalu malang??

   Aisyah menumbuk-numbuk bantal yang berada dalam genggamannya. Dia bosan terkurung dalam banglo setingkat ini. Irfan dah berjanji nak bawa dia keluar. Seketika, bunyi azan kedengaran. Pantas Aisyah bangkit hendak berdiri untuk menunaikan solat Isyak. Seketika pula dirinya terpaku.

   Sudah lama dia meninggalkan solat. Semenjak Aisyah Qalesya bukan lagi gadis yang terjaga akhlaknya seperti dahulu. Solatnya diterimakah sedangkan dia adalah daripada benih yang kotor? Aisyah bercakap bagaikan tiada iman. Ya Allah, tidak sedarkah Aisyah hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya? Dan Allah S.W.T itu Maha Adil. Jadi, kenapa terlalu cepat membuat konklusi sendiri??

   Namun, entah kenapa kali ini Aisyah berjaya melawan hasutan syaitan. Perlahan-lahan dia bangkit untuk menunaikan solat. Dalam langkahnya, air mata terhambur laju menuruni lekuk-lekuk pipi.

Aisyah menyudahkan doanya. Tangisannya masih lagi terhambur. Ya Tuhan, ke mana dia hanyut selama ini? Kenapa hanya dengan momokan teman-teman dan hinaan mereka, dia jadi cepat berputus asa? Kenapa dia terlalu rapuh? Aisyah menangis lagi. Tangannya mula menjalar pada perutnya.

   Maafkan, ibu. Hanya kerana kebodohan ibu, baby muncul. Tapi, itu tak bermaksud ibu tak nak baby. Tapi, ibu nak baby wujud dalam ikatan yang sah. Bukan macam ibu. Sejurus, bunyi pintu terkuak menyebabkan Aisyah panggung kepala. Irfan terkejut melihat isterinya dalam telekung. Sudah lama dia tidak melihat Aisyah solat. Ya Allah, dia bersyukur sangat-sangat.

   “ Ecah..” panggil Irfan. Aisyah panggung kepala. Tanpa kata, dia terus mencapai tangan Irfan lalu dicium lembut tangan itu.

   “ Abang.. maafkan Ecah.” pohon Aisyah pilu. Irfan tersenyum. Kepala Aisyah digosok lembut. Sama seperti rutinnya sebelum ini. Tika mereka masih bergelar adik-beradik angkat. Bukan suami isteri seperti tika ini.

   “ Abang maafkan Ecah. Ecah tak bersalah. Abang tahu adik abang khilaf. Tapi, belum terlambat untuk Ecah berubah, bukan? Alhamdulillah..” Irfan tersenyum nipis. Aisyah menangis lagi.

   “ Ecah dah banyak dosa pada umi dan baba. Ecah dah banyak dosa pada mereka. Ecah dah malukan keluarga kita. Kenapa Ecah perlu hiraukan kata-kata orang? Kenapa Ecah macam ni, abang?” ngongoi Aisyah terus. Irfan mengeluh kecil. Melihat Aisyah teresak-esak menangis, dia jadi pedih. Lantas, dia memaut tubuh itu ke dalam pelukan. Ubun Aisyah dikucup berkali-kali.

****************

Tiga bulan berlalu..

Aisyah tersenyum sendiri. Hatinya terasa berbunga-bunga. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini rasa rindu dan sayang pada Irfan seakan menggebu-gebu. Dia bingkas menyediakan makan tengahari buat Irfan. Irfan kata ingin pulang kejap lagi.

   Seketika, bunyi loceng berdenting. Aisyah pantas hendak membukakan pintu. Bibirnya tersungging senyuman lebar menatap wajah tampan Irfan yang lengkap dengan slack hitam dan kemeja biru gelap. Tali leher berbelang biru putih kemas tersarung.

   “ Abang. Jom, makan. Ecah dah sediakan makan tengahari.” Aisyah bersuara ceria. Irfan pamer senyum. Dia menggosok-gosok ubun Aisyah.

   “ Rajinnya adik abang..” Zap.. kata-kata itu terus menyentakkan hati Aisyah. Adik? Namun, cepat saja Aisyah mengawal riak wajahnya.

   “ Jom, makan.” Aisyah cuba mengalih topik. Namun, entah di mana silapnya.. dia nyaris tersadung. Cepat tangan Irfan menyambut tubuh itu. Wajah Irfan berubah cemas.

   “ Ya Allah, Ecah. Kenapa cuai sangat ni? Ada luka kat mana-mana tak? Baby? Baby okey?” Irfan kalut. Dia menarik rapat tubuh itu ke dada bidangnya. Dibelek-belek perut Aisyah. Aisyah tersentak.

   “ Ecah.. kenapa diam aje ni?” soal Irfan yang tika itu masih setia membelek tubuh si isteri. Pelik dengan tingkah Aisyah yang hanya senyap kaku, dia angkat wajah. Seketika, mata mereka bertentang. Irfan pegun.

   Lama mereka begitu sehingga tanpa sedar Irfan sudah mendekatkan wajahnya ke arah Aisyah. Aisyah pejam mata. Namun, seketika Irfan tersedar. Ya Allah, Aisyah cuma adiknya. Tiada cinta buat gadis itu. Dia berkahwin hanya untuk maruah keluarga. Menyedari akan hakikat itu, Irfan pantas merenggangkan pelukan lanatas dia bergegas ke dapur.

*************

Aisyah termenung sendiri. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, Irfan bagaikan menjarakkan hubungan mereka. Aisyah benar-benar rindukan suaminya. Rutin lelaki itu yang sebelum ini kerap pulang ke rumah untuk makan tengahari juga sudah berkurangan. Sudah tiga hari lelaki itu tidak pulang makan tengahari di rumah. Aisyah mengeluh. Bunyi loceng berdenting membawa Aisyah untuk terus berdiri. Bibirnya tersenyum lebar. Mesti Irfan ni.. detik hatinya.

   “ Ab.. abang..” Aisyah pegun. Matanya terbeliak. Lantas, tangannya ingin menutup semula pintu. Namun, terlambat bila mana tangan sasa itu terlebih dahulu menghalang.

   “ Kau nak apa, Reez??” soal Aisyah cemas. Hareez dilihatnya bagaikan orang hilang akal. Jambang meliar di wajah itu. Aisyah berundur ke belakang. Dia mula hendak melarikan diri. Namun, tubuhnya sudah ditangkap lelaki itu. Aisyah meronta-ronta.

   “ Ecah.. kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau kahwin dengan abang kau sedangkan aku dah lama sukakan kau?” Hareez sudah kelihatan bagaikan hilang pedoman. Dikucup seluruh wajah Aisyah. Aisyah sudah mula menangis.

   “ Reez.. tolonglah, Reez. Jangan buat aku macam ni.”

   “ Kau yang buat aku, Ecah!! Kau buat aku terseksa. Aku hampir gila dengan perbuatan kau tahu tak? Kali ni, aku takkan lepaskan kau. Aku tak nak lepaskan kau tanpa aku dapat apa-apa.” Hareez sudah bertindak gila. Tubuh Aisyah ditolak kasar ke sofa. Aisyah semakin panik. Dalam hati, dia menyeru nama suaminya. Ketakutan usah dikata.

   “ Reez, kau nak buat apa ni?? Aku mengandung, Reez.” soal Aisyah cemas. Hareez gelak lantang.

   “ Aku tak peduli dengan bayi tak guna ni. Apa yang penting, aku dapat rasa tubuh kau. Ecah.. kau jangan melawan ye? Aku takkan sakitkan kau.” Hareez gelak lagi. Aisyah tahu tujuan lelaki itu. Lama mereka bergelut. Seketika, Aisyah mencapai pasu yang berada berdekatan meja berhampiran sofa. Dia menghentak kuat kepala Hareez dengan pasu itu. Hareez mengerang. Melihat keadaan Hareez, bingkas Aisyah ingin menyelamatkan diri.

   “ Kurang ajar kau, Ecah” Hareez mengamuk. Lantas, tubuh itu disambar sebelum dia menampar-nampar beberapa kali. Tidak cukup dengan itu, dia humban kasar tubuh Aisyah ke lantai lalu dia sepak pula perut Aisyah berkali-kali. Hatinya benar-benar sudah ditakluki syaitan. Aisyah mengerang sakit.

  “ Allah.. sakitnya..” Aisyah menyebut kalimah itu. Hareez masih diamuk gila. Disepak terus tubuh Aisyah tanpa belas. Seketika, matanya terhenti pada darah yang mengalir pada celah kelangkang itu. Aisyah sudah kelihatan bagaikan nyawa-nyawa ikan.

   Abang.. balik, bang. Ecah sakit, bang. Balik, bang.. Aisyah menangis dalam hati. Dia dapat rasa ajalnya semakin tiba.

   “ Ecah.. Ecah, bangun. Ya Allah, aku buat apa ni?” Hareez meraup kasar rambutnya. Dadanya berdebar. Melihat mata Aisyah yang mula terkatup, dia segera berlari keluar. Meninggalkan tubuh Aisyah terbaring di situ.

   Tuhan, kenapa takdir aku tak seindah orang lain? Bilakah bahagia akan menyapa aku? Detik hati Aisyah dengan rasa sakit  hanya Allah yang tahu sebelum matanya mulai tertutup rapat.



4 comments:

  1. Ohhh! Kesian ecah... Best entry.. :) sambung please sis.. ^_^

    ReplyDelete
  2. sedihnyaaaaa.. kesian ecah.. nak lagiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..kesian dekat ecah..huhu..nk lgi!!best

      Delete
  3. Ya Allah..sdihnya..knpala mreka ska mnyakiti Aisyah..Aisyah bukannya anak kotor,tpi perbuatan ibunya yg kotor..trlbih emosi plak sya bca karya kak hana yg ni..sdih + best sangt

    ReplyDelete