PeNgiKuT sEtiA..

Friday, April 26, 2013

Isteriku Brutal (Cerpen) Part 1


Isteriku Brutal (Cerpen)
Oleh : Hana Efryna


PART 1

Riyana Qaisara meramas lembut tangannya antara satu sama lain. Wajahnya cemas bersama peluh yang dah merenik membasahi dahi licinnya. Dipandang satu-persatu wajah yang menghuni kamar yang dihias indah itu. Terpampang saja wajah teman baiknya, bibirnya menceber hendak menangis.

   “ Am..” seru gadis itu dengan memek muka hendak menangis. Amsyar senyum lucu. Dia tahu, temannya itu takut. Yelah.. hari ni kan hari bersejarah buat Riyana dan abang longnya, Ammar Wafiq. Amsyar geleng kepala. Sepatutnya dia sebagai lelaki tidak boleh berada di sini. Tapi, apakan daya bila umi Riyana sudah menemuinya mengatakan Riyana menangis sakan dalam bilik pengantin.

   “ Wei, Ray.. kau ni apasal lembik sangat? Sebelum ni, brutal ke main. Nak kahwin pun takut? Chill, bro. Pejam mata, anggap semua ni satu lakonan semata. Ni dah tahap menangis, cengeng juga kau eh?” usik Amsyar bersama senyum nipis. Riyana mendengus. Geram dia melihat temannya itu gelak bagai orang gila.

   Kalau bukan disebabkan Amsyar ni temannya, tak ada makna dia nak kahwin dengan Ammar Wafiq tu. Menurut Amsyar, Wafiq sudah mula jatuh cinta pada pertemuan kali pertama mereka ketika Riyana berkunjung ke rumah Puan Sri Annur.

   Disebabkan abangnya itu pernah putus cinta dan pernah mengalami kemurungan, Amsyar tak mahu semangat abangnya kembali pudar. Oleh itu, dia memujuk Riyana untuk menerima Wafiq. Lagipun, dia yakin abangnya seorang yang bertanggungjawab. Sinar cinta dalam mata abangnya begitu mekar buat Riyana.

   “ Am..” rengek Riyana dengan air mata berlinangan. Amsyar jungkitkan kening. Menyoal melalui bahasa isyarat. Susuk tubuh yang turut menghuni bilik itu sudah memandang pelik dirinya dan Riyana.

   “ Aku tak nak kahwin.” Sebaris ayat yang keluar dari bibir itu membuatkan Amsyar nyaris nak pengsan. Kebetulan, Puan Roziah, umi Riyana juga baru masuk ke dalam bilik pengantin itu. Wajah tua itu jelas terkejut.

   “ Dah.. tak payah nak melalut. Akad dah lepas dah, Riyana dah jadi isteri Wafiq. Jangan nak mengada eh? Umi backhand nanti. Tu.. suami kamu nak masuk untuk upacara pembatalan air sembahyang.” Kini, tahulah Amsyar bahawa sikap brutal Riyana diwarisi daripada uminya. Amsyar simpan senyum.

   “ Umi.. Ray tak nak. Umi, tolonglah..” Riyana sudah menangis kecil. Puan Roziah jegilkan biji mata.

  “ Apa Ray-Ray?? Nama bukan main sedap arwah ayah kamu letak.. Riyana Qaisara, Ray juga yang dia berkenan. Hish..” Puan Roziah membebel lagi. Riyana gigit bibir bawahnya. Matanya menjeling wajah Amsyar yang sedang gelak kecil itu siap tekup mulut lagi. Ketawalah lagi tenuk oi.. nanti lepas siap majlis, aku kerjakan kau cukup-cukup. Detik hati Riyana penuh geram.

   “ Assalamualaikum..” Seketika, suara garau seseorang memberi salam membuatkan Riyana berkalih pandang. Matanya terbeliak luas. Ya Allah, kacaknya mamat ni. Ada iras dengan pelakon barat, Ryan Guzman. Mat saleh celup ke apa? Detik hati Riyana memuji insan di depan mata.

   “ Eh, abang long..” tegur Amsyar terkulat-kulat. Pasti abang longnya pelik sebab dia turut berada di situ. Amsyar sengih segaris.

   Tanpa kata, Wafiq terus menuju ke arah Riyana. Jantung Riyana berpalu kuat. Sedangkan Wafiq sudah mencair melihat kecantikan yang selama ini tersorok di balik sikap kasar gadis itu. Hati lelakinya berdenyut gementar. Terketar-ketar tangannya tatkala bibir Riyana mencecah tangan kekarnya. Ya Allah, begitu kuat rasa cinta ini. Detik hati Wafiq. Amsyar pula hanya tumpang bahagia melihat dua susuk tubuh yang telah disatukan itu. Semoga kau berbahagia, Ray.. bisikan ikhlas seorang teman berlagu.

****************

Riyana kelihatan santai dengan seluar pendek paras bawah lutut yang sedikit koyak di bahagian lutut kirinya dan t-shirt lengan pendek yang lengannya digulung hingga ke bahu. Di atas kepala gadis itu siap memakai topi berwarna hitam. Dia rimas sebenarnya untuk bertopi. Tapi, dengan cara itu saja dia boleh menyembunyikan rambut panjang miliknya.

   Riyana terlompat-lompat hendak membuka pintu kabinet bahagian atas. Perutnya yang berkeroncong memaksa Riyana untuk mengalas perut dengan Maggi saja pada pagi ini. Wafiq pula sudah lesap entah ke mana. Dek tubuhnya yang sedikit pendek, agak sukar untuk dia mencapai pintu kabinet itu.

   Lantas, dia menarik kerusi meja. Bibirnya tersenyum nipis. Hailah.. dari tadi kau duk terkinja-kinja macma beruk.. kan senang kalau panjat guna kerusi aje. Omel Riyana bersama sebungkus Maggi di tangan.

   “ Buat apa tu, sayang?” sela satu suara menyebabkan Riyana yang baru hendak melompat turun terkejut sakan. Nyaris dia hendak terlentang ke bawah. Namun, Wafiq cekap menduga. Pantas dia menyambut tubuh genit itu. Bungkusan nasi lemak di tangan segera diletakkan dia atas meja makan. Dia mencari raut wajah Riyana.

   Masing-masing diam tidak berkutik. Hanya debaran di dada yang memalu jantung masing-masing. Riyana dengan mata terkebil-kebilnya. Manakala, Wafiq dengan anak mata redup yang jelas menggoda. Riyana berdehem beberapa kali. Cuba mengusir rasa aneh yang datang menyapa sudut hati. Wafiq pula tayang wajah selamba. Seketika, matanya terbeliak memandang susuk tubuh isterinya dengan pakaian ala-ala.. jantan?? Ya Allah, Wafiq beristighfar di dalam hati.

   “ Sayang.. kenapa pakai macam ni?” soal Wafiq lantas mendekat. Riyana kerutkan kening. Pantas, matanya menilik tubuhnya. Pakai apa? Pakai bajulah. Okey je aku tengok. Apa masalahnya??

   “ Kenapa?” soal Riyana selamba. Rasa malunya masih lagi bersisa dek insiden semalam. Yelah.. baru dia nak lunaskan malam pertama dengan suaminya, boleh pula perutnya memulas tiba-tiba. Bila diperiksa, rupa-rupanya dia datang bulan. Ya Allah, segan tak payah cakaplah sebab Wafiq yang terpaksa belikan tuala wanita untuknya. Namun, dalam masa yang sama dia lega. Lega sebab dia tak perlu lagi nak jalankan kewajipan yang satu itu. Fuhhh.. lega betul. Detik hati Riyana.

   “ Yana.. kan baju ni tak sesuai dengan Yana..” sela Wafiq lembut. Riyana mendegus.

   “ Ray, okey? Panggil, Ray. Bukan Yana. Gelilah nama tu. Girly sangat..” cebik Riyana dengan lagak nak muntah. Wafiq tersengih.

   “ Abang tetap nak panggil Yana. Nama Ray tu untuk lelaki. Dan setahu abang, abang tak berkahwin dengan lelaki. Berkahwin dengan sejenis tu haram. Nabi tak mengaku umat. Jadi, sayang ada masalah ke dengan nama tu?” Wafiq membalas bijak. Riyana mulalah rasa geram. Dia menjuihkan bibirnya. Seketika, muncungnya ditarik Wafiq. Wafiq tergelak bila mana Riyana membuntangkan biji mata tanda marah.

   “ Geram.. sebab comel sangat.” Wafiq bermain kata. Anak mata Wafiq mula terpaku pada rambut Riyana yang tersembunyi di sebalik topi hitam itu. Kalau orang lain tengok, mahu sakit jantung. Pakaian tak macam isteri orang langsung. Tangan Wafiq sudah bergerak ke kepala Riyana. Riyana berdebar. Hei, dia nak buat apa ni? Sela hati Riyana cuak.

   “ Kenapa pakai topi ni? Abang rasa.. abang tak bina rumah kita kat padang pasir pun. Bumbung pun ada. Tak panas pula. Habis.. sayang pakai topi kenapa?” sela Wafiq lalu hendak menarik topi itu dari menutupi mahkota Riyana yang cantik itu. Riyana pantas menepis lembut tangan sasa suaminya.

   “ Alah.. Ray rimaslah dengan rambut ni. Panjang sangat. Dulu, Ray nak potong. Umi tak kasi. Umi cakap, suami kebanyakannya suka perempuan rambut panjang. Bro.. boleh tak Ray nak potong rambut?” sela Riyana seakan merengek. Wafiq senyum lagi. Ya, dia memang sukakan wanita berambut panjang. Jadi, permintaan Riyana itu memang tidak akan dituruti. Perlahan-lahan Wafiq menggeleng. Sejenak, dia mula sedar akan sesuatu. Bro?? Gilalah bini dia ni. Suami dia panggil, bro?? Wafiq mula rasa berdengung.

    “ Yana panggil abang apa tadi?” soal Wafiq serius. Riyana terkulat-kulat.

   “ Err.. panggil apa?” Dia berdalih. Wafiq rapatkan tubuh mereka.

   “ Abang dengar Yana panggil abang, bro kan? Sayang.. I’m your husband. Bukan Amsyar ni.” Wafiq bertegas. Mendengarkan nama Amsyar, Riyana mula rasa rindu nak bertekak dengan lelaki itu.

   “ Rindunya dekat Am..” Riyana bersuara tanpa sedar. Wafiq tersentak. Pantas pinggang Riyana dipaut.

   I’m warning you.. jangan nak cakap rindu lelaki lain depan abang eh? Yana cuma boleh rindu abang je. Lelaki lain tak boleh. Then, jangan nak mengada panggil bro ke apa.” Wafiq geram. Cemburunya datang. Riyana buat muka comel.

   “ Habis nak panggil apa?” soal Riyana bendul.

   Call me, abang. Panggilan hormat untuk suami. Lagi satu.. no more Ray lepas ni. Only Yana and no more objection. Kalau bantah juga, abang boleh buat macam-macam pada sayang. Topi ni, buka sekarang. Dengar tak, sayang?” sela Wafia bertalu-talu dengan arahannya. Riyana terkebil-kebil.

   “ Kalau tak nak juga?” sela Riyana hendak membantah. Wafiq jegilkan biji mata.

   “ Abang terpaksa gunakan umi. So, pilihlah. Nanti, umi membebel abang tak tahu. Then.. nak ikut cakap abang tak?” Wafiq mengugut. Riyana sempat mengeluh.

   “ Abang tanya ni.. dengar tak my princess?” sela Wafiq lagi penuh kelembutan. Riyana pantas angguk dengan muka bosan.

   “ Baguslah kalau nak dengar cakap abang. Petang ni pula, ikut abang pergi beli baju baru, okey?” Part beli baju baru, cepat saja Riyana angguk setuju. Alah.. dah orang tu nak belanja baju. Okey apa? Bolehlah aku beli kemeja POLO yang aku berkenan tempoh hari. Mesti macho kalau aku pakai. Detik hati Riyana gembira. Bibirnya tersengih sebelum ianya mati dengan sendiri tatkala tangan sasa Wafiq sudah menarik lembut topi hitam dari kepalanya. Riyana terkejut. Namun, bibirnya lumpuh untuk menegah. Ikatan di rambutnya juga terasa dileraikan.

   You look more beautiful without this cap. This is the real of Riyana Qaisara..” bisik Wafiq lembut sebelum telinga si isteri dicium lembut. Riyana menggeliat kegelian. Spontan, tangannya menolak dada bidang itu. Melihat anak mata redup si suami, Riyana tahu apa yang lelaki itu inginkan.

   “ Ray.. Opps, Yana period. Remember?” Teguran Riyana menyebabkan Wafiq menjarakkan kembali wajahnya dengan riak kecewa. Pantas, dia mengheret langkah ke ruang tamu. Urghh.. malang sungguh isteri datang bulan pada malam pertama mereka. Detik hati Wafiq. Riyana tahan senyum. Comel juga muka mamat tu bila merajuk. Dah tu.. nak buat macam mana? Ikutkan hati aku memang tak nak bagi. Tapi, dah tanggungjawab. Cuma, sekarang aku tak boleh kot? Sabar jelah. Riyana mengomel.

******************

Lewat petang itu, Wafiq dikejutkan dengan panggilan telefon. Pantas, punat hijau ditekan setelah dia tahu siapa yang membuat panggilan. Salam dihulur dari corong sana sebelum Wafiq membalasnya jua.

   “ Abang long, macam mana Ray sekarang?” soal Amsyar teruja. Wafiq mengeluh.

   “ Am.. abang long dah cakap kan? Jangan panggil Ray lagi. Dia dah jadi kakak ipar Am kot? Panggil, Kak Yana.” Wafiq menegur. Sejenak, jelas kedengaran gelak halus di hujung sana. Pastilah Amsyar sedang mentertawakan gelaran buat temannya itu. Kak Yana? Euww..

    “ Am, I’m not kidding.. okey??” Tegas suara Wafiq kedengaran. Amsyar mengalah.

   “ Okey-okey.. Am minta maaf. So, Kak Yana macam mana? Dah berubah?” soal Amsyar lagi.

   Hmm.. macam tulah. Semalam, abang long pergi beli baju yang nampak macam ladies sikit. Alih-alih time nak bayar tuh.. abang long tengok semuanya jenis kemeja lelaki. Entah mana dia campak baju yang abang long pilih pun abang long tak tahulah.” Mendengarkan aduan abang longnya, Amsyar gelak kuat.

   “ Kan Am dah cakap Ray tu.. opss.. maksud Am.. Kak Yana tu lain sikit daripada perempuan lain. So, abang long dah give up?” sela Amsyar hendak menduga.

   Of course, not. Abang long sayang dia kot? Walau macam mana sekalipun, abang long kena ubah dia juga. Lagi satu hal.. lama-lama perut abang long ni boleh terkehel juga asyik kena siku aje. Asal nak bergurau, kalau tak kena tempat.. memang makan penyikulah.” Wafiq mengadu lagi. Amsyar pula sambung gelaklah puas-puas.

   “ Kasihan dekat abang long dapat isteri brutal macam tu. Abang long, Am rasa Am ada idea macam mana nak ubah dia.” Tiba-tiba Amsyar bersuara. Wafiq yang tadi duduk santai pantas menegakkan tubuh. Lantas, dia menyoal semula. Mendengarkan apa yang Amsyar cakap, dia jadi tak yakin pula.

   “ Boleh guna pakai ke?” soal Wafiq takut-takut. Amsyar menjawab yakin.

   “ Pasti boleh.” Tegas anak muda itu lagi. Wafiq berfikir-fikir sendiri.  Ah, belum cuba belum tahu. Detik hati jantannya.

 *******************

   “ Ray.. tunggu kejap.” Suara Amsyar yang jelas tercungap-cungap membuatkan Riyana kerut kening.

   “ Apa?” soal Riyana bingung. Peluh membasahi wajah lelaki itu.

   “ Abang long. Aku nampak abang long semalam kat mall, siap berpeluk sakan lagi dengan seorang perempuan tu,” bicara Amsyar. Riyana menjegil biji mata.

   “ Hah, kau biar betul ni??” soal Riyana mula panas hati. Takkanlah suaminya yang penyayang tu macam tu. Lagipun, selama ni elok aje Wafiq layan dia.

   “ Betul, aku tak tipu. Kalau kau tak percaya, malam ni kita intip dia. Cantik perempuan tu. Ayu ke main. Sebab tu abang long suka kot..”

   “ Woi.. kau ni apa hal? Nak cakap aku bukan perempuan ke??” soal Riyana mula tercabar. Amsyar simpan senyum. Perangkap dah mengena sedikit nampaknya.

   “ Ray.. bukan aku nak kurang ajarlah. Tapi, kau selama ni.. nampak macam perempuan ke?” soal Amsyar lagi. Sengaja. Seketika, Riyana mendengus. Oh, main betina kat luar eh? Siap kau nanti!!

    “ Kau jangan nak naikkan darah aku eh? Malam nanti, kau siap. Aku datang ambil kau, kita intip abang long kau tu!” Putus Riyana lantas berlalu pergi dengan wajah bengang. Ah, pantang betul dia kalau ada orang ambil sesuatu yang dia sayang. Eh, kau sayang suami kau ke, Ray?? Satu suara berbisik. Riyana mendengus penuh marah. Mestilah sayang, suami tu, beb!!! Dengus hatinya. Amsyar dari jauh sudah senyum penuh makna.

***************

Riyana berpakaian santai dengan seluar jeans yang digayakan ala-ala hip-hop dan kemeja kotak-kotak berjenama POLO berwarna biru. Di kepalanya juga kemas tersemat topi berwarna hitam seperti selalu. Topi itu tetap dipakai, kecuali apabila bersama Wafiq saja.

   “ Mana abang long kau, tak nampak pun.” Riyana mengomel kecil. Matanya diliarkan ke sana ke mari. Amsyar juga buat perkara sama.

   “ Hah.. tu dia.” Tiba-tiba Amsyar menjerit kecil. Riyana pantas menumpukan anak matanya pada jari telunjuk Amsyar. Seketika, matanya terlopong. Cantiknya perempuan tu.. detik hati Riyana memuji.

   “ Cantiknya, Am..” sela Riyana kagum. Perempuan yang berambut panjang paras pinggang itu kelihatan anggun memakai gaun berwarna hitam yang bercorak bunga kecil berwarna kuning. Kakinya tersarung high heels yang jelas menunjukkan si pemakai sangat feminin. Amsyar kembang setaman. Mahu tidaknya.. yang dipuji tu teman wanita dia kot? Teman wanita yang baru seminggu sah menjadi teman wanita rasminya. Yelah.. sebelum ni kan dia playboy berjaya.

   “ Patutlah abang long suka..” Amsyar sengaja mencucuk jarum. Sekilas, dia dapat rasa ada renungan tajam di sisinya.

   “ Apa maksud kau, Am??” Jelas suara Riyana tidak puas hati.

   “ Eh, abang long tarikkan kerusi untuk dia? Wah.. nampak macam serius aje.” Mendengarkan kata-kata Amsyar, Riyana segera melarikan anak matanya. Jantungnya mula berdegup laju. Perlakuan dua susuk tubuh itu sangat romantis. Nafasnya mula tercungap-cungap. Dadanya jadi sempit. Kepalanya berdengung dek rasa marah.

   “ Ini tak boleh jadi ni. Suami aku kot..” Riyana pantas berdiri. Niatnya hanya satu. Hendak mengheret Wafiq balik. Segera, Amsyar menarik hujung baju Riyana agar kembali duduk.

   “ Kau lepaslah, weh. Suami aku tu.. kau nak suruh aku tengok je ke??” marah Riyana sudah tidak tertanggung. Amsyar senyum dalam hati.

   “ Weh, relakslah. Kau jangan nak buat kecoh kat sini. Tak malu ke nanti bila orang tanya.. kenapa suami awak cari perempuan lain? Mesti ada yang jawab.. patutlah sebab bini macam jantan.” Berdesup ayat Amsyar menusuk ke hati Riyana. Riyana terpempan. Lantas, dia tunduk memandang pakaiannya. Seketika, dia rasa pedih di segenap ulu hatinya.

   “ Am, aku nak balik.” Riyana terus belari keluar. Saat ini, Amsyar tersenyum puas. Wafiq yang perasan susuk tubuh isterinya berlari laju meninggalkan restoran taraf tiga bintang itu pantas mendapatkan adiknya.

   “ Am, kau buat apa ni? Kenapa Yana lari macam tu je?” sela Wafiq cemas. Amsyar buat riak selamba.

   “ Relakslah, abang long. Ni baru sikit. Abang long nak Kak Yana berubah tak? Jadi, just follow the steps. Err.. Niesya, meh kat abang. Abang long, tugas dah selesai kan? Am nak ambil balik awek Am ni. Nak pergi tengok wayang.” Amsyar bersuara selamba. Niesya sudah menjeling tajam.

   “ Am, tak baiklah buat abang long macam tu.” Niesya memberi nasihat. Amsyar tersenyum kecil.

   “ Abang tahu apa abang buat. Abang long, cool okey? Am gerak dulu. Oppss, kejap. Niesya, pinjam gincu kejap,” pinta Amsyar membuatkan dua susuk tubuh itu terpempan. Si Am ni nak buat apa pula dengan gincu? Sela hati Wafiq aneh.

   Dan saat Wafiq dan Niesya terpandangkan perbuatan gila Amsyar, mereka rasa nak pengsan setahun. Amsyar mencalitkan gincu merah itu pada bibirnya sendiri lantas dia menarik tubuh abang longnya mendekat. Dek tidak bersedia, pantas saja tubuh itu terdorong. Sekilas juga, Amsyar melekapkan ciuman pada kolar baju itu dan akhirnya tinggallah kesan tersebut melekat di kemeja berwarna kuning lembut milik Wafiq.

   “ Am, kau buat apa ni?” Tak senpat Wafiq nak membebel lama bila Amsyar sudah mencicit lari smabil menarik tubuh Nieysa mengekorinya. Wafiq cuba menghapuskan kesan gincu itu dengan jemarinya tapi malang.. tak berhasil. Akhirnya, dia cuma mampu mendegus sebal. Gilalah adik aku sorang ni.. getus hatinya lalu dia menapak ke ruangan parkir.

8 comments:

  1. best2.. smbng lagiiiii
    nnti bagi pnjg lagi.. hehe

    ReplyDelete
  2. alaaaa x abh ke....hana smbung laaaaa...bez2...hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Da smbong dear. But, bru part 2. ad 3 part act. :)

      Delete
  3. hahahaha!! this entry is killing me! gila lah! lawak gila kak! nice2! XD

    ReplyDelete
  4. Haha adik ipr die mmg sengal....
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
  5. Luculah watak amsyar dn gfnya niesya 2 sporting giler.salute

    ReplyDelete