PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, April 27, 2013

Isteriku Brutal (Cerpen) End



END

Riyana mendengus beberapa kali. Bosannya dia dalam sesi ‘mengubah personaliti’ ni. Huh, naik kematu kaki dia ikut si Amsyar dan Niesya dari satu gedung membeli-belah hinggalah mereka kini sudah menjelajah hampir tiga buah shopping complex terkemuka.

   “ Am, aku dah lenguh ni. Jomlah balik..” rengek Riyana sambil buat muka bosan. Amsyar mengeluh. Niesya pula hanya pandang wajah comel Riyana yang jelas nampak penat.

   “ Weh Ray, kau ingat kau seorang je lenguh? Kami yang tolong kau lagi lenguh tahu tak? Kau jangan banyak bunyilah.” Amsyar membebel. Riyana tarik muka.

   “ Hee.. yelah, Am. Nak beli apa lagi ni?” sela Riyana mula mengalah. Amsyar pantas tersengih nakal. Tanpa kata, dia terus menonong masuk ke sebuah kedai yang menjual pakaian dalam wanita. Tapi, tak sempat dia nak masuk.. si Niesya dah menghalang.

   “ Abang, nak ke mana tu?” soal Niesya sambil mengejar langkah kaki Amsyar. Amsyar menoleh dengan wajah terpinga-pinga.

   “ Nak masuk kedai nilah. Kenapa?” Amsyar membalas selamba. Niesya jegilkan biji mata. Tangan dinaikkan lalu digoyangkan ke kiri dan ke kanan tanda ‘tidak boleh’.

   “ Abang ni tak malu ke? Ni kan kedai orang perempuan. Dah-dah, tunggu luar. Biar Niesya yang tolong Yana pilih. Sibuk aje nak masuk.” Niesya membebel. Riyana sudah tergelak-gelak melihat wajah cemberut Amsyar.

   “ Gelak lagi.. siap kau, aku balun,” ugut Amsyar pada Riyana. Riyana menjelirkan lidah.

   “ Tapi.. abang kan nak kahwin juga dengan sayang nanti, biarlah abang masuk. Boleh tolong pilihkan untuk sa… adoi!! Kenapa tarik telinga abang ni?” Amsyar merungut sambil menggosok-gosok telinganya yang perit.

   “ Cakap merepek-meraban lagi kan dah kena. Dah Yana, kita tinggalkan aje dia kat luar. Tak malu betul..” Terus Niesya mengheret Riyana masuk ke dalam butik pakaian itu. Sebelum masuk, sempat lagi Riyana angkat ibu jarinya. Haha.. kasihan kot tengok wajah tampan Amsyar yang dah berubah merah dek kena piat telinga.

*********************

“ Am, betul ke kau nak suruh aku pakai baju ni semua? Seganlah weh. Niesya, betul ke nak kena pakai ni?” sela Riyana jelas nampak serba-salah. Amsyar mengeluh bosan. Ada juga yang makan kaki kejap lagi. Banyak songeh sungguhlah!

   “ Tak adalah, Ray. Kami beli baju tu untuk buat perhiasan aje. Eh, cantik juga kalau buat alas meja ni. Kan sayang kan?” Sinis Amsyar bersuara sambil mengerling wajah Niesya. Terkedu Riyana dibuatnya. Yelah.. baju cantik macam tu nak buat alas meja, memanglah si Amsyar ni dah mereng. Getus hati Riyana.

   “ Eh, tak payah nak sindir akulah, bro!” marah Riyana geram.

   “ Habis, kau tanya soalan yang memang kau tahu jawapannya. Mahu aku tak sindir..” Amsyar membidas.

   “ Eh, dahlah korang. Bergaduh pula. Yana, baju ni awak kena selalu pakai waktu kat rumah tahu? Ingat lagi tak step berjalan yang saya ajar tadi? Jangan berjalan terkangkang-kangkang macam tu. Tak manis untuk seorang perempuan. Lagi satu, bro-bro tu.. jangan panggil Wafiq bro okey sebab dia suami awak,” nasihat Niesya panjang-lebar. Riyana angguk bagaikan burung belatuk.

   “ Ray.. eh, salah lagi. Hish, mulut nilah.” Sempat lagi Riyana marahkan mulutnya yang tersasul sebelum kembali menyambung kata. Niesya tersenyum geli hati. “ Yana ingatlah, Niesya. Panggil abang kan?” Riyana menyoal. Niesya angguk mengiyakan bersama senyuman manis. Mudah-mudahan Riyana boleh ikut segala ajarannya.

*********************

Riyana berjalan terjingkit-jingkit menuruni anak tangga. Berkali-kali dia menilik pakaian yang tersarung pada tubuhnya. Sehelai skirt paras lutut dan baby-tee berwarna merah yang mengikut potongan tubuh melekat kemas pada tubuh genitnya. Rambut yang panjang dilepas bebas. Solekan tipis juga dihias pada wajahnya.

   Dia mengintai-intai kelibat si suami. Seketika, matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang tekun menyediakan menu tengahari mereka. Wafiq masih lagi tidak sedar akan kewujudan si isteri. Riyana berdehem-dehem cuba menarik perhatian Wafiq. Seketika, Wafiq menoleh ke belakang.

   Zap! Jantung Wafiq mula tersentak hebat. Ya Allah, cantiknya dia. Riyana ke ni? Apa mimpi dia pakai baju macam tu? Wafiq terkesima. Matanya terbeliak luas. Dadanya mulai berpalu gendang. Gelora di hati semakin gemuruh tatkala betis putih milik Riyana menyapa pandangan mata. Namun, mengingatkan Riyana sedang datang bulan, Wafiq berpura-pura tenangkan hati.

   Riyana tersipu-sipu di muka pintu. Lagaknya gedik yang amat. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Wafiq berpura-pura batuk.

   “ Yana?” tegur Wafiq lantas mendekat. Riyana angguk dengan malu-malunya.

  “ Abang masak apa tu?” Mendengarkan tutur kata Riyana, Wafiq mula rasa nak pengsan. Abang? Ya Allah, semakin bergetar jantungnya. Riyana masih lagi menunggu kalau-kalau suaminya bakal memuji penampilannya sebentar lagi. Dah berpeluh ketiak dia cuba beraksi bagai perempuan melayu terakhir ini.

   “ Err.. abang nak naik atas. Tiba-tiba badan rasa melekit. Yana tolong hidangkan makanan dekat atas meja. Abang dah siap masak.” Berdesup Wafiq lari memanjat anak tangga. Riyana terkedu. Eh, dia tak puji pun? Riyana mulai kecewa. Dia tunduk memandang pakaiannya. Hmm.. tak cukup seksi dan cantik kot? Bisik hatinya. Takpe, malam nanti aku pakai lagi hot daripada ni. Getus hati Riyana bersama senyuman tipis.

   Sampai saja di tingkat atas, Wafiq lepaskan nafas perlahan-lahan. Tangan naik menyentuh dada. Kalaulah Yana tak datang bulan.. hmm.. Wafiq mengeluh kecewa.

*************

Wafiq yang baru saja hendak menapak masuk ke dalam kamarnya hampir tumbang di muka pintu. Beberapa kali dia menggenyeh-genyeh matanya. Namun, susuk tubuh itu tetap statik sambil merenung wajahnya penuh menggoda. Baju dia? Ya Allah.. seksinya. Jarang habis. Wafiq mula beristighfar.

   “ Ya Allah, jauhkanlah aku daripada iblis laknatullah..” Wafiq berdoa panjang. Mendengarkan tutur suaminya, senyuman menggoda di bibir Riyana mati dengan sendirinya. Iblis? Dia cakap aku iblis? Ini sudah melampau!! Riyana pantas bangkit. Dia berdiri bercekak pinggang.

   Bro, bro cakap Ray iblis? Bro ni memang melampau sungguhlah.” Riyana sudah mula naik angin. Hilang sudah sifat ayunya tadi. Wafiq tiba-tiba melepaskan nafas lega. Dia mendekat pada susuk tubuh Riyana yang mengenakan gaun malam berwarna merah hati yang sangat nipis.

   “ Yang ni baru isteri abang.” Wafiq bersuara tiba-tiba. Riyana terpempan.

   “ Maksud?” soal Riyana pendek.

   Yelah.. dari petang tadi Yana nampak pelik. Abang ingat Yana dah tersampuk. Yana buang tabiat eh?” Wafiq bersuara. Riyana mendengus.

   “ Bila orang pakai macam jantan, cakap tak lawa. Bila dah pakai macam perempuan, kena sound macam ni pula. Dahlah.. orang tak naklah pakai baju ni lagi. Rimas, buat penat aje!! Hee.. Am, kau tengoklah. Tak pasal-pasal aku jadi iblis malam ni.” Riyana terus naik angin. Terkial-kial dia cuba menarik gaun tidur daripada membalut tubuhnya. Wafiq tersentak. Pantas, dia cuba menahan tingkah Riyana.

   “ Yana nak buat apa ni?” soal Wafiq cemas. Takkan Riyana nak buka baju kot? Gila ke?

   “ Nak koyakkan baju ni. Tak membantu langsung. Tepilah.. geramnya Ray!!” Riyana terus mengamuk. Dan sebaik saja gaun malam terlucut dari tubuhnya, dia pantas mengoyak geram gaun malam itu. Siap pijak-pijak lagi.

   “ Am.. kau cakap dia suka tengok aku pakai baju ni. Kau tipu!!! Yihaa!!” Riyana terus-terusan melompat kasar ke atas gaun malam itu sebelum dia mula hilang imbangan.

   “ Aaa..” jerit Riyana cemas. Namun, tak sempat Riyana nak tersembam ke lantai, tubuhnya sudah disambut Wafiq lalu mereka sama-sama terhempas ke tilam.

   Riyana terdiam. Wafiq juga terkaku tanpa bicara. Tangan masih memeluk kejap pinggang si isteri. Mata mereka saling berbicara menghantar debar yang menggila.

   “ Err..” Riyana cuba hendak bangkit. Namun, Wafiq masih lagi dalam dimensinya yang lain.

   “ Yana nampak sangat cantik malam ni.” Pujian dari Wafiq membuatkan Riyana terkaku. Dia pantas menatap anak mata Wafiq dengan pandangan redup. Wafiq mulai membelai rambut Riyana.

   “ Kenapa sayang boleh jadi macam ni?” soal Wafiq lembut.

   “ Jadi apa?” Riyana tak faham.

   “ Sayang berubah untuk siapa?” Wafiq bersuara lembut. Jelas menggoda. Riyana telan liur.

   “ Un.. untuk dia. Hei, untuk dia.” Dek gabra, Riyana sudah kalut manyanyikan sebuah lagu yang kini semakin popular. Wafiq kerut kening. Riyana pantas menekup mulutnya. Dah kau menyanyi pula kenapa, Yana oi???

   “ Dia tu siapa? Cuba cakap jelas-jelas, sayang,” sela Wafiq pelik.

   “ Err.. Ray.. err.. Yana buat semua ni sebab abang. Ya.. Yana.. tak nak abang cari perempuan lain. Yana nak abang tengok Yana sebagai seorang perempuan.” Akhirnya bibir Riyana menjawab pertanyaan Wafiq. Wafiq tersengih lebar.

   “ Jadi, Yana berubah sebab abang?” soal Wafiq nakkan kepastian. Riyana angguk dengan wajah malu-malu. Masih tidak sedar yang dirinya hanya memakai pakaian dalam saja.

   “ Yana.. satu saja Yana perlu tahu. Abang memang teringin sangat tengok Yana berubah. Tapi, abang tak nafikan yang abang suka juga tengok Riyana versi brutal. Bila tengok Yana berubah macam ni.. abang mula rindukan Yana yang dulu. Yana yang nampak comel dengan tingkah brutalnya. Tapi, sebagai seorang suami.. abang tentu nak bimbing isteri brutal abang ni kan? Jadi, abang takkan lebihkan mana-mana sebab walaupun dulu  isteri abang ni brutal yang amat.. kasih dan cinta abang pada Yana tetap sama. Abang cintakan Yana kerana Yana adalah Riyana Qaisara,” luah Wafiq tulus. Riyana tersenyum manja.

   “ Abang.. Riyana cantik tak pakai macam ni? Tapi, tengahari tadi kenapa abang langsung tak puji apa-apa?” Riyana mula berani hendak bertanya.

   “ Sebab abang tak nak tergoda. Sayang sangat-sangat cantik waktu tu. Abang takut abang tak dapat kawal nanti. Abang tahu sayang peri..
   “ Yana dah tak periodlah, bang. Yana dah boleh solat sejak tengahari tadi.” Riyana memintas laju. Dan seketika, mulutnya ditekup. Wafiq menjegil biji mata. Wajah itu mula bersinar-sinar.

  “ Betul ke??” soal Wafiq penuh harapan.

   “ Err.. betullah kot.” Riyana mula gelisah. Wajah Wafiq jelas memaksudkan sesuatu.

   “ Kalau abang tahu, dari tadi abang dah ‘ngap’. So, Riyana Qaisara versi ayu.. sudi tak awak jadi isteri Ammar Wafiq yang sebetul-betulnya?” sela Wafiq mulai romantik. Riyana yang sememangnya blur pantas menyoal.

   “ Selama ni Yana ni isteri olok-olok ke?” Polos suara itu menyoal. Wafiq gelak lantang.

   “ Maksud abang.. isteri yang melengkapkan zahir dan batin abang,” bisik Wafiq lembut. Tika ini, fahamlah Riyana akan maksud suaminya.

   “ Terima kasih, Yana sebab sudi berubah untuk abang.” Wafiq ikhlas dalam katanya. Riyana ukir senyuman.

   “ Yana sayangkan abang. Yana tak nak ada orang lain rampas abang. Tapi.. satu lagi Yana tak pandai. Bab memasak. Nanti Yana belajar dengan Niesya.” Riyana bersuara comel.

   “ Jadi.. Niesya yang bantu Yana berubah?”

   Ye.. dan dia dah jelaskan semuanya. Pandai abang berlakon kan?” Riyana mencubit pipi Wafiq. Wafiq tergelak. Tangan Riyana dicapai lalu dikucup lembut.

  “ Maafkan abang, Yana. Abang buat semua ni untuk kebaikan Yana juga. Maafkan abang eh? Abang sayang isteri abang ni,” ujar Wafiq serba-salah dengan tindakannya sebelum ini. Riyana tarik senyum manis.

   “ Tak apa, Yana maafkan. Kalau bukan sebab abang berlakon hari tu, sampai sekarang Yana masih tak berubah-ubah agaknya. Takut suami kena kebas, terpaksalah Yana buat macam ni kan? Sayang suami punya pasal.” Riyana bergurau. Wafiq hanya diam membisu bersama redup pandangan memukau kalbu. Riyana pula yang gelisah.

   Sebaik saja lampu tidur dimatikan, Riyana sempat mendengar sepotong doa dibacakan oleh Wafiq. Sejurus, Wafiq terus membantu dia melayari alam rumahtangga yang sangat indah. Meskipun dia agak kekok, namun dengan adanya Ammar Wafiq.. hidupnya sudah terasa lengkap. Syukur..

   Dalam samar-samar cahaya, Wafiq tersenyum lebar. Selamat tinggal isteri brutalku, dan selamat datang Riyana Qaisara versi ayu..
Tamat

26 comments:

  1. bestttttt!!!
    nak lagiiiii hehehehe

    ReplyDelete
  2. tahniah yooo hana...bez lerrrr cerpen awak..thumbs up

    ReplyDelete
    Replies
    1. tme kseh.. lap air mata terharu ni

      Delete
  3. Tme kseh akq. Nnti tlg promote blog hana. :)

    ReplyDelete
  4. bestttt..... klkr.... romantik.... sweettt....i like....

    ReplyDelete
  5. best, romantik , saya suka

    ReplyDelete
  6. best cerpen ni..hye sy baru kt sini..sudi2 singgah kat blog sy k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. thanks awk. nnti hana singgah. insyaAllah

      Delete
  7. Replies
    1. thanks farina. sokong hana terus ye? nnti novel pertama hana kua, jgn lupa beli. :)

      Delete
  8. best...jadi angau dibuatnya, so sweet....tq..dek hana...

    ReplyDelete
  9. besnye....suke bace cerpen2 akak.... =)

    ReplyDelete
  10. Best . . Tahniah sis . . Thumps up

    ReplyDelete
  11. Sume cite hana saya dah bace!!best sngt...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Sweetnyer klau ad husband cam wafiq..sportin. beb..kak hana nvel kak hana yg first tjuk pe??

    ReplyDelete
  14. Sweetnyer klau ad husband cam wafiq..sportin. beb..kak hana nvel kak hana yg first tjuk pe??

    ReplyDelete