PeNgiKuT sEtiA..

Thursday, April 25, 2013

Eh, Saya Sayang Awaklah! Bab 4


BAB 4

Ulfah sibuk menyelesaikan tugasannya di pejabat. Seketika, telefon bimbitnya berbunyi mengalunkan lagu. Ulfah mengintai nombor telefon itu. Hmm.. jelas nombor suaminya tertera. Ulfah pantas menekan butang hijau.

 “ Assalamualaikum.. Sayang.. petang nanti abang tak dapat jemput sayang tahu? Abang dah minta tolong pada Sufi, kawan sayang tu tolong hantarkan. Maaf eh?” kalut Aqmal bersuara. Langsung tak sempat Ulfah nak menjawab salam.

   “ Abang ni.. Fah tak sempat nak jawab salam pun. Hmm.. tak apalah. Fah tak marah pun. Fah faham. Abang pun ada komitmen kan?” tutur Ulfah lembut. Kedengaran tawa Aqmal di corong telefon.

“ Sayang isteri abang ni. By the way, sorry sebab abang kalut sangat tadi sampai tak sempat Fah nak balas salam abang. Fah.. abang kena hang off dulu ni. Kejap lagi nak masuk meeting. Kirim salam pada bos Fah tu ye? Okey, bye cinta hati abang. I’m waiting you at home sweet home,” ujar Aqmal lagi. Seketika, panggilan sudah dimatikan apabila Ulfah selesai menjawab salam.

   Ulfah terpinga-pinga sekejap. Dalam hati tertanya-tanya juga kenapa Aqmal tiba-tiba tak dapat jemput dia. Tapi, dia malaslah nak soal jawab. Nanti suami dia cakap dia leceh pula. Lagipun, kan memang sikap Ulfah endah tidak endah dengan suaminya. Ulfah.. Ulfah..

   Aqmal tersenyum nipis. Seketika, bingkai gambar isterinya dicapai sebelum diusap lembut. Lantas, ciuman dihadiahkan pada gambar isterinya itu. Sayangnya pada Ulfah hanya Allah yang tahu. Walaupun pertemuan mereka sangat singkat. Tapi, hatinya sudah benar-benar terpaut. Pertemuan yang bermula di sebuah perkahwinan kakak Ulfah sendiri, Umaiyah Najla.

   Mengingatkan ada sesuatu yang dia belum laksanakan, pantas Aqmal menelefon seseorang.

   “ Assalamualaikum, Sufi..” sela Aqmal sopan.

   “ Walaikumussalam..” Sufi Rania membalas.

   “ Sufi, I nak minta tolong dengan you. Last one, okey? You tolong lengah-lengahkan Ulfah boleh tak?” soal Aqmal penuh harapan. Seketika, gelak Sufi kedengaran.

   Small matterlah, Mal. Nanti I minta izin dengan Aril dulu. You jangan risau, plan you pasti berjalan lancar punya.” Sufi membalas ikhlas. Aqmal hela nafas lega.

   Thanks, Sufi. Harap-haraplah Fah suka. Dia tu pelik sikit. Benda-benda macam ni mesti dia malu. Pray for us, okey?” sela Aqmal membalas. Sufi ketawa kecil. Ya, dia kenal perangai Ulfah Jannah. Gadis itu bukan kolot. Cuma, sifat malunya yang terlebih sedikit. Biasalah.. gadis yang cukup terjaga akhlaknya.

   I will..” ucap Sufi sebelum perbualan mereka tamat. Aqmal masih lagi tersengih seorang diri. Tak dapat dibayangkan reaksi isterinya nanti. Semoga semuanya berjalan lancar.

Ulfah mengeluh dalam hati. Entah kenapa, tiba-tiba Sufi mengheretnya ke restoran ini pula. Kata Sufi, dia nak tapaukan kerang rebus untuk suaminya. Suaminya mengidam sebab Sufi sekarang dah hamil anak kedua. Jadi, terpaksalah Ulfah dan Sufi solat di masjid berdekatan saja sebab pelanggan yang datang ke restoran itu sangat ramai. Mereka terpaksa menunggu giliran.

   “ Fah.. sorry eh sebab saya tak tahu pula sampai lambat macam ni. Awak dah call Mal kan?” Sufi berpura-pura. Walhal, memang dia sengaja mencari kedai yang ramai pelanggan supaya dia dapat melengahkah masa Ulfah. Itu kan perjanjian dia dan Aqmal.

   “ Tak apa, Fah menumpang kan? Fah kena akur aje. Fah dah call Mal cakap lambat sikit. Dia okey je. Cuma risau sikit dia makan apa kat rumah. Nak tapau, dia cakap tak nak pula,” tukas Ulfah membalas. Sufi simpan senyum. Memang si Aqmal tu okey sebab ni semua kerja dia. Hei, rindunya dekat Aril. Tapi.. tolong orang tu kan dapat pahala? Detik hati Sufi.

   “ Okey.. kejap je lagi. Pelanggan pun dah makin kurang ni.” Sufi membalas. Ulfah angguk lagi sebelum bibirnya mengukir senyum manis. Senyuman yang ikhlas.

   Setengah jam menunggu, Ulfah kerling jam tangannya. Hmm.. dah pukul 8.15 malam. Ulfah berdetik sendiri sebelum omongan di hatinya terhenti bila seorang pelayan sudah siap membawa pesanan mereka. Ulfah hela nafas lega sebab tubuhnya sudah letih menunggu dari tadi. Sufi pula segera membuat pembayaran.

   “ Jom, Fah. Dah siap..” Sufi terus menggamit Ulfah. Ulfah hanya mengekori dari belakang. Dalam hati berdetik risau juga. Suaminya makan apa eh kat rumah? Kasihan suaminya.. tentu lapar.

   “ Fah.. nanti kirim salam pada Mal eh? Okey, again Sufi nak minta maaf sebab lambat hantar Fah. Sufi gerak dulu. Semoga Fah happy malam ni.” Sufi berkias. Ulfah kerut kening. Happy? Kenapa lain macam aje bunyinya? Ulfah hanya menggeleng sebelum langkah diatur ke dalam rumahnya. Kereta Lotus Evora milik Aqmal sudah sedia terparkir.

Ulfah membuka pintu utama rumahnya. Keadaan yang gelap semakin membuahkan pelik di hati Ulfah. Hanya cahaya suram menghiasi rumahnya. Tapi, dia masih boleh nampak jalan untuk melangkah. Tiba-tiba kakinya tersepak sesuatu. Pantas Ulfah tunduk mengutip. Kertas yang sudah dibentuk menjadi bentuk hati dan sekuntum bunga yang diletakkan di atas kertas berwarna merah itu dipandang.

   “ Apa ni?” soal Ulfah sendirian. Namun, menyedari kertas itu adalah suatu memo, Ulfah membuka perlahan balutan hati itu.

  ~ Kalau nak cari klu, ikut bunga yang bertaburan dan cari sebuah botol kaca ~

  Memo ringkas itu dibaca perlahan. Bunga bertaburan? Sekilas, mata Ulfah mula menyedari ada bunga yang ditabur berhampiran tempatnya berdiri. Bunga yang berwarna-warni bagaikan memberi arah laluan. Segera, Ulfah mengikuti petunjuk yang diberi. Bunga-bunga itu ditabur sehingga menuju ke ruang tamu kedua banglo milik dia dan Aqmal. Apa permainan Aqmal? Desis hati Ulfah.

    Seketika, anak mata Ulfah menangkap satu botol kaca yang terletak berhampiran meja kecil disisinya. Terus tangannya mencapai botol itu. Dan seperti dia tebak.. ada sehelai nota yang digulung di dalam botol kaca yang diikat reben itu. Tangannya menarik keluar nota kecil itu.

   ~ Jalan selangkah lagi dan sayang akan jumpa apa yang dicari ~

   Malas nak melengahkan masa, Ulfah terus melangkah. Dan selangkah dia menapak.. kakinya terpasak ke lantai pabila seluruh ruang tamu yang malap itu menyala terang. Berwarna-warni disimbahi lampu yang berkerlipan. Ulfah tercengang. Lantas, dia memandang sekeliling. Ya Allah.. saat ini dia seakan ingin menangis. Terharu sangat-sangat. Permandangan yang disajikan benar-benar mengaburi mata.

   Lampu-lampu yang berkerlipan itu dipasang membentuk sebaris ayat..

  ‘ Selamat hari lahir, sayang. ILYSM.’

   Seketika, Ulfah tersenyum lebar. Dia tahu.. semua ini adalah rancangan Aqmal. Seperti yang dia tebak.. suara seseorang kedengaran begitu dekat di cuping telinganya. Bulu romanya meremang tiba-tiba.

   “ Selamat hari jadi, sayang.” Aqmal membisik penuh romantik sebelum tubuh itu dirangkul lembut dari belakang. Ulfah pejam mata. Dia turut hanyut dengan pelukan hangat itu. Namun, pabila dia menyedari akan sesuatu, Ulfah menolak pelukan di tubuhnya. Seketika, wajah Aqmal berubah.

   “ Fah busuk. Tak mandi lagi..” ujar Ulfah bimbang suaminya berkecil hati. Aqmal tarik senyum. Sejenak, tangannya menghulurkan sebuah bungkusan kemas. Ulfah pandang wajah suaminya. Riaknya nampak terpinga-pinga. Aqmal senyum lantas pipi itu dicium lembut.

   “ Ambillah.. untuk Fah. Naik, mandi dan salin baju ni. Abang tunggu kat bawah. Jangan lambat,” suruh Aqmal lantas tubuh Ulfah didorong untuk memanjat anak tangga. Ulfah nampak hendak beralasan. Namun, bila suaminya sudah beraksi begitu, dia hanya menurut. Tapi, baju apa dia ni bagi? Detik hati Ulfah lagi.

Aqmal menunggu dengan penuh sabar. Namun, kelibat isterinya masih tak muncul-muncul. Hatinya mula rasa tidak enak. Lantas, dia mendaki anak tangga.

   Pintu dikuak. Dan saat itu, matanya hampir terjojol melihat Ulfah yang sudah selesai mandi. Tapi, baju yang dipakainya? Ah.. bukan baju yang dia hadiahkan. Gadis itu hanya ringkas dengan seluar track bottom dan t-shirt. Aqmal terus mara.

   “ Kenapa pakai baju ni?” soal Aqmal cuba bersabar. Isterinya dilihat sedang meramas lembut tangan antara satu sama lain. Ulfah nampak cemas.

   “ Fah.. Fah tak nak pakai baju tu. Seksi.. nanti nampak dada Fah. Kain pun singkat..” Ulfah membalas tergagap-gagap. Aqmal menarik nafas. Ya Allah.. sabarkan hati aku. Detik hatinya penuh harapan.

   “ Fah.. abang kan suami Fah? Kenapa nak malu? Please.. pakai eh? Kali ni je.. kan hari ni kita nak sambut hari jadi sayang..” pujuk Aqmal lagi. Cuba berlembut. Ulfah geleng laju. Tak, dia tak nak pakai!! Seksi gila kot??

   “ Fah.. tolonglah. Jangan rosakkan apa yang abang buat..” sela Aqmal lagi. Hampir nak menangis.

   “ Fah tak suruh pun abang buat. Fah tak suruh pun abang beli baju macam tu. Fah tak nak pakai, bang. Fah malu..” Ulfah merayu hiba. Aqmal mula rasa kesabarannya mula menipis. Namun, dia tetap hendak memujuk. Mungkin kalau kena dengan gaya, Ulfah akan akur.

   “ Fah.. pakailah. Fah tak sayang abang? Penat abang belikan untuk Fah. Please.. kalau Fah sayang abang, pakai eh?” soal Aqmal mula mengugut halus. Ulfah diam. Riaknya serba-salah.

   Aqmal bergerak menghampiri. Bahu isterinya dipegang. Mata isterinya ditentang lembut.

   “ Fah tak sayang abang?” sela Aqmal lagi. Cuba memujuk. Ulfah hanya pandang wajah suaminya dengan mata terkelip-kelip. Bibirnya bergerak-gerak hendak menjawab. Namun, tiada satu pun yang keluar.

   “ Fah, kenapa Fah tak jawab? Abang tanya soalan senang aje. Fah tak sayang abang ke?” ulang Aqmal mula hilang sabar. Ulfah masih menikus. Aqmal mengalah akhirnya. Perlahan-lahan bahu isterinya dilepaskan. Hatinya terluka sedikit. Kenapa begitu payah Ulfah hendak menutur kata cinta?

   “ Abang..” Ulfah resah melihat kelakuan suaminya. Dia cuba hendak menyentuh lengan itu, namun Aqmal sudah mengelak. Wajah itu nampak sedih. Ulfah mula rasa nak menangis.

    Abang ingat bila dah kahwin, Fah retilah nak tunjuk sayang kat abang. Tapi.. hampeh. Nak cakap Fah sayang abang pun ke main payah,” ujar Aqmal penuh kecewa.

   “ Bukan macam tu, Fah..”

   “ Dahlah Fah, abang dah putus angin nak sambut birthday Fah. Kalau macam nilah cara Fah ‘hargai’ penat lelah abang sediakan semua ni.. terima kasih, Fah. Abang nak keluar. Fah jangan tunggu abang.” Terus Aqmal berlalu dengan sekeping hati yang cukup terasa. Ulfah mengejar. Namun, langkah deras suaminya langsung tidak dapat ditandingi.

   “ Abang.. Fah minta maaf, abang. Abang..” Ulfah mengejar si suami. Aqmal pekakkan telinga. Isterinya perlu diajar. Kalau tidak, sampai bila perangai nak macam tu? Kereta mewahnya dihidupkan lantas dia terus memandu laju meninggalkan bangle miliknya. Dia perlu tenangkan jiwa. Hati lelakinya benar-benar terusik kali ni. Ulfah terjelepok jatuh. Tangisannya pecah jua.

   “ Abang.. Fah minta maaf, abang. Fah janji Fah pakai baju tu. Janganlah tinggalkan Fah..” tangis Ulfah sendirian. Seketika, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dan saat matanya terhala ke arah meja yang sudah disiapkan Aqmal, dia melorot jatuh. Hatinya sebak dan rasa bersalah pada Aqmal berkepuk-kepuk datang. Hidangan yang terhidang disamping bunga dan lilin itu benar-benar membangkitkan suasana romantik. Ulfah menangis lagi. 

   Kalaulah Ulfah tahu betapa Aqmal terkejar-kejar untuk menyiapkan segala ini, pasti Ulfah akan lebih sedih. Sehingga penat langsung tidak dihiraukan Aqmal. Apa yang penting, dia ingin menggembirakan si isteri tercinta.

   Maafkan Fah, abang.. desis hati Ulfah sendu. Dan ditempat yang berlainan, Aqmal menghentikan keretanya di pinggir jalan. Sungguh hatinya mendesak agar tidak terus meninggalkan si isteri. Apatah lagi melihat isterinya menangis sebegitu. Namun, niatnya cuma hendak mengajar. Dia juga reti untuk merajuk.  Buat kesekian kalinya.. Aqmal mengeluh lagi. Baru saja dia keluar.. hatinya sudah menyebut nama Ulfah Jannah berkali-kali. Ah, dia rindu!!

   Telefon bimbit yang berdering menyebabkan Aqmal sedar daripada khayalan. Dengan lemah, dia menjawab panggilan tersebut.

   Bro, macam mana? Sufi cakap kau nak buat surprise? Okey ke? Fah terharu tak?” sembur Zairil sebaik saja panggilannya berjawab.

   Hmm.. terharu. Tapi, bukan dia. Aku ni haa.. sedih kot? Aril, aku datang rumah kau sekarang eh? Aku sedih ni.”

   “ Weh, kau apa hal?” soal Zairil lagi. Aqmal mengeluh.

   “ Tunggu aku datang. Aku lari daripada rumah ni. Merajuk dengan bini punya pasal. Ril.. aku lapar ni.” Aqmal membalas sedih. Yelah, seharian dia tak sempat makan sebab nak uruskan semua ni. Sedangkan Zairil sudah terjerit sakan. Hampir nak tercampak telefon bimbit Aqmal dek terkejut sakan.

   “ Hah, lapar??? Okey bro, kau datanglah. Nanti story eh?” Zairil terkejut yang amat.
    

2 comments: