PeNgiKuT sEtiA..

Tuesday, April 23, 2013

Eh, Saya Sayang Awaklah! Bab 3


BAB 3

Aqmal melangkah dengan membimbit briefcase di tangan. Hari ini merupakan hari pertamanya mula bekerja setelah satu minggu bercuti sempena menguruskan majlis perkahwinan dia dan Ulfah. Banglo dua tingkat yang baru dihuni sejak semalam kelihatan sunyi. Aqmal segera memanjangkan leher mengintai susuk tubuh si isteri. Setahunya, hari ini juga merupakan hari pertama Ulfah mula bekerja.

   “ Fah.. Fah..” laung Aqmal lalu meletakkan briefcasenya di atas sofa. Langkah diatur ke ruang dapur. Kosong! Yang ada cuma hidangan yang masih mengeluarkan asap tipis. Ke mana Ulfah ni? Soal hati Aqmal. Tanpa berfikir panjang, terus dia hendak berpaling ke tingkat atas. Seketika, bunyi pancuran air dari bilik tamu berhampiran dengan dapur membuatkan langkah Aqmal terpaku. Dahinya berkerut. Terus saja dia tukarkan hala tujunya menuju ke bilik tamu itu.

   “ Fah.. Fah kat dalam ke?” Aqmal mengetuk pintu berkali-kali. Lama juga dia mengetuk pintu. Namun, tiada sahutan. Aqmal ketuk lagi pintu itu.

    “ Ya, Fah kat dalam. Abang ada kat mana tu?” soal Ulfah tanpa berfikir panjang. Dia tika itu sedang sibuk memebetulkan kain tuala pada tubuh. Ya Allah, macam mana dia nak keluar ni? Dahlah masuk tandas pakai tuala je. Baju semua ada kat luar.

   “ Abang kat depan pintu tandas ni. Kenapa Fah mandi kat bawah? Fah dah siap ke belum? Dah lewat ni.” soal Aqmal lagi. Hanya pintu bercat kelabu itu yang memisahkan mereka.

   “ Hah? Fah.. Fah sikit lagi nak siap, abang. Err.. abang makan dulu eh? Fah lambat lagi ni,” laung Ulfah lagi. Aqmal mengeluh tanpa kata. Dia.. nak makan berdua! Ah, rosak mood betullah. Tanpa kata, terus Aqmal melangkah pergi. Sedikit sebanyak dia merajuk dengan Ulfah. Apa guna ada isteri kalau makan tak berteman?

   Ulfah melekapkan telinganya pada pintu. Dia dah keluar ke eh? Soal hati Ulfah. Perlahan-lahan pintu tandas dikuak. Seketika, Ulfah mampu tarik nafas lega bila mana kelibat suaminya sudah tiada.

   “ Huargghh!!” Aqmal yang tidak jadi melangkah tadi bila mana terdengar pintu dikuak segera menyorok di balik pintu menyergah isterinya.

   “ Oh mak kau melompat!!” latah Ulfah yang terkejut sakan. Terus saja dia terpeluk tubuh suaminya. Erkk.. spontan kot?

    Aqmal gelak lantang. Kelakar melihat wajah pucat Ulfah sambil menyorokkan wajahnya di balik dada bidang Aqmal. Ulfah yang sedar dirinya dipermainkan pantas hentak kaki.

   “ Sampai hati abang terkejutkan Fah macam tu.” Terus Ulfah hendak melangkah untuk ke tingkat atas dengan wajah hampir menangis.

   “ Fah.. hei, abang gurau jelah.” Aqmal melelar pergelangan tangan Ulfah yang hendak mula melangkah. Ulfah tegakkan tubuhnya. Langsung lupa yang dia kini hanya bertuala singkat. Aqmal baru nak feeling lebih. Namun, terbantut bila suara tangisan kecil sudah menyapa telinganya. Dia kalut mencari wajah kesayangannya itu.

   “ Ya Allah, menangis?” Aqmal terkejut. Wajah Ulfah yang dah menangis kecil sedikit mengundang debar. Yelah.. takkan sebab hal kecil tu pun isterinya nak menangis? Aqmal pelik.

   “ Fah.. abang usik sikit aje. Takkan nak menangis kot?” Aqmal pujuk. Kepala isterinya digosok lembut.

   “ Fah terkejut tahu, abang? Fah tak suka orang terkejutkan Fah macam tu. Nak tercabut jantung Fah tadi.” Ulfah mengadu dalam esak tangisnya. Aqmal senyum segaris.Ulfah nampak comel bila mengadu manja macam tu.

   “ Abang nak cium Fah, boleh?” soal Aqmal yang sudah melingkarkan tangan sasanya ke pinggang Ulfah. Ulfah terpempan. Suami dia dah kenapa? Orang cakap lain, dia corner ke lain. Ulfah terus saja lap air matanya. Dengan wajah tertunduk, dia menyoal.

   “ Kenapa?” soal Ulfah. Aqmal gelak kuat kali ni. Alahai.. polosnya. Detik hati Aqmal.

   “ Sebab isteri abang nampak comel bila mengadu manja macam tu. Lagi satu.. isteri abang..” Aqmal dekatkan telinganya pada Ulfah. Ulfah berdebar sakan. Ah, sudah!

   “ Isteri abang nampak seksi sangat dengan tuala singkat ni.” Tatkala ini, terus terbeliak biji mata Ulfah mendengar tutur suaminya. Anak mata dijatuhkan ke tubuhnya dan saat yang sama dia rasa macam nak selam muka dalam air je. Ya Allah, dia seksi rupanya. Detik hati Ulfah lalu terus dia tinggalkan Aqmal ketawa seorang diri. Mencicit dia berlari ke tingkat atas.

Ulfah masih teringat insiden sebentar tadi. Dia melangkah tanpa mahu menoleh ke arah suaminya. Dia perasan senyuman nakal yang menghiasi bibir sensual milik Aqmal Zarief itu.

   “ Sayang, come here. Duduk dekat abang..” gamit Aqmal dengan senyuman kacaknya. Kalau wanita lain yang melihat, mahu cair bagaikan lilin yang dibakar api. Ulfah terus saja pincang langkahnya. Entah kenapa, dia rasa kekok untuk menzahirkan cinta. Ulfah tanpa kata terus saja ikut arahan si suami.

   “ Laa.. kenapa duduk jauh sangat? Dekat sikit, abang nak suap ni.” Aqmal bersuara lagi sambil tangan kekarnya menarik rapat kerusi Ulfah pada tubuhnya. Ulfah kelam-kabut. Tangan kasar milik Aqmal sudah tergawang tinggi hendak menyuap nasi goreng ke mulutnya.

   “ Err, tak payah kot, abang. Fah makan sendiri eh? Dahlah, abang makan tu sampai kenyang.” Ulfah mengelak. Aqmal tersengih cuma. Dia masih menyua sudu ke mulut Ulfah.

   “ Alaa.. sikit je. Aaa.. nganga mulut sikit..” Aqmal masih dengan degilnya. Wajahnya dimimikkan comel.

   “ Abang.. janganlah macam ni. Fah tak biasalah makan bersuap macam ni. Fah tak reti,” tolak Ulfah cuba berlembut.

   “ Tak ada yang susah pun. Cuba nganga mulut tu, sayang..” pujuk Aqmal tanpa mahu mengalah. Ulfah mengeluh kecil. Mulutnya dingangakan jua. Namun, setelah menerima suapan daripada Aqmal, wajahnya terus mencuka kerana tidak suka dipaksa. Asyik nak ikut kepala dia aje. Mungkin itu yang terdetik di hati Ulfah. Tapi, ye ke? Bukan ke Ulfah ni jenis ala-ala ustazah? Mengutuk suami di dalam hati tu kan berdosa? Wallahualam..

   “ Kan best abang suap. Makanan pun bertambah-tambah sedap bila suami suap-suap macam ni. Betul tak, sayang?” soal Aqmal ceria. Ulfah bungkam. Wajahnya hanya tunduk sambil dia terus menyuap nasi goreng ke mulut. Rasa malunya masih menebal dengan karenah Aqmal yang terlebih romantik.

   “ Sayang.. yuhuu.. I’m talking to you, sayang. Betul tak apa abang cakap?” ulang Aqmal bila Ulfah tidak memberi respon akan usikannya. Ulfah tetap tayang wajah minta penampar sedas-dua.

   Hmm.. betullah tu,” jawab Ulfah malas-malas. Aqmal mengeluh. Perlahan-lahan sudu diletakkan ke pinggan. Terasa hati dia dengan layanan Ulfah. Kalau ye pun tak suka dia suap, tak payah kot tunjuk terang-terangan. Aqmal mengeluh untuk kesekian kali. Tiba-tiba dia bangkit.

   “ Abang nak ke mana?” soal Ulfah tanpa rasa bersalah kerana dia memang tak sedar tingkahnya dah buat suaminya terasa hati. Aqmal hanya menonong pergi dengan bibir mencebik. Tengok.. sekali lelaki merajuk, memang  tersangatlah comelnya.

   “ Abang..” Ulfah melaung lagi. Terus dia sambar lengan suaminya. Aqmal buat muka seposen.

   “ Abang dah kenyang,” balas Aqmal pendek lantas tangan Ulfah dileraikan sebelum briefcasenya dicapai lantas dia keluar menuju ke keretanya. Ulfah terpempan. Mulalah hatinya rasa teramat berdosa.

    Ulfah mengeluh kecil. Dia tahu Aqmal merajuk. Apa lagi yang tak kena dengan aku? Detik hati Ulfah bingung. Lantas, dia kembali ke meja makan. Melihat nasi goreng milik Aqmal yang hanya terusik sedikit, pantas perasaan bersalah berkepuk-kepuk menjengah tangkai hati.

   Aqmal membebel sakan. Mulutnya terkumat-kamit membebel isterinya. Briefcase dicampak penuh geram ke belakang. Dia masih menunggu Ulfah keluar kerana memang tugasnya menghantar Ulfah ke tempat kerja. Kadang-kala saja Ulfah pergi dengan kudratnya sendiri.

   “ Orang nak bermanja, dia boleh buat macam tu. Semua benda tak kena, kononnya lepas kahwin ingat berubahlah. Tapi.. sama juga.” Aqmal membebel dengan kepalanya tergeleng-geleng ke kiri dan ke kanan. Ingatannya mula terawang ke sejarah lama.

   “ Fah, saya rasa kan Fah dengan saya macam tak bercinta langsung. Saya aje yang terhegeh-hegeh. Ajak jumpa pun payah. Tengok orang lain tu.. kalau dah bercinta asyik nak berkepit aje,” ujar Aqmal tatkala mereka sedang makan malam di sebuah restoran terkemuka di area Damansara. Ulfah meletakkan sudunya ke pinggan. Matanya merenung wajah mencuka Aqmal yang jelas sentap dengan kelakuannya. Aqmal masih setia menunggu jawapan daripada bibir comel itu.

   “ Mal, awak kenal saya macam mana kan? Buat apa jumpa? Bila berdua, pasti ada yang ketiga. Kalau dah kahwin, lainlah,” balas Ulfah ringkas. Aqmal diam. Dia tahu ada benarnya kata-kata Ulfah. Mereka kan beragama Islam, jadi sudah tentu landasan agama itu penting dalam rutin seharian mereka. Aqmal pun tak naklah mereka juga terjebak dengan gejala sosial lewat era serba moden ini.

    Then, kita kahwin. Nanti dah tak ada pantang larang lagi. Marry me, please..” Aqmal bagi kata putus yang sangat tepat. Ulfah diam agak lama sebelum nafasnya dihela panjang. Dia rasa itu juga yang terbaik.

    “ Okey, kita kahwin. Dosa pun tak dapat. Pahala berganda. Fah setuju,” Senang Ulfah menjawab. Aqmal tercengang. Namun, rasa gembira dalam hati tak dapat dinafikan. Aqmal tersengih panjang. Kalau ikutkan rasa gembira, dia nak peluk aje Ulfah. Tapi, Islam itu kan indah? Kita takkan bisa menyentuh sesuatu yang belum halal lagi. Lantas, Aqmal pendam saja rasa hatinya. Lepas kahwin, dia nak peluk puas-puas.

   “ Ceh, peluklah kononnya puas-puas. Nak peluk tak puas pun ke main payah. Malunya dah macam aku ni selalu tak pakai baju aje. Hee.. geram sungguhlah tuan hamba.” Aqmal sudah sedar daripada kenangan lama. Dia mencebik lagi dan lagi.

   “ Abang..” Suara Ulfah yang lembut kedengaran menyapa telinga membuatkan Aqmal tersentak ke pintu kereta. Eh, bila pula dia ni masuk? Aqmal bersoal sendiri. Seketika, wajah Ulfah dikerling. Tapi, dia perasan wajah Ulfah nampak sedih. Aqmal pelik. Ah, jangan-jangan dia dah dengar aku mengomel pasal dia tadi?

   Ulfah sudah menggigit bibirnya sendiri. Sedikit-sebanyak hatinya terguris dengan kata-kata suaminya. Teruk sangat ke caranya selama ini? Ulfah akhirnya diam saja sambil menjeruk rasa. Aqmal pula kaku sebelum dia mula mengundurkan kereta lalu kereta Lotus Evora miliknya dipandu keluar membelah kesibukan kota metropolitan itu.

Lotus Evora milik Aqmal sudah berhenti di hadapan bangunan Zairil Afham Corporation yang tersergam indah. Ulfah senyak kaku. Aqmal pula hanya pandang ke depan. Dia rasa bersalah juga. Namun, untuk memulakan kata memang dia takkan buat. Entah kenapa, dia rasa macam nak merajuk lama sikit je.

   “ Fah pergi kerja dulu..” ujar Ulfah mengalah. Hatinya sedih. Ingatkan Aqmal adalah nak pujuk dia ke apa. Tapi, lelaki tu diam saja membisu. Aqmal angguk saja. Ulfah capai tangan Aqmal lalu tangan sasa itu dicium lembut. Bagaikan ada kuasa meresap ke sudut hati, Aqmal pejamkan mata. Nak aje dia gosok kepala Ulfah seperti selalu, namun rasa terkilannya mengatasi segalanya.

   “ Abang.. Fah minta maaf. Fah tak ada niat nak buat abang merajuk dengan Fah. Fah.. Fah sebelum ni kan tak biasa dengan lelaki sebab abang lelaki pertama dan akan jadi lelaki terakhir dalam hidup Fah. Fah minta maaf abang jika kata-kata atau tingkah Fah mengguriskan hati abang. Fah pergi kerja dulu. Iringi doa abang untuk Fah.” Ulfah melepaskan tangan kasar itu. Aqmal masih diam. Sebenarnya dia sedang menahan rasa daripada memeluk sekujut tubuh itu. Sungguh terharu dia mendengar kata-kata Ulfah.

   Ulfah masih menunggu Aqmal bersuara. Namun, suaminya hanya statik tanpa kata. Ulfah mengalah. Perlahan-lahan tangannya menghulurkan sesuatu pada ribaan Aqmal. Aqmal tersentak lantas dia menoleh pandang.

   “ Fah tapaukan nasi goreng untuk abang sebab Fah tengok abang makan sikit aje tadi. Fah takut abang gastrik.” Ulfah hulurkan Tupperware berwarna merah hati itu. Aqmal teragak-agak hendak menyambut. Ulfah terasa hati lagi dengan reaksi Aqmal. Dia terus saja letakkan Tupperware itu pada tangan Aqmal lalu dia berura-ura hendak keluar. Aqmal terkesima. Tidak sangka sampai begitu Ulfah ambil berat akan dirinya. Rasa bersalah mula melatari ruang hati tatkala ada genangan air mata jernih menghiasi mata cantik Ulfah. Hatinya mencair terus.

   “ Sayang..” seru Aqmal mengalah akhirnya. Ulfah tersentak. Sejenak dia berpaling dan tidak jadi hendak keluar dari kereta mewah suaminya.

   Come here..” gamit Aqmal. Ulfah masih lagi terkejut. Namun, dia dekatkan juga dirinya pada Aqmal. Dan sekelip mata, ada ciuman hangat melekat pada dahi si isteri.

   “ Kerja elok-elok, doa abang sentiasa ada untuk isteri abang yang comel ni. Abang pergi kerja dulu. Dah, jangan nak nangis. Nanti, Aril cakap abang dera Fah pula.” Tangan Aqmal sudah menggosok-gosok lembut kepala Ulfah. Seperti kebiasaannya. Ulfah lega. Aqmal tersenyum dan akhirnya lambat-lambat senyuman Aqmal berbalas. Tapi.. dalam hati tetap ada rasa segan buat suaminya. Kau ni Ulfah.. bila nak buang rasa malu tak bertempat tu?

   “ Jangan nangis eh?” ujar Aqmal penuh prihatin. Tangannya mengesat air mata isterinya dan sekali lagi pipi Ulfah pula dicium penuh rasa kasih dan sayang. Ulfah rasa macam nak terjerut leher aje. Ah, malu!!

5 comments: