PeNgiKuT sEtiA..

Wednesday, April 17, 2013

Eh, Saya Sayang Awaklah! Bab 2


BAB 2

Aqmal tersenyum lebar. Jemarinya bermain dengan bibir si isteri yang masih lena. Mengingati malam indah antara mereka semalam, dirinya dibuai rasa bahagia. Walaupun tingkah Ulfah kelihatan malu dan takut, isterinya itu bijak menangani semuanya dalam sekelip mata.

   Matanya ralit memerhatikan raut wajah Ulfah yang masih lena. Aqmal mendekatkan wajahnya pada wajah Ulfah sebelum ciuman hangat dilabuhkan lama pada dahi itu. Ciuman ingin beralih pada bibir merah milik Ulfah. Belum sempat dia nak labuhkan ciuman hangat di situ, tubuhnya sudah teranjak ke belakang.

   “ Abang buat apa ni?” soal Ulfah kelam-kabut sambil menarik selimut tebal membalut tubuhnya yang terdedah. Aqmal hanya tersengih gatal.

   “ Sayang ni ganas betullah. Nasib baik abang tak jatuh ke belakang. Hmm.. ganas-ganas lagi abang suka. Aummm..” Aqmal buat lawak pagi pula. Ulfah terbeliak biji mata. Si suami ni apa hal pula? Meroyan?

   “ Ada-ada je dia ni. Dah pukul berapa ni?” soal Ulfah sambil menggosok-gosok matanya. Usikan si suami tidak dihiraukan. Lagipun, rasa malu perihal semalam masih jelas berbekas.

   “ Dah pukul 4.00 pagi, sayang. Lambat lagi nak masuk subuh. Sempat lagi kalau kita..” Aqmal melirik manja. Ulfah sudah seram sejuk. Cepat-cepat dia rebahkan tubuh lalu pejamkan mata. Singa miang dah buat dah.. desis hatinya.

   “ Sayang.. nak sambung tidur ke?” Aqmal menjenguk wajah Ulfah yang kelihatan samar-samar dibiasi lampu tidur itu. Ulfah angguk laju dengan mata terpejam. Seketika, nafasnya semput bila mana tangan si suami sudah menjalar lembut di sekitar perutnya.

   “ Bangunlah, Fah. Temankan abang. Abang tak boleh tidur ni.” Suara Aqmal kedengaran merengek. Ulfah buka matanya sebelah. Mengintai wajah suami.

   “ Err.. Fah ngantuk ni.” Ulfah berdalih. Aqmal mendekatkan dirinya pula. Tangannya sudah mula mengusap bahu Ulfah yang terdedah. Ulfah telan liur. Matanya terbuka kedua-duanya. Terkebil-kebil dia memandang suaminya. Aqmal membalas dengan redup pandangan memukau.

   “ Sayang.. ‘nak’ lagi, boleh?” soal Aqmal dengan suara menggodanya. Ulfah telan liur. Ah, sudah. Nak jawab apa ni? Nenek cakap.. tak baik menolak keinginan suami. Berdosa. Habis tu, macam mana? Ah, rumitnya!

Aqmal berjalan ke arah Ulfah yang sibuk membantu Nek Zaharah menyediakan sarapan pagi. Bibirnya tersungging senyuman lebar. Apatah lagi mengenangkan akurnya Ulfah pada permintaannya lewat pagi tadi. Seronok juga dapat bini alim ni. Yelah.. dia nak menolak takut berdosa. Akhirnya.. dia turutkan aje. Malam nanti nak minta pulalah. Hehe.. Aqmal gelak nakal.

   Baru Aqmal nak sampai lebih dekat pada Ulfah, suara Nek Zaharah sudah kedengaran sekaligus menyebabkan dia malu sendiri.

   “ Fah.. kenapa dengan leher kamu ni? Banyaknya ‘tanda’. Kamu kena gigit dengan apa ni, Fah?” Spontan teguran nenek menyebabkan pinggan yang sedang dibasuh Ulfah tergelincir ke dalam sinki. Huh, nasib baik jatuh dalam sinki aje. Kalau jatuh dekat lantai, memang kaki akulah mangsanya. Ulfah menekup pangkal lehernya yang bertanda.

   Ulfah berpaling lambat-lambat ke arah nenek. Seketika, matanya menangkap susuk tubuh suaminya yang lengkap dengan seluar pendek bawah lutut dan t-shirt hijau gelap. Dia meminta pertolongan dari suaminya dalam diam. Dia nak jawab apa dengan nenek? Takkan nak cakap.. ni love bite ni, nek. Dulu arwah atuk pun pernah buat kan? Hah, kan ke sengal macam tu?

   Memahami keadaan si isteri, Aqmal berdehem. Mungkin Nek Zaharah lupa kot cucu kesayangannya dah berkahwin. Kalau tak, takkan dia nak tanya macam tu? Atau.. memang dia sengaja nak sakat kami? Aqmal bermonolog.

   “ Err.. nek, kami dah kahwin,” jelas Aqmal berharap Nek Zaharah faham maksud yang dia ingin sampaikan. Tapi, Nek Zaharah hanya pamer riak bingung. Aqmal dan Ulfah berpandangan sesama sendiri.

   “ Kahwin? Habis tu, apa kena mengena kahwin dengan leher bertanda? Hee.. benda apalah yang dah gigit cucu nenek ni? Cuba cakap, Fah. Apa yang gigit kamu ni? Kasihan nenek tengok.” Nek Zaharah sengaja nak menyakat. Ulfah terpasung lidah. Alamak!!

   “ Nek..”

   “ Hish.. diamlah, Mal. Nenek tanya isteri kamu. Bukan kamu..” Nek Zaharah masih hendak mengusik. Dia tahan gelak dalam hati. Aqmal kerutkan wajah. Takkan nenek tak faham kot?

   “ Benda apa yang buat ni, Fah??” Ulang Nek Zaharah lagi. Suaranya ditekankan. Harap-haraplah Aqmal mengaku, senang dia nak bahan nanti. Haha..

   “ Mal yang buat, nek.” Aqmal menjawab dengan wajah tertunduk. Kalau boleh, nak aje dia menyorok bawah meja ni. Nek Zaharah gelak lantang. Terkena juga dua orang ni.

   “ Oh.. kumbang besar rupanya. Eh, musykil pulak nenek. Semalam, ada orang tu bukan main takut lagi. Tapi, hari ni lain pula eh yang nenek nampak?” Nek Zaharah menyakat lagi. Ulfah sudah mula rasa nak menangis. Dia pandang wajah Aqmal dengan bibir tercebik. Malunya..

   “ Besar sungguh kumbang ni. Ish-ish.. kasihannya cucu nenek.” Nek Zaharah menyakat lagi. Sesekali, dia tersengih nakal. Amboi.. nakalnya mengalahkan orang muda.

   “ Nek..” Ulfah mula merengek.

   “ Malam nanti, tentu dia buat lagi ni..” Nek Zaharah sakat lagi dan lagi. Seketika, Ulfah dah mula teresak kecil.

   “ Malu..” ucap Ulfah dengan perlahan sebelum dia mula bergegas ke kamarnya. Aqmal tercengang. Nek Zaharah masih gelak lagi. Sengaja dia berbuat macam tu. Ulfah yang menangis tidak dihiraukan. Bukan tugas dia memujuk Ulfah meskipun dia yang membuat Ulfah menangis. Itu dah jadi tugas Aqmal Zarief.

   “ Nek.. kenapa usik isteri Mal tu. Kan dah nangis tu? Nenek ni nakal, tahu?” Aqmal bersuara.

   “ Memang nenek sengaja usik. Yelah.. malunya dah tahap teruk. Tengok semalam tulah.. nyaris kamu kempunan tahu? Nasib baik ada nenek. Lagipun, nenek sengaja buat macam tu supaya lama-kelamaan rasa malu dia tu hilang. Nak malu boleh, Mal. Tapi, biar berpada-pada. Tambah-tambah dengan suami sendiri.” Nek Zaharah berhujah panjang lebar. Kini barulah Aqmal faham tujuan nenek menyakat. Tapi, masalahnya sekarang.. aku pun rasa macam nak selam muka dalam air je. Malu weh! Aqmal mengomel lagi.

   “ Habis.. Mal pun malu, nek. Nenek usik tu teruk sangat. Muka Mal ni dah rasa nak jadi macam Hulk dah.” Aqmal mengadu. Nek Zaharah gelak lagi sambil tangannya sibuk mengacau sambal tumis ikan bilis. Tapi.. dalam tutur Aqmal tadi, dia blur juga sekejap. Hulk tu apa eh? Fikirnya hendak tahu. Namun, lidahnya malas pula nak bertanya. Ah, whateverlah.

   “ Dah-dah.. daripada kamu membebel macam atuk tua.. lebih baik kamu naik atas. Pujuk isteri kamu tu. Malu pun sampai nangis. Fah-Fah.. pelik sungguh cucu nenek ni.” Nek Zaharah mengeluh. Aqmal hanya akur.

   “ Mal naik atas jap, nek. Nak tengok-tengokkan Fah. Kan banjir pula bilik kami. Mal minta diri, nek.” Aqmal bergegas naik ke kamarnya. Nek Zaharah hanya angguk bersama senyuman kecil.

Pintu ditolak perlahan. Tika itu, dia nampak Ulfah sedang menyapu minyak angin pada lehernya yang bertanda sambil menangis. Aqmal kerut kening. Buat apa pula isterinya itu?

   “ Sayang..” tegur Aqmal lembut. Dia melangkah ke arah Ulfah. Bahu isterinya dipegang.

   “ Abang dah buat Fah malu..” Suara itu menyalahkannya. Aqmal kerut kening. Eh, nenek yang sakat dia. Aku pula yang kena? Nasib-nasib..

   “ Kenapa abang pula? Nenek kan yang usik Fah.” Aqmal cuba membela diri. Ulfah cubit perut Aqmal. Tapi, lembut jelah. Kang tercabut pula isi perut suaminya. Aqmal mengaduh kecil.

   “ Sebab abang yang buat ni..” Ulfah bersuara geram namun masih lembut. Kan tinggi suara itu berdosa. Tangannya menuding pada lehernya yang bertanda. Aqmal senyum nakal. Oh, sebab tu ye?

   “ Habis tu, yang dekat dada abang ni siapa yang buat?” ujar Aqmal lalu menyelak t-shirt yang dipakai. Jelas ada tiga tanda berwarna merah kebiruan di situ. Ulfah terkedu.

   “ Err.. err..” Ulfah tergagap-gagap.

   “ Nasib baik dekat sini. Kalau ada juga dekat leher, teruk lagi jadi bahan usikan nenek.” Aqmal menyambung kata. Ulfah pula buat-buat sibuk dengan tugasnya menyapu minyak angin pada leher yang bertanda.

   “ Fah buat apa tu?” soal Aqmal mula mengubah topik. Dia tahu.. isterinya malu.

   “ Fah nak hilangkan tanda ni. Fah malu nenek usik,” ujar Ulfah perlahan. Rasa malu masih bersisa. Air mata mula mengalir lagi. Aqmal tercengang.

   “ Siapa yang ajar ni?” soal Aqmal ingin tahu. Betul ke boleh hilangkan tanda tu dengan guna minyak angin?

   “ Ecah,” jawab Ulfah ringkas. Aqmal terjojol biji mata. Aisyah Qalesya lagi? Hish, budak ni memanglah membawa anasir-anasir pelik.

   “ Eh, dia tu kan tak kahwin lagi?” Aqmal terkejut. Aisyah pula yang terlebih pakar kali ni.

   “ Dia cakap dia ada baca kat sebuah novel ni. Tapi, dia dah lupa tajuknya. Biasalah tu bang.. novel ni kadang-kadang ada ilmu yang tersurat dan tersirat tahu?” bela Ulfah akan sahabat baiknya. Aqmal terdiam. Mungkin betul cakap Ulfah.

   “ Dah.. meh sini abang tolong sapukan.” Aqmal merampas botol minyak angin dari tangan isterinya. Segera, dia menyapu seluruh leher yang bertanda itu. Ulfah tahan debar tiap kali jemari kasar itu singgah pada leher jenjangnya. Urgh, dugaan. Detik hatinya.

   Done. Jom, turun. Kasihan nenek siapkan sarapan sorang-sorang,” ajak Aqmal sambil hendak memimpin tangan si isteri. Seketika, dia mengeluh. Tiba-tiba pula Ulfah menyambung tangis. Tadi, dah elok sekejap. Cuma, teresak-esak kecil aje.

   “ Hei, kenapa pula ni?” soal Aqmal sambil cuba mendongak dagu isterinya.

   “ Fah.. Fah malu dengan nenek.” Usai mengucapkan kata itu, terus Ulfah sembamkan wajahnya pada perut Aqmal. Aqmal terkesima juga. Namun, perlahan-lahan bibirnya membentuk senyuman kecil. Mesti dia tak sedar dia tengah peluk aku ni. Aqmal mengusap-usap belakang badan Ulfah.

   “ Shh.. dahlah. Janganlah nangis, sayang. Tak comellah.” Aqmal memujuk. Ulfah yang baru sedar dia sudah terpeluk si suami mula menjarakkan tubuh. Kelam-kabut dia seketika.

   “ Err.. err.. Fah turun dulu. Jom..” Kalut Ulfah bertutur sebelum langkahnya diatur laju.

   “ Aduh!!” Dek teruja hendak melangkah, kakinya tersepak bucu katil. Ulfah menjerit sakit. Aqmal yang tersentak pantas membontoti isterinya.

   “ Kenapa, sayang??” soalnya cemas. Dibelek kaki isterinya yang nampak sedikit lebam itu. Wajah Aqmal jelas risau. Ulfah terkaku. Terasa dirinya benar-benar disayangi.

   “ Eh, dah biru ni. Meh abang sapu minyak.” Aqmal mula menarik kaki Ulfah. Namun, cepat pula Ulfah mengelak. Segan juga nak suruh Aqmal belek kakinya walaupun mereka dah berkongsi segalanya. Lagipun, nanti minyak ke mana, mereka ke mana? Silap-silap Aqmal dah usung dia naik atas katil. Tak ke niaya?

   “ Fah okey. Jangan bimbang. Jom, turun.” Terus Ulfah melangkah sebelum sempat Aqmal bersuara. Aqmal hanya mampu mengeluh melihat tingkah isterinya. Terasa hati juga dia dibuatnya. Malu sangat sampai macam tu sekali. Fah-Fah.. sampai bila nak macam ni? Aqmal mengomel sendiri.
   


  

6 comments:

  1. Haha! Bestlaaa! Nice and lawak! :)

    ReplyDelete
  2. nakalnya nenek,pura2 xtau gigitan apa..haha best

    ReplyDelete
  3. banyak function left-click, ctrl+click awk dah disable.. tapi takpe, takde masalah bagi saya :)
    btw, best la novel awk ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. lelaki ke ni? hehehehe.. hana mmg buat disable right click.. thanks Muhammad.. Muhammad menulis jgk ke?

      Delete