PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, April 14, 2013

Eh, Saya Sayang Awaklah! Bab 1


BAB 1

Aqmal melangkah masuk ke dalam kamar yang dihias cantik itu. Matanya liar mencari kelibat si isteri. Hampir segenap ruang dia menjelajah hanya untuk mencari sesusuk tubuh yang dah halal buat dirinya. Namun, kamar indah itu terasa kosong. Ke mana Ulfah ni? Pantas, Aqmal terus menolak pintu bilik air itu. Tetap kosong! Habis, ke mana dia ni? Soal Aqmal buntu. Kepalanya digaru-garu kecil.

   “ Sayang.. sayang kat mana ni?” Aqmal melaung kecil. Dia mula rasa pelik. Pantas, dia cepat-cepat keluar dari bilik.

   “ Nek, nampak isteri Mal tak? Tak ada pun kat bilik.” Aqmal terus menyoal Nek Zaharah yang ketika itu baru sahaja usai menutup siaran televisyen. Nek Zaharah merupakan nenek kepada isterinya, Ulfah Jannah. Maklumlah, Ulfah sudah kematian kedua-dua orang tuanya. Nek Zaharah kerut kening.

   “ Eh, isteri kamu.. tanya nenek buat apa? Manalah nenek tahu,” sela Nek Zaharah turut pelik. Yelah.. bini dia, tanya orang pula. Nek Zaharah mengomel kecil. Seketika, bibirnya tersenyum lebar pula. 

   “ Dia tak ada kat bilik ke?” soal Nek Zaharah sambil tersenyum kecil. Riaknya nakal. Aqmal geleng dengan dahi berkerut. Nenek ni dah kenapa senyum-senyum?

   “ Jom, ikut nenek.” Nek Zaharah memimpin tangan Aqmal. Langkahnya diatur ke bilik tetamu yang terletak di tingkat atas rumah kayu dua tingkat itu. Bilik yang jarang digunakan. Hanya akan menjadi kesukaan Ulfah tika dia bersedih atau takut akan sesuatu. Aqmal pelik namun dia turuti jua gerak langkah Nek Zaharah.

   “ Masuk..” suruh Nek Zaharah perlahan dengan senyum herot di bibir. Tika itu mereka sudah terpacak di hadapan bilik kayu yang tertutup rapat itu.

   “ Kenapa, nek? Mal cari isteri Mal. Jangan cakap nenek nak kurung Mal dekat sini pula? Nenek tak suka ke Mal jadi cucu menantu nenek? Nek.. jangan kurung Mal, nek. Jangan, nek..” Aqmal sudah mula berfikiran negatif. Nek Zaharah terlopong. Eh, dah ke situ pula si tenuk ni. Agaknya itulah apa yang Nek Zaharah fikirkan.

   “ Hish.. masuk ajelah. Cepat!” arah wanita tua itu lagi. Dengan teragak-agak, Aqmal masuk jua. Berkali-kali dia menoleh ke belakang dek rasa curiga dengan tingkah Nek Zaharah. Wajahnya pamer riak minta simpati. Jangan kurung Mal, nek. Hatinya berbisik lagi.

    Bilik yang agak gelap itu menyukarkan langkah Aqmal. Teraba-raba dia mencari suis lampu.

   “ Nek, lampu kat mana?” soal Aqmal perlahan.

   “ Lampu kat atas syiling tu hah. Kamu pandang atas, nampak tak? Ada dua lampu kalimantan kat situ,” ujar Nek Zaharah berlawak. Aqmal mencebik dalam gelap itu. Nenek ni.. buat lawak tak kena tempat pula. Dahlah orang nak cari bini, dia sumbat masuk sini. Rindu ni tau? Ulfah.. Ulfah kat mana sayang? Bila nak ‘make love’ ni? Bisik Aqmal dengan rasa tidak sabar. Yelah.. baru dua hari bergelar suami isteri kot?

   “ Suis, nek. Suis.. bukan lampunya.” Aqmal cuba bersabar dengan sikap suka mengusik Nek Zaharah. Terdengar gelak halus Nek Zaharah sebelum telinganya sempat menangkap derap langkah Nek Zaharah. Seketika, bilik yang gelap tanpa cahaya itu terang-benderang. Oh, Nek Zaharah tolong bukakan lampau rupanya. Aqmal berpaling ke belakang mencari wajah neneknya.

   “ Tu.. orang yang kamu cari,” ujar Nek Zaharah lalu memuncungkan bibirnya pada sesusuk tubuh yang sedang memeluk tubuh dengan wajah hampir menangis di satu sudut dinding. Aqmal kerut kening namun dia tetap berpaling mencari arah yang ditunjukkan Nek Zaharah. Seketika, matanya terjegil dan mulutnya terlopong luas. Ni kalau bapak lalat masuk, mahu kenyang seumur hidup. Bukan main luas nganganya. Hehe..

   “ Fah.. buat apa kat sini?” soal Aqmal terkejut monyet. Ulfah yang duduk memeluk lutut sambil menyembamkan wajah pada celah lututnya yang bercantum angkat wajah dengan lambat-lambat. Nek Zaharah simpan tawa yang hampir lepas keluar. Dia tahu kenapa Ulfah boleh ada di sini. Hailah cucunya ini.. takut sangatlah tu?

   “ Nek..” Suara Ulfah bagaikan menggigil takut. Aqmal mula rasa bimbang. Segera dia menerpa pada isterinya. Namun, cepat pula Ulfah bingkas bangun lalu laju berlari ke arah Nek Zaharah. Bersembunyi di belakang neneknya itu. Aqmal pegun. Ni dah kenapa pula main lari pecut dalam bilik ni? Ingat aku ni hantu ke apa sampai macam tu sekali reaksinya? Aqmal mula sentap.

   “ Nek.. Fah takut. Fah takut Mal.” Ulfah mengadu kecil. Tangisannya sudah mahu terhambur. Aqmal bangkit. Takut aku? Kenapa? Nek Zaharah tersenyum kecil. Cepat sahaja dia berpusing lalu mengusap pipi gebu cucu kesayangannya itu.

   “ Takut apa, sayang? Itu kan suami Fah. Takut dengan suami sendiri kan pelik tu?” pujuk Nek Zaharah lembut. Rambut ikal mayang Ulfah diusap penuh kasih. Aqmal mendekat.

   “ Nek.. Fah kena ‘bagi’ ke? Fah takut, nek..” Suara itu sudah mula menangis kecil. Aqmal semakin tidak keruan. Bagi apa ni? Hei, kenapa aku langsung tak faham ni? Aqmal membebel kecil.

   “ Fah.. kenapa ni, sayang? Takut apa?” soal Aqmal mula menyibuk. Ulfah langsung tundukkan wajah. Takut hendak mengangkat muka memandang wajah tampan itu.

   “ Takutkan kamulah!” pintas Nek Zaharah bersama senyum herot. Aqmal tercengang. Cepat saja dia meraba wajah kacaknya.

   “ Nek.. muka Mal macam hantu ke, nek? Kenapa Fah takut? Fah.. cakap kat abang, kenapa Fah takutkan abang ni? Abang ada buat Fah gerun ke? Abang ada berkasar ke?” Aqmal mencapai tangan kecil isterinya yang masih sibuk bersembunyi di balik tubuh Nek Zaharah. Jelas tangan kecil itu menggeletar halus. Aqmal makin bimbang.

    “ Sayang.. kenapa ni? Ya Allah, sampai terketar-ketar ni kenapa?” Suara Aqmal sudah bimbang. Seketika, Ulfah sudah teresak kecil.

    “ Dah-dah.. tak payah duk kalut sangat. Fah, dengar cakap nenek ye? Mal ni kan suami Fah, Fah wajib tahu bagi semua tu. Sampai bila Fah nak mengelak? Fah kan arif pasal hukum-hakam agama,” pujuk Nek Zaharah tanpa langsung Aqmal faham.

   “ Kalau Fah tak bagi, nek? Fah bagi lain kali boleh kan, nek?” soal gadis itu dengan esak kecilnya. Nek Zaharah senyum.

   “ Fah tahu hukum agama kan? Tentu Fah tahu jawapannya.” Nek Zaharah berteka-teki. Sedangkan Aqmal bagaikan orang yang tak wujud saja di situ.

   “ Tapi, nek..”

   “ Kejap-kejap.. apa ni? Mal langsung tak faham,” sampuk Aqmal mula hilang sabar. Nek Zaharah cepat sahaja menarik cucu menantunya menjauh pada Ulfah yang masih menangis kecil.

   “ Nek, apa ni? Mal tak fahamlah. Kenapa Fah cakap takutkan Mal? Bagi pula.. bagi apa?” Aqmal membentak kecil. Bagaikan anak kecil yang berumur dua tahun.

   “ Hish.. kamu ni tak faham atau buat-buat tak faham. Kalau tak faham, bengap juga kamu ni ye?” Nek Zaharah geram. Takkan Aqmal tak tahu isterinya takut nak lalui malam pertama? Bukan ke itu normal buat gadis kampung seperti Ulfah Jannah? Tambahan pula selama ini tingkahnya sentiasa terpelihara. Terutamanya dengan lelaki.

    “ Mal tak faham.” Serentak, Nek Zaharah mula membisikkan sesuatu pada telingan Aqmal. Sebaik mendengarkan bait kata itu, Aqmal hampir nak pitam. Ya Allah, sampai macam ni sekali? Biar betul bini aku ni.

   “ Habis, Mal nak buat apa, nek?” soal Aqmal buntu. Wajahnya gelisah sambil berkali-kali menoleh wajah yang lencun menangis itu.

   Hmm.. kamu buatlah apa yang patut. Yakinkan dia supaya rasa takut tu hilang. Nenek nak masuk tidur dulu ni,” ujar Nek Zaharah lalu mula hendak mengatur langkah. Baru dia nak sampai di muka pintu, Ulfah sudah memaut tangan tua itu.

   “ Nek, Fah nak ikut.” Ulfah sudah merayu-rayu. Nek Zaharah menoleh pada Aqmal. Faham akan maksud pandangan itu, Aqmal bergerak ke arah isterinya. Terus dicapai dan dileraikan pautan tangan kecil pada lengan Nek Zaharah.

   “ Jadi isteri yang solehah, sayang,” sela Nek Zaharah lalu mengatur langkah. Ulfah sudah kembali menangis. Kali ni, lebih kuat.

   “ Sayang.. jom tidur.” Aqmal bersuara. Mendengarkan kata-kata suaminya, Ulfah hampir pengsan. Tubuhnya statik tanpa kata. Dek rasa tergamam dengan permintaan lelaki itu, dia langsung tak sedar bila mana tubuhnya sudah terangkat tinggi daripada lantai.

   “ Nak bu.. buat apa ni? Turunkan Fah, turunkan Fah.” Ulfah meronta-ronta. Aqmal pekakkan telinga. Alah.. Nek Zaharah dah bagi lampu hijau kot? Lagipun, dia tak nak kempunan kali ni.

   “ Fah.. janganlah menggelupur macam ni. Kan kita tergolek kat atas tangga ni nanti.” Aqmal memujuk. Mendengarkan perkataan ‘tergolek’, Ulfah terus senyap kaku. Aqmal senyum.

  Aqmal merebahkan tubuh isterinya di atas katil. Seketika, dia dapat lihat Ulfah sudah mengengsot ke hujung katil. Dia mengeluh. Dia mengambil tempat di birai katil. Dekat dengan isterinya. Tangan kecil itu dicapai.

   “ Sayang takutkan apa?” Sengaja Aqmal bertanya, walhal dia sudah tahu punca dan sebab musabab Ulfah tiba-tiba lesap dari bilik mereka.

   “ Awak..”

   “ Abang, sayang. No more awak-awak.. panggil abang okey?” pintas Aqmal manja. Ulfah senyap seketika. Kemudian, dia angguk setuju. Aqmal lega.

   “ A.. abangwak..” Aqmal julingkan mata. Abangwak apa ke hal pula?

   “ Fah malulah..” Suara itu berbisik kecil.

   “ Fah.. Mal dah jadi suami Fah pun. Nak malu apa? Kejap lagi, semua tubuh Fah.. Mal akan teroka pula. Dah-dah.. tak payah nak abangwak sangat. Abang dah cukup. Jangan nak memandai pergi tambah ‘wak’ kat belakang tu. Belum nak jadi Wak Seman lagi ni.” Aqmal berloyar buruk sikit. Kalau diingatkan kembali, rasa lucu pula.

   “ Apa abang cakap??” soal Ulfah terkejut. Tengok.. boleh pula sebut? Aqmal membuat konklusi.

   “ Abang cakap kejap lagi abang nak teroka setiap inci tubuh sayang. Dah halal kan?” Ulang Aqmal nakal. Ulfah mula hendak lari. Cepat saja dia ingin turun dari katil. Namun, Aqmal cekap. Pinggang isterinya dipaut. Tubuh Ulfah direbah lembut ke tilam.

   “ Sayang.. janganlah macam ni.” Gemersik suara Aqmal memujuk. Dia nampak mata isterinya sudah terbelalak tajam.

   “ Fah.. Fah takut. Ecah cakap, malam pertama malam yang menakutkan. Fah minta tangguh dulu, abang. Tangguh dulu.” Suara Ulfah terketar-ketar. Aqmal tersenyum. Hailah si Aisyah ni.. apalah yang dimomokkan pada isterinya. Nakal betul Ecah ni. Ecah atau nama sebenarnya Aisyah Qalesya, gadis yang rapat dengan Ulfah. Sahabat baiklah katakan.

   “ Dia cakap apa kat sayang ni?” Aqmal mula membelai-belai pipi Ulfah. Ulfah telan liur. Bibir Aqmal sudah mula menjalar di pipi itu. Sengaja! Kalau Ulfah dah tergoda, tentu isterinya takkan rasa takut lagi.

   “ Dia.. dia cakap sakit, abang. Fah tak nak dulu.” Aqmal terbuntang biji mata. Apa? Ya Allah.. memandai aje si Ecah ni. Kahwin pun belum. Huh!

   “ Fah.. nak tahu tak kesakitan apa yang paling nyata? Fah tentu tahu kan?” soal Aqmal mula psiko.

   “ Sakit bersalin, abang,” jawab Ulfah dengan bibir tercebik.

   “ Haa.. tahu pun. Jadi, malam pertama kita ni tak adalah sampai macam tu. Abang janji, abang takkan sakitkan Fah. Fah tahu kan salah satu matlamat perkahwinan? Ingatkan masa kita pergi kursus kahwin hari tu apa dia cakap?” soal Aqmal lagi. Ulfah angguk.

   “ Apa dia?” soal Aqmal.

   “ Untuk memenuhi tuntutan nafsu secara halal,” sela Ulfah mula bertenang sedikit.

   “ Okey, jadi maknanya kita perlu saling melengkapi. Fah lengkapkan abang dan abang lengkapkan Fah. Boleh kan?”

   “ Tapi.. Fah tak ada nafsu!” Laju Ulfah menjawab. Aqmal terbuntang biji mata.

   “ Fah.. lesbian?” soal Aqmal cuak.

   “ Hah?? Mengarut apa ni? Fah masih normallah. Cuma, sekarang Fah tak ada nafsu. Jadi, Fah minta tangguh dulu.” Sela Ulfah dengan dada mula bergetar sakan.

   “ Habis tu, abang dah bernafsu tengok Fah. Macam mana?” soal Aqmal lembut menggoda. Ulfah telan liur.

   “ Bang..” Ulfah mula merayu. Suaranya tanpa sedar begitu menggoda pendengaran Aqmal. Aqmal sudah tidak keruan.

   “ Dah solat Isyak kan?” soal Aqmal tiba-tiba. Ulfah tanpa syak wasangka terus mengiyakan. Baru Ulfah nak menyoal, Aqmal terus sahaja mencari leher jenjang milik Ulfah. Wajahnya dibenamkan lama di situ. Ulfah mula rasa bagaikan lehernya terjerut.

   “ Nek..” Ulfah mula rasa nak menangis.

   “ Sayang.. abang janji takkan sakitkan sayang. Please.. malam ni malam bermakna buat kita. Percaya pada abang. Jangan takut, okey? Kalau sayang tak bagi sekarang, abang tetap perlu tuntut juga lambat-laun. Lagipun, tak baik tahu tolak permintaan suami. Nanti kalau abang tak dapat dengan sayang, abang cari perempuan kat luar sana macam mana?” soal Aqmal. Dia tahu melampau dia mengugut dengan cara begitu. Namun, dia tiada pilihan lagi. Ulfah terhenyak.

   “ Abang nak berzina?” soal Ulfah marah. Wajahnya terkejut.

   “ Bukan macam tu maksud abang. Dahlah, kita sambung eh?” Tangan Aqmal terus meliar pada susuk tubuh itu. Ulfah menggigil-gigil. Namun, dia tiada cara lain lagi. Dengan mata terpejam, dia merelakan jua tingkah suaminya itu. Benar, inilah tanggungjawabnya. Jadi, dia perlu kuat. Ya, dia perlu kuat. Ya Allah, kau rahmatilah apa yang kami lalui ketika ini.

   Dan bersama sepotong doa, Aqmal membawa Ulfah melayari malam indah di antara mereka.
 

5 comments:

  1. salam...E3 yg cukup menarik..pasangan remaja yg baru berkawen pada pandangan akak..seorg jejaka yg baru bergelar suami ingin malam pertama dilaluinya bersama pasangannya ulfah..sedang siisteri takut hendak melaluinya kerana mendengar cerita cerita kawan kawan mengenai malam pertama..
    Apa kah yg akan berlaku seterusnya pada diri mereka..dan siapakah jejaka dan gadis ini ..adakah mereka berkawen kerana suka sama suka atau pilihan keluarga..adakah mereka masoih belajar lagi..ce citer dik..

    ReplyDelete