PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Ucapkan Kata Cinta (Cerpen)


Cerpen

Ucapkan Kata Cinta

Malam semakin suram. Seolah-olah mengerti tentang isi hati Nurina Balqis yang sedang meratapi pemergian satu-satunya insan yang bergelar ibu. Sudah hampir tiga bulan ibunya, Puan Fauziah pergi menghadap Ilahi kerana penyakit barah hati yang di hidapi. Semenjak itu juga, Nurina tenggelam dengan kesedihan yang melanda. Namun, dia sedar.. siapalah dia sebagai manusia untuk melawan takdirNYA?
   Nurina mengesat air mata yang mengalir di pipi. Masih dia ingat kata-kata terakhir ibunya sebelum ibunya di jemput Allah S.W.T. Nurina semakin sesak dengan wasiat terakhir ibunya. Mampukah dia?
   “ Nurin, kalau ibu dah tiada nanti ibu nak minta sesuatu daripada Nurin. Ibu harap Nurin akan tunaikan permintaan ibu ni..” pinta Puan Fauziah sambil di selangi batuk-batuk kecil. Mukanya jelas menggambarkan keperitan yang di tanggung. Nurina hanya mengangguk kecil.
   “ Ibu nak Nurin kahwin dengan Zarul. Ibu tahu permintaan ibu berat. Tapi, ini semua untuk Nurin. Selepas ibu pergi, sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga Nurin. Ibu dah tak mampu,nak. Masa ibu dah suntuk..” Tersekat-sekat Puan Fauziah menjelaskan keinginannya. Nurin langsung terkedu. Dia tersandar pada dinding kayu yang agak usang itu. 
   Mampukah Nurin menuruti permintaan ibunya sedangkan dia tahu bahawa lelaki yang juga merangkap sepupunya itu tidak punya perasaan cinta padanya. Dia tahu dia dan Zarul Firash itu bagai langit dan bumi. Terlalu ketara perbezaaannya. Dia cuma gadis miskin yang tidak punya apa-apa. Hanya pondok buruk ini sahaja hartanya dan ibu. Zarul pula yang merupakan anak pak longnya, Dato’ Zizan sudah pasti akan menolak mentah-mentah dirinya. Nurin pening sendiri. Tidak tahu untuk membuat keputusan.. di pandang wajah tua ibunya..
   “ Ibu, Nurin sanggup ibu. Tapi, Zarul tak cintakan Nurin. Ibu tahu kan?” soal Nurin serba-salah. Puan Fauziah batuk lagi. Ada cecair merah yang mengalir di mulutnya. Nurin terkejut. Pantas digenggam erat tangan ibunya. Matanya sudah merembeskan mutiara jernih.
   “ Ibu, ibu kenapa??” soal Nurin cemas. Puan Fauziah cuba untuk tersenyum. Dia yakin masanya memang terlampau suntuk. Dikesat mulutnya.
   “ Nurin, ibu dah tak sempat nak jaga Nurin. Tolonglah,nak.. terimalah. Mak long dah merisik Nurin pada ibu. Ibu mohon, setujulah..” jelas Puan Fauziah lagi. Dia semakin lemah. Batuk-batuknya juga semakin teruk. Nurin semakin takut. Dia yakin, masa ibunya semakin tiba.
   Ya Allah, sekiranya dengan mencabut nyawa ibu sahaja mampu meringankan penderitaan ibu, aku redha Ya Allah. Kau ambillah dia daripada aku. Aku dah tak sanggup melihat segala kesakitannya Ya Allah. Aku redha.. desis hati Nurin sayu. Tangannya masih menggenggam utuh tangan tua milik Puan Fauziah.
   “ Nurin ikut semua cakap ibu. Nurin redha ibu..” putus Nurin akhirnya. Puan Fauziah tersenyum dalam tangisan. Anaknya memang menurut kata.

**************

“ Ehem.. ehem..” satu suara garau mematikan lamunan Nurin. Nurin tersentak. Dipandang tubuh tegap suaminya yang sedang merenung tajam. Dia tahu, semenjak dia diijabkabulkan dengan lelaki bernama Zarul Firash, dia seolah-olah dimusuhi sepupunya itu. Apa nak dihairankan? Sebelum ni pun hubungan mereka tidak pernah baik.
   “ Abang.. ab.. abang ada apa cari Nurin?” soal Nurin tergagap-gagap.
   “ Kau ada hati lagi nak bersenang-lenang dalam rumah aku ni?? Kau jangan ingat kau dah aku kahwini, kau boleh bolot semua harta aku dan berlagak macam Mem Besar dalam rumah ni. Kau pergi dapur sekarang. Tolong bibik kat dapur..” sergah Zarul tanpa perasaan. Terkejut Nurin dibuatnya. Hampir menitis air mata Nurin.
   Itulah sikap Zarul semenjak tiga bulan bergelar suami. Langsung tiada layanan mesra daripada lelaki itu. Malahan, pernah juga Nurin dihadiahkan sepak terajang. Nurin hanya mampu berserah.
   “ Nurin.. Nurin tak larat bang. Nurin tak sihat..” suara Nurin kedengaran meminta simpati. Zarul semakin berang kerana arahannya diingkari. Terus diterkam Nurin yang sedang duduk di birai katil. Direntap rambut Nurin sekuat hati.
   “ Kau jangan nak melawan!! Aku suruh tu, buat ajelah.. bodoh!!” hambur Zarul lagi. Nurin menutup mata. Takut akan suara itu. Air mata perlahan-lahan menuruni lekuk-lekuk pipi.
   “ Lepaskan Nurin bang. Sakit.. tolonglah. Kasihanilah Nurin..” pohon Nurin lagi. Zarul terus mengheret tubuh Nurin tanpa belas kasihan. Dia menuruni tangga. Sebaik sahaja sampai di tingkat bawah, ditolak tubuh itu kuat. Tersungkur Nurin dibuatnya.
   “ Aku benci tengok muka kau. Selagi hati aku tak puas tengok kau menderita. Jangan harap aku akan berhenti. Sekarang, kau pergi dapur. Kemaskan semua..” arah Zarul lagi. Kemudian dia memekik memanggil orang gajinya.
   “ Bibik.. Bibik..” laung Zarul lantang. Bibik Non tergesa-gesa menuju ke ruang tamu. Kalau lambat, boleh meletup satu rumah ni mendengar amukan tuannya.
   “ Ye, tuan..” sahut bibik tergagap-gagap. Matanya ditekurkan ke lantai. Tidak sanggup menatap sepasang mata yang kelihatan seperti singa jantan itu.
   “ Bibik boleh rehat. Sekarang, biar perempuan tak guna ni yang bersihkan rumah. Asyik duduk bersantai, lemaklah. Bibik naik sekarang!” Sekali lagi Zarul mengarah. Bibik terkulat-kulat.
   “ Tapi tuan, itu tugas bibik. Lagipun, Puan Nurin kelihatan lemah sekali..” balas bibik Non lagi. Dikerling wajah Nurin yang pucat.
   “ Aku kata naik, naik!! Kau faham tak??” tengking Zarul pada Bibik Non. Tergesa-gesa Bibik Non naik ke biliknya. Takut dengan tindakan yang bakal Zarul lakukan.
   “ Dan kau, bangun sekarang! Jangan nak pura-pura sakit depan aku..” hambur Zarul pula pada Nurin. Nurin cuba untuk bangun. Namun, tubuhnya benar-benar tidak bermaya.
   “ Kau jangan sampai aku belasah kau macam hari tu? Kau nak ke??” Sergah Zarul berang.
   “ Tolong Nurin, bang. Nurin mengandung sekarang. Kasihanilah Nurin..” rayu Nurin lagi. Namun, rayuannya membawa padah apabila Zarul seolah-olah dirasuk. Tubuhnya ditendang dan dibelasah sekuat hati oleh suaminya. Dia hanya mampu berserah. Ibu.. Nurin sakit bu. Kenapa Nurin tak ikut ibu aje? Nurin dah tak tahan ibu. Ibu, Nurin nak ibu.. rintih Nurin bersama tangisan yang menggila. Matanya perlahan-lahan tertutup. Zarul yang masih membelasah Nurin terkaku akan situasi itu. Ada cecair merah yang mengalir di celah kelangkang isterinya. Dia kaget.
Nurin gelisah menunggu kepulangan suaminya. Meskipun diri tidak diiktiraf sebagai isteri, dia tetap bimbang akan keselamatan suaminya. Dia dalam diam sudah menaruh hati akan suaminya. Perasaan sayang mula hadir akan suaminya. Namun, dipendam kerana sedar dia tidak layak untuk mencintai atau dicintai. Apatah lagi, mencintai lelaki sehebat Zarul Firash.
   Nurin semakin bimbang. Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Tambahan pula, hujan semakin menggila di luar sana. Petir dan kilat sabung-menyabung. Nurin mundar-mandir di ruang tamu. Dia meramas-ramas lembut tangannya.
   Siapa sangka, kebimbangan yang ditunjukkan akhirnya membawa seribu duka dalam hidup Nurin. Semenjak hari itu, dia sudah tidak bergelar gadis lagi. Dirinya sudah ditiduri secara paksa. Atau lebih tepat, dia sudah dirogol oleh suaminya sendiri. Nasib seolah-olah mencemburui diri Nurin. Nurin pasrah.
   Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Nurin tergesa-gesa menuju ke arah pintu utama. Dilihat Zarul berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Nurin segera menerpa ingin membantu. Terus dipapah tubuh sasa itu menuju ke kamar mereka.
   Sampai di kamar, Nurin membaringkan tubuh suaminya. Dia ingin ke dapur untuk mengambil air kosong. Namun, belum sempat melangkah. Tubuh langsing Nurin yang dibaluti pijama lembut berwarna pink direntap kasar oleh seseorang. Nurin panik. Zarul seolah-olah sedang menyampaikan keinginan hati. Tubuhnya dipeluk kejap oleh tangan sasa milik suaminya. Dia meronta-ronta.
   “ Abang.. tolong.. jangan buat Nurin macam ni. Lepaskan Nurin, bang..” Nurin masih meronta-ronta. Zarul seolah-olah rasa tercabar. Terus ditampar wajah itu berkali-kali. Tubuh Nurin ditolak kasar ke katil.
    “ Aku nak tubuh kau malam ni. Kau jangan nak menolak!! Kau nak aku belasah kau lagi ke hah??” tengking Zarul sambil memcumbui leher Nurin dengan kasar. Nurin masih cuba melepaskan rangkulan suaminya. Ternyata usahanya gagal. Dan sebaik sahaja pijamanya dirungkaikan, dia hanya mampu memejamkan mata. Ternyata dia sudah tewas.
   Ya Allah.. aku sakit diperlakukan sebegini.. rintih Nurin dengan air mata yang laju menuruni pipi. Sama laju dengan hujan yang turun membasahi bumi di luar sana. Seolah-olah turut bersedih dengan nasib Nurin. Disebabkan peristiwa itu, ada satu nyawa yang bertandang di rahimnya. Ya, anak dia dan suami tercinta.. Zarul Firash.

**********************

Zarul mundar-mandir di hadapan bilik kecemasan itu. Kerana terlampau dirasuk syaitan, dia tanpa kasihan terus membelasah Nurin sehingga pengsan. Jauh di sudut hati, dia kasihan melihat Nurin diperlakukan sebegitu. Hatinya seolah-olah turut sakit. Namun, dendam mengatasi segalanya. Dia bengang dengan tindakan Nurin yang bersetuju untuk berkahwin dengannya. Sedangkan ketika itu, dia dan Jasmin Nasuha sedang bercinta dan hampir merancang untuk menikah.
   Disebabkan permintaan mamanya, dia jadi bingung. Persetujuan daripada gadis yang juga merupakan sepupunya makin membakar rentung hatinya. Dia tahu, Nurin pasti bersetuju kerana harta. Maka, dia tekad untuk membalas dendam setiap air mata Jasmin sewaktu mereka terpaksa memutuskan perhubungan.
   Selepas tiga minggu bergelar suami, dia didatangi satu perasaan halus yang mendesak dia untuk melindungi dan mengasihi gadis itu. Namun, dia terlampau ego untuk mengakui segalanya. Dan semata-mata untuk membuang perasaan itu, dia sentiasa berkasar dengan Nurin. Dia tega membelasah Nurin agar perasaan halus itu dapat diatasi.
   Kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Sehingga sekarang dia perlu mengakui hatinya adalah milik Nurin. Dia tidak mampu melawan takdir bahawa Nurin tercipta untuknya. Dia menyesal akan perbuatan tidak perikemanusiannya selama ini. Zarul terduduk di kerusi yang ditempatkan di sudut ruang kecemasan itu. Segala tindakan buruknya terhadap Nurin terlakar di ruang mata.
   “ Siapa suami Nurina Balqis bt Zahari?” soal Doktor Sofea membawa Zarul ke alam nyata. Zarul pantas berdiri.
   “ Saya, doktor. Macam mana isteri saya doktor?” soal Zarul cemas. Berdoa moga-moga Nurin selamat. Doktor Sofea menekur lantai. Seolah-olah berat untuk menyampaikan berita yang bakal memberikan seribu penyesalan terhadap Zarul. Zarul semakin diburu kebimbangan dengan reaksi wanita di hadapannya.
   “ Puan Nurin keguguran. Saya tak dapat nak selamatkan baby yang ada dalam rahimnya..” luah Doktor Sofea serba-salah. Zarul meraup wajah. Maafkan papa. Papa dah bunuh anak papa sendiri.. desis Zarul kesal. Namun, yang lebih merentap pergi separuh daripada nyawanya adalah kata-kata selanjutnya daripada Doktor Sofea.
   “ Ada perkara penting yang perlu saya sampaikan mengenai Puan Nurin. Disebabkan keguguran, Puan Nurin banyak kehilangan darah. Keadaan dia sangat lemah. Tambahan pula, dia sedang menghidap barah hati. Saya dapat nyatakan, hayat Puan Nurin tidak lama. Bergantung kepada kekuatannya. Saya harap Encik Zarul banyakkan bersabar. Berdoalah kepadaNya..” usai meluahkan bicara, Doktor Sofea terus melangkah pergi. Ingin memberi ruang kepada Zarul.
   “ Ya Allah.. Nurin. Maafkan abang, sayang. Abang berdosa. Ya Allah, ampunkan aku..” Zarul jatuh terjelopok. Dia menangis semahu-mahunya. Kini dia sudah faham kenapa Nurin selalu sahaja tidak sihat. Rupa-rupanya dia turut mewarisi penyakit arwah ibunya. Dan ubat yang dijumpai dalam laci meja di rumahnya terjawab sudah maknanya.

*****************

Zarul menapak perlahan-lahan ke wad yang menempatkan Nurin. Kelihatan Nurin sedang tidur nyenyak. Zarul menghampiri isterinya yang kelihatan lemah. Dia duduk di birai katil. Dicapai tangan isterinya yang sejuk. Maafkan abang. Abang banyak berdosa pada Nurin, pada anak kita.
   Kalaulah masa boleh diundurkan.. abang akan ucapkan kata cinta abang pada Nurin. Abang akan bahagiakan Nurin selama Nurin bernafas. Abang akan jaga Nurin. Abang takkan sesekali sakitkan Nurin. Bicara Zarul sendu di dalam hati. Setitis air matanya gugur mengenai pipi Nurin. Perlahan-lahan Nurin membuka mata. Sebaik terpandangkan wajah suaminya, bibir pucatnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman.
   Zarul terpana. Dalam keadaan begini, Nurin masih lagi menghadiahkan senyuman buatnya. Bukan caci-maki yang menjadi sajian halwa telinganya. Sungguh mulia hati isteriku. Ya Allah.. kau kuatkanlah Nurin. Nurin membalas genggaman tangan suaminya.
   “ Ab.. abang.. abang jangan nangis. Nurin tak suka tengok..” luah Nurin dengan suara yang tersangat lemah. Air mata Zarul semakin menitis laju.
   “ Nurin, maafkan abang.. maafkan abang..” pinta Zarul syahdu.
   “ Shh.. Nurin maafkan abang. Nurin tak pernah berdendam dengan abang. Nurin sayangkan abang. Sejak mula kita kahwin, hati Nurin dah jatuh sayang pada abang. Tapi, Nurin sedar taraf Nurin. Nurin tak salahkan abang. Mungkin dah tersurat begini nasib Nurin sejak di Loh Mahfuz lagi..” bicara Nurin sayu. Setitis air matanya gugur. Digagahkan tangannya untuk meyapu titisan air mata di pipi Zarul.
   “ Abang kejam. Abang tak pernah nak ambil tahu keadaan Nurin. Malah, abang tambahkan kesakitan Nurin. Abang pukul Nurin sampai keguguran. Abang suami tak berguna Nurin. Kenapa bukan abang yang dapat penyakit tu Nurin? Kenapa Nurin sembunyikan daripada abang??” soal Zarul semakin sendu. Tangan isteri di wajahnya dicapai. Diramas perlahan. Nurin tersenyum pilu.
   “ Abang.. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Nurin redha, bang. Perkara yang paling membahagiakan Nurin adalah menjadi isteri abang. Mencintai abang walaupun Nurin sedar cinta Nurin tak mungkin berbalas..” sela Nurin lagi. Zarul menutup mulut Nurin. Dia menggeleng perlahan.
   “ Nurin, abang dah lama cintakan Nurin. Abang sayangkan Nurin. Cuma, dendam abang dah kaburkan hati abang. Abang menyesal kerana tak ucapkan kata cinta abang pada Nurin awal-awal lagi. Nurinlah perempuan yang paling mulia abang kenali. Abang khilaf. Abang sangka Nurin cuma inginkan harta abang. Malah, abang silap. Sejak kahwin, abang tak pernah beri Nurin kemewahan. Bahkan, Nurin pula yang harus melakukan kerja rumah untuk sesuap nasi.Kejam sungguh abang pada Nurin..” kesal Zarul sudah tidak berguna. Sudah terlambat.
   “ Belum terlambat, abang. Nurin ingin minta sesuatu daripada abang. Nurin harap sangat abang sudi selagi Nurin masih belum dijemputNya..”
   “ Abang sanggup, Nurin. Cakaplah..”
   “ Nurin nak merasai jadi isteri yang dicintai abang. Walaupun seketika. Walaupun hanya untuk satu hari. Nurin nak bawa kenangan tu bersama Nurin suatu hari nanti andai Nurin dah tiada. Nurin ingin dikasihi dan mencintai abang. Nurin mohon pada abang..” pinta Nurin dengan tangisan yang sayu. Zarul semakin sebak.
   “ Abang janji, Nurin. Sebaik sahaja abang ucapkan kata cinta abang pada Nurin, abang akan bahagiakan Nurin selagi terdaya. Abang janji, Nurin. Nurin akan jadi isteri yang paling bahagia dalam dunia ini. Sebelum Nurin menutup mata, abang akan jadi suami yang paling sempurna untuk Nurin..” janji Zarul sungguh-sungguh. Tubuh Nurin dipeluk kejap. Nurin mengucap syukur.
   Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi aku kesempatan untuk merasai kasih sayang seorang suami. Terima kasih Ya Allah. Ucap Nurin bersama sendu yang entah bila akan melabuhkan tirainya.

~Tamat~

16 comments:

  1. macam pendek jer cerpen nie.... hehehe
    apa2 pun keep up hana efryna....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. ni first cerpen. mse tuh xbpe mahir lg.. pndek jela. :)

      Delete
  2. sedih citer ni.....smpai nangis dibuat nya....gud akak

    ReplyDelete
  3. cerita sama. plot sama. haihh, kenapa ramai writer masih di takuk yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf anony.. ni cubaan pertama sye utk menulis cerpen. xsemua org bermula dgn kesempurnaan. mungkin ade jgk kelemahan sye sbb sye cuma manusia biasa. thanks sudi bce dan komen. sye hargai.. :)

      Delete
  4. Salam sis.. terjumpa blog awak dr google. hehe

    Saya cuma nk komen pasal cerpen ni je.. Nurin ni baik sangat.. mungkin sebagai pembaca saya terlebih emosi.. dan saya rasa patut ajar sikit husband dia.. senang2 je sepak terajang wife dia..lelaki dayus betul! (emo..emo)hehehe..

    ReplyDelete
  5. best tapi cepat sangat
    habis apa pun best ........... :)

    ReplyDelete
  6. Yg akhir tu kalo dipnjgkn sikit mesti best

    ReplyDelete
  7. cite ni best.sedih gak sampai buat kita nngis,tp masa nk ending 2,klw dipnjgkn lg,msti gmpk..-iezahtakuya

    ReplyDelete
  8. Yer laki dayus mcm hsband dia tu mmg patut diberi pngnjarn y setimpal lu huhu over feel plk aih

    ReplyDelete
  9. Sis..
    Best sangat cerita ni...nak nangis pun ada..keep it up

    ReplyDelete
  10. Sis..
    Best sangat cerita ni...nak nangis pun ada..keep it up

    ReplyDelete
  11. Your story is good.same goes to me.i am also a writer but still not publish any novels.we are new in this field so there is a lot of improvement needed.just keep it up.i am sure you can write the best story like rosmizah.can I know how old are you?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. sorry for late reply. I dah publish novel. Dh nak masuk yg ke-12. 6 I terbit sendiri. Yg lain, under publisher. 23 years old. Actually blog dh lama xupdate. I aktif di group FB. :)

      Delete