PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, March 9, 2013

Sudah Ternyata Jodoh (Cerpen)


Sudah ternyata jodoh..
Oleh : hana efryna

Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Gadis tinggi lampai itu masih lagi tidak berganjak untuk pulang ke rumahnya. Dia masih lagi buntu untuk mendapatkan sebarang idea yang mungkin akan membantu dia dikala ini. Diketuk-ketuk jarinya di dagu. Seolah-olah sedang memikirkan masalah negara sahaja.
   Over sungguh si minah separuh sewel ni. Ops! Bukan sewel betul-betul pun. Tapi, memang itu gelaran yang tepat untuk gadis yang kelam-kabut tahap kucing nak mampus ini.
   Hmm.. macam mana ni? Apa aku nak jawab pada emak kalau emak tanya tentang telur yang dia suruh beli kat kedai Pak Akob tu, ye? Gadis separuh sewel itu mengomel lagi. Mulutnya terkumat-kamit macam orang yang sedang membaca mantera.
   Ahhh! Apa susah? Aku jawab ajelah.. “ Mak, maaf. Qis lapar sangat tadi masa tengah on the way nak balik rumah. Lagipun, Qis tengok telur ayam tu macam ‘panggil-panggil’ Qis suruh makan ‘dia’.  Jadi, Qis pun habiskan telur tu kat tengah jalan”. 
   Nak bagi alasan ni ke? Huh! Tak logik. Mahu pengsan menonggeng emak aku kalau aku bagi alasan macam tu.
   Yalah.. takkanlah ada orang yang sanggup makan telur mentah hampir 15 biji itu gara-gara lapar. Melainkan orang tu dah tercabut wayar dalam kepala otak macam aku ni. Eh, kutuk diri sendiri nampak??
   Qisaira Aleya masih lagi berfikir. Kalaulah dia punya duit lebih. Hmm.. sejenak kemudian, dia mengetuk kepalanya dengan laju. Apa pasallah aku bengap tahap meroyan ni? Dah mamat tu yang langgar aku. Mestilah aku kena minta ganti dengan dia kan? Betul tak kawan-kawan?
   Hish! Pandai jugak kepala otak aku ni disaat-saat aku kebuntuan. Boleh juga dia memberi idea yang agak power tu. Dengan senyuman lebar sampai ke belakang kepala, Qisaira mula menapak lalu menghadang pintu kereta milik seseorang. Jejaka yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta Nissan Skyline berwarna putihnya itu terkesima. Terperanjat monyet jejaka tampan itu dibuatnya.
   “ Eh, you! You wait here. I nak talk-talk to you. You .. you..” Qisaira tidak menghabiskan kata, seolah-olah berfikir lagi. Bahasa inggerisnya pula memang sejak azali sudah tunggang terbalik. Jejaka itu semakin terpinga-pinga.
   “ Eh, kejap. Kau nama apa hah? You-you.. macam ikan yu pulak. Senang cerita, kau bagitahu nama kau. Senang sikit aku nak bahasakan kau.” Sambung Qisaira lagi tanpa perasaan tahu malu.
   Hmm.. kalau tadi jejaka itu sekadar terpinga-pinga. Sekarang dia rasa macam nak bagi kaki aje kat minah separuh sewel depan mata dia ni. Sesedap buah strawberry aje dia tanya nama aku.  Dahlah  dengan nada kasar pulak tu. Macam ah long nak kutip hutang aje.
   “ Er.. cik.. maaf ye? Saya kena balik cepat ni. Anak buah saya nak makan aiskrim Cornetto Black & White ni secepat mungkin. Cik tak tahu, perangai anak buah saya tu macam mana? Kalau kita lambat sikit aje.. konpem dia terjun bangunan, cik.” luah jejaka itu bersungguh-sungguh sambil menambah sedikit fakta yang tidak ada dalam kamus.
   Lagipun, sejak bila dia ada anak buah sedangkan dialah satu-satunya anak umi dan abahnya. Dan yang paling penting, dia sudah tidak sabar-sabar untuk melantak aiskrim yang baru sahaja dibelinya itu. Yummy! Qisaira terbuntang biji mata. Berpura-pura terkejut. Apa?? Ingat aku bodoh macam kau ke?? Desis hati Qisaira penuh nada mengejek.
   “ Hah, eloklah tu. Lagi elok, kalau awak pun boleh ikut dia sekali!!” Ya Allah.. jahat gila mulut si tenuk ni. Kutuk hati jejaka itu yang masih lagi tidak mendedahkan identiti.
   “ Eh, awak ni kenapa, ye? Saya betul-betul nak cepat ni. Okey, kalau alasan tadi awak tak boleh terima, saya bagi alasan lain. Haa.. I got it. Kalau awak still halang laluan saya, aiskrim ni cair nanti. So, boleh tak awak bagi laluan sikit?” pinta jejaka itu dalam nada berbaur ejekan.
   “ Eh, awak ni dah ada penyakit nyanyuk ke? Ewah-ewah.. tadi bukan main lagi awak langgar saya sampai telur-telur saya pecah tahu??” marah Qisaira berapi-api. Namun, lain pula yang difahami oleh jejaka yang lembab macam kura-kura itu. Loading.
   “ Er.. telur.. awak ada telur ke? Dah pecah??” Tergagap-gagap jejaka itu menyoal. Hampir pengsan Qisaira mendengar pertanyaan itu. Memang sah! Tersangat sah! Sahlah, lelaki ni baru pulih daripada penyakit mental tahap kronik. MasyaAllah.. sikit lagi aku nak tumbang dengar soalan dia yang memang “umpph”.
   “ Encik.. cuba encik balik rumah, encik ambillah apa-apa yang keras. Tukul besi ke, cangkul ke.. kayu besbol ke? Encik hempuk kepala encik tu supaya otak encik centre semula. Maksud saya, telur-telur yang saya beli kat kedai Pak Akob tadi. Mungkin encik tak perasan, encik dah terlanggar tubuh saya. Jadi telur-telur  tu  tak dapat diselamatkan. Innalillahiwainnailahirajiun.” Qisaira bersuara lirih pada akhir ayatnya.
   Hmm.. sedih sungguh ye kau, Qisaira? Macamlah telur tu bernyawa yang kau nak bersedih bagai. Huh!!
   “ Owh.. cakaplah awal-awal.” ucap jejaka itu lalu membuka dompetnya. Not RM50 di hulurkan kepada Qisaira. Terbeliak biji mata minah separuh sewel itu buat seketika. Yelah.. harga telur itu cuma RM5. Bukan RM50. Dia ni pandai mengira ke tidak? Omel hati Qisaira aneh. Kalau melihat pada penampilan dan seraut wajah ala-ala Dinding Dantes itu. Eh, silap pulak. Dindong Dantes itu, memang mustahil kalau tak pandai mengira. Habis tu, apa ek?
   “ Yang awak tengok saya tu kenapa? Ambillah duit ni. Jangan risau, saya bukan ada niat jahat. Awak simpan aje bakinya. Okeylah.. saya pergi dulu.” ujar jejaka itu lagi. Jejaka itu sudah menyelinap masuk ke dalam keretanya. Qisaira yang sedang terlopong, tersentak sedikit. Seolah-olah teringatkan sesuatu. Pantas dia mengetuk cermin tingkap kereta itu.
   “ Ya, ada apa lagi?” soal jejaka itu setelah menurunkan cermin tingkapnya.
   “ Nama awak apa, ye? Senang kalau saya nak panggil awak kalau-kalau terserempak. Boleh juga saya pulangkan duit baki ni.” Qisaira meluahkan hasrat hati. Seulas senyuman daripada bibir jejaka itu dihadiahkan kepada Qisaira.
   “ Nama saya Adam Daniel. Boleh panggil Niel aje. Okey, saya pergi dulu. Asssalmualaikum.” Serentak dengan itu, Daniel sudah semakin hilang dari pandangan mata. Salam daripada jejaka itu hanya dijawab dalam hati oleh Qisaira. Sungguh aku tergoda dengan senyumannya yang menusuk ke lubang hidungku. Eh, silap bermadahlah pulak.  Ah! Hentam sajalah.
***********

Tiga hari kemudian..

Qisaira masih lagi berharap jejaka yang bernama Adam Daniel itu akan dipertemukan lagi dengannya. Sungguh dia angau semenjak jejaka yang seperti berdarah kacukan itu menghadiahkan senyuman yang cukup menawan buat dirinya. Dia seolah-olah ingin terus menatap senyuman itu.
   Qisaira bergolek di atas katil beberapa kali sehinggalah… dush! Dia tanpa sedar sudah siap landing di atas lantai. Eh, sejak bila pulak aku boleh tergolek kat bawah ni? Musykil pulak aku? Agak-agaknya “Cik Han” nak bergurau-senda dengan aku tak? Kalau ye pun, tak perlulah main-main tolak sampai jatuh katil. Bebel hati Qisaira dengan andaian yang tersangat childish.
Dia kembali memanjat katil. Namun, baru sahaja dia ingin menyimpul angan untuk bertemu dengan jejaka yang sering mengganggu emosinya itu, namanya dilaung oleh Mak Kiah. Tergesa-gesa Qisaira bangun daripada pembaringan.
   “ Qis, oii Qis.. mak suruh kau perah santan. Kau boleh pula buat tahi mata kat dalam bilik tu, ye? Kau ni memanglah Qis, pemalas mengalahkan ular sawa kekenyangan. Umur dah nak masuk 24 tahun. Tapi, perangai tak berubah langsung.” Mak Kiah sudah melancarkan bebelannya dari luar pintu bilik Qisaira yang terkatup rapat. Adui, emak dah mula dah. Ni yang aku rasa nak memengsankan diri buat seketika ni. Desis hati Qisaira lalu menapak untuk membuka pintu biliknya.
   Qisaira membuka daun pintu dengan malas. Dan tanpa diduga. Kuk! Dahinya seolah-olah diketuk dengan sesuatu. Mak kiah yang mahu mengangkat tangan untuk mengetuk pintu itu langsung mengetuk dahi Qisaira. Mak ni, boleh pulak dia ketuk dahi aku macam ketuk pintu ni hah? Apa, tak cantik sangat ke dahi aku sampai disamakan dengan pintu pulak? Ni yang buat aku nak  masuk batu belah batu bertangkup ni. Qisaira sudah mula melalut di dalam hati.
   “ Mak.. sakitlah.” rengek Qisaira manja sambil menggosok-gosok dahinya.
   “ Padan muka kau! Kalau boleh, biar mak ketuk aje guna sudip kat dapur tu. Lain yang mak suruh, lain yang kau buat ye, Qis?” perli Mak Kiah dengan pedas.
   “ Kau ni Qis.. umur dah meningkat. Tapi, otak kau masih lembap macam kura-kura. Susah sangat ke nak perah santan tu? Lima minit pun boleh siap.” sambung Mak Kiah dengan bebelannya.
   “ Mak..” Qisaira baru hendak menghentikan taklimat emaknya itu. Namun, seperti biasa.. bicaranya akan segera dipintas oleh  emaknya yang kadang kala seperti peguam sahaja lagaknya. Kalau dah bercakap.. hmm.. non stop. Air liur pulak mulalah tersembur sana, tersembur sini. Silap-silap.. penuh mukanya dengan air liur Mak Kiah itu.
   “ Qis.. cubalah bawak berubah sedikit. Cubalah tengok diri kau tu. Penampilan langsung tak ada macam anak dara. Sememeh aje. Macam manalah ada lelaki nak masuk meminang kau kalau macam ni cara kau.” Mak Kiah masih melancarkan peluru berpandunya. Berdesup! Menusuk ke tangkai hati Qisaira. Buruk bebenor ke penampilan aku ni? Tukas hati Qisaira sambil meneliti pada tubuh badannya yang dilitupi oleh sehelai kain batik yang agak lusuh dan sehelai t-shirt besar menggelebeh. Rambutnya pula ditocang dua.
   “ Mak.. Qis tengok comel aje Qis pakai macam ni. Kenapa mak cakap macam tu pulak?” soal Qisaira yang sejak azali bebal tahap gaban. Mak Kiah menepuk laju dahinya. Anak aku ke ni? Boleh pulak dia kata diri dia yang dah macam monyet pakai baju tu comel? Memang aku rasa nak pitam aje sekarang ni. Kalau aku terus dengar dia melalut, silap-silap aku kena makan guna wayar kut lubang hidung. Masuk ICU lagi. Dan, tanpa menunggu masa yang lama, Mak Kiah sudah tersembam menyembah bumi. Mulalah Qisaira kalut menjerit memanggil emaknya.
   Oh, My God. Mak!!!!!” jerit Qisaira lantang. Dan tanpa sedar, dia turut memengsankan diri. Tiada lagi adegan siapa yang sedarkan siapa. Sebab dua-dua dah kena penyakit terkejut beruk. Siapa yang sedar dahulu pun, wallahualam. Ana tak tahu.. ente tahu ke?
*************

 Keesokannya..

Qisaira mengambil angin petang bersama-sama emaknya di Pantai Teluk Lipat, Dungun. Qisaira kelihatan sedikit kemas dan terurus pada hari itu dengan sepasang baju kurung berwarna merah hati. Tudung berwarna hitam turut menutupi rambutnya yang sememangnya tidak pernah didedahkan kepada yang bukan muhrim. Itu pun setelah Mak Kiah yang menyuruhnya agar berdandan. Malas mahu bertekak, dia hanya menuruti.
   Sebetulnya, dia memang tidak tahu bergaya. Nasib baik, emaknya yang sudi untuk merapikan dirinya. Dengan hanya sedikit perubahan. Qisaira kelihatan lebih menawan hari itu. Maklumlah, wajahnya juga sudah sedia cantik persis Nora Danish.
   Qisaira menghayati angin bayu yang bertiup lembut menyapa wajahnya. Namun, ianya cuma seketika apabila dia terdengar suara riuh-rendah orang ramai seolah-olah telah berlaku sesuatu yang agak mencemaskan. Kelihatan orang ramai berlari-lari menuju ke tengah laut. Qisaira mempercepatkan langkahnya sambil diekori oleh Mak Kiah.
   “ Ada orang lemaslah! Ada orang lemas.” laung satu suara. Qisaira yang mendengar segera berlari-lari anak menuju ke arah kawasan yang sudah penuh dikerumuni oleh orang ramai.
   Sampai sahaja di kelompok orang ramai itu, Qisaira menyelit di celah-celah untuk meninjau dengan lebih dekat kejadian yang berlaku. Kelihatan beberapa orang pemuda sedang berenang ke tengah laut. Dan di situ, dia boleh melihat ada sepasang tangan yang terkapak-kapai cuba meminta bantuan. Tanpa membuang masa, Qisaira terus menanggalkan sandalnya lalu berenang ke tengah lautan. Mak Kiah cuba menghalang anaknya. Namun, tindakan Qisaira lebih pantas.
   “ Qis.. Qis.. kau nak ke mana tu?? Balik sini, Qis. Kau bukannya tahu berenang.” laung Mak Kiah panik. Tanpa pengetahuannya, Qisaira memang pandai berenang. Teknik berenang itu dipelajari melalui rakannya, Nurisya yang sememangnya mempunyai hobi dalam aktiviti itu. Haa.. itulah kehebatan gadis sememeh ni yang emaknya sendiri tidak tahu.
   Qisaira sudah mendahului pemuda-pemuda lain yang  sedang bertungkus-lumus menuju ke arah mangsa yang hampir lemas itu. Sempat juga pemuda-pemuda itu berfikir tentang kepantasan Qisaira yang berenang seperti dikejar ikan paus ini.
   Qisaira sudah berjaya menarik tangan jejaka yang hampir lemas itu. Dipaut leher jejaka itu lalu dia berenang kembali ke tebing. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu mengagumi keberanian gadis di hadapan mereka. Qisaira yang sudah siap membaringkan sekujur tubuh yang tidak sedarkan diri di atas pasir itu mula mengesan sesuatu.
   Ya Allah.. Adam Daniel. Hati Qisaira menyebut sebaris nama itu. Dia mula mengucap syukur kerana berjaya menyelamatkan jejaka itu. Kalau tidak, dia pasti akan merana seumur hidup. Eh, kenapa pulak si Qisaira ni lebih-lebih, ye? Nak kata awek, tak. Nak kata, orang gaji, pun tak. Habis tu, nak di katakan sebagai apa, ek?
   “ Cuba  bagi bantuan pada dia.” saran satu suara. Qisaira dengan segera menekan-nekan dada jejaka itu. Namun, jejaka itu masih tidak bertindak balas. Takkan nak bagi bantuan pernafasan mulut ke mulut kut. Hish! Suami aku aje yang boleh rasa keseksian bibir mungil aku ni.. tukas hati Qisaira. Dan sekali lagi, dia berusaha menekan-nekan dada jejaka itu sehinggalah..
   “ Uhuk.. uhukk.” Kedengaran batuk-batuk kecil dari mulut jejaka itu. Qisaira menarik nafas lega. Begitu juga dengan orang ramai di sekelilingnya. Mak Kiah pula sudah memeluk Qisaira dengan tangisan mendayu-dayu .
   “ Qis.. mak ingat kau dah mati tadi. Macam mana kau pandai berenang, Qis? Mak tak tahu pun.” soal  Mak Kiah dalam esakannya.
   “ Mak.. ni bukan masa nak bertanya mak. Kita kena bawak Niel ni dulu. Dia mesti kesejukan, mak.” balas Qisaira.
   “ Betul tu, mak cik.” Salah seorang daripada orang ramai yang masih mengerumuni tempat kejadian menyokong kata-kata Qisaira.
   “ Betul juga cakap kamu. Kalau macam tu.. tolong papah pemuda ni. Bawak balik rumah mak cik aje dulu. Rumah mak cik pun dekat aje tu hah.” Mak kiah memberi cadangan.
*********************

Daniel masih terbaring lemah. Qisaira kelihatan menapak ke arahnya dengan memegang sehelai baju melayu dan kain pelikat. Daniel menghadiahkan senyuman. Kalau bukan disebabkan gadis itu, tentu dia sekarang sudah K.O.
   Qisaira menghulurkan pakaian yang dipegangnya kepada Daniel. Daniel menyambutnya dengan perlahan.
   “ Awak salin baju dulu, ye? Maaflah, tu aje yang ada. Pakaian tu arwah abah saya yang punya. Besar sikit sebab arwah abah saya sedikit gempal orangnya.” ujar Qisaira. Daniel hanya tersenyum nipis. Qisaira terpana dengan senyuman itu untuk kali kedua. Waduh.. sungguh manis sekali ya??
   “ Niel tak kisah. Terima kasih ye Qis sebab selamatkan Niel.” Daniel sudah membahasakan dirinya dengan panggilan ‘Niel’. Panggilan yang kelihatan lebih mesra. Qisaira sedikit tersentak. Macam mana dia tahu nama aku ni?
   “ Macam mana awak tahu nama saya?” soal Qisaira aneh.
   “ Tadi, saya dengar emak awak panggil awak dengan nama tu. Mestilah tu nama awak, kan? Takkan nama saya pulak?” Daniel buat lawak tak pandai. Qisiara mengangguk beberapa kali.
   “ Saya nak tanya sesuatu boleh?”
   “ Boleh.. Qis nak tanya apa?” Hei, mamat ni! Qis-Qis.. apa dia ingat aku nak kiss dia ke?? Qisaira sudah mula melalut.
   “ Awak ni pandai berenang ke tak? Kalau tak pandai, kenapa awak pergi main tengah-tengah laut tu? Atau awak memang nak bunuh diri?” soal Qisaira tiga soalan sekaligus.
   “ Okey.. saya jawab semua tu, ye? Pertama.. saya pandai berenang. Kedua.. sebab saya rasa nak berenang. So, saya pergilah berenang sampai ke tengah laut. And the last one, tak.. saya bukan nak bunuh diri. Tak ada sebab pun nak buat macam tu..” Daniel menjawab satu-persatu.
   “ Kalau pandai, kenapa boleh lemas??” soal Qisaira tidak berpuas hati.
   “ Saya langsung tak sangka jadi macam tu. Kaki saya tiba-tiba kejang sewaktu berenang tadi. Sebab tu, jadi macam tu. Sebelum ni.. tak pernah pulak. Saya rasalah, agaknya Allah dah memang takdirkan saya untuk jumpa awak lagi tak?” balas Daniel. Qisaira pula sudah merah muka menahan malu. Tak mau-tak mau… malu tau? Gedik sungguh si Qisaira ni. Ish3..
   “ Er.. awak salinlah baju tu dulu. Saya nak ke dapur.” Qisaira sudah malu-malu biawak. Dengan sekejapan, dia sudah meloloskan dirinya ke dapur.
***************

Dua bulan kemudian..

Semenjak peristiwa Daniel hampir lemas, hubungan dia dan Qisaira semakin intim. Dan hari ini, dia nekad untuk meluahkan isi hatinya terhadap gadis itu yang semakin hari sudah pandai bergaya sakan itu. Amboi.. nak mengurat lelaki mana pulak ni? Tak cukup handsome ke aku ni? Daniel sudah mula merasa cemburu buta.
   “ Qis.. Niel nak cakap sikit.” ujar Daniel memulakan bicara sewaktu mereka berdua sedang menikmati makan tengahari di warung Mak Jenab.
   “ Apa dia, Niel? Qis nak makan pun tak senang.” balas Qisaira dengan selamba badak. Langsung tersedak Daniel yang ketika itu sedang menghirup air milo aisnya.
   “ Tak baik cakap macam tu. Kecil hati Niel.” rajuk Daniel mengada-ngada. Qisaira sudah melambakkan tawa persis langsuir betina miang.
   “ Qis gurau aje. Nak cakap apa?”
   “ Er.. Niel nak tanya. Qis dah ada teman lelaki ke belum?” Qisaira yang sedang enak melantak hanya menggeleng sebagai jawapan. Daniel tersenyum. Peluangnya semakin cerah..
   “ Betul ni tak ada?” Qisaira angguk pula. Dah macam tengah menari lagu angguk-angguk, geleng-geleng pulak si Qisaira ni.
   “ Kalau macam tu, jadi awek Niel boleh??” soal Daniel dengan riak selamba. Qisaira yang mendengar langsung tercekik tulang ayam. Terbeliak matanya. Daniel pantas bangun sambil menghulurkan air. Setelah tulang ayam itu berjaya melepasi kerongkongnya lalu masuk ke dalam perut, Qisaira memasamkan muka tanda geram.
   “ Niel ni.. terkejut Qis tahu tak?”
   “ Tak tahu. Hehe.. sorry. Tulah, lain kali orang tengah duk bercakap, jangan sibuk nak makan aje. Dengar dulu.” bebel Daniel pula. Qisaira mendesah.
   “ Malas nak layan Niel..” rajuk Qisaira dengan muncung itiknya. Daniel tergelak perlahan.
   “ Okey.. maafkan Niel. So, sekarang boleh ke tak?” soal Daniel lagi.
   “ Boleh apa pulak ni? Boleh blah ke??”
   “ Qis, janganlah main-main. Niel nak Qis jadi awek Niel. Abah dengan umi pun selalu tanyakan Qis. Diorang nak jumpa Qis..” Daniel berbicara lagi. Qisaira terlopong. Takkanlah kot? Mana mungkin abah dan umi Daniel yang masing-masing seorang yang berkerjaya itu hendak berjumpa dengan gadis sememeh sepertinya. Abah Daniel seorang arkitek, manakala umi Daniel pula seorang pensyarah. Hebat, kan?
   “ Betul ke, Niel? Diorang nak jumpa Qis buat apa?” soal Qisaira tidak percaya.
   “ Qis, Niel tak main-main tau? Betul.. umi dan abah nak jumpa Qis. Qis jawablah dulu. Qis nak jadi awek Niel tak?” soal Daniel lagi. Hish! Daniel ni pun satu. Tanya pulak.. mestilah nak. Saya nak tau.. desis hati Qisaira.
   “ Qis, Niel tak suruh Qis berangan. Niel tanya nak ke tak?” ujar Daniel lagi. Dalam malu-malu, Qisaira mengangguk. Dan sekejapan sahaja, tangannya sudah digenggam kemas oleh sepasang tangan sasa milik Adam Daniel.
   Ni gua rasa nak tendang aje mamat ni. Belum sah lagi, dah berani pegang tangan gua. Kan tak pasal-pasal ada yang makan kaki. Qisaira sudah mula membebel dalam hati. Dijeling wajah Daniel penuh geram. Faham akan maksud jelingan itu, Daniel pantas meleraikan pegangan tangan. Hehe.. terlebih sudah.
***********************

Pada petang yang agak damai itu, Qisaira dikejutkan dengan kedatangan beberapa buah kereta mewah di hadapan rumahnya. Dan salah satu daripada kerata itu amat dikenali. Ya! Nissan Skyline berwarna putih itu adalah milik teman lelakinya. Pantas, dia masuk ke bilik lalu menyarung tudung. Apabila dia keluar sahaja daripada bilik, kelihatan Mak Kiah sudah sibuk menyuruh tetamu duduk. Aik.. emak ni.. dah macam tahu-tahu aje tetamu ni semua nak datang. Matanya pula melilau mencari sekujur tubuh yang dirindui. Namun, tiada. Mana pulak si Daniel ni?
   “ Qis.. keluar, nak. Ada tetamu ni.” laung Mak Kiah. Qisaira pantas tergesa-gesa mendapatkan emaknya.
   “ Ya, mak. Qis datang.”
   “ Qis.. salam dengan bakal mentua kamu ni.” arah Mak Kiah membuatkan Qisaira terpinga-pinga.
   “ Ni ke, Qisaira Aleya? Hmm.. cantik orangnya. Macam yang Niel cakap.. sopan.” puji seorang wanita yang dalam lingkungan awal 40-an. Lelaki yang hampir sebaya dengan wanita itu juga mengangguk sedikit. Berbunga jugak hati Qisaira apabila dipuji cantik. Ah! Memang cantik pun. Kih3..
   “ Maaf ye, Qis? Tujuan kami datang ni nak meminang Qis untuk anak kami, Adam Daniel.” tutur wanita itu menyebabkan Qisaira sedikit tersentak. Daniel tak cakap pun??
   “ Daniel nak surprise kan, Qis. Sebab tu dia diamkan dulu. Qis panggil aje mak cik, Umi Ann. Dan yang ni pulak, Abah Daud.” luah wanita itu lagi.
   “ Niel kat mana auntie. Ops.. Umi Ann?” soal Qisaira.
   “ Niel ada kat dalam kereta. Dia cakap selagi Qis tak cakap setuju, dia takkan turun dari kereta tu. Dia malu kalau Qis tolak pinangannya.” luah Abah Daud pula.
   “ Qis setuju! Qis setuju sangat. Kalau boleh, esok kahwin ye, Umi Ann? Abah Daud?” Jawapan spontan dan tidak terkawal dari mulut Qisaira meyebabkan semua yang ada terlopong. Rakus sungguh si Qisaira Aleya ni. Dan Mak Kiah pula sudah menghantuk-hantukkan kepalanya pada tiang kayu rumah mereka. Malunya ada anak perempuan tak tahu malu macam si Qis ni.. desis hati tua itu.
***********************

Sebulan kemudian..

Sudah genap tiga minggu dia dan Daniel mendirikan rumah tangga. Bahagia sungguh berada di sisi lelaki itu. Sudahlah kacak.. kaya pulak tu. Opss! Lupa pulak nak cakap. Si Niel ni kerjaya dia adalah seorang arkitek juga. Macam Abah Daud. Tapi, si Niel ni ‘up’ sikit sebab dia ada syarikat sendiri. Pernah juga dia mempelawa abahnya untuk berkerja dalam satu syarikat. Namun, abahnya menolak mentah-mentah. Katanya, sayang untuk meninggalkan syarikat yang sudah berpuluh-puluh tahun dia berkhidmat.
   Qisaira berbangga dengan pencapaian suaminya. Suaminya yang tua tiga tahun daripada usianya itu kelihatan sungguh matang dalam melayari alam rumah tangga. Qisaira tersentak sedikit tatkala ada sepasang tangan kasar melingkari pinggangnya dengan lembut. Qisaira memandang wajah comel suaminya yang nampak keanak-anakan itu dengan matanya sedikit terpejam. Diusap-usap kening lebat suaminya.
   “ Abang.. penat sangat ke? Sampai lepas solat isyak terus tidur.” soal Qisaira sambil membelai-belai pula rambut lurus yang dipotong pendek milik Daniel. Daniel kelihatan senang dengan layanan isterinya.
   “ Penat, sayang. Tadi, abang kena ulang-alik ke site pula sebab ada beberapa masalah yang berlaku kat site. Dah macam orang gila pun ada. Naik lenguh badan abang ni. Sayang urutkan abang boleh?” pinta Daniel tiba-tiba. Qisaira hanya tersenyum manis.
   “ Okey.. Qis urutkan abang, ye?” balas Qisaira. Daniel terus melonjak riang dengan persetujuan isterinya. Dia pantas membuka baju tidurnya lalu meniarap dia atas katil. Dan tanpa menunggu masa yang lama, sepasang tangan milik Qisaira sudah menari lembut di atas belakangnya. Lega yang amat!
   “ Qis.. terima kasih.” ucap Daniel setelah Qisaira selesai mengurut badannya. Dia sekarang sudah kembali bertenaga. 
   “ Abang ni.. tak payah nak berterima kasih bagai. Tu kan tanggungjawab Qis. Apa yang abang minta, Qis akan tunaikan selagi termampu.” balas Qisaira. Sedangkan Daniel sudah mengangkat-angkat kening tanda nakal.
   “ Betul ke ni?” Daniel menduga. Qisaira yang sudah dapat meneka maksud suaminya hanya mengangguk dalam keterpaksaan. Silap pulak dia kerana bercakap begitu. Hmm.. sudah terlajak kata, mana boleh reverse daa..
   “ Kalau abang nak Qis boleh?” soal Daniel sambil memaut pinggang Qisaira agar lebih rapat pada dirinya. Qisaira angguk lagi. Daniel semakin tersenyum lebar.
   “ Abang sayangkan Qis.” ucap Daniel lalu melekapkan bibirnya pada bibir mongel milik Qisaira. Lama bibir mereka bertaut mesra. Qisaira hanya memejamkan mata.
   “ Qis tak nak cakap apa-apa?” soal Daniel tatkala dia sudah meleraikan ciuman mesra mereka. Qisaira hanya memandang mata Daniel yang semakin kuyu. Memaksudkan sesuatu.
   “ Err.. Qis sayang abang. Terima kasih sebab pilih Qis. Terima Qis seadanya. Sedangkan Qis tak istimewa pun. Qis cuma gadis yang selekeh.. tak pandai bergaya.” Belum sempat Qisaira menghabiskan kata.. Daniel sudah memintas laju.
   “ Shh.. abang tak kisah siapa Qis. Yang penting, Qis memang dah ditakdirkan untuk jadi jodoh abang. Dan abang bersyukur, abang dikurniakan seorang isteri yang agak baik, penyayang. Walaupun kadang-kala Qis agak memeningkan kepala.” ucap Daniel sambil turut mengusik isterinya. Qisaira mencubit lembut perut suaminya. Mengaduh manja Daniel.
   “ Cakap lagi Qis macam tu.. kena abang. Qis pun bersyukur dapat abang. Dahlah handsome, romantic dan yang paling penting.. hmm.. kaya! Bolehlah Qis kikis duit abang hari-hari.” usik Qisaira pula.
   “ Suka hati Qislah. Duit abang habis takpe, asalkan Qis selalu di samping abang. Alhamdulillah.. sudah ternyata jodoh Qis dan abang. Abang takkan sia-siakan. Abang akan cuba menjadi yang terbaik buat Qis dan anak-anak kita nanti.”
   “ Anak-anak?” soal Qisaira aneh.
   “ Ya.. anak-anak. Bakal anak-anak abang yang akan Qis kandungkan.” ujar Daniel yang semakin sarat dengan rasa yang indah seperti di taman bunga. Sekali lagi, tanpa sempat Qisaira membalas.. bibir isterinya sudah dikucup kemas. Dan saat pijama lembut milik isterinya berjaya dirungkai. Hanya kenangan terindah yang bakal menghiasi malam mereka. Qisaira merelakan suaminya memimpinnya melayari saat-saat indah mereka bersama.
********************

Setahun  enam bulan kemudian..

“ Sayang.. tolong buatkan susu untuk Darwin. Abang nak tukar lampin Damia ni.” arah Daniel yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. Begitulah rutin hariannya sebelum berangkat ke pejabat. Membantu isterinya menguruskan pasangan anak kembar mereka. Mohd Darwin Wafique dan Nur Damia Insyirah.
   “ Ya.. kejap, bang.” sahut Qisaira pula yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Bergegas dia menyediakan susu untuk Darwin yang sudah mula merengek-rengek itu.
    Damia sudah lena kembali di dalam katilnya. Manakala, Darwin pula sudah berada dalam dukungan papanya. Kelihatan ‘hero’nya itu masih merengek-rengek tanda lapar. Hish! Manja macam papanya.
   “ Abang.. sarapan sudah siap. Abang pergilah makan dulu. Biar Qis susukan Darwin. Nanti dia dah tidur, Qis temankan abang makan.” arah Qisaira lalu mangambil Darwin daripada dukungan suaminya.
   “ Yalah. Kalau Darwin dah tidur, sayang temankan abang pulak kat dapur. Tak best sarapan sorang-sorang.” rengek si ‘bapak’ baby pula. Qisaira hanya mengangguk-angguk. Daniel berlalu dengan wajah ceria. Semenjak bergelar papa, hidupnya semakin ceria dan bermakna. Tambahan pula, Allah S.W.T menghadiahkannya dan Qisaira sepasang anak kembar. Bertambahlah ceria hidup mereka dengan kehadiran hero dan heroin itu.
   Dia tahu, ikatan yang terjalin antara dia dan Qisaira sudah ternyata jodoh yang ditentukan oleh Allah yang maha berkuasa. Siapa sangka enggan dan pipit juga boleh sama-sama bergandingan, kan? Kalau dah tersurat jodoh, larilah seribu batu.. akhirnya akan bertemu jua. Seperti kisah Adam dan Hawa. Walaupun terpisah dalam jangka masa yang lama dan di tempat yang berlainan mereka dicampakkan dari syurga. Namun, jodoh mereka yang ditentukan oleh Allah S.W.T tetap menyatukan mereka kembali. Begitulah yang dikatakan, sudah ternyata jodoh.

15 comments:

  1. best bagi pembaca cerita yang tak berlesen macam saya ni. teruskanlah menulis cerita2 yang best ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pmbce y xblesen? mksdnye? hehe.. insyaAllah law ad idea y dtg. :)

      Delete
  2. dah penah baca kat doc group tapi tetap nak baca lagi..x boring..sy suke kalau manis-manis ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. well done writer... cerita yg menarik + suwwiit.. hehehe... tp blh improve lg tu... insyaAllah.. go go chaiyok...!! ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cerpen kedua hana. karya y kedua. mula2 brkarya mse nim. thanks sudi bce. :)

      Delete
  4. Ini lh namenye klu dh jodoh xke mane..... Memang best semua hasil karya Hana Efryna ni.... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis ina.. thanks sudi jenguk.. :)

      Delete
  5. not bad...sweet

    ReplyDelete
  6. Sweet sgtttt hana citer ni....!!! Well done!!! Teruskn berkarya lg.....!!!

    ReplyDelete
  7. Besstt sangat.. sya suke sya suke.. :)

    ReplyDelete