PeNgiKuT sEtiA..

Thursday, March 28, 2013

Sekali Ku Cinta Padamu (Cerpen)


Sekali Ku Cinta Padamu (Cerpen)
Oleh : Hana Efryna

Zara Balqis tersenyum sendiri sambil mengelap cermin pejabat yang lutsinar itu. Mukanya didekatkan pada cermin ingin melihat wajah majikan atau lebih tepat hero pujaan yang disukai dalam diam itu. Seketika, dia terkekeh-kekeh pula ketawa sambil menonyoh-nonyoh kain buruk kuat pada cermin sehingga menghasilkan bunyi kecil.
   Zarief Haiqal serentak menoleh mencari bunyi itu. Seketika, dia mendengus kuat. Hailah.. si tukang cuci ni lagi. Muak betullah. Dahlah dia tengah bengang ni, si tukang cuci pula duk sibuk tayang sengih gatal kat luar tu. Memang nak kena dengan aku ni. Pantas, Zarief berjalan laju menuju ke cermin kaca itu.
   Kuk. Kuk. Kuk.
   Cermin kaca itu diketuk. Zara tersentak. Pantas dia menjarakkan diri. Zarief tayang muka masam. Jari telunjuk dinaikkan lalu dia menggamit gadis itu masuk. Nak ‘basuh’ cukup-cukup! Zara tersengih. Kalau dah hero pujaan yang panggil, mahu tak gembira kan? Tangan diangkat tanda menyuruh majikannya tunggu sekejap.
   Ewah-ewah budak ni.. siap suruh aku tunggu lagi! Bentak hati Zarief.
   “ Err.. ada apa, Rief?” soal Zara dengan senyum herotnya. Kain buruk di tangan dipintal-pintal sedikit. Huh, merenyam! Agaknya itulah yang Zarief fikirkan. Dia menjeling meluat.
   “ Kau panggil aku apa tadi, bodoh? Rief? Apa kau ingat aku ni abang kau, suami kau?? Panggil aku, Tuan Zarief!” tengking Zarief berapi-api. Zara terkejut. Wajahnya langsung berubah riak.
   “ Ri.. eh, Tuan Zarief janganlah panggil saya, bodoh. Saya tak bodoh, tahu? Saya dapat 9A sewaktu SPM. Cuma, mak tak ada duit nak hantar saya masuk universiti. Tapi, jangan risau.. duit saya kerja kat sini nan..” Zara tersentak sedikit apabila suara Zarief kuat mengherdiknya. Terganjak sedikit tubuhnya ke belakang.
   “ Hei, stop it!!!” marah Zarief geram. Kuat suaranya bagaikan hendak pecah sahaja dinding Zurf  Holding itu. Zarief bangun. Bergerak pantas menuju kea rah Zara. Zara kecut perut.
   “ Aku tak fahamlah macam mana kau boleh kerja dekat sini. Dahlah bodoh, lembap. Lepas tu, aku duk perhatikan kau.. kau asyik pandang-pandang aku selama ni, kenapa??” Zarief menunjal-nunjal dahi Zara. Zara mula rasa hendak menangis.
   “ Tuan.. janganlah tunjal kepala Ara. Kat sini ada ilmu..” Zara mula teresak-esak kecil. Memang menjadi kebiasaannya kalau dia rasa sedih, nama panggilannya akan bertukar. Ara adalah nama manjanya. Zarief berang. Ara kepala hotak dia!!
   “ Kau ni memang tak sedar diri kan? Kau tahu tak taraf hidup kau kat mana? Ni hah.. kat tapak kasut aku je. Jadi, aku harap kau jangan nak menggeletis lagi lepas ni. Kononnya kau impikan aku ni jadi putera raja kau kan? Supaya aku boleh angkat martabat orang miskin macam kau ni.Ye tak?” ejek Zarief. Zara tersentak.
   “ Tuan! Ara bukan macam tu. Ara memang sukakan Tuan. Tapi, Ara ada maruah., Ara..”
   “ Jadi, betullah gosip liar selama ni cakap kau sukakan aku? Selalu intip aku?” Zarief memintas. Tangan diselukkan ke dalam slack kelabunya.
   “ Ara..” Zara termati kata. Macam manalah dia boleh terlajak kata tadi. Alahai..
   “ Woi budak mentah.. kau dengar sini baik-baik. Kau dengan aku memang takkan pernah sama taraf. Aku ni berlian, permata.. kau cumalah besi jalanan. Yang tak ada harga. Kau anak Datuk, Tan Sri? Bukan kan? Jadi.. jangan pernah kau impi untuk ubah taraf kau dengan cara mudah macam ni,” herdik Zarief lagi. Rasa geram pada Marina dilepaskan pada si gadis.
   “ Tuan.. Ara memang bukan anak Datuk, Tan Sri. Malahan, keluarga Ara memang orang miskin. Tapi.. Tuan janganlah hina Ara macam tu. Ara sukakan Tuan ikhlas. Bukan sebab harta.” bela Zara dengan suara bergetar.
   “ Dasar budak hingusan. Kau jangan nak cakap soal suka boleh tak? Gelilah.. dengan pakaian selekeh macam ni. Bau hapak. Ada hati nak samakan taraf dengan anak Datuk macam aku. Mulai hari ni, aku berhentikan kau dari Zurf Holding. Kau boleh berambus sekarang!!” Zarief semakin meluat. Zara terpempan.
   “ Tuan, tolonglah jangan berhentikan Ara kerja. Ara nak cari duit. Ara janji lepas ni Ara cuba untuk tidak sukakan Tuan. Ara nak bagi duit pada mak kat kampung. Tolonglah..” Zara sudah menangis. Zarief tersenyum mengejek.
   “ Boleh untuk aku tarik balik perletakan jawatan kau. Tapi.. kau melutut kat kaki aku dulu.” Zarief bersuara. Tapa kata, Zara terus memeluk kaki itu. Ya, maruahnya ditolak ke tepi. Apa yang penting, dia dapat menjaga periuk nasinya dan emak di kampung.
   “ Tuan, jangan buang Ara. Tuan, Ara orang susah. Tuan..” Zara mengongoi lagi. Zarief tiba-tiba ketawa sebelum dia merentap kakinya. Lantas dia menepis sisi seluarnya. Seolah-olah membuang kekotoran yang melekat. Huh, kejam.
   “ Bodoh, keluar kau sekarang. Kau ingat aku ni akan kutip kau balik?? Kau memang mimpilah. Huh, memang betul-betul macam pengemis. Kau keluar sebelum aku panggil pengawal,” jerkah Zarief. Puas dia melihat wajah itu marayu-rayu. Sudah lama dia hendak menyingkirkan pengemis jalanan tersebut dan hari ni impiannya termakbul.
**************
  
   Dua minggu berlalu..

   “ Ara.. aku ada tawaran kerja untuk kau. Tapi.. pelayan dekat restoran ajelah.” Suara Raihana memecah kesunyian rumah sewa setingkat itu. Pantas, wajah Zara nampak ceria. Dia menoleh mancari raut wajah teman sekampung itu.
   “ Betul ke, Hana? Berapa gajinya?” soal Zara teruja. Semenjak insiden dia dibuang kerja, sudah hampir dua minggu dia menganggur.
   “ Err.. tak banyaklah. Dalam empat ratus sebulan. Kau nak ke kerja tu?” Raihana nampak teragak-agak. Serta-merta wajah ceria Zara merudum sedikit. Empat ratus? Memang satu jumlah yang tak cukup. Tapi, tak apalah daripada langsung tak ada kerja.
   “ Eh, tentulah nak. Bila aku boleh mula kerja, Hana?” soal Zara cuba menghargai penat lelah Raihana mencari kerja untuknya.
   “ Esok kau dah boleh mula,” balas Raihana sambil tersenyum kecil. Berharap pertolongannya ini dapat membantu Zara Balqis. Zara tersenyum lebar.
   “ Terima kasih, Hana,” ucap dia tulus.
***************

Zara memulakan tugasnya yang pertama di Restoran Azila itu. Penat memang penat kerana dia terpaksa berkejar ke sana dan ke mari. Pelanggan yang bertandang memang tak menang tangan hendak ditangani.
   What the..” herdik suara seseorang apabila tanpa sengaja dia tertumpahkan segelas jus epal ke atas susuk tubuh itu. Zara panggung kepala. Seketika, dia tersenyum lebar.
   “ Tuan??” soal Zara ceria. Langsung lupa penghinaan lelaki itu. Zarief mendengus. Betina malang ni lagi??
   “ Kau lagi, Zara?? Kau ni memang sial ke apa?” herdik Zarief sebal. Zara terdiam. Wajahnya mula berubah riak.
   “ Tuan, mak cakap tak baik cakap orang sial. Nanti, Tuhan ma..” Splash!! Zara langsung terdiam apabila wajahnya lencun disimbahi sisa jus epal yang terletak elok di atas dulang tadi. Zara terkesima. Pantas, dia meraup wajahnya yang lencun. Tika itu, dia nampak senyuman sinis Zarief dan beberapa pasang mata pelanggan yang lain. Ada yang tersenyum mengejek, ada yang tayang wajah simpati.
   “ Tuan.. kenapa buat Ara macam ni? Benci sangat ke pada Ara?” soal Zara sudah tercebik-cebik. Tanpa kata, Zarief terus berlalu dengan wajah memerah.
   Kelibat Zarief semakin menghilang, Zara melangkah gontai. Hatinya menangis. Wajahnya dibiarkan melekit.
   Tuan, Zara tahu Tuan bencikan Zara. Tapi.. Zara tak pernah bencikan Tuan. Malah, Zara tak boleh bencikan Tuan. Sebab.. sebab sekali Zara cinta.. Zara tetap akan cinta buat selamanya. Macam cinta arwah ayah pada mak.. rintih Zara sendu lalu dia mula menapak untuk membersihkan wajahnya.
*****************

Fiona mendengus kuat. Tubuh Zarief ditarik dari belakang. Zarief membentak sedikit. Perempuan nilah..
  “ Hei Fiona! Lepaskan I!!” tengking Zarief bengang. Terus bergema ruangan parkir Mid Valley itu. Fiona tetap pekakkan telinga. Tubuh sasa itu tetap dirangkul erat.
  No, never let you go. You tak boleh putuskan hubungan kita macam tu aje. I minta maaf sebab salah sangka tadi. I ingat dia girlfriend you.” Fiona buat gila. Belakang tubuh sasa itu dicium bertalu-talu. Zarief berang. Dengan sekuat tenaga, dia berpusing sebelum sebuah tamparan hinggap di pipi Fiona.
   “ You ni memang murahan! Kalau I dah cakap I tak nak, maknanya I tak nak. Faham tak? I dah bosanlah dnegan sikap melulu you tu. Kalau betul pun Marina tu kekasih baru I, so what?? Bitch!” hina Zarief serentak dengan sebuah tamparan. Terdorong tubuh kecil itu ke belakang. Dengan panahan mata yang tajam, dia meluru ke arah Zarief lalu tbuh itu dipukul-pukul. Zarief cepat saja mengilas lengan itu ke belekang.
   “ You takkan boleh lawan kudrat I, Fiona!!” ejek Zarief lalu tubuh itu ditolak menyembah bumi. Fiona mula rasa laharnya mendadak naik.
   “ Jantan tak guna. Kau dengar sini, Rief! Aku bunuh kau!! Aku bunuh kau!! Kau ingat aku hadap sangat dengan kau? Kau mati kali ni!!” ugut Fiona lantas berlari laju ke arah kereta Toyota Viosnya. Zarief gelak mengejek.
   Well.. kau fikir aku takut ke?” laung Zarief sebelum dia mula melangkah. Baru dia nak melangkah lebih mara, susuk tubuh seseorang mula ternampak di ruangan parkir itu. Zara?
   “ Tuan??” Sebelum sempat Zarief nak mengelak, Zara terlebih dahulu mengesan kedudukannya. Zarief terpempan. Hailah.. aku nak elak, dia boleh pula panggil-panggil aku?
   “ Tuan buat apa kat sini?” soal Zara ceria. Mahu tak ceria, wajah yang sering dirindui ada di depan mata. Zarief buat muka bosan.
   “ Hei, kau ni ikut aku ke apa?” soal Zarief mulai rimas. Zara menggeleng.
   “ Taklah, Ara tak ikut Tuan. Ara datang sini nak beli barang-barang untuk mak dengan adik kat kampung,” ujar Zara polos. Zarief senyum herot.
   “ Ada duit ke?” sindir suara itu. Zara angguk lalu dengan cepat dia meraba poket seluar lusuhnya. Lalu, telapak tangannya dibuka di depan mata Zarief. Beberapa not RM50, RM10 dan RM1 ada bergumpal di situ. Zarief menggeleng. Bibirnya mencebik.
   “ Kau ingat cukup duit banyak tu?” sela Zarief mula hendak membuka Porshe Panamera miliknya. Zara geleng pula dengan senyuman kecil.
   “ Tak cukup, Tuan. Sebab tu Zara ingat nak balik dululah. Esok-esok Zara datang lagi. Zara kena kerja lagi baru boleh kumpul duit. Zara ingat barang-barang kat sini tak mahal sangat. Rupa-rupanya mahal juga. Baju yang Zara nak belikan untuk mak pun dah harga beratus-ratus.” Polos suara itu kedengaran. Zarief buat tak dengar suara itu berceloteh.
   “ Dahlah, kau tepi sikit. Aku nak balik ni.” Zarief menolak tubuh kecil itu. Zara tersendeng ke tepi.
   “ Nah, ambil duit ni.” Zarief tiba-tiba menghulurkan empat keping not RM50 pada Zara. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa baik hati pula. Zara nampak teragak-agak.
   “ Ambillah. Aku sedekah. Okeylah, aku balik dulu.” Zarief tidak jadi untuk membuka pintu keretanya bila mana Zara terlebih dahulu menyeru namanya.
   “ Tuan..”
   “ Kau nak apa lagi ni?” Zarief bersuara malas. Tubuhnya disandarkan pada kereta.
   “ Ara.. Ara nak minta maaf sebab selama ni Ara sukakan Tuan. Ara patut sedar Ara tak layak dengan Tuan. Tuan jangan risau, lagi dua tiga hari, Ara dah tak tinggal kat Kuala Lumpur. Mak dah nak jodohkan Ara dengan Cikgu Hisyam kat kampung. Le.. lepas ni, Ara akan cuba lupakan Tuan walaupun prinsip Ara selama ni.. sekali ku cinta padamu.” ujar Zara polos. Zarief tersentak.
   “ Kau nak kahwin?” soal dia tak percaya.
   “ Ya, Ara nak kahwin. Cikgu Hisyam tua lapan tahun dari usia Ara. Sekarang, umur dia sama dengan umur Tuan. Hmm.. 26 tahun.” Sambung Zara lagi. Namun, wajahnya tidak ceria. Zarief mula rasa sesuatu.
   “ Err.. semoga kau berbahagialah.” Zarief bersuara sedikit teragak-agak. Memang gila. Macam manalah dia boleh duduk bersembang dengan gadis yang dia benci. Ah, aneh sungguh?? 
   “ Terima kasih, Tuan. Duit ni Tuan halalkan ye? Ara nak beli baju untuk mak dan adik. Tuan.. kenapa eh Ara rasa macam Ara dah nak tinggal Tuan untuk selamanya? Ara rasa macam Ara nak pergi jauh daripada Tuan, Hana, mak dan adik?” soal Zara tiba-tiba membuatkan Zarief tersentak hebat. Tubuhnya terbangun dari sandaran. Dan tika itulah.. suara orang mengamuk kedengaran kuat.
   “ Kau mati kali ni, Rief!!” Fiona menerpa laju bersama sebilah pisau rambo di tangan. Terbeliak mata Zarief. Zara lebih-lebih lagi. Dan secepat kilat, dia menghadang tubuh Zarief dengan tubuh kecilnya bila mana langkah Fiona semakin hampir. Fiona merodok-rodok perut itu sebanyak tiga kali. Hasutan sudah menguasai diri. Zarief terlopong. Ya Allah!! Tubuh Zara melorot ke simen. Darah berlumuran.
   “ Fiona!!” herdik Zarief lantas tubuh Fiona dihumban kasar. Dek tidak menjangka tingkah Zarief, kepala Fiona terhantuk ke atas simen. Seketika, Fiona sudah tidak sedarkan diri.
   Zarief masih lagi kaku. Tubuh yang dipenuhi darah itu sudah tidak bergerak. Zarief mampir sedikit demi sedikit sebelum dia jatuh melutut di sisi tubuh itu. Apa aku dah buat selama ni pada dia? Mulalah tayangan kekasaran dan penghinaannya pada Zara berlegar-legar di ruang minda. Ya Allah, kenapa kau buat macam ni, Ara??
**********************

Zarief termangu apabila dia tiba-tiba disuakan dengan sebuah diari. Pantas, dengan tangan terketar-ketar dia mencapai diari yang dihulurkan Raihana.
   “ Diari Zara.. bacalah,” jelas Raihana lalu dengan wajah sedih, dia mengatur langkah.
   Zarief terdiam seketika sebelum helaian diari comel berwarna merah jambu itu mula diselak sehelai demi sehelai. Dia mula membaca coretan kemas itu.

28 0gos 2012..
Hari ni aku rasa macam dah jumpa dengan prince charming. Hari pertama bekerja di Zurf Holding sebagai seorang cleaner boleh pula jumpa dengan anak lelaki bos. Mak aih.. dia sangat kacak. Namanya pun sedap didengar. Hmm.. Zarief Haiqal.

Zarief tersenyum membaca coretan itu. Helaian kedua diselak.

30 Ogos 2012..
Aku intip dia lagi. Dia nampak comel sangat bila nampak muka dia tersenyum macam tu. Tapi, dengan aku dia tak pernah senyum. :(

Tubir mata Zarief bergenang. Ya, saya tak pernah senyum pada awak, Zara. Sebab saya khilaf. Saya tak sedar keikhlasan awak pada saya. Ya Allah.. Zarief menangis lagi.

1 Sept 2012..
Haha.. kelakarnya bila tengok dia tertidur kat sofa pejabat tadi. Mulut ternganga macam anaconda. Hmm.. dia penat kot? Rasa macam nak cium-cium aje wajah tampan dia tu. Comel! Tapi.. bukan muhrim. Hehe..

 Zarief tergelak pula membaca coretan itu. Eh, bila dia tertidur eh? Helaian terus diselak lagi.

3 Sept 2012..
Mak, anak mak dah jatuh cinta. Ara rasa macam Ara dah suka sangat pada dia. Jadi, hobi Ara lepas ni ialah Ara akan terus intip dia dalam diam. Hehehe.. J

Zarief tersentak. Zara cintakan dia? Jadi, selama ni Zara memang ikhlas sukakan dia?


6 Sept 2012..
Mak, Ara sedih. Hari ni dia marah-marah Ara. Ara dah diberhentikan kerja, mak. Dia hina Ara. Hina keluarga kita. Tapi, Ara tak boleh bencikan dia. Ara bodoh kan, mak? Mak, prinsip arwah ayah juga dah sebati dalam diri Ara. Sekali ku cinta padamu.. L

 Zarief terpana. Sekali ku cinta padamu? Apa maksud sebenar prinsip tu? Zarief tertanya-tanya sendirian sebelum matanya mula singgah pada helaian terakhir. Sedikit panjang berbanding coretan lain. Tidak sanggup hendak membelek helaian-helaian lain lagi. Jiwanya terobek seksa.

14 Sept 2012
Dah lama Ara tak menulis kat diari ni. Hmm.. hari ni, Ara rasa macam sayu aje. Rasa macam sedih. Rasa macam Ara dah nak pergi jauh. Kenapa eh? Mak.. kalau Ara juga akan pergi macam ayah. Mak jangan sedih. Mak jangan rindukan Ara sebab Ara tak nak mak sedih. Jaga Zara Batrisya elok-elok. Mak, nanti kat sana Ara akan jumpa ayah kan? Ara rindukan arwah ayah.
   Tuan.. kenapa Tuan tak pernah suka Ara? Tuan tahu tak? Ara pernah mimpi kahwin dengan Tuan ala-ala fairytale. Tapi.. Ara tahu semua tu tetap mimpi sebab Tuan bencikan Ara. Ara nak sangat jadi isteri Tuan sebelum Ara pergi jauh. Ara nak bawa kenangan manis tu bersama Ara. Heh, Ara ni asyik cakap pasal mati aje. Tapi.. betullah. Tu perasaan Ara waktu ni. Tuan pun jaga diri tahu bila Ara dah tak ada nanti. Tuan, sekali ku cinta padamu, ianya akan tetap begitu. Biarku bawa cinta ini bersamaku, hingga akhir hayatku..

Zara Balqis (Coretan terakhir)

Zarief memegang dadanya. Peritnya, Ya Allah. Orang yang aku sering hina kini sanggup gadaikan nyawa untuk aku. Pantas, Zarief bingkas bangun. Dia meluru ke dalam wad yang menempatkan jasad kaku Zara yang masih koma dan tenat itu. Dia perlu realisasikan impian Zara!
   Mak Cik Munah menoleh. Wajahnya lencun dengan air mata. Raihana juga ikut berpaling. Zarief menapak sebelum dia mula melutut di sisi ibu tua itu. Mak Cik Munah tersentak.
   “ Mak Cik, saya nak kahwin dengan anak mak cik. Saya banyak dosa dengannya. Izinkan saya realisasikan impian dia.” Zarief menangis kuat. Raihana turut mengalirkan air mata. Mak Cik Munah tersentak.
   “ Apa maksud anak?” soal Mak Cik Munah keliru. Zarief pantas menunjukkan helaian terakhir itu. Seketika, Mak Cik Munah menghamburkan tangisannya. Lebih sayu. Lebih pilu.
   “ Izinkan saya, mak cik. Izinkan saya.” rayu Zarief.
**********************

Dua hari berlalu..

 “ Aku terima nikahnya Zara Balqis binti Zamri dengan mas kahwinnya RM80 ringgit, tunai.” Dengan sekali lafaz, Zara kini sah bergelar isterinya. Melalui wali hakim, jasad itu halal di sisinya. Halal untuk disentuh. Ruang wad yang menjadi saksi termeterainya dua jiwa kembali sunyi apabila yang lain sudah mula mula bergerak pergi. Yang tinggal hanyalah Mak Cik Munah dan Raihana.
   “ Sayang.. bukalah mata. Abang dah jadi suami sayang ni. Bukalah mata. Abang janji lepas ni abang takkan marah-marah Ara lagi. Bangunlah..” Suara Zarief pilu menusuk kalbu. Susuk tubuh yang bernafas lembut itu direnung penuh kasih. Entah bila kasih itu tertumpah, sesungguhnya itu semua kuasa Tuhan.
   “ Ara.. abang dah tunaikan impian Ara. Bangunlah..” seru Zarief lagi. Dan tika itu, ada cecair jernih mengalir lewat dari tubir mata yang terkatup rapat itu. Ya, Zara menangis dalam lena pnjangnya.
   “ Rief.. sabarlah,” pujuk Mak Cik Munah. Dia mengesat tubir matanya. Kemudian, matanya meliar mencari kelibat Zara Batrisya yang sering kali memencilkan diri.
   “ Rief banyak dosa pada Ara, mak. Banyak sangat.” Zarief merintih lagi. Wajahnya disembamkan pada sisi tubuh kaku isterinya. Seketika, jantungnya mula berdenyut kuat apabila nafas isterinya sudah tercungap-cungap.
   “ Mak, Ara..” Zarief panik. Zara sudah semakin tenat. Raihana sudah meluru mendapatkan doktor.
   “ Ya Allah.. anak mak. Tuhan, kalau ini pengakhirannya, cabutlah nyawanya dengan cara yang paling lembut.” Mak Cik Munah berdoa. Zarief semakin kuat menangis. DIA seperti mendengar doa seorang ibu, nafas Zara semakin lama semakin perlahan. Dan akhirnya tubuh kaku itu pergi jua menghadap Ilahi. Kadang-kadang wajah itu kelihatan seperti sedang tersenyum bahagia. Zarief terjelopok. Jangan tinggalkan abang!
   Ya Allah.. baru satu jam dia menjadi milikku.. kini kau telah ambil dia daripadaku. Zarief mula meraung hebat. Mak Cik Munah tersandar lemah. Raihana yang baru menapak masuk kaku di muka pintu. Sahabat.. kau tinggalkan aku jua.. desis hati Raihana.
*******************

 “ Rief.. tolong panggilkan Risya kat luar. Mak tahu dia ada kat sini. Cuma, dia tak sampai hati nak tengok kakaknya. Sebab dia ada cakap Kak Zara kan pergi. Naluri dia kuat mengatakan itu. Tolong ye? Dia tak tahu lagi Kak Zara dia dah tak ada. Tolong khabarkan pada dia,” pinta Mak Cik Munah. Zarief tanpa banyak soal bingkas bangun.
   Kakinya menghala ke ruang istirehat yang terdapat di hospital itu. Yang mana satu ni? Aku tak pernah berjumpa dengannya? Nama dia pun aku baru tahu tadi. Ah.. peninglah. Zarief bermonolog. Seketika, kakinya pegun di hadapan satu susuk tubuh. Zara??
   “ Kak Zara dah tak ada kan? Saya tahu. Dia datang jumpa saya waktu saya terlelap tadi. Dan awak mesti suami Kak Zara?” sela gadis itu tenang walaupun wajah itu penuh dengan mendung kelabu. Zarief mula rasa lututnya mengigil. Siapa gadis yang persis isterinya ini??
   “ Awak.. si.. siapa?” Tergagap-gagap Zarief menyoal. Gadis itu tersenyum hambar. Ya, senyuman yang persis Zara Balqis.
   “ Saya, Zara Batrisya. Adik kembar Zara Balqis,” perkenal gadis itu lagi lalu dia berlalu meninggalkan Zarief termangu-mangu.
**********************

Dua tahun berlalu..

   Tidak banyak yang berubah. Fiona kini sudah dipenjarakan seumur hidup kerana menyebabkan kematian. Begitulah pembalasan untuk orang yang kejam. Setiap yang bersalah, pasti akan mendapat balasannya kelak. Mak Cik Munah kini masih di kampung. Bertemankan kenangan bersama arwah anak sulungnya. Zarief pula..
   “ Ara, abang dah balik ni.” Zarief melaung kuat nama isterinya. Zara pantas saja meluru mendapatkan si suami. Wajahnya tersungging senyuman nipis.
   “ Awalnya abang balik? Dah rindu kat Ara eh?” Isterinya mengusik. Zarief hanya mengiyakan. Pantas tangan si suami disalami dan tika itu juga dahi itu dikucup sayang.
   “ Ara.. baby Zehra kat mana?” soal Zarief. Tali lehernya dilonggarkan. Zara tarik senyum. Mulutnya dimuncungkan ke atas lalu dia membuat gaya tidur. Zarief tergelak lalu hidung isterinya ditarik.
   “ Nakal je muka buat macam tu. Oh ye sayang, lepas ni siap eh? Abang balik awal ni sebab nak pergi melawat mak kat kampung. Sekali tu.. kita jenguk kubur arwah Zara.. isteri pertama abang,” ujar Zarief lirih. Zara pantas saja mendapatkan suaminya.
   “ Jangan macam ni, bang. Zara tak nak abang sedih. Walaupun Kak Zara dah tak ada, dia tetap ada dalam hidup kita. Kak Zara tentu tak nak tengok suaminya sedih-sedih macam ni,” pujuk Zara Batrisya. Tubir matanya bergenang. Dan tanpa kata.. tubuh isterinya dipeluk erat.
   “ Ya.. Zara Balqis tetap ada dalam diri abang sebab dia pernah cakap.. sekali ku cinta padamu, ianya akan tetap begitu. Biarku bawa cinta ini bersamaku, hingga akhir hayatku. Jadi, abang tak pernah rasa dia jauh dari abang sebab cinta dia sentiasa ada untuk abang.” Zarief bersuara dalam esak tangisnya. Zara Batrisya tersenyum. Pelukan si suami turut dibalas penuh kasih.
   “ Ara sayang abang sebagaimana Kak Zara sayangkan abang. Mungkin kami tak sama, tapi prinsip kami sama.. Sekali ku cinta padamu..” bisik Zara Batrisya sebak. Zarief mengetatkan lagi pelukan. Tangisan dibiarkan saja mengalir. Mungkin untuk kali terakhir kerana dia tak nak terus menyeksa roh Zara Balqis dengan hanya meratap sebegini.
   Kak, tenanglah akak di sana. Risya dah tunaikan impian akak sewaktu akak hadir dalam lena Risya. Dia.. cinta hati akak dah selamat jadi suami Risya. Kami dah ada seorang permata hati.. Zehra Balqis. Nama yang juga diambil daripada sebahagian nama akak. Tenanglah kak.. Risya juga akan sentiasa pertahankan prinsip kita.. Sekali ku cinta padamu. Risya akan jaga sumai akak macam nyawa Risya sendiri. Risya sayang akak.. sayang sangat-sangat! Desis hati Zara Batrisya.
   Selamat tinggal sayangku, Zara Balqis. Abang akan terus mencintai Ara hingga ke akhir nafas abang. Dan abang akan jaga anugerah terindah yang Ara hadiahkan untuk abang ini. Semoga kita akan bertemu lagi di syurga nanti. Zarief menyambung lalu dia terus memeluk isteri tercinta bersama sebuah kucupan kudus. Ya, inilah anugerah terindahku. Desis hatinya lagi.
   Dari jauh.. Zara Balqis tersenyum hiba. Dan lama-kelamaan, susuk tubuh berpakaian putih itu hilang di bawa angin lalu.
   Sekali ku cinta padamu, ianya akan tetap begitu. Biar ku bawa cinta ini bersamaku, hingga ke akhir hayatku..

Tamat!

22 comments:

  1. best2... klau smbng sikit lagi, lagi best.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. nk smbong aje. hehe.. papew pown, thanks sudi bce.. :)

      Delete
  2. kenape mati????sedih waaaaaaaa...tp bez..sngat suke..good job hana..laps nie tulis cerpen bnyak2 lagy..heheheheh^_^

    ReplyDelete
  3. thanks sudi bce. jgn la cdey. hehe

    ReplyDelete
  4. sedewwwwwwwwwww......
    tapi best sgtttttttttt tulis la byk cerpen mcm niii >__<

    ReplyDelete
  5. cerpen u best la hana....nk cerpen lg plissss =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks awk.. nnti hana bg lg eh? but, not sure ble. after final mybe bole.

      Delete
  6. wahh,serius best.. sedih betul la masa I baca cerita ni..

    ReplyDelete
  7. Best cerpen ni. Sebak bc msa balqs mati.... Huhu but pendek sgt tang adik die kawn ngn zarief.... Klo hana wat novel mest best. Karya hana sume best... Thumbs up
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
  8. Kali ni kisah sedih pulak memang Serba blh la writer ni... Good job

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih utk pujian tu. Tp, sye masih penulis yg biase2. thanks sudi jenguk..

      Delete
  9. best cita nie.. perenggan 2nd last tu bila baca mcm cita hantu plak,, pakaian putih bagai..hehee nice job awak.. :*

    ReplyDelete
  10. Wah..terharunya..dh mnitik pn air mta..xlh nk thn..btw,kak hana mmng mnt wtk kmbr ke?
    Stakat ni smua cerpen kak hana yg sya baca semuanya wtk kmbr..

    ReplyDelete
  11. Best n sedeyyy..knpe cpt Sgt dye mati..huhuhu

    ReplyDelete
  12. Best n sedeyyy..knpe cpt Sgt dye mati..huhuhu

    ReplyDelete
  13. Sedihnya ending... Tapi, still best!!

    ReplyDelete