PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Mamat Baran vs Minah Kembar (Cerpen)


Mamat Baran vs Minah kembar!
Oleh : Hana Efryna

Daryan Fiyrul pandang segenap pelosok rumah pemandu papanya itu dengan pandangan jengkel. Rumah yang usang itu benar-benar membuatkan dia tidak selesa. Dengan cuaca yang panas membahang, memang dia terasa seolah-olah dipanggang sahaja. Dikerling sofa buruk yang sudah koyak-rabak itu dengan pandangan jengkel. Huh! Dasar orang miskin. Kutuk hatinya selamba.
   Geram pula dia mengenangkan permintaan papanya agar dia datang menjemput anak perempuan Pak Akob itu. Kata papanya, syarikat mereka memerlukan tea lady dengan kadar segera. Kebetulan pula, anak Pak Akob itu tiada kerja. Jadi, sengajalah papanya tawarkan jawatan kosong itu pada gadis yang entah nama apa itu.
   Daryan mendengus kasar kerana kelibat yang ditunggu-tunggu masih tidak kelihatan. Matanya masih lagi meliar meneroka rumah usang itu. Dalam hati, dah berbakul-bakul kutukan diberikan pada pemilik rumah ini. Memang langsung tak sama taraf dengan dia yang kaya-raya.
   Alah, harta bapak juga kan? Huh!
   “ Encik..” Suara seorang gadis menyentakkan Daryan dari lamunan. Segera Daryan berpaling mencari empunya suara. Seketika, dia terpana.
   Cantiknya anak Pak Akob. Puji hatinya tanpa sedar. Mata masih galak meneroka gadis yang sedang memakai baju kurung kedah dipadankan dengan kain batik itu. Nampak ciri-ciri kekampungan. Tubuh tinggi lampai itu dijelajah rakus dengan sepasang mata nakalnya sehingga empunya tubuh mula rasa tak selesa. Korek biji mata, baru tahu??
   “ Encik!!” pekik gadis tadi sedikit kuat kerana dia nampak Tuan Muda di hadapannya ini seolah-olah khayal aje. Terpinga-pinga Daryan dibuatnya. Segera dia berpura-pura membetulkan duduk.
   “ Hah? Oh.. ada apa?” Daryan tergagap-gagap. Duduk disandarkan pada sofa buruk itu. Seketika, dia kembali tegakkan tubuhnya semula. Eh, bau apa ni? Detik hatinya sambil hidungnya kembang-kempis cuba mengambil bau.
   “ Eee, bau apa ni? Busuknya!” celoteh mulut itu sesedap rasa. Mieya sudah rasa darah menyerbu naik ke otak dengar komen selamba anak majikan abahnya itu.
   “ Bau? Ada bau apa-apa ke, encik?” soal Mieya cuba menahan sabar.
   “ Hish! Kau tak bau ke? Aku bau macam telur ayam tembelang aje ni.” sungut lelaki itu mengada-ngada. Amboi.. petai disamakan dengan telur ayam tembelang pula? Melampau!
   “ Oh.. mungkin bau petai kot, encik? Saya baru lepas makan nasi dengan petai tadi.” terang Mieya lurus. Daryan buat muka. Petai? Binatang apa tu?
   “ Petai?” soalnya balik.
   Ye, encik. Encik tak kenal petai?” Daryan menggeleng serius. Mieya dah terlopong. Aik, petai pun tak kenal? Dari planet manalah mamat ni jatuh ek? Ish3..
   “ Ah, abaikanlah pasal tu. Hmm.. ni aku nak pesan sikit. Jangan panggil aku encik. Panggil aku, Tuan Muda Ryan. Faham?” Mulut itu masih lagi bersuara angkuh. Mieya cebik mulutnya tanda meluat.
   “ Apa pula kau buat mulut macam tu? Aku tanya, faham ke tak? Lagi satu, nama kau apa?” sergah Daryan sekaligus membuatkan Mieya tercengang. Cepat-cepat Mieya mengangguk pula.
   Eleh.. tak malu. Kita tak tanya nama dia pun. Lepas tu, sibuk nak tahu nama kita pula tu? Dahlah perangai baran mengalahkan gorilla. Asyik nak marah aje kerjanya. Benda kecil je kot? Kutuk Mieya sedikit jahat.
   “ Faham, encik. Eh, Tuan Muda Ryan. Err.. nama saya Mieya Qalesya.” Aduh, panjangnya nama mamat poyo ni. Tak boleh kasi pendek sikit ke? Panggil TMR ke, okey juga. Tapi, dah nak sama bunyi macam PMR pula? Hehe..
   Mieya merungut kecil pula.  Mieya-Mieya.. buat dosa kering aje kau hari ini.
   “ Okeylah, aku panggil kau Mieya ajelah.” Daryan kembali bersandar malas. Dah macam rumah dia pula dibuatnya. Matanya naik turun memerhati cara pemakaian gadis itu. Huh, sakit mata aje! Langsung tak reti berfesyen!
   “ Tapi, encik.. semua panggil saya..” Belum sempat nak habiskan kata, Daryan dah laju mencelah.
   “ Kau dah kemas ke barang-barang kau?” soal Daryan serius sekaligus mematahkan kata Mieya.
   “ Dah, TMR.” ucap Mieya tanpa sengaja. Terbeliak biji mata Daryan mendengarnya. TMR? Whats that animal? Haa.. merepek sudah!
   “ TMR? What was that?” soal dia masih bernada garang.
   “ Errr.. TMR tu stand for Tuan Muda Ryan. Saya payahlah nak panggil panjang-panjang macam tu. Boleh tak kalau singkatkan aje?” soal Mieya takut-takut. Daryan mencerlung garang.
   “ Banyak cekadak pula kau ni. Panggil aje macam aku suruh. Dahlah, kalau dah siap cepat angkat beg masuk kereta. Aku banyak kerja lagi ni.” ujar Daryan seraya bangun untuk beredar. Tidak kuasa dia hendak berlama-lama di rumah buruk itu.
   Alah.. kalau dah tahu rumah si minah seorang ni buruk, kau duduk ajelah bersidai kat atas tanah tu. Banyak soal pula. Bagi penampar kencang kang? Haha.
   “ Ba.. baik, Tuan Muda Ryan. Saya pergi ambil beg kejap.” Mieya tergesa-gesa berlalu. Dengan ekor mata, Daryan soroti langkah Mieya itu. Ah, cantiknya dia!

*****************

Mieya Qalesya memerhatikan segenap ruang pantri itu. Apa tugas dia kali ni? Dia terkebil-kebil sendiri. Ingin bertanya pada TMR, mahu ditengkingnya pula. Mulalah mulut lelaki itu membebel macam-macam. Mieya mengeluh. Kalau bukan disebabkan abahnya, memang dia takkan terima tawaran ini. Lagipun, lagi empat bulan dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Master di luar negara. Alahai.. tak sabar rasanya.
  “ Hah, buat apa tu? Makan gaji buta ke?” tegur satu suara. Fidya berkalih sedikit. Melihat tuan empunya yang menegurnya, bingkas dia berdiri dengan wajah menekur lantai. Riak tegang wajah itu membuatkan dia kecut perut.
   “ Err.. saya tak tahu skop tugas saya, Tuan Muda, ” balas Mieya gugup. Daryan mendengus kasar. Segera dia menghampiri gadis itu.
   “ Kat kampung tak pernah buat air? Nak kena ajar satu-persatu ke? Kalau dah bodoh tu, memang benda kecil pun boleh jadi bodoh juga.” sembur Daryan menyakitkan hati. Terus Mieya panggung kepala. Apa? Dia cakap aku bodoh? Amboi-amboi.. mulut dia nilah!
   “ Apa pandang-pandang?” tengking Daryan sambil tangan diselukkan ke dalam poket. Mieya pula masih tak lepas merenung tajam lelaki di hadapannya. Matanya dikecilkan tanda geram.
   Kalau macam nilah gaya anak majikan abahnya, memang hari ni juga dia berhenti. Dia memang pantang orang cakap dia ‘bodoh’!!
   “ Apa awak cakap tadi? Bodoh? Oh, jadi saya bodohlah ye?” Mieya mara ke hadapan. Daryan yang langsung tak menyangka terus kaku. Dia hanya memerhati tingkah Mieya yang berlagak berani itu.
   Mata Mieya melingas mencari apa-apa yang boleh dicapai. Seketika, matanya hinggap pada satu cawan yang berisi separuh kopi. Tanpa teragak-agak, cawan itu dicapai.
   “ Kenapa diam? Dah bisu?” Sambung suara itu lagi. Bibirnya diketap rapat tanda geram.
   “ Kau jangan kurang ajar!” Suara Daryan mula bergetar.
   “ Saya kurang ajar atau awak yang tak cukup diajar? Kalau awak nak tahu.. orang kurang ajar dan bodoh, macam ni caranya!” Suara Mieya mula naik satu oktaf sebelum dia nekad untuk menuang kopi yang berbaki separuh itu tepat pada kemeja biru laut yang dipakai Daryan. Terjegil biji mata Daryan melihatnya.
   Terus bengang Daryan seketika. Tangannya sudah menggigil kerana marah.  Pekerja-pekerja lain mula terhengah-jengah melihat sesi hangat itu. Namun, sekejapan mereka sudah terkocoh-kocoh pulang ke tempat masing-masing. Bimbang mereka pula menjadi amukan baran si Daryan itu.
   What the..” Daryan mengetap rapat bibirnya sebelum tangannya laju menampar pipi Mieya. Tersentak Mieya dibuatnya. Seketika, dia terasa pandangannya berbalam-balam dek tamparan keras itu. Belum sempat dia nak terus berlawan, tubuh Mieya dah jatuh menyembah bumi.
   Tulah.. nak tunjuk ‘gentlewoman’ konon. Eh, macam pelik aje ayat aku ni? Ah, tibai ajelah sementara dah ada kat kepala hotak berjambul aku ni. Minah bajet ni sekali kena pelempang, terus tak ingat dunia nampaknya. Hai.. berkuburlah kau kat situ. Kih3.
   Oh, my god! What have you done, Ryan?? Marah dia pada dirinya sendiri. Tubuh kaku Mieya dipandang dengan riak gelisah. Ah, sudah!

***************************

Semenjak insiden dia ditampar oleh TMR tempoh hari, batang hidung Daryan langsung dia tidak lihat dah. Mahu tidaknya, sebab hari tu juga dia berhenti kerja. Cuma sekarang dia masih berada di Villa Damai milik Datuk Fuad. Kalau diikutkan hatinya, hari itu juga dia nak balik ke kampung. Namun, Datuk Fuad yang melarang. Katanya dah alang-alang berkunjung ke mari, duduklah sehari-dua.
   Datuk Fuad juga dah minta maaf bagi pihak anaknya. Dia sendiri tak menduga Daryan boleh bertindak kasar sebegitu. Pipi yang masih bengkak, Mieya raba dengan hujung jarinya. Ah, masih sakit.
   Mieya mula rasa geram memikirkan lelaki itu. Dahlah ditamparnya aku sampai pengsan, lepas tu tak reti-reti nak minta maaf. Bebel hatinya sambil mata ligat memandang air jernih dalam kolam renang besar milik Datuk Fuad.
   Mieya menjuntaikan kakinya ke dalam kolam renang. Sedikit-sebanyak dingin air itu membawa pergi rasa hangat dihatinya. Semakin seronok pula dia bermain dengan air itu. Apabila air kolam itu berkocak dek hentakan kakinya, Mieya tersenyum kecil.
   “ Ehem-ehem..” Kedengaran suara garau berdehem memaksa Mieya berpaling ke belakang. Terus jangtungnya berhenti mengepam darah kerana terlampau terkejut.
   Eh, dia?? Bingkas Mieya bangun lalu meluru untuk masuk ke dalam.
   Datuk Fuad kata si malaun ni tak pulang ke rumah seminggu-dua sebab outstation. Habis tu, ni apa kes baru dua hari dah tercongok depan aku? Ah, menyampah!
   Mieya menonong laju untuk masuk ke dalam villa. Kalau lelaki itu turut berada di sini, hari ni  juga dia akan angkat kaki. Tak sangguplah nak berlama-lama.
   “ Errr.. you, wait!” tegah Daryan sambil memaut lengan Mieya tanpa sedar. Terus tajam mata Mieya menikam anak matanya. Mieya memberi isyarat agar lengannya dilepaskan. Daryan yang faham akan amaran itu perlahan-lahan melepaskan lengan putih Mieya. Tangan diangkat ke sisi tanda beralah.
   “ Awak nak apa lagi? Nak hadiahkan lagi ‘satu’ ke?” perli Mieya pedas. Daryan merengus kecil. Rasa bersalah yang digalas selama dua hari ini mula membuak-buak.
   I’m so sorry. Saya tak terniat langsung nak buat macam tu.” Tanpa sedar, Daryan dah pun melontarkan kata maaf. Terkejut juga Mieya kerana lelaki egois itu sanggup merendahkan maruahnya dengan memohon maaf. Kebiasaannya, bukan main payah lagi nak berlembut lidah.
   “ Baru sekarang nak minta maaf?” soal Mieya bernada sindiran. Daryan yang sememangnya baran itu mulalah naik angin. Dah pijak kepala pula nampak? Detik hatinya mula bertumbuh tanduk.
   “ Habis tu, kau nak aku buat apa??” Tengok, nada dah mula bertukar keras. Mieya tersenyum sinis.
   “ Tak ada apa yang awak perlu buat. Cuma, saya nak nasihatkan sebelum awak datang minta maaf dengan saya, awak perlu buang dulu sikap baran awak tu. Sebab takut nanti saya dah duga sikit, awak terus nak melatah. Kan dah banyak kali pula awak kena minta maaf?” sindir Mieya lagi lalu dia terus angkat kaki. Daryan dapat rasa semua yang diperkatakan Mieya tepat mengenai batang hidungnya.

**************************

Dua minggu berlalu..
Sudah hampir dua minggu Mieya pulang ke kampung. Dan tika itu, Daryan mula merasai satu kehilangan. Sering kali raut wajah itu datang menyapa lenanya. Daryan mengeluh kecil. Tidak pernah dalam hidupnya selama dia berkasihan dengan mana-mana wanita hubungan mereka akan bertahan lama. Kebiasaannya cuma bertahan sehingga seminggu, dua minggu dan ada juga yang dua hari. Boleh dikatakan kalau paling lama pun, tak sampai sebulanlah.
   Itu semua gara-gara sikap panas baran dia tulah. Dia dah tak tahu macam mana nak control dirinya itu. Cepat sangat dia naik melenting. Tapi, dia sedar kelakuan dia mula berubah selepas kematian mamanya.
   Dulu, sewaktu kecil mamanya sering marah-marah pada dia. Habis tubuh kecilnya dipiat dan dipukul atas sebab-sebab kecil. Mamanya juga seorang yang baran. Mungkin, sikap itu dah menurun pada dia pula?
   Daryan mengeluh lemah. Perlahan-lahan dia bangkit dari katilnya lalu berhajat untuk menapak ke bawah. Kedengaran suara Pak Akob sedang berbual dengan papanya. Daryan mula memasang telinga untuk mendengar. Manalah tahu, kot-kot dia boleh dengar sesuatu tentang Mieya. Eh, kenapa dia asyik fikir pasal Mieya aje ni?
   “ Betul ke Akob dah nak berhenti kerja?” soal Datuk Fuad yang sedang duduk di meja kopi. Pak Akob menjawab dengan riak serba-salah.
   Pak Akob nak berhenti? Kenapa pula? Hati Daryan tertanya-tanya. Malas nak berteka-teki, dia terus pasang telinga cuba menangkap setiap bait bicara papa dan pemandu mereka itu.
   “ Betul, Tuan. Mieya yang suruh saya berhenti. Katanya dia nak sara saya. Dia tak nak  tengok abah dia susah-susah kerja,” jawab lelaki tua itu. Dengar sahaja nama Mieya meniti di bibir tua itu, hati Daryan disengat satu rasa aneh.
   “ Tapi, kenapa?” soal Datuk Fuad lagi.
   “ Sebab Mieya dah nak kahwin tak lama lagi. Hajatnya nak berpindah rumah. Lepas tu, bakal suami dia tu nak ajak saya sekali duduk dengan mereka. Saya pun keberatan juga. Tapi, dah dipujuk.. cair jugalah hati tua saya ni, Tuan,” balas Pak Akob perlahan. Terkesima Daryan untuk sesaat-dua.
   Apa? Mieya nak kahwin? Dengan siapa? Ya Allah, kenapa hati aku rasa perit sangat ni? Daryan menjerit sayu. Dadanya yang tiba-tiba sakit dipegang dengan tangan. Tak! Tak boleh. Mieya tak boleh kahwin. Aku tak benarkan.
   Tapi, aku tak ada hak untuk halang perkahwinan tu? Hatinya mula berbelah-bagi. Tangan naik meramas rambut.
   “ Kerja apa bakal suami Mieya tu?” soal Datuk Fuad ingin tahu. Setahu dia, Mieya gadis yang sangat baik. Jadi, memang layaklah kalau gadis itu mendapat lelaki yang hebat-hebat.
   “ Kerja Engineer aje, Tuan. Ada syarikat sendiri,” balas Pak Akob merendah diri. Maka, makin bertambahlah perit di hati Daryan mendengar kedudukan bakal suami Mieya yang agak kukuh itu. Walaupun tetap tidak boleh mengalahkannya, tapi dia yakin masa depan Mieya pasti akan terjamin.
   “ Alhamdulillah, dah jodoh Mieya. Kalau dah itu hendaknya Akob, saya tak boleh nak halang. Bila langsungnya?” Datuk Fuad mengalah.
   “ Lagi satu minggu, Tuan. Jemputlah datang, bawa Ryan sekali,” pelawa Pak Akob pula sambil tersenyum lebar.
   “ InsyaAllah.” Datuk Fuad membalas. Akhirnya, Daryan terjelopok di sisi dinding itu. Air mata mula bergenang.
   Ya Allah, kenapa aku perlu bersedih? Kenapa?

*****************************

Seminggu kemudian..
Suasana majlis perkahwinan Mieya kelihatan meriah sekali. Dari jauh, Daryan sudah tidak sabar-sabar  hendak menatap wajah ayu itu. Mungkin untuk kali terakhir?
   Daryan yang segak dengan jeans hitamnya dipadankan pula dengan kemeja hitam berjalur merah itu sedikit memukau gadis-gadis kampung.
  Rimas juga apabila diri menjadi tontonan ramai gadis pingitan. Ada juga yang berani bermain mata, namun dia buat-buat tidak peduli sahaja. Matanya masih lagi rakus menjejalah segenap ruang di situ. Matanya meliar memerhatikan penduduk kampung yang sedang enak menjamu selera sebelum matanya tiba-tiba terpaku pada seraut wajah yang anggun berpakaian pengantin. Hatinya tiba-tiba perit. Jantungnya memalu kencang.
   Jelas kelihatan Mieya nampak bahagia di sisi suaminya. Siap bergelak ketawa lagi. Lengan lelaki yang tidak kurang segaknya itu turut dipeluk kemas oleh gadis itu. Semakin perit Daryan hendak menelan hakikat bahawa Mieya sudah menjadi milik orang lain.
   Pandangan sayunya dihalakan pada pasangan pengantin itu. Tanpa sengaja, Mieya turut berkalih pandang. Mata mereka mula bersabung! Hati Mieya sedikit aneh dengan raut wajah suram itu. Siapakah lelaki itu? Hatinya tertanya-tanya.
   Ah, Mieya dah nyanyuk pula ke sebab kena lempang dengan TMR dulu? Hmm.. kasihan.
   Tanpa bertangguh, Daryan segera beredar ke keretanya. Tidak sanggup lagi mahu berlama-lama. Bimbang lukanya semakin menjadi nanah pula. Mesej ringkas dihantar pada papanya.
   Pa, I have to go. Nanti kita jumpa kat villa.
Butang ‘send’ ditekan. Seketika, Datuk Fuad membalas.
   Okey, just take care.
   Usai membaca mesej ringkas itu, Daryan terus memecut keretanya. Sambil memandu, tanpa sedar air mata jantannya mengalir lesu.
   Mieya, dulu Mieya pernah cakap bila Ryan dah ubah sikap baran Ryan baru datang jumpa Mieya untuk minta maaf. Sekarang, Ryan betul-betul dah tak panas baran macam dulu lagi. Tapi, Ryan terlambat Mieya. Ryan tak sempat pun nak minta maaf pada Mieya. Ryan tak mampu nak berdepan dengan Mieya bila dapat tahu Mieya dah jadi milik orang lain. Ryan tak tahu kenapa Ryan perlu rasa sakit sebegini. Daryan menangis hiba. Pandangan yang kabur dek air mata memaksa Daryan untuk menghentikan keretanya di bahu jalan.
   Wajah disembamkan pada stereng. Semakin teresak-esak pula tangisannya berlagu.
   Mieya, Ryan tak tahu bila rasa ini hadir. Tapi, Ryan betul-betul dah suka pada Mieya. Tapi, Ryan terlambat. Mieya dah jadi hak orang lain. Ryan akan pergi daripada hidup Mieya. Hanya doa semoga Mieya bahagia dapat Ryan titipkan dari jauh. Mieya, berbahagialah Mieya dengan kehidupan Mieya. Ryan sayang Mieya. Rintih hatinya lagi untuk kesekian kalinya.

********************************

Lapan buan berlalu..
Daryan berjalan pantas menuju ke balai menunggu itu. Hari ni, dia sendiri terpaksa menjemput papanya pulang daripada luar negara. Kata papanya, penerbangan papanya dijangka tiba pada pukul 10.00  pagi. Sekarang, dah pukul 11.30 pagi. Maknanya dia dah lewat hampir dua jam. Kasihan papanya!
   Segera dia berlari anak menjejaki bayang papanya. Dalam sibuk berlari anak itu, tubuhnya dilanggar seseorang. Habis beg plastik yang dibawa oleh sesusuk tubuh itu jatuh ke lantai.
   Segera Daryan memungut semula. Dia menunduk mengutip plastik berwarna biru lembut itu. Baru dia nak angkat muka, tiba-tiba dia terpana.
   Mieya! Jerit hatinya.
  Pandangannya jatuh pula pada perut Mieya yang dah membusung itu. Oh, dah mengandung rupanya Mieya sekarang? Makin comel. Puji Daryan sekilas. Sebetulnya, Mieya memang nampak comel dengan memakai baju mengandung itu.
   Gadis itu tercengang-cengang melihat Daryan.
   Excuse me, sir. Can you give me back?” soal Mieya meminta barangnya kembali. Daryan terlopong.
   Mieya tidak kenal diakah? Kenapa cara gadis ini nampak lain? Dengan teragak-agak, Daryan bersuara sambil menghulurkan kembali beg plastik milik gadis itu.
   “ Mieya kan?” soal Daryan yakin. Gadis itu mengangguk. Eh, macam mana dia tahu nama aku? Detik hati gadis itu.
   “ Macam mana awak tahu nama saya?” soal Mieya aneh. Dan bertambah terlopong Daryan tika itu. Mieya bercakap seolah-olah mereka tidak pernah kenal. Ah, perihnya hati. Sampai begitu sekali Mieya ingin meluputkan dia daripada kotak ingatan.
   “ Saya kenal Mieya. Mieya pernah kerja dengan saya. Tapi, tak sampai satu hari Mieya dah berhenti. Saya, Daryan. Mieya ingat lagi tak?” ujar Daryan sedikit lirih.
   Kerja? Bila masa pula aku kerja dengan dia sedangkan aku baru aje pulang ke Malaysia tak sampai setahun setelah menamatkan pengajian. Itu pun, sebab ingin berkahwin dengan Haiqal.
   Ah, aneh sungguh lelaki ini! Getus Mieya sedikit pelik. Seketika, wajahnya mula mempamerkan senyuman. Ni mesti kes silap orang ni? Detik hatinya lucu.
   Sorry, rasanya encik dah silap orang. Tu mungkin..” Belum sempat dia nak habiskan kata, sudah ada suara lain yang menyampuk. Segera Mieya berpaling. Wajah kacak suaminya dihadiahkan dengan seulas senyuman.
   “ Abang..” panggil Mieya manja. Mendengarkan panggilan itu, Daryan pedih serta-merta. Hatinya sebak.
   “ Siapa ni?” soal Haiqal yang  segak dengan kemeja yang disingsing lengan hingga ke siku itu.
   “ Oh, ni Daryan. Mieya baru aje kenal sebab dia terlanggar Mieya tadi.” jelas isterinya itu tenang.
   “ Hye, saya Haiqal,” ujar Haiqal ramah. Tangan dihulurkan. Lambat-lambat Daryan menyambut. Tangan Haiqal mula melingkar lembut di pinggang isterinya. Daryan kerling dengan ekor mata. Rasa senak ulu hatinya. Cepat-cepat dia ingin beredar.
   “ Err.. saya kena pergi dulu. Nak jemput papa,” ujar Daryan lalu dengan kadar segera dia melangkah. Haiqal dan Mieya sedikit terpinga-pinga sebelum mereka jongket bahu.
   Ketika dia berjalan tergopoh-gapah itu, ada satu raut wajah yang menyentakkan hatinya  di sebalik orang ramai yang berpusu-pusu. Daryan segera berhenti melangkah.
   Ah, siapa pula tu? Kenapa tadi Mieya sedang mengandung tiba-tiba boleh jadi kurus pula? Ah, kau ni Ryan. Semua orang kau dah nampak macam Mieya. Merepek. Marahnya pada diri sendiri sebelum dia mula mengatur langkah.
  Dari sudut yang berbeza pula, gadis yang baru berselisih dengan Daryan tadi meluru mendapatkan kakaknya.
   “ Mieya! Rindunya..” jerit gadis tinggi lampai itu dengan riak gembira. Perut kakaknya yang membusung dipegang lembut.
  “ Baby dah makin besar ye?” celoteh suara itu lagi. Mieya tergelak kecil. Haiqal pula hanya senyum dengan aksi kembar isterinya itu.
   “ Ni Esya punya. Mieya semput buat kek ni dengan Abang Haiqal tahu? Lepas tu pula, nasib baik kek ni tak rosak tadi sebab ada orang langgar,” ujar Mieya sambil cubit manja pipi adik kembarnya itu. Dengan rakus, Esya merampas plastik beg itu.
   Thanks. Eh Mieya, jom duduk sana. Abang Haiqal, tolong bawa beg Esya okey?” ajak Esya lalu segera dia mendorong kakaknya untuk ke bangku berhampiran. Plastik yang mengandungi Coklat Cheese Cake kegemarannya dibuka rakus. Hailah.. dah tak menyempat-nyempat si Mieya Qalesya ni!

****************************
 
 “ Tuan!!” Kedengaran ada satu suara halus memanggilnya. Segera Daryan berpaling. Jantungnya mula memalu hebat tanpa isyarat tatkala matanya menjamah seraut wajah yang dah semakin cantik itu. Kemudian, matanya spontan jatuh pada perut gadis itu yang nampak kempis. Eh, dah bersalin ke?
   “ Mieya..” Daryan menyahut panggilan gadis itu. Dalam hati rasa pelik juga sebab gadis itu langsung tak nampak marah dengan kejadian hampir setahun lalu. Ah, benda lepas buat apa dikenang kan? Agaknya itulah prinsip si Mieya ni.
   “ Tuan apa khabar?” soal Mieya sedikit teruja. Daryan kerut kening.
   Hari tu beria cakap tak kenal, hari ni ramah pula menegur? Hailah.. agaknya dia takut laki dia cemburu tak masa tu? Duga hati Daryan membuat andaian.
   “ Sihat. Awak pula?” soal Daryan perlahan. Mieya angkat ibu jarinya tanda dia pun sihat juga.
   “ Mieya, dah bersalin ke?” soal Daryan tanpa sempat ditahan rasa ingin tahunya itu. Mieya yang mendengar langsung rasa nak pengsan. Bersalin? Bila masa pula aku kahwin ni? Ya Allah, mamat ni dah biul ke  apa? Mieya pucat lesi dek pertanyaan Daryan itu.
  “ Kenapa, Mieya?” soal Daryan serius. Wajah itu dilihatnya berubah saja selepas dia bertanya tadi. Agaknya anak Mieya keguguran tak? Sebab tu dia jadi sedih bila aku ungkit pasal tu. Detik Daryan membuat konklusi.
   “ Tuan, saya pernah mengandung ke?” soal Mieya aneh. Dia garu kepalanya kecil. Matanya masih tak lepas memandang raut wajah Daryan yang semakin kacak. Cara lelaki itu melayannya juga jauh berbeza. Nampak baik dan sopan. Daryan terlopong pula dengan pertanyaan Mieya.
   Eh, dia tanya kita balik? Omel hati Daryan penuh dengan riak ‘blur’!
   Sahlah Mieya dah gila meroyan!

*******************************

“ Papa, kenapa tak cakap yang Mieya ni kembar? Kenapa tak cakap yang Mieya hari tu sambung study kat overseas?” soal Daryan bertalu-talu pada papanya.
   Patutlah ketika majlis persandingan Mieya Qaisara, wajah ‘Mieya’ kesayangannya tidak kelihatan. Rupa-rupanya Mieya tika itu sedang berada di luar negara. Kalau tidak, sudah tentu hari itu juga dia boleh tahu yang Mieya ni ada kembar. Taklah otaknya naik terbelit memikirkan semua yang berlaku sekarang.
   Datuk Fuad tersenyum kecil. Kini, dia sudah tahu apa punca anak lelakinya bergegas awal pulang ketika majlis persandingan kembar si Esya hari itu. Rupa-rupanya dia tak tahu yang Esya ada kembar.
   Lagi satu, memang nama Esya adalah Mieya Qalesya. Tapi, semua orang memanggilnya dengan gelaran Esya. Daryan seorang saja yang memanggilnya ‘ Mieya’. Manakala, kakak kembar si Esya pula bernama Mieya Qaisara. Dan orang ramai memanggilnya, ‘Mieya’. Jadi, sekarang ni masalah kekeliruan identitilah ni? Detik hati tua Datuk Fuad sedikit lucu.
   “ Habis tu, kamu tak pernah tanya pun?” gurau Datuk Fuad sembari tersenyum kecil.
   “ Pa.. Ryan mati-mati ingat yang kahwin tu, Mieya.. Esya.. Ah, what so everlah.” Dia dah buntu nak gelarkan apa untuk gadis kembar itu.
   “ Habis tu, kalau betul Esya yang kahwin.. Ryan patah hatilah?” duga Datuk Fuad selamba.
   Daryan telan liur. Ah, malu pula nak mengaku. Tapi, kalau tak mengaku.. kang dikebas orang pula gadis comel itu.
   “ Err.. pa.. pinangkan Esya untuk orang, boleh?” pinta Daryan sedikit segan. Wajahnya dah mula berona merah.
   “ Orang? Orang mana? Orang utan? Eh, ada ke patut disuruhnya papa pinangkan Esya untuk orang utan. Kasihan budak tu.” Datuk Fuad masih lagi nak bergurau. Sengaja nak dera perasaan Daryan. Daryan tersentak kuat.
   Eh, apa hal pula nak bagi bakal isteri aku kat orang utan? Papa ni, mengarut aje.
   “ Orang nilah, papa.” ujar Daryan malu-malu lalu tuding jarinya pada diri sendiri. Nampak comel pula Daryan ni!
   “ Orang mana? Cuba cakap jelas-jelas.” usik orang tua itu lagi.
   “ Untuk Daryan Fiyrul bin Datuk Fuad.” jelas Daryan lantang sambil pekup wajahnya pada bantal kecil. Kononnya malulah tu. Alololo.. comelnya. Terus terhambur kuat ketawa dari bibir Datuk Fuad.

*****************************

Setahun berlalu..
   Mieya membersihkan pinggang mangkuk yang baru selesai digunakan tadi. Sambil bernyanyi kecil, dia dapat rasa ada satu tangan kasar sedang melingkar kukuh dipinggangnya yang dah tak serupa pinggang itu. Mahu tidaknya, sekarang dia sedang sarat mengandung enam bulan.
   Segera dia menghabiskan cucian terkahir sebelum tangannya turut mengusap lengan yang masih enak berlingkar itu. Dapat dirasakan juga satu ciuman hangat sudah melekat pada bahunya. Segera Mieya berpaling menghadap suaminya. Sebuah ciuman dihadiahkan pada pipi kanan lelaki itu.
   Daryan tayang senyuman apabila dimanjakan si isteri. Tanpa berlengah, terus dipimpin isterinya menuju ke ruang tamu. Didudukkan pula isterinya di atas sofa empuk itu.
   “ Sayang, abang happy sangat.” ucap Daryan lalu mencium lembut pipi isterinya. Mieya Qalesya hanya tersenyum manis.
   “ Mieya pun happy, abang. Tak sangkakan TMR yang baran dulu dah jinak sekarang?” usik Mieya lalu mencuit manja hidung suaminya. Daryan tergelak kacak. Mieya mula tersenyum apabila memikirkan kekeliruan identitinya dahulu.
   Walaupun nama dia dan kembar hampir serupa, tapi Daryan tetap tidak mahu mengubah panggilan itu. Nama ‘Mieya’ seolah-olah sudah sebati dengan lidah suaminya.
    Kadang-kadang apabila suaminya memanggil dia ketika di rumah abah, kedua-dua ‘Mieya’ bakal menyahut. Begitu juga jika Abang Haiqal hendak memanggil isterinya. Kalau difikirkan balik, kelakar juga. Namun, untuk tidak merumitkan keadaan.. dia telah bagi satu idea yang agak bernas.
   Pesannya pada Daryan.. kalau di rumah suaminya boleh memanggilnya dengan gelaran Mieya. Tapi, kalau di hadapan orang lain suaminya perlu menggunakan gelaran Esya. Bimbang tersalah orang pula nanti. Dan tanpa banyak soal, Daryan cuma setuju sahaja.
   Ketika ditanya kenapa suaminya hendak menggunakan nama panggilan Mieya, jawapan mudah diberikan. ‘Sebab abang jatuh cinta pada Mieya, bukan pada Esya.’ Jawab lelaki itu sambil tersenyum manis. Mieya hanya mampu tergelak lucu.
   “ Itulah.. abang pun tak sangka abang boleh berubah sebab Mieya. Padahal, kita bukannya ada apa-apa pun waktu itu. Tapi, sayang.. masa tu abang dah agak dah yang hati abang dah mula sukakan Mieya.”
   Ye ke ni?” duga Mieya sedikit. Dengan yakin, Daryan mengangguk. Tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukan.
   “ Mieya nak tahu tak? Abang tak sangka betul yang Mieya ni ada kembar. Patutlah masa abang tegur Kak Mieya hari tu, dia macam tak kenal abang. Lepas tu, abang macam nampak wajah serupa pula pada waktu yang sama.” celoteh Daryan panjang lebar. Mieya mula menguap beberapa kali. Semenjak mengandung ini, matanya sering sahaja mudah layu. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
   “ Nak dijadikan cerita, abang siap boleh tanya sayang lagi masa kita terserempak dulu. Dah bersalin ke?” Gelak Daryan sesaat. “ Kelakar kan, sayang? Abang betul-betul tak sangka yang abang masih ada peluang nak jadi suami sayang.” ucap Daryan serius sebelum bibirnya berlabuh pada bibir comel Mieya.
   “ Dah jodoh kita, abang. Mieya beruntung dapat suami macam abang. Nasib baik, sikap baran abang tu dah tak ada. Nanti kalau baby ni dah lahir, Mieya nak cakap kat dia jangan ikut perangai papa dia dulu. Awal-awal kenal pun mama dia dah makan penampar.” gurau Mieya tanpa sedar Daryan dah mula tarik muka.
   Tahulah dia teruk dulu. Tapi, tak payahlah nak ungkit-ungkit lagi. Dia dah berubah sekarang. Dah tak baran dah! Huh, sedih betulllah. Omel hatinya.
   Yelah.. abang kan baran?” Suara itu mula berjauh hati.
   “ Hei-hei, kenapa ni suami Mieya yang tersayang? Merajuk?” pujuk Mieya lalu memeluk kejap batang tubuh suaminya. Daryan paling wajah ke kiri.
   “ Tak mahulah merajuk, abang. Mieya minta maaf, okey? Itu dulu Mieya cakap. Sekarang, abang dah tak baran dah. Abang dah jadi suami yang romantik, penyayang.. hmm.. lagi apa ek? Haa.. gatal melampau!” usik Mieya lalu mencubit lengan suaminya. Langsung ketawa Daryan dek gurauan itu. Segera pipi isterinya dicium manja bertalu-talu.
   “ Oh.. cakap abang gatal ek? Gatal tu macam mana, sayang? Macam ni ke?” ujar Daryan sambil cuba nak mencium lagi sekali bibir comel isterinya. Mieya mengelak sebelum tiba-tiba dia mengaduh kecil.
   “ Aduh..” Terus terhenti perbuatan Daryan. Wajah isterinya dipandang bimbang.
   “ Kenapa, sayang? Dah nak bersalin ke?” Riak cemas mula terpampang. Mieya tergelak kuat.
   “ Hei, abang ni. Lagi tiga bulanlah.” Mieya pukul perlahan bahu suaminya. Daryan mengekek ketawa. Kalau bininya bersalin sekarang, mahu dia pula yang jadi bidan terjun. Ah, tak sanggup rasanya!
   “ Sayang.. meh baring kat abang.” ajak Daryan sambil menarik lembut badan isterinya. Mieya akur tanpa banyak soal. Kepala dilentokkan manja pada dada bidang itu.
    “ Mieya.. Mieya kena tahu yang Mieya dah buat abang berubah. Kalau bukan sebab Mieya yang suruh abang buang sikap baran abang tu, mungkin sampai sekarang tangan abang ni dah bagi penampar kt ramai  orang dah. Tapi, syukur sebab tak payah tunggu lama baran abang tu dah berjaya dikikiskan. So, a big thanks to Mieya.” ujar Daryan lagi sambil mengelus-elus pipi gebu Mieya.
   “ Mieya, Mieya nak tahu lagi tak? Dulu, bila abang mati-mati ingat Mieya yang kahwin, hati abang memang luka teruk tahu? Sampai kadang-kadang tu abang rasa macam nak mati aje.” luah Daryan lagi. Namun, lama-kelamaan dia mula rasa sedikit aneh apabila isterinya tak berbalas seperti selalu. Ditunduk sedikit kepalanya mengintai wajah si isteri. Seketika, dia tersenyum lebar menatap wajah yang sudah lena itu.
   Hmm.. dah tidur rupanya Mieya abang ni. Detik hatinya sambil tersungging senyuman nipis.
   Dalam hati, dia berdoa semoga hubungan mereka kekal untuk selamanya. Dan semoga anak yang dilahirkan nanti tidak mengikut sikap barannya dahulu.
   Abang sayang Mieya! Jerit hati Daryan seraya mencium dahi si isteri. Lama! Semoga kebahagiaan akan kekal menjadi milik mereka. InsyaAllah..


  

~Tamat~

4 comments: