PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Epilog)


Epilog
Seminggu berlalu..

Maisarah mengelap tubuh kaku Carl dengan tuala basah. Sudah hampir seminggu suaminya koma. Air mata mengalir lesu terpandangkan wajah pucat Carl yang tenang beradu. Perlahan-lahan Maisarah melabuhkan duduk di birai katil. Tangan halusnya naik menyebak rambut lurus Carl. Dia tunduk mencium pipi Carl. Sejuk seperti ais.
   “ Abang.. bangunlah. Jangan tidur lama-lama macam ni. Mai nak abang, bangunlah. Mai rindu nak dengar abang gelak, bercerita, pujuk Mai macam dulu-dulu. Mai rindu sangat kenangan tu semua.” rintih Maisarah perlahan.
   Maisarah mengeluh lagi. Dia tunduk memandang wajah Carl. Dalam hati dia benar-benar berharap Carl akn sedar secepat mungkin kerana menurut kata doktor, jika suaminya cepats edar daripada koma menandakan suaminya sudah melepasi waktu-waktu kritikalnya.
   Ya Allah.. panjangkan umur dia. Doa Maisarah. Teringatkan Ziqin yang berada dalam jagaan Mikael, Maisarah mengeluh kecil. Sudah banyak kali dia menyusahkan hidup abangnya itu.
   Maisarah termenung jauh. Lama matanya menghala ke jendela yang terbuka luas. Seketika dia tersentak. Ada satu pergerakan kecil yang menyentuh jemarinya. Mata dihalakan pada tubuh si suami. Dan tika itu, rasa syukur benar-benar ingin dipanjatkan pada yang Maha Esa. Bibir mengukir senyuman ditemani air mata kegembiraan.
   Carl memandang wajah isterinya dengan riak pelik. Apa yang berlaku? Dia di mana sekarang ni? seketika, dia mula mengingati satu-persatu peristiwa lalu. Daddy.. rintih Carl dalam hati.
   “ Abang.. abang dah sedar? Syukur-syukur.” Maisarah nampak teruja. Segera dia hendak menapak memanggil doktor. Baru aje dia hendak melangkah, Carl pegang tangannya. Kemas bagai tak nak dilepaskan lagi.
   “ Mai.. Mai nak ke mana, sayang? Jangan tinggalkan abang.” Suara Carl kedengaran agak serak. Wajah itu berkerut-kerut sakit apabila terlalu banyak bergerak. Maisarah tergamam.
   “ Abang.. Mai takkan tinggalkan abang. Mai nak panggilkan doktor. Abang tunggu ye? Don’t think too much. Mai sayang abang.” ujar Maisarah memujuk sebelum dahi Carl dicium lembut. Carl hanya memerhati isterinya menapak keluar. Sebuah keluhan dilepaskan.

Carl menapak masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat miliknya. Pergerakannya sedikit terbatas dek luka yang masih belum sembuh sepenuhnya. Dia mengambil tempat di atas sofa. Pandangannya kemudian terhala pada Maisarah yang sedang menapak sambil mendukung Raziqin. Senyuman diukirkan.
   “ Meh kat papa, Ziqin.” ujar Carl teruja hendak menyambut anaknya. Namun, Maisarah buat muka. Carl kerut kening apabila Maisarah langsung tak menghulurkan anaknya. Wajahnya dimasamkan.
   “ Kenapa? Abang tak boleh pegang Ziqin? Takut Ziqin jadi jahat macam papa dia ni nanti?” sela Carl berjauh hati. Senyuman nakal yang terukir di bibir Maisarah mati dengan sendirinya. Sampai ke situ suaminya fikir? Ish!
   Maisarah melabuhkan duduk di sisi suaminya. Sejenak, Ziqin sudah merengek-rengek. Hendak menyusu barangkali. Tanpa bertangguh, Maisarah menyelak sedikit bajunya untuk menyusukan Razqin. Spontan juga mata Carl terarah ke arah yang satu itu. Oh… dalam merajuk boleh lagi nak menggatal ye? Detik hati Maisarah. Mata dijegilkan. Tapi, Carl buat-buat tak nampak.
   “ Apa abang ni? Pandang sanalah. Mai segan tahu?” marah Maisarah manja. Carl tahan senyum.
   “ Tadi tak bagi abang pegang Ziqin, sekarang tak bagi abang tengok sesuatu yang memang milik abang pula? Kenapa ni, Mai? Dah tak sayang abang ke?” Carl buat drama. Maisarah mulalah rasa macam nak ketuk-ketuk aje mulut Carl yang lancang berbicara itu.
   “ Abang.. bukan tu maksud Mailah. Luka abang kan masih belum sembuh sepenuhnya. Mai tak nak bila abang pegang Ziqin nanti, boleh menyebabkan pendarahan semula kat luka abang tu. Kan doktor dah pesan, tak boleh lasak-lasak.” bebel Maisrah panjang. Carl buak muka selamba. Ketap gigi Maisarah dibuatnya.
   Lama Carl mencongak-congak kemunasabahan alasan Maisarah.
   “ Okey.. alasan yang boleh diterima. But, kalau pasal pandang ‘tuttt’ tu.. kenapa pula tak boleh?” soal Carl menyebabkan Maisarah langsung terlopong. Amboi dia ni.. grrrrr!
   “ Haa.. pandanglah, abang. Pandang sampai tembus.” Maisarah bersuara geram. Terhambur juga tawa yang disimpan oleh Carl sedari tadi.
   “ Alah.. isteri abang ni merajuk ye?” usik Carl. Maisarah pekakkan telinga. Wajahnya memerah dek usikan si suami tadi.
   Carl mula hendak berkalih merapatkan jarak antara mereka. Seketika dia mengaduh. Segera juga Maisarah berpaling. Sebelah tangannya memegang lengan sasa si suami. Riaknya nampak cemas dan risau.
   “ Kenapa, bang? Sakit? Kalau macam tu, jom kita pergi hospital.” Kelam-kabut Maisarah bangun sambil mengendong Ziqin. Seketika, Carl menarik kembali tubuh itu. Maisarah kerut kening. Jangan cakap suami dia main-main je tadi? Detik hatinya.
   “ Tak payah, sayang. Ubat abang tak ada kat hospital tu. Tapi, ubat dan penawar luka abang dah memang ada depan mata dah. Nak tahu apa? Abang tak perlukan penawar dan bermacam jenis ubat yang ada di hospital untuk ubatkan luka abang, tapi abang cuma perlukan Mai dan anak kita untuk sembuhkan segala luka-luka ni. Mai faham maksud abang?” luah Carl romantik. Pipi isterinya diusap sebelum tangan sasa itu jatuh pula pada wajah montel Ziqin. Maisarah terharu. Dah berkaca-kaca matanya tika ini. Huh, sedihnya!
   “ Mai sudi jadi penawar abang. Dan kalau ditanya pada anak kita, andaikan dia pandai bercakap.. tentu dia punya jawapan yang sama macam mama dia. Mai cintakan abang sampai bila-bila.” balas Maisarah perlahan. Hampir tak kedengaran.
   “ Terima kasih, sayang. Terima kasih kerana sanggup bersabar mengharungi segala liku-liku yang dah melanda rumahtangga kita. Abang bangga dengan Mai.” ucap Carl. Tangan si isteri sudah dicium berkali-kali.
   “ Mai..” panggil Carl manja.
   “ Kenapa, abang?”
   “ Abang nak kiss. Ingat tak dulu abang pernah merajuk bila Mai tak nak bagi kiss? Alih-alih bila abang ingat Mai nak kiss abang, Mai letakkan kunyit pula kat muka abang. Dah tak handsome abang waktu tu.” ungkit Carl mengingati kenangan lama mereka. Maisarah tergelak kecil.
   “ Abang nk kiss? Come..” gamit Maisara. Carl teragak-agak.
   No more kunyit, huh?” soal dia polos. Langsung Maisarah ketawa kuat. Dia menggeleng. Seketika, satu ciuman melekat pada bibir Carl. Maisarah tayang senyum demi menutup rasa segan. Carl pula mulalah hanyut. Otak dah menerawang ke arah lain.
   “ Haa.. jangan cakap abang dah fikir tang lain eh? Abang tak boleh lasak-lasak. Remember that?” Maisarah bersuara. Carl senyum kelat. Hmm.. terpaksalah tangguh dulu. Hampa!
   “ I know, sayang. Tak apa, abang akan tunggu smapai luka ni sembuh. Kalau abang tak tahan, abang ‘ngap’ sajalah eh?” gurau Carl. Maisarah menepuk manja lengan sasa itu. Tawa mereka bersatu.
   “ Mai.. abang nak pegang Ziqin juga. Boleh tak, sayang?” pinta Carl setelah tawanya reda.
   “ Tapi, abang..” Maisarah hendak melarang. Namun wajah mengharap si suami buat dia rasa bersalah.
   Yelah-yelah.. pegang elok-elok. Jangan nak hyperactive sangat.” Carl angguk laju.
   Sebaik sahaja Ziqin sudah kemas berada dalam kendongannya, Carl senyum panjang. Comelnya wajah anaknya itu. Ada iras dia dan Maisarah. 
   “ Sayang.. kasihan Ziqin tak boleh jumpa grandpa dia kan?” Tiba-tiba Carl bersuara. Maisarah tersentak. Dia pandang wajah Carl yang jelas cuba menyembunyikan kesedihan.
   Melalui perkhabaran yang dia baru terima, Bernard akan dipenjarakan selama 20 tahun. Dan kini kes Bernard masih dalam perbicaraan. Rayuan juga mungkin akan dibuat memandangkan usia Bernard agak lanjut.
   “ Abang ingatkan daddy?” soal Maisarah polos. Carl menggeleng. Maisarah mengeluh lemah. Dia tahu suaminya menipu. Akhirnya dia buat keputusan untuk bangun sahaja. Niatnya hendak membancuh air untuk si suami. Baru kaki nak melangkah, dia seperti terdengar satu rintihan.
   I missed him. Mai, abang rindukan dia.” Suara Carl perlahan sekali. Maisarah sebak. Dia duduk kembali. Tangan mengusap rambut si suami. Carl mula rasa tenang sedikit. Tubir mata yang bergenang disapu dengan hujung jari.
   “ Sabar ye, abang? Ini semua dugaan. Percayalah, akan ada hikmah di sebalik semua ini. Mai faham perasaan abang sebab Mai juga pernah merasai kehilangan. Kehilangan kedua-dua orang tua Mai dan Mai juga pernah kehilangan abang. Tapi, kalau kita kuat.. kita akan mampu atasi semua tu. Kalau abang sedih, Mai ada untuk hiburkan abang. Anak kita ada.” pujuk Maisarah. Carl panggung kepala. Wajah isterinya ditatap.
   “ Janji takkan tinggalkan abang? Abang dah tak ada sesiapa.” Sungguh sayu nada itu menyapa telinga.
   “ Mai janji, abang sebab setiap denyutan nadi Mai adalah milik abang jua. Jadi, hilangnya abang ibarat sedikit demi sedikit mencabut nyawa Mai pergi. I love you, abang.” ujar Maisarah tulus.
   “ Terima kasih, sayang.”
   Most welcome. Abang.. abang tak nak pergi perbiacaraan daddy?” soal Maisarah. Carl terdiam lama. Maisarah masih menanti
   “ Abang akan pergi. Dia tetap daddy abang even dia dah buat macam-macam pada diri ini. I can’t act like we do not know each other. Sayang temankn abang ye nanti?” soal Carl naif. Maisarah angguk lagi. Dia perlu memberikan sokongan. Apa sahaja keputusan suaminya, dia akan sokong. Dia perlu jadi tulang belakang Carl agar langkah suaminya tidak rapuh.
   Maisarah tenggelam dalam pelukan Carl. Pelukan yang menggambarkan rasa gembira bahawa selepas ini tiada lagi ancaman Bernard. Dalam hati Carl, dia mengucap syukur. Rasa bahagia menyelimuti tangkai hatinya. Wajah isteri dan buah hati si pengarang jantung dikucup silih berganti. Abang akan cuba pertahankan keluarga kita, nekad Carl sebelum ubun-ubun Maisarah dicium lama.
   Syukur.. berakhirlah sebuah perpisahan yang menyeksakan dua jiwa ini. Berbahagialah Carl Rayyan dan Maisarah Qistina di sisi putera mereka, Mohd Raziqin Darwish. Semoga Carl mampu menjadi suami yang mithali dan papa yang sempurna buat Ziqin. Amin..

~Tamat~

9 comments:

  1. best teramat sangat!!!
    thanks you writer for this story >_<

    ReplyDelete
  2. asyu : hehe.. welcome, asyu.. thanx sudi bce..

    ReplyDelete
  3. saya baca cerpen ni start dripada yg pertama... jalan cerita memang mantaplah.. kalau kak hana buat novel confirm meletop.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tme ksh awak. Mmg ad niat nk kembgkn. Tp, kena fokus pada karya len dluw. Hee.. thanks again. :)

      Delete
  4. Best la hana this story. Sy suka
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
  5. Best sgt.....and sedihnya bab 12 tu....ingatkn sad ending td.....syukur yg kebahagiaan tu msh milik mai n carl

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum
    maaf saye baru sedar akan blog niy...awk!!!
    great job!! really....
    saye teramat suka cite niy...
    n ini lain dari yg lain...really good job!
    do the best in the future...
    bess sgd!!
    wish u good luck in future...
    fiqa

    ReplyDelete