PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 8)


Bab 8

Tubuh sasa Carl dipeluk kejap. Menggambarkan rasa rindu yang dah berbulan-bulan terpendam. Maisarah teresak-esak menangis. Dia dapat rasa kepalanya yang dilitupi tudung turut diusap perlahan oleh tangan kekar itu. Ya Allah, sungguh dia rasa dikasihi tika ini.
   Carl sebak. Tubuh kecil isterinya kemas tenggelam dalam pelukan hangatnya. Memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku tadi, hati Carl mula menggelegak marah. Rasa darahnya sudah membuak-buak hendak meletuskan baran.
   Nasib baik dia tergerak hati untuk mengekori Maisarah hari ini. Itupun apabila dia terserempak dengan Perodua Myvi Maisarah yang berhenti di lampu isyarat. Dan apa yang dia rasa itu nyaris menjadi kenyataan jika dia terlewat untuk memunculkan diri. Ah, syukur kepada yang Maha Esa.
   Pelukan direnggangkan. Wajah Maisarah yang sarat dengan sisa air mata diusap perlahan. Tika itu mereka berada di dalam kereta milik Maisarah. Maisarah memandang Carl dengan redup pandangan menikam kalbu. Carl tahu maksud pandangan itu. Pandangan yang penuh dengan rasa cinta dan rindu untuknya. Dan dia juga punya rasa yang sama!
   Maisarah paut lengan sasa Carl. Tangan kasar itu dilekapkan pada pipinya. Air mata kegembiraan setia menemani. Dia gembira. Tersangat gembira dengan pertemuan yang tak dirancang ini. Hilang sedikit beban ridnu tatkala menatap wajah tampan itu. Tapi.. apa yang dia nampak sedikit meresahkan hati kecilnya. Wajah Carl nampak sedikit tidak terurus. Jambang sudah mula meliar. Dan wajah itu sedikit cengkung.
   Suasana masih sepi diantara mereka. Hanya esakan kecil Maisarah yang memecahkan kesunyian. Masing-masing tiba-tiba kelu untuk memulakan bicara. Malas hendak membazirkan waktu yang ada, Maisarah membuka mulut. Lagipun, rasa ingin tahu begitu membuak-buak dalam dirinya.
   “ Abang.. siapa orang yang ikut Mai tadi??” soal Maisarah cemas. Cral tenang dengan pertanyaan itu. Sudah dia agak Maisarah bakal bertanya lanjut. Carl hela nafas panjang. Perlu ke dia khabarkan kebenaran yang sebenar? Ah, dia buntu. Wajahnya resah.
   “ Ada orang nak bunuh Mai? Dia nak Mai mati kan?” soal Maisarah spontan menyebabkan Carl tersentak kuat. Terus bibir itu dipekup. Tidak sanggup untuk mendengar kenyatan yang bakal membuatkan diri sendiri tidak senang duduk. Dia yakin lelaki yang mengekori Maisarah tadi adalah orang suruhan daddynya. Hatinya begitu kuat menyatakannya.
   Maisarah sudah menggoncang kecil lengan sasa itu. Dia dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Wajah dan tingkah Carl yang diam membisu membuktikan segalanya.
   “ Abang, jawablah. Siapa nak bunuh Mai?” Suara Maisarah mula bernada merayu. Carl pegang kejap tangan kecil milik Maisarah. Dia harap apa yang dia bakal sampaikan tidak akan mengejutkan wanita kesayangannya itu.
   “ Sayang.. jangan terkejut dengan apa yang sayang bakal dengar nanti ye? Abang sendiri buntu sekarang ni. Banyak dugaan melanda rumahtangga kita.” pujuk Carl sambil meramas lembut tangan kecil itu. Ingin memberi kekuatan agar diri si isteri tidak cepat melatah. Maisarah hanya pandang bersama renungan yang jelas menunjukkan rasa ingin tahu.
   “ Memang ada orang nak bunuh Mai. Nak pisahkan Mai dengan abang. Kalau abang terlambat tadi, mungkin abang akan menyesal seumur hidup.” ucap Carl senada. Maisarah terhenyak. Kepala terasa berpinar. Allah, siapa yang bermusuh dengannya sampai macam ni? Apa dosa dia? Detik hati Maisarah. Carl perasan akan reaksi itu. Segera tubuh itu diraih. Wajah pucat Maisarah benar-benar membuatkan dia rasa bersalah. Kalaulah Maisarah tidak pernah terlibat dengan kehidupannya, tentu nasib wanita itu tidak akan jadi seteruk ini.
   Ada suami, tetapi terpaksa ditinggalkan. Ada rasa cinta, tetapi terpaksa disorokkan. Dan ada rasa rindu, tetapi terpaksa dipendam sepi. Jadi, apa guna lagi kehidupan berumahtangga yang tak seindah oarng lain ini? Carl bermonolog.
   “ Si.. siapa nak bunuh Mai, abang?” soal Maisarah terketar-ketar. Mata dipejam celikkan beberapa kali. Berharap apa yang didengari tadi cuma hembusan angin lalu.
   “ Daddy.” ujar Carl sepatah. Pantas Miasarah menolak jauh pelukan Carl. Dia mencari anak mata suaminya yang dah menunduk.
   “ Kenapa, abang? Apa dosa, Mai?”
   “ Daddy tak nak abang bahagia bersama Mai. Abang dah belot. Jadi, dia nak abang sengsara. Dan dia terpaksa guna taktik kotor untuk ugut abang jalankan kegiatan haram tu. Abang tak rela, Tapi, abang terpaksa. Abang terpaksa kerana abang tak diberi pilihan.” Carl merintih sayu. Ternganga mulut Maisarah. Sebak bertandang lagi.
   “ Jadi, betullah abang yang Mai nampak tempoh hari? Abang dah balik semula pada kegiatan haram tu?” Maisarah menyoal sinis. Rasa geram mula mengambil tempat. Huh, kononnya nak berubah. Tapi, kena ugut sedikit terus melatah. Memang tak ada pendirian. Kutuk hati Maisarah tiba-tiba. Carl angguk mengiyakan.
   Why, abang? Why?? Abang dah janji takkan libatkan diri dalam kegiatan haram tu. Abang lupa?” jerit maisrah. Mendengarkan jeritan nyaring itu, Carl pantas memegang kedua-dua belah bahu Maisarah yang dah mula meronta keras.
   “ Mai.. abang terpaksa. Abang tak ada niat. Abang betul-betul tak tahu apa yang patut abang buat. Abang sayangkan Mai dan anak kita. Abang terpaksa berundur sebab abang tak nak Mai dan anak kita diapa-apakan. Dan Mai dapat lihat sendiri kan, daddy benar-benar memaksudkan apa yang dia katakan. Insiden tadi adalah penjelasan yang nyata. Dia hantar orang untuk bunuh Mai. Mai tak nampak lagi ke semua tu?” Carl pula bersuara lantang. Ingin menyedarkan si isteri yang seakan ingin mneyalahkan dirinya seratus-peratus.
   Maisarah berhenti meronta. Tubuhnya lemah serta-merta. Ya, dia tidak boleh salahkan suaminya, suaminya terpaksa dan dia juga terpaksa. Terpaksa menelan hakikat bahawa mereka terpisah disebabkan wujudnya manusia kejam bernama Bernard.
   “ Kenapa kita yang menjadi pilihan? Tak boleh ke kita hidup bahagia tanpa semua ni? Mai tak kuat, abang. Sampai bila kita nak berpisah? Ziqin perlukan abang.” Maisarah menangis. Carl terpana. Ziqin? Anak diakah? Ya Allah, dia langsung terlupa akan kehadiran ahli baru keluarganya itu. Wajahnya terus bersinar-sinar.
   “ Ziqin, anak abang?” soalnya teruja. Maisarah angguk. Dia nampak wajah gembira terukir di raut tampan lelaki itu.
   “ Ya.. anak abang. Anak kita lelaki. Dan Mai dah namakan dia sebagai Mohd Raziqin Darwish. Sama seperti yang abang harapakan. Tapi, malang sekali sebab abang tak pernah ada peluang menatap wajah dia hingga sekarang. Kenapa hidup kita macam ni, abang? Mai dah tak lelah. Tolonglah, bantu Mai. Mai tak boleh hadapi semua ni sorang-sorang.” Carl tarik nafas panjang lagi. Dahi si isteri dikucup sekilas.
   “ Sayang.. percayalah. Abang yakin kalau jodoh kita panjang, kita akan kembali macam dulu. Tapi, sayang faham ye? Keadaan sekarang masih tak mengizinkan kita bersama. Abang tak nak ambil risiko. Abang tak nak sayang dan Ziqin berada dalam keadaan bahaya. Biarlah abang saja yang berusaha untuk cari jalan.” pujuk Carl lagi.
   “ Sampai bila, abang? Sampai Mai dah tak ada baru abang nak mucnul?” sela Maisarah. Carl terkejut. Tidakkah Maisarah faham situasi sekarang? Nyawa mereka ibarat dihujung tanduk sahaja. Silap langkah, akan bercerailah roh dari jasad.
   “ Percayakan abang. Abang yakin semua akan beransur pulih. Bagi abang masa.” Maisarah mendengus kecil.
   “ Habis tu, abang tak nak jumpa Ziqin? Tak kenal wajah dia?”
   Carl senyum kelat. Dia menggeleng kecil. Peritnya hendak menjawab soalan itu. Ayah mana yang tidak ingin menatap cahaya matanya sendiri? Apatah lagi cahaya mata itu adalah insan pertama ikatan suci dia dan Maisarah?
   “ Sayang.. kalau sekarang keadaan mengizinkan. Abang rasa hendak berlari untuk peluk tubuh kecil Ziqin. Tapi, abang tak boleh. Abang memang nak tengok wjaah Ziqin. Nak peluk dan cakap pada dia.. ‘ Ziqin, papa minta maaf sebab libatkan sayang dalam masalah berat macam ni. Papa sayang Ziqin. Sangat sayangkan Ziqin. Ziqin jadi anak yang solah ye?’. Itu yang abang benar-benar nak cakap pada dia.” Carl mengeluh. Air mata mula hendak mengalir. Dia sebak dan hatinya tersayat.
   Maisarah mula rasa bersalah. Wajah Carl yang mendung itu mula membuatkan dia gelisah. Ah, kenapa dia tergamak melukakan hati lelaki itu dengan soalan yang agak bodoh?
   Tanpa bertangguh, tangan sasa Carl dicapai sebelum kepalanya tunduk mencium lembut. Dia benar-benar rasa berdosa menuduh suaminya yang bukan-bukan. Khilafnya aku, detik hati Maisarah.
   “ Mai minta maaf, abang. Mai tak patut tanya abang soalan macam tu. Ampunkan Mai.” Carl terdiam lama sebelum bibirnya mula bersuara.
   “ Mai tak salah. Mai tak pernah salah. Abang yang salah. Salah kerana gagal nak lindungi keluarga kita. Kalau abang mampu pertahankan keluarga kita, tentu kita tak perlu berpisah macam ni.” keluh Carl Rayyan.
   “ Mai faham situasi abang. Mai faham. Mai janji takkan ungkit lagi. Mai akan tunggu abang walau beribu tahun pun lagi. Mai syaangkan abang dan Mai dah berjanji akan tetap jadi isteri abang sampai bila-bila.” balas Maisarah. Seketika tubuhnya sudah hilang dalam dakapan Carl buat kali yang entah ke berapa. Dia tenang. Rasa damai mula membanjiri taman hati.
   “ Sayang.. abang terpaksa pergi. Kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi. Maafkan abang.” Ucap Carl seraya melepaskan pelukan mereka. Pelukan yang tidak pasti sama ada pelukan terakhir atau masih ada lagi pelukan damai yang bakal mereka kecapi.
   Wajah Carl perlahan-lahan didekatkan pada raut manis Maisarah. Seketika, bibir Maisarah dipagut lembut.
   “ Jaga diri sayang. Abang akan selalu rindukan sayang.” kata Carl selepas ciuman hangat itu dilepaskan. Maisarah menangis sedih. Tuhan, kenapa masih tercipta lagi perpisahan di antara kami? Hati berlagu pilu.
   “ Abang pun jaga diri. Mai tetap akan tunggu abang.” balas Maisarah penuh syahdu. Carl tersenyum nipis.
   Carl sudah bersedia hendak membuka pintu kereta. Namun, perbuatannya kaku apabila telefon bimbit Maisarah berbunyi lantang. Dia berhenti memerhatikan tingkah si isteri. Siapa yang call, Mai?
   “ Assalamualaikum. Ada apa abang?” Salam Maisarah kedengaran.
   “ Mai.. balik sekarang. Balik sekarang. Ziqin tiba-tiba demam ni. Suhu naik mendadak. Abang dah tak tahu nak buat apa. Balik ye, Mai?” Suara Mikael cemas. Dan tika itu, wajah Maisarah sudah mula berubah riak. Dugaan apa pula kali ni sedangkan tadi anak ekcil itu sihat walafiat sahaja? Carl yang perasan riak wajah cemas itu mula mencelah.
   “ Kenapa, Mai?”soal dia bimbang.
   “ Anak kita, Ziqin. Anak kita.” Hanya itu yang mampu dia luahkan sebab otaknya sudah mula gagal berfungsi lebih mendalam. Hatinya bimbang. Resah!




No comments:

Post a Comment