PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 7)


Bab 7
Maisarah menatap cincin perkahwinan yang tersarung kejap di jari manisnya. Wajah Raziqin yang leka menyusu, direnung sayu. Kasihan anak mama, tak boleh merasa belaian papa. Detik hatinya.
   Maisarah merenung jauh ke kaca televisyen yang terpsang. Sedangkan mindanya langsung tidak ada di situ. Setiap pelosok rumah ini ada kenangan bersama suami tercinta. Maisarah lelah hendak menunggu. Tapi, itu sahaja yang dia mampu buat tika ini. Setiap malam, dia akan meratap dan berdoa semoga Allah pulangkan kembali suaminya. Semoga Allah bukakan jalan untuk mereka berdua kembali bersatu. Raziqin perlukan papanya. Dan dia juga amat perlukan Carl sebagai pelindungnya.
   Abang.. Mai akan tunggu abang. Hanya maut aje yang akan pisahkan kita. Seperti mana abang pernah cakap pada Mai dulu. Detik hati Maisarah sebelum setitis air matanya gugur. Gugur menyatakan betapa hati ini seksa menanggung derita.
   Seperti mendengar harapan si suami, itu jugalah tekad si isteri yang saban hari menghitung waktu untuk bertemu dengan suami yang terpisah. Dia tetap akan menjadi seorang penunggu setia! Dia tetap akan tunggu bayang Carl muncul di depan mata. Dia tetap akan menunggu saat Carl membawa dia dan Raziqin ke dalam dakapan mesra. Itu janjinya. Janji yang akan dia cuba pertahankan. Dia takkan mengalah!

Selepas 40 hari..

 “ Abang Mika.. Mai nak keluar kejap. Tolong jaga anak Mai ye? Nanti Mai datang jemput dia balik. Mai dah siapkan susu untuk Ziqin. Abang tinggal nak susukan aje kalau dia menangis.” pinta Maisarah ketika dia bertandang ke rumah abang longnya.
   “ Alah.. kalau Mai nak tinggal setahun pun abang sanggup tahu? Ziqin ni bukannya kuat meragam. Jangan risaulah. Hmm.. Mai nak ke mana sebenarnya?” soal Mikael.
   “ Mai ingat nak ke Tesco kejap. Nak belikan barang-barang dapur. Semua dah habis dah dekat rumah tu.” jawab Maisarah sambil menyarung kembali sandalnya.
   Yelah.. bawa kereta hati-hati.” pesan Mikael ketika Maisarah sudah hendak masuk ke dalam kereta Myvinya. Maisarah angguk sahaja.
   “ Mai pergi dulu, abang. Telefon Mai kalau Ziqin menangis. Mai akan cuba balik awal.” ujar Maisarah.

Maisarah berasa tidak selesa. Seolah-olah ada orang yang mengekorinya. Sejak dia berada di dalam Tesco lagi, pergerakannya seolah-olah diintip. Sekarang, rasa tidak selesa itu semakin bertambah apabila kaki sudah melangkah di ruangan parkir yang sunyi sepi ini. Bulu roma menegak tiba-tiba.
   Kaki yang ligat melangkah diperlahankan. Dan tika itu, dia dapat rasa ada satu kelibat di belakangnya. Dia berpaling. Namun, bayang itu hilang pula. Rasa tidak sedap hati memaksa Maisarah meneruskan langkah. Hampir dia tersadung dek langkah yang diatur rakus.
   Namun, nyawanya seakan melayang apabila dia dapat rasa tangannya dikilas ke belakang oleh seseorang sebelum mulutnya ditutup kejap. Dia cuba menjerit. Namun, tangan yang menyerangnya memang terlampau kuat. Dia meronta-ronta. Tubuhnya sudah diseret ke satu sudut.
   Dalam kedaan cemas itu, Maisarah berpaling menentang sesusuk tubuh yang menyerangnya. Seketika, dia tergamam. Wajah itu!




No comments:

Post a Comment