PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 6)


Bab 6

 “ Betul ke lelaki yang Mai jumpa tu Carl? Mai tak silap pandang?” soal Mikael kurang percaya. Wajah Maisarah yang sudah meraung hebat dipandang sayu. Sekilas pandangannya jatuh pada raut wajah Raziqin yang sudah nyenyak tidur.
   “ Abang.. Mai kenal suami Mai. Mai dengar suara dia. Kenapa, bang? Kenapa Carl boleh jadi macam tu? Dia dah lama cuci tangan daripada kerja haram tu semua. Apa lagi yang tak cukup selama ni??” Tangisan Maisarah mula bertukar menjadi sebuah ratapan hiba.
   Mikael hela nafas berat. Kepalanya sendiri kusut mendengarkan perkhabaran yang Maisarah sampaikan. Hampir dia tidak percaya. Tapi, apabila Maisarah sudah mula bersungguh-sungguh, dia berbelah bagi pula. Carl, kenapa kau buat anak bini kau macam ni? Mikael bermonolog. Sungguh, dia benar-benar ingin tahu.


Carl termenung di atas sejadah. Pertemuan petang tadi benar-benar membuatkan batinnya terseksa. Raut wajah Maisarah yang jelas sayu membuatkan nafasnya jadi sempit. Seolah-olah tiada ruang untuk bernafas. Dia dapat lihat wajah itu yang pucat sambil menangis hiba. Mai.. abang rindukan Mai. Detik hati Carl. Wajah diraupkan berkali-kali.
   Pintu yang diketuk kasar menyentakkan Carl dari lamunan. Segera dia kalih pandang. Seketika, anak matanya jatuh pada wajah tua itu. Wajah yang sudah mula membuatkan dia rasa benci. Wajah yang saban hari melontarkan ugutan agar dia tidak kembali pada si isteri. Wajah yang telah memusnahkan kebahagiaannya. Carl mendengus kuat.
   “ Kamu solat Carl? Apa lagi yang kamu minta kali ni?” sinis suara itu menyapa. Carl menjeling tajam.
   Now what, daddy? Tak cukup lagi musnahkan hidup Carl?? Sekarang, nak sindir-sindir Carl pulak?” Carl bersuara lantang. Bernard ketawa lucu.
   Akhirnya dia puas melihat Carl sengsara. Itulah balasan untuk orang yang belot. Disebabkan Carl cuci tangan, kegiatannya tumpas. Selama ini, anaknya itu memang berbakat dalam mengendalikan kegiatan haram mereka. Semenjak Carl cuci tangan, bermacam-macam perkara buruk terjadi. Dia sendiri juga pernah disumbatkan ke dalam penjara. Sedangkan, sebelum ini pihak polis tidak pernah berjaya mengesan ahli kumpulan mereka itu.
   Namun, dia bijak. Orang bijak macam dia takkan mudah kena tangkap. Kalau bukan disebabkan Ah Lim, tentu Carl takkan ada di sini sekarang. Ah Lim orang yang dihantar untuk mengekori segala gerak-geri Carl sekeluarga. Dan dengan bantuan Ah Lim juga, dia berjaya melepaskan diri daripada tahanan polis. Mujur juga lelaki yang dipukul dahulu tidak meninggal. Selepas dua bulan Bernard ditahan, lelaki yang dipukul sehingga koma itu sedar.
   Kerana takut akan ugutan, lelaki itu sendiri yang menarik dakwaan yang dibuat terhadapnya. Ah Lim memang orang yang boleh diharapkan. Bernard tersenyum lagi.
   Pandangannya jatuh pada raut wajah Carl yang nampak tertekan. Carl memang anak tak guna. Sudah lama dia bersusah-payah menjaga Carl, tapi langsung anak itu tidak mendatangkan faedah. Jadi, memang patut dia menyeksa Carl dengan perpisahan ini. Memaksa Carl membuat suatu perkara yang amat dibenci.
   “ Kamu yang bodoh. Kalau kamu tak belot pada daddy, daddy takkan kejam macam ni. Apa yang hebat sangat perempuan tu sampaikan kamu lupa siapa daddy selama ini?” jerkah Bernard. Carl bangun berdiri. Matanya tajam menikam anak mata Bernard. Hilang sudah hormat pada lelaki tua itu.
   “ Dia ada nama, daddy. Dan nama dia Maisarah!! Can you please stop calling her with that name??” Bernard menjeling meluat.
   “ Daddy nak tahu  apa yang hebat sangat dengan Mai, isteri Carl tu??” Perkataan isteri dia tekankan. Berharap supaya Bernard sedar. Sedar siapa Maisarah dalam dirinya. Namun, Bernard buat muka kayu.
   “ Dia adalah orang yang dah sedarkan Carl bahawa apa yang kita lakukan ni semuanya salah. Salah di sisi  undang-undang. Dia orang yang ajar Carl tentang erti kehidupan yang sebenar. Dia ajar Carl tentang satu kasih sayang yang luhur. Dia yang ajar Carl semua tu. Sedangkan daddy, hanya sibuk dengan kegiatan haram daddy. Sibuk mengejar kekayaan!!” tengking Carl melawan. Bernard ketap gigi menahan marah.
   “ Carl!!” marah Bernard. Tangan laju hendak mengangkat penumbuk. Namun, terhenti sebelum sempat mengenai sasaran.
   “ Kenapa? Nak tumbuk Carl? Tumbuklah, daddy. Carl dah tak ada hati dah. Kalau daddy nak bunuh Carl sekalipun, Carl redha. Tak ada makna lagi hidup Carl tanpa Maisarah dan anak Carl. Kenapa, daddy? Kenapa buat Carl macam ni?” rintih Carl bertukar sayu. Air mata mengalir. Bernard terundur ke belakang. Tangan dijatuhkan geram. Ah, Carl memang pandai buat dia serba-salah. Tapi, dia takkan terpedaya. Dia takkan sesekali terpedaya. Tekad hati Bernard keras.
   Carl jatuh melorot. Hujung kaki Bernard dipegang kejap. Bernard tersentak.
   “ Tolong, daddy. Lepaskan Carl. Carl nak isteri Carl. Carl dah jadi papa, daddy. Tolonglah. Carl mohon pada daddy. Jangan buat Carl macam ni. Jangan ugut Carl terus, daddy. Kalau daddy nak nyawa Carl, Carl rela. Tapi, izinkan Carl tengok anak isteri Carl buat kali terakhir.” Carl meraung. Bernard rentap kakinya. Dia mendengus keras.
   “ Kamu jangan nak merayu. Daddy takkan sesekali termakan dengan riak sedih kamu. Kamu satu-satunya harapan daddy. Kalau kamu nak anak isteri kamu selamat, kamu jangan pernah ungkit pasal ni. Kalau tak, daddy tak teragak-agak nak hantar mayat mereka pada kamu. Tentu kamu benci daddy kan? Daddy tak kisah. Apa yang penting, daddy puas tengok kamu menderita. Kamu dah belot, Carl. Kamu dah belot!!” tempik lelaki itu marah. Rahangnya bergerak-gerak menampung baran yang mula menular. Segera dia menapak keluar sebelum pintu dihempas kasar.
    Carl jatuh tersandar pada dinding. Sampai hati daddy nak melihat dia terseksa. Tidak layakkah dia untuk merasai kebahagiaan? Cuma sebentar rasa itu hadir, daddy sudah ingin merampasnya. Disebabkan ugutan daddy, Carl terpaksa berjauhan dengan Maisarah. Carl tak nak Maisarah menjadi mangsa. Tak nak anaknya yang tidak berdosa menjadi mangsa kejam orang yang tidak berhati perut seperti Bernard. Biarlah dia yang berundur sebelum segala-galanya terlambat.
   Mai.. tunggu abang. Abang akan cuba, sayang. Abang akan cuba cari jalan untuk buat kita bersama lagi. Baby.. tunggu papa.  Carl merintih lagi sambil ditemani sendu yang kian menggila.




No comments:

Post a Comment