PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 5)


Bab 5
Dua hari berlalu..

  Hari ini Maisarah sudah dibenarkan pulang ke rumah memandangkan bayi yang baru lahir tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Dia berkemas ala-kadar sementara menunggu abangnya datang menjemput.
   “ Ziqin.. kejap lagi kita nak balik rumah mama tahu? Rumah yang banyak kenangan papa dan mama. Ziqin jangan sedih ye sebab papa tak ada dengan kita. Mama yakin nanti papa akan pulang jenguk kita. Ziqin sabar ye, sayang? Sabar macam mana mama sabar menghitung hari menanti kepulangan orang yang mama cinta.” Maisarah mengelus pipi tembam anaknya. Seketika dia tersenyum melihat Raziqin yang nyenyak tidur itu. Ah, untungnya jadi seorang bayi. Langsung tidak terlibat dengan sebarang masalah dan dugaan. Detik hati Maisarah.
   “ Assalamualaikum, Mai dah siap? Anak buah Pak Long Mika buat apa tu?” Mikael menapak masuk bersama wajah ceria. Maisarah tersenyum simpul. Abangnya memang sukakan budak. Untunglah siapa yang dapat kahwin dengan Mikael. Penyayang!
   “ Anak buah abang tengah tidur ni, hah. Mai dah siap dah, jomlah gerak. Mai dah rindukan rumah Mai dah. Manalah tahu kot-kot Carl balik.” ujar Maisarah. Namun, ayat di belakang kedengaran perlahan dan sayu. Mikael kalih pandang. Dia hulur wajah simpati.
   “ Mai.. abang bukan nak halang Mai daripada berharap. Tapi, abang tak nak Mai kecewa kemudian hari. Mai tak boleh macam ni.” nasihat Mikael sambil mengelus kepala Maisarah yang bertudung hitam itu. Wajah Raziqin yang nyenyak tidur dikerling sekilas. Comel!
   “ Mai tahu, abang. Tapi, Mai tetap nak tunggu Carl. Anak Mai perlukan papa dia. Jadi, Mai tetap akan berharap sampai bila-bila.” balas Maisarah sebak. Mikael hanya mampu mengeluh kecil.
   “ Suka hati, Mailah. Jom.. kita gerak sekarang.” Mikael mengalah akhirnya.

“ Abang.. berhenti dekat kedai depan tu, boleh tak? Mai nak beli barang sikit.” ujar Maisarah. Mikael hanya akur.
   Kereta Gen-2 hitam milik Mikael berhenti di hadapan sebuah kedai yang ditunjukkan adiknya. Maisarah segera mencapai beg sandang. Raziqin dihulurkan pada abangnya.
   “ Abang jaga Ziqin ye? Mai nak masuk dalam kejap.” ujar Maisarah. Mikael angguk sekali. Raziqin sudah bertukar tangan. Tanpa bertangguh, Maisarah terus menapak keluar.
   Kakinya sudah hampir menapak masuk ke dalam sebuah kedai. Namun, langkahnya kaku apabila dia seperti terdengar satu suara yang agak sayup-sayup kedengaran di sebalik lorong kecil yang memisahkan kedai 24 jam itu.
   “ Tolonglah.. jangan buat aku macam ni.” rintih satu suara. Hati Maisarah mula berdenyut tidak enak. Peristiwa di mana abangnya dibelasah dahulu mula bergentayang di minda. Tanpa sempat akal memberikan arahan, kaki sudah laju menjejaki arah datang suara itu.
   Dia semakin hampir dan hampir. Suasana yang agak sunyi sedikit menyeramkan Maisarah. Namun, Maisarah bertindak berani. Dia tidak tahu kenapa hatinya seperti dapat merasai kehadiran seseorang. Seseorang yang dia sendiri tidah tahu siapa?
   Seketika, jantungnya berlari pantas. Dia nampak ada beberapa orang samseng sedang memukul seorang pemuda. Dia dapat lihat satu hayunan kayu hoki mengenai tubuh pemuda itu sebelum pemuda itu jatuh tersembam menyembah bumi. Darah menyembur keluar daripada mulut pemuda itu. Maisarah menekup mulut. Ya Allah, kejamnya!
   “ Kau memang nak mampus dengan aku!” jerit satu suara yang membelakangi Maisarah. Mungkin empunya suara garau itulah yang mengetuai anggota kumpulan samseng tersebut. Tubuh pemuda yang sudah lembik itu ditarik kasar. Tangan ketua samseng itu sudah bersedia hendak menghayunkan penumbuk. Tapi, tidak sempat kerana Maisarah terlebih dahulu menjerit.
   “ Jangan! Jangan pukul dia!!” halang Maisarah berani.
   Dan tubuh yang membelakangi Maisarah tadi sudah tersentak hebat. Jantung mula berpalu kencang. Subhanallah! Dia kenal dengan suara itu. Malah, suara itu amat-amat dia rindui saban hari. Pegangan yang kuat mencengkam kolar baju pemuda yang dibelasah tadi mula melorot jatuh. Perlahan-lahan pemilik suara garau itu berpaling sedikit demi sedikit. Di atas kesempatan itulah, pemuda tadi terus melarikan diri dengan langakah yang terhincut-hincut. Semua ahli kumpulan samseng itu terdiam. Mereka hanya menunggu arahan bosnya sahaja.
   Maisarah masih di tempat sama. Dia bimbang akan keselamatan dirinya sekarang. Tapi, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, dia sudah tidak mampu hendak berbuat apa-apa. Pelbagai andaian negatif sudah menjengah minda.
   Macam mana kalau lelaki itu tiba-tiba mengamuk lalu membunuh aku? Siapa yang nak jaga Ziqin? Tak.. aku tak boleh mati lagi. Aku perlu jumpa dengan Carl. Aku perlu hidup lama untuk Ziqin. Ziqin perlukan mamanya. Tuhan, lindungi aku. Maisarah sudah mula cemas.  Maisarah menanti penuh debar untuk menatap wajah itu. Untuk menunggu reaksi lelaki yang masih tidak menampakkan wajahnya itu.
   Sebaik sahaja pemilik suara garau tadi berpaling menghadapnya. Maisarah hampir rebah. Dan begitu juga dengan lelaki itu. Wajahnya pucat tidak terkata. Tanpa disuruh-suruh, air mata mengalir laju.
   “ Ab.. abang..” panggil Maisarah terketar-ketar. Carl yang terkejut segera memanggil anggota kumpulannya. Dia perlu beredar. Ah, macam mana dia boleh bertemu dengan Maisarah? Ya Allah.. tentu remuk hati isterinya melihat situasi dia sekarang.
   Air mata Carl bergenang. Akhirnya.. setelah dua bulan dia berjaya juga melihat wajah itu. Wajah yang dirindui dalam jaga dan lenanya. Kaki hendak melangkah mendekati. Namun, apabila teringatkan sesuatu.. dia berundur kembali. Pandangannya pula jatuh pada perut Maisarah yang kempis.
   Sudah bersalin ke, Mai? Hati Carl menjerit untuk mengetahui. Tapi, dia tidak boleh bertanya. Dia tidak boleh. Perihnya hati. Sungguh, dia benar-benar ingin mengetahui keadaan Maisarah dan bayi mereka. Tapi, apa lagi pilihan yang dia ada? Tanpa menunggu lama, Carl berpaling.
   “ Gerak sekarang!” arah Carl lalu masing-masing masuk ke dalam kereta. Enjin menderum laju. Maisarah masih lagi terkejut. Kakinya menggeletar. Lembik segala urat sarafnya.
   Kenapa? Kenapa Carl berubah sampai macam ni? Kenapa Carl berubah kepada perangai lamanya? Bukankah Carl sudah lama tinggalkan aktiviti haram itu? Berbagai soalan menjengah ruang minda.
   Menyedari kereta yang sudah mula bergerak perlahan itu, Maisarah segera berlari laju ke arah kereta Carl. Ingin dihalang kereta itu. Namun, dia terlambat. Kereta Carl sudah bergerak laju meninggalkannya.
   “ Abang!! Abang tak boleh tinggalkan Mai. Abang!!” jerit Maisarah sebelum terjelopok jatuh. Dia menangis hiba. Tudungnya sudah lencun dibasahi air mata.
   Melalui cermin pandang belakang, Carl dapat lihat tubuh Maisarah yang melorot. Hatinya sayu. Air mata menitik lagi.
   Maafkan abang. Kita tak sepatutnya berjumpa. Mai perlu kuat, sayang. Detik hati Carl. 

No comments:

Post a Comment