PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 4)


Bab 4

Dua bulan berlalu..

   Maisarah duduk bersandar di taman yang terdapat di halaman banglo miliknya dan suami ketika dahulu. Masih terbayang-bayang kenangan manis bersama Carl. Kenangan ketika mereka bergurau-senda di atas buaian yang diduduki sekarang sambil menikmati asikrim. Sungguh, dia rindu akan kenangan itu. Sudah hampir dua bulan Carl meninggalkannya tanpa sebarang berita. Terus hilang dibawa angin lalu. Tubir mata Maisarah bergenang mengenangkan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.
   Kalau mengikut perkiraannya, dia akan bersalin lebih kurang satu minggu saja lagi. Semakin sebak dia menanggung perasaan memikirkan hakikat bahawa Carl tidak akan bersama dia sewaktu hari berbahagia itu nanti. Saat dia melahirkan bayi pertama mereka!
   Abang.. pulanglah. Mai dah sarat ni. Mai takut nak lahirkan anak kita. Kalau Mai meninggal ketika lahirkan anak kita, tentu kita tak dapat jumpa lagi. Mai nak jumpa abang dan Mai perlukan abang. Rintih Maisarah perih.
   Maisarah teresak kecil. Hati perit menanggung rindu yang saban hari mencengkam naluri. Hanya potret perkahwinan mereka sahaja alat melepaskan rindu. Dia sudah tidak punya apa-apa lagi. Malah, Carl juga sudah menukar nombor telefon bimbitnya. Dia betul-betul hilang jejak lelaki itu. Ke mana Carl menghilang?
   Maisarah sudah malas hendak membuang masa memikirkan hal yang bakal membuatkan diri sendiri terseksa. Sambil menyapu sisa air mata, dia bangun daripada buaian. Baru beberapa langkah.. tiba-tiba langkahnya kaku apabila dia merasakan satu kesakitan yang maha dahsyat. Segera dia memegang perut yang membusung. Wajah sudah mula menerbitkan rintik peluh kecil. Semakin lama, kesakitan itu semakin kuat menyerang. Seketika, pandangannya berpinar. Ada cecair jernih yang mula mengalir dari celah kelangkangnya. Hampir Maisarah tumbang dek terlampau terkejut.
   Ya Allah, aku dah nak bersalin ke? Detik hati Maisarah cemas. Apatah lagi, hanya dia sahaja yang berada di banglo tersebut. Sudah berkali-kali Mikael mengajaknya untuk tinggal bersama, tapi dia menolak atas sebab dia tak nak tinggalkan kenangan di rumah itu. Dia bimbang sekiranya Carl pulang, dia pula tidak ada di situ. Jadi, lebih baik dia menjadi penunggu setia sahaja.
   Apa pun yang hendak jadi, dia sudah tidak kisah. Dia pernah berkata, perginya Carl ibarat turut membawa pergi nyawanya. Namun, dia terpaksa kuatkan hati demi memikirkan pesanan Carl agar menjaga diri dan bakal bayi yang menjengah dunia ini.
   Kesakitannya mula menular. Maisarah mula melangkah dengan payah. Suaranya sudah mengerang kesakitan. Ya Allah.. berikan aku kekuatan. Pohon dia dalam hati.
   Hampir tiba di pintu utama, dia merasakan dirinya sudah tidak mampu menanggung kesakitan. Hampir dia tumbang di situ juga. Tapi, pegangannya kuat mencengkam ambang pintu.
   Abang.. Mai sakit. Allah.. jerit batin Maisarah. Air mata mula mengalir laju. Sedih memikirkan kondisi dirinya. Kakinya sudah terasa lembik seperti obor-obor. Sikit sahaja lagi dia hendak melorot jatuh. Pandangannya pula sudah rasa berbalam-balam.
   Dia cuba untuk mengatur langkah lagi. Sungguh kasihan keadaan Maisarah ketika itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya menanggung kepayahan ini. Dia mengheret langkah dengan sepenuh kudrat yang ada. Tolonglah Ya Allah.. kirimkan seseorang untuk membantu hambaMu ini. Aku merayu. Arghh.. sakitnya. Maisarah merintih lagi.

   Seketika dia memanjatkan kesyukuran apabila terdengar suara seseorang yang amat dikenali. Syukur.. Tuhan telah mengirimkan seseorang untuk membantunya. seolah-olah mendengar doa seorang hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan. Sesungguhnya, Allah S.W.T itu Maha Berkuasa. Sekejapan sahaja dia sudah menghantar seseorang untuk meringankan beban Maisarah.

   Maisarah berpaling dengan payahnya. Wajah sudah pucat menangung kesakitan.

   “ Mai.. kenapa ni?? Ya Allah.. Mai dah nak bersalin ni!” jerit suara itu lalu menerpa laju. Maisarah masih lagi mengerang.

   “ Abang.. Mai sakit. Tolong Mai..” rintih Maisarah penuh sayu. Dalam hati, dia mendoakan agar semuanya selamat.
Maisarah menangis kegembiraan. Bayi yang seberat 3.5 kg itu diusap lembut. Comel, macam papanya. Maisarah tersenyum hambar. Kalaulah suaminya ada, tentu keseronokan ini dapat dikongsi sama. Seketika, pandangan mata Maisarah jatuh pada sepasang suami isteri di sebelah katilnya. Tika itu, pandangannya berlaga dengan wajah wanita yang mungkin berusia awal 30-an itu. Mereka bertukar senyuman.

   “ Suami tak datang?” soal wanita itu ramah. Mendengarkan pertanyaan itu, hati Maisarah sebak. Ngilu hendak menelan hakikat yang satu itu. Bagaimana dia hendak menjawab pertanyaan itu? Ah, pedihnya!

   Bersama segaris senyuman plastik, dia menggeleng lemah.

   “ Tak. Suami saya outstation.” Terpaksa Maisarah menipu. Dia tidak sanggup untuk menceritakan hal yang sebenar. Dia bimbang air matanya tumpah tiba-tiba. Wanita itu tersenyum kecil.
 
   “ Panggil saya, Kak Tina aje. Ni suami akak, Darfiq. Besar betul baby boy awak ye? Berapa beratnya?” Wanita itu masih menyoal ramah. Suami Kak Tina pula hanya tersenyum nipis.

   “ 3.5 kg, kak. Eh, lupa pula. Akak panggil aje saya, Mai. Baby akak girl kan? Berat?” Dia pula menyoal. 

   “ A’ah, girl. Kecil aje budaknya. 2.8 kg. Mai punya lagi berat. Makan apa ye waktu mengandung?” Gurau kak Tina. Maisarah tersenyum lebar.

   Mai tak makan apa-apa pun. Tapi, Mai senang hati sebab sewaktu Mai mengandung.. suami Mai selalu ada. Temankan Mai, jaga makan-minum Mai. Tapi, sekarang dia dah pergi. Dia dah pergi tinggalkan Mai. Mai tak tahu dia ada kat mana. Mai sedih. Detik hati Maisarah menjawab persoalan Kak Tina.

   “ Makan macam biasa aje, kak.” Balas Maisarah sopan. Kak Tina tersenyum lagi.

   “ Assalamualaikum..” Satu suara garau memberi salam membuatkan perbualan dua wanita itu terhenti. Segera mereka berpaling. Wajah Kak Tina jelas mengharapkan jawapan sebaik terpandangkan kelibat lelaki yang bertandang. Memahami akan riak penuh tanda tanya itu, Maisarah tergelak kecil.

   “ Abang saya, Mikael.” perkenal Maisarah. Kak Tina angguk sedikit.

   “ Eh, abang mengganggu korang bersembang ye?” Mikael mencelah ramah. Sedar akan kewujudan Darfiq, segera dia menyalami tangan lelaki itu pula.

   “ Tak adalah. Bual-bual kosong aje.” Sampuk Darfiq pula. Mikael tersengih cuma.

   “ Dah siap ke kerja abang tu?” soal Maisarah mengubah topik. Manakala, Kak Tina dan suaminya pula sudah sibuk bermain dengan anak kecil mereka.

   “ Dah. Bukannya banyak sangat kerja abang tu. Setakat tengok-tengokkan aje budak-budak buat kerja.” Owh.. lupa nak cakap. Mikael sekarang sudah mempunyai kedai menjual peralatan kereta. Walaupun cuma hanya kedai kecil, tapi satu langkah perubahan besar dalam hidupnya.

   Nasib baik ada Carl. Carl yang menghulurkan duit modal untuk dia membuka perniagaan. Baik sungguh hati adik iparnya itu. Tapi, sekarang dia sendiri tidak tahu apa punca masalah yang melanda rumahtangga Maisarah. Carl hilang entah ke mana. Apabila disoal pada Maisarah. Jawapan mudah diberikan.

   ‘ Abang ada. Dia ada dekat di hati Mai. Mai yakin nanti kami akan bertemu kembali.’
Itu ajelah jawapan ringkas yang adik dia mampu bagi. Mikael tahu adiknya hanya berpura-pura tenang. Sedangkan luka di hati wanita itu sudah hampir bernanah. Kasihan, Mai.

   Hmm.. comelnya anak buah abang. So, apa nama nak bagi untuk baby boy ni?” Mikael mula buat-buat ceria. Tak nak adiknya mula mengelamun mengenangkan Carl. Dia bimbang kesihatan Maisarah akan jatuh merudum pula. Maisarah nampak bersemangat dengan soalan itu.

   “ Mohd Raziqin Darwish bin Carl Rayyan. Comel tak, abang? Suami Mai yang pilihkan.” ujar Maisarah gembira bersama linangan air mata. Bayi di dalam kendongan dikucup sayang. Mikael tersentak. Aduh, silap tanya pulak.

   “ Err.. sedap. Mestilah sedap sebab papanya yang pilihkan.” jawab mikael sedikit serba-salah. Maisarah tersengih lebar mendengar pujian itu. Ya.. memang pandai Carl memilih nama anak mereka. Dia turut mengakuinya.

   “ Boleh abang pegang Raziqin?” soal Mikael teruja. Comel sungguh bayi itu. Dengan pipi yang montel dan kulit yang putih mulus, sesiapa sahaja yang melihat pasti jatuh sayang. Maisarah angguk sekilas.

   Bayi mula bertukar kendongan. Dia nampak wajah abangnya yang bersinar-sinar gembira memegang Raziqin. Akalnya mula terbayangkan sesuatu.

   Abang.. kalau abang ada di sisi Mai mesti abang gembira pegang anak kita. Tengok.. abang Mikael sendiri pun teruja. Inikan pula abang yang memang papa kandungnya kan? Anak kita, lelaki. Impian abang nak anak lelaki termakbul. Dan Mai dah tunaikan permintaan abang untuk letak nama anak kita dengan nama yang abang pilih. Desis Maisarah sebak sambil memerhatikan Mikael yang sibuk mengacah anak kecil itu. Macamlah si Raziqin sudah pandai ketawa. Baru lahir je kot?

No comments:

Post a Comment