PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 3)


Bab 3
Carl duduk bersandar pada kerusi di bilik bacaan itu. Air mata masih tidak segan-silu mengalir. Potret Maisarah yang tersenyum ditatap lama.  Potret yang diambil ketika perkahwinan mereka dahulu. Ayu wajah itu mengenakan pakaian pengantin berwarna ungu gelap. Menambahkan lagi seri si pemakai yang dah sedia cantik.  Carl tersenyum kelat sendirian mengenangkan momen-momen indah itu.
   Setitis air mata jatuh mengenai potret Maisarah. Carl mula terkenangkan pertemuan yang tak disangka-sangka pada petang tadi. Pertemuan yang dalam sekelip mata memaksa dia membuat satu keputusan yang bakal menyeksa dua insan yang dahulunya bahagia. Pertemuan yang memaksa mereka berdua berpisah. Ah!!

Flashback..

Carl berjalan pantas keluar dari ruangan pejabat. Sampai sahaja di ruangan parkir, dia segera ingin membuka pintu kereta. Namun, baru sahaja dia hendak membuka pintu kereta Honda Civic miliknya, tiba-tiba ada satu tangan besar yang menghadang. Terkejut Carl dengan kunjungan yang tak diundang itu. Tanpa sempat berbuat apa, tubuh Carl sudah diseret ke tempat parking yang sedikit tersorok sebelum lehernya diacu dnegan pisau tajam. Lemah lutunya tika itu. Subhanallah.. siapa ni? Takkan musuh daddy? Detik hatinya cemas. Kolar kemejanya sudah dicengkam keras. Hampir semput nafasnya.
   “ Kau siapa? Kau nak apa daripada aku??” jerkah Carl lantang. Wajah yang bertopeng hitam itu ditatap menantikan jawapan. Lututnya menggeletar hebat.
   “ Kau dengar sini baik-baik! Aku nak kau tinggalkan isteri kau kalau kau tak nak dia cedera!” Satu arahan tegas keluar dari wajah bertopeng itu. Carl terpana! Mulutnya terlopong luas. Dan jantung seakan-akan berhenti berdetak secara mendadak. Apakah?
   Ya Allah.. jangan sesekali ada ancaman untuk isterinya. Dia tidak rela. Biar dirinya sahaja disakiti. Jangan tubuh wanita kesayangannya itu menjadi perhatian. Anak aku, Ya Allah. Carl sudah gelisah dan panik. Ugutan lelaki itu benar-benar menyakitkan jiwa Carl. Kudratnya lemah hendak menampung tubuh.
   “ Ap.. apa maksud kau? Kenapa aku perlu buat semua tu??” soal Carl tergagap-gagap. Cengkaman dikolar bajunya semakin kejap. Carl semakin sukar hendak bernafas. Lelaki itu tiba-tiba ketawa berdekah-dekah. Carl sudah berpeluh-peluh.
   “ Ini hukuman untuk orang yang belot! Dan aku tak pernah main-main dengan ugutan aku. Kalau kau nak dia selamat dan anak dalam kandungan dia selamat, kau jauhi dia. Dan aku nak kau masuk kumpulan kongsi gelap bos aku!!” Suara itu berbisik tegas.
   Hampir hendak pitam Carl mendengarnya. Macam mana lelaki ini tahu isterinya mengandung? Adakah mereka diperhatikan selama ini? Sungguh dia takut tika ini. Takut kehilangan insan yang satu-satunya dia ada. Apatah lagi daddy sudah meringkuk di penjara hampir lima bulan.
   Dan satu lagi permintaan berat lelaki itu. Libatkan diri dengan kongsi gelap? Bodoh! Bukan senang aku hendak berubah. Bentak Carl geram. Tangannya dikepal kuat.
   “ Apa kau nak buat, hah? Aku takkan sesekali tinggalkan isteri dan anak aku. Aku takkan sesekali masuk kumpulan haram bos kau! Takkan!!” tempik Carl kuat. Lelaki misteri itu meludah ke tanah. Meluat dengan pengakuan Carl.
   “ Kalau kau tak percaya apa aku boleh buat. Baik, aku akan buktikan.” ujar lelaki bertopeng itu sinis seraya mengeluarkan telefon bimbitnya.
   “ Kau nampak gambar ni??” sergah lelaki itu. Carl tergamam. Ya Allah.. gambar Maisarah ketika memakai baju mengandung berwarna hijau muda. Baju yang sama pada pagi tadi. Apa bala kali ini? Kenapa dia yang menjadi sasaran? Tuhan, tolong jadikan ini semua satu mimpi.
   “ Kau nampak kan? Ini bermakna kau takkan boleh lari daripada aku. Tinggalkan isteri kau dan masuk kumpulan aku atau kau akan menyesal sepanjang hidup. Aku akan seksa isteri dan anak kau perlahan-lahan. Kau nak macam tu??” jerkah lelaki itu lagi.
   “ Baik, aku akan ikut arahan kau. Tapi, tolong jangan usik walau seinci tubuh isteri dan kandungan dia. Kalau tak, aku pun tak teragak-agak untuk bunuh orang!” Carl terpaksa bersetuju. Ya, demi keselamatan isteri dan kandungan yang bakal lahir itu. Dia perlu berkorban.
  Mendengarkan persetujuan Carl, terus lelaki itu melepaskan cengkamannya lalu beredar dengan menaiki sebuah motol berkuasa tinggi. Sejurus, Carl pula jatuh terjelopok.
   Bunyi mesej masuk menyebabkan Carl tersedar daripada lamunannya. Air mata disapu perlahan. Tangan mencapai gajet berwarna hitam itu.
   ‘Tinggalkan dia atau kau akan menyesal!!’
   Ya Allah.. macam mana lelaki tadi boleh tahu nombor telefonnya? Carl mengurut dada sambil beristighfar. Nampaknya lelaki tadi memang serius dengan ugutannya. Dan dia perlu melakukan sesuatu. Dia tak boleh meletakkan Maisarah dalam situasi bahaya ini.
   Mai, akhirnya kita terpaksa juga berpisah. Abang tak sanggup, Mai. Tapi, abang terpaksa. Rintih Carl sebelum tangannya menarik sehelai kertas dan pen. 

Maisarah meraung kuat. Hampir dia pitam membaca isi surat yang ditemui ketika dia bangun solat subuh pagi tadi. Sungguh besar dugaan yang dia alami. Dia lelah. Hatinya sebak tidak tertanggung. Berkali-kali dia mengulang baca isi surat itu. Rasa tidak percaya masih menyelubungi diri. Isi surat kembali dibaca.

Buat isteriku, Maisarah..

Assalamualaikum, Mai. Maaf jika kehadiran surat ini mengejutkan Mai. Abang terpaksa meninggalkan sayang. Jangan ditanya puncanya kerana abang sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjawab persoalan itu. Abang buntu, abang bingung. Dan demi kebaikan bersama, keputusan ini terpaksa abang pilih. Percayalah.. ianya hanya semata-mata abang lakukan buat Mai dan anak kita.
Sayang,
   Ketika Mai membaca surat ini, bermakna abang sudah tidak ada lagi di sisi Mai. Tidak ada lagi untuk menjaga Mai dan melayan karenah Mai yang manja. Hmm.. abang dah mula rasa abang akan rindukan Mai nanti. Mai.. abang terseksa dengan perpisahan ini. Abang tak sanggup, Mai. Tapi, apa lagi pilihan yang abang ada?
Sayang,
   Mai.. sewaktu ketiadaan abang, Mai jagalah diri Mai baik-baik. Jangan lupa bacakan surah Yusof untuk anak kita. Abang dah tak ada untuk buat semua itu. Kalau Mai mengidam.. abang dah tak ada untuk penuhi semua keinginan Mai. Jadi, abang harap Mai boleh minta tolong daripada Abang Mika. Mai.. jaga anak kita baik-baik ye? Satu lagi permintaan abang sebelum abang terlupa. Kalau anak kita lelaki, Mai letakkan nama dia Mohd Raziqin Darwish. Boleh kan, sayang? Abang nak sangat anak kita guna nama tu. Kalau perempuan pula, terserah pada Mai.
Sayang,
   Abang dah tak tahu nak cakap apa lagi. Hanya kemaafan yang abang pinta andai perbuatan abang menyeksakan diri Mai. Ketahuilah.. cinta, kasih dan sayang abang hanya untuk Mai seorang. InsyaAllah kalau kita ada jodoh, kita akan bertemu lagi. Dan sekiranya hingga ke akhir hayat, kita tak bertemu lagi.. abang tunggu Mai dan anak kita di syurga. Abang cintakan Mai. Sangat cintakan Mai. 
Sayang,
   Mai tak perlu bimbang mengenai wang perbelanjaan, abang dah masukkan sejumlah wang ke dalam akaun Mai. Dan separuh dari harta arwah mummy juga abang dah wasiatkan pada Mai. Apa yang Mai perlu buat hanyalah jaga diri Mai dan anak kita. Baiklah.. sampai di sini sahaja coretan abang. Semoga kita akan bertemu lagi kelak. InsyaAllah..

Salam sayang daripada suamimu,

Carl Rayyan.

   “ Abang! Abang tak boleh tinggalkan Mai. Kenapa abang buat macam ni? Hina sangat ke Mai ni?” jerit Maisarah terhenyak di birai katil. Sesaat kemudian, dia bangun dengan pantas. Terkial-kial dia cuba melangkah bersama tangisan pilu. Perut yang membusung langsung tak dihiraukan. Langkah tetap laju diatur dengan sehabis daya.
  Pintu utama menjadi sasaran. Berdoa semoga Carl masih ada dan dia tidak terlambat. Sampai di hadapan pintu utama, Maisarah membuka rakus. Dan apa yang dia lihat hanyalah sebuah kenyataan yang hampa.
   Musnah harapannya apabila kereta Carl kelihatan kosong di ruangan garaj. Hanya ada kereta Myvi kepunyaannya sahaja. Maisarah lemah. Tangisan yang maha hebat mengaburi pandangan mata.
   Sampai hati abang dah tinggalkan Mai. Kenapa tak berjumpa untuk kali terakhir? Biarlah Mai tengok wajah abang untuk kali terakhir supaya Mai boleh simpan dalam hati Mai. Mai tak boleh hidup tanpa abang. Detik hati Maisarah pilu. Hampir sahaja dia pitam.
   Baby.. papa dah tinggalkan kita. Papa dah tinggalkan kita! Ucap Maisarah lagi lalu tangisannya terus menggila.


1 comment: