PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 12)


Bab 12

Air mata bergenang pada wajah Bernard. Seketika, kenangan pada masa lampau mengaburi ruang mata.
   “ Daddy, bila Carl besar nanti. Carl nak jadi engineer yang berjaya. Carl nak cari duit bagi pada daddy. Bagi banyak-banyak tahu? Carl tak nak daddy susah-susah kerja untuk Carl.” Begitu petah anak kecil yang berusia 7 tahun itu bersuara. Anak mata Bernard ditentang dengan anak mata bersinar-sinar berwarna coklat miliknya. Bernard tersenyum. Kepala anak kecil itu diusap sayang.
   Ye, sayang. Daddy tahu Carl anak yang baik. Hmm.. kalau Carl nak jadi macam yang Carl cakap, Carl kena belajar tinggi-tinggi.” ujar Bernard. Mata Carl tampak teruja mendengar bicara daddynya.
   “ Tinggi macam burung yang terbang di awan ke, daddy?” Suara itu polos kedengaran. Bernard tergelak lucu sebelum  mengiyakan. Hailah.. pemikiran budak-budak apalah sangat.
   “ Kalau macam tu, Carl nak jadi burung ajelah. Tak payah belajar, tapi dah boleh terbang tinggi-tinggi. Maknanya Carl boleh berjaya tanpa belajar. Kan, daddy?” soal anak kecil yang comel itu lagi. Bernard sudah mati akal hendak membuatkan anak kecil itu faham. Akhirnya dia hanya mampu tersenyum sembari tubuh kecil itu dipeluk erat.
    Daddy sayang Carl macam anak daddy.. detik hatinya.
   Suara riuh-rendah membawa Bernard ke alam nyata. Darah yanng melimpah keluar dari bahagian belakang tubuh Carl membuatkan nafasnya semput.
   Carl, my son. Batin Bernard tersekssa. Peristiwa manis di antara dia dan si anak melayari ruang mata. Satu persatu bergentayang di minda. Kepala Carl dipangku segera. Air mata mengalir tanpa diduga.
   Call ambulans!!” Salah seoarang anggota polis bertempik membari arahan. Suasana kecoh.
   “ Carl.. daddy.. da.. daddy minta maaf. I don’t mean it. Oh my god, apa daddy buat ni?” Bernard meraung kuat. Tangan Carl terketar-ketar naik hendak menyentuh wajah tua itu. Payah sekali pergerakannya. Maisarah sudah hilang punca. Ya Allah, selamatkan abang. Doanya penuh kudus.
   “ Daddy.. Carl sayangkan daddy. Maafkan Carl. Carl dah tak ada sesiapa dalam dunia ni selain daddy sebelum kemunculan Maisarah dan Ziqin. Tapi, ke.. ketahuilah daddy.. Carl tak pernah walaupun.. walaupun sesaat lupakan daddy meskipun Carl dah ada isteri Carl. I never forget you. Carl tak sangka begini pengakhiran cerita sebuah keluarga yang dulunya  bahagia.” ujar Carl tersekat-sekat.
   “ Daddy sorry, Carl. Daddy banyak buat salah.”
   “ Carl sayangkan daddy. Sangat sayangkan daddy. Satu aje Carl harap daripada daddy, kalau sesuatu berlaku pada Carl, tolonglah daddy. Berubahlah sebelum ajal menjemput kita. Carl nak daddy cuba hayati kehidupan tanpa rasa seperti seorang pesalah yang diburu. Cuba hayati nikmat hidup yang sebenar.” Carl bersuara lagi. Semakin hebat raungan Bernard. Tangan yang berlumuran darah milik Carl dipegang.
   “ Carl.. please jangan tinggalkan daddy. Please.”
   I need to go, daddy. Walau di mana sahaja daddy berada, Carl akan selalu ingat pada daddy. Dan Mai, to.. tolong jaga diri Mai dan anak kita. Abang terpaksa pergi, sayang. Katakan pada Ziqin bila dia dah besar nanti yang papanya sangat sayangkan dia.” ucap Carl buat kali terkahir sebelum dia mula tak sedarkan diri.
   “ Gari dia!” arah salah seorang pagawai polis, Inspektor Azman Syah.
   “ Carl!!!” Benard menjerit sebelum tubuhnya ditarik kasar dan tangannya dikilas ke belakang untuk digari. Dari jauh, dia nampak wajah Carl sudah berkalih pada ribaan Maisarah. Dia meraung dan terus meraung. Air mata lencun membasahi wajahnya yang sudah berkedut sedikit dimamah usia.
   Daddy will change, Carl. I will do as you ask me to do so. Nekad Bernard sebelum dia dibawa pergi. Tika itu juga, sebuah ambulans tiba. Dan dalam hati Bernard dia benar-benar berharap Carl akan selamat.
   God, save him. He deserved to have a happy ending in his life. Please, save him. Monolog Bernard bersama linangan air mata.
   Carl dah selamatkan daddy. Carl berkorban untuk daddy sedangkan daddy cuba untuk bunuh Carl. Kejamnya daddy pada Carl. Terima kasih, Carl. Terima kasih untuk pengorbanan yang mengajar daddy tentang satu erti kasih sayang yang sebenar. Untuk kesekian kalinya penyesalan mula berkepuk-kepuk datang menyinggah di sudut hati Bernard yang paling dalam.

No comments:

Post a Comment