PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 11)


Bab 11

Mulut Carl terlopong luas. Begitu juga dengan Maisarah yang masih setia mengendong Ziqin di dalam pelukan. Wajah dua orang lelaki yang bertubuh tegap di hadapannya membuatkan mereka semua merasa nyawa masing-masing ibarat telur di hujung tanduk.
   Kaki terasa lemah hendak menampung tubuh. Hampir saja Maisarah melorot jatuh. Namun, Carl bijak mengesan. Tubuh itu dipaut kejap. Luggage yang masih setia di pegangan terlepas bebas ke lantai. Carl berjalan ke hadapan. Menghadang tubuh isteri dan anaknya.
   Kedua-dua lelaki yang dia memang kenal itu melangkah ke depan sebelum pintu utama di kunci. Sepucuk pistol kukuh melekat dalam pegangan salah seorang daripada orang suruhan daddynya itu. Carl bergerak setapak ke belakang. Wajah Bala dan Ah Lim kelihatan sinis mengejeknya. Carl telan liur. Ya Allah, apa akan berlaku hari ini?? Malapetaka apakah yang akan melanda hidup ini, Tuhan? Lindungilah aku serta keluargaku. Pohon Carl.
   Sekiranya nyawanya menjadi pertaruhan untuk selamatkan dua insan yang amat dia kasihi ini, dia rela. Dia sanggup berkorban semuanya. Tapi, bagaimana kalau yang dipinta itu bukan nyawanya seorang? Carl sudah mula cemas. Dia meliarkan mata ke kiri dan kanan. Cuba mencari alat untuk mempertahankan diri. Seketika, dia ternampak sebuah pasu kristal yang berada berhampiran meja kecil di sisi kanan.
    Menyedari hala tuju mata coklat milik Carl, Bala bertindak bijak. Satu tumbukan padu melekat pada perut Carl menyebabkan Carl jatuh terduduk. Maisarah menjerit cemas. Ziqin sudah memainkan peranan. Bayi kecil itu juga mula menangis kuat.
   Ah Lim mara laju ke arah Maisarah. Tubuh Ziqin dirampas kasar. Maisarah cuba hendak melawan. Tapi, apalah sangat kudratnya? Lagipun dia bimbang jika dia berrgelut, Ziqin yang menjadi mangsa cedera.
   “ Bos memang mahukan anak ini maa. Hoho.. manyak cantik macam itu amoi. Carl, pandai lu cari bini maa.” Kedengaran suara Ah Lim bernada gatal. Maisarah kecut perut. Carl sudah mula mengetap gigi. Tidak suka ada orang lain memberi perhatian pada kecantikan yang memang hanya milik dia, bukan lelaki lain.
   Carl bangun berdiri tegak. Secepat kilat, dia melangkah kasar ke arah Ah Lim. Leher lelaki itu dicengkam kemas.
   “ Lepaskan anak dan isteri aku. Daddy yang hantar kau orang kan? Lepaskan mereka. Kau boleh ambil nyawa aku. But, lepaskan isteri dan anak aku.” sergah Carl marah. Maisarah sudah semakin cemas.
   Tak. Dia tak rela suaminya berkorban sejauh itu. Subhanallah.. hampir dia rasa hendah terkubur di situ sahaja apabila pistol yang dipegang kemas oleh Bala dihalakan tepat pada kepala Carl. Dia menjerit lantang. Rasa bersalah mula berkepuk-kepuk hadir. Kalaulah dia tidak banyak bersoal jawba tadi, tentu mereka smepat melarikan diri. Ah!
   “ Abang!!” Maisarah cuba hendak menghampiri. Namun Carl terlebih dahulu menghalang.
   “ Mai… stay kat sana. Jangan datang rapat walaupun seinci.” Tegas arahannya. Langkah Maisarah kaku dengan sendirinya.
   “ Abang…” Suara itu kedengaran separuh merayu pula. Ah Lim dan Bala sudah ketawa mengejek.
   “ Wah.. ini orang manyak buat filem maa. Suka-suka. Ini kalau bos lihat, mahu gembira dia. Gaji kita pun naik.” Ah Lim bersuara menyakitkan hati.
   “ Tolong, Lim. Lepaskan anak dan isteri aku. Kau boleh buat apa saja pada aku, tapi bukan pada mereka.” Carl sudah melorot jatuh. Jatuh melutut.
   “ Bala, kamu pegang ini budak. Banyak susah. Menangis saja.” bentak Ah Lim apabila Ziqin masih lagi menangis kecil. Huh, bingit telinganya. Wajahnya turut jelas tampak rimas. Bala akur.
   Ah Lim duduk mencangkung. Dahi Carl ditunjal kasar. Carl tahan rasa. Ikutkan rasa ego yang dah tercalar, mahu patah riuk tulang Ah Lim dikerjakannya. Tapi, dia masih waras. Dia akan cuba berdiplomasi dahulu.
   “ Daddy kau yang minta aku buat ini semua. Aku tak boleh elak. Kau lebih bagus bincang itu sama dia.” ujar Ah lim. Carl tajamkan mata.
   Daddy is coming?” soalnya terkejut. Adakah Bernard ingin melihat keseksaan dia dan keluargnya dibunuh? Kejamnya daddy. Carl bristighfar. Remuk hatinya tika ini. Hancur lumat!
   Yes. Now, bos on the way datang sini.” ujar Ah lim menyebabkan Maisarah sudah terjelopok jatuh. Carl pula meraup kasa rambutnya. Jelas dia benar-benar tidak percaya sehingga begini daddy sanggup balas pada dia.
   Baru dia nka bersuara lanjut, kedengaran pintu utama diketuk dari luar. Hati Carl yakin itu adalah Bernard. Dan tika Bala membuka pintu tersebut, Carl dapat rasa telahannya benar dan tepat.
   So, Carl? My son.. you dah tak boleh lari.” Bernand melangkah masuk penuh senyuman jahat. Carl bingkas bangun. Tubuh tua itu dituju. Seketika, dia sudah mencengkam kemas kolar baju Bernard. Bernard senyum tenang. Langsung tak rasa terusik.
   Relax, my son. Be cool. Kejap lagi kamu akan tengok penyeksaan setiap seorang orang yang kamu sayang. Just wait and see.” Bernard senyuma jahat lagi. Carl mula rasa tak sedap hati. Apa maksud daddy?
   What do you mean by saying like that, daddy? You can’t do this to me.” bentak Carl naik angin. Matanya merah seperti naga menahan amarah yang makin memuncak.
   Why I can’t? Now, tell me. Why?” Bernard menempik marah pula. Maisarah hanya mampu memerhati pertengkaran dua beranak itu dengan linangan air mata. Seketika, mata Bernard terpaku pada seraut wajah anak kecil yang masih lagi menangis. Bernard melangkah. Tumpuannya adalah satu, iaitu Raziqin.
   Wow.. your son looks so sute, Carl. Just like you 24 years ago. I can’t imagine it if I train him to be like me one day.” ujar Bernard sengaja menyakitkan hati Carl. Mendengarkan ayat itu, darah naik membuak-buak.
   No, daddy tak boleh buat macam tu. I never let you go on with your plan. Just in your dream, daddy.” Tegas suara Carl. Bernard ketawa jahat. Tangan naik menyeluk saku. Pisau kecil yang terlipat kemas dikeluarkan. Carl telan liur. Apa daddy nak buat dengan pisau tu? Hatinya bermonolog cemas. Langkah Bernard yang diatur pada Maisarah menyentak jantung Carl.
    Who are you to say that I can’t? Wanna proof? Here I show you.” ujar Bernard. Wajah Maisarah dihampiri. Carl hendak menerpa. Namun, Bala sudah memegang kejap lengan dia. Satu tumbukan turut menjadi habuan apabila dia melawan. Tersembur darah memercik keluar. Dan isterinya hanya mampu berteriak terkejut.
   Bernard mencengkam kemas rambut Maisarah. Terjerit Maisarah dek rasa sakit.
   Please, daddy. Let her go. Just take me. Please, I beg you.” Sungguh hiba sekali Carl merayu.
   “ Dah terlambat, Carl. Kamu yang mencabar daddy. Still remember what you said last night? Kamu kata, kamu akan hapuskan daddy kalau daddy sentuh isteri kamu walau seinci. But, too pity. Now, I’m touching her. But, you can’t do anhthing to me.” Bernard menyindir.
   “ Abang,. Tolong Mai.” Suara Maisarah kedengaran sayu menyapa telinga.
   How drama here..” kutuk Ah Lim pula disambut oleh gelak tawa yang lain. Sungguh menyakitkan hati kalau sesiapa yang mendengar tawa penuh agenda itu.
   Hampir terjojol biji mata Carl apabila pisau kecil itu mula mengoyakkan sedikit pakaian Maisarah. Mendedahkan bahu si isteri. Dia meronta hebat. Namun, pegangan masih belum terlepas. Maisarah nampak menggigil. Dia boleh lihat Bernard sengaja cuba hendak mencumbui isterinya.
   Daddy, don’t touch her. Please, she is my wife. I beg you. Please..” ujar Carl. Penuh simpati dia hulurkan pada Bernard tapi hati yang dirasuk syaitan itu langsung tak bertimbang rasa. Sebaliknya dia sudah mengelar sedikit pipi si gadis tanpa belas kejadian. Ya Allah,, peritnya Carl melihat isteri disakiti di hadapan mata dan dia nyata tak boleh berbuat apa-apa.
   “ Abang..” rintih Maisarah kesakitan. Darah mula mengalir keluar.
   “ Daddy!!!” tempik Carl mula hilang sabar. Dek rasa geram yang maha dasyat, rentapan kuat menyebabkan pautan terlerai. Dia menerpa pada Bernard. Dan pergelutan berlaku.
   Ah Lim, just put the baby on that sofa. Pegang Carl, belasah dia sampai hati aku rasa puas. Dan honey,. giliran you tengok suami you terseksa.” arah Bernard lagi. Ah Lim dan Bala cepat sahaja bertindak. Maisarah sudah mula rasa hendak pitam. Tangisan mula kuat berlagu. Apatah lagi tika itu tubuh suaminya sudah mula dibelasah teruk. Dia merentap tangan Carl sekuat hati  sebelum tubuh suaminya dituju. Dihadang tubuh itu daripada dibelasah. Beberapa tumbukan dan sepak terajang mengenai tubuh kecilnya. Tapi, dia cuba bertahan.
   Ya Allah.. selamatkan kami. Rintih Maisarah penuh harapan. Suara tangisan Ziqin yang makin kuat menyatakan bahawa anak kecil itu turut takut akan situasi ini. Kesakitan mula menjalar hebat apabila stau tendakan tepat mengenai wajah Maisarah. Bibirnya pecah teruk. Dalam hati, Maisarah sudah menjerit kuat menanggung azab. Tubuhnya lembik. Matanya hampir terkatup sehinggalah dia mula terdengarkan sesuatu..
   “ Jangan bergerak, kami polis. Anda sudah dikepung!” Saat itu, dia memanjatkan rasa syukur yang teramat. Bernard tersentak hebat. Dia nampak cemas dan menggelabah. Pihak polis sudah memenuhi kawasan rumah benglo dua tingkat itu.
    Carl merangkak mendapatkan Maisarah. Darah yang mengalir disapu dengan hujung lengan baju.
   “ Baik kamu menyerah sebelum kami bertindak ganas.” Suara itu memecah keheningan kembali. Tubub Ziqin telah dibawa pergi oleh seorang anggota polis wanita.
   Maisarah rasa aneh macam mana polis boleh tahu kejadian ini? Seketika perosalannya terjawab apabila wajah Mikael muncul di belakang. Cemas wajah itu melihatnya adik dan adik iparnya terlantar penuh tak bermaya.
    Bernard mula hilang kawalan. Dia merempuh anggota polis. Ah Lim dan Bala cuba hendak melarikan diri. Sepantas itu juga dia melepaskan  beberapa das tembakan. Pihak polis lebih cekap, tembakan dilepaskan dan ianya tepat mengenai tangan kanan Bala. Pistol terlepas menyebabkan mereka mudah sahaja digari. Bernard yang perasan akan sepucuk pistol itu hendak menerpa. Pistol berjaya dicapai. Dia tersenyum sinis.
    “ Daddy.. tolonglah. Menyerah.” Suara Carl tersekat-sekat menasihati. Dia mengengsot sedikit dengan susah-payah. Maisarah cuba menghalang. Tapi, Carl berdegil.
   “ Haha. Kamu ingat daddy bodoh?? Jangan harap, my place bukan dekat penjara besi tu.” tempik Bernard hilang akal sebelum bibirnya gamat mengukirkan tawa besar. Pistol diangkat tinggi. Baru dia hendak melepaskan tembakan, pihak polis juga turut melakukan perkara yang sama.
   Deni melihatkan perkara tersebut, Carl bangun merangkak. Sebelum sempat peluru menembusi tubuh daddynya, dia terlebih dahulu menghalang.
   Satu tembakan tepat mengenai tubuh Carl yang masih menghadang Bernard. Bernard tergamam. Tubuh Carl melorot jatuh tersembam pada tubuh daddynya. Matanya jelas bergenang menggambarkan kesakitan yang teramat. Tanpa isyarat, pistol terlepas dari pegangan. Maisarah menerpa laju. Tubuh suaminya dipangku.
   Dia dapat lihat nafas Carl tercungap-cungap. Bernard kaku tanpa reaksi. Terkejut dan rasa ngilu menyentak-nyentak tangkai hati. Wajah Carl yang merintih sakit disilih gantikan dengan wajah Maisarah yang merintih hiba. Apa aku dah buat ni?? Bernard bertempik sambil meraup wajah berkali-kali. Seribu sesalan mula menjengah sanubari.


No comments:

Post a Comment