PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Kerana Dirinya 2 (Bab 10)


Bab 10

“ Kamu ke mana, Carl? What have you done??” tempik Bernard marah. Wajah itu menyinga. Melalui maklumat yang dia perlolehi daripada orang suruhannya, Carl bertemu dengan Maisarah tanpa pengetahuannya. Tingkah anak itu seolah-olah sudah mencabar dia. Padahal, dia dah berkali-kali memberikan ugutan yang sama. Tapi, masih berani lagi rupanya anak lelaki itu bermain dengan api? Ah!
   “ Daddy tanya Carl apa Carl dah buat?? Why don’t you ask yourself?? Apa yang daddy dah buat sebenarnya??” tempik Carl balik. Bernard tersentak.
   “ Apa maksud kamu??”
   “ Daddy ingat Carl tak tahu yang daddy dah hantar orang untuk cedarakan Mai?? Kenapa, daddy? Carl tak pernah mungkir sebelum ni. Tapi, daddy memang mencabar Carl. Daddy tak amanah. Sedangkan perjanjian kita sebelum ni apa? Daddy takkan sentuh Mai selagi Carl tak kembali pada dia kan??” Carl menyoal sinis. Wajah Bernard pucat. Ah, macam mana Carl boleh hidu rancangannya hendak menghapuskan Maisarah??
   “ Macam mana kamu tahu??” soal Bernard laju. Carl tergelak sinis.
   “ Carl dapat petunjuk. Petunjuk dari yang maha Esa. Kalau Carl tak terserempak dengan kereta isteri Carl dan Carl tak dapat naluri yang menyatakn Mai dalam bahaya, tentu isteri Carl dah cedera sekarang. Daddy memang tak guna! Daddy kena ingat satu perkara. Kalau sekali tubuh Mai cedera sebab daddy, Carl takkan teragak-agak untuk bunuh daddy kali ni. Even you are my father, I just don’t care!” tempik Carl lantang. Wajahnya tepat berlabuh di hadapan wajah tua Bernard. Matanya menikam garang.
   “ Apa bukti yang kamu ada, Carl??” soal suara itu semula cuba hendak menafikan kenyataan yang dah luas terbentang kebenarannya. Suara kuat Bernard bergema memecah kesepian rumah banglo tiga tingkat itu.
   I’m not a stupid boy, daddy. Sekarang, kita ikut perjanjian kita. Daddy jangan sentuh keluarga Carl. Sebagai balasan Carl akan setia patuh pada daddy. Kalau daddy mungkir, apa yang Carl cakap tadi Carl akan buat. Dan Carl akan buat daddy lebih merana. Carl bersumpah!” Carl Rayyan bersungguh-sungguh. Telan liur Bernard dibuatnya. Tanpa menunggu balasan daddynya, kaki diatur ke tingkat atas. Bernard yang terkaku di situ mula rasa perasaannya mendongkol marah. Akalnya yang berkongsi rasa dengan perasaan baran mula mengarahkan sesuatu.
   Telefon bimbitnya segera dicapai. Nombor seseorang didail. Sekarang dia yakin. Dia takkan benarkan Carl hapuskan dia dahulu. Dia akan ajar anak tak guna itu. Berani dia mengugut daddynya sendiri? Desis hati Bernard baran. Bibirnya sudah berbakul-bakul memaki Carl Rayyan.
   Panggilan bersambung. Dengan nafas tertahan menahan amukan, dia memberikan satu arahan yang maha kejam!
   “ Aku nak kau bunuh Carl. Hapuskan dia secepat mungkin. Dan aku nak kau hapuskan Maisarah juga. Culik anak dia.” Bernard bersuara penuh dendam. Selepas itu, panggilan dimatikan. Dia mengetap gigi menahan marah. Seketika, senyuman kejahatan terukir pada wajah tua itu.
  Kamu takkan pernah boleh melawan daddy, Carl. Kamu silap besar sebab daddy akan terlebih dahulu hapuskan orang tak guna macam kamu. Dan kamu boleh pergi dengan aman bersama perempuan keparat tu. Detik hatinya penuh jahat. Sesungguhnya syaitan telah merasuk diri Bernard yang sememangnya mempunyai sekeping hati yang busuk. Dia sudah lupa segalanya. Lupa siapa Carl selama ini dalam hidupnya.
   Bernard memang kejam! Semoga akan ada pembalasan buat lelaki tua itu.

Carl melangkah penuh hati-hati. Dia dapat rasa ada satu kelibat yang sedang mengekorinya. Sampai saja di satu simpang kecil menuju ke lot parkir kereta, Carl membelok masuk. Segera dia berlindung di sebalik dinding yang aagk tersorok dihadang oleh beberapa kotak-kotak besar yang tersusun rapi. Carl meninjau dari jauh.
   Selang beberapa minit, dia dapat rasa telahannya memang tepat. Satu susuk tubuh tegap berpakaian serba hitam yang sedang memegang sebilah pisau tajam sedang membelakanginya. Tubuh lelaki India itu nampak sedikit gempal dan lebih berotot daripadanya. Carl cuba memperlahannkan pergerakan agar tidak dapat dikesan.
   Carl masih ralit memerhatikan susuh tubuh itu. Tidak lama kemudian dia nampak si lelaki mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarnya. Carl memasang telinga cuba menangkap bait bicara lelaki yang dia agak hendak mencederakan dirinya itu. Siapa lelaki ni? Kenapa dia ikut aku dan siapa yang hantar dia untuk ikut aku? Hati Carl bermonolog panjang.
    Langkah berhati-hati diatur kemas andai dirinya disedari oleh lelaki yang masih lagi meliarkan pandangan di sekitar lorong kecil itu. Peluh cemas mula merenik keluar. Carl mengelap dengan hujung baju t-shirt kuning cair yang dipakai.
   “ Anak kau terlepas. Aku rasa dia dapat agak aku ikut dia. Licik betul!” Kedengaran suara itu mengadu pada seseorang. Buat seketika Carl hampir hendak tumbang menyembah bumi. Anak? Apa maksudnya? Hatinya berdenyut laju ingin tahu. Dia mula menajamkan lagi pendengarannya.
   “ Okey. Kau jangan risau, Bernard. Kalau aku dapat dia, aku akan penggal kepala dia dan hantar depan rumah kau.” Suara itu menyambung lagi sebelum ketawa jahat. Mendengarkan sebaris nama yang meniti di bibir lelaki berkulit hitam itu, Carl tersandar pada dinding bangunan usang itu. Dia mula menarik bafas berat.
   Daddy? Daddy ada niat nak bunuh akukah? Ya Allah.. sampai macam tu sekali. Carl  langsung beristighfar panjang.
   Dia mula memandang ke arah susuk tubuh lelaki India itu semula. Namun, kelibat lelaki tadi sudah tidak kelihatan. Carl kemudian perlahan-lahan keluar daripada tempat persembunyiannya. Setelah memastikan keadaan selamat, dia segera berlari ke arah keretanya. Hatinya mula terfikirkan sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Dan peratus kemungkinan itu adalah tinggi mengikut andaiannya.
   Kalau daddy ada niat nak hapuskan aku, bermakna Maisarah dan Ziqin juga dalam bahaya. Sedangkan aku anaknya sendiri dia nak bunuh, inikan pula orang yang memang dia benci. Ah! Aku perlu cepat bertindak. Kalau tak, Maisarah akan terbunuh. Dan nasib Ziqin belum tentu lagi selamat. Carl bermonolog cemas. Pedal minyak ditekan. Destinasinya hanya satu. Rumah dia dan si isteri suatu ketika dahulu!

Carl melangkah dengan tergopoh-gapah ke dalam banglo dua tingkat itu. Pintu utama diketuk kasar. Sesungguhnya hatinya benar-benar berdoa supaya segala-galanya masih belum terlambat.
   Maisarah yang sedang duduk dia atas sofa berangkai tiga di ruang tamu rumahnya segera berpaling ke arah pintu utama. Ketukan yang sedikit bertalu-talu membuahkan rasa pelik di hatinya. Raziqin yang baru selesai menyusu diletakkan di dalam buaian sebelum dia menapak ke arah pintu utama itu.
   “ Eh, abang?” soalnya sedikit teruja. Namun, perasaan teruja bertukar kabur melihat wajah Carl yang nampak panik.
   “ Kenapa ni?” soal Maisarah sebaik sahaja pintu terbuka lebih luas. Tangan dihulur sopan. Usai bersalaman, wajah suaminya yang sudah berpeluh sakan diamati dalam-dalam. Carl tanpa banyak soal terus melangkah masuk. Dia gelisah. Kepala diraup berkali-kali. Entah kenapa hatinya rasa benar-benar tidak enak. Seolah-olah sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dan kini dia rasa perkara yang sejak tadi berlegar-legar di mindnya semakin kuat mengasak.
   “ Abang, kenapa ni?” soal Maisarah lagi sambil merapati tubuh si suami. Lengan sasa itu dipaut kejap.
   “ Mai.. dengar cakap abang. Pergi kemas barang-barang Mai dan Ziqin sekarang.” arah dia satu nafas. Maisarah jongket kening. Pelik!
   “ Tapi, kenapa abang? Abang gelisah ni kenapa? Cuba bagitahu Mai dulu.” pinta si isteri bingung.
   “ Mai.. tolong jangan tanya apa-apa sekarang. Mai naik atas dan kemas apa-apa yang patut. Tolonglah!” Carl sudah mula bertegas. Wajah putih bersih itu sudah lencun dicemari peluh-peluh kasar.
   “ Mai tak faham. Kenapa Mai perlu buat semua tu? Kita nak pergi ke mana?” soal dia masih berdegil. Selagi dia tak dapat jawapan, dia tidak akan berpuas hati. Dia perlu tahu. Apa yang berlaku sekarang? Kenapa Carl nampak cemas? Soal hatinya buntu melihat tingkah Carl yang serba tidak kena.
   “ Mai kemas sekarang, sayang. Buat masa sekarang, Mai tinggal dengan Abang Mika. Keadaan tak selamat buat Mai dan anak kita.” jelas Carl malas nak berdolak-dalik. Maisarah terperanjat. Tak selamat?  Hatinya mula memikirkan sesuatu. Cepat sahaja akalnya memberi isyarat.
   “ Ad.. ada apa-apa yang tak kena ke, abang?” soal dia sudah mula tergagap-gagap. Sesekali pandangannya jatuh pada buaian yang menempatkan Raziqin yang dah mula bergerak kecil. Tanpa diduga, si anak menangis kuat. Tangisan itu memecahkan kesunyian sekaligus menambahkan rasa gelisah di hati Carl.
   Miasarah bergegas ke arah buaian diekori oleh Carl. Tubuh anak kecil itu didukung pantas.
   “ Shh.. kenapa anak mama ni?” soal Maisarah saMbil menepuk-nepuk si anak. Malangnya Raziqin masih menangis tanpa henti. Bahkan, semakin lama semakin kuat tangisan itu berlagu.
   “ Mai.. bagi Ziqin pada abang. Mai naik atas kemas barang. Kita dah tak ada masa. Abang dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Daddy nak bunuh abang. Dan tak mustahil dia juga ada niat nak bunuh Mai dan Ziqin. Kalau Mai nak kita selamat, cepat naik atas dan berkemas. Abang tunggu kat bawah.” Carl menjelaskan secara terperinci. Mendengarkan baris kata itu, Maisarah tersentak hebat. Jantung ibarat sudah berhenti memalu hebat. Hampir dia melorot jatuh bersama Ziqin masih kemas dalam kendongan. Ternganga mulutnya mendengar ayat keramat itu. Apa dia tidak silap dengarkah? Atau suaminya yang tersilap cakap?
   “ Ya Allah. apa salah Mai dan anak kita, abang?” Maisarah sudah mula gabra. Tangisan hampir pecah. Dia mula gelisah memikirkan keselamatan anaknya. Dia tidak rela sesuatu berlaku pada Ziqin dan suami tercinta. Kalau boleh, biarlah dia sahaja yang terkorban kalau memang itu takdirNya. Dia rela. Dia pasrah!
   “ Sayang.. sekarang ni abang tak ada masa nak jelaskan semua ni. Sayang tolong dengar cakap abang. Abang dah maklumkan pada Abang Mika dan dia dah tahu mengenai perkara ni. Dia tunggu kita kat rumah. Naik atas ye? Kemaskan semua barang penting sahaja. Bawa sekali dokumen-dokumen penting yang ada. Cepat, kita dah tak punya banyak masa.” pujuk Carl lagi.
   Tanpa berlengah, Maisarah segera akur. Tubuh Ziqin sudah berkalih tangan. Sejurus, dia melangkah laju ke tingkat atas. Dalam hati tidak putus-putus doa dipanjatkan agar semuanya masih terkawal.

No comments:

Post a Comment